Monday, 9 April 2018

SENTIMEN RAKYAT KINI ADALAH PERUBAHAN DAN TOLAK BN


Parlimen baru saja dibubarkan pada 7 April lalu dan ketika ini belum diketahui lagi bila tarikh penamaan calon, mahupun pengundian akan diadakan.


SPR yang bertanggungjawab mengendalikan proses pilihanraya belum lagi menetapkan tarikh mereka bermesyuarat untuk menetapkan tarikh-tarikh tersebut.


Pendeknya, bahang pilihanraya masih terlalu awal lagi. Mungkin dalam tempoh tiga minggu atau sebulan lagi, barulah detik penting untuk rakyat mengundi atau membuat pilihan itu datang bertandang.


Tetapi, tidak seperti beberapa pilihanraya sebelumnya, gelombang perubahan ternampak lebih ketara kali ini. Di mana-mana, di alam maya atau alam nyata, keinginan kepada perubahan itu begitu jelas sekali.


Rakyat hakikatnya sudah lama menunggu detik ini. Sejak Najib membuat pelbagai onar dalam negara yang menyusahkan rakyat dan menjadikan kehidupan mereka lebih derita, di samping dalam masa yang sama terkait pula dengan skandal mega 1MDB, rata-rata yang terpaksa membayar cukai GST setiap hari,  semakin menjauhkan diri daripada beliau.


Najib dianggap sebagai anak bangsawan yang tidak faham susah dan derita rakyat. Beliau lahir dan membesar dalam dulang emas dan kemahirannya hanyalah menonjolkan wajah manis dan bunga-bunga kata dalam ucapannya, tetapi derita rakyat tetap begitu juga, walaupun tahun silih berganti dalam pemerintahannya.


Sebab itu, menjelang detik pengundian kali ini, meskipun banyak gula-gula pilihanraya cuba dicurahkan Najib, baik melalui kenaikan beberapa elaun segera seperti Rela misalnya, pakej untuk penjawat awam, tambahan BR1M dan segala macam janji manis dalam manifesto BN, semuanya bagaikan dipandang sepi oleh rakyat.


Rakyat tidak lagi terlihat ghairah dengan semua pemberian itu kerana mereka sedar semua itu adalah janji-janji manis untuk menambat hati sewaktu pilihanraya semata-mata.


Mereka sedar dengan sekian banyak janji manis yang dicurahkan itu, kebanyakannya dijanji akan dilaksana pada Julai atau selepasnya, segala-galanya adalah melibatkan kos yang tinggi dan berkemungkinan untuk menampungnya akan membuatkan cukai lebih tinggi akan dikenakan atau banyak lagi subsidi akan ditarik balik.


Jika tidak dengan mencukai lebih banyak daripada poket rakyat, di manakah Najib mahu memperolehi wang untuk semua yang dijanjikannya itu?


Selain itu, sebagai sebuah kerajaan yang sedang berkuasa, janji-janji manis yang diumumkan Najib juga dirasa begitu menjengkelkan kerana BN seharusnya boleh melaksanakan semua itu dua atau tiga tahun sebelum ini dan bukannya hanya menjelang detik-detik akhir pembuangan undi sahaja.


Dengan yang demikian, keikhlasan BN benar-benar boleh diragui.


Berbeza dengan janji Pakatan Harapan, khususnya menghapuskan GST, mengembalikan banyak subsidi dan menstabilkan rakyat minyak, ia adalah janji-janji yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat.


Untuk menurunkan kos sara hidup dan menjadikan wang lebih banyak dalam poket rakyat, seterusnya menjanjikan keselesaan dalam menjalani kehidupan, apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan itu lebih mudah lagi untuk diterima.


Lantaran itu, sentimen rakyat di mana-mana ketika ini adalah perubahan kerajaan serta menolak Najib, UMNO serta BN. Rakyat percaya hanya dengan perubahan saja kehidupan mereka akan berubah.


Adalah dipercayai gelombang perubahan itu semakin membesar dan terus membadai bila semakin hampir hari pengundian nanti.


Itu jugalah yang menyebabkan apabila Tunku Mahkota Johor atau TMJ cuba mempertahankan Najib dengan perumpamaan agar enjin kapal tidak perlu ditukar dengan yang baharu semata-mata kerana nakhodanya bermasalah, tetapi kekal duduk dalam kapal yang sama sambil membimbing nakhoda tersebut, ramai yang tidak setuju dengan pandangan baginda itu.


Walaupun TMJ adalah anak raja serta bakal Sultan Johor suatu hari nanti dan kebiasaannya jarang bagi rakyat tidak bersetuju dengan kata-kata daripada istana, namun kemahuan rakyat jelas melangkaui segala-galanya.


Dalam luahan komen serta reaksi di pelbagai media sosial, jelas tergambar bahawa rungutan rakyat adalah berkaitan kos sara hidup yang terus meningkat, keadaan negara yang semakin memburuk, selain Najib sendiri dipercayai terpalit dengan skandal kewangan yang tidak boleh diterima perlakuannya oleh rakyat kebanyakan sekarang ini.


Di mata rakyat, meskipun BN ada jasa-jasanya tertentu, selagi ada Najib di situ, mengekalkan lagi BN yang bermakna akan menjadikan Najib terus kekal berkuasa, adalah sesuatu yang mustahil kali ini.


Gambaran yang nyata ialah Najib dan BN sudah tidak boleh dipertahankan lagi. Siapa juga yang cuba membela dan mempertahankan Najib, ia sebaliknya hanya mengundang reaksi penolakan rakyat yang lebih besar daripada sebelumnya.


Sentimen rakyat terlalu kuat dan akan terus kuat untuk menolaknya sehingga jatuh. (ShahbudinHusin 09/04/2018)

66 comments:

  1. Replies
    1. Samalah kita..

      Bn cuma di hati najip, barisan penjilatnya serta segelintir kerabat sahaja

      Delete
    2. Mana tak nya SENTIMEN RAKYAT KINI ADALAH PERUBAHAN DAN TOLAK BN...

      Tun Mhathir popurity rating 61%, di banding dengan Najib ha nya lk 30%. menikut suatu poll tak lama dulu.

      Rakyat di kampung2 pun dah tahu berapa perit nya hidupt dengan GST - orang pendapatan rendah pun nak di cukai Najaib, pulak nya harga barangan melambung berterusan akibat itu.

      Lingkup lah Najib alammat nya - di Pru14.

      Delete
    3. Rakyat di kota pun, terutama nya yang berpendapatan rendah, yang "kais pagi makan pagi" kerja sendirian berjual makanan dll .. mereka pun alami perit hidup dengan GST dan harga melambug tinggi.

      Tambah pulak, di kota2 dan di pinggiran bandar, depa tak dapat makan sayur free - takda kangkong, pucuk paku dll di sebelah rumah atau di kebun2, sebab duduk di rumah pangsa dsb nya.

      Mengeloh, bang, kesian mereka mengata, dulu RM10 cukup minyak motor aku 3 hari, sekarang, bila naik aje harga, dah tak cukup. Dah kena "cukai" duit makan atau duit sekolah anak2 aku.

      Jadi, kalau macam gitu, mana tak nya mereka tk tolah BN.

      Bersedia lah, Pakatan Harapan, kami akan pangkah kamu - seolah olah mereka berkata.

      Namun demikian, PH mesti pastikan aktivis2 mereka tujukan usaha2 memujuk mereka ini mengundi PH di Pru14.

      Delete
    4. Maka, rakyat yang pendapatan tengah (Middle Income) pulak dah bosan amat sangat dengan 1MDB, salah urus FELDA, RISDA dll.

      Mengarut, tanah Felda bernilai RM250 juta seyap2 di pindah milik kpd syarikat persendirian. Heboh hampir sedunia, di tukar semula kapada FELDA. Aneh nya, takda penerangan memuaskan amacam boleh begitu.

      1MDB tak usah cerita di komen ini le. Nanti panjang berjela jela, aku pulak kalah undi di Pru14 - undi pengkomen terpopular di sini, hehe.

      Delete
    5. PAS berkata BN terbukti lemah dalam perancangannya sebagai kerajaan apabila meminta peruntukan tambahan sebanyak RM7 bilion hanya selepas 78 hari belanjawan 2018 dilaksanakan.

      Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata belanjawan 2018 itu sendiri merupakan yang termewah dalam sejarah kerana memperuntukkan RM280.25 bilion.

      Justeru katanya pelancaran manifesto BN - bertajuk Hebatkan Negaraku - yang menjanjikan langit dan bintang adalah gambaran secara tidak langsung bahawa parti itu masih gagal menawan hati rakyat yang mahu menolak mereka pada PRU ke-14 ini.

      "Manifesto BN juga satu pengakuan bahawa mereka sudah dapat merasai denyut rakyat yang semakin menolak mereka.

      "Oleh itu rakyat perlu 'dibeli' dengan pelbagai ganjaran dan hadiah yang tidak terkandung di dalam belanjawan termewah Bajet 2018,

      jika BN diberi kepercayaan untuk terus menjadi kerajaan, tidak dapat dipastikan berapakah jumlah peruntukan yang diperlukan lagi bagi menampung pelaksanaan manifesto mereka itu.

      Menurutnya ia tidak termasuk peruntukan tambahan yang bakal diminta BN ke atas belanjawan termewah 2018 bagi membolehkan mereka menunaikan janji.

      "Rakyat tidak harus mengambil risiko dengan janji-janji manis BN ini.

      "Dengan GST sebagai senjata di tangan BN yang bertegas meneruskan perlaksanaannya jika menang, dan pendapatan negara yang semakin merosot, percayalah rakyat akan dijadikan mangsa pertama untuk menampung peruntukan berlebihan ini," katanya.

      Baca BR1M paling 'best' dalam manifesto BN

      Tuan Ibrahim juga tidak ketinggalan mengecam manifesto ditawakan Pakatan Harapan (HARAPAN).

      Katanya tawaran BN dan HARAPAN bersifat populis tanpa menawarkan penyelesaian untuk meningkatkan pendapatan negara.

      "Ini berbeza dengan manifesto PAS dan Gagasan Sejahtera yang menawarkan penyelesaian untuk menampung tawaran memansuhkan GST, menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, pendidikan serta perubatan percuma serta sistem percukaian lebih adil seperti cukai atas simpanan korporat dan cukai saham di Bursa Saham Malaysia.

      "Semua ini hanya boleh dilakukan dengan pimpinan tulus ikhlas dan bebas rasuah,"

      Delete
    6. Inisiatif Pas kawasan Parit Buntar menyantuni pengundi Cina secara berterusan di parlimen tersebut membuktikan parti itu bersikap terbuka dan tidak sesekali mengenepikan kepentingan kaum lain di negara ini.

      Timbalan Yang Dipertuanya, Abu Bakar Hussain berkata, selaras dengan tuntutan agama Islam, sebagai makhluk ciptaan ALLAH SWT, masyarakat Cina juga berhak mendapat hak seperti digariskan oleh Islam.

      Menurutnya, Pas amat prihatin dengan semua bangsa di dunia dengan berusaha memberikan hak mereka termasuk hak sosial.

      “Melalui program Hi Tea bersama pengundi Cina, saya bersama Naib Yang Dipertua (YDP) Pas kawasan, Ahmad Azhar Shahrin menyantuni mereka di samping memberi penjelasan berkaitan perjuangan dan manifesto Pas bagi menghadapi PRU14.

      “Program itu mendapat respons positif apabila sebilangan pengundi mengutarakan soalan berkenaan nasib mereka sekiranya negara ditadbir Pas yang berteraskan Islam.

      “Seramai 80 pengundi Cina hadir dalam program itu dan rata-rata mereka berpuas hati dengan penjelasan diberikan kami terutama dalam soal hak mereka sekiranya Pas memerintah negara kelak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

      Abu Bakar berkata, selain program dialog bersama pengundi Cina, Pas kawasan turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

      Menurutnya, Pas turut berkeyakinan mampu memperolehi sokongan pengundi Cina di Parlimen Parit Buntar sekurang-kurangnya tujuh peratus berdasarkan maklum balas positif diberikan mereka.

      Delete
    7. The common consensus is that the opposite of love is hate. The opposite of loving your country is hating it, and the opposite of loving your government is taking up arms to topple it. The thing is, love and hate both involve extreme feelings and they can be harder to distinguish than one would think.

      It is possible to love your country so much that you hate it, and you hate the options being thrown at you which claim to be “the lesser evil”.

      The problem here is that you don’t want evil at all – you want to be able to vote for someone who isn’t a blatant hypocrite, who hasn’t destroyed the ethnic relations between the community you would die for. That’s #UndiRosak for you – a desperate plea for someone to give Malaysia the governance it deserves.

      Apathy, on the other hand, is quite different. I turn 20 soon, old enough to understand the political scene but not old enough to vote. I have friends who have just turned 21, and when I ask if they have registered to vote, they laugh nervously. They tell me that when they are faced with corruption on both sides, they would prefer not to have a hand in electing either to power.


      I wish I could condemn them for their apathy, that I could yell at them for not using the power that democracy gives them.

      But no matter how much I want it to be, the world is not black and white. It is painted with murky shades of grey. There are no hard lines on what is morally justifiable. The justifications bleed past their boundaries like watercolours on wet paper.

      I want to call them stupid for not voting, no matter how insignificant they think a single vote is, because it adds up.

      But I can’t. I can’t blame them for being disenchanted with a system that has been flawed since long before their birth, for odds that have been stacked against them, for the system that grows more and more regressive despite their screams for progress. I can’t blame them for hating the government that knows that knowledge is power and deliberately traps them in ignorance.

      I can’t blame them for not wanting to vote in an opposition whose only response when asked why we should bring them to power is that they “are not the government”; an opposition who will not admit to their own mistakes.

      They just don’t care, and I can’t blame them for saying they’re not thirsty when asked if they want “Pepsi or Coke”.

      Nonetheless, I hope that my peers will look past this, and towards the future. I hope our politicians stop the childish name-calling and start delivering policies that we can look forward to, and being the leaders this country deserves.

      And this is all I have to say to every person who thinks their vote doesn’t count: according to Chaos Theory, a butterfly flapping its wings can cause a hurricane. A single vote, multiplied by all the people who think they don’t matter, is enough to cause a tsunami.

      Lauren Ashley is an intern with FMT.

      Delete
    8. Jika rakyat Johor khusus nya inginkan suasana ekonomi dan social yang lebih baik dan idamkan pembangunan infrastructure yang cemerlang dan ingin mengejar kemajuan seperti Negara Singapura,,Japan,, S.Korea maka Pakatan Harapan adalah pilihan terbaik......!!! Bertindak bijak Demi kebaikkan untuk semua lapisan masyarakat...

      Delete
    9. Bercakap pasal Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ini teringat penulis bahawa Allah ada menceritakan dalam Al-Quran yang mulia kisah kaum Luth melalui banyak ayat.





      Firman Allah yang maksudanya:

      “ maka tatkala datang azab kami. Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang diatas kebawah (kami balikkan) dan kami hujani dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi tubi” (surah Hud ayat 82)

      Demikianlah azab yang di kenakan kepada kaum Luth yang melanggar fitrah Allah subhanahu wataala.

      Fitrah Allah subhanahu wataala kepada manusia yang ada akal dan boleh berkata kata, perempuan adalah pasangan lelaki dan lelaki pasangan perempuan.

      Demikian juga fitrah Allah subhanahu wataala kepada binatang yang tidak akal dan tidak boleh berkata kata.

      Barangsiapa yang berpasangan lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan itu bukan fitrah namanya.Ia boleh dikenali sebagai songsang.

      Jika mereka masih berpegang dengan indentiti tersebut, maka itu bukanlah hak asasi bagi mereka, kerana ia bukan fitrah manusia.

      Sesungguhnya binatang yang tidak ada akal dan tidak boleh berkata kata tetap patuh dengan fitrah yang diberi oleh Allah Subhanahu wataala.

      Manusia yang diberi akal dan boleh berkata kata tidak sepatutnya melanggar fitrah tersebut, kerana boleh menilai mana satu yang baik dan mana satu yang jahat.

      Binatang tidak pernah melanggar fitrah yang berikan kepadanya. Tiada bintang yang homoseksual miskipun tiada dosa baginya.

      Akan tetapi manusia yang diberi akal melakukan homoseksual merupakan dosa besar dan tergamak melanggar perkara yang sah akan dilaknat dan akan diazab dihari kiamat nanti.

      Manusia yang melakukan homoseksual tarafnya sama dengan manusia yang zalim Sepertimana firman Allah yang maksudnya:

      “Yang diberi tanda oleh Tuhanmu dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang orang yang zalim” ( surah Hud ayat 82)

      Oleh itu Rasulullah SAW bersabda , maksudnya: “ yang paling aku khuatirkan dari kamu adalah perbuatan kaum Luth” (hadis riwayat Ibnu Majah, At Tirmizi dan Hakim)

      Rasulullah SAW melaknat orang yang melakukan perbuatan itu sebagai sabda, maksudnya: “ Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth. Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth. Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth.”

      Bukan sahaja setakat melaknat orang yang melakukan perbuatan kaum Luth, malah Rasulullah perintah bunuh mereka itu sepertimana sabda, maksudnya: “ Barangsiapa yang kamu temukan melakukan perbuatan kaum Luth maka bunuhlah pelaku dan sasarannya ( hadis riwayat Abu Daud, At Tirmizi dan Ibnu Majah. Dari Ikrimah dan dari Ibnu Abbas)

      Ulamak bersepakat bahawa homoseksual termasuk dosa besar yang diharamkan Allah sepertimana firman, maksudnya: “ mengapa kamu mendatangi jenis lelaki diantara manusia, dan kamu tinggalkan isteri isteri yang dijadikan oleh Tuhan kamu untuk kamu, bahkan kamu adalah orang orang yang melampaui batas.(surah asy-Syu’ara ayat 165-166)

      Lihat apakah kata Allah terhadap kaum tersebut. Firman yang maksudnya: “Dan kepada Luth kami telah berikan hikmah, dan ilmu dan telah kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk)kota yang mengerjakan perbuatan keji. sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat dan fasik”(surah al anbiya ayat 74)

      Delete
    10. PAS berkata kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersifat populis, sebaliknya PAS menawarkan polisi yang memindahkan beban cukai daripada rakyat kepada mereka yang layak.

      “Ini berbeza dengan manifesto PAS dan Gagasan Sejahtera yang menawarkan solusi untuk menampung tawaran memansuhkan GST, menghapuskan PTPTN, pendidikan serta perubatan percuma dan sebagainya dengan sistem percukaian lebih adil seperti cukai atas simpanan korporat dan cukai saham di Bursa Saham Malaysia,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

      Tuan Ibrahim berkata partinya juga lebih layak untuk menjalankan polisi yang menguntungkan rakyat kerana pemimpinnya lebih jelas bersih daripada rasuah berbanding BN dan PH.

      “Ini terbukti apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low berkata tiada pimpinan PAS yang disiasat atas kes rasuah daripada jumlah 92 pemimpin politik yang sedang disiasat SPRM – di mana 71 terdiri daripada pemimpin BN manakala baki 21 adalah pemimpin PH,” katanya.

      Menurut Tuan Ibrahim, manifesto BN yang dilancarkan Sabtu lepas merupakan pengakuan bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan Oktober lalu gagal menawan hati rakyat walaupun disifatkan “termewah” oleh kerajaan.

      “Manifesto BN juga adalah satu pengakuan bahawa mereka sudah dapat merasai denyut rakyat yang semakin menolak mereka. Oleh itu rakyat perlu ‘dibeli’ dengan pelbagai ganjaran dan hadiah yang tidak terkandung di dalam bajet termewah Bajet 2018.

      “Berapakah peruntukan yang diperlukan untuk menampung manifesto BN sekiranya ia menang lagi, dan berapa lagi peruntukan tambahan yang bakal diminta BN ke atas bajet termewah 2018 untuk menunaikan janji-janjinya?” soalnya.

      Delete
    11. GN Musibat,

      Kalau setakat jual obat bahan kopipes, ehhh...boleh jalan daaaaaa....!!

      Delete
    12. PAS mengaitkan pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sikap tidak gentleman kerajaan BN.

      Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya turut berasa terkilan dengan perkara yang berlaku terhadap BERSATU.

      "Sejujurnya, memang kita rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Sebab dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia sepatutnya semua parti diberi peluang.

      "Kerajaan tidak sepatutnya memberikan alasan-alasan teknikal untuk berhadapan dengan pembangkang," katanya ketika ditemui media selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

      Terdahulu, ROS mengarahkan BERSATU yang diasaskan bersama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dibubarkan sementara.

      Arahan yang dibuat di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan itu berkuat kuasa pada 5 April lalu.

      Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim menegaskan pihaknya tidak membuat keputusan tersebut berdasarkan "tafsiran peribadi".

      "Tafsiran ROS perlu digunapakai bukan tafsiran sendiri. ROS bertindak tanpa (dipengaruhi) mana-mana pihak," katanya.

      Sementara itu, Mohd Amar berkata, BN sepatutnya memberi ruang kepada semua parti pembangkang untuk bertanding dengan mengemukakan pandangan masing-masing.

      "Biar rakyat yang menilai. Jadi pada pandangan kita, sikap yang tidak gentleman daripada BN dalam berhadapan dengan BERSATU," katanya.

      Dalam perkembangan lain, penyandang timbalan menteri besar Kelantan itu turut memberi pandangan betapa banyak masalah dalaman akan wujud dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) yang berhasrat menggunakan satu logo iaitu logo PKR pada PRU14 nanti.

      Katanya, ia susulan perbezaan ideologi dan sikap-sikap parti yang memang sukar untuk menerima satu logo.

      "Misalnya macam DAP, takkan mereka nak guna logo PKR dan orang-orang dalam parti BERSATU saya rasa sukar untuk guna logo PKR dalam pilihan raya.

      "Mungkin mengelirukan ahli dan mencetuskan perbalahan sesama mereka, kita jangka macam itu. Tapi saya tak nak komen banyak sebab itu masalah dalaman mereka, biar mereka hadapi," jelasnya

      Delete
  2. Replies
    1. tahniah 2nd biar gue tlg komen..


      pada 7april.. sentimen rakyat menccah sehingga 70% undi popular

      namun turu sedikit selepas menifesto BN kpd 55%

      nampak tak dedal dpt pengaruhi otak dan nafsu rakyat jelata

      tapi setelah Tun kata MAAN NAK DAPAT 350B JANJI BN ITU.. rakyat dah mula tetanya tanya.. betul ke moneyPestO BN najib ni


      semua dah kena tipu pru13 takde cukai utk rakyat

      tetiba gst 6%.

      sapa nak pecaya kata kata bNajib lagii.. kaki kelentong

      skrg index popular di seluruh negara naik balik 68%>

      PERAK pun tumbang...

      terima kasih laah Tun dan Rapidaa

      kihkihkihhhh mamposs kau BNajib

      Delete
    2. selepas komen berasap tapi childish beserta ikhlas anak raja melayu, rakyat semakin tak sabau nak tibai lanun bugis yg merompak negara

      FB mkini hentam komen ikhlas tersebut cecah 15000 yg tk setuju .. hr ni mgkin cecah 50000 yg tak setuju dgn kutukan thdap lidah bcBang.

      semua kata kerana lidah bercabang kita semua masih hidup hr ni... kalau tak habis kena tibai kayu golf dan penumbuk otomatik.. kalau guna pistol atau m16 mcmna???

      kerana lidah bcabang kita selamat dan masih hidup utk undi kluar puak lanun bugis yg mencuri harta negara..

      50000 fb kata TUN PENYELAMAT RAKYAT DAN NEGARA...

      jgn lupa sejarah .. lihat apa jadi kpd turkey ..

      Delete
    3. Hahaha, saya suka kata2 permulaan tuh, malaysiabaru - "selepas komen berasap tapi childish"

      And you didn't put nama pun, tapi orang di Zalakundara pun dah tahu siapa.

      Saya risau puak depa "above politics" tapi ada yang nak libatkan diri dlm politik.

      Kot tak baca berita2 England, anak raja kena tibai buat kenyataan yang "controversial" saja pun. Walau pun tak kritik parti2 politik atau pemimpin poltik depa.

      Media massa England selalu melaporkan/ menerbitkan komen2 mengatakan Queen/ Raja England rasa risau dengan telatah anak dia, khuatirkan akan membawa kpd institusi Monarchy dia lenyap di negara itu.

      Delete
    4. Tak kira bangsa johor,bangsa melayu,bangsa bugis sekalipun patut berpakat seluruh malaya jatuhkan najib razak..kita umat islam sama sahaja ditangannya..

      Delete
    5. Tak sabar nk tgk babi2 negara (BN) ni lingkup...kah3

      Delete
  3. Rakyat menolak pencuri dan yang sewaktu dengannya

    ReplyDelete
  4. Cerita yg dh basi dok ulang2 balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau kata dah basi ...yang kau dating juga nak rasa ...apa ke halnya ???

      Delete
    2. Budak ni perasan bagus pak diny. Dah dihalau tp masih juga mengendeng kat sini. Agaknya kulit muka tu tampal kulit viva.

      Delete
    3. Budak tu satu spesis dgn najib. Muka tebal tak reti malu buat salah. Dok mengaku pahlawang dan pandekakal tp lari bila diajak bertarung. Hantar pencacai dedak. Begitulah spt cerita zaman dulu. Siap pru14. Kita lumatkan bn.

      Delete
  5. 3rd INSHAALLAH....PH AKAN MEMBENTUK KERAJAAN PUSAT.AMIINNNN

    ReplyDelete
  6. PRU 13 minta kesian simpati & mandat. 2015 laksana GST. Ahmad Maslan kata barang akan turun dengan GST tapi sebalik naik kos sara hidup. Cukup 9 tahun jadi PM. Tolak BN

    ReplyDelete
  7. Peneroka FELDA dapat lima insentif dan inisiatif

    Zanariah Abd Mutalib ~ cnews@nstp.com.my

    LEBIH 112,000 peneroka FELDA di seluruh negara akan terus menikmati pelbagai insentif ditawarkan di bawah Manifesto Barisan Nasional (BN).

    Sebanyak lima insentif dan inisiatif disediakan untuk golongan itu bagi memastikan ekonomi dan kesejahteraan hidup mereka terpelihara.

    Insentif berkenaan termasuk pemberian insentif khas RM5,000 kepada setiap peneroka FELDA dan mewujudkan geran khas tanaman semula sebanyak RM7,500 per hektar bagi setiap peneroka FELDA yang layak selama lima tahun bermula 2018.

    Selain itu, pelupusan hutang pembelian saham FELDA Global Ventures (FGV) peneroka FELDA dan memperuntukkan dana khas pelupusan hutang luar biasa atau ekstrem untuk peneroka FELDA yang layak bagi tempoh lima tahun bermula 2018 berjumlah RM300 juta.

    Inisiatif FELDA 2.0 akan turut diperhebatkan melalui 15 rancangan untuk 2018 dan 2019 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta bagi mewujudkan komuniti pintar dan ekonomi setempat yang lestari.

    Inisiatif ini akan diteruskan ke rancangan FELDA di seluruh negara dan akan memberi manfaat kepada peneroka dan generasi kedua yang bermastautin di Rancangan FELDA.

    Sementara itu, di bawah teras ketiga iaitu Perumahan Keperluan Rakyat, inisiatif bagi membantu golongan peneroka akan dilaksanakan dengan membina lebih banyak rumah komuniti FELDA terutama untuk generasi kedua dan ketiga.

    Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 April 2018

    #### Inisiatif yang bagus untuk 'memancing sokongan' golongan yang sering dianggap tertinggal kebelakangan , mundur , tidak berpelajaran serta tertindas .

    Soalannya .. perbelanjaan untuk menunaikan segala insiatif itu memakan belanja yang besar ..berbillion jumlahnya . Dari mana wang itu di perolihi ?

    Sudah diketahui , tidak mungkin dari kantong Felda kerana kantong Felda hampir kering .

    Sudah tentu , dana itu datangnya dari pihak perbendaharaan . Adakah ini satu tindakkan adil kepada semua rakyat yang membayar cukai ??

    Sebelum Felda di senaraikan , semua urus selia Felda di jalankan serta di danakan olih Koperasi Felda yang kaya ..ketika penyenaraian Koperasi Felda mempunyai 'cash reserve' berjumlah RM5 billion .
    Para peneroka juga tidak perlu berhutang untuk melanggan saham FGV . Sekarang , kerajaan serba dungu yang di penuhi olih para idiot terpaksa memperuntukkan dana sejumlah RM300 juta untuk menyelesaikan hutang peneroka .

    Inikah yang TongGeng Najib laung2kan tentang kebijaksanaan "Kepala Bapak Kau" tu ..baral punya orang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. BRIM seolah olah kasi ikan kapada rakyat pendapatan rendah. Sepatut ya kasi joran, perahu, engin dsb ya untuk mereka menangkap ikan.

      Tak masuk di kepala Najib, kasi ikan, sekejap habis di makan. Kasi sampan, enjin dll, depa boleh ke laut tangkap ikan bertahun tahun.

      Kepintaran Tun A Razak tak menurun kapada anak nya nih. The intellectual heritage skipped one generation, at least.

      Delete
  8. Ada juga org tanya TMJ,jika kapal rosak hanya nak nasihat nahkoda,kenapa dia pegi jadi presiden FAM,kenapa tak nasihat je tak payah tukar...situasi negara skrg dgn FAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadi jadi punaisihat kerajaan apa jadi RUU335 pun masuk tong sampah parlimen


      umno bagi untuk paz supaya lawan HARAPAN di pru. pecah undi pembangkang..

      tapi hadi pusing balik kata takkanlah umno bagi duit untuk lawan umno


      bijaaak lobai nii mcm lebai moden yg berbelit kepala dgn najis unta

      Delete
  9. kedua belah pihak akan bermati matian bekerja utk memenangi hati n sokongan rakyat/pengundi.

    kunci kemenangan ada d tangan penduduk luar bandar/felda. buat masa sekarang jentera umno/bn lebih mantap. PH perlu 'catch up' dlm masa terdekat. it us doable.

    campurtangan istana tidak banyak memberi impak malahan mungkin akan menjadi 'counter productive'.

    istana dgn rakyat mempunyai perhubungan 'symbiotic' n masing2 mempunyai peranan serta sempadan (boundaries).

    dlm sistem demokrasi berparliament yg mendokong konsep raja berpelembagaan, tiada negeri yg bolih ujud bersendirian. 'no man is n island'. n istana wajib d lihat sebagai 'apolitical'.
    ada beza d antara mainan 'politik negara' dgn 'politk praktis'.

    olih demikian adalah lebih selamat jika semua pihak menghormati persefahaman ini.

    kita bolih lihat n rasa bahawa rakyat /pengundi sudah mula condong k arah PH. lipat ganda kan usaha.

    insya'allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Generasi sekarang semakin luntur keyakinan terhadap institusi raja. Knp?
      Apabila syarikat atau organisasi bermasalah diambil alih, apa tindakan awal yang akan dilakukan oleh pengambil alih? Jgn ragu dgn kemampuan Pakatan utk memulihkan negara yang telah dirosak oleh bn dgn teruk. Faktor penting adalah kesungguhan yang jujur dan ikhlas tanpa mendahulukan kepentingan diri. Terlebih penting afalah tidak menipu, bohong, mencuri dan menyeleweng.

      Delete
  10. lebih baik pilih yg bercabang lidah dari bahlol yg tak reti urus pasukan bola


    cabang sekai pun sealamat rakyat dari kena tibai kayu golf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia baru salut. Tu baru urus bola yang bulat. Belum lagi yg lebih besar. Nak tunjuk pandai berpada² la kan. Pengundi ada kuasa menentukan masa depan mereka. Ni bkn masa zaman feudal. Kita ada prinsip² dlm rukun negara:
      Tuhan
      Raja
      Perlembagaan
      Undang²
      Kesopanan dan kesusilaan.

      Rukun negara ni utk rakyat shj ks?

      Delete
  11. Kalau kita melapangkan masa mendengar manifesto BN yang baru dilancarkan oleh DSNR baru2 ni, tentulah kita semuadaoat menilai betapa BN betul2 ikhlas untuk membela dan mensejahterakan kehidupan rakyat segenap lapisan. Tidak aad satu pun golongan yang tertinggal..semuanya mendapat hak yang sama rata, tanpa sebarang diskriminasi. yang paling beruntung ialah suri rumah dan Penjawat awam. Kadang2 jeles pulak bila mendengar bermacam2 jenis insentif yang telah, sedang dan bakal dinikmati mereka dari kerajaan. Tapi takpe lah..mereka memang berhak untuk menimatinya, selaras dengan pengoebanan yabg telah dicurahkan tanp sebarang rasa jemu selama ini.
    Berbanding dengan manifseto yang dijanjikan oleh PH, memang tampak ketara perbezaannya..umppama langit dengan bumi. manifesto PH ternyata hanyalah dikitar semula dan diceduk dari manifseo BN. Rakyat beranggapan bahawa apa yang dijanjikan oleh PH tu amat2 mustahil untuk direalisasikan ..cthnya pengahpusan GST dan Tol. madey sendiri mengakui janji2 tersebut sukar dilaksanakan memandangkan kedua2 kutipan tersebut adalah penyumbang utama kepada hasil negara. Mana mungkin dihapuskan serta merta, kelak akan menyebabkan defisit dalam hasil negara dan berkemungkinan negara akan bangkrap, seperti yg berlaku di Greece.
    Walaupun BRIM dituduh sebaagi2 gula2 untuk rakyat B40, tetapi lain pulak tanggapan golongan ini. Apatah lagi, dengan janji DSNR yang menegaskan pemberian BRIM akkan ditingkatkan sekali ganda, sudah tentu ini merupakan ole2 yang cukup bererti kpd rakyat yg layak untuk membantu menampung kehidupan mereka sehari2an. PH tidak memahami kesusahan dan keperitan hidup rakyat dewasa ini...mereka hanya sibuk untuk mendapatkan kuasa meremerintah negara demi mencapai hajat dan cita2 mantan PM yg tua renta tu. Hinggakan TMJ terpaksa campur tangan bagi menyedarkan rakyat yg sudah jauh terpesong akibat dari terus menerus dihasut dan dibrain wash pemikiran mereka oleh Madey dan PH. jadi , memang benarlah PRU14 in9 adalah diibaratkan seperti The mother of all Elections..pertembungan di antara yang hak, yang diperjuangkan oleh DSNR dan BN menentang kebathilan, yang menjadi tunjang dan prinsip Madey dan PH...dan sejarah berzaman telah membuktikan, yang hak sentiasa mengatasi yang bathil !!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib bentang bajet pertengahan tahun dan rancangan pembangunan 5 tahun...

      Lepas pru harga minyak naik nak cover bajet najib...

      Delete
    2. Mmg seorang pun tak tertinggal. Lelaki, perempuan, tua, muda, semua kena bayar gst.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Geng Najib, podah chit!

      Delete
    5. Tak ada makna/masa le nak tengok Mani expired BN...
      Nak Tanya,,
      Akta berita palsu dah lulus,
      Akta janji palsu bila lagi.🤔🤔🤔

      Delete
    6. Geng Najib Musibat,

      Airmanifesto ker, Moneypestol ker, kalau ianya datang dari Benawe Najib, sorry ler, tak minat langsung.......!! Mentelah pulak kalau dikopipes oleh Musibat kaki auta kopipes.


      Now listen to this....

      NAJIB likes to borrow money so that he has a lot of money to make him 'Cash is King Najib'. Najib has created bubble economy where money is now available everywhere-everytime to borrow....asal saja sanggup jadi budak-hamba baruah kpd hutang riba.

      Credit cards, installment schemes for purchase of cars, household equipment suppliers like the radio TV shop, Camera shops etc hs made super easy for many and many take loans, and many do not repay. I know law firms that just send out notices to these people on behalf of banks.

      What is even worse, is that there are motorcar credit Companies offering loans without down payment and if that was not bad enough they'd advertise blatantly saying " Customers in the Blacklist" also welcome."

      The Property Bubble on the verge of bursting.

      If anyone comes out saying, "Kepala Otak Kau" I have the perfect reply for him.

      Delete
  12. pru 13

    menifesto bn kata tiada kenaika chukai

    lepas 2 tahun tup tup GST 6%

    beli saga 30 000 kena gst 1800


    babiii bnajib bapok pondan urus negara penipu klentong rakya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuada kenaikan tol...2015 dua tol karak naik 100%... Menipestol klentong...

      Delete
    2. MONEYpestol bNajib

      tabur duit kemudian tembak pistol gst tol tarik subsidy

      Delete
    3. Airmanifesto lah, MONEYpestol lah, ihh..ihh..ihh..

      Najib nih sedar tak dia nie dah ler sekolah tak abis, sewel & biol pulak tuuu.....!!

      Delete
  13. Brim naik sekali ganda, cukai naik berganda ganda..

    ReplyDelete
  14. Tunggu bulan 8 barubnaik...kena kasi BN menang dulu....sekarang bukan BN perintah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo bn menang petrol terus naik harga...

      Delete
    2. Airmanifesto PRU 14, Brim dilipatgandakan.
      Percaalah, kalau Najib tunaikan janji itu, mana dia nak cekau duit selain menaikkan gst berlipat-ganda juga.

      Ujung2...rakyat jugak kena kelentong, tak serik2 ker.......???

      Delete
  15. hantar pulang bangla 2 juta..dan nyah kan itu MP Bangla Datoh..BODOH kelas SATU

    ReplyDelete
  16. Kali ini bukan lagi gelombang tapi kepala bapak tsunami bakal melanda!

    ReplyDelete
  17. Ramalan nujum pak belalang, andai bn menang, sumber kewangan adalah untuk mereka berpesta sesama sendiri. Segala cukai dinaikkan. Perkara yg blm kena cukai jg akan dikenakan. Ini semua bg membayar hutang untuk wang yg dicuri. Sanggupkah kita yang berpeluh mencari wang kemudian diserahkan kpd pemimpin utk berjoli? Fikirkan dgn hati, minda dan segalanya dgn ikhlas dan terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjawat awam,pencen wajib sampai umur 60.
      Jadi BN pn dh perintah 60 thn,,
      Maka selayaknya BN pn patut pencen le..

      Delete

  18. Najib says he was 'really hurt' by Shafie

    The Star Online

    SEMPORNA: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak (pic) says he was "really hurt" by Datuk Seri Mohd Shafie Apdal's actions in 2016.

    "I was disappointed that when certain situations arose, Shafie stabbed me in the back… I still feel the pain, especially because it was done by a close friend," said Najib.

    Shafie, the five-term Semporna MP, left Umno and formed Parti Warisan Sabah in 2016 to take on Barisan Nasional.

    Speaking at a gathering here on Monday (April 9), Najib said a leader is only as strong as the support he gets from his party, and that a party can only be strong if there is loyalty to the leader.


    Najib Razak standing in front of a crowd© Provided by The Star Online
    "As the Prime Minister, I know that I'm not strong because of the name 'Najib Razak', but because of the three million Umno supporters behind me," he said.

    Najib said he had entrusted Mohd Shafie to bring development to the state as the rural and regional development minister but claimed that the latter did not heed his advice to work with Sabah Chief Minister Tan Sri Musa Aman.

    "I gave extraordinary opportunities to Shafie to become the first Umno vice president from Sabah," said Najib.

    The Barisan chairman is on a two-day visit to east part of Sabah and will visit Tawau and Semporna.

    It is his first leg of a tour since Barisan launched its manifesto on Saturday, which pledged to realise by consensus the rights of Sabah and Sarawak under the Malaysia Agreement 1963.

    In the last general election, Barisan won the Semporna parliamentary seat and the three state seats, Senallang, Bugaya and Sulabayan.

    But in 2016, Mohd Shafie formed Warisan with Sulabayan assemblyman Datuk Dr Jaujan Sambakong joining his party.

    Senallang and Bugaya remained in Umno's fold and are represented by Datuk Seri Nasir Sakaran and Datuk Ramlee Marhaban respectively.

    #### Hai . Nampak gaya macam pergi menagih belas kesihan .

    Kalau ya ...silap tempatlah kamu Najib ....sepatutnya kena lah pergi jumpa tok2 arab tu lagi bagus . jika PRU 13 dapat derma 2.6 billion . PRU ni ,yang ditakrifkan 'ibu segala pilihanraya' , gerenti pak arab bolih bagi 6.2 billion .

    'Terluka' kerana di cabar olih Shafei ??
    Yang dia 'melapah' seluruh rakyat Malaysia dia tak sedar ..apa punya pemimpin ???

    ReplyDelete
  19. PH - Manifesto.
    BN - Airmanifesto.......??

    What a jerk Najib is......!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul pak othaman.

      great leaders look beyond their time, najib only looking into his own pockets!

      hutang dah banyak belum bayar, ni tambah lagi janji bilion2, mana nak cekau duit pun tak tau.

      ada lagi ke pak arab yang nak derma dgn najis ni?

      Delete
  20. berseronok2 lah kau orang tapi bila tiba saatnya kau semua akan terkunci mulut bila ph dibungkuskan seperti mayat..ini pasti berlaku dan telah tersurat..tunggulah saatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape yg akan kena bungkus ni...keh...keh...keh...
      Najib ketakutan....tun madey relax...

      Delete
    2. Mohd Azam...habis kau nak berseronok klau BN menang ke. Jgn mimpi...for sure Si Malaun tu akan naikkan kadar GST. Klau tak GST dia akan naikkan benda2 lain. Masa tu baru kau pun sedar diri, nak makan nasi bungkus pun kena ration..Satu bungkus nasi ayam makan dua orang. Kita tengok nanti ok. Kau org penjilat2 dan peminat2 Najib , Umningok dan BN nak sgt parti sial ini menang. Rasakan bahana dan sial yg BN dan PM akan beri pada kau org

      Delete
  21. PR14.....TSUNAMI RAKYAT VS BANGSAWAN/BRAHMIN(DUIT).

    ReplyDelete
  22. Lebai moden ini sepatutnya bukalah blog sendiri. Tulis panjang panjang siapa nak baca disini. Klu buka blog sendiri boleh geng najib dan geng bulan dan umeNO baca. Bolehlah seronok sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan tulis. Dia kopipes.

      Masuk lah selalu, tolong tepis.

      Atau sebat, belasah, hentam dia hingga kepala dia kempes.

      Delete
  23. Rakyaat China,India, Indonesia, Perancis,Rusia dan berpuloh2 negara lagi telah lama bebas dari kongkongan "Institusi Dendalu" yang memundurkan pemikiran.

    ReplyDelete
  24. Ayuh sahabat semua Kita sama2 Bina Semula Negara...

    ReplyDelete
  25. Rakan2 Seperjuangan...
    '
    Jika ada kelapangan, sila juga lawat 'blog Dr Mim' tempat Kejora bersarang menabur auta.

    ReplyDelete
  26. Oii Kejora Babi Gila. Kau masih merepek kat sini lagi ye. Betul2 babi sondol kau ni. Dimaki, dihalau, masih sua muka menyondol kat sini. patutnya kau takyah dtg sini dah. Pergi berpesta di blog2 umnongok tu meraikan pre-victory sbb Boss Bacul Penipu tu dah main taktik kotor dgn Ketua SPRM. Tak cukup hari undi diistihar hari RABU (Rakyat Akan Buang Umno) hari ni si Baru SPRM tu umumkan pengundi2 yg berdaftar tahun 2018 tidak layak mengundi, SPRM ambil kira senarai daftar undi utk quarter yar 2017 saja. Amboi, amboi, amboi!..tak cukup k dgn persempadanan semula, pos undi ditambah hingga merangkumi penjawat2 awam di Hospital, anggota RELA, Bomba. Tak confident ke Lanun Bapok, BN/umno boleh menang dgn semua helah2 dan taktik "curi" undi tu?
    Boss Lanun hang ni kan paling musibat dan licik dlm sejarah PM2 Malaysia dan dlm sejarah PRU2 yg lalu. Mmng dah dasar penipu, bacol, pengkhianat pencuri-ini lah semua cara2 haram saja yg hangpa puak umno celaka dan BN dajjal dpt lakukan. "TIPU DAN CURI UNDI. DULU, KINI DAN SELAMA2NYA BOSS LANUN KAU & UMNO memng PENIPU, PENGECUT!!!
    Delete

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...