Thursday, 12 April 2018

MUAFAKAT DENGAN TUN MAHATHIR UNTUK MENJANA PERUBAHAN - ANWAR

Saya tidak tahu mengapa pimpinan UMNO menganggap kerjasama saya dan Tun Mahathir sebagai satu perkara yang janggal kerana kami telah bermusuhan begitu lama.


Pernah saya jelaskan bahawa kesediaan Tun Mahathir menjalin persahabatan telah saya terima dengan baik dengan semangat bersilaturrahim. 


Saya musykil mengapa Umno begitu takut dengan gabungan Tun Mahathir dan Anwar. 


Muafakat ini juga adalah kerana tekad kami bersama untuk menjana perubahan. Negara kini menjadikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebagai budaya. 


Skandal skala besar saperti 1MDB dan Felda cuba dilindungi. Maka hanya dengan perubahan kuasa, negara dapat dikemudi berdasarkan Perlembagaan dan hukum.


PRU14 adalah kesempatan terbaik bagi rakyat menentukan masa depan negara menghentikan kezaliman dan membebaskan rakyat dari segala bentuk penindasan.


Anwar Ibrahim 

12 April 2018

86 comments:

  1. Replies
    1. "menghentikan kezaliman dan membebaskan rakyat dari segala bentuk penindasan"

      Ini amat luas makna nya. Berjela jela boleh di tulis. Sebab berbagai bentuk kezaliman dan penindasan.

      Ada yang nampak di lakukan dengan sewenang wenang nya sahaja. Termasuk 1MDB. Di katakan untuk perlaburan. Tapi wang nya berteraburan. Di "missappropriated" dan "money laundered", kata DoJ.

      Gila, dokumen yang DoJ kemukakan ke mahkamah di US dalam kes mengsita asset berkaitan 1MDB itu mengandungi 251 mukasurat. "MO1" di sebut 16 kali.

      Kita tunggu lah Kenyataan Akhbar DoJ bekenaan "the criminal aspects of the 1MDB investigations". Memberi nama penuh "MO1" dan jenayah yang di lakukan nya. Moga2 keluar tak lama lagi sabelom hari mengundi.

      Delete



    2. BUAT PRU HARI R.A.B.U


      RM600 JUTA NILAI PRODUKTIVITY NEGARA HILANG


      bNAJIB MEMANG BODOO TOLOL BANGAN BAHALOL

      600 JUTA BUKAN BABIBSETAN bNajib woii

      ko ni otak sewel apa buat pru

      hari R.a.B.u ????


      ko dah nak mammpooos keeer?

      inililahiwainnailaihiraajiuun..

      Delete
    3. Selasa xleh buat

      Najip fobia dgn hari selasa

      Delete
    4. Siang tadi, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) hadir memberi keterangan dalam sidang siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai kes kehilangan Amri Che Mat, pengasas NGO Perlis Hope dan dua individu lain.

      Bagaimanapun, ketika inkuiri berlangsung, percubaan Siti Kasim yang mewakili Majlis Peguam membangkitkan unsur ekstrem dalam fahaman Sunni sewaktu soal balas dengan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin itu telah mencetuskan ketegangan.

      Dalam hantaran terbaru Asri di Facebook, sarjana Islam itu dipercayai cuba menggambarkan pengalaman beliau bersoal-jawab dengan peguam hak asasi manusia, Siti Kasim pada sesi inkuiri Suhakam itu.

      "Saya tidak hairan apabila menerima beberapa soalan 'tidak cerdik' dari seorang yang pernah membicarakan tentang Tuhan dan 'getaran'.

      "Jika dalam bab ketuhanan yang merupakan asas kewujudan insan dia gagal berfikiran seimbang, apatah lagi bab yang lain," kata Asri.



      Tanpa menyebut nama, beliau menzahirkan rasa hairan terhadap seseorang dengan latar belakang undang-undang tetapi disifatkan beliau sebagai dangkal.

      "Namun, saya agak hairan apabila seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang seperti dia itu sangat dangkal tahap pengetahuan asas bagi istilah-istilah yang dia gunakan sendiri.

      "Dia bercakap dengan istilah yang dia sendiri tidak faham. Kemudian dia beraksi untuk memberikan tafsiran berkaitan agama," kata Asri.

      Asri turut mempersoalkan kenapa pertubuhan berkaitan undang-undang memilih seorang yang 'ganjil' sebagai wakil mereka.

      "Apakah jika hanya kerana seseorang itu 'ganjil' pada penampilan dan songsang pada pemikiran maka dia pun ditabalkan oleh pertubuhan yang berkaitan undang-undang sebagai wakil mereka.



      "Sudah tiada orang lainkah yang mempunyai nilai pekerti dan kesopanan sebagai manusia berpendidikan untuk diwakili? Sudah habiskah rakyat dalam negara ini?" Soal beliau lagi.

      Ekoran hantaran FB Asri itu, tidak lama kemudian peguam Siti Kassim memuat-naik hantarannya pula dipercayai ditujukan kepada Mufti Perlis itu.

      "Ada orang tu bila kalah dalam sidang, dia balik dok ngumpat-ngumpat dekat FB dia .

      "Terserlahlah pekung habit pembulinya - dia tak dapat menang hujah, dia pun main mengejek dan tohmah orang yang dia tak boleh nak jawab dalam sidang.

      "Itu kah yang konon intelektual sangat. Low class punya level adalah," tulis Siti Kassim.

      'Wanita dangkal'

      Ini bukanlah kali pertama Asri membidas Siti Kassim. Tahun lalu, Asri ketika mengulas mengenai kontroversi 'Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin' turut menempelak Siti yang disifatkan sebagai wanita dangkal atas laporan kenyataan beliau tentang kewujudan tuhan .


      "Dukacita apabila media mengutip berita 'bomoh' yang penuh khurafat dan memalukan masyarakat bertamadun, dan seorang wanita dangkal minda yang entah apa latarnya.

      "Seorang membuat 'kerja' yang melambang masalah akal yang serius.

      "Seorang pula membuat kenyataan tentang agama, tuhan dan pelbagai lagi yang juga melambangkan kedangkalan pengetahuan dan ketandusan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan," kata beliau.

      Delete
    5. PAS melontarkan penegasan kepada pengundi Melayu supaya tidak mudah tertipu dengan parti DAP disebalik penggunaan logo PKR oleh Pakatan Harapan (HARAPN).

      Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, DAP sebaliknya mahu mengelirukan pengundi Melayu demi memancing undi dengan 'cuba berjubah dan berserban'.

      Menurutnya, DAP dikatakan perlu menyelindungi imej 'kecinaan' yang cukup sinonim dengan parti itu bagi mendapatkan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya umu ke-14 (PRU) nanti.

      "Dia macam orang yang tidak pernah solat, tetapi mahu meminta anak tok imam. Dia sanggup pakai jubah dan serban ketika datang meminang.

      "Kita harap pengundi tidak tertipu," katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.


      Timbalan menteri besar Kelantan itu ditemui selepas Majlis Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan antara Datuk Mohd Faudzi Che Mamat yang akan bersara wajib mulai 14 April 2018 ini dan digantikan dengan Datuk Nazran Muhammad.

      Terdahulu, Majlis Presiden HARAPAN memutuskan untuk menggunakan logo bersama iaitu logo PKR pada piliha raya kali ini.

      Justeru, Mohd Amar berkata, strategi tersebut juga secara tidak langsung membuktikan dakwaan banyak pihak bahawa PKR selama ini diperkudakan DAP.

      "Sekarang tak nampaklah parti Cina (guna logo PKR). Bermakna PKR sudah diperkuda DAP.



      "DAP pun mengaku mereka nak guna logo PKR untuk mengaburi mata pengundi Melayu," katanya.

      Tambah penyandang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu, PAS bagaimanapun tiada masalah dengan strategi HARAPAN.

      "Kita tiada masalah, bagi orang awam kita tak tahulah.


      "Kita ada lambang yang lebih senang iaitu bulan, lebih cerah daripada (lambang) mata.

      "Jadi pilihlah bulan yang terang daripada memilih mata yang lebam," katanya.

      Delete
    6. Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) telah mengambil tindakan ke atas NGO Perlis Hope berkenaan 'promosi agresif' kegiatan kebajikan sosial di Facebook yang didakwa cenderung berfahaman Syiah.

      Pengarah JAIP Dr Hazman Hassan berkata beliau mendapati hantaran tersebut bertambah sekitar bulan September, 2016 dan memutuskan untuk mengambil tindakan pencegahan.

      "Secara peribadi saya buka satu, satu kepada posting itu misalnya ada satu posting dia kata sedekah ini dapat mengelakkan bala pada hari-hari sial.

      "Dalam kita Ahli Sunnah wal Jamaah kita tiada hari sial. Semua hari adalah baik. Apa sahaja Allah tetapkan berlaku kepada kita berlaku semuanya baik sama ada secara luaran," kata Hazman yang menjadi saksi ke 11 memberi keterangan di hadapan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Datuk Mah Weng Kwai.

      Hazman turut mendakwa hantaran Perlis Hope di FB kelihatan menunjukkan seolah-olahnya agensi kerajaan negeri seperti Baitulmal telah gagal melaksanakan tugasnya membantu orang ramai.



      Hazman juga berkata hantaran Perlis Hope itu, jika tidak disekat, ia boleh menggugat ketenteraman awam

      Pada ketika itu, Hazman berkata beliau baru tiga bulan menjadi Pengarah JAIP.

      Dalam tindak balas terhadap hantaran Perlis Hope itu, Hazman berkata beliau mendapatkan kerjasama jabatan pendidikan melalui surat bertarikh 21 September 2016 bagi menghalang Perlis Hope daripada terlibat dalam kegiatan di sekolah atas dakwaan kaitan ajaran Syiah itu.

      Beliah juga berkata mendapat maklumat Perlis Hope mahu masuk ke seolah-sekolah di Perlis atas program memberi pakaian seragam sekolah percuma.

      Hazman berkata sebelum hal itu terjadi beliau memaklumkan kepada jabatan pendidikan negeri. Bagaimanapun, Hazman turut mengesahkan tiada tindakan susulan diambil terhadap Perlis Hope.

      Panel sambung sidang

      Sesi siasatan hari ini ditangguhkan pada jam 4.30 petang dan Mah berkata panel siasatan itu akan bersidang semula tiga hari lagi pada 15, 16 dan 17 Mei 2018 ini.

      Suhakam sedang menyiasat sama ada Amri dan dua lagi individu hilang secara "dipaksa atau tanpa kerelaan", seperti yang ditakrifkan Konvensyen Antarabangsa Bagi Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED).


      Dua lagi kes individu hilang yang sedang disiasat adalah paderi Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth Sitepu.

      Bagaimanapun , inkuiri bagi kehilangan paderi, Raymond Koh, ditangguhkan selepas polis mendakwa seorang suspek.

      Delete
    7. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari mengundi awal pada 5 Mei 2018 dan hari mengundi pada 9 Mei 2018.

      Mengundi adalah kewajipan bagi rakyat Malaysia yang menjadi salah satu urusan agama dalam Islam. Tanggungjawab memilih pemimpin dapat dilihat melalui Peristiwa Thaqifah Bani Saidah apabila para sahabat meninggalkan majlis pengebumian jasad Rasulullah S.A.W semata-mata menghadiri perhimpunan memilih khalifah.

      Islam menggariskan dalam al-Quran tentang sifat-sifat seorang pemimpin iaitu al-Qawiy (kompetensi) dan al-Amin (amanah).

      Namun, masalah utama negara kita berdepan dengan pemimpin rasuah. Perkara ini didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa 71 orang pemimpin Barisan Nasional (BN) disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 orang daripada Pakatan Harapan (PH).

      Alhamdulillah PAS kosong, tiada seorang pun disiasat atas salah laku rasuah walaupun PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam keadaan disekat peruntukan oleh kerajaan Pusat.

      PAS pernah juga menyertai kerajaan yang dipimpin DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor serta mengetuai Kerajaan Perak. Terbukti betapa bersihnya pemimpin PAS.

      Inilah tawaran PAS kepada rakyat yang tidak mampu ditunaikan oleh parti politik lain kerana PAS berdasarkan kepada akidah Islam, tidak memisahkan politik dan agama, dan percaya kepada hari akhirat yang ada perkiraan dosa pahala.

      Sebenarnya masih banyak perkara yang boleh diberikan peluang kepada PAS untuk menjadi bukti bahawa Islam boleh menyelesaikan masalah yang telah gagal diurus oleh semua ideologi dan teori ciptaan manusia, jika PAS diberi lebih kebebasan berkuasa.

      Malaysia bukan negara tiada hasil tetapi masalahnya banyak kebocoran dan ketirisan sehingga rakyat terpaksa menanggung bebanan seperti kenaikan kos sara hidup, pelaksanaan GST dan pengangguran.

      Delete
    8. Kepimpinan utama mesti Melayu

      Di Malaysia, Melayu adalah kaum dominan. Maka kepimpinan utama negara semestinya dilantik daripada kaum bumiputera Melayu Islam yang beriman, budiman dan adil untuk semua, bersama kaum bukan Islam juga dilantik sebagai menteri kabinet atau exco kerajaan negeri.

      Rakyat perlu menolak parti-parti yang cauvinis dan oportunis yang tidak menghormati Islam sebagai agama persekutuan sehingga berani menentang PAS dalam segala usahanya bagi melaksanakan Islam, walaupun dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan penganut bukan Islam.

      Mereka juga mengambil kalangan penganut Islam yang sanggup menjadi topeng atau bersedia diperalatkan. Umat Islam tidak sepatutnya dipermainkan sehingga dinafikan hak mengamalkan ajaran Islam seluruhnya, sedangkan penganut agama lain berhak beramal agama mereka dengan bebas.

      Tak bersama BN, PH

      PAS tidak boleh bersama BN mahupun PH dalam PRU 14. Kalau masuk BN seumpama memikul biawak hidup kerana PAS pernah menyertainya dahulu.

      Sekarang BN memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakit, serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS. PAS tidak boleh bersama kerajaan yang dituduh sehinggalah dibuktikan bersih atau bersalah.

      PAS tidak boleh menyertai PH kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka, bersembunyi atau oportunis.

      DAP berani mencampuri perkara berkaitan Islam seperti RUU 355 yang tiada kaitan pun dengan kalangan bukan Islam. Di dalamnya juga ada para pemimpin yang dahulu bersekongkol dengan punca masalah negara dan dikenakan tuduhan sama bertali arus.

      Delete
    9. Sebelum PRU12 lepas, NGO Islam telah membuat beberapa tuntutan kepada semua parti bertanding tetapi masih belum dipenuhi sehingga sekarang. Antara tuntutan tersebut ialah sebarang tindakan mempersendakan Islam secara lisan, tulisan ataupun media siber dan elektronik perlu ditangani dengan serius mengikut peruntukan di bawah Kanun Keseksaan termasuklah daripada kalangan ahli politik.

      Bidang kuasa jenayah mahkamah syariah diperluaskan menerusi pindaan Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1984 serta Enakmen Pentadbiran negeri mestilah direalisasikan. Dalam masa sama, mahkamah sivil dan mahkamah syariah disamatarafkan dari aspek perjawatan, penggajian, status serta prasarana.

      Penyeragaman undang-undang Islam hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera dan diwujudkan Akta Profesion Guaman Syarie bagi mengawal selia peguam syarie seluruh negara seperti rakan mereka peguam sivil.

      NGO Islam pernah menuntut supaya digubal dan diwartakan dengan segera undang-undang mengawal penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan umat Islam di seluruh negara selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Sehingga hari ini Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang tersebut.

      Kerajaan dituntut mengambil tindakan tegas termasuk ke tahap membatalkan mana-mana lesen perniagaan majikan yang menyukarkan, apatah lagi menghalang pekerja Islam mengamalkan ajaran Islam seperti pemakaian tudung, solat Jumaat, berpuasa, cuti mengerjakan haji dan lain-lain syiar Islam.

      NGO Islam juga menuntut supaya kerajaan memperkasakan pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan termasuk menambah waktu dan pendekatan pengajaran Islam di sekolah yang membentuk jati diri kebangsaan.

      Bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) hendaklah dikembalikan dan buku teks percuma juga dinikmati pelajar SAR. Kerajaan dipilih juga didesak menghentikan amalan diskriminasi Kementerian Pelajaran, di mana menafikan peluang murid cemerlang UPSR dan PT3 dari sekolah agama swasta memasuki sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), serta memberi peluang pelajar cemerlang daripada kalangan keluarga miskin memasuki sekolah berasrama penuh.

      Kemudahan biasiswa dinikmati pelajar Melayu juga perlu diberikan kepada pelajar Islam bukan berketurunan Melayu. Di samping itu, kerajaan digesa menambah jumlah penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pelajar Melayu/Islam yang cemerlang.

      Amalan bacaan al-Quran, doa dan sambutan perayaan kebesaran Islam perlu diteruskan kerana ia sama sekali tidak menghakis keharmonian kaum dan agama, malah mendidik anak bangsa menjadi insan bersahsiah mulia.

      Kementerian Penerangan pula hendaklah memahami aspirasi dan sensitiviti umat Islam dalam merangka dasar penyiaran dan melaksanakan program membina masyarakat berakhlak terpuji.

      Program berunsur pendidikan Islam dan moral perlu diperbanyakkan dan disiarkan pada waktu puncak dan azan sepenuhnya hendaklah disiarkan setiap waktu. Program hiburan mempromosi budaya hedonisme Barat hendaklah dihentikan termasuk program hiburan realiti.

      Delete
    10. Sistem politik dan tadbir urus baik adalah syarat utama kejayaan dan kelangsungan sesebuah negara. Kesejahteraan rakyat akan terbela dengan mewujudkan sistem politik adil, tadbir urus baik dan sistem penyampaian cekap. Kerajaan dipilih hendaklah bebas daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

      Calon tidak sensitif terhadap kepentingan hubungan kaum dan agama termasuk mempersendakan kedudukan agama Islam di Malaysia hendaklah ditolak. Pembinaan rumah ibadat tanpa mengikut peraturan hendaklah dikawal tanpa mengira agama.

      Bilangan pegawai penguat kuasa agama (PKA) dan profesionalisme mereka dalam membanteras gejala maksiat dan salah laku moral perlu dipertingkatkan. Kerajaan juga dituntut melaksanakan undang-undang anti maksiat yang sedia ada dengan tegas, telus dan berkesan.

      Saya tidak berhasrat mengupas satu persatu sejauh manakah tuntutan NGO Islam ini telah dipenuhi. Terpulanglah kepada pembaca sendiri meneliti dan menginsafi setakat mana tuntutan ini telah diambil tindakan berbanding dengan tuntutan yang dizahirkan oleh golongan lain.

      * Datuk Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

      Delete
    11. Perang persepsi yang berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 perlu ditangani secara rasional dan bukan emosional, ujar penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Azizuddin Sani.

      Jelasnya, rakyat perlu bijak menilai apa jua isu yang dibangkitkan, terutamanya di media sosial.

      "Bagi rakyat, kita perlu jangan emosional tetapi jadi rasional untuk menilai isu-isu tersebut sama ada isu-isu berkenaan adalah benar atau tidak benar.

      "Ini kerana hasil kajian saya mendapati banyak isu yang dibangkitkan yang kadang-kala kurang tepat. Dalam pilihan raya ini terlalu banyak isu di media sosial, maka rakyat perlu bijak menilai dan memikirkan serta tidak mudah terpengaruh dengan agenda dibawa oleh pihak tertentu."

      Delete
  2. Replies
    1. PRU14 | Seorang pendakwah bebas menangkis kenyataan seorang pimpinan PAS berhubung dakwaan malaikat boleh mengundi jika Allah izinkan.

      Pendakwah yang dikenali sebagai Abu Syafiq Al-Asy'ary itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi baru-baru ini sebagai mengarut dan pembohongan.

      "Malaikat mengundi? Karut. Ada dua pembohongan, pembohongan kepada Allah dan pembohongan perihal malaikat.

      "Dalam al-Quran Allah berfirman, malaikat hanya melakukan apa yang Allah perintah.

      "Ada ke Allah perintahkan untuk malaikat ini ambil IC (kad pengenalan) kita, wakilkan kita pergi mengundi?



      "Ada ke dalam al-Quran dan hadis? Macam mana kau tahu (malaikat boleh mengundi)? Kau tahu ilmu ghaib ke?" soalnya dalam satu kenyataan video di Facebook, hari ini.



      dalam.kitab imam 12 aljafari syiah wal syumul pun tarak sebut..ANA DAH CHECK..

      kitab imam 7 syiah di syria pun tak sebut


      kitan imam 5 syiah druze di lebanon pun tak sebut



      LAHANAT NI NAK SUMBAT 9bulan. tarik balik WATIKAH BERI CERAMAH



      NAK SESAT PEGI KELANTAN DARUL SESAT


      PARTY ISLE SESAT SEMALAYSIA

      Delete

    2. ya ustaz


      kalau allah perintahkan malaikat mengundi...

      undi paz dan dumno

      bermakna allah dah beri sokongan

      boleh ker allah sokong paz dan dumno?

      yang saya tahu

      "KEJORA PERNAH SEBUT ALLAH MELIWAT MADEY" - bukti ada pada ENCIK OTHAMAN


      masyallah puak paz dan dumno

      main main nama allah


      apa nak jadi pada agama isle nii???

      Delete
    3. Tok2 guru pas mmg lahanat.
      Semuanya kafir belaka!!!

      Sebab tu depa berani putar belit agama.

      Depa berani buat main2 dgn agama. Tipu sana tipu sini.

      Cuma yg bodoh2 saja yg dok percaya dgn temberang tok2 guru pas ni.

      Delete
  3. Ini dia seorang pemimpin berjiwa besar..Kami terima dgn lapang sepenuh hati..
    Hidup Keadilan!!

    Lawan tetap Lawan!!

    ReplyDelete
  4. malaysia perlukn pemimpin hebat wibawa dan integriti.

    malaysia tidak perlukan penyamun perompak dan kaki hutang.

    malaysia jg tidak perlukan lobai2 palsu.

    selamatkn malaysia.

    ReplyDelete
  5. Kita tak perlu lebai moden buat komen atau copy and paste disini.

    Buatlah komen di cai cai punya blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat blog depa tak dak org lawat. Apatah lg nak baca. Terpaksa la menyemak kat blog PH. Tu pun org tak baca. Kesiankan kat depa tu. Nak cari sesuap dedak yg semakin susut.

      Delete
  6. Buang yang keruh, ambil yang jernih demi masa depan negara. Syabas!!!!

    ReplyDelete
  7. I take my hat off to this guy!! I'm myself would probably not as forgiven as he was considering all the shit that Tun put him through all those years and yet willing to bury the hatchet and move on.

    Ini adalah contoh seorg insan yg mempunyai semangat juang yg tinggi dan berjiiwa besar, dan saya memang tidak silap bila bertindak keluar umno semasa krisis 1998 dahulu dan tidak menoleh kebelakang lgi semenjak itu. And all that came with the package!!

    What is done is done! There are more pressing issues at our hands now, much bigger than we could ever imagine!

    Kepada pencacai spt kejora dan seumpamanya, sedarlah, our situations are critical! Kalau dulu singapore terjual kerana pemimpinya ketagihan candu dan sanggup melepaskan pulau tetsebut demi mendapatkan bekalan candu, hari ini kita dpt saksikan bahawa malaysia mungkin akan terlepas ke tgn china merah akibat candu hutang yg menjadi ketagihan najib.

    Najib dgn slogan cash is king, mmg memerlukan wang yg banyak utk membeli sokongan dari peringkat menteri sehinggalah kepada pecacai cabuk seperti kejora dll, dan juga sokongan rakyat kebanyakan. Kita tertanya tanya dari mana sumber keewangannya. Maka timbullah cerita 1mdb, ecrl, felda dsbnya, and this guy will stop at nothing!!! Sepertmana harga barangan yg melambung, harga dedak juga turut meningkat, dan begitu juga hutangnya nanti. Sebelum habis semua tergadai, maka kita rakyat yg prihatin harus bersama sama Tun dan Anwar, berjuang agar anak cucu kita dpt mewarisi sebuah negara yg betul2 merdeka dan berdaulat!!

    Inilah yg cuba dilakukan oleh Tun dan anwar juga sedar bahwa najib adalah barah kepada negara dan perlu dikeluarkan sblum terlambat!!

    Kerjasama Tun dan Anwar bukanlah utk kepentingan peribadi masing2, tapi utk kepentingan kita semua!

    ReplyDelete
    Replies


    1. OTAI REFORMASI PUN SOKONG TUN


      kami dah cakap


      TUN SEDANG MENUJU KE JALAN YG INSYALLAH MENGHALA KE SYURGA


      KIPIDAP TUN... SIKIT LAGI..


      BILA TUN JADI PM


      UBAH SEMUA RULE OF LAW

      DAN BILA SELESAI

      DENGAN AMAN ALLAH TARIK NYAWA


      YA BILA PERJUANGAN TUN SELESAI


      ANA TAK HALANG ALLAH AMBIL RUH Y.A.B PM MALAYSIA KE 7

      Delete
    2. The joy of getting rid of Najib overweighs "all the shit that Tun put him through all those years".

      The most recent chance he had of becoming PM was thwarted, nay, sabotaged by Najib in a most heart wrenching fashion by getting him imprisoned.

      Now Anwar is slated to be released in June, just weeks after Pru14. But Anwar will still be able to be PM if and when PH wins. Tun M has promised to get Anwar pardoned by YDP Agong and can participate in politics and hold office therefater. Tun M has said he will hand over the PMship to Anwar after 2 years.

      He won the popular vote at Pru13, gave Najib the Chinese Tsunami and the worst election results in Umno's history. With so much "shit" Najib and his cronies did re 1MDB, FELDA, RISDA, then made the rakyat miserable with GST and the attendant enndless increases in the prices of goods, he will indeed have bloody good chances of getting rid of Najib at Pru14.

      Delete
    3. Nicely written bro macy..salute to u..even we left wihthout thinking twice then when he was sacked from ksbinet and party..the rest is history..
      Dlm kabinet Tun dulu puak puaka ini memang ujud..merasuk..adu domba..cucuk mencucuk kerjanya utk kepentingan perbadi mereka..perangai puak2 saka puaka ini masih mengaut harta negara dan mengabaikan kesejahteraan Rakyat jelata hingga kini..manusia x sedar dek untung..mudah cakap..Celaka!!

      Delete
    4. Strategi keparat puak saka puaka ni mudah nya halakan permasalahan yg nak dcover ke DAP..cucuk melayu malaysia cina malaysia jahat..kan perkauman tu..salah kah kalo kami kata celaka..

      Delete
    5. Kebetulan saudara Anuar dok dlm..udah nak keluar...katanya bln 6..namun katanyalh..seandainya beliau
      dluar..segala yg ndak dsorok sipuak2 saka puaka ini x lain x bkn akan dletakan atas beliau.salah kah kami kata..Celaka!!

      Delete
    6. Dan seketika ini..apabila kedua dua bermuafakat DSA serta TM..tiada yg lebih penting adalah Negara dan Rakyat Rakyat Rakyat.. sipuak saka puaka keparat klepet binggung..meroyan kpd kedua susuk tubuh ini yg berjiwa besar..salsh kah kami katakan..Celaka!!

      Delete
  8. Bak kata arwah Profesor Datuk Shahnon dalam bukunya SHIT aka TAIK kalau nak cuci tong taik tak boleh cuci dari dalam tong taik tu.Kena cuci dari luar.Sebab tu la kalau kapal tu dah rosak tukar kapal tu bukan nasihat kapten tu.

    ReplyDelete
  9. Rakyat Perlu Undi Berdasarkan Prestasi, Bukan Emosi & Persepsi
    Tinggal 27 hari sahaja lagi sebelum hari pengundian. Lagi 648 jam sebelum rakyat memilih di atas kertas undi. Ramai tidak sabar untuk habis tempoh ini.

    Kenapa? Kerana mahu ajar DAP dan PKR yang banyak membohongi rakyat di Pulau Pinang dan Selangor. Rakyat juga tidak sabar lagi hendak melihat kestabilan politik kembali di Dewan Rakyat.

    Melihat suasana yang lebih harmoni dan teratur bila Barisan Nasional kembali kuasai dua pertiga parlimen. Tiada lagi “hantu” dan suara suara pengacau yang menggangu perjalanan dasar yang baik untuk rakyat dilaksanakan.

    Penggal lepas, 99.4% manifesto BN kepada rakyat dilaksanakan. Rakyat, agensi penyelidikan dan institusi penarafan kewangan antarabangsa melihat kepada prestasi BN ini. Selangor dan Pulau Pinang tidak bentang pun berapa prestasi manifesto mereka setelah dua penggal memerintah.

    Inilah indikasi penilaian yang dibuat oleh pemerhati politik dalam dan luar negara. Akhbar luar negara sudah ramal BN menang, malah badan penyelidikan dari Oxford juga membuat jangkaan yang sama berdasarkan kemampuan dan manifesto BN yang realistik dan praktikal.

    Pemerhati luar negara pun tahu manifesto pembangkang hanya tahan 17 hari sahaja. Mereka tahu Mahathir tidak buat mesyuarat cawangan, masuk IJN sebanyak 47 kali dalam masa 3 tahun dan selalu buat pusingan “u turn”.

    Profesor Ulung pun sudah mengkaji perbezaan manifesto BN dengan pembangkang. Ternyata manifesto BN lebih realistik.

    Lihat video ulasan Profesor Ulung ini :

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1859148744129023&id=206671872710060

    Dua tiga hari lepas, Bloomberg menilai prestasi ekonomi negara. Pelabur luar menilai implikasi yang berlaku jika ECRL dan HSR dibatalkan mengikut emosi Mahathir dan pembangkang.

    ECRL adalah projek berkelas dunia yang dibuat untuk rakyat. Kalau batal ECRL, 80,000 orang akan hilang peluang kerja.

    Baca pautan ini :
    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1584248474928957&id=697192853634528

    Mereka pilih prestasi BN berbanding emosi dan persepsi Mahathir, DAP dan pakatan pembangkang. Bard Wilkinson dari CNN menyatakan pembangkang sedang berada dalam sengketa dalaman.

    Tulisan Shuli Ren di Bloomberg dan Bard Wilkinson di CNN yang meramalkan kemenangan berpihak pada BN dinilai berdasarkan prestasi BN dan emosi kucar kacir yang sedang berlaku dalam pembangkang.

    ReplyDelete
  10. Semalam, Oxford Economis juga meramalkan BN akan menang selasa. “Jangkaan kami, parti pemerintah akan memperoleh kemenangan selesa pada PRU-14 yang diadakan pada 9 Mei ini.

    “Peningkatan majoriti BN juga membantu mengukuhkan kedudukan perdana menteri sebagai pemimpin gabungan BN,” kata Sian Fenner, Pakar Ekonomi Oxford Economics.

    Fenner turut memuji manifesto BN yang memfokuskan usaha menyelesaikan kenaikan kos sara hidup rakyat. Pemotongan cukai, gaji kakitangan awam, BR1M dan gaji minimum antara insiatif manifesto BN yang dipuji Fenner.

    Ferner berkata, janji lain yang diumumkan BN seperti pelupusan hutang kepada peneroka kelapa sawit dan membangunkan infrastruktur lebih baik turut membantu kepada pertumbuhan KDNK tahun ini.

    “Kami menjangkakan kenaikan unjuran bagi perbelanjaan isi rumah, yang disokong oleh perbelanjaan peribadi.

    “Menerusi Model Ekonomi Global Oxford Economics, kami menjangkakan kenaikan 10 peratus dalam gaji minimum tahun ini selaras dengan peningkatan 50 peratus yang dijanjikan dalam tempoh lima tahun akan datang.

    “Peningkatan pendapatan dalam kalangan kakitangan awam juga dapat meningkatkan pertumbuhan KDNK sekitar 0.25 peratus tahun ini, berdasarkan unjuran dasar kami sebanyak 5.2 peratus,” kata Fenner.

    Jadi kalau batal ECRL dan HSR, maka ianya akan jejaskan KDNK negara. Malah kalau DAP hendak buang kakitangan awam di Putrajaya, ianya juga turut jejaskan KDNK. Cara emosi pembangkang ini akan undurkan Malaysia ke zaman belakang.

    Cara pembangkang ini salah. Oleh itu, semua ramalan yang dibuat oleh akhbar dan badan penyelidikan asing ini dinilai berdasarkan prestasi BN bukan emosi dan persepsi semata mata.

    Sebagaimana yang disebut oleh Tan Seng Giaw, bekas Ahli Parlimen DAP Kepong bahawa kalau tidak ada bukti, tidak boleh tuduh. Kita bukan hakim dan mahkamah. Kerana ayat ini, Seng Giaw digugurkan oleh DAP.

    Cukup emosi DAP dengan kata kata Seng Giaw. Namun itulah realtiti yang sebenar. Kebenaran yang sukar bagi DAP telan.

    Rakyat masih ada lagi 38,880 minit sebelum hari Rabu, 9 Mei 2018. Gunakanlah akal yang sihat dan hati yang bersih untuk mengundi berdasarkan prestasi bukan emosi dan persepsi semata mata.

    #BersamaBN
    #HebatkanNegaraku
    #DahulukanRakyat
    #JomBN

    ReplyDelete
  11. Pakatan Hina Pengundi Dengan Beri Dedak Cuti Umum
    Pakatan Harapan (PH) sering mengatakan bahawa penyokong Barisan Nasional (BN) makan dedak oleh kerajaan nampaknya kini sudah menghina para pengundi dengan menawarkan dua hari cuti umum jika PH menang pada PRU14 nanti.

    Bagi mereka rakyat negara ini hanya mahukan cuti umum sahaja pada setiap masa tanpa mahukan perancangan yang lengkap untuk pembangunan untuk semua generasi untuk masa depan semua orang.

    Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad di Twitternya pada 10 April lepas berkata andainya pakatan menang pada pilihan raya umum 9 Mei nanti, kerajaan baru akan mengisytiharkan 10 dan 11 Mei 2018 sebagai cuti umum kononnya untuk meyakinkan orang ramai untuk pulang dan mengundi.

    Harapan beri dedak tapi hanya sekadar cuti umum sahaja. Hanya kerana itu rakyat sanggup gadaikan kerajaan BN dan negara ini? Inikah harga pendirian kita?

    Terbukti, para pemimpin pembangkang fikir rakyat Malaysia kemaruk cuti sampai hina pengundi dengan cuti.

    Bukan sahaja Dzulkefly, di laman Facebook Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan juga hina pengundi dengan dedak yang sama.
    Dalam satu poster, pengendali Facebook itu meletakkan bahawa tarikh 10 Mei adalah cuti umum jika pakatan menang.

    Barisan Nasional (BN) memperuntukkan banyak masa untuk menghasilkan #ManifestoBN yang komprehensif dan inklusif untuk semua rakyat Malaysia tapi pemimpin PH hanya dengan mudah memperjudikan nasib pengundi dengan memberikan tawaran cuti umum.

    Bukan hanya dengan manifesto yang mustahil untuk ditunaikan tapi pembangkang turut memainkan peranan merendah-rendahkan mentaliti pengundi rakyat Malaysia dengan memberikan tawaran cuti umum kepada orang ramai.

    #DedakHarapan

    #DedakCuti

    ReplyDelete
  12. Siapa Yang Jumpa Kebenaran Akan Dibuang & Dipecat Oleh DAP
    Pantang paling penting jika mahu menjadi pemimpin Pakatan Harapan adalah tidak boleh bercakap benar. Harus menjadikan ‘fake news’ sebagai ‘zikir’ harian mereka.

    Apabila seseorang daripada mereka melanggar pantang ini, maka DAP yang menguasai Pakatan Harapan akan membuang dan memecat dari sebarang jawatan.

    Bukti sudah ada di depan mata. Dr Tan Seng Giaw yang sudah 40 tahun bergelar wakil rakyat DAP akhirnya diperlakukan bagai ‘anjing kurap’ apabila dia telah dibuang dari senarai calon PRU14.

    Dosa Tan hanya satu, iaitu memberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak tiada sebarang salah dalam skandal 1MDB. Ia adalah keputusan siasatan mikro oleh PAC, bukannya dari siasatan jalanan.

    Seorang lagi yang menjadi mangsa kuku besi DAP adalah ADUN Tanjung Bunga. Dosa Teh Yee Cheu hanyalah menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai isu alam sekitar dan banjir. Dia bercakap bagi pihak rakyat untuk mencari kebenaran, itupun diperlakukan bagai ‘anjing kurap’ juga oleh DAP.

    Lim Guan Eng marah kepada Teh apabila dia mempertikaikan isu tanah runtuh yang membunuh 11 nyawa rakyat pada Oktober 2017.

    Tan bukannya sebar fitnah, dia hanya menyebut rintihan rakyat termasuklah keluarga yang mangsa sudah meninggal dunia. Namun Guan Eng menghukum Teh dengan kejam seolah-olah Teh membuat dosa besar.

    Untuk terus mencari kebenaran, maka Tan sudah umumkan untuk sertai PSM bagi menentang kebobrokkan DAP.

    Selain itu, ADUN PKR Penanti Norlela Ariffin juga turut menjadi mangsa kuku besi DAP.

    Dia hanya mahu mencari kebenaran terhadap isu kilang haram di kawasannya. Namun mungkin Guan Eng amat berang dengan Norlela kerana hasil aduan itu menyebabkan Exco Kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditangkap untuk disiasat.

    Norlela pun disisihkan kerajaan DAP. Menangis nangis dalam sidang DUN meminta peruntukan DAP. Namun DAP buat bodoh sahaja, kerana lawan DAP, Norlela dipulaukan begitu sahaja oleh DAP.

    Bekas Adun Jawi, Tan Beng Huat, juga pernah akui sikap Kit Siang dan anaknya, Guan Eng, sebagai punca dia tinggalkan parti yang disertainya lebih 10 tahun lalu.

    Beng Huat yang berkhidmat sebagai ADUN selama satu penggal mulai 2008 berkata, dia saksikan sendiri bagaimana Kit Siang cuba membina ‘dinasti keluarga’ dalam parti itu sehingga timbul pelbagai isu dan masalah.

    Bukan saja di Pulau Pinang, malah Legasi Lim dalam DAP juga ditentang di Melaka. Pada 12 Februari 2017, empat orang pemimpin kanan DAP Melaka umum keluar parti.

    Keempat-empat mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Adun Duyong, Goh Leong San; Adun Bachang, Lim Jak Wong dan Adun Kesidang, Chin Choong Seong.

    Mereka semua sudah muak dengan DAP kerana semakin hilang arah sebenar. Mereka sekadar menegur untuk mencari kebenaran, namun Kit Siang & Guan Eng melayan pemimpin DAP Melaka dengan cukup teruk.

    Kebenaran tiada lagi dalam DAP. Yang tinggal hanyalah pengampu Guan Eng dan Kit Siang sahaja yang hidup. Percayalah, yang buta pada skandal rasuah anak Kit Siang sahaja boleh jadi calon dan hidup dalam DAP sekarang ini.

    DAP bukan lagi parti demokratik tetapi sudah jadi autokratik parti. Jika tiada sifat dan kepandaian mengampu Kit Siang dan Guan Eng, maka orang itu tidak akan bertahan lama dalam DAP.

    Parti yang semacam ini yang mahu membawa harapan orang Malaysia? Harapan palsu sahajalah. DAP sudah tunjuk kuku besi mereka di Penang, jangan bagi kuasa lagi pada DAP. Ayuh kita buat DAP kalah kali ini.

    #BersamaBN
    #HebatkanNegaraku
    #DahulukanRakyat
    #JomBN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis tu nak undi lanun ke??/? Selisih!!!

      Delete
    2. Pejuang rakyat ni knp tak buka blog sendiri. Dok menyemak kat sini tak guna. Kami dah tetapkan hati undi PH.
      Atau blog penyokong bn tak ada pengunjung sbb tak ada cabutan bertuah atau tak disediakan bas atau tak bg duit utk melawat. Buat la jualan murah gila. Kesian.

      Delete
  13. MAHATHIR PERINCIKAN CARA HENDAK MENIPU DI BLOGNYA, TAPI SELINDUNG BELAKANG NAMA NAJIB?
    Sebagai seorang pakar penipuan, Tun Dr Mahathir Mohamad telah perincikan cara cara serta step step hendak menipu pada PRU14.

    Mahathir juga mengandaikan apa yang dia sendiri akan lakukan tetapi pre-empt ke atas nama Najib.

    Ia sama dengan Mahathir sembunyikan maksud perkataan “Cleptocracy” selama 22 tahun dia menjadi pemerintah dan menyebutnya sebaik sahaja orang lain jadi pemerintah.

    Mahathir yang mendapat gelaran Mahafiraun, Mahazalim ketika zaman ketiadaan facebook cuba mencampakkan gelaran itu kepada Najib.

    Namun masih gagal kerana rakyat masih ingat siapa dirinya yang sebenar, melainkan puak seperti Syed Saddiq dan sewaktu dengannya sahaja yang mudah terpengaruh dengan Mahathir.

    Di awal serangan Mahathir ketika permintaan peribadinya ditolak, Mahathir telah menggunakan isu Altantuya untuk mengenakan Najib sementara juak juaknya sedang draf isu perniagaan 1MDB untuk di jadikan isu.

    Itulah kisah Mahfuz Omar dengan “Helo helo Sirul”, macam mana Mahfuz Omar boleh dapat nombor telefon Sirul kita pun tidak tahu.

    Tambah lagi Sirul lari ke Australia dikatakan menggunakan pesawat peribadi “seseorang”, entah siapa yang ada pesawat peribadi kita pun tidak tahu.

    Itulah Mahathir.

    Apa yang dia pre-empt kepada orang lain, berhati hatilah, itulah yang mungkin dia sendiri akan laksanakan perguna pihak lain.

    Pada entri di blog Chedet di bawah tajuk “Cara Najib Tipu” (11.4.2018), Mahathir berjaya menulis cara cara hendak menipu pada PRU14, dan juga cara Najib halang Parti Bunga konon dari didaftarkan. Cuma kali ini dia menukar nama diri sendiri kepada nama Najib yang akan menipu.

    ReplyDelete
  14. Pada entri di blog Chedet di bawah tajuk “Cara Najib Tipu” (11.4.2018), Mahathir berjaya menulis cara cara hendak menipu pada PRU14, dan juga cara Najib halang Parti Bunga konon dari didaftarkan. Cuma kali ini dia menukar nama diri sendiri kepada nama Najib yang akan menipu.

    Begitulah hebatnya Mahathir, kematian 12 orang Islam Memali bukan salahnya, kehilangan wang FOREX RM30 billion bukan salahnya dan di jawab ”saya tidak tahu” sahaja, namun otak Tun berfungsi bila perlu mengenakan Najib.

    Mungkin Tun sudah sedar ramai pihak sudah tahu termasuk ahli parti PPBM sendiri bahawa kerja membatalkan parti adalah di restui oleh dirinya sendiri.

    Cuma seperti biasa menggunakan pihak lain untuk melakukannya.

    Kini terjawab semua apabila akhirnya demi mahu anak bertanding kerusi DAP, dia usahakan semua komponen PH menggunakan logo mata dajal iaitu bendera PKR.

    Jadi nanti apabila Mukhriz Mahathir bertanding kerusi DAP ia tidak begitu ketara sangat kerana logo yang digunakan adalah logo PKR.

    Sedang itulah rencana Mahathir dari awal Mukhriz kena tendang dari UMNO.

    Siapa sebenarnya yang suka menipu? Portal TV14 seawal tahun lalu lagi sudah menyebut Tun akan cari jalan menolak PPBM kerana mahu kerusi selamat DAP untuk Mukhriz.

    Kami juga yang awal memberitahu gembar gembur berkenaan Tun akan bertanding sana sini adalah decoy menyelamatkan nama anaknya Mukhriz dari di serang kerana Mukhriz lemah dalam politik.

    Erti kata lain Mahathir “takes the bullet” untuk Mukhriz.

    Pada topik kami yang lebih awal tahun lalu kami menceritakan bagaimana Mahathir boleh dapat akses nama Fatimah ada 100 dalam electoral roll?

    Adakah bekas Pengerusi SPR yang kini ahli Parti Bunga membantunya melalui kakitangan SPR?

    Jika ada 100 nama Fatimah dalam satu kawasan, adakah ia salah Najib?

    Siapa yang Key In nama pada komputer? Najib kah?

    Dengan Mahathir “dabble” dengan nama di elctoral roll pun kita boleh tahu apa dia sedang buat dengan nama nama pengundi.

    Sedang rancang sesuatukah Mahathir?

    Mahathir juga jelaskan cara cara Najib akan menipu seperti mana seorang pakar menipu sedang bercerita.

    ‘It takes a bigger thief to catch a theif’ hanya bapa pencuri sahaja dapat tangkap pencuri kata pepatah orang putih.

    Peliknya akibat terdesak, Mahathir tidak dapat bezakan”kerja” SPR dengan nama “Najib”.

    Tindakan SPR pun di katanya tindakan Najib.

    Tindakan RoS pun di katanya tindakan Najib.

    Begitu celarunya Mahathir.

    Kini negara dalam bahaya jika Mahathir sudah bermain dengan nama nama pengundi dengan cara menipu di PRU14.

    Bahaya kerana mengenali Mahathir dia akan pre-empt dan set minda rakyat dengan andaiannya terhadap Najib apa yang dia sendiri akan lakukan dan kemudian apabila dia melakukannya dia akan kata “kan saya dah kata Najib yang lakukannya”.

    Kami juga sudah beritahu dan “alert” pihak tertentu apabila Mahathir mengandaikan Najib akan lakukan huru hara apabila keputusan PRU keluar.

    Ini kerana seperti yang di lakukan oleh Yahudi dinamakan “mind control” dan “crowd control” atau “mass control” untuk melontar kesangsian kepada pihak lain terlebih dulu sebelum mereka sendiri bertindak melakukannya.

    Mahathir juga mengamalkan cara “Joseph Goebbels” menggunakan kaedah mengulang pembohongan sehingga minda lemah percaya itulah yang benar.

    Itulah sebabnya Mahathir sentiasa me’Najib’kan semua perkara, sehingga soalan berkenaan kekayaan anaknya pun nama Najib yang di sebut.

    Mahathir tidak tahu apa apa yang terjadi ketika dia menjadi Perdana Menteri, Mahathir juga tidak tahu partinya tidak adakan AGM dan hantar laporan kepada RoS lambat dan palsu, tapi Mahathir amat tahu macam macam cara Najib akan tipu pada PRU14.

    Hebat tak?

    ReplyDelete
  15. Gila Uji Kereta, Mahathir Abaikan Pengangkutan Awam
    SEMUA rakyat Malaysia tahu bahawa Mahathir punca kereta import dijual dengan harga mahal dalam negara kita apabila sistem AP atau permit import kereta diperkenalkan oleh beliau dengan alasan kononnya untuk menjaga industri kereta nasional.

    Akibatnya, pengguna kereta yang rugi kerana terpaksa membeli kereta import dengan harga yang terlalu tinggi, dan ekonomi negara kita juga akan terjejas kerana kereta nasional kita telah hilang daya saing akibat terlalu bergantung kepada perlindungan negara.

    Dosa Mahathir bukan setakat itu sahaja. Beliau telah mengabaikan pengangkutan awam dan kurang pemahaman komersial yang menyebabkan Malaysia ketinggalan akibat terlalu ghairah menguji kereta proton sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lebih besar untuk rakyat.

    Malaysia sepatutnya berusaha mendahului pesaing dan mempunyai sistem pengangkutan awam yang benar-benar bertaraf dunia. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri beliau bertindak tangkas memperbaiki kesilapan yang Mahathir lakukan.

    Berlaku transformasi yang cukup besar dalam sejarah pengankutan awam negara. Projek pengangkutan ECRL, Transit Aliran Massa (MRT) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura menjadi kunci transformasi negara mencapai status negara maju dan menyediakan gaya hidup moden kepada rakyat.

    Ini adalah projek berteraskan rakyat dan kita sasarkan 5.4 juta penumpang serta 53 juta tan kargo menggunakan ECRL setiap tahun mulai 2030.

    Projek ECRL membabitkan laluan rel kereta api sepanjang 688 kilometer dari Pelabuhan Klang, Selangor merentasi sebahagian Pahang, Terengganu hingga ke Tumpat, Kelantan.

    Projek mega bernilai kira-kira RM55 bilion itu adalah pengangkutan awam penumpang dan kargo yang berkemampuan memendekkan perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke Gombak, Selangor hanya kira-kira lima jam.

    Ia sekali gus berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi sehingga 1.5 peratus bagi negeri di Pantai Timur seterusnya menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

    #jomBN
    #BersamaBN
    #HebatkanNegaraku
    #DahulukanRakyat

    ReplyDelete
  16. Bukti Sahih DAP Pergunakan Mahathir

    Ini video ceramah Hew Kuan Yau, Superman DAP pada November 2016 ketika kempen himpunan Bersih 5. Apa yang Hew Kuan Yau cakap ini mengesahkan bahawa Mahathir adalah alat DAP.

    Ini yang Hew Kuan Yau sebut :

    Mahathir ialah orang jahat. Saya tak pernah cakap Mahathir ialah orang baik. Mahathir macam Shek Kin (watak Cina yang terkenal sebagai jahat).

    Kalau Shek Kin (Mahathir) sudah mahu mati, takkan kita tak bagi kalau dia mahu pakat dengan kita (DAP)? Mahathir memang jahat, dari berdekad-dekad dulu. Ini POK KAI (jahanam Mahathir) dulu banyak rasuah. Mahathir sudah 92 tahun.

    Lim Kit Siang hanya umur 75 tahun. Sila fikir sendiri siapa guna siapa. Kit Siang hanya umur 75 tahun. Mahathir umur 92. Ini game terakhir untuk Mahathir. Kit Siang masih ada masa untuk banyak lagi game. Siapa guna siapa? Sendiri tahulah.

    Jadi orang Melayu masih tidak percaya Mahathir ini alat DAP? Sendiri tahulah.

    ReplyDelete
  17. Adakah Rafidah Mahu Membalas Budi Mahathir Dalam Skandal AP?
    Sebaiknya Rafidah Aziz tidak perlulah menunjukkan mahu membalas budi Mahathir yang nyata silap dalam percaturan politik Negara. Nampak sangat mahu membalas budi susulan pembatalan isu mahkamah yang berkaitan pemberian saham sewaktu berkuasa dahulu.

    Tiada cara lain rupanya Rafidah yang telah kalah sama sekali di bahagian sendiri untuk membalas dendam terhadap UMNO/BN yang telah memperkayakan beliau dan anak beranak serta menantunya.

    Masihkah ingat lagi bagaimana Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara atas alasan kononnya kekurangan bukti.

    Dalam persoalan begini apakah sebenarnya tiada bukti atau telah terhutang budi kepada seseorang pada masa tu. Rakyat semua tahu tentang hal ini. Dan ketika itu rakyat tiada kuasa untuk bersuara atas dasar diktator yang diamalkan Mahathir ketika itu.

    Kini setelah tidak berkuasa, rasanya rakyat boleh bersuara dengan dasar keterbukaan yang diamalkan oleh pemerintah sekarang. Berbeza bukan. Jangan kerana campur tangan ini , isu lama boleh dibangkitkan semula dan siasatan mungkin boleh di buka semula.

    Jika mahu berjuang semula dalam politik, sila masuk politik sepenuhnya, mungkin zaman Mahathir media sosial tiada lagi, berbanding sekarang. Tetapi jangan gunakan ayat “Demi anak cucu kita dimasa akan datang” untuk menyokong Mahathir.

    Apakah Mahathir dengan menyokong DAP itu akan menjamin nasib bangsa Melayu Islam dan Raja Melayu dalam Negara ini. Sebagai bekas menteri MITI seharusnya lebih arif dan ingat bagaimana permusuhan UMNO dan DAP dalam politik yang menjahanamkan Islam Melayu dan Raja.

    Sepatutnya berikan nasihat kepada Mahathir agar tidak bersama DAP, Tidak memperjuangkan agenda Malaysian Malaysia dan sekali gus membunuh bangsa Melayu Islam dan Raja Melayu hanya kerana nafsu serakah politik yang tidak pernah puas.

    ReplyDelete
  18. Melalui pencarian isu berkaitan AP, Malaysiakini ada menyiarkan bagaimana isu ini telah mengemparkan Negara dan tindaan perundangan tidak diambil . Masih ingatkah lagi bagaimana air mata simpati yang dikeluarkan.

    Perbalahan Dr Mahathir-Rafidah berhubung isu AP membayangkan krisis kereta nasional dalam era liberalisasi sektor automatif rantau ini. Oleh kerana sistem AP telah disalahgunakan untuk menguntungkan segelintir kroni Umno dan anak beranak “Ratu AP.

    Tindakan memberikan AP kepada anak beranak telah menghasilkan kegagalan untuk memperkasakan kereta nasional agar berdikari dan berdaya saing dalam pasaran automatif rantau ini selepas dilindungi untuk sekian lamanya.

    Cuba bayangkan sebuah kereta import 1.0 liter jenama popular dari Korea Selatan hanya diisytiharkan berharga RM8,762 harga kereta tersebut menjadi RM22,868 setelah dikenakan cukai, dan dijual oleh pemegang AP pada harga RM46,000!

    Atas nama melindungi kereta nasional dan demi kepentingan bumiputera, negara telah kerugian berbilion ringgit akibat perbuatan pemegang AP yang tamak dengan mengisytiharkan harga (palsu) yang terlalu rendah, dan dijual pula dengan harga yang amat tinggi!

    Maka akibatnya, pengguna kereta yang rugi kerana terpaksa membeli kereta import dengan harga yang terlalu tinggi, dan ekonomi negara kita juga akan terjejas kerana kereta nasional kita telah hilang daya saing akibat terlalu bergantung kepada perlindungan negara.

    Berasaskan analisis tersebut, maka ternyata sekali bahawa dasar sistem AP yang diakui Rafidah sendiri sebagai sistem yang hanya terdapat di negara kita saja, nampaknya telah gagal mencapai tujuan asalnya.

    Pada ketika itu telah berlaku tuduh menuduh antara Dr Mahathir dengan Rafidah hanya cuba mengelirukan masalah yang sebenar kegagalan sistem AP dalam melindungi kereta nasional! Dan “Ratu AP” sanggup menangis untuk memohon simpati.

    Di negara kita, jika sesuatu skandal didedahkan oleh pihak pembangkang, ia sering cuba diremehkan atau terus ditutupi melalui sekatan media. Kali ini, isu AP atau permit import kereta menjadi berita hangat kerana ia dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Penasihat Proton Holdings Bhd. Beliau meminta supaya senarai nama penerima AP didedahkan secara terperinci kepada umum.

    Maksud permintaan Mahathir tersebut jelas sekali, kerana ketika masih menyandang jawatan Perdana Menteri pada ketika itu, beliau pernah megambil inisiatif untuk mengumumkan senarai nama penerima kontrak kerajaan bagi membuktikan bukan semua mereka terdiri daripada kroninya.

    Demi membersihkan nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Indusri (MITI) daripada dituduh mempraktikkan amalan yang tidak diingini, maka rasanya amat perlu senarai nama penerima AP itu didedahkan, sepertimana yang disyorkan oleh Mahathir.

    Terutamanya memandangkan begitu luas tersebarnya mengenai wujudnya “Raja dan Ratu AP”, AP diberikan kepada kroni-kroni yang tidak layak menerimanya, termasuk anak Mahathir sendiri, menantu Datin Paduka Rafidah Aziz, bekas pegawai MITI, kakitangan Umno dan kroni-kroni yang lain.

    Alasan bahawa bukan dasar kerajaan untuk mendedahkan senarai nama pemegang AP dan Dr Mahathir sendiri pun dulu tidak mendedahkan senarai tersebut, atau ianya telah didedahkan dalam Parlimen rasanya begitu lemah dan tidak meyakinkan.

    Sebarang dasar yang bercanggah dengan prinsip ketelusan, sudah barang tentu tidak dapat diterima oleh rakyat yang kini berhasratkan kepada reformasi. Dasar tidak telus, meskipun diamalkan oleh Dr Mahathir, juga tidak patut diwarisi, apatah lagi kali ini Dr Mahathir sendiri yang menuntut keadilan untuk pihak beliau.

    #jomBN
    #BersamaBN
    #HebatkanNegaraku
    #DahulukanRakyat

    ReplyDelete
  19. Manifesto BN Lebih Realistik

    Manifesto Barisan Nasional yang diumumkan pada Sabtu lalu disifatkan menyeluruh dan realistik. Menurut profesor ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, manifesto BN lebih mencerminkan sebuah negara bangsa yang lebih jelas.

    MPN pun telah meneliti kedua-dua manifesto BN dan PH, dulu kita buat PH, dan mendapati dari segi pemikiran manifesto, BN mencerminkan arah tujuan pembinaan negara bangsa yang lebih jelas berbanding dengan PH. Itu yang kami dapati.

    Penekanan terhadap pembinaan negara bangsa itu kalau tengok bahagian awal, ini tiada dalam dokumen-dokumen umum, tapi kalau kita lihat dalam dokumen yang terperinci yang 300 halaman lebih itu memang ada dibahagian awalnya dibincangkan tentang kerangka pemikiran manifesto, BN mencerminkan arah tujuan pembinaan negara bangsa yang lebih jelas berbanding dengan PH.

    Menurut beliau, walaupun terdapat beberapa persamaan antara manifesto BN dan PH seperti isu Felda, pekerjaan, wanita, Sabah dan Sarawak serta gaji minimum, bagaimanapun manifesto BN mempunyai kekuatan tersendiri kerana dapat memberi tambah nilai dan kesinambungan apa yang telah dilakukan sebelum ini.

    Selain daripada inklusif, ianya bersifat bertanggungjawab dan grounded kepada keberadaan negara pada masa sekarang. Ia tidak bercerita mengenai memberi bulan dan bintang. Dia bercerita mengenai apa yang boleh diberikan mengikut kemampuan dalma tempoh 5 tahun itu. Itu yang saya rasa dia lebih realistik sifatnya.

    MPN Poll adalah badan bebas yang menganalisis perlaksanaan dan proses demokrasi di bawah Majlis Profesor Negara, MPN. Ia ditubuhkan untuk mengumpulkan pemikir dan ahli akademik seluruh negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiii pejuang pantat. Hang ajak lebai mabuk tu pi jumpa wak kojola kengkang.

      Lepas abe Mae (Aman) wak tonggek tu akan layan hangpa pulak.

      Abe Mae kudo.

      Delete
    2. Abg mae kuda (aman)

      Dah dapat agak ker berapa ramai malaikat berkuda akan turun mengundi nanti?

      Telephone laa mereka ..nanti senang abe mae nak jaga kuda kuda tu.

      Delete
  20. Rakyat dah terkena, yg ngundi bn rata rata nyesal! Lepas plahraya jer..bommm! Terkangkang nak bayar cukai dgn harga brg melambung!! Enough is enough!

    ReplyDelete
  21. Awas! Jangan masuk perangkap DAP

    5 tanda umpan DAP Zionis dah menngena pada anda...

    1) anda mula percaaya DAP akan memelihara kesucian
    agama islam

    2) anda mula yakin DAP akan mempertahankan hak-hak
    melayu dan bumiputra

    3) anda mula benci dengan sikap orang melayu/islam
    yang mempertahankan bangsa dan agamanya daripada
    dihina

    4) anda mula sangsi terhadap fungsi sultan dan raja
    melayu dalam sistem kerajaan

    5) anda mula berfikir dap boleh dan lebih layak
    menjadi Perdana Menteri Malaysia

    ReplyDelete
  22. Tanpa Berita Palsu, DAP Tidak Akan Boleh Hidup
    Sehingga hari ini masih kedengaran bantahan yang disuarakan oleh para pemimpin pembangkang, terutamanya dari DAP berhubung Akta Anti Berita Palsu. Bagi mereka, akta ini boleh menyekat hak kebebasan bersuara di samping ianya boleh menyekat apa jua berita mengenai 1MDB untuk diketahui oleh rakyat.

    Menariknya, Jabatan Negara Amerika (DoJ) sendiri seolah-olah berpakat dengan mereka dengan mendakwa, Malaysia mengambil satu langkah kebelakang apabila meluluskan Akta ini. Namun, DoJ sendiri cuba menutup satu lagi fakta bahawa negara paling berkuasa di Eropah, Jerman, turut menguat kuasakan akta yang serupa bagi menjaga keamanan dan kestabilan politik di negara berkenaan.
    Dalam perkembangan yang sama, DAP sanggup menbidas PAS yang menyokong usul berkenaan di luluskan. Bagi DAP, PAS telah bersekongkol dengan BN bagi melindungi hubungan politik natara kedua-dua parti berkenaan. Dalam reaksi balas, PAS menegaskan, akta ini perlu dikuatkuasakan kerana apa yang dikhuatiri, kebanjiran berita palsu ini akan merosakkan kestabilan dan keamanan negara.

    Kenapa DAP begitu beriya-ia menentang Akta ini sedangkan jika difikir secara logik, akta ini cukup baik buat rakyat dan pemimpin di seluruh negara? Jawapannya cukup mudah. Sepanjang penggal ini, bukan satu perkara yang mengejutkan apabila hampir kesemua pemimpin DAP menyerang kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib dengan menggunakan isu membabitkan 1MDB.

    Salah seorang daripada pemimpin ini adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Timur, Tony Pua yang kerap kali cuba menimbulkan pelbagai masalah apabila bertanyakan pelbagai hal tentang 1MDB. Walhal, segala persoalan yang diajukannya itu telah dijawab oleh pihak kerajaan dan pihak pengurusan 1MDB itu sendiri.

    Apa yang dirumuskan sepanjang usaha DAP memburukkan kerajaan menerusi isu 1MDB adalah, mereka sedaya upaya memutar belitkan pelbagai fakta mengenai 1MDB. Walaupun sudah berulang kali ditegaskan bahawa apa yang berlaku di dalam 1MDB itu adalah kesilapan dalam membuat keputusan oleh pihak pengurusan tertinggi 1MDB, mereka tetap cuba mengaitkan 1MDB dengan kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
    Satu lagi permainan jahat DAP ialah memutar belitkan fakta mengenai GST. DAP sedar, cukai GST ini akan menjadikan sistem pemungutan cukai daripada peniaga dan pemborong dengan lebih efisyen. Ditambah pula dengan majoriti peniaga dan pemborong serta pembekal adalah terdiri dari kaum Cina. Justeru DAP terus memanipulasikan keadaan dengan menyebarkan berita fitnah hanya untuk membuatkan rakyat membenci kerajaan.

    Itu baru dua contoh bagaimana DAP hanya mampu bertahan dengan hanya menyebarkan berita palsu dan fitnah. Mungkin, DAP mampu meraih sokongan daripada penyokongnya dengan hanya bergantung sepenuhnya kepada berita palsu dan fitnah. Oleh yang demikian, apabila Akta ini berkuatkuasa, DAP kehilangan satu modalnya untuk berpolitik dan ini pastinya akan menyusahkan mereka kelak.

    ReplyDelete
  23. Mahathir Lagi Takutkan Kemarahan Ambiga Dari Kemurkaan Sultan
    Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mencetuskan satu lagi kontroversi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang ahli politik vateran sepertinya. Dalam satu kenyataan, dia seolah-olah memperlekeh dan menghina kaum India di negara ini apabila menyebut perkataan “Keling” semasa cuba memperlekehkan Daatuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Ini bukaan kali pertama Mahathir mencetuskan kontroversi. Semasa satu perhimpunan di Padang Timur, Petaling Jaya, Oktober tahun lalu, Mahathir turut menghina kaum Bugis yang digelarkannya sebagai kaum lanun, juga bertujuan untuk menghina Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
    Penghinaan ini telah mengundang kemurkaan Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah dan Duli Yang maha Mulia, Paduka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Malah, etnik Bugis yang majoritinya tinggal di Indonesia juga menzahirkan kemarahan mereka terhadap Mahathir dan ianya turut disertai oleh etnik Bugis yang ada di Malaysia.

    Pelbagai pihak mendesak Mahathir untuk memohon maaf atas keceluparannya itu namun Mahathir lebih senang untuk mendiamkan diri. Lebih biadab lagi, Mahathir telah memulangkan pingat kebesaran negeri yang diterima dari negeri Selangor sebagai tanda keenggannya memohon maaf atas isu ini. Lebih teruk lagi, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, turut menarik balik Darjah Kebesaran negeri daripada Mahathir.

    Namun, semua itu langusng tidak melenturkan keegoan Mahathir untuk meminta maaf kepada Duli-Duli Tuanku Sultan. Dia lebih senang mendiamkan diri dan hanya berharap, penghinaannya terhadap etnik Bugis, walaupun ditujukan kepada Datuk Seri Mohd Najib, akan berlalu dan dilupakan begitu sahaja.

    Menariknya, dalam isu “Keling” ini, tidak sampai 48 jam, Mahathir pantas membuat sidang media bagi menyatakan permohonan maafnya atas ketelanjuran yang telah dia buat. Semuanya gara-gara kemarahan yang ditunjukkan oleh Datuk S Ambiga terhadapnya kerana tergamak menggunakan istilah berkenaan secara terbuka.
    Dalam satu kenyataan, Ambiga mendakwa, dia kesal dengan cara Mahathir melemparkan sindiran dengan menggunakan perkataan “Keling”. Sepatutnya Mahathir tidak boleh menggunakan perkataan berkenaan yang disifatkannya sebagai amat sensitif. Disebabkan inilah, Mahathir bertindak meminta maaf secara terbuka bagi menyahut kemahuan Ambiga yang menuntut dia membuat permohonan maaf secara terbuka.

    Mari kita lihat disini, bagaimana Mahathir lebih takutkan kemarahan Ambiga berbanding kemurkaan ketiga-tiga Istana iaitu Istana Selangor, Istana Johor dan Istana Kelantan. Dia lebih sanggup membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu “Keling” berbanding membuat perkara yang sama dalam isu Bugis yang mengundang kemurkaan pihak Istana.

    Adakah pemimpin seumpama ini yang mahu diangkat sebagai Perdana Menteri? Adakah ini sikap dan contoh yang baik yang perlu diikuti oleh semua pihak? Nampaknya, Mahathir jauh lebih menyayangi “keling” daripada menjaga hubungan baiknya dengan ketiga-tiga Istana dengan hanya perlu meminta maaf secara terbuka.

    ReplyDelete
  24. PM Najib Mahu Bawa Malaysia Antara Negara Ke-22 Terhebat Di Dunia
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membawa Malaysia ke tangga ke-22 antara yang terhebat di dunia di jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk mentadbir negara sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

    Najib berkata sebagai seroang pemimpin beliau perlu melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat pada sepanjang masa.

    “Kita kena buat sesuatu supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Insya Allah di bawah BN kita akan menjulang negara ini. Kita tak mahu ke terbelakang.

    “Kita nak pergi jauh lagi tuan-tuan, bukan nak pergi setahun dua. Kita nak bawa Malaysia jadi negara yang hebat, antara ke-22 yang terhebat (di dunia),” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Warga Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di Kota Bharu, hari ini.

    Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

    Mengulas lanjut, Najib yang juga Pengerusi BN berkata antara contoh terdekat adalah pengurusan ekonomi yang cekap yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

    “Kecekapan kita urus hasil ekonomi menyebabkan hasil bertambah. Ambo (saya) beritahu kepada pegawai di Kementerian Kewangan, cuba tengok buku, kalau hasil bertambah kita pulang balik kepada rakyat.

    “Ambo kata buleh tambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dia (pegawai) kata boleh. Dan dia tanya nak naik berapa” RM200, RM300″ Ambo kata kita tak main RM300, kita tambah RM400,” katanya.

    Beliau berkata penambahan (bayaran) terhadap BR1M juga disebabkan harga minyak mentah meningkat kepada USD69 setong berbanding USD52 setong ketika Bajet 2018 dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun lepas.

    Beliau turut menempelak pembangkang yang membuat pusingan-U apabila kini bersetuju mengekalkan BR1M walaupun sebelum ini bermati-matian menentangnya.

    “Ini pembangkang ni tuan-tuan, mula-mula Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) kata BR1M ini dedak, macam bagi makanan itik ayam. Lepas dia kata dedak orang (mula) marah dia kerana orang suka pada BR1M.

    “Lepas itu dia U-Turn (buat pusingan U). Hari ini dalam manifesto pembangkang nak teruskan BR1M. Tak payah ciplak kita, BR1M ini jasa Barisan (Nasional),” katanya.

    Dalam pada itu, Najib turut menafikan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bertindak mengikut arahannya dalam membubarkan sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) namun beliau pula yang dipersalahkan.

    “Dr Mahathir buat parti ikut Perlembagaan UMNO, tapi mesyuarat cawangan dan bahagian tak nak buat, dan tiba-tiba ada mesyuarat agung.

    “Ciplak Perlembagaan UMNO tiba-tiba tak ikut dan salahkan RoS. Bila masa RoS ini orang saya? Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) (yang bertugas di RoS) ni ikut buku tuan-tuan,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Najib berkata kerajaan Persekutuan akan meneruskan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Central Spine Road dan Lebuhraya Gua Musang-Kota Bharu sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini.

    Beliau turut mengumumkan kerajaan akan membina sebuah jambatan di Kampung Serendah di sini, bagi menghubungkan antara Kelantan timur dan barat yang dipisahkan oleh Sungai Kelantan.

    ReplyDelete
  25. Persoalan, adakah keturunan yang mendapat hak ketika merdeka menghormati kepada keturunan “tuan tanah”?

    Inilah masalahnya hari ini, melalui parti Politik DAP mereka sudah mulai kurang ajar.
    Atas nama hakitu dan hak ini mereka mahu segalanya.
    Jika keturunan tuan tanah tidak menggangu agama mereka, mereka pula yang berani mengusik agama tuan tanah.
    Bukan setakat itu sahaja Sultan dan Raja Melayu pun mereka mahu ganggu dan kacau.
    Terkini puak puak ini yang bersembunyi mendapat nafas baru untuk mengacau melayu.
    Mereka mendapati Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “mascot” untuk di front kan sebagai ketua mereka.
    Kerana apa semudah itu mereka terima orang yang mereka ludah selama berpuluh tahun?
    Jawapan kepada ini mudah sahaja, kerana watak Tun Mahathir ada rekod dan sejarah berlawan dengan Raja Melayu dan Sultan.
    Presiden UMNO yang lain tidak bawa orang Melayu ke jalan raya untuk melawan Raja dan Sultannya, hanya Mahathir sahaja ada rekod dan sejarah itu.
    Ketika Sultan Kedah menjadi Yang Di Pertuan Agong, Tunku Abdul Rahman mengundurkan diri kerana tidak mahu ada konflik of interest dengan Pak Ciknya.
    Begitu hormat Perdana Menteri / Ketua Menteri berdarah Raja kepada Raja dan Sultan Melayu.
    Adalah di beritahu pelawaan kepada Almarhum Sultan Brunei juga turut di buat ketika penubuhan Malaysia, namun tidak menjadi kerana beberapa tuntutan tidak dapat di sempurnakan seperti menjadi YDPA sehingga akhir hayat.
    Jadi watak Tun Mahathir boleh digunakan oleh DAP memandangkan Tun Mahathir pernah berlaga dengan Raja Melayu pada krisis perlembagaan mahu mengurangkan kuasa Raja Raja Melayu.
    Atas sebab Mahathir mahu kurangkan kuasa Sultan maka orang Melayu di ajar menderhaka.
    UMNO dijadikan alat untuk tujuan ini.
    Raja Raja Melayu di ugut akan menarik keistimewaan seperti Iringan Polis (Police Escort) dan lain lainnya.
    Malah penubuhan mahkamah khas untuk bicara Raja Raja atau Sultan juga turut dicadangkan oleh kerajaan pimpinan Tun Mahathir.
    Islam sukar di kacau kerana penaung Agama Islam adalah para Sultan dan Raja Melayu.
    Bagaimana mahu tumbangkan Islam jika yang menjadi ketua adalah Sultan Melayu?
    Maka Mahathir memiliki resume yang sesuai untuk DAP yang menyanjung agenda New World Order untuk digunakan.
    Ketika Pertabalan YDPA yang baru, Mahathir tidak di jemput atas tidak mahu dia kesipuan.
    Kemudiannya budak berhingus Syed Saddiq dengan kebodohannya merayu pada sesiapa yang mahu memberi kerusi mereka kepada Tun Mahathir untuk hadir.
    Begitu bodoh budak ”Liberal” ini tidak faham maksud “Kesipuan”.
    Ini bahasa halus untuk beritahu bahawa Tun Mahathir “you are not needed” tidak diperlukan untuk hadir.
    Namun si juara debat ini jahil protokol Melayu.
    Hal hal ini menunjukkan bahawa betapa watak Mahathir sesuai untuk digunakan oleh agenda luar DAP.
    Sementara ini DAP membiarkan Mahathir bermaharaja lela untuk menunjukan dirinya “top dog“.
    Nama pun “dog” atas pangilan sendiri. Kerja “dog” selalunya tuan akan bawa berjalan di waktu petang dan kadang kadang tuannya membaling tulang atau kayu supaya “dog” mengejar dan megutip kayu atau tulang itu.
    Persoalan, jika PH menang, adakah Tun Mahathir yang sudah di kenali sebagai watak yang di benci Istana akan menjadi wakil mengadap YDPA?
    Jika di tolak bagaimana? adakah ia peluang untuk wujudkan krisis?
    Atau ini waktunya untuk melaksanakan agenda Republik?
    Manusia berencana Allah juga berencana dan In Sha Allah, rencana jahat manusia akan gagal dan rencana Allah tetap menang.Ada orang kata selagi wajah ini ada pada mata wang kerajaan Melayu, Melayu akan terus berkuasa, namun Melayu tetap perlu berhati hati Kesultanan mereka tumbang bukan kerana kekuatan Portugis semata mata, tetapi kerana antara mereka ada “Si Kitol” yang khianat.

    ReplyDelete
  26. KEPERLUAN MENYEKAT BERITA PALSU DENGAN PRINSIP ‘TABAIYUN’ – DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
    PASIR PUTEH 12 April – Akta Antiberita Tidak Benar yang diluluskan di Parlimen berfungsi menjaga ‘maslahah’ umum bagi mengelakkan kemudaratan kepada rakyat dan negara.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, akta itu harus diterima secara terbuka tanpa perlu membuat andaian yang negatif.

    Beliau berkata, negara memiliki acuan sendiri dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara terus kukuh termasuk Akta Antiberita Tidak Benar yang bakal mengekang penyebaran maklumat palsu.

    “Penyebaran berita palsu sudah tentu akan mencetuskan musibah dan fenomena yang tidak baik.

    “Apa lagi kalau berita yang disebarkan adalah fitnah yang tidak berasas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Basikalton Muhibah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh dan Biro Tata Negara (BTN), di sini, hari ini.
    Asyraf Wajdi berkata, sebagai umat Islam, khalayak perlu menyambut baik usaha kerajaan menyekat sebaran fitnah dan segala macam perkara yang mengaibkan serta memusnahkan keharmonian negara.

    Katanya, keperluan menyekat berita palsu dengan prinsip ‘tabaiyun’, iaitu mengkaji maklumat secara tuntas oleh semua pihak sebelum disebarkan adalah satu keperluan.

    “Penyebaran berita atau maklumat perlu ada prinsip, keesahan, nilai kebenaran dan kebertanggungjawaban. Jangan sebarkan maklumat yang tidak ditapis kerana ianya boleh bertukar menjadi bahan fitnah yang dilarang keras oleh Islam.

    “Teliti dahulu maklumat dengan prinsip tanggungjawab dan amanah sebelum ianya disebarkan kepada khalayak umum,” katanya.

    ReplyDelete
  27. TANDA PAKATAN BAKAL KALAH PRU14
    Sebelum Pilihan Raya Umum 2013, para pemimpin Pakatan Rakyat telah pergi ke seluruh pelusuk negara mengatakan bahawa Barisan Nasional akan menipu untuk memenangi pilihan raya.



    Selepas pilihan raya, mereka berkata bahawa bekalan elektrik terputus adalah kerana gangguan bekalan elektrik di tempat-tempat tertentu semasa undi dikira, kotak undi tambahan dibawa masuk ke tempat-tempat tertentu, puluhan ribu pengundi hantu diterbangkan dari Bangladesh, dan macam-macam lagi.



    Semua ini kemudiannya terbukti palsu. Malah Kedutaan Bangladesh juga menafikan bahawa puluhan ribu warganya diterbangkan untuk mengundi di Malaysia, yang memerlukan lebih daripada 100 pesawat yang disewa.



    Dan tempat di mana mereka berkata bekalan elektrik terputus mengesahkan bahawa mereka tidak pernah mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik, malah pekerja pembangkang di tempat-tempat di mana mereka berkata kotak undi tambahan dibawa masuk juga menafikan kejadian itu.



    Ini hanyalah satu serangan awal oleh Pakatan. Mereka tahu mereka tidak akan memenangi PRU13 jadi sebelum pilihan raya mereka ‘meramalkan’ mereka akan kalah akibat penipuan dan selepas pilihan raya mereka menimbulkan pelbagai tuduhan penipuan untuk menjelaskan mengapa mereka kalah. Kini mereka melakukannya semula.



    Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dalam blognya hari ini bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak akan menipu dalam PRU14 pada 9 Mei 2018 supaya apabila mereka kalah dalam pilihan raya, mereka dapat menyelamatkan air muka mereka dengan menyalahkannya atas penipuan seperti yang mereka lakukan pada tahun 2013.

    ReplyDelete
  28. HARAPAN BERI DEDAK CUTI 2 HARI, INI JE HARGA PENDIRIAN KITA?
    SECARA TIDAK SEDAR, Pakatan Harapan yang dikuasai DAP sedang menghina dan merendah-rendahkan maruah 14,940,624 pengundi yang layak membuang undi semasa PRU14 tidak lama lagi.



    Mereka (Pakatan Harapan yang dikuasai DAP) telah memancing dengan dedak cuti 2 hari diberikan kepada rakyat Malaysia sekiranya gabungan pembangkang tersebut berjaya menakluk Putrajaya.



    Daripada dedak yang diberikan itu, maka jelaslah kepada kita bahawa nilai atau harga undi rakyat Malaysia di kaca mata DAP hanyalah sekadar 2 hari cuti semata-mata.



    Selepas selesai memberi ganjaran yang besar itu kepada para pengundi, maka Pakatan Harapan yang dikuasai DAP akan menggerakkan Kerajaan Persekutuan semahu mereka demi memuaskan nafsu serakah yang sudah mereka tunggu semenjak Pilihan Raya Umum Pertama pada 1959 lagi.



    Pada waktu itu, mereka akan ‘memperkudakan’ Kerajaan Persekutuan khususnya segala aset, penjawat awam, kewangan, kekayaan dan pelbagai lagi hak milik kerajaan untuk memastikan keinginan mereka yang sudah ditunggu selama 59 tahun itu tercapai.



    Mereka (DAP) sudah dapat kuasa dan kekayaan, jadi apa yang rakyat bakal dapat?



    Rakyat hanya akan dibiarkan menikmati cuti 2 hari berkenaan sehinggalah mereka tidak sedar bahawa maruah sendiri telah tercalar, kekayaan negara mahu dihakis dan kedaulatan negara mungkin tergadai.



    Jangan dilupa, hasrat DAP adalah untuk melunaskan dendam dan janji PAP dari Singapura iaitu mahu menjadikan negara kita sebagai “Malaysian Malaysia” sebelum Kiamat tiba.



    Justeru, berbaloikah kita hanya memperoleh cuti satu atau dua hari pemberian hadiah Pakatan Harapan yang dikuasai DAP? Kita mungkin dapat ‘dedak’ cuti itu, namun mereka (DAP) akan dapat berlipat kali ganda lebih besar berbanding nilai cuti berkenaan.



    Jawablah sendiri dengan kewarasan akal fikiran, Pakatan Harapan beri dedak cuti kepada kita, adakah kerana itu kita sanggup gadai negara? Pakatan Harapan yang dikuasai DAP mahu beri dedak cuti, sekadar ini sahajakah harga pendirian dan maruah kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PROBLEM CUTI PADA HARI MENGUNDI TIMBUL DEK KEBODOHAN & NIAT BUSUK NAJIB SENGAJA PILIH HARI RABU 9/5/18.

      Tindakan bodoh Najib ini telah menyebabkan keresahan & kekecohan antara pekerja2/kesatuan dan majikan2. Mengikut Undang2 Buruh/Labour Laws, pengumuman Cuti Hari Mengundi 9/5/18 baru2 ini dianggap Cuti Ad Hoc yg tidak semestinya wajib bagi majikan2 untuk menurutinya, kecuali di dalam Kontrak Perkhidmatan ada menyebut Cuti Umum termasuk Cuti Ad Hoc. Pekerja2 hanya diberi time-off untuk mengundi & balik semula sambung bekerja. Yg terpaksa pulang kampung atau keluar daerah untuk mengundi, terpaksa mengambil cuti tahunan. saya bercakap dari pengalaman saya sebagai Pengurus Kanan korporat sumber Tenaga Manusia & Ahli Panel Mahkamah Perusahaan.

      Sebenarnya nawaitu Najib tidak ikhlas & jujur, bertujuan hanya untuk menyekat pekerja2 keluar mengundi setelah menyedari gelombang tsunami anti kerajaan amat dahsyat & kuat. Sebelum ini kita telah melihat bagaimana cyberterompah2 BN (seperti Kejora & Geng Najib) mengajak bagai nak rak memboikot PRU 14).

      Najib memang berhati busuk & bahlol....!!

      Delete
  29. “BABI TUKAR NAMA LEMBU TETAP HARAM, BAK DAP TUKAR LOGO PKR DALAM PRU14”

    Apabila kegagalan pakatan pembangkang untuk menggunakan logo dan simbol Pakatan Harapan dalam PRU14 ini, maka keputusan mereka untuk menggunakan lambang PKR mewakili DAP, PAN dan PPBM dikritik hebat ahli dalaman serta penyokong mereka sendiri.
    Keputusan ‘bodoh’ ini seolah-olah membayangkan perjuangan selama ini tiada faedah apabila memberi kelebihan buat PKR.
    mengaitkan contoh binatang babi kalau ditukar dengan nama apa sekali pun, kambing ke, lembu ke, yang pasti apa-apa pun babi tetap haram.
    Perbandingan yang jelas terlihat seperti DAP tukar atau menggunakan logo PKR dalam PRU14. Apapun pertukaran yang dilakukan, DAP tetap DAP. ‘Chauvinis’ memang akan terus menjadi ‘Chauvinis’ walau apapun alasan yang kita mahu berikan.
    Harus diingat, DAP merupakan penguasa mutlak keatas Pakatan Harapan yang sedang menggunakan logo PKR untuk PRU14 ini. Juga harus diingat, DAP adalah ejen kesinambungan kepada PAP Singapura yang mahu membentuk agenda “Malaysian Malaysia” serta dipercayai tidak mesra kepada agama Islam serta Bumiputera.

    ReplyDelete
  30. MAHATHIR TIDAK YAKIN AKAN MENANG, MULA MENCIPTA ALASAN
    Tulisan terbaru Tun Mahathir jelas menunjukkan bekas Perdana Menteri tersebut terdesak dan mengetahui beliau akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

    Keterdesakan tersebut jelas sehingga mendakwa “Najib berada dalam keadaan cemas. Sentimen rakyat 90% menolak Najib. Mereka tidak akan undi BN dalam PRU 14.” Namun di sebalik dakwaan 90% rakyat bersama beliau, Mahathir mendakwa akan kalah dalam pilihan raya kerana Perdana Najib Razak akan menipu dalam pilihan raya.

    Namun Mahathir menulis penipuan ini boleh dibantut oleh rakyat dengan keluar mengundi lebih dari 85% pengundi dalam tiap-tiap kawasan pilihanraya. Ini sangat mengelirukan. Beliau menulis 90% rakyat menyokong beliau tapi akan kalah dalam pilihan raya kerana Najib Razak menipu. Kemudian beliau mendakwa boleh menang jika 85% pengundi keluar mengundi.

    Yang mana satu, Najib Razak menipu dalam pilihan raya atau beliau boleh menang pilihan raya jika peratus keluar mengundi mencecah 85%? Lagi pun kalau benar beliau dapat sokongan 90% rakyat, 40% keluar mengundi pun beliau sudah menang. Jelas Mahathir sedang berhalusinasi atau sedang menyedia alasan kekalahan.

    Mahathir mungkin lupa tidak seperti pada zamannya yang boleh menipu kad pengenalan dan kertas undi, sistem pengundian hari ini sudah canggih dan sangat teliti. Selain senarai daftar pemilih sudah dipamerkan sejak enam bulan lalu, mykad negara juga mempuyai ciri-ciri yang sukar ditipu dan setiap mereka yang mengundi akan ditanda sebagai telah mengundi di jari tengah dengan dakwat kekal sehari.

    Apa yang Mahathir ketinggalan zaman lagi, ialah jumlah kertas undi dan undian juga dibuat ditempat mengundi bukannya di tempat perjumlahan undi pusat seperti dahulu. Ia dibuka dan di kira di hadapan wakil-wakil calon bertanding.

    Mahathir juga menuduh Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengecut dan “mencuri” pilihan raya kerana menetapkan hari pengundian pada hari bekerja. Mahathir mungkin hilang ingatan sehingga lupa bahawa hari pengundian ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Apakah dahulunya Mahathir yang menentukan hari pengundian?

    Mahathir juga berkata zaman beliau dulu bila pengundian pada hari bekerja, kerajaan akan mengisyitharkan cuti umum. Hari ini Najib Razak telah isytiharkan Rabu 9 Mei 2018 sebagai cuti umum bagi membolehkan rakyat keluar mengundi. Sekarang siapa pengecut?

    Sebenarnya Mahathir tahu beliau akan kalah. Jadi beliau menyediakan pelbagai alasan awal untuk menjaga air muka dan maruahnya.

    Mengapa Mahathir masih mahu membuang masa bertanding jika merasakan pilihan raya ini satu penipuan? Elok PKR boikot sahaja dan benarkan Pas bertanding sebagai pembangkang tunggal.

    Mahathir tahu kekuatan mereka hanyalah dalam media sosial, kalangan kaum Cina dan Melayu elit di bandar. Ini merangkumi sekitar 35% pengundi sebenar. Atas sebab itu juga, sehingga hari ini Mahathir tidak membuat keputusan untuk bertanding di mana.

    Mereka menyebarkan khabar angin beliau akan bertanding di Kubang Pasu dan Langkawi. Apakah penduduk Kubang Pasu dan Langkawi akan mengundi wakil rakyat yang tidak mampu menjaga kepentingan mereka; dan sekadar menjadi alat DAP dan ahli perniagaan di Kuala Lumpur?

    Maka untuk memastikan beliau menang, kemungkinan besar Mahathir akan memilih Kuala Lumpur atau Selangor sebagai tempat bertanding kali in

    ReplyDelete
  31. KHINZIR TUKAR NAMA LEMBU, TETAP KHINZIR
    APABILA Mahathir bertanya sama ada babi yang disembelih dengan menyebut nama Tuhan halal dimakan atau tidak, dia sebenarnya sedang memberikan indikasi bahawa dalam PRU14 ini juga Pakatan Harapan yang dipengerusikannya (tapi diketuai DAP) akan melakukan benda yang hampir sama juga.

    Iaitu semua parti pembangkang dalam Pakatan (DAP, Bunga, PAN), guna lambang PKR – ini yang sebenarnya Mahathir maksudnya dengan kenyataan itu.

    Sebab ramai macai Pakatan yang menyokong cakap Mahathir itu, maka Mahathir berilusi bahawa itulah dia kemahuan rakyat dan diakhirnya bersetujulah dia menggunakan lambang PKR – parti yang diasaskan dari kezalimanannya terhadap Anwar dulu.

    Ini sebenarnya akal untuk menipu orang Melayu agar mengundi DAP sebab menyangkakan mereka sedang memangkah PKR. Pembangkang akan buat apa sahaja kali ni untuk mendapatkan undi Melayu, sebab itu di Sabah dan Sarawak lambang DAP tetap digunakan pasal Melayu tak ramai disana.

    Nanti habis pilihanraya masing-masing baliklah ke parti masing-masing dan guna lambang roket semula.

    Jadi kita nak ingatkan orang Melayu ni bahawa jangan terkeliru dengan taktik murahan macam ini. Sebaliknya kekal mengundi lambang BN iaitu dacing . Dacing perlu kerana semua parti komponen dalam BN datang dari pelbagai idealogi yang berbeza. Nak menyatukan semua perbezaan ini maka digunakan lambang dacing.

    Sementara apa yang dilakukan Pakatan hari ini tidak lain untuk mengelirukan orang Melayu agar mengundi DAP. Kalau ikutkan patutnya gunalah lambang DAP sebab DAP yang paling banyak kerusi tapi sebab tahu orang Melayu tidak akan undi DAP, maka dikelirukan mereka dengan lambang PKR.

    ReplyDelete
  32. PRU-14 : DAP GUNAKAN PENGUNDI MELAYU UNTUK BERKUASA – MCA
    Pengundi Melayu dinasihatkan tidak terpengaruh dengan agenda DAP yang kini menggunakan kaum itu semata-mata untuk mendapatkan kuasa di peringkat Pusat.

    Ahli Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, atas faktor berkenaan, DAP kini bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun suatu ketika dahulu cukup membenci keduazdua pemimpin berkenaan yang dituduh rasuah dan mengamalkan pemerintahan kuku besi.

    Katanya, pemimpin DAP khususnya Lim Kit Siang juga sebelum ini langsung tidak mempedulikan undi orang Melayu kerana dasar perkauman yang diamalkan parti berkenaan.

    “Sikap hipokrasi ini perlu didedahkan kerana perbuatan adu domba yang sering mereka (DAP) lakukan akan menyebabkan negara tidak tenteram,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ceramah isu semasa bersama Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dan Pemangku Ketua Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo di sini malam ini.

    Katanya, orang Melayu juga perlu waspada kerana DAP juga menggunakan strategi pemimpin PAP di Singapura, Lee Kuan Yew yang membuatkan orang Melayu bergaduh sesama sendiri.

    Pada masa sama, Lian Ker berkata, sikap hipokrit DAP semakin terserlah selepas dua penggal diberikan peluang untuk memerintah negeri ini.

    Katanya, slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaungkan juga tidak dipraktikan apabila banyak persoalan melibatkan kepentingan rakyat negeri ini tidak dijawab.

    “Dalam kontroversi projek terowong dasar laut, MCA mengemukakan pelbagai persoalan namun Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak menjawab,” katanya.

    Berhubung pilihan DAP yang mahu menjadikan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, Lian Ker berkata, keputusan berkenaan turut menonjolkan sisi hipokrasi DAP.

    “Selama 22 tahun Dr. Mahathir memerintah dan DAP menuduh beliau (Dr. Mahathir) mengamalkan pentadbiran kuku besi, namun kini nada mereka berubah,” katanya.

    ReplyDelete
  33. Rakyat Msia yang waras masih tak faham kenapa DSAI masih percayakan lagi si Madey ni...masih tak serik2 kena dajjalkan dulu hingga meringkuk dalam penjara. Begitu mudahnya DSAI melupakan begitu saja apa yan telah dilakukannya dulu...didedahkan aib kes liwat nya secara terperinci kepada rakyat Msia, dilebamkan matanya..diaibkan dengan tuduhan liwat dan seks. maan perginya rasa dendam, benci, kecewa yang terbuku selama ini, takkanlah nak pendam dalam hati begitu saja??? DSAI tak terfikir ke pengorbanan para otai2 refomis class of 1998 dulu tu...tak ambik kira perasaan mereka setelah berhempas pulas membela DSAI dari kedurjanaan Madey masa tu , tiba2 DSAI nak by gone be by gone..mana ada jalan macam ni, sia2 aje lah pengorbanan dan susah payah mereka dulu. Rakyat yg waras memohon agar DSI menarik balik kenyataan tu ...jangan tertipu dengan kelicikan politik jijik Madey yg sememangnya pakar memanipulasi orang untuk kepentingan peribadinya. ingat DSAI...PKR tertubuh atas perjuangan untuk membela DSAI dan menegakkan hak2 rakyat dan demokrasi ..dan yakinlah, tak mustahil PKR juga akan terkubur kerana ketua umumnya telah mengkhianati perjuangan dan matlamat parti tu ditubuhkan, iaitu untuk menentang kezaliman madey. Macam tak caya pulak bila DSAI sanggup mengeluarkan kenyataan seperti di atas...jangan menyesal jika Otai2 Reformis dan ahli2 PKR akan mensabotaj calon2 PH , khususnya dari bersatu dalam PRU14 nanti...sebagai tanda protes mereka . DSAI..jangan salahkan mereka, tapi salahkan lah diri DSAI sendiri...Budaya Temenggung, Berani Buat Berani Tanggunglah kan !!!!!!

    ReplyDelete
  34. Lomeh boto den dengan pejuang rakyat dan geng babi ni...eh salah, geng najis ni. Cakap beria ria aje salahkan dap la, mahathir la, amanah la. Macam la si najis babi tu maksum macam malaikat pulak.
    Woiii babi, berambus kau dari blog ini. Aku jamin tak da orang nak baca temberang kau kat sini. Di sini kami penyokong ph makan nasi bukan dedak babi macam korang semua

    ReplyDelete
  35. Salam Tuan Admin dan Rakan2 Pendokong PH

    Sila google Rembau Times untuk mendapat inspirasi terkini yang bernas, padat dan incisive dari Pro Analyst Sir Wenger Khairi. Komentar terkini beliau mengenai nahkoda doomed diatas kapal yg rosak parah yalah taraf analisa kelas dunia.

    Momentum mesti dikekalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm..


      kami dah baca dan rasa ia sungguh menakjubkan


      analisa kami

      : masih at 65% undi popular tolak 4% utk pas maka 61% undi popular

      meningkat 11% dari tahun 2013

      apa cukup 61% ini? utk dapat 60% kerusi parlimen 124 kerusi?

      RAMALAN KAMI


      PASUKAN HARAPAN : 114 KERUSI

      KALAU HARI TERAKHIR ADA ANJAKAN LUARBIASA ..

      MAX 124 SEATS 71% POPULAR VOTE


      KALAU INI BENAR... WOW...


      MEMANG RAKYAT BETUL BETUL NAK PERUBAHAN DAN BETUL BETUL MARAH!


      p.s skjp tadi ada 6org pemuda bwh 35 sembang. 4 sokong PH. 1 bebas 1 Bn.


      ini adalah satu petunjuk d satu kawasan...

      nak try kawasan lain pulak...

      Delete
  36. DSAI...kami rakyat yang waras dan ahli2 PKR nak tanyalah, betul ke DS percaya cakap Madey tu yg berjanji akan membebaskan DS secepat mungkin jika PH menang dan dia menjadi PM interim???? C'monlah DS..takkanlah DS sebagai seorang poltican yg sesaoned dan matang macam ni pun percaya dengan janji2nya tu. Takanlah DS tak tau lagi..dia dengan cepatnya telah mengubah statement tu kepada tidak akan membebaskan DS cepat2 kerana ia terpaksa melalui banyak proses perundangan..pulak dah. Kat sini aje dah nampak niatnya tu yang sememangnya tidak ikhlas untuk mengusahakan pembebasan DS dari dalam masa yang terdekat. Madey tentu sedar, jika DS keluar nanti..dah tentu ada kemungkinan yang sanagt besar DS akan membalas dendam di atas segala perbuatannya kpd DS dulu tu, jadi kenapa dia nak membiarkan perkara tu berlaku..bodohlah dia, umpama menggantung diri, kalau macam tu.
    DS...masih tak sedar lagi ke...Madey dah ada perancangannya sendiri. janji kononnya untuk menyerahkan tampuk PM kepada DS nanti adalah palsu semata2, dia dah berkira2 untuk passing baton PM ke 8 kepada Mokriz Botak, selepas 2 tahun dia memegang jawatan PM interim. Jadi kat mana datangnya janji2 untuk DS jadi PM ke 8 tu akan ditunaikan oleh Madey??? Sepatutnya DS ingat kata orang tua2 dulu...Once beaten, twice shy. kalau dalam bahasa omputih..Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. kamimatu kami tak layak untuk menasihati DS...tapi mohon difikir2kan demi hasrat Otai2 Reformis dan ahli2 PKR tegar yang sama2 bersusah payah denagn DS dulu tu !!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Who the heck are you to ask such question ?? Do you think that you are someone higher up there to pose such stupid question ?

      Even veteran like Rafidah's question to Baral Najib also goes unanswered , worst still if it comes from you ... the spinner and the great lier .

      Delete
  37. Geng najis 22.22
    Kau tak payah nak hasut orang kat sini. Jarum kau tak jalan kat sini
    Kita semua kat sini makan nasi bukan makan dedak babi macam puak kau

    ReplyDelete
  38. Kepada geng najib dan pejuang rakyat:

    Tak payah la tulis panjang lebar dan cuba nak convince org kat sini pasal najib dan umno tu!! You guys really wasting ur time!! Klu nak tulis pun pendek pendek dah la utk tujuan claim korang! I know ur claims based on postings, not words. I know u guys need to make a living too!

    Tapi, sejujurnya, kebanyakkan posting korang ni menampakkan korg ni mcm makhluk yg x ada akal yg tak boleh berfikir sendiri dan berulang ulang! Amat menyedihkan! Tapi klu anak bini korg berlapar sbb korg x buat kejer ni, by all means, do it! But make it short!

    Kami kat sini dah tekad, dan yakin bahawa apa yg kami buat adalah utk kepentingan negara dan generasi akan datang. Nothing is going to change that. Kalau Anwar atau Tun sendiri masuk umno pun, kami tetap akan buat apa yg kami buat sehingga najib dan umno tumbang! Umno is no longer relevent to malay and it is due for a change!

    ReplyDelete
  39. Macy...Ada aku kesah tekad kau tu...langsung tak ambik pit. lantaklah kau dengan dunia fantasi kau yang tak berkesudahan tu. Sebijik macam luncai dengan labu2nya..biarkan..biarkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fancy this fakta bukan fantasi maupun auta.....!!

      Sejak pentadbiran negara ditinggalkan Tun M, prestasi pilihanraya umum BN-umno merosot teruk hilang 2/3 majoriti buat pertama kali dalam sejarah di PRU 12, dan kali kedua di PRU 13 dek dipimpin oleh 2 pemimpin Bahlol & Badigol......!!

      PRU 14....toksah cakaplah, BN-umno memang tersungkur bujur.

      Delete
  40. Orang BN kalau undi Najib dapat Jho Low free.

    ReplyDelete
  41. Geng najis, ada kita orang kisah dengan cerita mengarut kau yang panjang lebar dan BODOH tu. Lantak kau lah kalau kau nak sembah najib sekalipon. Ada KAMI KESAH???

    ReplyDelete

  42. Khalid Samad dedahkan punca kemelut berpanjangan pembahagian kerusi HARAPAN di Selangor.

    Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendedahkan kemelut berpanjangan pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Selangor berpunca daripada dua faktor.“Kerusi ini sangkut (tertangguh) atas dua sebab. Nombor satu (kerusi) jamin menang, nombor dua jamin kalah.

    “Yang jamin menang semua nak, yang jamin kalah semua tak nak.“Sebab itu dia sangkut, jadi nak beri pun orang tolak dan mana yang nak ambil, semua orang tarik,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

    Sumber Malaysiakini..

    #######################################################

    Rakyat Msia yang waras pun peliklah..Bukan main gebang lagi cai2 Ph yang buat analisa2 macam2, konon Tsunami melayu akan berlaku dalam PRU14 ni. Poooodahhhh....pengagihan kerusi untuk bertanding pun tak boleh diselesaikan denagn telus lagi adil..ada hati nak memerintah Selangor semula dan Msia konon. Nilah baru betul lawak terhebat menjelang PRU ni !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lembu pun pandai menulis!!! Ha2 ha2

      Delete
    2. Sdra Macy....

      Hari itu di majlis perkahwinan anak perempuan saya, ramai kawan2 lama & saudara mara dari overseas (termasuk mat2 salleh & Jepun) turut datang dan mereka semua menyatakan
      Najib tak ada ketokohan langsung jadi ketua negara.

      Berbanding Mahathir & Anwar, kedua tokoh ini, menurut mereka, ada kharisma, daya tarikan, ada 'gah' dan ada 'ummmmmmpphhh'........!!

      Delete
    3. Bro Othaman,

      Tell me about it!! It's really is a shame to have someone like our mo1 leading the country! He is good for nothing. Any Tom, Dick and Harry outside Malaysia would have understood how the 2.6b ended up in his account based on the money trail provided by wsj when the scandal first blown up, and they wondered why no action was taken against him. Really having hard time explaining the issue without putting down the whole system. It's really depressing having had to do that!!

      Delete
  43. Dua 'pendekar'akrab kembali
    Demi negara sengketa ketepi
    Dulu berdua dunia kenali
    Tadbir negara tersusun rapi!

    Tiada siapa dapat nafikan
    Zaman mereka negara Johan
    Dihormati dunia negara rakan
    Ekonomi terjaga hebat tumbuhan..

    Ada pemimpin berbau najis
    Pandai buat rakyat menangis
    Tadbir negara jadi tragis
    Hitam hati seperti manggis!

    Suka berjoli memungut cukai
    Kuat berhutang tak pandai langsai
    Menuntut tak habis berlagak cikai
    Wang negara kasi selesai!

    Tibalah masa dua pendekar
    Kembali bersatu sejarah dilakar
    Ketua penyamun memberi sukar
    Pertahan penyamun di dalam takar!

    Dulu ada filem P.Ramlee
    Kisah penyamun di dalam negeri
    Chief Penyamun kuat berjoli
    Pangkat ketua tapi pencuri!

    Bila susah dijemput 'apek'
    Untuk repair mana yg carik
    Ke rumah sendiri 'Apek' ditarik
    Sanggup memberi upah menarik!

    Gadai harta Apek diundang
    Bagi projek mata dihadang
    Mata tutup Apek berdendang
    Orang mengupah akhir kecundang!

    Dua pendekar kembali semula
    Mereka bertekad bela negara
    Tujuan singkir klepto gila
    Dengan pencacai beruk dan kera!

    Marilah kita sokong pendekar
    Pejuang sebenar melawan mungkar
    Walau dirosak bunga yang mekar
    Sokong mereka,negara tak sukar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bravo bro Fun Tun! Bravo! He2 he2

      Delete
  44. Berani berubah... kepada yang lebih baik, telus dan bersih...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...