Wednesday, 13 April 2016

SERANGAN MAKIN BERTALU-TALU, TAKKAN PANGLIMA PERANG ISLAM DAN PAHLAWAN BUGIS DIAM LAGI?


Rasanya sudah ramai yang membaca kenyataan Muhyiddin Yassin berhubung Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen. Tidak disangkal lagi bahawa kenyataan Muhyiddin itu penuh fakta, menyeluruh dan lebih penting, apa yang pernah disebutnya sebelum ini, bak ungkapan kata sebuah lirik lagu - semuanya benar belaka.

Bermakna, sebelum pun PAC menyiapkan laporannya, perkara-perkara yang diputuskan itu telah lama disebut dan diperingatkan oleh Muhyiddin.

Isu kehilangan wang, peranan Lembaga Penasihat, kedudukan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat, perletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarah dan beberapa perkara lain yang disebut oleh PAC adalah senada dengan pendirian Muhyiddin yang menyebabkan Najib kurang senang terhadapnya dan kemudian memecatnya daripada kerajaan.
Muhyiddin bukan saja membangkitkan soal kecurian wang dalam 1MDB, tetapi juga melihat syarikat itu sebagai skim untuk menipu.

Selepas kenyataan Muhyiddin itu, Tun Mahathir Mohamad pula menulis dalam blognya dengan memberi tumpuan kepada kehilangan wang yang dibayar oleh 1MDB kepada sebuah syarikat yang dipercayai palsu, Aabar Investment PJS Ltd yang didaftarkan di British Virgin Island.
Tun Mahathir juga menyenaraikan beberapa jawapan 1MDB sebelum ini yang disifatkannya tidak boleh dipercayai dan tidak disokong oleh dokumen apa-apa.

Secara khususnya, kemelut 1MDB ini bukan saja tentang hutangnya yang berjumlah RM50 bilion tetapi juga berkaitan beberapa siri kehilangan wang yang jika dikumpulkan berjumlah RM7 bilion atau RM7,000 juta semuanya.

Benar juga seperti yang disebut Muhyiddin, pencuri ayam kena dakwa, inikan pula bilion-bilion ringgit.
Akhirnya, Bung Mokhtar Radin, Timbalan Pengerusi BNBBC yang dikenali sebagai pro Najib juga tidak dapat menahan dirinya daripada turut mahukan isu kehilangan wang, khasnya yang melibatkan Aabar Investment PJS Ltd itu disiasat dan dikenalpasti.

Nampaknya semakin ramai yang tampil bersuara, manakala yang sudah sedia bersuara pula semakin lantang nadanya. 1MDB sudah mula menjadi "bangkai yang baunya mula memenuhi serata alam."

Di mana suara Najib sebagai Pahlawan Bugis dan panglima perang Islam yang dibangga-banggakan itu?
Kenapa masih diam dan semakin tidak kedengaran bercakap mengenai kemelut 1MDB serta tidak berani menjawab hujah-hujah yang ditampilkan oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin? (SH 13/04/2016).

75 comments:

  1. Pahlawan Bugis dah mula jalan kaki sorang2...kuda2 tunggangan dah nak cabut lari...alahai nasib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai takkan kot...
      Kalau 3 juta umat UMNO tu boleh dikata 10,000 batelion (minimum 300 orang).
      Takkan semua dah kembali jadi Islam sejati, dah sedar diri dan tak mau lagi bersekongkol dgn pengkhianat negara yg agung ni?
      Takkan habis segala lembu, babi dan anjing yg dibelanya pun lari jugak?

      Delete
    2. Qalamqabut,
      Memang betul takkan semua 3juta umat umno lari tinggal Najib yg melakukan mungkar,kalau dah sah pemimpin ini mungkar dunia akhirat dgn menyaleweng sebagai orang islam kita wajib tinggalkan pemimpin seperti ini,kalau tidak rakyat wajib menghapuskan umno sama sekali dari bumi ini kerana kita tak mahu bersekongkol dengan pemimpin mungkar menyeleweng harta awam dan kepentingan rakyat . Penghapusan ini diwajib lakukan dlm PRU 14 kerana amalan AMANAH di tuntut oleh islam pada penguasa dan pemimpin.

      Delete
    3. Ish... tak sabar aku nak nengok si najib ni kena gari.

      Delete
    4. Setuju dgn Anon 15.31.

      Delete
    5. JoeJB,

      Tak mungkin begitu kot , kubu Najib begitu kebal.

      Delete
    6. Kaki ampu senyap la xle jwb, xle kona sana sini. Klu jwb pn musti jwpn bodo piang punya.. Hahaha.. Rasional lah sikit wahai kaki ampu@balaci

      Delete
    7. Cuba tanya seorang lagi PAHLAWAN BUGIS, Idris Haron, KM Melaka tu yg sokong kuat Najibod.

      Delete
    8. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete

  2. Siratol MUSTAQIM... Jalan Yg LURUS
    Menjadi RAHMAT... Ke Seluruh ALAM
    Mem-BERI Khidmat... Pem-BERIan Yg "TELUS"
    Bukan Sang Pen CURI... Siputar-ALAM
    Bukan Pem FITNAH... Pe Rasuah Yg RAKUS
    Bukan Pe NYONGLAP... Di "GELAP" dan Kelam


    ReplyDelete
  3. Ini semuanya fitnah..
    Hari selasa nanti saya akan saman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm pernah dengar je..

      Selasa bila agaknya... tahun 2090 kot

      Delete
    2. Tunggu ajelah Selasa yg sesuai dia samanlah tuuuu.....

      Delete
    3. kalau budak2 ptptn yg cabut lari x bayor utang di black list pasport depa.., x kan yg nie x leh di black list mcm tu kot..??

      .

      Delete
  4. Penjara Kajang atau Sungai Buluh sedang tersenyum bangga untuk menanti tetamu paling istimewa dalam sejarah negara Malaysia. Allah adalah sebaik2 perancang. Hukum karma akan menjadi realiti dan sedang dilalui oleh 2 tokoh utama yang telah menganiayai Dato Seri Anwar Ibrahim setelah beberapa yang lain telah menerima akibahnya. Keadilan Allah adalah segala2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Cadangkan semua pesalah2 nanti di letakkan dalam kandang khas di zoo negara... biar semua orang tengok... Menteri Pelancongan pun dok dlm tu nanti sure bangga.. Pelancong ramai ooo.....

      Delete
    2. Jangan lupa kasi najib makan kangkong dalam kandang khas tuh.. kahkahkah

      Delete
    3. Bagi makan dedak.

      Rugi bagi dia kangkong.

      Delete
    4. Mana pi tak tau menteri jln2 cari mkn. Senyap ja. Klu tak dok buat hero depan wartawan. Harap wartawan sj la yg dok dengaq pn..

      Delete
  5. 7 Mei..pesta makan dedak perdana di PWTC

    ReplyDelete
  6. Ada seorang perdana menteri, ingat hebat buat emdibi, rupa rupanya kaut untung sendiri, kini terbongkar negara yang rugi..

    Ada seorang perdana menteri, dolak dalik tidak terperi,di mohon sokong semua menteri,namun dah ada menteri berbunyi..

    ReplyDelete
  7. SIAKAP SENOHONG, PARI JENAHAK, suka CAKAP BOHONG, dulu MENCURI sekarang MENYANGAK.

    ReplyDelete
  8. Pahlawan Bugis suda bisu maaa... telinga suda pekak.. otak suda blurrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluhan ke Si Mappadulung

      Padi tugal di tanam bahang
      Runcit sedikit berjumpa dapur
      Pucat kasih badan sengsara
      Hidup segan mati tak mahu

      Delete
    2. Penasihat(pembodek) keliling pinggang dah buntu pemikiran apabila berdepan dengan kebenaran.

      Delete
  9. Xda sorang pun nak perlekehkan kenyataan dari IPIC .....Mana KuNan, Nazri, Rahman, Salleh, dan menteri2 yg sokong sgt Jibby tu.....Bersuara ler...Kami nak dengar statement bodoh dari kamu semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama SAMA mengiringi ka tirai besi .... Syabas.....

      Delete
    2. Jangan lupa makcik Azalina & jemaah menteri cap mangkok jamban. Kuburkan mereka sekali dengan Panglima perang BUGIS tu. MALAYSIA BOLEH

      Delete
    3. Bro 14.45, teman tergelak sorang baca komen kamu di atas. Terbaekkk bro....

      Delete
  10. Jangan mudah bersuka ria. Umum sedia maklum bagaimana pelawak-pelawak BN menghiburkan Tuan mereka. Bung tiada beda dengan Zahid, Nazri, Annuar, anak Mazlan ataupon Shahidan. Mereka hanya akan serious berpaling tadah dari Najib (baca Rosmah) bila kantung negara kering kontang dan hasil negara tidak mampu lagi dimonopoli mereka. Ada sebab Tuhan menjadikan El Nino lebih kerap dari kitaran sepatutnya. KemurkaanNya terhadap munafiq -munafiq ini sudah tiba. Bencana Allah mengena yang taat dan yang ingkar. Mohon kita bertabah dan redha (dalam berjuang)

    ReplyDelete
    Replies

    1. Teringat kata-kata aruah abah saya.

      Bila panas melampau berpanjangan.

      Bila bala bencana datang menimpa-nimpa.

      Itu antara petanda bala yang dibawa oleh pemimpin yang membuat angkara murka.



      Delete
    2. Kesan panas didunia dirasai semua rakyat jelata yg memilih pemimpin bukan sahaja pemimpin. Diakhirat nanti penyokong akan datang kpd pemimpin yg mrk pilih menuntut bantuan tetapi dijawab secara spontan oleh pemimpin mrk " kenapa kamu pilih aku, kamu tanggung sendiri lah "

      Delete
  11. Tunggu la Sallah S Keruak bagi penjelasan

    ReplyDelete
  12. The Legacy how they have gone down in history & will be remembered at all times.
    Legasi tercatat dalam sejarah yg akan dikenang sepanjang zaman.

    Lee Kuan Yew:
    Made Spore from 3rd World Country to 1st Word Class Nation.

    Tun Mahathir
    Progressed forward & Transformed Malaysia from 3rd Word Country to be on par with Spore.

    Rosmah & Najib:
    Their bullshittings leaped backward to Deform Malaysia into the Worst 3rd World Country.

    Malaysia is now 3rd World Country with Third World Institutions, such as the police, anti corruption agency, attorney general chambers, parliament, universities & local govts.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said sir.
      I agree.

      Delete
  13. Haha, Bung ?? Mimpilah. Dulu pun sama. Pas tu tukar cerita.

    ReplyDelete
  14. Ni ambe nok kabor sikek..bagi pehok DS Najik, denge bangge ambe inging memaklomkang semue ghakyak sekeliang..hok yang jadi DS Najik diang membisu tu adelah hasey tarbiah dang nasihak ambe supaye iye lebeh molek banyokkang diang daghi bechakap..tu kang bedasorkang hadih..semenjok iye ghapat denge PAS ler neh..makeng koho napok tande-tande zuhod..dok sesia sape-sape yang memuliyekang ulamak..tu belong lagi latik ambe gati Jamil Khir..ni ambe nok baghi amarang..baghang sape hok yang beghahi cerce ulamak..tunggu je la balasang..nok molek ambe akan samang di mahakamoh. Sekiang, terime kaseh.

    Tuang Presideng

    ReplyDelete
  15. Sayang, nama saja Islam tapi apa yang diamal sebagai seorang Muslim indah khabar dari rupa. Ada yang 'hitam'dahi tanda amalan kuat, tapi hmmm, bab halal haram tolak tepi. Yang mungkar mereka sokong tapi yang makrof dijadikan musuh.

    ReplyDelete
  16. Walaupun terdapat berbagai serangan bertalu berkaitan dgn laporan PAC dan IMBD serta Najib tapi itu tidak boleh menjatuhkan NAJIB di sebabkan ramai lagi SAHABAT SAHABAT NAJIB TERUTAMA ORANG VETERAN UMNO MENGIKAT KATA PUTIS SEBAGAI SETIA KAWANNYA...Najib tahu orang TUA UMNO mudah di ajak bincang asalkan DUIT DI PUPUK DI BAHU DAN SALAM TANGAN YG KETAT PENUH CENGKAMAN BERNILAI yg boleh di hanggokkan kawan kawan lama ni walaupun dia sendiri dalam ketakutan ....HANYA ALLAH saja yg tahu...anak anak Muda dan Puteri puteri bila lagi nak pupuk baru mereka..kesian mereka kebelakangan ni seperti di pinggirkan tidak seperti semua JKKK..IMAM...DAN KETUA KETUA CAWANGAN yg dah dapat habuannya walaupun kecil RM150 - RM500.00 tak termasuk pakage HAJI DAN UMRAH..KEBIJAKSANAAN NAJIB LEBIH BAIK DARI HAKIM HAKIM DAN PEGUAM PEGUAM NEGARA...tu kat termasuk KETUA KETUA TERTENTU DI JABATAN JABATAN KERAJAAN...Tabik kat NAJIB yg BIJAK TERLAJAK ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tuding jari pada sesiapa tapi bagi sesiapa yg menggunakan agama sebagai satu jalan kesempatan utk menjaga kepentingan dan kebajikan dirinya maka 2 kali laknat yg dia dapat.

      Pertama berpura-pura baik dan kedua dgn berbuat demikian, dia telah memperlekehkan Islam yg menuntut nawaitu yg lurus dan bersih atas satu-satu tindakan.

      Tapi apa sekali pun Allah maha mengetahui akan nawaitu setiap hambaNya. Dgn manusia bolehlah berpura-pura tapi dgn Allah dah tentu tak boleh nak tipu.

      Delete
  17. Jap2..panglima perang?? Gaiiss tlg bg cdgn skit nak gelak ke nak muntah..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahlawan Islam ialah manusia yg zuhud. Baju pun boleh dikira dgn sebelah tangan. Contoh Saidina Ali ra, Saidina Hamzah ra, Khalid Al Walid, Saidina Umar, Saidina Usman baju pun compang-camping.

      Mereka manusia yg dijanjikan syurga tapi tak pernah ambik kesempatan tadah tangan doa pada Allah minta derma atau kekayaan. Walhal kalau mereka minta insya-Allah besar kemungkinan Allah izinkan doa mereka yg level Islamnya sangat tinggi sehingga malaikat pun segan dgn mereka.

      Khalifah Umar Al Khattab, Khalifah Abu Bakar, Khalifah Usman bin Affan, Khalid Al Walid, makan minum, pakaian, rumah, wang, harta benda mereka sama macam org biasa, malah lebih susah dari org biasa. Makan pun selalu miss.

      Mentadbir mengikut hukum Islam sepenuhnya. Anak isteri pun terdidik dgn Islam sepenuhnya. Bersikap amanah, telus, bersih dan jujur. Mentadbir negara kerana mahukan keredhaan Allah semata-mata, bukan utk kemewahan, pangkat, kuasa dan harta.

      Jadi kalau nak sangat puji, bagi gelaran pun agak-agaklah sikit. Janganlah berlebihan sampai jadi bahan ketawa.

      Rasulullah saw bersabda:
      “Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidlah turut bicara.”
      Lalu baginda ditanya, “Apakah Ruwaibidlah itu?”
      Baginda menjawab:
      “Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum/awam.”
      (Riwayat Ibnu Majah)

      Delete
  18. Anak-anak muda dirasuahkan dengan membenarkan acara merempit berlangsung dekat Dataran Merdeka menghala ke Jalan Raja Laut pada malam ahad 10/4/2016. Polis peronda ada tapi buat tatau jer.Rosak Malaysia..rosak anak Melayu!

    ReplyDelete
  19. Din, taktik masa peperangan:

    1. jangan jenguk kepala bila musuh sedang menembak,
    2. tak kira samada ada telur ke tidak, jantan ke bapok. Yang penting nyawa selamat hingga tamat peperangan.

    ReplyDelete
  20. Tak ada sejarah Pahlawan Islam atau khalifah Islam yang betul betul ikut syariat Nabi Muhammad Saw yang makan rasuah,, jangan pandai-pandai kasi title Pahlawan Islam pada Najib itu adalah sangat bertentangan.....!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balasan para pengkhianat digambarkan dalam sebuah hadith dari Usamah bin Zaid bin Harith r.a., ia berkata:

      Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
      "Suatu orang akan dihadapkan pada Hari Kiamat, kemudian ia dilemparkan ke dalam api neraka, maka keluar usus perutnya, lalu ia berputar-putar di dalam neraka bagaikan se ekor keldai yang berputar di sekitar sekeliling. Maka berkerumun ahli neraka padanya sambil bertanya, 'Hai Fulan, mengapakah engkau? Tidakkah dahulu engkau menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran?'
      Si Fulan pun menjawab, 'Benar, aku dahulu menganjur kebaikan, tetapi aku tidak kerjakan begitu, dan saya telah mencegah kemungkaran, tetapi itu saya kerjakan."
      (H.R. Bukhari & Muslim).

      Delete
  21. Bangkai sudah mula berbau busuk !!! Najib dan macai-macainya masih lagi tidak bermaruah. najib kalau ada maruah, letaklah jawatan segera sebelum nama Malaysia, nama bangsa Melayu, nama agama Islam bertambah buruk. Kalau setakat nama pahlawan bugis sahaja yang busuk, semua orang tak kisah, tetapi ini wang rakyat dicuri dan pencuri-pencurinya satu dunia kenal.

    ReplyDelete
  22. Najib tidak tahu apa-apa tentang operasi 1MDB.

    Jadi sebaik-baiknya Lembaga Pengarah di benarkan menjawab tetapi jangan pulak tuduh mereka dan tahan mereka terus untuk siasatan.

    Mereka menjawab setakat mana penglibatan mereka dan bidang kuasa mereka.

    Selebihnya serahkan pada Najib.

    ReplyDelete
  23. Pencuri ayam didakwa tetapi penyamun Najib tdk didakwa walaupun diperakukan olih Sprm supaya didakwa. Salah siapa??? Semestinya Apandi dobi.

    Olih itu Mahdir atau Muhyideen Yssin patut hantar memo kpd Majlis Raja2 & Agong supaya Agong memecat Apandi dbawah kuasanya Artikel 145(5) Perlembagaan Persekutuan.

    Agong selepas tu patut mengarahkan Sprm supaya meneruskan tindakan pendakwaan terhadap Najib spt yg Sprm ambil terhadap pegwai KBS mengenai RM100juta dan pegawai SPrm yg mintak RM20k dari pegawai polis dan lain2 kes. Tidak perlu pun kertas2 siasatan utk kes2 ni dihantar kpd AG. Mengapa dlm kes Najib, Apandi perlu terlibat utk buat keputusan.
    Ni cerita bahawa AG kena setuju dgn pendakwaan adalah cerit dongeng atau cerita mat jenin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agong dalam dunia dia sendiri bro... itu yang sedih sangat.

      Delete
  24. Tangkap Hassan Ariffin terlebih kerana sanggup menipu seluruh rakyat Malaysia.
    Kasi dia tidur dalam jail...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hasan boleh dapat makan free dlm jail...dia tak payah cari makan lagi dengan najib

      Delete
  25. Agong belum bangkit tidur ke?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agong tengah sibukkkkk sangatttt, banyak kerja2 yang perlu dilakukan maklumlah nak kena jln2 kat istana besar, jln2 nengok stable kuda, maintain kereta2 mewah, nak gi tempah baju melayu bling2... banyak sangat kerja tau...

      Delete
    2. Kuat lagi bunyi gong bila dipalu drp Agong. Agong tak berbunyi langsung.
      lantak pi kat hangpalah

      Delete
  26. Panglima Bugis ni jangan buat main. Dia ni main jurus ni. Pakai silat ghaib. Duit hilang pun boleh tetiba ada. Sebenarnya duit 1mdb tak hilang ..cuma panglima bugis je yang boleh nampak. Rakyat macam kita ni manalah nak nampak. Jangan underestimate bro. Najib ni hebat bebenor .....

    ReplyDelete
  27. DIDI KOTA BELUD13 April 2016 at 20:12

    Sambil menitik air hidung..air mata dan teresak esak dia confes ....apa kita nak buat mah...what should i do....rosmah jawap...buat apa ko menangis disini...jantan tak guna...pigii ko menangis disana...sambil rosmah menunjuk almari yang ada baju kesukaan athanthuya....kakkakakakakakakaka...tabiraklah kau sorang 2 jib...karma sudah mariiiiiiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro,

      Ini cerita Ibu Mertua Ku, Mak Tiri Ku, Mak Janda Ku kerrrrr.......Mak Nyah Ku????

      Mana satu dahhhhh.....tapi kan..., asal si Lanun tuh singgah kapal-batu pun sudah memadai lerrr!

      Bagi yang belum tahu kapal-batu, sila tanya abang abang dilokap K!

      Delete
  28. Didi kota belud..IBU mertua Ku ye..! Heh..heh..baek punya! Mmg dia laki Bini akan menangis juga, DOA rakyat insyallah..

    ReplyDelete
  29. Kebanyakan menteri sekarang sudah kena sakit pasang surut itu tulur sudah dalam masuk.apa macam mau cakap sekarang satu,satu itu busuk punya tulur sudah pecah Ayoo!, tara boleh tahan.tarak sembayang punya orang banyak cakap tipu.

    ReplyDelete
  30. Biar pecah fiperut jangan pecah di mulut itulah dia panglima perang islam moden macam cerita pak pandir je mana dia pahlawan anjing2 belaan dan pemakan dedak tu tak diam je he he

    ReplyDelete
  31. Biar pecah fiperut jangan pecah di mulut itulah dia panglima perang islam moden macam cerita pak pandir je mana dia pahlawan anjing2 belaan dan pemakan dedak tu tak diam je he he

    ReplyDelete
  32. Berkerut muka Najib nak menjawabnya sebab dia pun confuse ... dia pun dah tak ingat apa yang dia tipu sebab banyak sangat menipu.

    Kalau Najib Pahlawan Bugis sekarang macam Pendekar Bugis Lapok.

    Kalau Najib Panglima Perang Islam sekarang Najib Pelayar Tersesat.

    ReplyDelete
  33. Skrg ni dia laki bini da sampai turki pun Din..
    Agaknya sdg brkira2 dn berunding utk dptkan suaka politik jika perlu..putih tapak kaki kedua laki bini tu nak cabut lari nanti.

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  35. USD3.51B atau RM14 Billion hilang !!!!! Bayar kepada syarikat yang sudah ditutup, dan penerima patut IPIC kata belum terima. Apa punya jenayah ni. Huuiiii jahanam wang rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  36. Wowww...Drama semakin menarik.....kita tunggu sape yg kena....

    ReplyDelete
  37. apandir sdh putuskan Perompak Malaysia x bersalah...jgn pertikaikan!!!

    ReplyDelete
  38. Pahlawan bugis berkeris pen saja.tanda
    tangan dengan 1mdb untuk doglap duit
    brribu juta.betpuluh ribu juta wang lesap.
    harta negara juga pupus.energy katuh
    kenegara ading rakyat yang tanggung
    hutang.yang untung beberapa kerat saja.
    bangkitlah rakyat untuk jatuhkan pemimpin
    korup dan pengikutlyang dokong buta
    tuli

    ReplyDelete
  39. tok menteri semua senyap bila IPIC keluar statement kat LSE.
    Keruak, Rahman, Aza dah makan kapor ke....kalau tak dah melalak depa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terkantoiiii......

      Delete
  40. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...