Monday, 4 April 2016

KENAPA TENGKU RAZALEIGH BEGITU BERSUNGGUH MAHU DILIHAT MENYOKONG NAJIB?

Sejak menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyokong kepimpinan Najib Razak, nampak seperti ada kesungguhan bagi Tengku Razaleigh Hamzah untuk terus memperlihatkan dirinya benar-benar telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri.

Dalam portal Malaysiakini hari ini, beliau berkata, ahli UMNO adalah individu yang nafasnya UMNO, pendapatnya UMNO dan percakapannya juga UMNO.

"Ahli UMNO ini nafas, makan, percakapan, fikirannya (mengenai UMNO)....secara rohani juga orang UMNO, " katanya.

Justeru, Tengku Razaleigh dipetik berkata, sebagai ahli UMNO,  beliau mesti menyokong Presiden UMNO.

Semalam pula, dalam temubual dengan Mingguan Malaysia yang petikannya disiarkan oleh Malaysiakini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, "saya ahli UMNO, saya mesti sokong apa yang ada dalam UMNO dan kebetulan UMNO berkuasa, siapa yang jadi Presiden dan Perdana Menteri, itulah orang kita."

Kenapa nampak bersungguh sangat Tengku Razaleigh mahu memperlihatkan dirinya menyokong Najib?

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri bermula pada 2009, pernahkah kita melihat keghairahan untuk menyatakan sokongan itu ditunjukkannya sebelum ini?

Kenapa hanya sekarang dan tidak sebelum ini?

Ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pula, ada sesiapa pernah mendengar sokongan sebegitu ampuh yang ditunjukkan oleh Tengku Razaleigh?

Begitu juga, selepas membubarkan Semangat 46 dan kembali menyertai UMNO, pernah kita mendengar ayat-ayat menusuk kalbu "saya ahli UMNO, saya mesti sokong Presiden UMNO" dilafazkan oleh Tengku Razaleigh kepada kepimpinan Tun Mahathir ketika itu?

Kenapa hanya ketika Najib yang sedang dibelenggu masalah dan dihimpit skandal kewangan yang dianggap terbesar sekarang baru Tengku Razaleigh mahu menghadiahkah kata-kata sokongan seperti itu?

Mengapa? Mengapa? Mengapa? (SH 04/04/2016).

45 comments:

  1. Dalam blog kami tahunlepas

    Dah jangka muhyi dan zahid akan d pecat

    Mana umno nak anak ularrrmak jd PM

    Mesti kaki minum.... Kaki cina... Kaki curi minyak tengah laut... Dsb

    Zahid... Baik ko huru harakan Najib sebelum ko pun mampos

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari anak mamak sampai lah ke anak ularmak agama terbenar sekali didunia, 2 x 5 je, Melayu dalam UMNO & PAS, sememangnya berperwatakan IBLIS! LOL

      Delete
    2. Ramai yang tidak lupa UMNO diharamkan .

      Delete
    3. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete
  2. Semua ni kepentingan tembolok sendiri.. dia xpikir dah apa nasib gnerasi akan datang...hancus dpt pmimpin mcam ni... usiapun dah lanjut tp masih xsedar diri dipergunakan... tekadang kesian tngok org mcm ni.. entahlah apa nak jadi dgn tanahair tecinta ini...

    ReplyDelete
  3. Mungkin itu syarat yg Najib letak kalau nak serah jawatan PM kpd dia. Najib tentu nak tgk sanggup ke Ku Li umum sokongan tak berbelah bagi di kala semua skandal terburai. Yealah..kalau takat umum sokongan pun tak sanggup mcmana nak lindungi Najib nanti bila dah jadi PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dah tak boleh lari ke mana dah.
      Ku Li pun masih tetap teringin nak jadi PM walau pun mulut saja berkata tak mau.
      Barter trade pun telah dibuat.
      Najib akan turun drp takhtanya dan Ku Li akan ambil alih jawatan PM dgn syarat jawatan tersebut akan diserahkan kpd hishamudin pula.
      Inilah jalan selamat yg najib pilih supaya tak masuk jail

      Delete
    2. Dalam keadaan Najib sekarang penyelamat ialah Ku Li selain mendapatkan gelaran Tun agar kebal dari segala pertuduhan sejurus turun dari takhta Ku Li juga hendaklah bertindak jadi penutup segala jenis bangkai yang busuk yang ditinggalkan oleh Najib jika Ku Li berhasrat menjadi PM

      Delete
  4. Rakyat perlu INGAT perumpamaan. TERLEPAS DARI MULUT HARIMAU, JATUH KE MULUT BUAYA. Najib Razak adalah HARIMAU dan BUAYA yang sedang menanti MANGSA adalah Ku Li ini. JANGAN HARAP PEMIMPIN YANG TIDAK BERPRINSIP dapat menbyelamatkan rakyat. Pemimpin begini tak ubah macam ENAU DALAM BELUKAR, MELEPASKAN PUCUK MASING2. Hatti hati dengan Ku Li. Dia ni dah hampir desperate sebenarnya dalam politik. Bila nampak rezki nak jatuh, cepat2 BUAYA ini menerpa dan menganga mulut. BE CAREFUL WITH THIS KIND OF LEADERSHIP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sang kancil siapa lak?

      Delete
  5. Assalammualaikum saudara Shahbudin... saya meminati & mengikuti blog saudara ini sejak sekian lama...entah mengapa kalau sehari tak jenguk blog ini rasa macam tak karuan dibuatnya...saudara telah berjaya memikat hati saya menerusi penulisan yang kritis & membina...semoga saudara terus sihat & berjuang demi kebenaran... doa saya semoga saudara terus menulis & menegur pemimpin kerana mata pena lebih tajam & berbisa berbanding dengan mata pedang...Selamat Berjuang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen-komen di blog ini pun best-best belaka.

      Delete
    2. Kau sehari tak keruan...

      Saya tak lah sampai macam pemakan dedak tetapi sekurang-kurang nya tiga kali sehari mesti jenguk ...

      Asyik menunggu artikel baru.

      Ini yang cakap bukan Najib si penipu...

      Delete
    3. Sokong anonymous 4.4.16 @ 1952

      Delete
    4. Bukan yang tak makan dedak jer yang suke blog ni dan jadi tak keruan bila setiap kali Bang Budin buat posting..yang kaki makan dedak..cybertrooper Umngok..penjilat pungkok Najibur & Rosmah Takboletolakansor meroyan-royan kalo tak dapat mengeluarkan fatwa dan ijtihad merapu diorang bagi menegakkan benang basah Najibur..pi mabok la korang SETAAAAANN!!

      Delete
  6. Pertanyaa
    Mengapa? Mengapa? Mengapa?
    Itu kalu dibaca apa yg ditulis akan mendorong kita beri jawapan... Seakan Ku Li yg akan diangkat jadi perdana menteri.. Itu lah yg dimaksudkan 'kenapa ghairah sangat? '. Ada peluang jadi perdana menteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah bro 20:23 bagi ku li ibarat bagaikan pucuk dicita ulam pula yg datang.
      Dulu nyawanya hanya semangat 46. Nafas dia pun semangat 46. Urat halkum dan marikhnya pun semangat 46.
      Sehingga PBS dibawah pimpinan Joseph Pairin Kitingan termakan umpan Ku Li dgn bangganya keluar drp BN
      Rais Yatim pula sanggup bakar jambatan dgn UMNO.
      Maka haramlah parti UMNO ketika itu sehingga tertubuhnya UMNO baru.
      Akhir sekali semangat 46 kecundang. Tunku Abd Rahman pun berkata mampuih kita. PBS dan rakyat sabah terkontang kanting mohon masuk BN semula dan kekal sehingga hari ini.
      Ku li dan Rais Yatim pun panas punggong dan kembali semula ke pangkuan UMNO.
      Skrng peluang Ku Li nak jadi PM terbuka luas. Najib bilioner sendiri yg membentang permaidani merah untuknya.

      Delete
  7. Hahaha, Din, bila awak buat artikel macam ini, dah semua orang dah tidak boleh tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bermimpi pun tak boleh ...

      Delete
  8. Salam Tuan. ...ngapa agaknya orang macam Hassan Ali, zul nordin, ezam; tak kedengaran lagi. Bukan kah mereka semua pejuang agama, bangsa dan negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sedang sibuk menghitung guni dedak dlm stor.

      Delete
  9. Masih lagi percaya Ku Li akan menjadi penyelamat rakyat? Impossible! Dah berdekad2 dah si petapa ni dok buat hal sendiri tanpa fikirkan tentang rakyat. Masa tubuhkan Semangat 46 dulu, adakah ianya demi kesejahteraan rakyat? Lepas dah gagal dengan Semangat 46, dia kemudian masuk balik UMNO. Adakah itu juga demi kesejahteraan rakyat? Dengan menubuhkan NGO Ikatan yang sampai sekarang langsung tak dak berita mahu pun "action", adakah itu juga demi rakyat?

    Apa2 pun, adakah kita betul2 berharap agar Si Petapa yang sekian lama duduk bertapa, terpisah dari kehidupan rakyat dan kesusahan rakyat akan bangkit menggadaikan segala yang ada, demi untuk rakyat? Si pejuang yang tulin tidak akan menjadi petapa dan si petapa tidak akan jadi pejuang kerana kedua2 itu berlawanan sifat dan kerekter. Anwar adalah pejuang dan Ku Li adalah si petapa. Kedua2nya adalah orang yang berbeza dan kedua2nya berpegang kepada prinsip yang berbeza.

    Apa yang nyata, Ku Li bukan pejuang apatah lagi pejuang rakyat. Biarkanlah Si Petapa tu kekal duduk bertapa di Gua Musang, kerana itu pilihannya sebagaimana merengkok didalam penjara Sg Buloh demi memeperjuangkan keadilan adalah pilihan Anwar. Lupakan saja Ku Li, selama ini pun rakyat bangkit tanpa kehadiran Ku Li. Kehadiran Ku Li bersama Najib hanya mengesahkan bahawa Ku Li bukanlah berpihak kepada rakyat. Fikir2kanlah!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku li and his white house...

      Delete
    2. Nak pulang ke rahmatullah pun mahu main politik duniawi lagi.

      Delete
  10. Menahan lukah dipergentingan

    ReplyDelete
  11. Ku Li boleh jadi PM. Tapi tak semestinya umno/bn mampu bertahan. Melainkan keseluruhan geng2 najib turun, dan bersedia menghadapi siasatan yang adil. Aaaah, tak mungkin!

    ReplyDelete
  12. Pemimpin yg tak ada prinsip tak boleh nak diharapkan sangat. Prinsipnya bertukar-tukar mengikut kepentingan dan kehendak dirinya.

    ReplyDelete
  13. Mana pergi bank bumiputera. Abd Jalil yg mati kat hong kong xkan diam gitu je. Selamatkah lg msia dgn bertukar pemimpin di kslangan umno.

    ReplyDelete
  14. Dikhabarkan yang Haron Din berjumpa Anwar sebelum pilihanraya yang lalu memberitahu Anwar sekiranya Pakatan Rakyat menang, PAS mahu Tengku Razaliegh menjadi Perdana Menteri.

    Mustahil Tengku Razaliegh tidak diberitahu hal ini sebelum Haron Din berjumpa Anwar.

    Najib pun.. kalau nak cari penganti untuk menyelamatkan UMNO, biarlah yang betul-betul tulin UMNO nya.

    Adakah Hj Hadi punya nasihat kepada Najib, maka Tengku Razaliegh jadi pilhan Najib sebagai PM to be.?

    Tidak ada beza Tengku Razaliegh jadi Perdana Menteri dengan Hj Hadi jadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  15. Salam semua,,yang penting sekarang wajib kita jatuhkan Najib dahulu kemudian baru muzakarah yang paling layak dan terbaik sebagai penganti

    ReplyDelete
  16. "Ahli UMNO ini nafas, makan, percakapan, fikirannya (mengenai UMNO)....secara rohani juga orang UMNO, " katanya.

    Ini sebab orang UMNO selalu berzikir... Dedak. Dedak. Dedak. Dedak. Dedak. Dedak. Dedak. Dedak. Dedak. Dedak.

    ReplyDelete
  17. Si bangsat tu menggunakan UMNO sebagai perisai untuk selamatkan diri dia.
    veteran2 umno dan mubarak hanya bodoh sombong

    ReplyDelete
  18. diucapkan selamat merintah n meratah kepada amno
    sebab maseh ramai lagi lombu nak amno
    amno dilihat pandai bawa teknoloji baru bela lombu
    sampai lombu pun boleh duduk di kondo

    ReplyDelete
  19. Tuan punya blog takda cerita pasal Terengganu ke?apa rahsia besar Mat Said simpan?

    ReplyDelete
  20. Orang2 lama kata, "Kalau tidak ada ada, masakan tempua bersarang rendah?"
    Pasti ada udang di sebalik tunggul maka Dia sekarang bertindak demikian.
    Sekilas ikan di air, rakyat dah tahu jantan betinanya.

    ReplyDelete

  21. Ada satu nama Ku Li, kata sokong lah perdana menteri, tak kira walau siapa yang jadi, masa Mahathir kenapa hang lari..?

    Ada satu nama Ku Li, di gua musang dia diami, tetiba sokong perdana menteri, tak lena tidur zahid hamidi..

    ReplyDelete
  22. Ku Li merasakan tekanan yang diberikan oleh Mahathir cukup kuat untuk memaksa Najib berundur

    Selain terma syarat,bebas dari tidak didakwa, Ku Li juga ada gaya tauke baru,cash is king.

    Zahid kekal TPM.

    ReplyDelete
  23. Semuanya kerana dedak dia ini pun bukan ada penyokong siapa dia dlm umno cuma ketua bahagian je cuma org umno ini klu dijanjikan sesuatu dia akan bermati matian adakah pemimpin sebegini nak dipilih jadi pemimpin 2x5 sahaja lihatlah anjing2 umno tu sama saja perangainya yg penting perjuangan Tun mesti disokong agar peyamun penyangak kaki rasuah dan pembodek ini tidak bermaharajalela umno misti dikuburkan

    ReplyDelete
  24. Kalau Ku Li dari dulu sokong Najib tanpa sebarang gimik politik, dia tidak ada kesempatan di pilih sebagai Perdana Menteri. Lalu dia pun ikut tindakan Mahathir untuk menyingkir Najib.

    Dia hanya mahu jawatan Perdana Menteri. Sebab itu dari dulu sampai ke tua perangai macam itu.

    Harap di makbulkan dia tidak dapat jadi Perdana Menteri walaupun sehari.

    ReplyDelete
  25. Orang politik ni tak letih ke berebut kuasa?Kuli tu dah nak masuk 80 pun sibuk lagi nak jadi pm.

    ReplyDelete
  26. Jawatan perdana menteri tu. Menteri segala menteri.
    Bapak segala kuasa.
    Rasa hidup macam obama
    Urus segala hasil masghul negara
    Projek berbilion bilion
    Masyuk ada. Keluar tak ada
    Boleh dapat segala dihajati di dunia
    Macam2 adaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  27. Ada ker penyokong dia smapai 3juta jgk

    ReplyDelete
  28. Dah kena nyanyilah tu. Boleh ganti najib. Tengku ni walau pun hebat tapi manjang kena tipu jelah.

    ReplyDelete
  29. Dia lupa yg dia pernah bentrokkan dgn pak president pads 1987,lepaih tu tubuh parti "senget 46",lawan umno,dia juga yg serah kan Kelantan kepada pas,INI macam nak jadi PM?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...