Thursday, 14 April 2016

JUAL MAHAL ATAU MALU-MALU?

Merujuk kenyataan Muhyiddin Yassin yang mengatakan beliau tidak kisah jika Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib Razak,  Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara tersebut bukan ditentukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Bukan dia yang menentukan, kata Zahid.

Ehh, ehh, ehh....

Adakah Zahid jual mahal dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri?

Adakah beliau sebenarnya malu-malu?

Atau adakah Zahid merasakan belum masanya lagi untuk  beliau "bertindak dan memberontak"?

Mungkinkah juga dengan mengatakan bukan Muhyiddin yang boleh menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri, Zahid dalam masa yang sama sedang menghantar isyarat kepada para pemimpin UMNO agar bersiap sedia untuk bertindak jika kedudukan Najib terus menjadi beban kepada parti dan negara? (SH 14/04/2016).

51 comments:

  1. Warak warak tomcat la tu. Depan tuan, bawal goreng dekat hidung pun tak terhidu, bila tuan tak ada, bilis seekur pun tomcat terkam. Tengok saja nanti bila kaki tuan dah tersepit. Masa tu tomcat boleh menjadi sibelang, tuan sendiri pun dibahamnya. Tak ada siapa yg sanggup dokong biawak hidup selamanya dan biar diri dicakar cakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu..malu..tapi...mahu...kini ...baru ..ku...tahuuuu

      Delete
    2. Warak apa bro kalau percayakan kepada nombor. Perhatikan nombor semua keretanya, 3838.

      Delete
    3. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete
  2. Masaalahnya di Mesia ni banyak sangat pengamal psikiloji "I scratch your back you scratch my back". Saling cakar mencakar untuk kesedapan diri masing-masing.

    Entahlah Labu......

    ReplyDelete
  3. Selagi agong tak pecat najib dan komplotnya
    Negara terus kucar kacir la
    Semua media arus perdana menipu belak
    Cerita yang direka reka
    Nak hentam orang lain hakikatnya menipu
    Suka alih isu
    Isu negara tapi cerita pasal penang.
    Tipu belake tipu belake...najib dan media ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Diperbodoh14 April 2016 at 20:53

      Setuju...

      Jadik amalan dah di Msia. Gajah gedabak besar depan mata, selalu sgt 'terlepas pandang'. Kuman seberang laut pulak yg selalu diperbesar2, diheboh2 & dikepoh2kan...

      Kuman seberang laut = utk tujuan divert issue...???

      Delete
    2. Betul tu. Istilah Kuman ni sama juga dgn istilah tengku yg datang daripada seberang laut tu.

      Delete
    3. bongoknya pembangkang..puak2 haram kau yang menkucar-malaysia..cermin diri dulu..

      Delete
    4. Rakyat Diperbodoh15 April 2016 at 11:23

      Puak2 'halal' pemerintah, mengkacirkan-Malaysia lah yea... Terbaikk...!

      Delete
    5. anon 10:52,
      tersilap makan obat kot..??
      ikut saja cakap spital..,
      makan obat bila perlu...

      Delete
  4. Malu malu tapi mahu kini baru ku tahuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid is damned thick-skinned boy! Perdana Menteri by the back door also he hard up for it...

      Delete
  5. Budin,
    Saya pun rasa takut kalau si gengster ini boleh jadi PM ,Ini lah sibebal yang jumpa Tun M belakang cakap macam macam depan lain cerita,bayangkan la kalau etika begini boleh jadi perdana menteri hai tak tau la budin rasa malaysia ini lebih baik lah bagi kat sisotong atau si ais krim (sori cuma gurau pijam blogger ampu najib punya nickname).Pendek kata sudah sah lah UMNO diwarisi pemimpin pemimpin lemah dan bermasalah jadi perkara ini wajib rakyat sedari supaya kita tak sentiasa menghadapi masalah kepimpinan yang berpanjangan.

    ReplyDelete
  6. Patutnya Zahid pun jawab tak kisah.
    Sekarang semua nya tak kisah.
    Awal-awal Anwar bangkitkan isu 1MDB, semua buat tak kisah.
    Najib menipu pun semua tak kisah.

    Bila dah tunggang terbalik baru lah nak kisah.

    Mana boleh jawatan PM main tak kisah. Kena bagi tugas-tugas apa yang perlu dibuat untuk pulihkan negara. Bagi tempoh.

    Zahid berani ke tidak nak buat pendakwaan dan perbetulkan sistem?

    Kalau tak kisah tak payah lah tanda-tangan deklarasi.

    Kalau tidak sekurang-kurangnya minta Zahid tubuhkan satu jawatankuasa yang terdiri dari BN dan PH untuk menentukan tindakan yang perlu di ambil.

    Atau sebaik-baiknya rakyat yang menentukan siapa PM. Dan kedua-dua BN dan PH kena yakin dan percaya kepada Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana boleh Anwar jadi PM.
      Zam@Mamak kata: "Saya yakin sepenuhnya Anwar dalam bahasa kasarnya suka pungkok."
      Apa? Si Zam@Bahlol ni nampak ke Anwar main
      pungkok Azizan dan Saiful?
      Semua orang tahu kes liwat itu permainan
      atau konspirasi Mahathir dan Najib
      mahu membunuh karier politik Anwar.
      Itu sebab mereka berdua kini berantakan.
      Dia, saya anggap KP Utusan dan Menteri
      Penerangan paling haprak pernah wujud.
      Baca blognya Zam@Kata, jawapan komennya
      penuh dengan emosi dan kurang ajar.

      Delete

    2. 06.00

      Andai katalah engkau ini seorang peliwat atau penzina, adakah engkau akan lakukan perkara itu dengan kehadiran bersama orang lain yang boleh dijadikan saksi untuk perbuatan terkutuk itu?

      Bagaimana pula dengan kes curi, rompak, bunuh dan sebagainya?

      Dengan menggunakan lojik yang sama, adakah engkau menjadi saksi kepada konspirasi Mahathir dan Najib untuk menghapuskan karier politik Anwar?

      Delete
    3. 8:17

      Pulang paku buah keras.....terbaik jawapan cukup ringkas dan mengena!

      Delete
    4. anon: 8:17 & 8:51
      logikkah?
      seramai 30 juta rakyat malaysia.
      hanya anwar seorang saja
      dihukum penjara kerana dituduh liwat.
      dua kali pulak tu. pelik kan.
      harus ada saksi quran yang kata
      bukannya aku pandai-pandai kata.
      bukankah itu konspirasi namanya.
      liwat tu peribadi, jika betul anwar liwat.
      dosa anwar antara dia dengan tuhan.
      kalau aku tuduh kau dua berzina dan liwat.
      apa, kau berdua boleh terima bulat-bulat ke?
      sebab kau tak kena macam anwar
      bolehlah kau cakap begitu.
      apabila kena batang hidung sendiri
      barulah kau tahu langit tu tinggi.
      kau berdua penjilat zam@mamak ke?
      bodod+bahlol+baghral+$#@%$#@+&?<@>

      Delete
    5. Peliwat pergi mahkamah pun kena kawal ketat.

      Memang lah bila buat kerja jahat tak buat depan orang. Sekarang Najib di tuduh kenapa puak yang sama tak nak terima yang Najib tidak tahu menahu pasal duit masuk ke akaunnya. Duit dia banyak. Entah dia tenguk ke tidak akaun dia dan selagi penasihat tak ingatkan dia duit dia dah kurang, dia peduli apa.

      Pandai pulak guna, mustahil sebagai penasihat lah ... sebagai PM lah... duit begitu banyak lah ... company tak ujud ... mustahil boleh kena tipu lah. Dulu cakap macam ini, sekarang cakap macam ini..

      Anwar di tuduh meliwat hanya dua kali.. dua lelaki sahaja.. kalau Anwar peliwat lebih dari 30 lelaki yang rapat dengan Anwar di kaitkan.
      Bontot kedua ialah lelaki berbadan tegap pun tak di persoalkan.

      Semua saksi yang terlibat buat penafian Najib tidak terlibat, terima sahaja lah macamana begitu mudah menerima saifool adalah saksi yang boleh di percayai.

      Sialfool belajar pun tak lepas tapi boleh terima pengakuan Sialfool. Yang jadi saksi Najib bukan calang-calang orang, kalau belajar sampai luar negara, tapi tak boleh terima penafian dia orang.


      Delete
  7. ada ke zahid hamidi ni cukup wibawa nak menjawat pm ? tak payah percaya la brader zahid ni. kita mahu pm yang peka kepada pemasalahan rakyat, yang ada bakat boleh jana pendapatan baru untuk megara tanpa memeras rakyat, yang tak terpalit taik najib. dalam barisan mtu ada ke mana mana kera yg layak ? memang tak ada. yg perasan hebat dan layak ramai.

    zahid ni kalau rakyat Malaysia tak protes, Malaysia dah dapat warga tambahan berjuta juta yang boleh tambah pendapatan isi rumah di Bangladesh. akal pun pendek mana layak dia ni. cara bercakap tak ada leadership character la. bukan nak kutuk. kalau tak layak tu memang tak layak la. diplomasi pun tak ternampak. pm apa benda dia ni berangan.

    ReplyDelete
  8. Rasa sia2 menyokong TSMY dan deklarasi rakyat jika akhirnya Zahid yang mengantikan Najib. 2x5 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu 2x5 jer.....lebih kurang jer.

      Delete
  9. Eheheh zahid pm?org yg melakukan jenayah dan yg bersubahat sma saja cuma hukuman je berbeza.da lupa dia da jumpa penderma2 arab?bukan najib saja kabinet harus dibubarkan dan penangkapan dan penahanan menteri2.tidak ada yg harus bebas berkeliaran dgn rompakan wang rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, org yg bersubahat tak patut memimpin kita rakyat Malaysia.

      Delete
    2. ape ni..??
      lain dari amenu x der ker yg layak jadi pm...??, ramai diluar sana yg berkebolehan. jngn. asik2 pemimpin amenu yg dah rosak dari kepala sampai ke ekor. cuba fikir2 kan...

      Delete
  10. Budin,
    Saya pun rasa takut kalau si gengster ini boleh jadi PM ,Ini lah sibebal yang jumpa Tun M belakang cakap macam macam depan lain cerita,bayangkan la kalau etika begini boleh jadi perdana menteri hai tak tau la budin rasa malaysia ini lebih baik lah bagi kat sisotong atau si ais krim (sori cuma gurau pijam blogger ampu najib punya nickname).Pendek kata sudah sah lah UMNO diwarisi pemimpin pemimpin lemah dan bermasalah jadi perkara ini wajib rakyat sedari supaya kita tak sentiasa menghadapi masalah kepimpinan yang berpanjangan.

    ReplyDelete
  11. Malu malu taik Kuching lu Zahid,,dalam hati cepat cepat lah Najib bungkus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga dgn si bapok yg sedang mengidam jawatan tpm

      Delete
  12. Cik Lan oii..teman setuju bebenor dengan mike..udah kawan tu udah le gengster..ganah dan tak ikot law pulak tu..eeiii..simpaaaang..pesan pade anak cucu dan kaum keluarge..kalo name musibat tu la..jangan harus dipangkah lagi..tak sior teman!

    ReplyDelete
  13. Ada satu nama tipiem,potong que hadiah piem, batuk kecil sudah berdehem, tak sabar rasa nak jadi ehem..ehem..

    Ada satu si malu kucing, diacah acah lansung melenting, skandal boss dunia dah pusing,bila nak turun aku dah pening..

    ReplyDelete
  14. Kura kura dalam perahu
    Pura pura tapi mahu.

    ReplyDelete
  15. Me no spik inglis but don't play2 cos me have PhD! Me kennot becoming Pee Em. Me only good bring Bangla into this countree! One million no enough??? Me can bring more, no problem! You understand me??? Want to fight for Alif, Ba, Ta? Then join PKR lah! Even PAS want to join UMNO, what? Not for Hudud, but for money la! Who wants to be politisian and go to jel! No me! ..... nukilan ikhlas anak pendatang dari tanah jawa seberang.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  16. Siapa lambat dia tersekat, mesti cermat kalau tak nanti terjerat. Biar smart walaupun nak cepat.

    Nanti Ku Li sebat jalau lambat.
    Najib masanya dah dekat, rakyat dah meluat. Duit dah byk kena sebat, dosanya dah sarat. Semua dah tau rersurat tersirat. Duit rakyat dah keluarga sebat.

    ReplyDelete
  17. You dont talk bad about me. For your information I have PHD in english. Obama and David Cameroon dont have PHD like me.

    You know. My group of companies bigger than bigger than 1MDB.

    If you want talk english with me also can. Easy easy you come to my house. I will ask my wife to cut my cock to cook rendang for you.
    All of you are wellcome

    ReplyDelete
    Replies
    1. You che leng me, i che leng you bek. You can get donation billion billion or not? USD you know, not ringgig. I study high, you got study what? SRP?

      Delete
    2. PHD = Permanent Head Damage ?

      Delete
    3. Yu no aa..I got mai PHD aa don hev tu stadi had..I wek semat..I as mai sepesel opiser tu du mai resech..mai resech veri simpel..taitel "Hau tu gasak mani an gasak orang"..at dat time I konsentret on hau to gosok orang..dat's wai I ken bi e nex praim minister yu no!!

      Delete
  18. Zahid tiada karisma lah untuk pegang jawatan PM tu...English dia pun...standard PT3 aje hehehe...

    Bukan semua org boleh suka2 angkat jadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  19. Cuba fikir, Dr Zakir Naik(DZN) ini tinggal di India yang kerajaannya Hindu dengan jutaan penduduk Hindu. Bagaimana kerajaan Hindu di sana boleh membenarkan DZN membuka stesen TV sendiri, buat pelbagai kerja dakwah di sana, berbincang secara terbuka dengan orang yang beragama Hindu? Tidak pula kerajaannya berasa terancam atau berasa ianya menyentuh sensitiviti masyarakat kaum Hindu.



    Masyarakat Hindu atau mereka yang beragama lain juga tidak pula berasa takut pun! Kalau orang masuk Islam pun, mereka pun tak kisah pun. DZN sudah pergi ke merata dunia dan disambut dengan begitu baik sekali termasuk di negara-negara bukan Islam sekalipun. Kenapa kita sendiri di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi pula tidak berani untuk mengadakan program ini kerana hanya tekanan segelintir ahli daripada kumpulan Hindraf. Setakat itu sahajakah kekuatan orang Islam di Negara Islam ini?

    Sebenarnya kita tidak perlu takut dengan tekanan sebegini. Jika ianya benar-benar berlaku, mereka akan terus memberi tekanan pula di kemudian hari. Sampai bila akan dapat berdakwah? Melalui program sebegini, kita bukan nak mengata, nak menghina, sumpah seranah kepada orang Hindu!

    Kita orang Islam bebas nak berdakwah sementelah pula kita berada di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi. Berbeza sekali keadaannya dengan Negara India. Kita bukan nak adakan program sebegini selalu, hanya sekali sekala sahaja, itu pun kita berasa takut! Ingat tak kita, setiap kali hari raya kita selalu baca “walau karihal kaafirun, walau karihal musyrikun” (walaupun orang kafir dan orang musyrik tidak menyukai). Kita nak buang ke lafaz arab tersebut? Sebab kalau nak kira, itu pun boleh menyentuh sensitiviti agama juga.

    Sepatutnya dibiarkan program baik ini berjalan dengan lancer dan ianya akan menjadi peluang kepada masyarakat kita untuk menyertainya. Kenapa kita nak memenangkan segelintir orang Hindu itu yang akan menyebabkan mereka semakin berani di masa depan

    Berkenaan dengan dakwaan bahawa ada fatwa daripada ulama Deobandi tentang kedudukan DZN, saya ingin bertanya kepada mereka yang timbulkan perkara ini; kenapa tidak mahu menggunakan fatwa ulama Deobandi tentang majlis Maulud Nabi SAW, kenduri arwah malam ke 1,3, dan 7, aktiviti seperti zikir menari dan qasidah di kuburan?? Soal ulama itu tak setuju dengan seseorang ini adalah suatu perkara yang biasalah. Kita pun tidak mengatakan yang DZN ini lebih alim daripada Maulana Zakaria Kandhlawi rhm (merujuk kepada ulama Deobandi), cuma mereka berada dalam bidang masing-masing. Kalau betul-betul nak guna fatwa ulama Deobandi, contohnya dalam soal cukur janggut boleh menyebabkan seseorang menjadi fasiq. Betapa ramai orang kita yang cukur janggut termasuk para mufti di sini pun.

    Perlu diingat, DZN seorang yang baik dan sangat cemerlang di bidangnya. Inilah masanya untuk kita sambut baik kedatangannya. Sepatutnya pihak PDRM memberi kerjasama yang baik dengan menjaga keselamatan dan keamanan sepanjang program berlangsung.

    Saya berharap segala halangan kepada program DZN ditarik balik dengan segera.

    Akhukum fil Islam,

    Muhammad ‘Asri Bin Yusoff
    Kubang Kerian
    11 April 2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika di India DZN boleh berceramah, berdakwah dan mempunyai stesyen sendiri, mengapa paderi melayu yang jadi paderi kristian tidak dibenarkan berucap dan berdakwah di Malaysia?

      Mengapa kecoh bila orang melayu duduk dalam gereja untuk dapatkan bantuan? Mengapa apabila gadis melayu berkawan dengan lelaki hindu, mata memandang semacam.

      Raja adalah Ketua Agama Islam dan dalam masa yang sama mesti berlaku adil kepada agama lain kerana orang hindu dan kristian pun rakyat juga.

      Islam mengajar saya berlaku adil dan menghormati orang lain tak kira bangsa dan apa agamanya.

      Delete
  20. Saudara Asri,

    Tiada siapa yang takut kalau orang beragama lain masuk Islam. Itu antara orang itu dengan Tuhan. Masalah Zakir ini ialah dalam ucapan beliau dia telah merendahkan agama lain. Itu masalahnya dan sebab itu ramai orang hindu termasuk Hindraf menentang. Bukti ucapan Zakir ini ada dalam Youtube. Jadi kami tidak ada masalah kalau Zakir nak ucap tapi ucap pasal Islam dan bukan agama lain. TK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa awak baru kenal nama DZN baru2 ni saje kot..

      Delete
    2. Bukan baru kenal masalahnya.
      Jika tak kenal pun, itulah perpepsi mengenai DZN pada orang Hindu.

      Saya jarang jumpa jurujual bangsa cina yang memburukkan produk lain. Mereka lebih memberi tumpuan kepada kelebihan produk mereka.

      Bru Kaapi tentu tenguk video-video DZN tetapi bukan semua. Sebagai Hindu (maaf kalau saya tersilap) dia hanya melihat video DZN yang berkaitan ucapan yang menyentuh agamanya.

      DZN bukan tidak mampu berceramah tentang keindahan dan kebenaran Islam tetapi perkara ini telah diketepikan.

      Ceramah perlu di fokus kan kepada Islam tetapi kerana dia dulu adalah seorang penganut agama Hindu tidak salah pula dia menyentuh pengalaman nya yang lepas. Atau ada soalan dari hadirin mengenai agama Islam yang di tanya oleh seorang hindu.

      Silap kita bila DZN berhujah dengan hindu atau kriatian, cepat je kita loadkan dan sebarkan. Jangan jadikan dakwah DZN sebagai debat.

      Jangan samakan Hindu di India dengan Hindu di Malaysia. Serupa lah kita tak boleh sama kan Islam di Indonesia dengan Islam di Malaysia.

      Pendekatan di India tidak boleh digunakan di Malaysia. Orang India yang tahu agama DZN adalah dulu nya penganut hindu akan datang jika ceramahnya hanya mengenai Islam dan di beritahu boleh bertanya mengenai apa sahaja mengenai Islam. Jadi yang bertanya agamanya Hindu tentu lah DZN akan memberi perbezaan antara media-dua agama tersebut.

      DZN bersedia dan boleh mendengar sekalipun kedengaran seperti anti-Islam tetapi selamat kab Kawan Hindu itu bertanya dihadapan 50,000 atau 20,000 orang Islam di negara Malaysia ini?

      Delete
    3. Jangan samakan Hindu di India dengan Hindu di Malaysia. Serupa lah kita tak boleh sama kan Islam di Indonesia dengan Islam di Malaysia.

      Untuk mengelakkan salah faham, yang saya maksudkan ialah Malaysia dengan hududnya....

      Delete
  21. Saya hairan mengapa Zahid tidak terus menjawab yang beliau masih mahu menjadi TPM dan menyokong penuh kepimpinan Najib untuk terus memegang jawatan PM ? Mungkin beliau pernah menyatakan perkara ini banyak kali sebelum ini. Oleh itu tidak payah sebut semula. Tetapi dalam masa kritikal ini untuk najib, ramai penyokong najib mengharapkan Zahid melafaz ikrar sokong najib. Tapi macam sudah tidak kedengaran kali ini. Mengapa ? Atau mungkin Buat Apa ?

    ReplyDelete
  22. Mudah saja cuba tengok anologi pasangan pengantin bila jurunikah tanya pengantin perempuan setuju ke nak kawin ni selalunya pengantin perempuan tak gelojoh kata setuju cuma senyum je tapi dlm hati tuhan yg tahu betapa gembira dan seronoknya jadi itulah dia lumrah hidup malulah klu nak cakap

    ReplyDelete
  23. Mudah saja cuba tengok anologi pasangan pengantin bila jurunikah tanya pengantin perempuan setuju ke nak kawin ni selalunya pengantin perempuan tak gelojoh kata setuju cuma senyum je tapi dlm hati tuhan yg tahu betapa gembira dan seronoknya jadi itulah dia lumrah hidup malulah klu nak cakap

    ReplyDelete
  24. Kalau Panglima bugis ada bigmama, TPM pulak ada ikon bonggol unta! Dua-dua huru hara. NO WAYYYY...

    ReplyDelete
  25. Tiada sesiapa pun boleh tentukan siapa PM selepas Najib.
    Yang perlu pulihkan dulu sistem negara dan pilih PM yang benar-benar layak.
    PM yang menjaga kebajikan rakyat tidak kira Melayu, Cina dan India.
    Ertinya PM yang tidak membeban dan menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  26. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...