Friday, 15 April 2016

DARIPADA 'PELABURAN KEPADA SUMBANGAN' TIDAK MEMBERI APA-APA MAKNA KEPADA NAJIB

Sepanjang hari ini seronok benar golongan pemakan dedak dengan berita Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang mengatakan wang yang diterima Najib Razak memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib sempena Sidang Kemuncak OIC di Turki.

Wah...seronok benar mereka, terutama Azalina Othman Said yang pantas mengatakan dengan ini bermakna semua dakwaan terhadap Najib adalah palsu belaka dan Setiausaha Akhbar Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang terus menyalahkan Tun Mahathir dan media-media barat serta menggesa mereka memohon maaf kepada Najib.

Sementara pemakan dedak gembira ria dengan berita  yang seolah-olah sudah menyelamatkan Najib itu, ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan mengenai pengakuan Adel Al Jubeir itu.

Kenapa hanya baru sekarang Adel Al Jubeir mengatakan wang yang diterima Najib itu berupa sumbangan?

Bukankah beliau juga pada Januari  lalu yang mengatakan wang yang sama adalah suatu pelaburan?

Sekarang sudah tukar kaa Ya Sheikh?

Lebih menghairankan perubahan pendirannya itu dilakukan selepas mengadakan pertemuan dengan Najib?

Kenapa sebelum ini atau sejak Januari lalu apabila mengatakan ianya pelaburan, beliau tidak pernah berkata apa-apa atau cuba mengubah pendiriannya?

Kenapa berubah pendirian selepas bertemu Najib? Kenapa tidak sebelum ini?

Malah, Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia atau GKCM juga pernah menghantar memorandum kepada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pada 25 Februari lalu meminta penjelasan mengenai wang yang diterima Najib itu, tetapi mengapa tidak berjawab sehingga sekarang?

Alih-alih selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di Turki, Adel Al Jubeir mengatakan ia berupa sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. 

Ini betul-betul pelik bin ajaib. Pasti  unta-unta di padang pasir pun turut terkejut sama dengan perubahan Adel Al Jubeir itu.

Apakah perubahan kenyataan  Adel Al Jubeir daripada pelaburan kepada sumbangan dibuat atas permintaan Najib?

Lebih menghairankan ialah apabila Adel Al Jubeir juga menyatakan Peguam Negara Malaysia sudah menjalankan siasatan dan mendapati tiada salah laku melibatkan Najib.

Ehhhh....ini dah mirip skrip yang selalu diutarakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan media arus perdana dalam Malaysia selama ini.

Di samping itu, kenyataan Adel Al Jubeir yang mengatakan sumbangan tersebut datangnya daripada Arab Saudi juga lebih bersifat umum. Beliau hanya mengatakan datang daripada negara itu, tetapi tidak pula menyebut ia sumbangan pemimpin, kerabat diraja atau mana-mana tokoh terkayanya.

Harap kita tidak lupa bahawa pemilik PetroSaudi, Putera Turki Abdullah Al Saud yang ada perjanjian perniagaan dengan 1MDB juga berasal daripada Arab Saudi.

Adel Al Jubeir turut tidak menyebut langsung fakta yang diumumkan oleh Peguam Negara, Apandi Ali bahawa Najib sudah memulangkan semula sebanyak RM2,030 juta kepada pendermanya atas alasan ia tidak digunakan.

Mengapa fakta itu tidak disebut oleh beliau?

Yang harus disedari ialah pengakuan Adel Al Jubeir itu sudah tidak bermakna apa-apa lagi kepada Najib berikutan isu kehilangan wang sebanyak AS$3.51 bilion atau kira-kira RM14,000 juta yang dibayar oleh 1MDB kepada syarikat palsu, Aabar BVI sudah pun diakui kebenarannya dan sedang disiasat oleh banyak pihak berkuasa di peringkat antarabangsa.

Sebagaimana yang didedahkan oleh WSJ dan Sarawak Report sebelum ini, mereka percaya wang yang masuk ke akuan peribadi Najib itu adalah berasal daripada 1MDB yang tiba-tiba hilang selepas dimasukkan ke akaun bank  Aabar BVI.

Sekarang, di mana wang tersebut terus menjadi misteri kepada seluruh dunia. Tetapi dengan penyiasatan di beberapa negara yang nampaknya mula menunjukkan perkembangan positif, kebenaran pasti akan terserlah juga akhinya.

Dengan peredaran masa, sama-samalah kita tunggu sama ada wang yang dikatakan sumbangan itu, dengan mula-mula angkanya adalah RM2,600 juta tetapi kemudian meningkat kepada RM4,200 juta, benar-benar merupakan derma atau apa jenisnya?

Ketika itu juga, mungkin Adel Al Jubeir akan menukar kenyataannya sekali lagi. Siapa yang biasa berurusan dengan Pak-Pak Arab, pasti lebih faham perangai mereka itu. (SH 15/04/2016).

74 comments:

  1. apa agaknya yg najib terpaksa balas utk pengakuan tsb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pak Arab Sudah dapat dedak Dari Najib. Cash is king...

      Delete
    2. Sikalang sutak conferm maa aa , manyak banga maa aa ,Malaysian PM lapat delema itu macam punya manyak lor rr .

      Wa ingat ,ini satu lunia ,tatak jadi ini macam maa aa .

      Manyak bangga maa aa .

      Delete
    3. ....alsheikh mabrut ni mudah saja...bgi ayam gelek 2-3ekor..dedak 3-4guni untuk dia tabur bgi dkat ayam...kelea...trlondeh habis jubah..shahlanwahsahlan...ya habibi..

      Delete
    4. Saudara Shahbudin,

      Bukankah dalam COURT kalau berhujah tentang akaun dan keluar masuk duit tentunya court akan minta BUKTI PENYATA BANK (bank statement)......betul tak? Cakap2 mulut saja tak diterima dalam court.

      Sekarang mana butir2 penyata bank yg bersangkutan dengan duit derma tu? Perkara ni mesti dibuktikan secara hitam putih dari pihak bank dan bukannya main-main cakap saja.

      Walaupun yg bercakap tu org yg tinggi pangkatnya tapi belum tentu benar. KEBENARAN mestilah dibuktikan melalui bukti sahih hitam putih penyata bank yg sah, yg menunjukkan segala transaksi keluar masuknya duit tersebut, jumlah2 yg sebenar, tarikh2 transaksi dan dari siapa kpd siapa.

      Kemudian mesti juga disertakan surat pengesahan yang ORIGINAL (bukan setakat gambar surat je) dari pihak yg menderma. Semua bukti mesti dikemukakan kpd pihak badan penyiasat.

      Jadi mana penyata bank dan surat rasmi yg original berkenaan dgn derma tu? Sila tunjukkan.

      Kalau PERUNDANGAN MALAYSIA cuma mengambil CAKAP2 ORG sebagai BUKTI tanpa disertai BUKTI HITAM PUTIH, sedangkan akaun, transaksi bank, surat menyurat boleh dikeluarkan tapi tidak dikemukakan......habislah riwayat sistem perundangan negara ni.

      Kalau beginilah memang kita dah jadi badut, jadi bahan ketawa dunia luar.

      Kita perlu buktikan kpd dunia perundangan Malaysia ni telus, tidak bias dan amanah.
      Jagalah maruah agama, bangsa dan negara.

      Delete
    5. Selepas berjaya memperbodohkan Lebai Musang Berjanggut di Msia,
      Ahjib berjaya pula memperbodohkan Saudagar Unta dari Tanah Arab.

      Kisah hikayat 1001 malam akan terus bersambung dan menjadi semakin bercelaru harubiru.

      Ke guaner Din???

      Delete
    6. Itu pun annuar musang dgn azalina melompat sakan seronok bukan main najib tak bersalah.
      Annur musang lebih baik kau jubur si azalina tu sekali baru dia dapat bezakan antara jantan dan betina

      Delete
    7. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete
  2. najib sudah nazak15 April 2016 at 20:11

    Berita dari kawan yang bekerja di Saudi Embassy KL, diplomats saudi berkata Najib merayu rayu kpd pihak istana untuk tolong mengaku yg want itu adalah sumbangan drp Saudi prince, dan mereka ketawa mengatakan betapa desperate si najib ini.

    Peristiwa ini berlaku pada kali terkahir Najib singgah di Saudi Arabia brp bulan lepas.

    Rasionalnya, kenapa tidak dari mula2 pihak kerajaan saudi tidak mengaku? tetapi setelah najib merayu rayu naru mereka mengaku?

    fikir fikirkan lahhhh

    Hidup mesti cerdik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terdesak akhirnya takder maruah najib, memalukan malaysia, inilah akibatnya makan duit haram

      Delete
  3. "Siapa yang biasa berurusan dengan Pak-Pak Arab, pasti lebih faham perangai mereka itu". Senyum.

    Tidak mahu bercakap tentang bangsa yang diturunkan paling ramai Rasul dan Nabi dikalangan mereka. Tidak juga mahu mengaitkan bangsa tersebut dengan kejahilan berlaku dalam negara.

    Cuma mahu bersabar. Percayalah akan ada pendedahan-pendedahan terbaharu dari empat benua. Akan tiba saat si pemakai serban dan jubah akan terbelit serbannya sendiri. Arab Saudi, antara negara paling kaya di dunia akan meminjam untuk hidup, tidak pernah berlaku untuk kesekian lama.

    Mereka yang membuka aib (kejahilan dan kehodohan) mereka sendiri. Ini berlaku kerna izin (janji) Allah. Berdoa dan bertabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hip hip hooray....bukti baru dari saudi....Najib dah boleh saman WSJ sekarang

      Delete
  4. Betul2 punyer lawak bodohhhh.... entah brpe la jumlah mat arab ni diberi dedak .... klu laa ianya 'derma' ngape dari dulu lagi X bgtau? Ini kes baru boleh kawtim dgn dedak....pak arab pun masih kebulor dedak rupanya.... sama2lah kita nantikan kesudahan filim box office nie....yg berjudul 'DEDAK OH DEDAK'....

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu botol balut dengan suratkhabar arab, simpan bawah jubah, aku pernah jumpa. masa tu buat kerja kat sebuah negara arab kaya. konsignmen ada kat port nak keluar tak boleh mesti dapat kelulusan mfa mereka.bincang2 rupanya pak arab tu cuma nak "botol" aje bawa keluar dari bangunan kedutaan balut dengan surat khabar, simpan dalam jubah tak kasi orang nampak kononnya. tapi tahu juga sebab yang cerita orang arab juga,arab lebonan.katanya mereka2 tu nak tonggang tongeng dengan girlfriend malam nanti.

      Delete
  5. re: "Ini betul-betul pelik bin ajaib. Pasti unta-unta di padang pasir pun turut terkejut sama dengan perubahan Adel Al Jubeir itu."

    Si Adel boleh mengaku, tapi sebab taik Najib baunya terbusuk sangat, segala pasir gurun Wahhabi tak dapat menghilangkan kesan taik Najib di seluruh pelusuk dunia ...

    ReplyDelete
  6. Ada satu si Arab bodoh, dulu kata pelaburan sungguh, memandang habuan siapa tak peluh,dapat ke dedak seberat sauh?

    Ada satu makcik lina, Arab mengaku suka benar, konon bos tak buat onar, timbul kebenaran esok berpinar..

    Ada satu perdana menteri, Arab 'mengaku' sukanya hati, pengakuan pak arab selamatlah diri, lupakah di siasat banyak negeri?

    Ada satu perdana menteri, janganlah terlalu bersuka hati, si arab mengaku tak tengok bukti, satu dunia siasat tahulah nanti..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hei, pujangga kite! Kalau Pak Jibby angkatmu jadi konsultan nya hah mungkin kabinet bisa baik pulih

      Delete
  7. Saya kalau jadi Raja Arab pun sanggup mengaku... tak sampai hati tenguk muka Najib... adoi... bergenang airmata. Tambah pulak dengan jampi penunduk yang di hembus kiri kanan !

    ReplyDelete
  8. Kenyataan paling bodoh.

    Kalau dah tahu isu telah ditutup buat apa sekarang baru buat pengakuan?

    Jika kenyataan Menteri tersebut sahih tanpa ragu-ragu, GKCM perlu buat kunjungan ke Kedutaan Arab minta di keluarkan surat pengesahan.

    ReplyDelete
  9. Sampai arab ni terpaksa di umno kan dgn statement AG dah membersihkan najib....ni bukan lawak lagi,ni namanya gila!
    Apa perlu beliau menyebut tiada salah laku? Katakan derma....peduli apa dgn persepsi lain. Biasanya org yg menderma ni yg ada lebih,lain2 dia tak mahu ambil tahu pun. Tapi bila dah baca skrip...begitulah jadinya. Cacat cela tetap nampak. Jgn sekali2 menipu Allah dan rakyat yg pasti ternaya dgn perbuatan anda.
    Lepas ni banyak lagi yg akan terkeluar,beb! Nak tengok sapa lebih hebat....najib ke Kuasa Allah?

    ReplyDelete
  10. Budin,

    Yang pelik nya tahun lepas orang yang sama mengatakan bukan derma tapi wang pelaburan ,tau tau tahun ini selepas lapoan PAC, mula mula najib nak menipu kata dia bersih tapi bila lapuran itu di selidik nampak benar najib terpalit najis kerana ikut M@A 1MDB dia yang sign segalanya bila dah nampak macam dia yang mencuri duit pergi Arab saudi minta nyawa suruh negara raja jenis kaki joli untuk kata wang derma nampak sangat dedak sampai saudi arabia atau yang paling kita takut najib PM tak ada maruah dah gadai maruah negara pada orang luar sebab nak tutup mungkar yang beliau dah buat contoh paling klasik seperti minta kebenaran kepada singapore utk buat kereta api laju dalam negara sendiri ,sedar lah najib la PM yang paling rosak dan tak berguna pada malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tahun lepas...baru je 2 bulan lalu..

      Delete
  11. Nampak tak apa hasilnya najip kerap sangat ke arab sawdi? Hehe

    ReplyDelete
  12. Lepas ni setiap bulan kerajaan akan buka temuduga pengambilan jawatan askar...panglima ATM boleh start pikir nak hantar berapa beribu askar ke yaman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. my thoughts exactly

      Delete
  13. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan, konon...pirraaaah! Kenapa sebahagian besar wang derma itu telah dikembalikan semula???

    ReplyDelete
  14. Para Nabi dan Rasul2 diturunkan di Arab krn apa?. Sebab orang2 Arab ni teruk dan terlalu jahiliah asalnya. Tengoklah yang sapu duit melalui Aabar BVI tu sapa? Tok Arab oiii. Sebab tu tak heranlah klu Menteri Luar Arab ni pun boleh klik kluk klik kluk lepas jumpa Najib bbrp kali. Cash Is King. Menteri Luar tu bukan King, anytime King Najib boleh kowtim mcm seluruh YB YG dan Ketua Bhgn/cawangan UMNO yg dpt derma dan rakyat yg syok dedak BR1M.

    ReplyDelete
  15. Boleh percayake muka mcm ni? Huloq baik punya mesti ayat pun baik walaupun kena telan apa yg cakap 2 bulan lepas. Cina beng kang dah pulun byk.. Lagi pun bukan stmt mahkamah, cinetron je.. Case closed.

    Yg tak closed legal, money trail Swiss AG kata korupsi yg mega dari 1MDB round dunia pastu duit balik kat akaun peribadi dikl.

    Tengoklah mamak 2 ekor yg kena tahan kat Abu Dhabi sat lagi nak pelepah diri abis muntah kedarah utk dapatkan imuniti..

    Episod seterusnya keluarlah sape towkeh scam billion ringgit ni tak kiralah kes dah dapat sijil halal AG, PAC, Menlu Arab Saudi keapa.

    Swiss AG boleh ratah Mat Salleh sendiri kat kes high profile lahi tinggi FIFA ni kan pula negara ciput nak perlekehkan integriti antarabangsa.

    Wolf, wolf, wolflah kuat2.

    ReplyDelete
  16. ingat dedak ayam je ade... rupenye ade juga dedak unta ya...

    ini edukated punya unta la...

    ReplyDelete
  17. Selain dari dedak, mungkin di top up dengan Mongolia doll kot. Sebab tu buat u turn dengan cepat.

    ReplyDelete
  18. Semakin hari semakin bodoh pulak nampaknya najib ni....agaknya dia rasa hebat jadi bodoh kot?
    Sama ada semulajadi bodoh atau di bodohkan,tu dia saja yg lalui....
    Tapi yg pelik beliau berjaya membodohkan ramai melayu Dedak dgn jayanya melalui skim cash is king....iaitu skim cepat kayap ciptaan beliau...hehe
    Jgn marah beb....Nnt kena jual!

    ReplyDelete

  19. Masa Menteri Arab ini mengaku duit pelaburan pun dia menipu.
    Itu yang dia terperangkap. Sebab duit tersebut bukan duit pelaburan.
    Silap-silap dia pun terlibat.

    Dia kata duit pelaburan sedangkan duit masuk dalam akaun Najib sendiri. Itu yang Najib duku kepala dia. Itu yang dia tukar jadi derma. Menteri ini ingat boleh terlepas kalau kata duit tersebut adalah derma.

    Kena dapatkan akaun Menteri Arab ini macmana dapatkan akaun Najib.

    ReplyDelete
  20. Apasal cuma reporter NST je yang ada masa statemwen ni
    dibuat. Mana pegi reporter lain dari Aljazera, AWSJ, CNN, CNBC, atau Australian broadcasting.
    Fishy.............hhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. i agree with you this is a staged presscon done exclusively by nst for local impact and the guardian press picked it up obviously supplied by bernama, no other press was there to ask difficult and probing questions, it looks like the saudi foreign minister was merely making a statement from a script which is not altogether incorrect, the money did come from saudi arabia but the source was not specified and yes the ag did clear him, maybe now is the best time for other news agencies to go back and ask the foreign minister more questions

      Delete
    2. Nampaknya Menteri Menteri UMNO tak tahu berbahasa Ingerris....
      Apabila Menteri Luar Saudi Berkata "I am Aware" , maknanya saya diberitahu atau dapat tahu yang benda ni terjadi...
      Memang Pun dia tahu bahawa berasas pada kenyataan Pandi dia cuma memuntahkan balik apa yang Pandi Cakap...Yaitu Kes Closed.
      Heh heh

      Delete
  21. Najib ingat seluruh rakyat Malaysia ada penyakit Down syndrome boleh kena bodoh-bodohkan begitu saja,,ini semua dia sudah kautim dengan Adel Alcohol untuk back up dia supaya boleh selamat,,pergi telan boom lagi baik....!!!!

    ReplyDelete
  22. Duit berbilion nak bantu Malaysia untuk apa?
    Sedangkan penduduk Palestin yg lebih dekat dgn Arab Saudi hidup cukup sengsara lebih memerlukan derma dan perhatian.
    Logik ker alasan tok arab ni.??????

    ReplyDelete
  23. Dah macam cerita P.Ramli PENDEKAR BUJANG LAPOK..guru silat kertawa bila dia kata ada penyamun culik mak encik ...si Sudin si ajis si ramli kata COBAAAN...COBAAN...COBAAAN..COBAAAN... dan hari ni orang umno semua dah jadi macam cerita BUDAK GEMBALA KAMBING dah walau di jerit jerit kambing kena makan serigala ..orang dah tak boleh PERCAYA LAGI sebab dah berkali kali kena tipu...APA PULAK CERITA DONGENG AKAN DATANG YG BAKAL DI RANCANG ORANG UMNO LEPAS CERITA PAK ARAB NI...mungkin cerita ROSMAH DI CULIK PAK ARAB DAN NAJIB PULAK TERGOLEK GOLEK MENAHAN PERUT SEBAB SENAK MENAHAN SAKIT DEK TERLALU BANYAK KERTAWA BILA RAMAI ORANG UMNO KATA ...BOLEH KE PAK ARAK PIKUL ROSMAH...kakaaa

    ReplyDelete
  24. Ini yang dikatakan pinjaman 'MudahRubah'. Kejap jadi pelaburan kejap jadi derma.

    ReplyDelete
  25. Ini yang dikatakan pinjaman 'MudahRubah'. Kejap jadi pelaburan kejap jadi derma.

    ReplyDelete
  26. Aku rasa setakat nak suruh pak arab tu cakap statement sebegitu umum tak perlu kasi dedak pun.Dia pun silap2 tak tahu menahu apa benda yg dia cakap.Najib soksek2 dengan dia suruh cakap macam tu,kira macam soh kawan2 coverlah sikit2.

    ReplyDelete
  27. Alaaa..bukan Press Conference pon... Arab dogol ini ditanya pemberita semasa dia berjalan keluar drp mesyuarat.. selamba ajelah dia menjawab sepertimana yg dirayu oleh rakan sejawat dia dari Malaysia..

    Esok bila fakta aliran wang haram telah disahkan oleh siasatan antara benua dia boleh cakap mmg benar duit itu datang dari Arab Saudi iaitu daripsda Putera Turki penyamun tarbus yg besekongkol dgn Jho Low..

    ~ Penyamun Tarbus II

    ReplyDelete
  28. Baru sudah tngok video rafizi kt blog kelab greenbock. Bersemangat mdgr fizi berceramah ttg akibat yg akan diterima oleh ketua penipu & balaci. Mana mau lariiii aaaa? Klu laa pee engg dgor ucapan rafizi nie...aku rasa pasti insomnia Xboleh tido mlm & semakin membotak laa kepala ketua penyamun! Rasanya dah Xlama dahh....itu dlm sg buloh kasi masuk dgn para menteri kabinet@sape2 yg bsekongkol! Sekian lama kita dikencingkan cukup2 oleh puak lahanat ini. Kini ternyata mrk adalah pengkhianat yg sebenar! Selama nie aku tertanya2 ngape laa jahat sgt si rafizi & yg lain sbb Xjemu2 menabur fitnah pd bn/umno. Sebenarnya mrk adalah wira sebenar krn berani & berusaha membongkar penyelewengan 1mdb hingga sanggup dipenjarakan. Hasil pendedahan ini majoriti rakyat kini sedar & menentang kebobrokan 'pahlawan bugis', flom & para menteri penjilat. Mudah2an episod meloyakan & amat memalukan negara kita akan segera berakhir. Aamiin...

    ReplyDelete
  29. Pak Arab lupa nak cakap derma dah pulang balik. Thats the issue. Briefing halfway. Najib gi sound sikit Anifah Aman brief tak abis.

    ReplyDelete
  30. Inilah sektor 3D - dolak dalik dedak dolak dalik dedak dolak dalik dedak dilak dalik dedak dolak dalik dedak dolak dalik dedak dolak dalik dedak

    ReplyDelete
  31. tara ku cha cha16 April 2016 at 05:34

    Menteri Luar Saudi itu jelas memberi kenyataan berdasarkan skrip yang telah "diperkenankan".

    Dia merujuk kepada siasatan yang dijalankan AG Malaysia, iaitu jika AG Msia berbohong maka jangan babitkan Arab Saudi, dia menyirat walaupun dia tak sebut.

    Begitu cepat sekali dia mencelah, "Matter is closed" kot-kot wartawan merujuk balik kepada kenyataan dia sebelum ini bahawa wang tersebut adalah tujuan pelaburan.

    Walhal soalan itu tiada dalam skrip langsung kerana wartawan yang ada pun adalah "ambushing" wartawan gomen shj utk melepaskan org yang tersepit , bukan dari New York Times macam dulu yang dia hendak takutkan.

    Agaknya dia menyirat, "What a bloody nuisance" dlm bahasa Arab yang saya kurang pasti terjemahannya.

    Kenapa ML Saudi itu suka berperangai macam sotong hah? Sepatutnya dia harus takut apabila FBI atau Swiss AG datang menyoal nanti.

    Adakah ia disebabkan taburan Dedak is KIng? Sebab termakan budi Malaysia dalam Paksi Bala Tentera as sunnah wal jemaah?

    Ataupun kita yang bangang. Siapa nak ambil pusing selepas lebih 40 jenis jawapan, ada satu lagi kepada soalan mudah, apa itu RM2.4b dalam akaun anda?

    Tambah pula sistem perbankan satu dunia ni macam nak runtuh dibuat si penderma demi kemasylahatan seorang pahlawan bugis!

    Lepas tu bagi balik derma (tak pakai) walaupun "do whatever you like, no strings attached" tu jelas? Yang ini pasti makcik-makcik Felda sahaja yang faham.


    ReplyDelete
  32. Terlanjur kita bercakap pasal arab ni ..agak agak bila askar kita Malaysia yang dikatakan menjalani latihan di Arab Saudi dibawa pulang..

    ReplyDelete
  33. Negara kita bakal tersohor sebagai sebuah "negara cakap-cakap".Semua akan clear dengan sekadar "cakap-cakap" sahaja tanpa perlu tunjukkan bukti atau melalui keadilan mahkamah.Tengoklah kes Tantoya, walaupun kes sudah selesai tanpa motif membunuh, orang yang kena hukum masih boleh membuat video "cakap-cakap".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buktinya ialah kata-kata.

      Delete
  34. They are just plain STUPID !
    Tak guna otak langsung.........
    Tak mampu berfikir dengan cerdik...... GOBLOG

    ReplyDelete
  35. Shah.saya tak tahu latar belakang MenLu Saudi ni.Tapi rata2 perangai Pak Arab.Sila ke tempat hiburan 1001 malam(disco) di Jakarta.Anda akan lihat syurga dunia Pak Arab dan ada juga tasbih masih di tangan dan minuman arak di meja 1001 malam.Dan juga pak arab tak pergi ke Karaoke sebab tak pandai menyanyi.Tapi pergi saja ke Tempat massage remang remang.Dah di booking pak arab.

    ReplyDelete
  36. Mula2 kata pelaburan, lepas tu dah sumbangan derma pulak.
    Kalau betul derma tentulah dari mula lagi dah kata derma.
    Nampaknya apa saja yg berkait dgn insan yg bersih ni memang semua fakta jadi bercanggah-canggah kan. Hari ni lain esok cakap lain pulak.
    Nampak sangat pembelit.

    Tak apala ni plan dia. Nanti kita tunggu plan Allah Taala, tengok macam mana pulak. Apa pun yg batil akan tetap tak boleh bertahan lama.

    ReplyDelete
  37. Malaysia ni negara badut. Semua boleh jadi. Hari ni lain, esok lain, lusa tukar lagi, tulat langsung senyap.

    Dia nak bodohkan rakyat tapi dia yg menampakkan kebodohan sendiri. Malunya.

    ReplyDelete
  38. Mungkin penyamun penyangak pemakan dedak anjing belaan percaya cerita tu tapi rakyat cerdik tak akan percaya dulu kat satu org penderma lepas tu ramai pak arab yg menderma ini cerita luncai terjun dgn labu2nya biarkan biarka biarkan he he he

    ReplyDelete
  39. Mungkin penyamun penyangak pemakan dedak anjing belaan percaya cerita tu tapi rakyat cerdik tak akan percaya dulu kat satu org penderma lepas tu ramai pak arab yg menderma ini cerita luncai terjun dgn labu2nya biarkan biarka biarkan he he he

    ReplyDelete
  40. kalau memang derma kenapa di permasalakan

    ReplyDelete
  41. itu bukan uang rakyat kan,jadi kenapa patut di usut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pulak indon bodoh sesat kat sini. Pergi mampos la ko. Sbb ada pemimpin bangsa keturunan babi mcm korang ni lah kelam kabut Malaysia ni.

      Dah dah baik ko jgn sibuk hal negara aku. Negara ko 10000000000000 kalu ganda lagu jahanam.

      Sial punya indon

      Delete
    2. Jangan marah indon, derang pun hairan bin ajaib isu 1mdb.esok atau lusa kalau indon ini datang malasia, tulat mungkin boleh jadi pm dibolehland

      Delete
    3. Mesti la mara bro, dua - dua jawatan penting bangsa doramg ni pegang nak bagi hancur. Sorang pakat sapu duit anak beranak, sekor lagi nak jadi banglasia.

      Memang dasar jahanam bangsa derang ni. Datang malaysia, jadi maid, rembat barang tuan rumah. Lari.

      Sama je culture dari bawah sampai yng atas. Tak dapat harta, laki, bini, anak dara dia sapu.

      Pastu nak bangga bangsa dia lagi hebat. Diorang lupa sejarah hebat dorang hebat tu kerajaan hindu. Semua budaya Malaysia dorang punya.

      Delete
  42. jibby pergi Arab buat drama sikit..amik gambar..bawak balik..apasal bagi tau kat reporter Malaysia je? tak berani buat press conference? Dah ada skrip kot...tunggula lepas ni Jibby akan ditelanjangkan balik..lepas tu..baru kita nampak sama ada ada telor ke tak? ha..ha..

    ReplyDelete
  43. Perantau 07 17

    Ada juga Pak Arab yang baik.

    Macam Pak Arab yang pergi German, tapi duduk dalam hotel sahaja...

    ReplyDelete
  44. Klau kelapa ikan sudah busuk satu ekor turut busuk..marhaen sudah tak percaya apa jua alasan dan saksi palsu

    ReplyDelete
  45. Alangkah bodohnya PM Najib.

    Lebih baik suruh ML Arab itu mengaku yang duit derma telah dipulangkan dan dia berterima kasih kepada Najib.

    Dan dia berkata seumur hidup dia tak jumpa lagi orang macam Najib. Yang minta lagi ada lah...

    Apa lagi, pemakan dedak tentu lah seronok bila Najib baik macam malaikat.

    ReplyDelete
  46. Dulu dulu senanglah kerajaan nak bodoh bodohkan rakyat.
    Nak suruh rakyat ikut saja apa yg depa kata
    Senang sgt2 sebab semua media arus perdana dibawah telunjuk depa.
    Rakyat pada masa tu percaya 100% apa yg keluar dlm surat khabar.
    Percaya apa kata menteri menteri.
    Hari ni rakyat semua tahu menteri besar pun hanya berkelulusan SRP.
    Setakat ada sijil SRP tu boleh buat calik punggong sajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah habaq bukan SRP tapi SPM lah.
      Hang jangan maen-maen nooo.
      Nanti kepala hang kena putaq.

      Delete
    2. Setakat spm pi kerja kilanglah atau bawa lori

      Delete
  47. Klau dlm mahkamah kesaksian Aidel Al Jubeir terbatal dan tidak bolih diterima sebab membuat 2 kenyataan yg bercanggah.

    OK lah tu sebab dia dari Saudi Arabia. Najib suruh dia mengaku n bagitahu Apandi dhoby pun dapati dia tak bersalah. Aidel mengakulah tu derma. Bg dia lantaklah kalau 1MDB tunggang langgang. Tak de kena mengena dgn dia & Saudi Arabia. Yg bodoh nya orang spt Apandi dan Khalid. Jadi penjawat awam, makan duit rakyat, bekerja utk Najib dan bukan utk rakyat. Melindungi Najib dari pendakwaan rasuah. Pasti Allah laknat kedua2 haiwan ni...kerana Allah dan Rasulnya melaknat penerima rasuah dan org yg bersekongkol dgn dia.

    ReplyDelete
  48. Najib dah mula merapu tak tentu arah,,tipu salah tak tipu lagi salah,,jadi semua serba salah,,ber undur lah beri laluan kepada yang mampu mentakbir Negara Malaysia yang tercinta ini,,sesungguhnya you sudah gagal menjalankan tangungjawab you sebagai pemimpin Najib....!!!!

    ReplyDelete
  49. Tak kira berapa sijil halal keluar last Grand Mufti Mekah pun kena keluar fatwa pasal derma Arab Saudi tu hehe.. Khas utk TV3 tontonan makccik2 felda.

    Yg penting Swiss AG akan panggil 2 ekor mamak Arab yg kena tahan di Abu Dhabi bagi jel ringan tawar imuniti jadi saksi muntah kedarah sape punya angkara nak sedut duit 1MDB ni..

    ReplyDelete
  50. Kalau berani keluarkan penyata transaksi & akaun bank? Berapa banyak derma kemana akhirnya? Ada telur ke? Atau semua bawah OSA?

    ReplyDelete
  51. Tuhan saja yg tahu betapa teruk dan terdesaknya PM kita merayu kpd Pak Sheikh2 di sana itu untuk membuat sesuatu bagi menolongnya.
    Namun rakyat Malaysia tak semudah itu untuk terima pakai kata2 Pak Sheikh.

    ReplyDelete
  52. Dia tu bukan pak sheikh Arab sebenar walaupun berjawatan menteri. Itu arab badwi..jubah dia pun entah yahudi mabok mana yang dipinjamnya..mana boleh pakai cakap dia. Najib ibarat orang kelemasan disungai..apa saja dicapai walaupun ranting kayu..nak selamatkan diri..kalau kat Jepun dah lama harakiri dah..

    ReplyDelete
  53. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...