Wednesday, 20 April 2016

SEMBANG-SEMBANG TENTANG "KIRA-KIRA BODOH" WANG RM2,600 JUTA


Pagi tadi saya minum pagi sambil berbual-bual dengan seorang pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara sejak kira-kira lima tahun yang lalu.

Beliau kini menghabiskan banyak masanya  dengan keluarga, berjumpa kawan-kawan dan sesekali bermain golf.

Sambil berbual-bual dan bercerita mengenai banyak perkara, topiknya kemudian terseret kepada isu wang RM2,600 juta yang diakui diterima oleh Najib Razak sebagai derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, tetapi dipertahankan oleh WSJ bersumberkan daripada 1MDB.

Katanya, sebagai pegawai pencen, beliau cuba membuat "kira-kira bodoh" mengenai wang  sejumlah RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan membandingkannya dengan kehilangan sebanyak AS$3.51 bilion atau RM14,000 juta yang dibayar oleh 1MDB kepada sebuah syarikat palsu, Aabar BVI.

Menurut beliau, walaupun dijelaskan bahawa ia merupakan derma, tetapi katalah dakwaan WSJ terbukti benar dan disertakan dengan bukti-bukti yang menunjukkan wang itu memang sebahagian daripada RM14,000 juta yang dibayar kepada syarikat palsu, Aabar BVI, bermakna ada pihak lain yang untung lebih besar iaitu sebanyak RM11,400 juta.

Katanya, oleh kerana wang RM14,000 juta itu bukan untuk pelaburan perniagaan, tetapi dibayar kepada syarikat palsu dan kemudian sudah pun ditutup, sudah tentu kesemua wang tersebut dianggap hilang sepenuhnya.

"Persoalan sekarang, siapa yang mengaut lebihan RM11,400 juta itu, tetapi hanya menanggung liabiliti yang minima saja?"

"Saya tidak mengatakan Najib menerima wang itu daripada 1MDB, tetapi katalah jika ia terbukti benar, bahagian yang diterimanya dikira kecil atau ciput berbanding beban kerosakan dan cagaran kepada nama, jawatan, imej keluarga, parti dan negara yang terpaksa ditanggungnya.

"Tetapi ada pihak lain yang dapat habuan jauh lebih besar dengan liabiliti yang kurang," jelasnya dengan panjang lebar.

Selain itu, pegawai kerajaan tersebut juga menghuraikan kelemahan paling ketara dalam isu 1MDB dan wang RM2,600 juta ini ialah disebabkan kegagalan Najib sendiri memainkan peranan utama menjawab serta menangkis pelbagai siri dakwaan, bukan saja oleh WSJ, tetapi juga oleh pihak-pihak lain terhadapnya.

Katanya, berbeza dengan zaman Tun Mahathir dulu, apabila timbul sesuatu isu besar yang melibatkan persoalan dirinya, parti dan negara, bekas Perdana Menteri itu sendiri yang akan memainkan peranan utama menjawab, menangkis dan memberi penjelasan tanpa henti-henti.

Tetapi, jelasnya, lihatlah sekarang ini, Najib seolah-olah bersembunyi dan takut membuka mulutnya, manakala tugas menjawab, menangkis dan memberi penjelasan itu lebih banyak diambil alih oleh Salleh Said Keruak, Azalina Othman Said dan lain-lain menteri yang bertaraf rendah.

"Siapa mahu dengar jawapan daripada Salleh atau Azalina, sedangkan yang terlibat secara langsung dalam isu yang meresahkan rakyat ini adalah Najib," ujar beliau.

Rakyat, tegasnya, sudah tentu ingin Najib sendiri yang lebih berperanan mempertahankan dirinya, manakala menteri-menteri lain sepatutnya sebagai watak tambahan saja. (SH 201/04/2016).

35 comments:

  1. Budin,
    Ada beberapa sebab kenapa najib berdiam dan menteri yg tak cerdik selalu yg menyalak -
    1.mengelak dari disoal takut nanti terkantoi sebab memang bersalah pun.

    2.Najib ini jenis cash is king jadi duit aku tabur kamu tolong cover line.

    3.Contoh pemimpin yg tiada AMANAH dan lemah,begini la cara nya sentiasa mengelakkan diri untuk disoal dan akan cuba menipu apabila menjawab.

    Sori la budin blog anda tempat saya meluahkan perasaan hari hari,saya tak peduli samaada pihak najib baca atau tidak yang penting kita dapat luahkan rasa hati sebelum PRU 14 dimana rakyat akan meluahkan perasan meluat kpd najib dan kuncu kuncunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan p.sihat kenapa diam tak bersuara sekarang???

      Delete
    2. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete
  2. Budin,
    Ada beberapa sebab kenapa najib berdiam dan menteri yg tak cerdik selalu yg menyalak -
    1.mengelak dari disoal takut nanti terkantoi sebab memang bersalah pun.

    2.Najib ini jenis cash is king jadi duit aku tabur kamu tolong cover line.

    3.Contoh pemimpin yg tiada AMANAH dan lemah,begini la cara nya sentiasa mengelakkan diri untuk disoal dan akan cuba menipu apabila menjawab.

    Sori la budin blog anda tempat saya meluahkan perasaan hari hari,saya tak peduli samaada pihak najib baca atau tidak yang penting kita dapat luahkan rasa hati sebelum PRU 14 dimana rakyat akan meluahkan perasan meluat kpd najib dan kuncu kuncunya.

    ReplyDelete
  3. Salah seorang kuncu kuncunya yg berhabis habisan cuba menonjolkan diri sendiri untuk mendapat publicity media sebagai pembela najib adalah Phoooooooaaatttttttt zakar shiit (Busuk)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Phoooooaaaatttt zakar shiit tu time dia dah expired .
      Jadi Najib offer dia jawatan maka terpaksa lah jadi anjing peliharaan Najib ..

      Delete
  4. Askum saudara din

    Saya programmer ada buat accounting software. Susah nak buat pemasaran sekarang ni. Berapa kena bayar kalau iklan diblog saudara

    admin@eziaccount.com

    Thanks

    ps- don't publish this comment


    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara/saudari eziaccount.com harap sgt agar dihentikan memberi salam dgn short form :Askum'. Ini maknanya 'Askum dalam bahasa Arab berarti celakalah kamu'. Maaf jika tersinggung, niat hanya berkongsi yg baik dan menolak yg buruk.

      Delete
  5. The moral cowardice of Najib Razak:

    “In a word, I was too cowardly to do what I knew to be right, just as I had been too cowardly to avoid doing what I knew to be wrong.”
    ― Charles Dickens, "Great Expectations"

    ReplyDelete
  6. Agak- bila boleh settle perkara ni ye? Semakin hari semakin berbelit. Moga ia tidak berpanjangan. Kesian rakyat yang terpaksa menerima tempias.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...kalau boleh settle sebelum Ramadan lebih baik, rakyat yang muslim boleh tumpu pada ibadah puasa.

      Delete
  7. apapun...apa apa pun...apa saja deklarasi baik anti najib atau pro najib..biarpun himpunan2 pro atau contra...ramai yg menyambut atau kurang peserta....sebenarnya rakyat hanya menunggu PRU 14.percayalah tsunami kali ini lebih hebat.takut bn xcaya pada keputusan dpd rakyat yg bosan dgn pemerintah yg memperbodohkan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Melayu ni bodohnya banyak kalau mengundi yg menang nanti UMNO,Melayu biasa ni bukan tahu berpikir pun sama lebih kurang mcm VIP makan dedak

      Delete
  8. Seyogianya memanglah seluruh dunia sedar dan percaya memang Dato Najib telah banyak melakukan kesalahan dan kemungkaran.Bermula dari kes Altantuya kemudian rasuah pembelian kapal selam kemudian penipuan waktu PRU 13, SRC, 1MBD dan derma 2.6billion,,jika kita lihat dan tinjau secara terliti memang track record Najib dari mula jadi PM memang buruk sangat-sangat,,.!! Sebaiknya Dato Najib berundur dan redha dengan keadaan ini demi untuk Rakyat Malaysia keseluruhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes makan komisen ni dah berlaku sejak zaman Mahatir lagi,
      Kenapa Mahatir diam aje senang kontrol diorang
      Pengagum Mahatir sepatutnya suruh Mahatir terus terang kesilapan besar datang dari dia
      Mcm Kartun Zunar lukis hidung Mahatir besar dari kepala dia
      Kalau betul betul nak selamat Malaysia, terus terang aje yg benci Mahatir akan beri sokong 100 peratus
      Umur dah lanjut tak rugi kalau nak kan Nalaysia lebih lebih lagi diri sendiri, nanti depan Allah boleh jawab kalau tak pengagum pegagum dia pun ada masalah nak jawab

      Delete
    2. Hang Bodoh bersuara.

      Delete
  9. RM11,400 juta dibahagi-bahagi pada dua Pak Arab Sabar BVI, anak tiri Najib dan Jho Lho.

    Dua Pak Arab paling tidak dapat sama banyak dengan Najib.

    Anak Tiri Najib dan Jho Loh paling busuk RM 1,000 juta.

    Baki ? Tentu lah pergi ke Big Mama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. otak kau dah penuh taik..elok cuci dulu..

      Delete
    2. Dedakians kembali menyerang lagi!! Kali ini kembali menggunakan nama samaran anonymous 2258 dgn teknik serangan memaki hamun dan menggunakan perkataan kotor..eee takotnyee..!!

      Delete
    3. Anon 22 58 dapat bahagian sebanyak 1 mangkuk dedak sehari.

      Delete
    4. Big Mama control overall dah...!!!
      Jangan main-main nanti kena lesing dengan dia baru tau...!!!!

      Delete
    5. Aku tanya bijak pandai kerajaan dan pembuat undang2 PAC tu apa?
      Public Account Committe
      Atau
      Putar-belit Account Committee
      Atau
      Public Akaun Curang
      Atau
      Pemilik Account Curang

      Aku nak tanya apa makna public
      Kalau diletakkan di bawah akta OSA
      Itu bukan public dah
      Jadi kenapa najib dan kabinet 1 MDBnya termasuk hasan aripin tidak dikenakan OSA

      Delete
  10. Kira2 bodoh di warong kopi tak mengapa en budin..jgn BODOH KIRA KIRA di PAC dan parlimen..rakyat susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang, KIRA-KIRA PAC lah yang BODOH kalau kira kira PAC betul, tak ada orang nak kira balik...

      Delete
  11. Semangat patriotik rakyat berada di tahap paling low jika dibanding dgn negara lain....tok sah jauh cukup dibuat perbandingan dgn rakyat indonesia,thailand & filipina... berduyun2 rakyat negara mrk akan cepat bangkit nenentang rasuah dan salahguna kuasa....hingga mengakibatkan pemerintah yg nenyeleweng jatuh tersungkur! Tapi malangnya kita ketandusan semangat majoriti sebegitu....cuma menunggu dan mengharap pada segelintir saja. Nampak gaya kita tpaksa menunggu pru 14.... itupun jika nasib menyebelahi kita. Setakat ini nmpknya jibby masih memegang title 'pahlawan'....walau cuma 'pahlawan cangkul'. Kasihan kita semua.... hanya layak dipimpin oleh pahlawan sebegini dgn bantuan para menteri & hulubalang pasola.....yg akan menjadikan Msia kpd negara pasir berdengung padang jarak padang tekukur!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Malaysia tak suka tenguk orang bergaduh. Pahaman mereka ialah tidak melibatkan mereka.

      UMNO telah lama menyuburkan fahaman dengan mempropagandakan - tahu lah pemimpin nak selesaikan atau boleh bawa berunding atau dua-dua pihak sama.

      Itu sebab kena ambil kira kebebasan bersuara melalui TV.

      Delete
  12. Analisis peg pencen tu kurang tepat. Dia tak tahu ke defacto PM Msia ialah Rosmah dan de facto Presiden Umno rosmah.

    SPRM pun kena kencing dgn Rosmah. Sepatutnya SPRMlah yg mengarahkan Najib menyenaraikan semua harta2 nya didlam dan luar negeri yg dipegang olih Najib, Rosmah, dan anak2nya dan terus membekukan spt peruntukan dlm Akta Sprm.

    Sprm gagal buat tu dan Mahdhir pula terpaksa lakutkan kerja2 SPRM. Peg2 atasan SPRM smuanya penakut dan bacul. Apandi dn lain2 Menteri kencing laporan siasatan mereka, mereka senyap shj tanpa membuat kenyataan media pembetulan spt Zeti Bank Negara.

    ReplyDelete
  13. Si RPK pahlawan Najib dah kecut teloq..

    http://www.malaysia-today.net/clare-rewcastle-brown-2/

    LOL!!!

    ReplyDelete
  14. Pagi ini nak minum dan sembang dengan Sarjan pencen, tang mana pulak bodohnya Khalid.

    ReplyDelete
  15. Mat rempit kampong pacak bendera BN masa pilihanraya, kira kira bodoh dapat rm100 sorang. Kira bodoh la, orang besar makan juta juta. Lain kali kalau dipertanggungjawabkan untuk memacak bendera BN demi agama, bangsa dan negara, mintak rm1juta, baru nampak cerdik, nampak tak bodoh.

    ReplyDelete
  16. Najib turun yang naik nanti sudah pasti dedak umno menggantikanya sebagai PM malaysia,Tolak campur kali bahagi sama juga,melainkan parti lain yang memerintah baru lah kita akan lihat perubahan yang ketara nanti,waktu itu juga Hakim dan mahkahmah terpaksa buat overtime mungkin juga ada perbicaraan malam hari nanti.

    ReplyDelete
  17. Yg ambil duit tu ialah penyamun penyangak org yg tidak ada maruah yg menjawab tu pula iah pemakan dedak yg mana mereka pun tak tahu cerita sebenarnya disebabkan dedak dan kekenyangan cakap pun merapu ada pulak tu datang dari ulu sabah apa dia org tahu janji dapat makan kenyang begitulah dia kerja org upahan

    ReplyDelete
  18. Teringat isu pindaan perlembagaan pada tahun 80 an,kegawatan ekonomi 1986,serangan mata Wang 1997,akhir sekali Kes pemecatan Anuar Ibrahim. Tun sendiri secara gigih turun Dan member I penerangan kepada rakyat di setiap pelosok negara.Kadang kadang beliau seolah olah di lihat keseorangan sedang para pemimpin kerajaan Dan UMNO Di lihat seolah duduk atas pagar Malah sebahgian nya menyokong secara diam pihak yg satu lagi.Untung nya Najib banyak balaci balaci yg sanggup mati mempertahan kan nya

    ReplyDelete
  19. DIDI KOTA BELUD23 April 2016 at 20:45

    Hokalooooohhh...najipppp...pondang...rupohnyo.....huuuuuu.....bakpoooo tak goyakkkkk slaluuuuuhhhhh....tak bley lagu ni.......ahhhhh...pondang pun pondanglah..janji kemut....kata abe din jkkk kg pinang....kakakakkakakaka

    ReplyDelete
  20. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...