Wednesday, 13 April 2016

HASAN ARIFFIN DAN TAN SENG GIAW JUGA PATUT DITEMUKAN DALAM DEBAT


1. Debat antara Abdul Rahman Dahlan dengan Lim Guan Eng berhubung tanah Taman Manggis nampaknya sudah hampir menjadi kenyataan. Kedua-duanya bersetuju untuk berhujah secara terbuka.
Berdasarkan tarikh yang diberi oleh pegawai Abdul Rahman sendiri, Lim Guan bersetuju ia diadakan pada 19 April ini dan syarat tunggalnya ialah perbahasan itu disiarkan secara langsung.

RTM dan TV3 pun sudah menyatakan persetujuan sebelum ini, maka janganlah ada yang buat-buat "tergeliat" di saat-saat akhir dengan pelbagai alasan tidak mahu menyiarkannya secara langsung.

Semua rakyat tentunya turut bersetuju debat itu disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Tiada bantahan sama sekali.

2. Cabaran Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Khairy Jamaluddin untuk berdebat mengenai bola sepak negara juga sudah pun bersambut.
"Ya, ok, dia boleh menyuarakan pendapat dan semua orang juga boleh mengemukakan pendapat mereka. Selesai," kata KJ berhubung kesediaannya itu.

Jelas sama-sama "gentleman".

3. Berikutan Laporan PAC di mana Pengerusinya, Hasan Ariffin menyatakan persetujuan secara konsensus dicapai untuk tidak menyabitkan Najib Razak dengan sebarang kesalahan berkaitan 1MDB, bantahan telah dikemukakan oleh Timbalan Pengerusinya, Tan Seng Giaw.
Dalam kenyataan bersama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang lain yang menganggotai PAC, Tan Seng Giaw berkata, Hasan tidak seharusnya menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi jawatankuasa itu untuk kepentingan politik UMNO dan membela Najib.

"Jawatankuasa tidak pernah membuat keputusan Najib tidak bersalah. Kenyataan Hasan itu adalah pendirian tidak berasas, bersifat bohong dan menyeleweng daripada pandangan PAC.

"Kami menggesa Hasan mengemukakan bukti melalui hansard bahawa keputusan itu dibuat secara sebulat suara dan konsensus," tegasnya lagi.

Buat apa cabar-mencabar dalam media, tidak menyelesaikan masalah. Lagi pun artis saja yang suka gaduh-gaduh dalam media.
Maka, kedua-duanya iaitu Hasan Ariffin dan Tan Seng Giaw juga wajar ditemukan dalam debat umum, terbuka dan secara langsung. Bak kata generasi Y, baru "gentle".

Siapa yang takut dan cuba mengelak, sahlah telah berbohong. Selesai. (SH 13/04/2016)

31 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete
  2. IMPOSIBLE! Hassan Cari Makan tak akan sanggup debat dan menjadikan dirinya Hassan Tak Boleh Cari Makan. Boleh terlondeh seluar dia dan boss dia Najib kalau debat jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol,sekiranya debat terjadi dan hassan cari makan kantoi abess..akhirnya beliau meletak jawatan dan kemungkinan besar menukar portfolio dari pengerusi PAC kepada hos rancangan jalan jalan cari makan di slot tv3..

      Delete
  3. Orang Islam jangan berbohong, kalau berbohong munafik namanya. Janganlah kita menjadi munafik semata-mata untuk menutup jenayah orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat yang paling bawah dalam neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka."
      (Quran, 4:145)

      Delete
  4. Ghenti la nak berdebat-debat ni..buang mase jer..kat Malaysia nih gemor bebenor kalo bab ngaleh-ngaleh topik..oghang yang buat saloh seghonok ler..dan la nyoghok-nyonghok kejap pasei ade tukang peghalik yang lain..pas ni timbol peghalik yang lain pulak..aleh-aleh..pesaloh terlepah.. ni kaedah yang same digunekan dalam keh antutuya..keh kapaei selam..banyok lagi lah keh yang leboh gitu jer..sapah pon tak peduli dah..kegha-kegha jalan jugak ler jaghum deme tuh! Awok teringhat kat satu teke-teki. Bunyinye gini - Hang Tuah tu sebenornye beghape besedaghe? Ghama yang njawab 5 besedaghe..salohh..sebenonye Hang Tuah tu 7 besedaghe..tak caye? Acu kegha! Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi..udah 5 yek..lagi 2? Hang Pikio..Hang Bodo...wakakakaka...

    ReplyDelete
  5. Bertambahlah kerja Salleh S Keruak kali ni.....

    ReplyDelete
  6. Debat tak jadi atas faktor keseelamatan...

    Jika debat ini tidak dihalang, diteruskan...ia akan jadi penyakit betjangkit yang sangat ditakuti...

    Bagaimana kalau Mahathir ulang kali kedua ajak Najib berdebat....mana bugis tu nak letak muka!!!

    ReplyDelete
  7. Khairy dengan TMJ bukan berdebat tetapi berbahas atas isu mencari penyelesaian terbaik. Kerana tidak ada sesiapa yang memihak pada Khairy dan juga TMJ. Dua-dua mempunyai matlamat yang sama. Kalau di kira berdebat ... apalah nak jadi dengan Malaysia.

    Hasan Ariffin dan Tan Seng Giaw mesti di pertemu kan berdepan satu sama satu. Isunya ialah mengenai kenyataan Hasan bahawa persetujuan secara konsensus telah dicapai untuk tidak menyabitkan Najib Razak dengan 1MDB.

    Cukup Hasan mengemukakan bukti melalui hansard bahawa keputusan itu dibuat secara sebulat suara dan konsensus.

    Berdebat mengenai 1MDB banyak kali telah di war-warkan tetapi 1MDB mengambil jalan selamat. Jadi jangan terlampau mengharap Hasan berani bersemuka dengan Tan Seng Giaw.

    Pilihan terbaik bagi Hasan ialah menguna media sebab jangan lupa Menteri cuma baca akhbar sebagai sumber dan seperti biasa Hasan akan kata akhbar telah salah memetik kenyataannya.

    Yang perlu di beri perhatian ialah debat antara Abdul Rahman Dahlan dengan Lim Guan Eng.

    Ini akan menyusahkan UMNO. Jika Taman Manggis ... alaaa taman je pun UMNO boleh berdebat mengapa yang berekar tanah berkaitan dengan 1MDB dan kehilangan berbillion tidak di debat kan ?

    Eluk juga Rahman Dahlan yang menang berdebat dengan Lim Guan Eng sebab orang akan persoalkan mengapa UMNO tidak berani berdebat mengenai 1MDB ?

    ReplyDelete
  8. sy org muda,..sy sokong sgt kalo perdebatan dpt disemaikn dlm dunia politik,..kerana dari debat,..kita para pemerhati dpt menilai tahap pendirian/pemikiran dan dari pendebat melalui isu y diajukan,...

    PS - akal,lidah,mata pen,mesin taip,keyboard dan keberanian,...adalah lebih tajam dari mata pedang,...

    ReplyDelete
  9. Jgn buang masa dgn debat debut nasi da jadi bubur tangkaaap smua lanun dalam kabinet lpás tu kp,speaker kedua dewan dan ag bru dan lama.beku kan aset semua yg terlibat.buat gulag dan tahan swmpai mati.ini satu pengajaran untuk penjawat awam dinegara ini jgn pernah terjadi skandal mega atau kecik hukuman serupa.

    ReplyDelete
  10. Hasan??????.ala semua orang tahu bila nama HASAN .otak di kepla lutut.nampak macam cerdik tapi cerdik menipu.tunggu bila masuk lubang kubur nanti.tahulah kau.

    ReplyDelete
  11. Nak tengok berani ke hassan pengerusi Pac berdebat secara terbuka tan seng giaw naib pengerusi Pac kalau anak jantan nah apa lagi buat saja jangan dok sebok bercakap one way trafik jln sehala je org pun meluat dengar alasan yg membodek je nak tengok Bn lwn Dap siapa ada telor

    ReplyDelete
  12. Rasulullah saw bersabda:
    “Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidlah turut bicara.”
    Lalu baginda ditanya, “Apakah Ruwaibidlah itu?”
    Baginda menjawab:
    “Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum/awam.”
    (Riwayat Ibnu Majah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pandangan Tuan P.sihat kita?

      Masih sibuk belek2 kitab fatwa biru ke tu. Ke guaner din....

      Delete
    2. Nasib baek umngok tak ajak tuang jepung debat isu Amanat kapirkan umngok.

      Delete
  13. Cepat tunjukkann bukti yang semua dalam PAC bersteuju kalau tidak memang layaklah rakyat Malaysia panggil kamu "si Hassan Penipu" (macam cerita P Ramlee...Abu Hassan Penuri).

    Nak bodekpun berpada-pada sikitlah bang! Ini bukan cara nak cari makan, ingatlah amanah sikit.

    ReplyDelete
  14. Yb Hassan...berbohong hukumnya Berdosa...nafikanlah Yg berbohong TSG...bukan saja maruah diri sendiri tp islam...fikir fikirkanlah... Jgn sampai dlm islam banyak syaitan bg pandangan penganut lain agama...

    ReplyDelete
  15. Banyak lagi isu nak debat....lembu condo, esscom sabah, 1mdb, derma, bauxite kuantan, pencerobohan tanah cameron highlands, PATI, projek IC sabah, kekayaan keluarga taib, tanah Perda, TH, GGVH, Yapeim....semua isu bn/umno. Apasal tak debat? Kalu guan eng berani isu dia, bn/umno harus berani isu mereka, yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat juga

    ReplyDelete
  16. Hassan cari mkn ni tahap budak darjah 1 je Otak dia,tak blh bercakap dan fikir pun,blh ke dia berdebat? Terberak dlm seluar..

    ReplyDelete
  17. Debat AR Dahlan vs LGE
    Baguslah tu, kurang2 dpt alih sikit isu 1MDB.. Billion2 vs Juta2..

    Debat TMJ vs KJ
    Bagus juga bersambut, kdg2 kerana kita kaya raya berkedudukan seronok mencabar org sana sini.. kan? KJ.. he's very good debater, banyak pengalaman berdebat mustahil dia takut menyahut cabaran.

    Debat Asan Cari Makan vs Dr TSG..???????
    I cari makan maaa.. lu apa kecoh2 mau debat2. Lu cabar wa kasi tarikh la, nanti senang I nak jumpa doktor minta MC... kihkihkih...

    Debat paling best (kalau berlaku)
    Tun M vs Mapudulung...
    Aku Panglima Perang Islam Wasatiyah Glokal, berani cabar aku? Akan ku labuhkan sauh dan melayarkan kapalku...

    ReplyDelete
  18. Jangan lupa mufti-mufti, mereka harus ada, fatwa fatwi selepas debat.

    ReplyDelete
  19. Janganlah kamu campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kamu sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya. “

    ( Qs Al -Baqarah : 42 )

    ReplyDelete
  20. Janganlah kamu campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kamu sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya. “

    ( Qs Al -Baqarah : 42 )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duit saya pilih rm biliong-biliong tapi kalau debat saya pilih rm jota -juta.Masih tertunggu umngok nak debat isu amanat kapil mengkapil dengan tuang presideng.

      Delete
    2. Kpd muring.com tak payahla susah2 nk tunjukkan firman Allah kpd org yg BERTUHANKAN WANG RINGGIT. Dah tentu dia akan tolak tepi dan dia keluarkan firman dia sendiri utk cover diri dia.

      Delete
  21. "Hassan budak jaga lembu...hari hari curi jambu..kalau emak engkau tahu..tentu engkau kena palu.."

    ReplyDelete
  22. Ada satu nama Hassan,kenyang dedak bos berikan, tolong cover Kiri dan kanan, digelar orang Hassan Cari Makan..

    Ada satu nama Hassan, tanggungjawab siasat dia jalankan, tapi kerja sekerat jalan, kononnya bos takde peranan..

    ReplyDelete
  23. nak jadi negara debat ke Malaysia ni
    kalau semua orang buat kerja betul2 dan se ikhlas nya, tak payah debat debat ni. buang karan aje

    masalah depan kita tak akan boleh selesai dengan berdebat. MP MP ni semua dibayar gaji untuk buat kerja betul2. debat debat ni tak masuk dalam tugas MP

    selesaikan masalah kita. itu tugas mereka

    ReplyDelete
  24. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...