Thursday, 7 April 2016

ORANG JOHOR TENTU TAHU SIAPA YANG PALING BERANGAN NAK JADI MB

Apabila tiba-tiba timbul desas-desus mengenai usaha menyingkirkan Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor, ramai yang tidak begitu terkejut dengan perkhabaran itu, apatah lagi ia dikatakan diketuai oleh seorang yang berjawatan timbalan menteri.

Ini kerana di sebalik Khaled  agak "slow" dalam memperlihatkan sokongannya kepada Najib Razak, timbalan menteri yang mengidam jawatan itu juga bukanlah rahsia lagi di kalangan orang-orang Johor.

Tambahan lagi yang menimbulkan isu tersebut ialah anak Speaker DUN Johor, Mohamed Aziz yang tentunya beliau tidaklah "omong kosong" saja mengenai perkara itu.

Sekarang ini ada enam timbalan menteri UMNO daripada Johor iaitu:-

- Ahmad Maslan
- Razali Ibrahim
- Aziz Kaprawi
- Hamim Samuri
- Nur Jazlan Mohamed
- Halimah Saddique 

Jadi, siapakah di antara enam nama di atas yang paling mungkin berpotensi mengetuai gerakan itu?

Tetapi, politik Johor mungkin agak berbeza dengan negeri-negeri lain. Menukar Menteri Besar di Johor tidak cukup sekadar dengan restu Perdana Menteri atau hanya dengan mencukupkan bilangan sokongan ADUN atau Ketua-Ketua UMNO bahagian saja kerana faktor istana adalah juga penentu pentingnya.

Sehingga ini Khaled mempunyai hubungan yang cukup baik dengan istana dan tidak pernah timbul apa-apa masalah, malah beliau juga adalah rakan sekolah dengan Sultan Johor suatu ketika dahulu.

Hubungan Khaled dengan Najib pula tidak pula boleh disamakan dengan kedudukan Mukhriz di Kedah yang berjaya ditumbangkan baru-baru ini.

Lantaran itu, menukar Khaled sebelum PRU 14, boleh jadi terlalu sukar dan dikira mustahil, lebih-lebih lagi jika pihak istana tidak merestuinya.

Tambahan lagi, di kalangan Adun Johor sedia ada tiada yang terlebih ghairah mahu merampas kedudukan Khaled itu.

Namun, jika gerakan itu itu berujuan memastikan Khaled ditukar selepas PRU 14 dan mahukan timbalan menteri yang mengetuai gerakan itu sebagai penggantinya, ia tidaklah dilihat sesuatu yang asing.

Ia mungkin sebahagian langkah "usaha tangga kejayaan" dalam mencapai sesuatu yang diidam-idamkan dalam kehidupan oleh timbalan menteri berkenaan.

Maknanya, mereka boleh berusaha dan mewujudkan gerakan ke arahnya, menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada banyak perkara selepas itu.

Antaranya, apakah Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri, penerimaan istana serta bolehkah UMNO terus berkuasa di negeri itu?

Dan di kalangan enam timbalan menteri tersebut, ramai orang Johor sendiri tahu siapakah yang paling mengidam dan berangan-angan untuk menjadi Menteri Besar selama ini.

Timbalan menteri berkenaan dikatakan selalu menonjolkan hubungannya yang lama dan rapat dengan Najib sebagai asas untuk memimpin negeri itu.

Seorang pemimpin bahagian Johor berkata, jika daripada sekarang lagi sudah wujud perebutan untuk menjadi Menteri Besar, ini hanya akan menyebabkan lebih mudah UMNO kecundang memandangkan pihak pembangkang sudah pun mempunyai 18 kerusi sehingga ini. (SH 07/04/2016).

31 comments:

  1. Tuan Shah, jangan terlepas pandang, ada seorang lain yg cukup berminat nak jadi MB Johor tetapi bukanlah timbalan menteri. Dia hanya KP
    Namanya Phooooaaatttt..zakar...shit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete
  2. ehemm..ehemmm nur jazelan buntal

    ReplyDelete
  3. Lepas PRU 14, jangkanya MB Johor akan bertukar juga. Bahkan K'jaan Ng juga pun jangkanya bakal bertukar.

    ReplyDelete
  4. Cik din Jgn pandang sebelah mata mat maslang.Orangnya sangat rajin, buat 3-3 kerja.pagi kerja motong getah, petang kerja tukang masak, malam kerja juai dedak.kalau ada pahlawan bugies, mat pula pahlawan keyboard.

    ReplyDelete
  5. Kenapa pulak menukar mb boleh cuba dilakukan macam ini seperti di kedah. Kenapa tak tunggu pru 14. Macam ni boleh pulak?

    ReplyDelete
  6. Kecuali Halimah dan Hamim, yang 4 ekor tu sah pemakan dedak Najib.

    Jadi MB bukan utk berbakti kpd rakyat Johor, tetapi utk menyokong dan mempertahankan Najib pengamal rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang peliknya, MPJohor Bahru pun turut mengaku makan dedak. Nampaknya beberapa tahun ini dedak menjadi makanan utama yang paling lazat dan digemari oleh MPADUN dan ketua Bahagian.

      Delete
  7. ....kalau nak tukar dan ambil calon dari parti tuan penasihat pun boleh. Asalkan kak sosma setuju. Politik matang, tak gitu.

    ReplyDelete
  8. Nak tukar MB mesti seorg ADUN...kalau ahli parlimen tak boleh kan...kalau tak silap...siapa pula di kalangan nama di atas memegang kerusi ADUN & ahli parlimen serentak skrg ni...cuba check sat...hehe...kalau nak tukaq pon...pihak istana restu ke...rasanya tidak...

    ReplyDelete
  9. Ada ahli hukama berkata bahwa ada 2 elemen di alam semesta yang terbanyak bilangannya, iaitu: hydrogen dan ketololan. Agaknya kemacaian Jibby sampai ke Johor juga ya?

    ReplyDelete
  10. Taklah meriah politik mlysia klu tak ada cantas mncantas.
    All are not safe..

    ReplyDelete
  11. Taklah meriah politik mlysia klu tak ada cantas mncantas.
    All are not safe..

    ReplyDelete
  12. Nur Jazlan,,boleh jalan....!!!!

    ReplyDelete
  13. Parit Magorono7 April 2016 at 12:55

    PASTINYA Yang BODOH ASAL SETIA dipilih..... Pra SYARAT..

    ReplyDelete
  14. Org yg berebut nak jadi mb ni mestilah org gila kuasa gila harta gila rasuah penyamun dan penyangak busuk hati sebab itu apa saja sanggup dilakukan itulah sifat oeg melayu yg beragama islam

    ReplyDelete
  15. Org yg berebut nak jadi mb ni mestilah org gila kuasa gila harta gila rasuah penyamun dan penyangak busuk hati sebab itu apa saja sanggup dilakukan itulah sifat oeg melayu yg beragama islam

    ReplyDelete
  16. Demokrasi ala najib, mana2 negeri yang ada usul dari cawangan supaya presiden letak jawatan maka maka ketua perhubungan umno negeri tersebut mesti bertanggungjawap dan mesti ditukar. Kedah sudah, kini giliran johor dan negeri sembilan. Tugas ketua bahagian, ambik cash dan tabur supaya ahli diam dan berbangga mempunyai presiden yang mesra rakyat.
    Mana2 menteri yang banyak tanya soalan pun mesti dilucutkan jawatan. Angguk saja jangan geleng.

    ReplyDelete
  17. Sebelum pertukaran MB Johor, Muhyiddin perkuatkan sokongannya di Johor. Jangan dipermudahkan pertukaran tersebut.

    Ini salah satu cara untuk selamatkan Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Saya secara peribadinya menyokong Ahmad Maslan jadi MB Johor. Beliau lebih berkarisma berbanding wakil-wakil UMNO Johor yang lain. Beliau juga memiliki kelayakan akademik yang cukup hebat dan mengatasi perwakilan yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi mangkuk! Hang pun kedarah dedak jugak ka??

      Delete
  19. Maaf.

    Yang Najib cari ialah calun yang berkelayakan SRP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuuu....utk mnjadi pilihan najib x perlu kelulusan tinggi pun....sbb yg ada phd mahupun keluaran pondok@universiti al azhar mahupun oxford.... smua akan bertukar mjdi si bisu persis dungu x prnah gi skolah! Keadaan ini betul2 misteri... kenapa ekkkk? Memang kena scan habis2an nmpk mcm diserang pnyakit bjangkit pulak smuanya! Hanya sprm jea yg layak utk buat scan..... tapi yer ker sprm layak???

      Delete
  20. Oleh kerana berhadapan dengan kemungkinan najib tidak lagi berkuasa dan Umno Johor tidak sekuat dahulu, maka makhluk ini mungkin mahukan jawatan itu secepat mungkin supaya dapat menikmati faedah jadi MB walaupun cuma untuk dua tahun.

    Saya sebut makhluk kerana belum ada yang mengaku bertanggungjawab atas gerakan itu. Jadi buat masa ini saya cuma sebut sebagai makhluk walaupun dalam hati ramai yang sedia maklum siapa pondan di sebalik ini. Saya sebut pula pondan sebab dia tidak seberani Ahmad Said di Terengganu atau Ahmad Bashah di Kedah !

    ReplyDelete
  21. Ahmad Maslan paling layak,1Malaysia kenal beliau.famous kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad Maslan femes kerana pandai masak nasi goreng.

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Politik.....yah inilah politik malayu....hahaha...dulu pernah satu masa jatuh hati pada jazlan ...tegas ada wibawa di pac...dpt saja suapan dedak semua musnah....tin cola lagi ada harga....maaf kami kecewa jazlan...sangat sangat kecewa ....ALLAH penentu yg terbaik...

    ReplyDelete
  24. Halimah taklehlah bro ..mulut celupar. Mat Maslan tak mungkin menang pru akan datang. Jazlan ni kat bahagian pun bakal kalah. Antara hamim ngan zali muar jelah. Kerusi kat dun diaorang ni pun masih selamat. Hahahhaa ..aku harap khaled kekal mb aku. Dia pun takde pun sokong najib tak tentu arah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nur jazelan jadi MB johor aku pasti dia tak akan buat jambatan bengkok ke Singapura tetapi dia akan buat jambatan lurus ke singapura hingga ke bantam

      Delete
  25. Patut mintak la jawatan menteri kewangan... baru boley berjasa mengambil alih masalah 1mdb

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...