Saturday, 16 April 2016

HASAN ARIFFIN PATUT LETAK JAWATAN KERANA LAPORAN PAC UMPAMA TISU TANDAS, KATA MAZLAN HARUN

Seorang bekas Adun yang pernah menjadi Pengerusi PAC di peringkat negeri Selangor, Mazlan Harun menyifatkan laporan PAC mengenai 1MDB yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini sebagai sesuatu yang amat memalukan rakyat dan negara.

Katanya, laporan itu langsung tidak komprehensif kerana tidak memanggil banyak saksi yang relevan berkaitan masalah 1MDB, malah tidak disertakan dengan laporan audit yang sehingga kini kekal diletakkan dibawah OSA.

Bekas Adun Lindungan itu menjelaskan, hakikatnya intipati audit adalah kunci kepada proses menyediakan Laporan PAC dan tanpanya, tiada sebarang laporan dapat dimuktamadkan.

Menurut Mazlan yang berpeluang memikul tanggungjawab itu selama 8 tahun,  dengan kedua-dua perkara itu gagal dilakukan oleh PAC yang diketuai oleh Hasan Ariffin, laporan yang dibentangkan di Parlimen itu langsung "tak boleh pakai."

Tambahnya, lebih memalukan ialah kerana hanya beberapa hari setelah laporan itu dibentangkan, International Petroleum Investment Corporation atau IPIC telah menghantar laporan kepada London Stock Exchange menafikan Aabar BVI yang menerima RM14,000 juta cagaran sekurit daripada 1MDB, sebagai anak syarikat atau ada kaitan dengannya.

Tegasnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana  Laporan PAC mengenai Aabar BVI kelihatan tergantung sedangkan mereka sepatutnya mengumpul bukti sebanyak mungkin sebelum menyiapkan laporan dan membentangkannya di Parlimen.

"Jelas Laporan PAC mengenai 1MDB itu sangat memalukan, malah bagi saya tidak ubah seperti tisu tandas saja layaknya," kata beliau dalam satu perbualan telefon dengannya.

Sebab itulah, ujar Mazlan lagi, lebih banyak masalah timbul setelah laporan itu dibentangkan berbanding ia sepatutnya menunjukkan jalan penyelesaian kepada semua pihak.

Sehubungan itu, kata Mazlan yang merupakan anak bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris,  sepatutnya Hasan Ariffin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PAC dengan serta-merta ekoran kepimpinannya yang memalukan rakyat dan negara itu.

"Tidak ada sebab lagi Hasan perlu duduk sebagai Pengerusi PAC sekarang ini. Beliau telah memalukan semua orang  dan kita semua turut malu dengan kerja dan kepimpinannya," tegas beliau dengan nada kecewa, walaupun mengakui Pengerusi PAC itu adalah juga kenalan baiknya. (SH 16/04/2016).

38 comments:

  1. Dia orang ni semua tahu malu ke?...sebab tak tahu malu lah....dia orang spin seligat2nya....bila dah kantoi....buat muka sardin aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete
  2. Replies
    1. org kerajaan tak makan dedak. mereka makan gaji. nak jadi mereka berani senang ajer. Pecat mereka dan tahan pencen/gaji mereka. lihat bagaimana mereka jadi HULK.

      Delete
    2. 21.10 Keje gomen, gaji tu kira dedak la.. dari mana duit berbenih?? dari rakyat la.. dapat gaji hasil kutipan duit rakyat, mengapa jadi bacul??? yg dpt sikik, duduk diam2 menikus. Ada yang buat kompeni sendiri, cari makan lagi projek kecik2..seratus dua ratus ribu pun ada.. hmm, juta2 xdak ka?? adaaaaa.. ratus juta pun ada daaaa..

      Yang dapat banyak, pukul palu lagi. Mana tau, dapat dedak lagi banyak. Solat dhuha, lagi tohan tabur dedak lagi baguih.. Kendian ulang alik gi haji dan umrah.. kejenye ngelat je lebey.. lepas tu di mulut, tak lekang sebut alhamdulillah, mcm lembu makan sabun, berbuih2.... haha.. nak nangis gua dengo..

      Delete
  3. Sepatah Pantun untuk Hassan Ariffin

    Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan;
    Saya budak baru belajar,
    Mana yang salah tolong tunjukkan.

    ReplyDelete
  4. mereka sangka SEMUA rakyat malaysia adalah pembaca utusan dan penonton tv3 saja.....spin sikit....semua percaya

    ReplyDelete
  5. mereka sangka SEMUA rakyat malaysia adalah pembaca utusan dan penonton tv3 saja.....spin sikit....semua percaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah tak baca utusan bertahun...berita tv3 tengok sukan aje. Anyway wujud lagi ke utusan ni?

      Delete
  6. as long that idiot najib is in power. we malaysia citizen will never get the true picture.
    that asshole is covering. and those bladyfull report to najib hv no choice to cover their boss. MAU CARI MAKAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...baldi full of dedak.

      Delete
  7. Menteri menteri kabinet ingat rakyat Malaysia ni bodoh. Mereka ingat takyat hanya percaya pada apa yang dipaparkan di TV3 & UTUSAN MELOYA saja. Mereka tidak fikir yang kebanyakan rakyat membaca portal berita dalam talian. Walau pun disekat olih SKMM tetapi masih bolih dilayari dengam mudah hanya menggunakan talipon pintar.

    ReplyDelete
  8. Menteri menteri kabinet ingat rakyat Malaysia ni bodoh. Mereka ingat takyat hanya percaya pada apa yang dipaparkan di TV3 & UTUSAN MELOYA saja. Mereka tidak fikir yang kebanyakan rakyat membaca portal berita dalam talian. Walau pun disekat olih SKMM tetapi masih bolih dilayari dengam mudah hanya menggunakan talipon pintar.

    ReplyDelete
  9. ALL MALAYSIAN CITIZEN WILL SPELL OUT OUR GRIVIENCES IN THE COMING GENERAL ELECTION.
    NAJIB...MALAYSIAN WILL NOT FORGIVE U.

    ReplyDelete

  10. Macam itu lah ... Kawan-kawan jugak, bertolak ansur pun kena berpada-pada.

    Yang utama sekali tanggung-jawab supaya semua nya dalam keadaan baik.

    ReplyDelete
  11. ...hakikatnya keadaan pentadbiran negara ketika ini tak ada bezanya cara pentadbiran kumpulan mafia, 'cash is king', dari raja, hakim, polis dsbgnya semuanya bolih dikompromi mengikut rentak-telunjuk DON NAJIB.

    ReplyDelete
  12. Apa gunanya kertas tisu tandas kalau bukan untuk kesat berak itu sahaja fikir2kanlah

    ReplyDelete
  13. Ia tidak memalukan bagi dia sebab dia bukan rakyat Malaysia yg ada maruah dan ambil lah pekara ni sebagai pengajaran utk anak anak dan cucu kamu di masa akan datang...moral of the story...JIKA KAMU BERNAFSU JADI SEPERTI PM KAMU DAN JIKA KAMU BERINTELEK JADI SEORANG YG BERAKAL DALAM PENIPUAN SEPERTI PM KAMU.

    ReplyDelete
  14. Apa nak buat??? Ariffin berperangai spt apndi dan Khalid Tweet..nak melindungi Najib.

    Disebabkan apandi dan Khalid, Najib belum lagi didakwwa dimahkamah kerana rasuah. Rakyat yg curi lembu dan satu tin milo disupermarket dh didakwa. Sivaraja yg upload gambar Najib telah didakwa.

    Ketiga2 penyokong dan pelindung Najib, pengamal rasuah dan sama2 dikutuk dan dilaknat olih Allah dan Rasulnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib, apandi dan Khalid merosakkan keutuhan undang-uandang Malaysia, memalukan bangsa dan agama. Pemimpin negara kafir, jauh ada maruah, kes kecil pun letak jawatan, ini jenayah berbilion2 pun tak malu dan penyokongnya tak tahu malu. Taubatlah wahai najib, Apandi dan Khalid !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Delete
  15. Dia lakukan tugas sgt cemerlang..itu lah jobe scope utk dilantik pengerusi PAC skrg.tahniah

    ReplyDelete
  16. Senang2 saja kita minta beliau lepaskan jawatan pengurusi PAC,bukankah beliau dilantik oleh PM bagi menyelesaikan kes yang bersangkut dengan 1MDB dan 2.6 b.Susah2 PM rombak kedudukan dalam PAC untuk membolehkan sisiatan dijalankan mengikut apa yang termaktub jalan cerita.Pengurusi dulu tak faham dengan jalan cerita itu sebab di ganti oleh beliau.

    ReplyDelete
  17. Dear saudi foreign minister, unlike the saudis, we malaysians are NOT stupid, (except for avfew umno fellows).

    Dear Hasan Ariffin, tengok muka bini kau, anak2 kau, sedara kau, jiran kau, kawan2 kau, agak2 apa mereka fikir pasal kau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...mirror mirror on the wall, who's the most bloody fool of all.

      Delete
  18. " walaupun kertas tandas dicap 'RAHSIA', sesiapa yang memiliki kertas tandas itu telah melakukan suatu jenayah dan boleh dipenjarakan.

    "Mohamad Ezam didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara dua tahun oleh kerajaan Dr Mahathir kerana melanggar OSA, walaupun beliau berkata benar. Jenayah Mohamad Ezam adalah untuk mendedahkan penyelewengan oleh orang tertentu yang berkuasa."

    ReplyDelete
  19. Kerua kerua kerua kerua kerua kerua kerua........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak..wak..wak...wak...wak...dah masuk pukat najib

      Delete
  20. Mana ada yg cerdik pandai dlm pentadbiran najib....semua bodoh belaka termasuk yg menyokong beliau. Tahap bahalol dah semua,otak dah tak boleh fikir....darah daging semua asal duit rasuah sbb tu perangai pun tak senonoh.
    FAKTA.
    DAH TERANG LAGI NYATA...TATKALA KAMU BERTELINGKAH MAKA KEMBALI LAH KPD ALQURAN DAN HADITH.....ADA BRAN PENERIMA DEDAK?

    ReplyDelete
  21. Hasan Ariffin boleh kata yang PAC hanya ambil keterangan dari 1MDB atas dasar mempercayai keterangan yang di beri oleh Lembaga Pengarah 1MDB. Tidak ada sebab untuk tidak mempercayai mereka.


    Ini kerana Najib juga memberi kepercayaan yang sangat tinggi kepada mereka.

    Keterangan mengatakan 1MDB membuat pembayaran cagaran sekuriti kepada Aabar BVI diterima dan samada Aabar BVI anak syarikat IPIC atau tidak, itu cerita lain.

    Fakta dari keterangan Lembaga Pengarah ialah pembayaran sebanyak RM 14,000 juta telah di buat. Fullstop.

    Lapuran PAC adalah umpama tisu tandas dan semakin hari berlalu ianya menjadi tisu tandas yang di kesat pada dubur.

    ReplyDelete
  22. Cerita dongeng zaman purba kala.....!!!!!!
    Tipu salah tak tipu lagi salah,,jadi semua serba salah..!!!!
    Tipah Tertipu
    Rakyat Malaysia pun Tertipu

    ReplyDelete
  23. Hassan Ariffin letak jawatan ?? Sepatutnya dia tak tanding pun kat rompin. Sekarang ni dia dah buat sampai kononnya Najib dah clear. Makan dedak sampai buncit perutlah bro

    ReplyDelete
  24. Kalau nak menipu rakyat Malaysia pun tabik tabiklah sikit.
    Nak tipu mak cik pak cik felda memanglah senang.
    Setakat kenyataan dalam tv 3 suku tu dan utusan malaysia serta berita harian
    belum cukup modal lagi lah najib bangang oiii.

    ReplyDelete
  25. Tu pasal orang duk gelor dia Hasan Cari Makan "HCM"

    ReplyDelete
  26. Tara ku cha cha17 April 2016 at 15:56

    Fuyoh! Mazlan Harun ni benar-orang sajak. Tiada gambaran yang lebih tepat daripada menyinonimkan laporan PAC sebagai tisu tandas.

    Hanya dia tak pergi jauh sedikit daripada itu, kerana sajak beliau sekarang seolah-olah tidak lengkap, seolah-olah tergantung.

    Kalaulah dia cakap kat siapa punya tisu mencuci dan siapa tukang cucinya, kan dah lengkap sajak beliau?

    Keadilan puitis, kata orang-orang sajak veteren.

    ReplyDelete
  27. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...