Wednesday, 27 April 2016

SELEPAS KEMELUT TERENGGANU, DEKLARASI RAKYAT SEMAKIN MENAKUTKAN NAJIB


Tidak dipastikan dengan tepat berapa ramai yang sudah menantangani Deklarasi Rakyat, mungkin hanya antara 300 ribu hingga 400 ribu sekarang ini. Dikhabarkan ia  belum lagi mencecah kepada angka 500 ribu dan masih jauh daripada matlamat 1 juta tandatangan yang disasarkan.

Sama ada dapat mencapai sejumlah 1 juta tandatangan atau sebaliknya, yang pasti deklarasi itu tetap akan dihantar kepada Raja-Raja Melayu sebelum Majlis Raja-Raja bermesyuat yang dijadualkan pada 17 - 19 Mei nanti.

Bagaimana respon Majlis Raja-Raja terhadap sejuta tandatangan yang menolak Najib Razak itu masih sukar dijangka - berdiam diri, menolaknya, sekadar mengambil maklum atau akan bertindak seperti ketika penubuhan Malayan Union dahulu?

Sementara Najib tentunya mengharapkan deklarasi itu tidak memberi sebarang kesan kepada Majlis Raja-Raja, Tun Mahathir pula berulangkali menyebut mengenai sejarah bagaimana Malayan Union tidak menjadi kenyataan berikutan suara rakyat didengari oleh Raja-Raja yang akhirnya membawa rahmat berpanjangan kepada negara sehingga kini.

Apa pun tindakan dan keputusan Raja-Raja berkenaan Deklarasi Rakyat itu, sekurang-kurangnya Raja-Raja tahu bahawa rakyat tidak gembira dengan kepimpinan Najib, khususnya berkaitan 1MDB yang mula terdedah tembelangnya serta dana yang menurut media antarabangsa berjumlah RM4,200 juta keseluruhannya yang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Di sinilah pentingnya deklarasi itu, bukan setakat 1 juta tandatangan, malah lebih baik jika dapat 2 juta, 3 juta atau lebih lagi yang menandatanganinya.
Meskipun demikian, Najib nampaknya sudah mula bimbang dengan kesan Deklarasi Rakyat itu sehinggakan ketika membentangkan Laporan Tahunan Transformasi Nasional malam tadi pun beliau mengambil kesempatan untuk mengatakan bahawa mengadakan sebarang deklarasi dan mengumpul referendum adalah salah di sisi undang-undang.

Dalam hal ini, bolehkah Najib menyebut di mana salah dan melanggar undang-undangnya deklarasi itu?

Lipatan sejarah telah memperlihatkan bahawa demokrasi dan menukar pemimpin bukan saja ketika pilihanraya atau pemilihan parti, malah kerap dilakukan di waktu-waktu yang lain selain itu.

Jika menjatuhkan pemimpin adalah salah dan melanggar undang-undang, mengapa ketika Tun Abdullah Badawi mahu dijatuhkan dahulu, tidak terbit sepatah kata menyanggah daripada mulut Najib?

Apakah menjatuhkan pemimpin hanya salah jika terkena kepada dirinya, tetapi berdiam diri atau dibenarkan kalau membawa keuntungan kepadanya?

Apa yang menyebabkan Najib tiba-tiba begitu bimbang dengan Deklarasi Rakyat dan menyifatkannya salah di sisi undang-undang?

Jika beliau seorang pemimpin yang betul, suci hati, amanah, tidak khianat dan tidak melakukan apa-apa kesalahan, apa yang perlu dibimbangkan dengan sebarang usaha mahu menjatuhkannya?

Bukankah selalu disebut bahawa kebenaran akan menang bila bertemu dengan kebatilan?

Kenapa begitu bimbang jika berada di pihak yang benar?

Apakah jauh di sudut hatinya, Najib sebenarnya berasa beliau di pihak yang salah?

Selain itu, apakah kebimbangan Najib  ada kaitan dengan tindakan Sultan Terengganu menarik balik semua gelaran daripada Ahmad Razif Abdul Rahman yang hampir pasti membuatkan Menteri Besar itu melepaskan jawatannya?

Tidakkah 1MDB berasal daripada TIA di Terengganu yang mana telaga minyak di negeri itu pernah cuba digadai sebelum ini? 

Tidak mustahilkah tindakan Sultan Terengganu itu bukan semata-mata kerana sebaris ayat dalam ucapan Ahmad Razif, tetapi turut melibatkan perkara-perkara lain sama?

Mungkinkah dengan kemelut yang tiba-tiba berlaku di Terengganu ini menimbulkan rasa bimbang Najib mengenai  masa depannya sendiri? (SH 27/04/2016).

37 comments:

  1. Hari esok dan seterusnya
    Rakyat malaysia perlu bangkit
    Singkir najib dan sekutunya

    Polis dan mahkamah dakwa najib dan rosmah

    Jangan tunggu bala bencana lain pulak
    Timpa negara malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Malaysia lebih suka berdoa dan berdiam diri dari bertindak. Sampai bila.? Wallahuaklam..

      Delete
    2. Usry.. tanyalah mamat kaki doa bila dia komen kat sini. Ada sekor lagi, cam gampang ja minta suburkan sunnah nabi. Dia ingat blog ni laman masjid gamaknya. Melayu..melayu..wtf la..

      Hang tanya la depa2 ni. Ataupun 2 ekor ni kalo dah senyap, mungkin dah berada di Sidratul Muntaha dan Jannatul Makwa dah gamaknya..

      Delete
    3. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete
  2. Hari pertama hingga kini. Najib jahanam
    Rosmah bencana negara

    Raja raja bertindak hari ini

    Malapetaka kepada negara dan rakyat

    Adakah tunggu runtuhnya kerajaan bernama MALAYSIA?

    Jika semua yang ada kuasa tidak membetulkan sustem negara ini
    Maka pastilah laknat semua warganya

    GST tu sebenarnya haram.
    Adilkah cukai dibayar oleh rakyat miskin?

    Berape rm yang pulang kepada dimiskin semasa BRIM?

    ReplyDelete
  3. Rakyat di bebani hutang negara

    Harga getah dan sawit rendah tapi jual ke luar negara mahal

    Saham fgv makin nilai rendah
    Ape cerita?

    Tabung haji. Tabung tentera. Kwsp. Asn. Rezab bank

    Altantulya

    Mh370

    Imdb

    Pecat peguam negara

    Kroni najib buat kenyataa tanpa kertas bukti .hanya modal air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hussain Najadi, Kelvin Morais? Untuk apa diorang di hapuskan?

      Delete
    2. Semua org boleh agak tapi tak berani nak cakap.

      Delete
  4. " .... mengadakan sebarang deklarasi dan mengumpul referendum adalah salah di sisi undang-undang."

    "ambik duit negara" tidak salah di sisi undang-undang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Mappadulung Bugis ini tak payah bersusah payah "nothing2hide"...kini dah terjadi "everydamnthing4exposure"

      Delete
    2. Bila kena atas org sume ok, boleh, tidak menyalahi undang2.
      Bila kena atas hidung sendiri, semua haram, illegal, salah di sisi undang2.

      `Badut Sarkis`

      Delete
  5. Saya tidak fikir orang yang waras, berakal dan tanpa kepentingan peribadi boleh menerima PEMBOHONGAN dan AUTA PM Najib yang berulang2 seawal isu ini dibangkitkan oleh SR, WSJ dan barisan oposisi TIDAK KECUALI SIAPA PUN MEREKA DAN SEBESAR MANA PUN KDEDUDUKAN MEREKA. Apa perlunya PM Najib berbohong berkali2 dari mula hingga kini jika dia dipihak yg benar?. Apa perlunya AG Ghani Patail ditamatkan segera khidmatnya kalau Najib yakin beliau dipihak yang betul?. Apa ke jadahnya Najib Razak perlu menukar pegawai SPRM yang menjalankan siasatan jika beliau betul menerima derma RM2.6 billion itu dan bukan duit 1MDB?. Apa rasionalnya Laporan Siasatan BNM di sembunyikan dan laporan Audit Negara yang sememangnya selama ini satu dokumen awam tiba tiba di OSA kan?. Apa perlunya AG arahkan siasatan kes 1MDB dihentikan tanpa fakta jelas dan tidak memberi kerjasama untuk SPRM teruskan siasatan hingga ke luar negara?.

    Hanya manusia yang sanggup baghal diri sendiri dan ada self interest tidak nampak kesalahan PM Najib dalam laporan PAC dan terpaksa membutakan mata kerana habuan2 besar yang telah diterima, tidak peduli setinggi mana dan semega mana individu dan pemimpin itu.

    Tak peduli siapa pun mereka...jika situasi begini pun gagal untuk berfikir secara rasional dan jujur tanpa kepentingan, maka JELAS DAN TERANG2 individu dan pihak yang terus menyokong PM PUTAR ALAM ini adalah golongan dan pimpinan BENGAP lagi BANGANG. Semudah dan se simple ini pun gagal untuk memahaminya, adalah lebih baik undur diri sebagai pemimpin atau penaung sebelum kebangkitan kebangkitan rakyat secara mega menukarkan segalanya. Sensitif lah kepada tuntutan majoriti marhaen di bawah dan bukannya cuma mendengar kata kepada kelompok Sangga Yang Membawa Rebah. Jangan sampai satu waktu nanti kedudukan dan keistimewaan tertentu yang dinikmati sekarang hancur dan punah keran gagal respon kepada kumpulan majoriti rakyat. Ingatlah..Kuasa Rakyat Kuasa Keramat. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

    ReplyDelete
  6. Agong bolih pecat Najib atas alasan ida curi duit RM2.6billion 1MDB kepunyaan rakyat Msia.

    Yg tak bolih dipecat ialah kedudukan sebagai MP pekan. Tu kuasa org pekan. Jawatan PM adlah milikan rakyat...rakyat pun tak de melantik Najib sebagai PM. Ia lantikan Agong. Dh dibukti penyamun, tak kan Agong tak berani nk ambik tindakan????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agong nak pecat mender?? Nak bawa telur dua bijik sendiri pun dah x larat..makan dedak ja anak beranak setiap hari..

      Delete
  7. Budin,
    Banyak orang yang masih tidak tanda tangan bukan kerana sikap tidak apa atau berasa slsa dengan kerajaan najib tapi masih was was takut diambil tindakan kerana tanda tangan kena disertakan no IC ini memusykilkan terutama kakitangan awam. Tapi tak mengapa saya rasa menjelang mei ini mungkin sasaran boleh dicapai dengar sudah hampir 1/2 juta orang.

    Bagi perompak dan penyamun yang ada diseluruh dunia ini mereka tak pernah mengakui apa yang mereka dibuat salah disisi undang undang tapi apa saja orang lain buat waima minta polis tolong siasat kes lanun merompak harta negara dikira salah dikenakan akta sosma(cilaka pun manusia).

    Sekarang sdr Budin ada satu isu membimbangkan ,Arul (CEO 1MDB) kebelakangan ini banyak dah mengaku yang 1MDB didalamnya ada berlaku penipuan ,sejak ada masalah dengan IPIC(yang Original)berkenaan jaminan nak bayar hutang ,Arul dah mula sebut 1MDB berhadapan malapetaka tak boleh bayar hutang, wang Tabung haji,KWSP ,socso ,Tabung amanah angkatan tentera dan KWAP semua dah terkantoi sebab 1MDB tak ada duit tanah TRX yang dicagar semua terbatal tak boleh pidah milik kerana akan tergadai dan melayang pada badan luar negara yang 1MDB cagar hutang ,masalah yang paling saya takut sekarang kerajaan akan bail out secara diam diam bermakna wang rakyat melalui cukai GST dan lain lain cukai yang sepatut diguna untuk pembangunan rakyat diguna untuk bail out hutang 1MDB yang wang sebenar hutang tersebut telah hilang disapu najib dan kuncu kuncunya. Ini mesti diberi perhatian kerana bail out ini bukan membantu syarikat kerajaan yang problem tapi tolong penyamun dan perasuah terang terang sapu wang negara bukan buat perniagaan tulin seperti MAS dan PERWAJA sebagai contoh.

    ReplyDelete
  8. Raja2 ni bkn blh harap sgt sbb dia org dah selesa kena sembah,duit billion2.rakyat kena bangkit buang kerajaan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita rakyat kena BANGKIT dan USAHA sendiri.
      Tak payahlah harapkan pertolongan dari pihak lain.

      Delete
  9. Sayangnya majoriti rakyat hanya tahu berdoa dan merungut di kedai-kedai kopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. surah Yunus [10]: 85

      فَقَالُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ ٱلظَّٰلِمِينَ

      Lalu mereka berkata: “Kepada Allah kami bertawakkal! Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum zalimun."

      Delete
  10. Rakyat Malaysia tak satu hati,,itu yang buat lembab sangat-sangat nak kumpul sejuta tanda tangan deklarasi rakyat......!!!!!! Kalau kita ramai-ramai bertekad dan maju kedepan barangkali 2atau 3 juta dah sign Deklarasi Rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kita tak macam rakyat negara luar spt Brazil, Mesir, China, Thailand, Filipina dll. Orang kita ni tak seagresif rakyat di negara lain.

      Delete
  11. Salam Saudara Shahbudin,saya berasa amat marah/geram/muak bila setiap hari membaca hal 1MDB, seolah2 rakyat biasa tak bolih berbuat apa2, saya cadangkan (sekiranya tidak salah dari sisi undang2) supaya saudara yang byk maklumat/akses dan pengaruh dapat membuat posting berkenaan menteri2,pemimpin2 UMNO/BN,pemimpin2 kerajaan yang menyokong skandal penipuan 1MDB untuk disebarkan dlm laman sosial(Facebook,whatsapp)Contoh:Sharizat Jalil Ketua Wanita UMNO skandal NFC RM250 juta.Saleh Said Keruak,Sharil Samad dan lain2 yang didakwa dpt juta2 kerana pertahankan penipuan 1MDB.
    Sekian Terima Kasih

    ReplyDelete
  12. Tuan budin. Bagaimana dengan isu IGP. SPRM dah buat siasatan ke.

    ReplyDelete
  13. Tak payahlah nak spin. Orang tak tandatangan sebab tak percaya bukan pasal takut. Kata masa Bersih 4 sejuta rakyat Malaysia keluar berhimpun. Takkan sekarang nak dapat tanda tangan pun susah. Dah berapa bulan dah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlepas jugak sekor lombu najik dalam blog tuan budin...kolid somat ke kolid summat....

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ini lagi satu lembu cocok hidung,, dah lah sombong bonggok pulak tu..!!!

      Delete
    4. Maaf..saya dah tandatangan. Saya pekerja swasta. Tapi keluarga dan rakan2 saya yg sokong deklarasi keje kerajaan tak berani sign takut dikenakan tindakan.

      Wei...blogger pun kena block apehal?

      Delete
    5. Senang je nak tengok mkn dedak. Tengok perut. Kalau buncit tu mkn dedak la tu. Tak percaya? Tengok la semua yg sokong Najib, semua sihat - sihat belaka. Baik laki baik pompuan.

      Delete
    6. Kawan2 saya yg kerja kerajaan ramai menyokong deklarasi rakyat tapi mereka takut nak tandatangan deklarasi sebab takut dikesan melalui no kad pengenalan mereka yg diberi sebagai salah satu butir2 penandatangan.

      Hmmmm....tu yg jadi masalah tu.

      Delete
    7. Inilah masalah union pekerja kerajaan. Tiada kesepakatan. Jika union kuat, semua pun boleh bangkit. Cuba union buat usul tolak pemimpin salah laku. Jika 2 juta orang gomen bangkit, boleh ke kerajaan buat bebal lagi.

      Jika sorang dua memang bahaya. Tapi kalau 2 juta? Mulakan dengan KBS, lepas tu mof, lepas tu PMO. Domino efek bro.

      Sepakat membawa berkat.

      Delete
  14. Sekarang ni ramai dah yg takut & digertak. Malah guru2 pun klu 'like' di facebook dggn ape2 statement yg mengata kerajaan boleh diambil tindakan. Rakyat Malaysia specially Melayu mmg kuat berdoa dri rumah. berdoa ajalah tggulah ape nk jdi duduk jelah kt rumah.

    ReplyDelete
  15. Rakyat dah bosan dgn cerita 1mdb lepas tu singkirkan Tpm Menteri M Besar sekarag MB pula hilang pingat2 yg ada bukan ke memalukan yg buat tu semuanya org Melayu yg kena hina pub org Melayu beragama Islam termasuk Tun yg dah berjasa selama 22 tahun imi semua angkara org yg punya hati yg busuk mengikut nafsu demi kekayaan dan kuasa sampaibila pun itulah dia tahap pemikiran org melayu kalau dap memerintah rasanya akan lebih baik fikir2kanlah

    ReplyDelete
  16. Rakyat dah bosan dgn cerita 1mdb lepas tu singkirkan Tpm Menteri M Besar sekarag MB pula hilang pingat2 yg ada bukan ke memalukan yg buat tu semuanya org Melayu yg kena hina pub org Melayu beragama Islam termasuk Tun yg dah berjasa selama 22 tahun imi semua angkara org yg punya hati yg busuk mengikut nafsu demi kekayaan dan kuasa sampaibila pun itulah dia tahap pemikiran org melayu kalau dap memerintah rasanya akan lebih baik fikir2kanlah

    ReplyDelete
  17. Bila buat deklarasi dia kata salah dari segi undang2, itu yg dia sapu duit juta2 belanja sakan untuk bini, anak n masuk duit dalam akaun adik, langsung tak kena mengena , ada betul dari segi undang2 ke? Durjana betul.mula2 dulu tenguk najib ni saya ingat dia ni bolih tahan lagaknya tapi sekarang ni saya anggap dia bagai lembu dicucuk hidung blur je macam tak sedar apa dia buat dan berkata, lihat la bila dah macam2 berlaku duit lesap, ada yg kena tendang dalam dan luar negara, ada orang berkaitan kena bunuh, ada yang kena buang kerja atau tukar tempat kerja,saksi2 bolih lari luar negara dia bolih blur kunci mulut tutup mata aje tapi tup2 bolih pulak salahkan kami rakyat yang menyokong deklarasi.Apa punya manusia ini, tak sangka betul pm malaysia macam gini. Wahai najib insaf lah, beri laluan kepada pm baru,masih ada peluang pm baru memperbetulkan keadaan negara yang nak nazak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najid akan musnah disebabkan isterinya fengsui ramal semasa mula jadi PM

      Delete
  18. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...