Monday 19 March 2018

APA PASAL LEMBAB SANGAT?


Ini reaksi Jabatan Pendaftaran Negara pada 22 Jun 2017 berhubung dakwaan bahawa Jho Low mempunyai dua kerakyatan - Malaysia serta St Kitts dan Nevis.
Ini pula jawapan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada Dewan Rakyat pada 19 Mac 2018 (hari ini) berhubung perkara yang sama.
Berbeza masa hampir setahun, tetapi jawapannya hampir sama saja.

Kenapa kalau berkaitan Jho Low, semua jadi lambat dan lembab? (ShahbudinHusin 19/03/2018)

72 comments:

  1. bab menjilat jibby kene laju..bab laen slow

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab bekap jolo lwju la puak penjilat

      Delete
    2. Payah sangat ke nak siasat? Atau mungkin negara itu tak ada pengkalan data kewarganegaraan, sebab tu JPN susah nak dapatkan pengesahan.

      Delete
    3. Kami rasalh Bolat Ken..x payah..dorang buat2 payah..kes tu terbiar je..rosak semuanya rosak..ini semua nak kena reform..orang jabatan2 kerajaan meluat dah..kepala2 nun d atas kenyang dedak.
      Jolo kesayangan teramat seperti menatang minyat yg penuh..nanti ko jolo..sepandai2 beruk bergayut mati tergantung didahan kayu..hshahahahamelayu

      Delete
    4. SWISS BOMB! Justo Speaks Out At Last, As Swiss Prosecutors Adopt ...
      www.sarawakreport.org/.../swiss-bomb-justo-speaks-out-as-swiss-prosecutors-take-up-...
      2 days ago - There was an afternoon of drama in Zurich this weekend when, following months of silence, the 1MDB whistleblower Xavier Justo stepped forward with his wife Laura to lay out their charges against those whom they claim conspired to entrap and imprison him in Thailand. In a central location in the city they ...

      Delete
    5. Sebuah kumpulan penyokong PAS mendakwa Malaysiakini sebagai sebuah portal berita yang sentiasa mengutamakan laporan berbentuk antiislam.

      Menurut Profesional Istiqamah Malaysiakini juga mengamalkan corak pemberitaan "jahat" serta cenderung kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

      "Seperti biasa pemberitaan berniat jahat oleh Malaysiakini - media pro-PH (HARAPAN) yang kaki spin dan sentiasa mengangkat berita yang antiagenda Islam," kata kumpulan itu hari ini.

      Profesional Istiqamah juga menyatakan, ungkapan "pakatan" memang wujud sebagai sebahagian daripada teks qunut nazilah.

      “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, pecahkan pakatan mereka - ini sebahagian daripada teks doa qunut nazilah.

      "Pakatan bukan semestinya merujuk Pakatan Harapan!" kata kumpulan berkenaan.

      Profesional Istiqamah digambarkan sebagai sebuah perkumpulan graduan muda dengan latar belakang pendidikan profesional dari pelbagai universiti di United Kingdom dan Ireland.

      Kumpulan itu memulakan inisiatif untuk mengadakan kempen bagi menyatakan kebersamaan mereka bersama PAS.

      Pelanggar baiah turut didoakan

      Profesional Istiqamah membuat kenyataan itu sebagai reaksi kepada laporan disiarkan Malaysiakini mengenai program solat hajat, munajat dan ceramah perdana anjuran PAS di Seksyen 17 Shah Alam.

      Ia diadakan sempena memperingati penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor selama 10 tahun.

      Delete
  2. dj pun ahli sendiri dh tolak...

    ReplyDelete
  3. nt Nazri akan pertahan jolo dun wori

    ReplyDelete
  4. Mari kita gelak akan mereka yang hampeh tu. Kahkahkahkahhhh...

    ReplyDelete
  5. Polis singapore kata jho lo ade 2 pasport dgn nama jho lo dan eric tan kim loong...kenape imigresen senyap..mp2 PH tak pernah tanye zahid di parlimen...2 nama ini yg bukak akaun di bank singapore yg dah di tutup olek singapore...

    ReplyDelete
  6. Terlalu banyak jawapan BN bercirikan jawapan berdolak dalik menampakkan mereka kurang bersedia apabila sesuatu soalan dikemukakan. BN perlu memberi jawapan yg lebih meyakinkan rakyat supaya rakyat tidak merasa ragu2.

    Sebagai contoh, bila isu rm2.6 billion sedang hangat diperkata, Zahid berkata dia dah jumpa penderma Arab. Beberapa hari selepas itu Zahid berkata ada ramai penderma, bukan seorang. Beberapa hari lagi selepas itu bila disoal lagi, Zahid menjawab ramai penderma mewakili seorang penderma! Apa cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permadu Motors menyediakan perkhidmatan percuma utk urusan menjual kereta baru & terpakai. Seluruh Malaysia. Mudah, Cepat & Telus

      Call/Whatsapp
      011 1185 9874

      Email
      permadu@gmail.com

      Delete
  7. senang jer jika jabatan kastam dan duta luar negeri 'SERIOUS',kan jho low ada pastport internasional dan visa lawatan luar-negara ada 'expired date,kena renew,visa 3bulan depend pada countries dia menetap,manakala intl pasport kena renew 3/5 tahun,jho low dah berada >5thn,siapa yg re-newkan?ingat rosmah/najib pernah berada dlm kapal jho lo di monaco!mungkin melalui reza aziz yg bebas keluar malaysia....klu kes ni kes pembangkang secepat 'speed of light'.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persugihan KEPALA HOTAK lu. Pergi berambuslah BANGSAT, penjudi!

      Delete
    2. mahligai seni..tok sahlah marah2, kau cubalah dulu apa yang diperkatakannya tu, mana tau nasib baik yang telah berlaku kepada dia akan terjadi pada kau pulak...tak cuba kita tak tau bhai !!!!!

      Delete
    3. Inikah kata2 GN seorang pejuang agama dan bangsa yg tersohor di blog ini?
      Kahkahkah.....

      Delete
    4. Kalau ikut kata Gang Bang,,oppp,,GN,,tak salah kta Cuba kerajaan baru@PH,,mana tahu lbh baik dr BN yg hampeh,.....

      Delete
  9. peliklah macai2 PH ni..bila tak beri sebarng jawapan berkitan isu di atas, mereka tuduh kerajaan tak jlankan tugas, ada kepentingan tertentu lah..tapi bila dah aad jawapan..tak boleh terima pulak. JPN dan KDN tu kan dah keluarkan kenyataan yang rinkas tapi penuh berinformasi, terima ajelah..apa yang nak dipersoalkan lagi. Rakyat Msia merasakan mereka akn melakukan siasatan denga mendalam pasal isu ni..tunggu ajelah, tak perlulah dipaksa2 pulak..nanti tak sempurna pulak siasatan tu. Yakinlah..sampai masanya nanti, isu tu akan diselesaikan jugak...harap semua bersabar yee !!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezakan bersama najib ka china,dah boleh siasat dan reman polis kenapa tak buat!,bukankah pendakwaan berpilih!hanya ph menang shjalah,kesemuanya akan disiasat.

      kes 500.000usd commision scorpene.
      kes pembunuhan altantuya.
      kes pembunuhan timbalan pedakwaraya,kevin moralis
      kes pembunuhan taukeh ambank,(2.6b account).
      kes 1mdb...

      kes2 diatas tak dapat lakukan!sebab power berpusat pada najib..dia control AG,IGP,KP2 kerajaan dan media2 perdana

      Delete
    2. Kepala bapak rosmah betul la umno ni

      Delete
    3. omar daud...tak payahlah nak tuduh2 penjawat awam macam tu, mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Rakyat tau, selama ni mereka adalah bebas dari segala pengaruh oleh orang2 politik...kira mereka semua ni berkecualilah kan. Kita pun tau semua isu2 yang kau bangkitkan tu adalah persepsi yang digembar gemburkan oleh pembangkang untuk mengaibkan DSNR dan penjawat awam.

      Delete
    4. Saya baru membaca wawancara majalah Tempo Indonesia dengan Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim. Beliau pernah menjadi ahli PKR dan memegang pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang.

      Dia dilaporkan berkata antara lain, jika FBI kata 1MDB melakukan penggubahan wang haram (money laundering) mengapakah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda tidak diperiksa?

      Dia juga kata berdasarkan informasi yang didapati kapal Equanimity bukan milik Jho Low. Saya pula kata kongsilah informasi itu jika betul ada. Jika tak mahu kongsi, nanti orang lain pun boleh kata berdasarkan informasi mereka, bapak ini temberang!

      Yang lagi beagus dia juga kata tiada kes dalam isu 1MDB. Alasannya PDRM, SPRM dan Peguam Negara telah selidiki dan tak jumpa apa apa penipuan. Tak jumpa ke atau tak mahu jumpa? Mereka selidik apa kita pun tak tahu.

      Maaflah, saya kena jawab siki lah. Yang pertama, dia kata Arul Kanda tak diperiksa oleh 1MDB.

      Kena tengok dulu tarikh yang relevan. Bila Arul dilantik? Dan bila pula tarikh yang dinyatakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat ke atas 1MDB?

      Berdasarkan kertas saman DoJ , dari tahun 2009 membawa kepada tahun 2015 , lebih dari AS$4.5bilion dalam tabung 1MDB didakwa telah disalahguna oleh para pegawai tinggi (high officials) 1MDB dan rakan kongsi mereka (their associates).

      Sedangkan berdasarkan kenyataan akhbar dari 1MDB sendiri, Arul Kanda hanya dilantik sebagai Presiden dan Kumpulan Pengarah Eksekutif 1MDB pada 5-1-2015 menggantikan Mohd Hazem Abd Rahman.

      Jadi logiknya dari 2009-2014, Arul Kanda tak relevan pun kerana belum dilantik oleh 1MDB. Hatta yang tahun 2015, jika dah dilantikpun, bukan beliau tak dipanggil tapi belum dipanggil untuk diperiksa.

      Sabarlah Bapak Duta. Kini kes DoJ juga dah jadi kes jenayah, jadi sabar sikit ya bapak - siasatan ini, orang kata, is an ongoing process. Jangan ingat FBI dan DoJ ni bodoh!

      Bapak Duta juga kata kapal Equanimity itu bukan milik Jho Low. Jika bukan milik Jho Low awatlah sebelum ini , Jho Low begitu repot (sibuk) buat komen ke atas rampasan kapal itu melalui jurucakap beliau.

      Tidak ada pun dalam kenyataan beliau itu, dia nafi yang dia pemilik kapal equanimity itu? Yang sibuk kata kapal itu bukan milik Jho Low setakat ini menteri BN dan kini bapak duta pula. Tak pelik ke bapak?

      Polis, SPRM dan AG tak jumpa penipuan dalam 1MDB. Tak jumpa atau tak mahu jumpa?

      Pelik juga kata tak jumpa penipuan 1MDB, tapi mantan AG diarah letak jawatan, pegawai SPRM letak jawatan, TPM diarah berhenti, anggota PAC dari parti pemerintah dinaikkan pangkat jadi timbalan menteri, di Parlimen soalan tentang 1MDB banyak yang ditolak.

      Logiknya jika macam itu, macam manalah nak jumpa bapak!

      Allah lebih tahu.

      * MOHAMED HANIPA MAIDIN adalah seorang peguam dan anggota parlimen Sepang yang kini mewakili parti AMANAH.

      Delete
    5. Zahrin nak putar?....1 mdb tak buat money laundering...jho lo dan jumaah prompak yg buat money lsundering....money laundering berlaku seblm arul kanda jadi CEO...zahrin pon sanggup tunjuk bodooo..

      Delete
  10. Hasrat keji sesetengah pihak di negara ini untuk melihat pemimpin utama kerajaan dimalukan pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 meleset.

    Sebaliknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan penghormatan istimewa terutama apabila menjadi satu-satunya pemimpin dari ASEAN yang dijemput memberi ucapan pada majlis penutupan Persidangan Pencegahan Keganasan yang merupakan sebahagian daripada program sidang kemuncak khas itu di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Sydney.

    Sebelum ini, dalam temu bual dengan ABC News Australia, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak mahu pemimpin Australia bergambar dengan Najib.

    Pengerusi Pakatan Harapan yang miliki perasaan hasad dengki itu berkata Najib sering mengambil peluang untuk bergambar dengan pemimpin antarabangsa dengan tujuan untuk naikkan imej baiknya.

    Sebab itulah Mahathir memberitahu Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull untuk tidak membantu meningkatkan imej seterunya itu.

    “Dia cuba melakukan ini sepanjang masa. Mengambil peluang bergambar dan semua itu.

    “Kerana dia mahu tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa dia diterima dengan baik,” kata Mahathir ketika ditanya sama ada beliau mempunyai kebimbangan bahawa pertemuan Najib dengan Turnbull akan meningkatkan imejnya di pentas dunia.



    Bagaimanapun pesanan Mahathir itu telah dikecam oleh dunia khususnya pemerintah Australia melalui ‘psikologi songsang’ iaitu memberi layanan paling tinggi dan teristimewa buat Najib.

    Untuk memaklumkan kepada Mahathir bahawa saranannya itu tidak dipakai oleh kuasa-kuasa dunia, maka Najib mengeluarkan kenyataan balas dari Australia.



    “Alhamdulillah, saya dapat penghormatan yang boleh dikatakan teristimewa. Untuk ucapan (pada majlis penutup persidangan itu), saya seorang sahaja yang dijemput. Pada majlis makan malam pun saya duduk di sebelah Perdana Menteri Turnbull.

    “Kalau ada pihak cuba supaya saya tidak diberikan sambutan, nampaknya (permintaan mereka) ditolak dan gagal. Kerajaan Australia tetap beri penghormatan yang tinggi kepada Kerajaan Malaysia,” kata Najib.



    Sesungguhnya zaman kegemilangan dan dunia menakuti Mahathir telah berakhir. Sekarang adalah zaman untuk Najib memperbetulkan segala kerosakan dan nanah dalam negara yang ditinggalkan oleh seorang pemerintah selama 22 tahun.

    Sekiranya kita selaku pengundi masih dibuai-buai dengan propaganda Mahathir, maka kita juga akan diketawakan dan dikecam oleh dunia antarabangsa. – TV14

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib sorang je diberi penghormatan istimewa?..

      Delete
    2. Ye. Najib seorang aje yg diberi penghormatan 'istimewa' serta laporan seluruh dunia yg 'istimewa'.

      Delete
  11. Ketua Menteri, Lim Guan Eng, menyindir krisis catuan air di Selangor dan menyifatkannya sebagai antara masalah terburuk di negeri itu sejak tiga tahun lalu.



    Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, krisis catuan air di Selangor itu berada pada tahap serius susulan faktor perubahan cuaca.



    Katanya, pihak yang tidak mahu dibebani krisis catuan air dijemput berhijrah ke Pulau Pinang bagi menikmati margin rizab sumber semula jadi itu yang berada pada tahap mencukupi.



    “Kita akui sebelum ini (era Barisan Nasional) pun Pulau Pinang tak ada catuan, tetapi tengoklah sejak 10 tahun lalu apabila banyak negeri yang tak pernah alami krisis air, tiba-tiba terpaksa catu bekalan.



    “Sebelum ini, Selangor dan Taiping, Perak mana ada catuan air, tetapi tiba-tiba ada krisis air yang sangat serius sejak tiga tahun lalu.



    “Kita bernasib baik kerana berjaya elak daripada ‘kisah seram’ catuan air ini.



    “Pulau Pinang turut terkesan dengan perubahan cuaca, tetapi berjaya kawal rizab kita. Justeru, kawan dekat tempat lain cakap tidak ada air, kita jemput datanglah ke Pulau Pinang. Boleh mandi dan minum cukup-cukup di sini,” katanya.



    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penyempurnaan Pakej 1 Projek Saluran Paip Berkembar Dasar Laut Baru di Gat Lebuh Macallum di sini, hari ini.



    Guan Eng berkata, kejayaan Pulau Pinang mengelak daripada krisis catuan air berpunca daripada amalan pengurusan sumber itu secara ‘Cekap, Telus dan Amanah’.



    “Kita berani buat jaminan dan yakin bahawa sehingga 10 tahun lagi Pulau Pinang tak akan ada catuan air. Saya beri tiga kali ganda jaminan bahawa ia tak akan berlaku di negeri ini.



    “Marilah, mari ke Pulau Pinang boleh terus mandi. Ini adalah pencapaian sangat membanggakan apabila Pulau Pinang adalah negeri kedua terkecil tetapi memiliki margin rizab air yang paling besar,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak usah putar leer...kenyataan guann end hanye jaminan penang takkan berlsku catuan aur sehingga 2030 ...

      Delete
  12. 18 Mac, 2018

    1. Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata syarikatnya tidak pernah mengirimkan sebarang jumlah wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak. Dalam forum Bicara Negara yang diadakan di Ipoh hari ini, Arul berkata ini berdasarkan rekod 1MDB sendiri dan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Public Accounts Committee (PAC)

    2. “Saya mengesahkan bahawa 1MDB, berdasarkan rekod dan siasatan PAC, tidak pernah membayar walaupun satu sen kepada akaun peribadi perdana menteri,” katanya. Arul berkata demikian semasa sesi soal jawab mengenai dakwaan bahawa Perdana Menteri menerima RM2.6 daripada 1MDB ke dalam akaun persendiriannya.

    3. Memetik dari Star Online Arul berkata 1MDB tetap menjadi sasaran pembangkang kerana mereka telah kehabisan isu untuk dimainkan dalam mengkritik kerajaan. Beliau memuji usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan. “Isu 1MDB adalah sesuatu yang sudah lama, tetapi pihak tidak bertanggungjawab terus memainkannya isu ini,” katanya.

    4. Arul berkata Najib terus dikaitkan dengan 1MDB kerana kedudukan beliau sebagai bekas penasihat pengerusi lembaga tersebut. “Satu-satunya kuasa beliau adalah untuk memberi nasihat. Hanya kerana dia berada dalam bord jawatankuasa, pembangkang mengatakan PM bertanggungjawab, “katanya, sambil menambah bahawa Najib tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif.

    5. Arul berkata rakyat tidak boleh membuat spekulasi mengenai saman saman dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap 1MDB, yang difailkan pada tahun 2016. “Tidak ada prosiding, pembelaan atau keputusan lagi. Katanya lagi, “Baru-baru ini juga mereka telah meminta mahkamah untuk menangguhkan kes itu selama enam bulan lagi”.

    6. D.S Najib telah menafikan salah laku berhubung dengan 1MDB pada 2016, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berkata US $ 681 juta dalam akaunnya adalah hadiah daripada royalti Arab Saudi. Minggu lalu, 1MDB mengumumkan mereka tidak dapat menuntut wang sebanyak 104 juta franc Swiss (RM430 juta) yang dibincngkan oleh ahli-ahli parlimen Switzerland duit tersebut perlu dikembalikan kepada pemilik yang sah kerana wang itu bukan miliknya atau kerajaan Malaysia. “1MDB sebelum ini menyatakan dan mengulangi bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang dan semua wangnya telah diambil kira sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    7. Beliau menambah lagi bahawa RM430 juta adalah daripada denda yang dikenakan ke atas bank oleh pihak berkuasa dalam kawal selia kewangan Switzerland dan ia adalah milik bank-bank tersebut. Parlimen Switzerland kemudian telah menolak tawaran untuk meminda undang-undang yang mengendalikan keuntungan bank yang dirampas oleh pihak berkuasa yang bertujuan untuk mengembalikan wang yang dikaitkan dengan 1MDB kepada rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dape kata 1 mdb masukkan duit ke akaun najib?....keling ni pandai belit...

      Siasatan money trail 1 mdb dan lapiran PAC...najib masukkan wang pelaboran 1 mdb ke akaun jho lo di luar negara ..jho lo pusing wang dari akaun dia ke dlm akaun najib di KL...

      Delete
  13. Pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai ‘pak turut’ apabila tidak membantah konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang menjadi asas perjuangan DAP sejak kira-kira lima dekad lalu.

    Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbuatan itu juga jelas membuktikan DAP adalah parti dominan dalam pakatan pembangkang sehinggakan rakan sekutunya tidak berani membantah.

    Sedangkan, menurutnya, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

    “Malaysian Malaysia menjadi asas perjuangan DAP sejak penubuhannya, yang bermaksud semua rakyat akan mendapat hak yang sama (tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia) dan DAP memang diketahui konsisten dalam perjuangan ini.

    “Jadi yang perlu mengubah asas perjuangan itu adalah mereka yang datang menyertai (DAP). Walaupun kata perjuangkan Melayu, tapi bila masuk PH, mereka yang terpaksa ubah pendirian dan ikut dasar DAP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Kursus Haji 2018 Parlimen Bera di sini, hari ini.

    Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang Dewan Rakyat pada 15 Mac lalu yang dilaporkan bertegas mahu menyaksikan konsep ‘Malaysian Malaysia’ dilaksanakan di negara ini.

    Antara perkara yang digariskan menerusi konsep itu adalah memastikan semua rakyat di negara ini menerima hak yang sama rata sekali gus menafikan hak istimewa Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Ismail Sabri juga mengingatkan rakyat untuk tidak terperdaya dengan helah bahawa DAP bukan parti dominan dalam PH atas alasan PPBM akan bertanding di lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14.

    “Soal dominan bukan ditentukan oleh jumlah kerusi yang ditandingi, tapi siapa yang menang paling banyak kerusi.

    “PPBM katakan mereka akan bertanding di lebih banyak kerusi berbanding DAP, tapi DAP yakin mereka akan menang di banyak tempat mereka bertanding walaupun jumlah kerusi mereka sedikit daripada PPBM. Sebab itu saya melihat DAP adalah dominan sehingga mereka tidak mahu berganjak daripada perjuangan mereka,” katanya. – BERNAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu hak dan oerjuangan DAP...kenape mesti dibantah....pelaksanaan dasar bergantung kpd persetujuan majoriti PH...

      Delete
  14. KETIKA berceramah dalam jelajah Pakatan Harapan di Felda di Gunung Besout, Slim River semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh tanah peneroka Felda akan dirampas jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus menjadi Perdana Menteri.

    Sewaktu Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu mengharapkan ada yang percaya terhadap tuduhan itu, tiada apa-apa reaksi daripada peneroka Felda yang menghadiri ceramah tersebut.

    Tiada di antara peneroka yang bersorak menyokong atau menunjukkan riak wajah percayakan tuduhan tersebut.

    Jika ada yang bersorak pun cuma sekelompok kecil hadirin yang sudah pastinya bukan orang Felda sebaliknya orang luar, berdasarkan cara pakaian mereka.

    Sebaliknya, warga peneroka yang berusia lewat 50-an dan awal 60-an, yang dikenali menerusi pakaian mereka yang bersongkok dan berserban, sudah tentunya baru pulang dari masjid, sekadar membuat wajah selamba.

    Tiada apa-apa reaksi membantah apatah lagi untuk marah atau geram terhadap kerajaan ketika Mahathir melemparkan tuduhan yang tidak berasas itu.

    Jelas sekali cubaan Mahathir untuk menakut-nakutkan peneroka Felda dengan tuduhan tanah mereka akan dirampas jika BN memerintah, ternyata tidak berjaya.

    Malah, jenaka yang cuba diselitkan oleh Mahathir antaranya, ‘jika BN memerintah, Orang Asli akan teraniaya kerana kegiatan pembalakan yang mengotorkan sungai sehingga mentimun pun sudah jadi pendek’, langsung tidak mencuit hati.

    Adalah tidak logik untuk kerajaan merampas tanah peneroka Felda yang telah diberikan geran dan diwarisi sejak beberapa generasi lalu.

    Mahathir mendakwa tanah peneroka Felda akan dirampas kerana tanah tersebut digadai menerusi pembelian saham dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang dikatakan mengalami kejatuhan harga di pasaran.

    Apakah tiada rasa kasihan melihatkan wajah-wajah peneroka yang sudah dimamah usia cuba ditakut-takutkan dengan tuduhan sebegitu?

    Usahlah diganggu peneroka Felda yang selama ini hidup aman damai. Janganlah diganggu perasaan mereka dikala rata-rata dalam kalangan mereka sudah mencecah usia lebih setengah abad.

    Kenangkanlah bahawa Felda adalah legasi bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak yang sudah tentu tidak akan dimusnahkan oleh anak beliau sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ade pelan tranformasi felda dimana felda takkan tanam kelape sawit dan getah lagi...

      Delete
  15. Dalam kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sepatutnya menjadi ikon kepada masyarakat terutama kepada generasi muda negara.

    Namun sebaliknya berlaku apabila beliau mengeksploitasi kanak-kanak untuk membenci kerajaan Persekutuan yang jelas satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

    Pakar undang-undang keluarga dan kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Noor Aziah Mohd. Awal berkata, ini tidak ubah seperti tindakan pembangkang ‘mengheret’ kanak-kanak ke perhimpunan haram Bersih suatu masa dahulu.

    Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM berkata, Guan Eng selaku Ketua Menteri tidak sepatutnya menghasut kanak-kanak yang masih belum boleh berfikir dengan matang demi kepentingan politik beliau sendiri.

    “Selaku pemimpin tertinggi sebuah negeri, beliau sepatutnya menjadi ikon dengan menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat, namun sebaliknya berlaku apabila beliau mengeksploitasi kanak-kanak untuk membenci kerajaan.

    “Tindakan beliau ini tidak bertanggungjawab, sama seperti tindakan segelintir ibu bapa yang membawa anak kecil ke perhimpunan Bersih suatu masa dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Video yang menunjukkan Guan Eng terkinja-kinja mengikut rentak lagu mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam sebuah majlis pelancaran pusat tuisyen di Jelutong, Pulau Pinang mula tular di media sosial semalam.

    Sejak itu, Guan Eng menerima kecaman daripada pelbagai pihak atas kelakuan kurang matangnya.

    Mengulas lanjut, Noor Aziah turut menjelaskan laporan polis boleh dibuat sekiranya pihak yang melapor mendapati ada unsur fitnah dan menghasut dalam tindakan tersebut, namun yang berkemungkinan dikenakan tindakan ialah penganjur, bukan Guan Eng.

    Hal ini kerana Guan Eng sekadar hadir sebagai jemputan dalam majlis tersebut.

    “Kita tidak tahu keadaan sebenar. Kita pun tak pastikan pihak mana yang menyediakan video dan lagu tersebut, sama ada penganjur atau Guan Eng,” katanya. – UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku nan dah ajar kanak2 sekolah nynyi lagu umno di sekolah di wilayah persekutuan...

      Delete
  16. Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz mengakui bahawa beliau belum layak serta sedia menjadi perdana menteri walaupun sering menjadi mangsa tohmahan kononnya, bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menceburi semula politik kerana mahu berbuat demikian.

    “Sebagai ahli politik, kita perlu terbuka untuk apa-apa kemungkinan tetapi jika seseorang datang kepada saya hari ini dan menawarkan jawatan perdana menteri, saya akan kata, ‘maaf, saya tidak layak’.

    “Saya hanya menteri besar selama dua setengah tahun, saya tidak boleh tiba-tiba menjadi perdana menteri.

    “Minat saya sikit sahaja untuk jadi perdana menteri, saya tak boleh kata secara secara penuh (minat jadi perdana menteri),” katanya dalam satu wawancara ekslusif bersama Malaysiakini, minggu lalu.

    Mukhriz juga melihat tugas seorang perdana menteri sebagai sangat berat untuk dipikul kerana setiap hari perlu membuat keputusan untuk lebih 30 juta rakyat.

    “Saya tahu, saya adalah anak perdana menteri selama 22 tahun, tanggungjawab ini sangat besar. tiap-tiap hari kena buat keputusan untuk 30 juta orang,” katanya.

    Mukhriz menyertai politik pada 2004 selepas beliau dicalonkan sebagai exco Pemuda Umno selepas bapanya melepaskan jawatan perdana menteri tahun sebelumnya.

    Beliau memenangi kerusi parlimen Jerlun pada 2008 dan dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Miti), di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    ReplyDelete
  17. Semakin dekat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat semakin mempunyai masalah delusi apabila berterusan mengatakan tiada isu korupsi dalam skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang walaupun banyak bukti menunjukkan sebaliknya.



    Apabila diminta tampil berdebat mengenai skandal terowong RM6.3 bilion dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Guan Eng cipta alasan bodoh untuk mengelak. Kata Guan Eng, Ka Siong adalah orang nombor 2 dalam MCA, jadi beliau tak layak untuk berdebat dengannya, kerana dia adalah orang nombor 1 dalam DAP.



    Logik ‘tahi’ apakah ini? Sekiranya pemimpin yang disegani pun tidak mahu ‘dipandang’ oleh Guan Eng, apatah lagi rakyat jelata yang biasa-biasa? Nampaklah bahawa dia hanya akan mengambil serius orang yang difikirkan sama taraf dengannya sahaja. Tak mustahil bila memerintah negara, dia dan puak pembangkang tidak akan mempedulikan nasib rakyat.



    Kemudian bila berterusan ‘dicucuk’ dalam media supaya menjawab apa hubungan dia dengan suspek skandal terowong yang didakwa menerima bayaran RM19 juta, Datuk Seri Gnanaraja, berdasarkan penemuan dua gambar mereka dalam rumah dan kereta, Guan Eng cuba mengelak lagi sekali.



    Kali ini Guan Eng edarkan pula gambar isteri Gnanaraja bersama beberapa pemimpin BN. Kononnya mahu mendakwa pemimpin BN tersebut ada hubungan juga dengan isteri suspek. Malangnya, tindakan tak matang Guan Eng itu ibarat meludah ke langit, mukanya juga yang basah kerana gambar yang disebarkannya itu jelas menunjukkan ia diambil sewaktu majlis besar, bukan dalam suasana privasi seperti 2 gambar Guan Eng dan Gnanaraja.



    Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan mengulas tindakan Guan Eng dengan memintanya supaya tidak berdalih daripada menjawab persoalan rakyat yang nak tahu sama ada Guan Eng kenal Gnanaraja ataupun tidak, dan apa hubungannya dengan Gnanaraja.



    “Jawablah apa yang ditanya dan tidak payah nak elak tunjuk gambar isteri Datuk Seri dengan orang lain. Rakyat minta Guan Eng hentikan segala wayang dan terus jawab soalan yang ditujukan,” katanya bila Guan Eng tidak pertikaikan pasal gambar dalam kereta itu bermakna ia sahih dan bukan gambar palsu.





    Sehingga kini, Guan Eng seperti ‘tiada telur’ apabila masih tidak menjawab persoalan utama iaitu apa perhubungan Guan Eng dan Gnanaraja. Yang sibuk cuba ‘dicanangnya’ adalah gambar isteri Gnanaraja dengan pemimpin BN. Namun pemimpin BN tiada gambar dalam kereta dan dalam rumah seperti Guan Eng. – TV14

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar bukti rasuah?....mahkamah mana terima gambar sebagai bukti rasuah?...hehehe...bodoos betul geng najis

      Delete
    2. hadi kt tkde 4 saksi yg mnyaksi duit masuk ke akaun najib seperti batang celak masuk ke botol celak. dn saksi itu mestilah tk fasik.

      LKS kt satu pembohongan akn diikuti oleh byk lg pembohongan.

      ph mesti dimenangkn.

      Delete
  18. Dasar DAP di Pulau Pinang yang berusaha menonjolkan imej mesra kepada pengundi Melayu seperti meningkatkan elaun imam dan guru agama mungkin merupakan jarum-jarum halus parti itu untuk menyuntik persepsi kononnya konsep Malaysian Malaysia tetap tidak meminggirkan soal Islam dan Melayu.

    Sedangkan, konsep Malaysian Malaysia yang dipegang teguh DAP sejak dahulu jelas menimbulkan persoalan terhadap kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera serta agama Islam kerana konsep berkenaan berpaksikan kesamarataan.

    Mengulas isu tersebut, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi berpendapat, bantuan dan peruntukan untuk pembangunan Islam dan orang Melayu di Pulau Pinang merupakan strategi serampang dua mata DAP untuk terus kekal dalam pentas politik Malaysia.

    “Dari segi jangka masa panjang, mereka akan berusaha menambat hati pengundi Melayu dengan cara melaksanakan manifesto Pakatan Harapan yang sebahagiannya turut memuatkan agenda Melayu.

    “Antara petunjuk yang boleh dinilai sekarang ialah dasar DAP di Pulau Pinang yang berusaha untuk menonjolkan imej yang mesra kepada pengundi Melayu seperti meningkatkan elaun imam dan guru agama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Menurut Abdul Muein, DAP bukan sahaja perlu mengekalkan sokongan masyarakat Cina yang sedia ada, malahan turut perlu memperoleh sokongan masyarakat Melayu tanpa perlu bergantung kepada sekutunya dalam Pakatan Harapan lagi.

    Oleh sebab itu, DAP tidak teragak-agak untuk menerima agenda Melayu diletakkan dalam manifesto Pakatan Harapan dan dalam masa yang sama, mereka juga tidak pernah berganjak dari konsep Malaysian Malaysia yang mereka pegang sejak dahulu lagi.

    “Walaupun mengetahui segelintir pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tegar memperjuangkan hak istimewa Melayu dan Islam sebelum ini, namun DAP sanggup berkompromi dahulu dengan PPBM untuk menguasai pemerintahan dalam masa terdekat.

    “Penegasan terhadap konsep Malaysian Malaysia dibuat sekadar untuk mengukuhkan sokongan kelompok penyokong DAP sedia ada,” katanya. – UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib cuba menunjukkan dua pm yg mesra india dimana beliau telah 10x mrlawat kuil india di batu cave dalam masa setahun.

      Beliau trut cuba menjadi hero rakyat sabah sarawak apabila menjadi pm paling kerap ke sana..iaitu kira kira 65x dalam masa 3tahun menjadi pm.

      Delete
    2. Yg 10 kali tu bkn Najib nk melawat kuil hindu kat Batu Caves tu, Kak Mah saja nk visit2 dan say hi to sami2 hindu dlm gua tu. Agaknya depa laki bini ni dok ulang2 tanya sami bila tarikh sesuai utk PRU kot. Maklumlah, Mak Badak ni, bkn saja Jho Low dan raja2 Arab Saudi kawan dia dan kwn Najib. Bahkan sami2 hindu tu pun sahabat baik Mak Badak. ehem ehem dari dulu, kini dan selamanya mmng spesies 2 ekor ni kuat tilik dan mandram. Ntah lah itu dari sumber2 unknown sos, eh unknown source huhuhuhu

      Delete
  19. PEMIMPIN Bersatu digesa menyatakan pendirian sama ada mereka menyokong konsep “Malaysian Malaysia” setelah penasihat DAP Lim Kit Siang menegaskan untuk kembali berpegang teguh kepada konsep itu.

    Ahli Majlis Tertinggi Umno Mahdzir Khalid berkata Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir perlu menyatakan pendirian mereka kerana konsep ini pernah ditentang oleh mereka.

    “Pada awal dulu Dr Mahathir tegaskan bahawa DAP perlu ditolak kerana memperjuangkan konsep ini jadi sekarang setelah menjalin kerjasama dengan parti itu, macam mana pendirian beliau. Sama ada setuju atau tidak beliau, Muhyiddin dan Mukhriz perlu buat kenyataan berhubung pendirian mereka.

    “Dari awal lagi bila konsep ini hendak dibuat kita tidak terima kerana konsep ‘Malaysian Malaysia’ ini menguasai segala aspek yang akan menyebabkan orang Melayu diketepikan. Sebab itu orang Cina dan orang India sudah lama tidak terima konsep ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Nerang semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Lim ntuk berpegang teguh dengan konsep “Malaysian Malaysia” ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat kelmarin

    Lim memaklumkan satu daripada tiga impiannya adalah untuk melihat kewujudan sebuah negara berkonsepkan “Malaysian Malaysia” selain DAP berjuang untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan memastikan yang menyokong DAP bukan sokong Cina Malaysia, bukan India Malaysia tetapi sokong “Malaysian Malaysia”.

    Terdahulu, Mahdzir hadir pada majlis perasmian Masjid Jamek Istiqlal, Kuala Nerang yang dirasmikan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Masjid itu kemudian diisytiharkan secara rasmi sebagai Masjid Tengku Sarafudin Badlishah. – Bernama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape masalah oerjuangan DAP?...tak mesti dilaksanakan oleh PH...

      Delete
  20. Pemimpin DAP sepatutnya memahami semangat Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan mengurangkan jurang sosioekonomi antara kaum demi kestabilan negara dan bukannya terus memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang menekankan prinsip sama rata.

    Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz berkata, peruntukan istimewa orang Melayu dan Islam dalam Perlembagaan dimasukkan bagi menjamin keadilan sosial tanpa meminggirkan mana-mana kaum.

    Namun katanya, jika konsep ‘Malaysian Malaysia’ terus menjadi impian pemimpin DAP terutama Lim Kit Siang, ia dibimbangi membuka ruang kebencian masyarakat kepada Perlembagaan dan menjurus kepada hasutan semata-mata.

    “Jika hanya satu kaum sahaja kuat dalam ekonomi maka akan wujudnya jurang tidak seimbang daripada sudut berkenaan yang akhirnya lahirlah perasaan tidak puas hati kaum lain.

    “Apa yang penting adalah keadilan bukan hak sama rata bagi menjamin keamanan negara pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas berkenaan pendirian tegas Kit Siang yang tetap berpegang teguh mahu mewujudkan sebuah negara berkonsepkan ‘Malaysian Malaysia’ ketika perbahasan di sesi Dewan Rakyat kelmarin.

    Penegasan Kit Siang itu juga menimbulkan tanda-tanya terhadap pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad memandangkan bekas Perdana Menteri itu pernah menolak DAP kerana prinsip ‘Malaysian Malaysia’.-UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarangbpon umno dah buat konsep pemimpin umno dapat lebih...

      Delete
    2. Perjuangan umno isikan tembolok dan buncitkan perut pemimpin umno dulu atas nama perjuangan melayu...banyak cantik lu punyer muka...

      Delete
  21. Pakatan Harapan dikhabarkan bakal letak beberapa nama besar mereka di kawasan yang mampu menang dengan selesa.



    Daripada 165 kerusi di Semenanjung Malaysia yang bakal Pakatan Harapan sertai, sebanyak 51 kerusi berkemungkinan besar akan dimenangi oleh mereka.



    Menariknya, 51 kerusi itu adalah milik DAP di kawasan ‘kubu kuat’ sendiri. Manakala selebihnya adalah kawasan-kawasan yang akan direbut sendiri oleh PKR, PAN dan PPBM dengan Barisan Nasional dan PAS.



    Dalam tektikal dipelopori DAP ini, apa yang menarik adalah kerusi untuk Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



    Menurut sumber dalaman, Muhyiddin berkemungkinan bakal meninggalkan Parlimen Pagoh untuk bertanding di Muar, Johor pula. Padahal semua ketahui bahawa Parlimen Muar adalah ‘kubu kuat’ bagi Barisan Nasional.



    Jika kita ke Muar, rata-rata penduduk di sana masih menyukai Ahli Parlimen mereka iaitu Datuk Seri Razali Ibrahim. Ini disebabkan penduduk Muar merupakan penyokong tegar Barisan Nasional secara turun temurun sejak dahulu lagi.



    Kehadiran Muhyiddin ke Muar bukan hanya mampu memecahkan perpaduan Melayu di Muar, sebaliknya hayat politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu pasti akan ‘dikuburkan’ di tanah bersejarah tersebut.



    Impian DAP yang menguasai Pakatan Harapan mahu meletakkan Presiden PPBM itu dilihat salah satu agenda sulit untuk memastikan bahawa Muhyiddin tidak lagi bergelar Yang Berhormat.



    Ini kerana Muhyiddin adalah seorang presiden parti yang paling tidak menonjol dan tidak membantu perjuangan DAP. Sebaliknya, presiden parti-parti lain dalam Pakatan Harapan dikatakan lebih mesra dan bersungguh-sungguh bekerjasama dengan DAP.



    Hanya Muhyiddin sahaja yang dilihat masih memiliki darah ‘Ultra Melayu’ dan ini tidak mustahil akan menjadi batu penghalang buat DAP untuk membentuk ‘Malaysian Malaysia’ sekiranya Pakatan Harapan beroleh kuasa.



    Sebagai langkah awal, maka Muhyiddin harus ‘dibunuh’ dengan segera. Biarlah Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja yang mewakili PPBM di dalam Pakatan Harapan kerana bekas Perdana Menteri itu setakat hari ini masih boleh dijinakkan lagi oleh DAP tanpa sedar.



    Justeru, desas desus mengatakan bahawa Muhyiddin bakal bertanding di Parlimen Muar adalah suatu langkah ke hadapan yang ‘diplan’ oleh DAP yang sedang menguasai Pakatan Harapan. – TV14

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosmah dijangka bertanding di pekan.dijangka najib akan ceraikan rosmah sebelum pru..


      Bodoh geng najib..setakat merapu aku pun boleh hahahaha

      Delete
    2. Geng najis suka kopipes blog sampah...

      Kalo pagoh dah gerenti menang muhyidin akan tawan muar untuk tambah kerusi PH....

      Umno ade takut ker?...Razali bukan name besar dan tak ade kaliber pon...penakut dengan cinac jho lo...melayu muar ade maruah...

      Delete
    3. GB@GN,,,yg ko risau sngt tu apa pasal...dh buang tebiat,?

      Delete
  22. Ketika bertitah merasmikan Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Sultan Selangor tidak berselindung lagi menzahirkan rasa kecewa baginda.



    Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita apabila media sosial dan portal berita disalahgunakan pihak-pihak tak bertanggungjawab.



    Medium-medium ini titah baginda digunakan bagi menyebarkan berita palsu dan fitnah sehingga menyebabkan rakyat berpecah belah.



    Titah baginda ini nampaknya amat selari dengan kehendak Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.



    Sejak kebelakangan ini, Perdana Menteri cukup serius mahu mengekang penularan media sosial.



    Oleh sebab itulah Najib mahu mewujudkan sebuah undang-undang khas mencegah berita palsu walaupun pihak pembangkang cuba menghalang.



    Sebagai parti yang memerintah Selangor, PKR dan DAP pastinya tertekan dengan titah baginda ini. Mana tidaknya, parti-parti itu antara yang paling lantang dan seolah-olah tidak bersetuju dengan akta berita palsu.



    Sekarang apa pula komen Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku menteri besar? Siapa yang akan dia pilih? Adakah tuanku sultan atau partinya sendiri?



    Walaupun kita tahu bahawa Azmin akan buat-buat tak tahu dan sekadar berdiam diri saja, namun hakikatnya Azmin telah mendapat kemurkaan tuanku baginda.



    Apa lagi yang harus kita pertikaikan jika sultan sendiri yanh tidak mahu berita palsu terus ditular?



    Siapa PKR dan DAP untuk menafikan titah baginda ini? – TV14

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa najib sampai takleh disiasat? Siapa semah??siapa anak keruak??

      Delete
    2. Umno guna tv3 suku dan utusan sebar klentong najib....

      Delete
    3. Yg dimaksudkn oleh sltn tu adalah media arus perdana menteri&tv3suku aka saluran prima,,pasal sltn x tngok Chanel lain..

      Delete
  23. SWISS BOMB! Justo Speaks Out At Last, As Swiss Prosecutors Adopt ...
    www.sarawakreport.org/.../swiss-bomb-justo-speaks-out-as-swiss-prosecutors-take-up-...
    2 days ago - There was an afternoon of drama in Zurich this weekend when, following months of silence, the 1MDB whistleblower Xavier Justo stepped forward with his wife Laura to lay out their charges against those whom they claim conspired to entrap and imprison him in Thailand. In a central location in the city they ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tabik kat Geng Najib ni...penyokong setia Najib.

      Delete
  24. Puak Haprak mmg tak kan ada masa depan
    Rakyat tak akan makan fitnah dibuat umpan
    PRU-14 kan tiba nanti utk memberi jawapan
    PH kan menjadi PHH, Parti Hancur Harapan

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  25. Mmg betul2 dia gila kuasa ler Matdey Kerala
    Demi cita2 peribadi dia buat tindakan yg cela
    Sampai nak jadi calon DAP pun si tua ini rela
    Sokong Matdey, bererti Melayu mencari bala

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  26. FuckTun biol ternyata udah ketandusan idea
    Konon dia jaguh berpantun dlm cyber media
    Namun aota jer, ini cacai Madey keling India
    Ambil masa berhari-hari, pantun nak disedia

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  27. Puak Umno Haprak prompak mmg tak kan ada masa depan
    Rakyat tak akan makan fitnah dan klentong dibuat umpan
    PRU-14 kan tiba nanti utk memberi jawapan
    Rakyat say No to Umno, Parti untuk melayu no otak tak ade Harapan

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  28. Mmg betul2 dia gila kuasa ler Najib cari bala
    Demi cita2 peribadi dia buat tindakan yg cela
    Sampai tak bubar parlimen pun si kapla prompak ini rela
    Sokong Najib kapla prompak, bererti Melayu mencari bala

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  29. FuckKejora bapuk biol ternyata udah ketandusan idea
    Konon dia jaguh berpantatun sampah dlm cyber media
    Namun aota jer, ini cacai Najib Bugis mengaku dia
    Ambil masa berhari-hari, pantun nak disedia

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  30. KENAPA KEKAYAAN JHO LOW DAN REZA AZIZ TIDAK DISIASAT? Apa jawapan # JoeSombong

    Soalan ditanya kepada Menteri Kewangan kedua di parlimen?
    Jawapan menteri..
    Nama mereka tidak ada dalam tax file lhdn sebab mereka tidak declare harta mereka di Malaysia.

    Kalau inilah jawapan menteri, apakah mahu didefinasikan sebagai menteri naif. Apa maksud dia menteri tidak boleh menjawab bagi pihak siasatan? Hakikatnya lhdn dibawah kementerian kewangan (?)

    No wonder Johari ditolak oleh akar umbi umno titiwangsa, CUKUP MEMALUKAN APABILA ORANG KANAN NAJIB DIPERLAKUKAN SEBEGINI. Dengan tagline # JoeSombong #ABJ asalbukanjohari !!!!


    Hakikatnya apabila lhdn tahu mana² individu kaya...tanpa perlu menunggu mereka declare atau tidak, .sepatutnya mereka dipanggil, disiasat.
    Hasil siasatan akan menemui fakta samada mereka perlu bayar cukai atau tidak.

    Adalah menjadi kebiasaan lhdn akan menghantar borang taksiran percukaian kepada individu dan setiap warganegara.
    WAJIB dikembalikan samada berpendapatan ataupun tidak..

    MENTERI UMNO BIDOS NAK BELA PROMPAK..

    ReplyDelete
  31. Kenape umno takut sangat dengan CINA KAPIR PROMPAK NI?...

    ReplyDelete

  32. 'Ghosting In And Ghosting Out'...
    'Ghosting In And Ghosting Out'...
    19 March 2018 0 comments
    Meet the oh so pukka British company that has been helping Najib with his Malaysian election campaigns.

    Today on UK TV’s Channel 4 News the people behind Cambridge Analytica admit (to a fake potential dirty client) the tactics they have used and are prepared to use.

    They further boast that they have been operating in Malaysia.

    TAKE A LOOK AND KEEP TUNED TO EXCLUSIVE REVELATIONS COMING UP ON SR

    ReplyDelete
  33. Jabatan bawah zahid pendaftaran imigresen dan ROS semua lembab...income tax pon lembab bila berkaitan dengan cina kapir Jho lo

    ReplyDelete
  34. umno memang lebih takut cina kapir Jho lo dari takut tuhan...kenape?...cina ni ade kuasa ajaib?...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...