Thursday, 6 October 2016

TANGKAPAN DEMI TANGKAPAN RASUAH, BILA PULA GILIRAN ORANG POLITIK MAHU DISIASAT?


Ramai di antara kita yang tiba-tiba marah dan mendidih darah dengan tangkapan rasuah di Sabah baru-baru ini yang bukan saja sekali lagi melibatkan pegawai kerajaan serta wang rakyat, tetapi juga kerana jumlah wang yang dirampas begitu mega jumlahnya.

Wang tunai yang dirampas dilaporkan  berjumlah RM52 juta yang disimpan dalam almari di rumah dan juga di pejabat. Untuk mengiranya saja, pegawai SPRM seramai 30 orang mengambil masa selama 15 jam untuk berbuat demikian.

Dalam beberapa akaun bank, jumlah wang tunai yang dirampas pula diberitakan berjumlah lebih RM60 juta. Jumlah wang yang dapat dirampas sehingga ini ialah RM112 juta.

Turut dirampas ialah puluhan kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lain-lain lagi.

Diberitakan  juga ada enam peti simpanan bank yang turut disita, tetapi cuma satu yang sudah diketahui isinya, manakala lima lagi masih menunggu beberapa prosedur dengan pihak bank yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. 

Bermakna, kalau dicampurkan  - wang tunai, kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lima peti simpanan yang belum dibuka, jumlah keseluruhannya mungkin mencecah melebihi RM300 juta.
Jika sebelum ini kita cukup terkejut dan marah dengan dua tiga tangkapan oleh SPRM yang turut menemui beberapa juta wang tunai, kereta mahal dan puluhan kondo mewah melalui aktiviti rasuah, dengan antaranya bergelar Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk, tangkapan di Sabah ini tentu saja lebih memeranjatkan kita.

Kadang-kadang terfikir elok juga kiranya hukuman tembak sampai mati di tempat awam dikuatkuasakan kepada mereka yang durjana serta khianat ini.

Kenapa rasuah nampaknya begitu berleluasa di negara kita?

Kenapa pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan ketua-ketua syarikat GLC seolah-olah tidak gentar untuk melakukan rasuah?

Bagaimana pula dengan rasuah di kalangan orang-orang politik yang mengetuai kementerian, kerajaan negeri atau  syarikat-syarikat GLC serta balaci-balacinya sedangkan di situlah berpusatnya segala kuasa melulus dan memberi?

Apakah mereka itu suci bersih dan tidak gelap mata dengan wang ringgit, manakala hanya pegawai-pegawai kerajaan belaka yang tamak  dan haloba?

Atau mungkinkah berleluasanya amalan rasuah di kalangan pegawai kerajaan ini kerana mereka akur dengan kata pepatah "bapa borek anak rintik"?

Memang kita menghargai tangkapan demi tangkapan berkaitan rasuah melibatkan pegawai kerajaan yang dilakukan SPRM sejak kebelakangan ini. Tetapi ia sebenarnya tidak menyelesaikan isu pokok berkaitan rasuah, jauh sekali mampu memulihkan imej kerajaan.

Jika kita lihat, beberapa tangkapan itu  bukanlah melibatkan pegawai paling tinggi. Masih ada di atas mereka yang ditangkap itu pegawai yang lebih tinggi atau pemimpin politik yang seharusnya mengawasi atau memantau sekiranya berlaku perbuatan curang atau durjana yang berleluasa.

Yang ditangkap di DBKL misalnya hanyalah salah seorang pengarah yang diatasnya masih ada ketua pengarah, datuk bandar dan juga menteri. Apakah mereka tidak sedar amalan rasuah itu?

Begitu juga dalam kes Jabatan Air Sabah ini, apakah menteri  peringkat negeri yang bertanggungjawab terhadap jabatan itu atau Ketua Menteri Sabah langsung tidak sedar wujudnya penyelewengan projek dalam nilai berjumlah RM3.3 bilion sejak 2010 lagi?

Maka, apabila tangkapan demi tangkapan dilakukan, meskipun kita amat menghargai tindakan SPRM, apakah ia mampu membersihkan imej kerajaan di mata umum atau menimbulkan lebih banyak tafsiran bahawa pegawai kerajaan berani melakukannya kerana mereka juga tahu orang politik yang lebih berkuasa daripada mereka, turut sama melakukannya?

Beranikah pegawai-pegawai kerajaan melakukan rasuah secara berleluasa jika pimpinan politik yang berada di atas mereka sentiasa  menunjukkan teladan yang baik dan benar-benar tidak bertolak ansur terhadap amalan itu?

Maka, siapa sebenarnya yang harus malu dengan tangkapan demi tangkapan ini dan bilakah SPRM mahu menyiasat pemimpin-pemimpin politik yang rata-ratanya juga kaya-raya, memilik banyak harta serta mungkin ada di antaranya turut memiliki simpanan tunai di rumah atau di pejabat?  (SH 06/10/2016).

71 comments:

  1. Salam budin! Teringat dialog dalam cerita seniman bujang lapok.........Tunggu punya tunggu punya tunggu itu bulan tak de keluar jugak!�� Peace budin......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mambang tanah mambang air mambang angin mambang balak, mambang emdibi , berhati-hatilah wahai simambang nanti ditangkap oleh sprm.Kali ni mambang air, lain hari mambang lain

      Delete
    2. Standard la pegawai2 gomen rembat 1-2 juta tu. Ramai pegawai yg hidup mewah lebih dari gaji dan pendapatan. Buat insurance kat ofis tu utk cover up "duit merembat" ja, konon2 nampak susah mencari pelanggan.

      Jgn lupa register jadi ahli UMNO dan BN supaya SPRM segan nak tangkap. Nanti buruk abes nama UMNO dan BN kalo kantoi.

      Rembat sikik2 dah la. Sampai 10 juta, stop la. Ini rembat sampai habis licin.

      Ini mmg kes tak register UMNO BN dan buat program utk BN kow2.. mmg lauk la kat SPRM flexing power.

      Delete
    3. Yang ikan bilis kena tangkap tapi bapak jaws masih terrrrlepassss........

      Delete
    4. Raja dadah pun tak simpan duit banyak ni kat rumah..

      Delete
  2. Penyamun-penyamun dari pelbagai latar belakang , bila hujung minggu ada juga penyamun mencari keuntungan dengan bermain dadu bernombor 2.Filem-filem p.ramlee telah sekian lama memaparkan kebenaran yang berlaku kepada negara hari ini.

    ReplyDelete
  3. Satu utk kau
    Satu utk aku

    Dua utk kau
    Dua utk aku

    Aik kenapa kau punya tinggi2
    Aku punya rendah2?

    Mana aku tau.. Kau yg kira..

    Tak adil aku tipu..

    Haiii badan.. Haii nyawaa... Besok hari
    Becerai lah badan nyawa....

    Filem p ramlee nujum pak belalang sngat sarkartik dlm kritikan sosial..

    Sultan: Mika pembohong.. Bapa mika penipu... Mana ada jin lapar..
    Belalang: betul tuanku.. Ada tuanku
    Bapa saya bilang..

    ReplyDelete
  4. Satu utk kau
    Satu utk aku

    Dua utk kau
    Dua utk aku

    Aik kenapa kau punya tinggi2
    Aku punya rendah2?

    Mana aku tau.. Kau yg kira..

    Tak adil aku tipu..

    Haiii badan.. Haii nyawaa... Besok hari
    Becerai lah badan nyawa....

    Filem p ramlee nujum pak belalang sngat sarkartik dlm kritikan sosial..

    Sultan: Mika pembohong.. Bapa mika penipu... Mana ada jin lapar..
    Belalang: betul tuanku.. Ada tuanku
    Bapa saya bilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jin jin lapar ni berkeliaran dlm karninet 1MDB.
      Gemok2 dah pun.
      Yg boroi2 pun ramai
      Tapi bukan senang nak tangkap..

      Delete
    2. Sekarang dh duduk dlm jamban pulak

      Delete
  5. Sdr budin,
    Dgn tangkapan pihak SPRM keatas beberapa pegawai kanan dijabatan dan kementerian tertentu dgn begitu byk nilai rasuah dan kerap sekali spt cendawan tumbuh lepas hujan,menunjukkan negara sudah di peringkat rosak penuh dgn rasuah.

    Kalau pegawai kanan boleh sewenang wenang bergelumang dgn rasuah apa lagi kejadahnya dgn pak menteri mesti lebih lagi masalahnya SPRM terhad taring dan kuku bila melibatkan org atas terutama menteri dan PM cuma kalau ketua menteri pembangkang wow laju sekali tuduhan rasuah walau pun rasuah tersebut langsung tak melibatkan wang awam atau projek projek kerajaan seperti mana yg di lakukan oleh pegawai kerajaan yg juga memalitkan nama kementerian para menteri yang sepatutnya menjaga hasil awam...ini langau langau BN wajib sedar apabila kamu menulis nanti jgn nanti nampak bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku heran le dengan menteri kita...apa deme buat?main telo ker..itu ari, si KJ tuh, pegawai dia songlap duit...dia kata x tahu menahu, ini kali pegawai di sabah plak songlap duit, konfirm ketua menteri kata tidak tahu menahu...makan gaji buta le deme ni...

      Delete
    2. apa lagi yg boley depa jawab... tak tahu is the best answer now... api panas ooo... itu pun depa tak tahu..

      Delete
    3. Barua betoi puak2 menatang ni..kita rakyat susah payahla cari makan, anak haram ni senang2 je songlap duit.tak halal aku ehh...

      Delete
  6. Amalan rasuah di kalangan pegawai tinggi kerajaan memang sudah lama berlaku. Alasan yang tepat mengapa mereka berani rasuah ialah kerana mereka melihat ramai orang politikpun mengamalkan rasuah. Gaya hidup orang politik, termasuk menteri kadangkala membingungkan kita. Rumah besar, kereta banyak dan isteri mereka (yang ramainya tidak bekerja tetapi hanya suri rumah, melaram habis dengan pakain berjenama. Semua rakyat tahu berapa gaji menteri sebulan, tetapi bila dilihat gaya hidup mereka, mereka boleh digelar jutawan. Pepatah ada menyatakan, bila ada pemimpim jahat rakyat pun jahat juga. Kalau orang politik boleh kaya, rakyat pun nak kaya juga. jadi mereka pun carilah cara-caranya, apalagi aklau sebagai pegawai kerajaan berpangkat tinggi, peluang untuk rasuah memang terbuka dengan amat luas. Wah...Ini baru di Sabah. Tak mungkin dua pegawai ini berani begitu sekali. Jangan-jangan ada lagi pihak yang lebih berkauasa di belakang mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada menteri2 di Makaysia miskin.
      Semuanya jutawan jutawan belaka.
      ketua2 bahagian umno pun jutawan

      Delete
    2. Betul tu zack. Tapi masih ramai yg tak sedar. Ahli politik boleh hidup senang dgn gaji mereka TETAPI tak kan mampu hidup mewah seperti menteri2 yg ada dalam malaysia ni. Bukalah mata rakyat oiii!!!

      Delete
    3. cth terbaru lim guan eng. kaya gila beli banglo terlajak murah.

      Mukhris jgn kata la cuti ja main dgn dolphin . itu la kerjanya. kereta jgn kata bersepah .

      Delete
    4. Contoh minda otak udang.

      Delete
  7. Menteri2 ni kebal. Sprm lansung tak berani nak sentuh depa tu.
    Kalau berani sentuh hilanglah kerja.

    ReplyDelete
  8. www.sprminsider.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Terima kasih sprm atas tangkapan demi tangkapan.Semakin lama Semakin cepat saya melupakan 1mdb dan derma 2.6 bilion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sprm ni lagak je lebih.hari tu bukan main lagi solat hajat hehehehehehehehehehehe..adoi...adoi senak perut aku

      Delete
    2. Bila Tun Mahathir kata hanya arab gila bagi 2.6 B pembangkang semua tunduk dan percaya. Masing2 sanggup pertahankan dgn semangat yg luar biasa.

      Bila SPRm kata dari saudi . Geng Tun mahathir gelak sakan mengatakan SPRM gila.

      Bila WSJ kitab suci mengiakan 2.6 B dari 1 MDB lompatan geng Tu Mahathir melepasi tiang gol.

      Dan yg sioknya bila WSJ uturn mengiakan plak duit tu dari SAUDI semua jadi kerang busuk.

      Kpd pembangkang klau kamu
      minta bukti betul ke apa yg aku tulis kat atas tu .. sorry aku nk bg bukti.. aku suka korang bodoh sampai pru 14.

      aku nak solid generasi Y bg sokongan kat UMNO.

      Delete
  10. Org lain SPRM ikut prosedur siasatan yg betul mengikut Akta SPRM. Semua harta2 subjek siasatan dikenalpasti dan dibekukan. Tu mengikut undang2 dan atorcara siasatan.

    Klau dlm kes Najib, Sprm ikut atorcara siasatan berdasarkan akta Sprm,bukan RM112juta tapi RM4,000,000juta wang dan harta Najib patut, mesti dan bolih disita. Ni tak termasuk wang dan harta Riza lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kau Ada bukti bagilah kat sprm..jgn bodoh sangat ikut cakap fitnah pemimpin Dan puak2 kau..

      Delete
    2. Ye la bila najib terima duit kapal selam dulu istilahnya komisen, bila terima duit dari pak arab istilahnya derma..kalo org lain istilahnya rasuah...mana org umngok nak terima bila najib dituduh rasuah...tu yg melalak mcm anjing gila tu..

      Delete
    3. Anon 18.6 ..bukti kepala toya kau apa bukti lagi yg nak BNM,SPRM dah bagi bukti syarikat SRC AGapandi dopi kata takda..saman la WSJ tak saman sampai sekarang sudah la langau BN

      Delete
    4. Pemakan dedak telah dikesan. Tit....tit...tit...titt...

      Delete
    5. Tit tit tit confirm. Seekor pemakan dedak telah diarahkan ke blog Din. Cuma belum pasti dedak jenama apa yang ditelan dan dikunyah. Over

      Delete
    6. Nak tengok katak dapat makan dedak . katak- katak ni siap berjoget lagi .
      Tunggu dedak gred baiiiik punya imported dari USA .

      Dedak grade A dari WSJ
      Dedak grade AA dari SR
      Dedak TERBAIIIKKK AAA dari DOJ.

      Delete
    7. Tit..tit..pemakan dedak memanggil kawan..

      Delete
  11. Assalamualaikum. Dlm cerita Ali baba bujang lapok p.ramli dah Bagi petunjuk. Bila penyamun public holiday, semua pakai Baju yg ada pangkat, ada doctor, Hakim, tentera Dan mcm2 la. Dia tahu akan dtg org ini lah yg Jadi penyamun. Tak semua la. 1 cara nak bersih kan malaysia. Bagi PH satu penggal. Kalau tak bagus tukar balik pada pru15. Masa Tu kuasa Dan kekebalan Takde. Baru boleh cuci. Satu penggal tak Lama. Kalau budak belum Boleh bawa motor lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu bagi..nanti bukan saja bertambah rasuah nya malah negara akan jadi huru hara maka terpaksa melutut kat yahudi..

      Delete
    2. Anon 18.12,
      Kau ingat najib penyamun berani ka nak bagi pembangkang memerintah...sudah la tak sebut yahudi hutang 1mdb pun syarikat yahudi tolong urus bagi bahalol tuan pujaan kau sapu...Goldman sach utk langau BN yg bodoh

      Delete
    3. Bro 19:23 jangan layan 18:12 belum tau lagi dedak brand jenis apa. Mana la tau jenis gigit tulang nanti merebak pula penyakit anjing gila.

      Delete
  12. So in Sabah it seems the authorities seem to know what to do with reports of millions of cash found stashed here and there! A diversion from the 1MDB, SRC International and God's knows what else (Pembinaan PFI?) that people in the higher echelon from Malaysia's administrative capital have been involved in for years and years? After all, if those in Sabah lately are alleged for getting their dirty money from projects given to their family members, what about the case of that king of sarawak who for over three decades (and still now, of course) were doing the very same thing but no MACC and no other authorities had even lifted their little fingers to ensure that justice was done. Surely multiple of the amount confiscated in Sabah had gone out from the public coffers into the pockets of one’s siblings, cronies, etc.? In the final analysis, in Malaysia as far as the political leaders at the helm in contrast to other parties, they can get away with anything! Malaysia Truly Unislamic?

    ReplyDelete
  13. Pala kotey la komen mcm budak2, komen la secara ilmiah.

    ReplyDelete
  14. Orang awam dapat dikesan oleh SPRM kerana mereka makan rasuah dan suap dengan tangan tapi orang politik mereka bukan makan tapi rembat guna tangan penguatkuasa undang-undang itulah sebabnya bapak segala penyamun dan perembat masih bebas bersuara denga disokong oleh pemakan dedak dengan kacang kuda.

    ReplyDelete
  15. tok guru cakap ini hanya kesalahan dunia. akan dihukum di akhirat kelak. dengar cakap tok guru, kekalkan najib dan tunggu pilihanraya. biarkan negara terus rasuah kerana itu semua bukan salah najib kerana duit dalam akaun itu bukan rasuah dan tok guru percaya cakap najib. ahli pas, ikut cakap tok guru, jangan marah, solat dan berzikir, kerana syurga menantimu kerana dah pangkah pas dalam pru dan prk. pangkah dap masuk neraka, ramai juga masuk neraka tu kerana pangkah dap pru lepas dan mati sebelum pangkah pas semula pru akan datang. hidup tok guru.

    ReplyDelete
  16. Kita tidak perlu bayar GST sekiranya semua Pegawai Kerajaan Jujur, bersih, cekap Dan Amanah. Kerajaan Kita KAYA dengan berbagai Hasil yang d bayar Oleh berbagai pihak. Oleh kerana Ramai sangat Pegawai tidak Amanah, hasil tersebut d curi atau hilang Entah ke Mana. Peliknya Pegawai beragama ISLAM pun tidak takut kepada ALLAH.

    ReplyDelete
  17. Bukan ke banyak lagi perasuah yg sapu duit rakyat dapat derma tak pun sprm tangkap pada hal duitnya berkepok dlm bank itu patut disumbatjan dlm penjara satu dunia pun tahu malaun tu ambillah tindakan

    ReplyDelete
  18. Bukan ke banyak lagi perasuah yg sapu duit rakyat dapat derma tak pun sprm tangkap pada hal duitnya berkepok dlm bank itu patut disumbatjan dlm penjara satu dunia pun tahu malaun tu ambillah tindakan

    ReplyDelete
  19. Apalah abg din ..ahli politik mana boleh kena tangkap. Dia org semua ni democraticaĺly elected. Yg kena ni semua dilantik oleh SPA. Kalau ikutkan nasihat Tuan Lawyer Nazri yg juga ahli politik yg hebat ..siapa pun tak boleh ditangkap pasal rakyat yg pilih. Telan jelah bang din ..apa nak buat

    ReplyDelete
  20. Ini pun yang kasi "green light" suruh SPRM tangkap sini dan sana arahan MO1 juga dengan harapan agar rakyat yakin bahawa SPRM benar-benar buat kerja.........!!
    Tujuanya ialah secara perlahan-lahan biar rakyat lupa skandal skandal yang jauh lebih besar.....!! Ini semua trick & gimmick semata-mata.......!!

    ReplyDelete
  21. ALA SPRM...ada lagi orang yang percaya kpd SPRM...dulu pegawai menteri kena tangkap, siap ada 14 biji peti besi lagi...sampai sekarang kes sonyap saja...

    Ketua Pengarah Tourism kena tangkap...sonyap jugok...

    kes ni lama-lama diam sj...tengok la nanti,

    kawan lansung tak percaya SPRM zaman Najib ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabat

      kan aku dah kata geng2 Tun Mahathir ni munafik. Kalau sokong SPRM ada yg tak kena la tu . Psal tu la pembangkang ni kalau bagi sokongan kat Polis , Audit , Hakim dan SPRM itu semua munafik.

      sokongan membawa rebah dan munafik.
      Ingat tahu generasi Y bukannya bodoh macam pemuda zaman Anwar. Zaman Anwar boleh lah semua jadi munafik.

      Delete
  22. Pelik lah. Duit cash SPRM boleh tangkap tapi duit masuk dalam akaun peribadi boleh di lepas. Macamana SPRM nak buktikan dari mana punca duit? Kalau salah, sebab kesalahan ialah memiliki harta terlebih dari kemampuan. Kalau dia buat tender ikut segala peraturan dan di luluskan tanpa soal-jawab, dia tak bersalah. Ini bukan projek kecik anak.. boleh bayar kad kredit Najib yang di guna oleh Rosmah. Elok dia yang jadi PM...berbillion dia boleh simpan dalam rumah..

    ReplyDelete
  23. penyamun tangkap penyamun.. perompak terlepas juga

    ReplyDelete
  24. Din, tumpang tanya, apa yang akan terjadi dengan duit beratus juta yang dirampas tu? Masuk tabung negara ke? Atau bakal disonglap orang lain? Siapa yang periksa duit tu betul-betul masuk tabung negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu duit Najib yang digunakan untuk lakonan SPRM di Sabah.Keruak terlibat dalam lakonan ini,demi untuk menutup 'derma' yang lebih besar.Ketua baru SPRM adalah geng Apandi Bodoh yang dilantik oleh Najib.Inilah cara orang bangang nak tutup kebangangan mereka.

      Delete
    2. Masuk tabung najib la takkan tak tahu.
      itu la standard jawapan pembangkang dalam kepalanya mudah ja kat malaysia takda undang2.

      mahkamah. , polis , ag , sprm semua wayang ja.
      bodoh sangat pembangkang ni psal tu lah generasi Y meluat. bodoh tak bertempat.

      Delete
    3. 08:48 wakpa hang komen bodoh, hang pi la belajaq gaimana mau komen2 yang bernas.

      Delete
  25. 14 ogos 2008, micheal chia kantoi kat hongkong nak bawa masuk cash rm40 juta ke sabah. ICAC hongkong siasat, dia cakap duit ru utk musa aman sebab bagi tender balak. Nazri aziz masa tu selaku menteri JPM pulak cakap duit tu utk umno negeri, kes senyap sbb tak cukup bukti. Pengarah JBAS ahli umno & orang kuat MA. Sprm tolong siasat kaitan duit tu dgn MA..aku langsung x percaya dia buat kerja tanpa pengetahuan/izin MA. Duit bertimbun, simpan di tpt x berkunci, pencuri masuk pun boleh kena serangan jantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksalah tu simpan kat rumah. Kalau simpan kat bank sah-sahlah Bank Negara boleh detect. Pegawai kerajaan gaji ciput boleh simpan juta-juta dalam bank.

      Delete
  26. Tahniah PM malaysia kena tampar dengan bini baru-baru ni..negara kita di bawah pemerintahan kukubesi imelda mansor.

    ReplyDelete
  27. Lim Guan Eng bkn ahli politik ke?
    SPRM dah bwa kes ke mahkamah pun.. takkan korang semua lembam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takut kuasa AIR saja Tanpa kuasa politik janganlah tunjuk lembam kat Sini.kuasa negeri mana boleh kawan kuasa politik putarjaya.

      Delete
    2. Apakah maksud anon 07:40 , Lim guan eng dah pecat segala tan sri, pecat timbalan President DAP merangkap timbalan Ketua menteri pp dan banglo tu pulak diistiharkan jualan murah kebajikkan kepada dia?

      Delete
  28. Malaysia negaraku juara rasuah dunia hebat sabah pun nak jadi juara juga sebagai negeri rasuah pula mana hero sabah senyap je rasuah rasuah hidup malaysia tanpa rasuah tiada malaysia

    ReplyDelete
  29. Malaysia negaraku juara rasuah dunia hebat sabah pun nak jadi juara juga sebagai negeri rasuah pula mana hero sabah senyap je rasuah rasuah hidup malaysia tanpa rasuah tiada malaysia

    ReplyDelete
  30. SELAGI NAJIB TIDAK DIDAKWA DI MAHKAMAH, SELAGI ITULAH KORUPSI DI MALAYSIA UMPAMA BARAH. NAJIB ADALAH BARAH UMNO, BARAH BN DAN NEGARA. NAJIB, JO LOW, ROSMAH, RIZA AZIZ HARUS DISERET KE MAHKAMAH.

    NAN TU PUN HARUS DI SIASAT HARTANYA, MENCURIGAKAN. HARAP LEPAS INI SPRM MULA SIASAT AHLI POLITIK PULA

    ReplyDelete
  31. Bersungguh2 nampaknya SPRM tangkap... tapi jangan buat2 tak nampak Dinosaur penyelewengan yg terang-terang di depan mata : 1MDB & SRC International. Skandal ini boleh juga dikira perompakkan - iaitu melibatkan Polis.

    Satu dunia sudah tahu. Jangan ingat rakyat akan lupa 2 skandal raksaksa ini dengan menunjukkan tangkapan ikan bilis.

    ReplyDelete
  32. Mungkin yang kena tangkap tu perisai kepada politician kot...maksudnya kesemua kebejatan, kesialan, kebangsatan pemakan2 rasuah dibacking oleh politician...mgkn sebab tu takde yg kena siasat....hehe

    ReplyDelete
  33. LHDN boleh bagitau tak berapa cukai yg telah dibayar oleh pengarah dan timbalan pengarah jabatan air sabah yang kaya raya dengan wang haram tu?

    Takkan LHDN tak tahu depa semua tu hidup mewah? Ada kenderaan mewah bagai..paling cikai pun..mesti ada rekod depa selalu ke oversea..

    Wang tunai beratus juta dalam simpanan..tapi bangsat2 itu jugaklah yang bayar cukai tak sampai rm1000. Dapat lagi bonus...insentif raya dsb.

    Tak cekap mana pun taxman kita tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro dah kena tangkap dgn bukti kukuh betul la kena ambil masa, rangkaian dari mula dan sampai tertangkap mana2 yang terlibat dan bersubahat transaksi bagai semua kena ambil kira, bro angak2 la kalu mengomen tu. kalu tak senang la diya boleh melawan kes.

      Delete
  34. Memang tak cekap pon......kalau cekap tak payah suruh simpan dokumen sampai 7 tahun. Hehehe

    ReplyDelete
  35. http://babab.net/out/rasuah-jabatan-air-sabah-mengapa-ismaily-bungsu-pengarah-strategik-shafie-apdal-gelabah-bewak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://aidcnews.wordpress.com/2016/10/08/shafie-apdal-yusof-sarangit-pegawai-kewangan-bersekongkol-rasuah-rm114-5-juta/comment-page-1/

      Delete
  36. Tiada komen sebab Shafie Afdal terlibat atas dasar kroni ka, cuba komen lebey lanjut.

    ReplyDelete
  37. Tembak je,kasi mampos semua perompak2 ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...