Saturday, 15 October 2016

DR WAN AZIZAH YANG TABAH DAN HARUS DIBERIKAN PUJIAN


Tidak mudah sebenarnya menjadi Dr Wan Azizah Wan Ismail. Malah, barangkali paling susah. Di antara sekian ramai isteri pemimpin di negara kita, beliau mungkin yang paling tabah.

First Lady kita pun belum tentu ada jiwa setabah dan segagah Dr Wan Azizah.

Apabila isteri Anwar Ibrahim itu mengatakan beliau tidak lagi berdendam dengan Tun Mahathir Mohamad, kemuncak ketabahan beliau  memang tiada tandingannya. 

Sesetengah isteri, suami mereka bermasalah dalam JKKK kampung atau berbalah dengan ketua UMNO cawangan  pun, berdendamnya kadang-kadang boleh sampai ke mati.

Walaupun mengambil sedikit masa, pengakuan tiada dendam, bukan saja menyerlahkan besarnya jiwa Dr Wan Azizah, bahkan melegakan kita semua yang sedang ternanti-nanti perubahan dalam negara.
Sebagai seorang wanita dan isteri yang memang dalam diri mereka lebih banyak emosi dan airmata, apa yang dilakukan oleh Dr Wan Azizah tidaklah semudah seorang lelaki melakukannya.

Daripada rentetan peristiwa sejak Anwar dipecat pada 1998, dipukul dan dihina, dihadapkan dengan pelbagai pertuduhan, kemudian di penjara, bukan kepalang isteri mampu meghadapinya.

Malah, atas permintaan suaminya, Dr Wan Azizah kemudian berkorban jiwa raga serta tenaga dengan mengetuai sebuah parti  untuk memperjuangkan apa yang mereka rasa ketidakadilan kepada Anwar. 

Anwar dijadikan simbol ketidakadilan dan reformasi dengan mesej bahawa jika Anwar boleh diperlakukan sedemikian rupa, maka apatah lagi rakyat biasa.

Selepas Anwar dibebaskan, Dr Wan Azizah berkorban lagi dengan melepaskan kerusi Parlimen Pernatang Pauh dan jawatan Ketua Pembangkang yang sedang disandangnya untuk memberi laluan kepada Anwar mengisi jawatan tersebut.

Bertahun-tahun mereka menjadikan Tun Mahathir sebagai sasaran dalam ceramah dan kempen dengan tujuan menjatuhkan UMNO dan BN. Ini kerana UMNO dan BN dengan segala masalah dan onarnya kepada negara adalah dianggap tinggalan Tun Mahathir.

Namun, atas tuntutan kepentingan negara dan apa yag dilakukan Najib jauh lebih merosak dan membinakan negara, Tun Mahathir dan Anwar memutuskan untuk berbaik semula.

Walaupun sukar dan mungkin masing-masing masih ada rasa terbuku di hati, tetapi kerana mereka lelaki dan juga pemimpin, jiwa besar untuk kepentingan rakyat dan negara, lebih-lebih lagi Anwar, mampu menjurus ke arah berbaik semula itu.

Namun, tidak seperti jiwa lelaki, tidak semudah itu jiwa halus seorang wanita untuk turut sama melakukannya. Hari ini bukan saja Anwar tidak lagi berdendam dengan Tun Mahathir, malah juga Dr Wan Azizah yang selama ini menanggung segala-galanya dengan derita dan airmata.

Jika Anwar menunjukkan jiwa besar dengan lebih dulu memaaf, tidak berdendam, bahkan sedia bertemu dan bersalam dengan Tun Mahathir demi  negara, Dr Wan Azizah juga tentunya melakukan atas alasan yang sama.

Atas kepentingan negaralah, tiada lagi dendam sesama mereka.

Dengan tiada lagi sebarang persengketaan antara keluarga Anwar dengan Tun Mahathir ini, tidak dinafikan bahawa perubahan lebih mudah untuk menjadi kenyataan. 

Jika Anwar pada pilihnaraya 2008'mampu membuatkan UMNO dan BN kehilangan lima negeri, gandingan dan bersatunya beliau dengan Tun Mahathir pada PRU 14 akan datang tidak mustahil menyebabkan tiga atau empat negeri lagi "melayang" dan seterusnya membuatkan kerajaan Pusat turut "terbang".

Di sebalik mengatakan Anwar dan Tun Mahathir sedang mengancam perpaduan negara, hakikat sebenarnya ialah gandingan kedua-dua pemimpin itulah fasa ketiga yang merupakan ancaman sebenar serta membuatkan Najib kini benar-benar rasa terancam. (SH 15/10/2016).

60 comments:

  1. Syabas Kak Wan, semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kapada mu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas DSWA,
      Dunia akhir zaman ramai yang pandai bersyarah dan menulis tentang keindahan akhlak islam,
      Tetapi tidak ramai yg beramal seperti yg dia syarah dan tulis...
      Kepentingan agenda+nafsu politik peribadi dan puak selalunya mengatasi kepentingan rakyat dan ummah.

      Sekali lagi, syabas DSWA dan keluarga.

      Delete
    2. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail didakwa mengetahui dua peguam PKR, Latheffa Koya dan N Surendran duduk serumah tanpa kahwin, dedah blog Captain M.
      Walau bagaimanapun dakwa blog itu, Wan Azizah sengaja mendiamkan diri untuk menjaga reputasi parti memandangkan kedua-dua individu itu adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Surendran juga merupakan Ahli Parlimen PKR Padang Serai dan Ahli Biro Politik parti itu.
      “Selepas siri pendedahan entri FB CheguBad dan page Jeneral M baru-baru ini sumber rapat Presiden PKR Wan Azizah mengesahkan dan telah maklum lebih awal berhubung skandal khalwat Latheefa Koya dan Surendran (bekas) Naib Presiden PKR itu.
      “Sumber itu melaporkan satu laporan penyiasatan telah dihantar kepada Presiden Parti di rumahnya lengkap dengan bukti visual kes skandal Latheefa itu. Sebagai peguam Muslim dan Biro PKR perbuatan itu sangat tidak bermoral.
      “Wan Azizah Presiden Parti sedia maklum dan membiarkan siasatan sepenuhnya dilakukan. Walau bagaimanapun Wan Azizah memohon salah laku pemimpin PKR ini tidak didedahkan agar tidak menjejaskan imej parti,”dedah blog itu.

      Latheefa Koya dan Surendran juga merupakan peguam Anwar yang sering bersama-sama dalam firma guaman Daim & Gamany yang dimiliki oleh Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah.
      Pada 29 Sept lalu, AIDCNews bertanyakan siapakah Ahli Parlimen PKR yang duduk serumah dengan peguam perempuan PKR yang tanpa berkahwin itu.
      Pertanyaan itu dibuat berdasarkan pendedahan ahli PKR yang dipecat keahlian Badrul Hisham Saharin atau Chegubard yang mendakwa telah menerima bukti ‘pasangan’ tersebut.
      “Baru meneliti detail termasuk visual mengenai skandal seorang peguam (Islam) dan seorang ahli parlimen (Hindu) duduk serumah dan kedua-duanya pasangan lelaki dan perempuan ini ialah pimpinan pusat parti….,” dedah Chegubard.
      Walaupun Chegubard enggan mendedahkan identiti mereka, namun blog Captain M menamakan pasangan itu ialah Latheffa Koya dan N Surendran.
      “Sehingga ke hari ini Latheefa Koya dan (bekas) Naib Presiden PKR itu masih berdiam diri. Tiada respon balas dan laporan polis dilakukan untuk menafikan skandal ini.
      “Jika kes ini tidak benar sudah tentu Latheefa Koya bertindak melaporkan kepada pihak polis dan melakukan saman sivil kepada pihak yang memfitnahnya.
      “Wan Azizah Presiden PKR yang sedia maklum kes ini juga dicabar mendedahkan laporan salah laku Latheefa.
      “Sikap hipokrit pemimpin pembangkang seperti PKR bukanlah baharu. Sebelum ini Exco Pelancongan Selangor Elizabeth Wong (terdedah gambar bogel) turut bersekedudukan dengan pembantunya berbangsa Melayu iaitu Hilmi Malek,” dakwa blog itu lagi

      Delete
    3. Selain PAS, tendensi mereka adalah menjaga undi-undi bukan muslim. Masing-masing takut akan jerkah marah bukan muslim. Takut rakan non-muslim tarik diri daripada menjadi rakan ‘tentera bersekutu’. Takut undi mereka berpecah. Maka peluang untuk mendapat kuasa terjejas. Hasrat menguasai Putrajaya gagal. Tinggal angan-angan kosong. Jawatan PM dan Menteri yang mula difaraidkan sesama mereka berantakan. Golongan inilah menjadi penentu kejayaan RUU 355.
      UMNO ( termasuk BERSATU dan WARISAN) – Ada 87 Ahli Parlimen muslim. Jenis jaga hati MCA, MIC, Gerakan dan komponen di Sabah dan Sarawak. Ada yang mengugut. Ada yang memberi tekanan. Ada yang nak letak jawatan sebagai menteri. Ada yang berura-ura untuk tinggalkan BN.
      UMNO tahu majoriti Melayu/Islam menyokong RUU 355. Daripada peringkat mufti, NGO Muslim, tokoh-tokoh agama hinggalah kepada rakyat jelata, ramai yang sudah bersuara menyokong RUU 355 itu. Penulis percaya sebahagian besar MP UMNO juga menyokongnya. Cuma mereka tak berani mendahului parti. Masing-masing sayangkan kuasa, jawatan dan gaji beribu. Kalaulah semua itu diletakkan di atas neraca kasih sayang, pastinya dacing itu lebih berat berbanding kecintaaan terhadap firman dan hukum-hukum ar-Rahman.
      PKR – Ada 15 Ahli Parlimen muslim. Perangai hampir sama sahaja dengan UMNO; bezanya mereka belum ada kuasa di Putrajaya. Cita-cita mereka tinggi melangit. Nak Putrajaya dan nak jawatan PM. Hampir separuh daripada ahli mereka juga bukan Islam. Justifikasi yang dicipta sama sahaja dengan citra UMNO. Sama-sama berteka-teki macam UMNO.
      PAN – Ada 7 Ahli Parlimen muslim. Jenis pelari kerusi perampas markaz. Parti yang terbina atas politik dendam dan kecewa. Kemenangan dan kebahagiannya adalah apabila dendam terbalas. Sebab itu mereka bertempik dengan wajah ceria apabila RUU 355 diturunkan dari agenda 4 ke agenda 7. Itu baru turun agenda. Lebih-lebih lagi sebagai khadam DAP; semua orang sedia faham tentang ini. Bukti mulut, bukti nyata, semua bukti ada. Sudah cukup.
      DAP – Ada 2 Ahli Parlimen muslim.. Penulis tak mahu ulas panjang. DAP adalah mereka . Mereka adalah DAP.
      PBB – Ada 10 Ahli Parlimen. Dari awal lagi, Presidennya, Adenan Satem beritahu akan menolak RUU 355 atas faktor Sarawak terdiri daripada pelbagai bangsa, adat dan budaya. Aduhai, besarnya bangsa daripada Allah.
      PAS – Ada 14 Ahli Parlimen yang menyokong penuh. BEBAS – Ada 1 Ahli Parlimen iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim – juga menyokong RUU 355.
      Jumlah semua 136 undi Islam. RUU 355 hanya perlu minimum 112 undi. Berjayakah? Tok Guru kita senyum sahaja apabila diajukan soalan itu. Semua penyokong kepimpinan ulama tersenyum. PASTI.
      Kepada semua, penulis turunkan petikan makna al-Quran ini. Terpulanglah kepada mereka, ahli dan penyokong mereka nak ulas macam mana. Penulis tidak memerlukan ulasan kalian. Bermonologlah di depan Allah secara langsung. Susunlah segala metafora. Allah Maha Mendengar hujahmu dan apa sahaja niat di hatimu. PASTI.
      Allah SWT berfirman:
      "Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (QS. Ali 'Imran: Ayat 177)
      "Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan."(QS. At-Taubah: Ayat 9)

      Delete
  2. kasian, bagi nak berjuangkan misi yg bolom ponah berjaya kono tahan jugak la ... ni skrg Mahathir kato Anwar teraniaya bukan kerana Mahathir tapi sobab pengadilan tak boto sobob "hakim" tu somuo ea o'ang Najib punyo o'ang walhal Mahathir tu yg sumbekkan Anwar Sodomy 1 dan 2 ke dlm ponjaro tapi ku'ang2 o'ang ramai "pocayo" mano mungkin Anwar tolibat dgn skendal yg yg meng-aipkan suku sakat diyo serto peminatnya keseluruhannyo. Itu la politik M'sia yg busuk tak ponah dimainkan org yg bernamo Najib. Apooo nak buek an .. malah dituduh rasuah lah kobeh duit rakyat lah. Mudah2an yg bolom paham ni elok2 la soda sikit sobab menyobab bolaku perkara2 yg oden sobutkan ini. "Melayu mudah lupo dan amat mudah terpodayo - sobona ea tak ramai cumo peminat tegar jo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu minta duit banyak banyak dg rosmah(satu kapal). Lapas ini kamu balik dok 'Menang Kerbau' beli tanah kat sana. Tak payah lah dok M'sia ini. Ada kamu tak menyumbang apa apa kapada negara. Hanya penyokong ......

      Delete
    2. Adus! Dubok Serengeti berzina dengan Baboon Savanah dan beranak species 08:51. Sebab tu lain pula loghat

      Delete
    3. Ni la dia tuan2 sekalian waghih tak benegeri tu.

      Lain takdo kojo eh. Bangkit pepagi nyodor pangka ubi carik cacing cam babi tonyok.

      Tu yang bodoh eh tak ado ubek tu. Lombu pun kot hantar ngaji kek skolah laie pandai dari ekau.

      Delete
  3. Well said bro.

    Saya pernah belajar ttg ciri2 orang nak hidup sentiasa sabar, tenang dan ceria sepanjang masa walau sebesar manapun dugaan datang iaitu senang memaafkan orang walau sebesar mana sekalipun salah itu.

    Malah ada pesakit migrain kronik, apabila diajarkan cara mengingatkan kembali apa dendam2 lama walaupun kecil, perlunya mendidik hati memaafkan segala, terbukti migrain kronik hilang beransur2.

    Dahsyat sungguh hikmah memaafkan org ni.

    Soal memaafkan Najib jika buatkan satu negara dibuat honar ini, tak timbul memaafkan kesalahan. Kerana ini dosa menipu skala besar kepentingan ramai rakyat. Bukan dosa besar peribadi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak maafkan Najib, boleh,tapi kena buat perhimpunan besar seluruh negara,baca perakuan memaafkan Najib. Lebih kurang Deklarasi Rakyat...ha ha

      Delete
    2. Kalau nak maafkan Najib, boleh,tapi kena buat perhimpunan besar seluruh negara,baca perakuan memaafkan Najib. Lebih kurang Deklarasi Rakyat...ha ha

      Delete
  4. Yang Teramat Mulia Ratu Permaisuri Hati Malaysia seharusnya dinobatkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana beliau merupakan insan yang paling tabah dan sabar di negara. Beliau masih boleh senyum dengan penuh kemaafan terhadap rakyat yang memfitnahnya dan mencacinya. Begitu juga beliau turut tabah dengan kerenah2 menteri bawah suami mithalinya yang tersayang dan tercinta, Dato Seri Najib. Beliaulah memberi semangat dan kata keemasan kpd DSN agar tidak memperdulikan fitnah rakyat terutamanya berkaitan 1mdb. Inilah kasih sayang isteri yang tiada tolok bandingnya berbanding pemimpin2 lain. Seharusnya Tun Hasmah, Dato Wan Azizah, Dato Azalina Othman, Dato Seri Nurul Izzah mencontohi sikap pekerti mulia yang ada pd ibu mithali negara kita iaitu Datin Rosmah.

    Nukilan Ikhlas Alumni Newcastle University

    ReplyDelete
    Replies
    1. U tak faham ke..

      Wan Azizah berkorban untuk suami nya.. Tapi hal Rosmah, suami dia yang terkorban untuk dia.

      Tak pernah orang buat isu PM kena pelempang !

      Delete
    2. Haha... Betul tu bro. Well said.

      Alumni Gordon University

      Delete
    3. Sy pun kagum,mana ada pompan leh tahan tengok laki gila budak lelaki jambu,laki dia lanyak china doll dlm video..apa rahsianye ?

      Delete
    4. Kellie's Castle ko ada baca tak apa anaknya Arene Soraya cakap dlm FB??? Tu anak kandung dia tu.

      Kalau org luar cakap susah sikit nak caya tapi kalau dah anak dia sendiri yg keluar kenyataan....pikir logik ajelah.

      Delete
    5. 13 06

      Yang betul kaki betina ialah Najib dari PD hingga ke Mongolia. Yang memang ada juga kebenarannya ..

      Lagi dahsyat pompuan ini sebab bantu suami 'cover up' dan sanggup buat kerja 'cleaning' untuk suami.

      Itu yang suami kena lempang pun tak berani melawan.

      Keyakinan Kak Wan. Itu lah rahsia nya. Sehingga Tun Mahathir dan Muhyiddin akhirnya secara tidak langsung menolak segala tuduhan ke atas Anwar baik dengan budak jambu atau dengan china doll.

      Sekarang pendirian dan sikap Anwar memakan diri Rosmah dan Najib sedikit demi sedikit .. orang kuat dalaman nya lawan orang kuat kerana wang dan kedudukan.. yang selalu menang ialah yang kuat dalaman nya.

      Delete
    6. Hello Dubok@0938
      Habis komen nanti ada bangkai untuk kamu menjamu sekera ok. Boleh tapau balik Nukilanchiau New Cattle Univercity of NFC.

      Delete
    7. Tatang Ka, menggelarkan orang lain sbg dubok adlh kurang sopan di sisi masyarakat. Benarlah kata Tan sri Anuar, politik benci membenci mmbawa kpd dosa.

      Nukilan Kellie's Castle University of Ulu Kelang

      Delete
    8. Kellie's Castle.....
      hakkkkptuiiii...!!!

      Delete
    9. Benci membenci memang dosa.

      Tapi fitnah... boleh pulak.

      Delete
    10. Saya dah kata haritu..

      Graduan songsang ni la si Rizal mansor tu

      Amati gaya bahasanya

      Bab najip gila betina tu, sebab tu la org Pahang pernah gelar dia Mat P*ki (En Rahman JPC minta betulkan saya kalau saya siap)

      *p/s: Rosmah mansor.. Rizal mansor.. Ada kena mengena ke depa ni? Hmm..

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Tun M ada juga membuat pengakuan bersalah dan ingin perbetulkan keadaan, manakala Najib sampai laa ni masih tak mengaku bersalah sama sekali so macam mana nak maafkan..........!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib pun akan mengaku salah. Tunggu 15-30 tahun lagi. Minta maaf ni mahal kena bayar tau. Tunggu sampai kes dah tawar, minta maaf lebih selamat.

      Delete
    2. Tang mana madey ngaku salah tu,cuba bg link skit,dia cuma kata sanggup pejam mata lupakan sengketa dan bekerjasama..bab salah dia jenis yg takkan ngaku,dia akan salahkan org lain..dasar mamak putar alam..penyokong dia pun dok putar alam kat sini

      Delete
    3. Sebelom cakap apa2.....jawab dulu soalan mana perginya berbilion2 duit rakyat yg lesap tu? Jawab dulu. Ada tak negara ni buat siasatan? Kalau ada mana hasil laporan tu?? Tak payah nak diOSAkan....tunjuk je dgn telus.

      Duit yg bayar Aabar tipu tu mana? Nak tunggu jawapan dari negara luar ke?? Ini hal dlm Msia kenapa tak siasat siapa dalang yg menyamar Aabar ciplak tu? Tak nak ambik tahu ke??

      Delete
    4. Tony pua pun da abis idea nak kencing nak tunjuk mana duit ilang atau kena rembat...dah dibentangkan di pac..cukup2 lah tu merapu..melainkan ada bukti kukuh baru ler bley nak siasat..klu ada bukti kukuh da lama dap buat polis report..klu luar negara nak siasat biar ler,doj ke,swiss ke,slagi takda apa2 yg diputuskan takyah la melebih meroyan..buat org nyampah je

      Delete
    5. Org lagi nyampah meluat dgn ko ahli2 penyamun.

      Kat sini sape buat repot dia kena tangkap pastu kalo ambik lawyer....lawyer pon kena masuk lokap sekali....jadi apa lagi yg boleh dibuat???

      Reporter tanya sikit pon hantar balai. Komen dlm FB pon kena panggil soal.

      Kat sini mulut kena bisu, mata kena buta dan telinga kena pekak.

      Delete
    6. Anon 1310,,to me Najib is still "PM haprak"

      Delete
    7. Salwah,
      Dubok@1310 yang buta menyokong lebih haprak. Jauh jauh sudah bau bangkai.

      Delete
    8. Anon 1310 a.k.a waghih buangan,

      Tak payah nak suruh org bagi link bebagai. Carik la sendiri tu pun nak suruh orang.

      Dasar pemakan dedak memang pemalas. Sebab tu jadi bodoh nak mampos. Lps tu purak2 heran apasal org keliling lg cerdik dari dia

      Delete
  7. kali ini tnm wajib mmbntu dswa atau dsai jdi pm krn tempoh hri mrka banyk berkrbn untk menegkkn tnm jdi pm,trutama smsa prtndingn2 dlm umno diadakn. jenohlh dsai brlari ksana kmari bgi mndaptkn undi untkn tnm,mmber2 lain ktawa je untk liht tnm jatuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu lagi usaha alih tiang tol. Yg dibincangkan secara pokoknya ialah menumbangkan najip dan para penjilatnya.

      Sapa jadi pm lepas ni bincang bila dh menang nanti la.

      Delete
  8. Asalammualikum kak wan kami doakan kak wan sejahtera kak wan seorg yg hebat semoga allah permudahkan segalanya demi rakyat dan negara bukan macam separuh isteri pemimpin yg hidup mewah menyusahkan rakyat mengkayakan keluarga mata duitan hati busuk perangai jelek pendegki apa pun kami doakan kak wan DSAI Ybg Tun teruskan perjuangan kuburkan umno bn aaammmiiinnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kuburkan UMNO sahaja tapi jangan lupa pulak untuk kuburkan mentality dan prinsip UMNO yang masih menebal dan bersarang dikalangan ex-UMNO yang masuk PKR, PAS, PAN, DAP dan BERSATU..rakyat melihat masih ramai EX-UMNO dalam PKR, PAS, DAP dan BERSATU adalah parasite...yang hanya berjuang untuk karier dan cita2 politik sendiri, berjuang demi kepentingan untuk bisnes mereka dan keluarga merka dan terus membiarkan rasuah, salahguna kuasa, kronism, pembuli rakyat, pemecah belah rakyat dengan memperjuangkan politik perkauman dan agama yang sempit, rakyat akan lawan kau orang. Kau orang akan menerima nasib seperti orang UMNO ...mungkin juga kau akan menerima nasib seperti orang UMNO yang dibenci dan dikeji sampai mati...
      Sedarlah orang politik, ramai dan mula benci dan meluat dengan orang2 politik yang berpolitik macam binatang di rimba..siapa kuat dia menang, yang malangnya rakyat yang lemah terus sengsara

      Delete
    2. Amno sepatutnya bukan dikuburkan tapi dibakar di crematorium je.

      Majlis pembakarannya boleh diketuai oleh sami besar amno si nallakarupan

      Abunya jangan buang kat sg kelang atau bagan lalang tp ke Bukit nenas di bawah kategori "sisa berjadual"

      Delete
  9. Sebesar-besar dosa Anwar Ibrahim, besar lagi dosa Najib Razak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat leh ukur dosa seseorang..power3

      Delete
    2. Lebih baik Peliwat dari Penyamun

      Peliwat antara dia dengan Allah
      Penyamun bukan sahaja dengan Allah tapi dengan rakyat jelata.

      Delete
    3. Aduhai,longgarnye akidah melayu zaman skrg..aku tak rela ketua agama aku dr kalangan kaum luth..nak kata dia bersih dr menyamun pun..org umno lama tau sjarah dia di sabah,sejarah dia gulingkan arwah ghafar,sejarah kaum keluarga dia dalam pelbagai senaraian dlm syarikat public listing..malah,dr mana dia dapat duit utk cuba gulingkan mamak dulu..mamak pulak,takyah crita la,anak branak penyapu besar,umur staun jagung da jd jutawan segera..lom crita daim,ananda,vincent,ytl,para jootawan ipp atas angin..ooops panjang sgt list,lain kali lah celita

      Delete
    4. Jangan pilih perompak. Nanti abes licin duit rakyat kena kebas. Dia kaya rakyat kayap.

      Delete
    5. Anon 2030 tu nak alih tiang gol la tu.

      Org nak carik pm baru bukannya ketua agama.

      Tu kerja majlis raja2.

      Dah bodoh tu diam je la nampak benar bodohnya.

      Delete
  10. Walaupun buleh bermaafan, wlaupun buleh berpadu tenaga, wlpun buleh bersatu dlm kplbagaian demi utk negara, namun belum tentu buleh mnumbangkan apa yg ada skrg ni mlalui pru yg akan dtg..jwapannya mudah sahaja, kerana ade satu individu dan parti yg keras kepala yg sgt sukar diajak brbincang dan sgt sukar mengakui ksilapan yg tlh dibuat..slagi individu trtentu ini masih mengepalai klompok ini, satu hakikat pahit yg kena ditelan oleh kita semua bhw kmgkinan besar krajaan korup yg ada skrg akan trus berkuasa dan trus2 mnipu rakyat yg malas berfikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipu undi boleh manang lah!!!!

      Delete
  11. Terus terang saya rindukan era kegemilangan Malaysia sewaktu Tun M - Dato Sri Anwar Ibrahim bergandingan. Diharapkan apa yang keruh selama ini dapat dijernihkan, dan apa yang tersalah dan tersilap dilakukan dimasa lepas, segera perbetulkan. Akuilah kesilapan dan bermaaf maafanlah. Buang ego diri demi negara dan rakyat Malaysia. Negara semakin rosak gara gara pimpinan UMNO hari ini dan sudah bersaksi bahawa UMNO tidak lagi memperjuangkan kepentingan rakyat ramai sebaliknya hanya memperjuangkan kepentingan elit dan kelompok atasan tertentu.

    Dari dulu, kini dan selamanya saya tidak pernah meragui perjuangan Dato Sri Anwar Ibrahim. Saya tidak kesal kerana gara gara pendirian saya, saya derita seketika disebabkan disisihkan kerana pendirian politik yang berbeza. Saya yakin dengan kepercayaan dan naluri hati saya sejak Dato Sri Anwar disingkirkan. Apalah sangat sengsara yang saya tanggung berbangding apa yang Datin Sri Wan Azizah, keluarganya dan apa tah lagi derita dan keperitan yang dilalui Dato Sri Anwar Ibrahim. Saya mengkagumi keluarga ini lebih lebih lagi contoh kepimpinan yang ditonjolkan Dato Sri Anwar Ibrahim tidak saja dalam membentuk keluarga yang baik malah bukti kepimpinan beliau selama ini.

    Membandingkan Dato Sri Anwar Ibrahim yang tidak pun berimej lebai dan serban dengan ramai pimpinan parti agama yang berimej Islam, berlebai dan berserban, kepercayaan saya jauh berganda lebih besar kepada Dato Sri Anwar Ibrahim dari pimpinan dalam parti agama itu sendiri. Malaysia memerlukan seorang tokoh yang dapat diterima oleh majoriti rakyat yang berbilang agama dan kepercayaan dan bukannya hanya kepimpinan yang boleh diterima oleh segelintir kaum tertentu saja. Realiti politik harus diambil kira, perlu berpijak di bumi nyata dan bukan fanatik dengan era kenderaan unta, kibas, kurma dan tamar semata mata kerana Islam tidak pernah mengajar begitu sebaliknya tafsiran sempit dan sentimen gelojoh telah merosakkan kebaikan yang ada dalam Islam itu sendiri.

    Dalam ribuan perkara lebih penting lain yang perlu diutamakan, hudud juga yang diutamakan kelompok serba lebai ini. Parti agama ini wajar dipersalahkan jika regim UMNO Najib Razak yang amat rosak ini terus berkuasa dalam pilihanraya umum akan datang. Parti agama ini lebih rela rasuah terus berleluasa jika hudud tidak dapat dilaksanakan dengan segera. Bahlolnya politik pak lebai dan pak serban ini atau ada kepentingan sendiri???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu puja,skrg bahlol..geli je crita panjang2

      Delete
    2. Dia puja apa?. Tak disebut pun. Memandai mandai saja ko ni

      Delete
    3. 13.27 baru lepas ambik dedak tu yg hyperactive tu.

      Delete
    4. Dulu kata umno tak islamik,kena sokong pas sbab islamik,kata anwar la,tp ye lah,dia sendiri kaki bontot,nak crita islamik..bila pas baru nak sedar yg mereka sbenarnye diliwat oleh raja bontot,tetiba la raja bontot da lupa pasal islamik..alahai

      Delete
    5. Raja sedondon lagi hebat oiii pusing 360 darjah.

      Delete
  12. Tuan Shahbudin.. Nak tau rosmah mansur org yg tabah atau tak, kenalah tggu nanti dia dan suami dia yg takder tulur tue dipenjarakan.. macam mana keadaan dia masa tue.. dia hidup mewah diatas penderitaan dan air mata rakyat.. tggu lah nanti kau rosmah.. masa kau pasti tiba jugak suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....setiap hari ada penghujungnya....tiap perbuatan ada padahnya.

      Semata nak bagi satu keluarga tu hidup mewah kaya raya....rakyat kena tanggung susah dgn gst dan kos sara hidup yg tinggi.

      Sedang rakyat tengah kering duit belanja.....tetiba ada org terima duit free berbilion2 dlm akaunnya.

      Delete
  13. forgive and move on. period.

    ReplyDelete
  14. forgive and move on. period.

    ReplyDelete
  15. Anwar dihukum atas jenayah liwat. Kesnya dibicara melalui semua proses perundangan yg terpakai di dalam negara ini.

    Mendapat pelbagai keistimewaan kerana tarafnya sebagai "orang besar".

    Dibela barisan peguambela yang paling hebat dan berpengalaman.

    Ditaasubkan sebahagian dari kalangan manusia yang jahil dan menyombong diri.

    Teringat aku bagaimana Anwar Bin Ibrahim begitu takut untuk disoal balas pendakwaraya - hanya membaca transkrip pembelaan - mendakwa ia adalah "konspirasi".

    Memilih untuk prosiding "bicara didalam bicara" - tanpa boleh diikuti oleh orang awam di galeri makamah apabila si pengadu di soalbalas mengenai perlakuan liwat secara terperinci oleh pendakwaraya.

    Tidak pernah melafazkan sumpah "mubahalah" sebagai saksinya.

    Tidak pernah membawakan alibinya iaitu Wan Azizah - atas alasan Wan Azizah atas faktor keselamatan kata Anwar Bin Ibrahim.

    Tidak pernah membantah pada setiap bukti utama yang dibawa oleh si pengadu

    1. DNA - Air Mani yg ditemui sedalam 4cm di salur dubur machting terhadap sampel DNA milik Anwar Bin Ibrahim - yang dipertikai,pada DNA selain dari miliknya yg turut ditemui di salur dubur yang sama.

    2. Alibi - CCTV merekodkan Anwar Bin Ibrahim berada di lokasi pada tarikh dan waktu kejadian liwat - Peguam Bela tidak pernah mempertikaikan dengan membawakan saksi alibi Anwar Bin Ibrahim yg merujuk kepada Wan Azizah.

    Sesungguhnya, tiada apa yang perlu dikesalkan oleh Anwar Bin Ibrahim, bukankah dia sedang "menuai" hasil dari apa yang pernah dikerjakannya (perbuatan liwat).

    Ingatlah "rakyat bukan hakim".
    Kaki lima bukan "makamah".

    Akhirnya baguslah Wan Azizah tidak lagi berdendam pada Tun M. Masing-masing dah tua ... hehe



    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatlah Dubok@00:00
      " Dubok bukan manusia "
      " Blog Bro Din untuk manusia"
      " Dubok jangan sokong membabi buta"
      " Dubok bertaubatlah"
      You. Yes you,Dubok the low life scumbag is the living example the reason why our country is going down the drain. You stoop so low and willing to look like an idiot with your argument. Indeed you talk like all our Cabaret Minister (menteri kaberet) making a fool of themself everytime they open their mouth. You dont care and you never care, with your guilty concious and for personal gain you keep pressing forward to safe guard your interest at the same time destroying our future genaration and our belovered nation. I Pray for the people like you and sewaktu dengan kamu will rot in hell. May God reserved bankai and dedak and expedite your trip to hell.

      Delete
    2. Bukak cerita lama ni pun taktik alih tiang gol jugak.

      Berlori cerita lama mat najip cuma org malas nak bukak kat sini.

      Sebab sini tempat membincangkan isu semasa skg ni.

      Try harder la bodoh.

      Delete
  16. Anon 00:00

    Mudah2an ada anak cucu kamu yg kena liwat depan mata kamu nnt!!

    ReplyDelete
  17. Dr Wan Azizah adalah seorang lagi pemimpin wanita berkewibawaan tinggi yang mengutamakan kepentingan negara dan rakyat lebih dari kepentingan peribadi dan keluarga.

    Syabas kpd Wan Azizah yg disanjungi rakyat jelata.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...