Sunday, 9 October 2016

LEGASI MAHATHIR, LEGASI NAJIB


Barangkali masih ramai yang keliru mengenai masalah sebenar yang dihadapi negara. Bagi penyokong UMNO dan Najib Razak, daripada yang dapat dedak secara bulanan atau sekali-sekala sehinggalah kepada pemimpin yang diberikan habuan jawatan, kontrak atau kedudukan, mereka nampaknya lebih cenderung untuk melihat Tun Mahathir Mohamad sebagai punca segala-galanya.

Seolah-olah jika Tun Mahathir berdiam diri dan tidak berkata apa-apa, malah menyokong semua langkah dan perbuatan Najib Razak, seluruh rakyat  akan menikmati kehidupan yang lebih baik dan bahagia.

Benarkah begitu? 

Bagi mereka yang waras dan berfikir dengan jujur, agak memualkan sebenarnya apabila Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyarankan agar Najib Razak berani merombak beberapa legasi Tun Mahathir yang dianggapnya memberi kesan negatif kepada rakyat.

Beliau mengambil contoh penswastaan lebuhraya yang ditandatangani di zaman Tun Mahathir yang mensyaratkan kenaikan tol dalam tempoh tertentu dan  pengurusan sisa pepejal yang membebankan pihak berkuasa tempatan, sebagai contoh legasi negatif yang perlu dirombak oleh Najib.
Benarkah legasi Tun Mahathir yang menjadi masalah atau legasi itu merupakan masalah kerana Tun Mahathir begitu lantang mahu menyingkirkan Najib?

Dalam kes kenaikan tol misalnya, kenapa ia tidak menimbulkan banyak rungutan dan bantahan daripada orangramai ketika Tun Mahathir sedang berkuasa, sebaliknya hanya sekarang ia menjadi masalah?

Tidakkah ini menunjukkan yang menjadi masalah bukan disebabkan kenaikan tol yang merupakan tinggalan Tun Mahathir itu, tetapi kerana pendapatan dan kuasa beli rakyat yang makin mengecil?

Mengapa, selain beberapa kenaikan kos sara hidup, rakyat sekarang ini semakin sukar memperolehi wang berbanding sebelumnya?

Adakah dengan merombak legasi Tun Mahathir, tetapi membiarkan Najib terus kekal, mampu mendatangkan banyak kebaikan dan memulihkan keadaan dalam negara?

Antara Tun Mahathir dan Najib, siapa yang lebih tidak diperlukan oleh kita semua?

Tanpa huraian panjang pun, jika dibandingkan antara legasi Tun Mahathir dengan pelbagai karenah dalam kepimpinan Najib, kita dengan mudah mendapat jawapan siapa yang sebenarnya menyusahkan kita semua.

Bukan Tun Mahathir yang banyak legasi atau Pak Lah yang tiada legasi  yang menjadi masalah kita, tetapi beban kita ialah Najib yang tidak boleh lagi dibersihkan atau dicuci kekotorannya.

Bayangkan bagaimana Perdana Menteri akan datang menanggung legasi Najib yang turut dikaitkan dengan Rosmah, Jho Low, 1MDB, pembaziran, kemewahan dan bermacam-macam lagi. (SH 09/10/2016).

64 comments:

  1. Ni kes kepimpinan sekarang tak pandai urus tadbir yg baik.. Tak bijak atasi masalah.. Hanya tunding jari pada org tak selesai masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 11:23 & bang budin... mak member sy penah cakap... kalau otak udah takat itu, takat itu aje la.. buat la macam mana pun, mmg takat itu aje la... ini kepada geng yang dah konon2 abis pikir jalan terbaik, sebanarny tak sampai mana pun pemikiran korang nie... kesian sy tengok kepimpinan sekarang nie, tak jauh mana pun perkembangannya, hanya buat projek yg kosong masa depannya.. turun aje la, jgn nak menyusahkan... cukup2 la tu

      Delete
    2. Sebab tu rembat apa saja

      Delete
    3. 1218, aku suka ayat tu. "kalau otak udah takat itu, takat itu aje la.. buat la macam mana pun, mmg takat itu aje la"

      Dlm gomen, aku rasa 1000 % betul, dlm swasta 800% betul.

      Kadang2 jumpa bigot2 yg punya ramai gini, patut ditembak saja. Serius. Nak suruh berhenti bernapas, aku terasa zalim la pulak. Sbb Allah Taala sudah cakap, Dia tak ciptakan sesuatu itu untuk sia-sia ataupun main-main walaupun kita berasakan demikian.

      Yg aku risau, camanalah bigot2 half past six ni boleh lolos dapat kerja dan jawatan dlm gomen mahupun swasta. Kdg2 kabel x kuat mana pun.

      Delete
    4. Aku muak dengan PEMIMPIN yang MENYALAHKAN orang untuk COVER KELEMAHAN DIRI sendiri. Pemimpin yang begini ialah pemimpin yang NYATA LEMAH.

      ESCUSES are the TOOLS of the WEAK n INCOMPETENT. BLAMING people will not make u look BETTER.



      Delete
    5. Legasi negatif tu yang bawak lari duit rakyat.
      Legasi negatif tu yang samun duit negara.
      Legasi negatif tu yang rompak duit Malaysia.
      Legasi negatif tu yang pergi bershopping sakan tabur duit bagi untung kat negara luar.
      Legasi negatif tu yang cakap bohong menipu rakyat dgn cerita lawak bodoh.
      Legasi negatif tu yang cakap berdalih-dalih hari ni lain esok lain.
      Legasi negatif tu yang sekat kebebasan rakyat.
      Legasi negatif tu yang tak boleh dikritik, tak boleh ditegur.
      Legasi negatif tu yang dakwa dan tangkap rakyat yang bersuara.
      Legasi negatif tu yang menyorok dan berkubu di sebalik undang2.
      Legasi negatif yang munafiq menyebut nama Allah sedang hati tidak lurus.
      Legasi negatif tu yang tahu dia salah tapi berpura-pura suci.

      Allah saja yang akan tentukan nasib orang ni dan jangan lupa bahawasanya Allah maha mengetahui apa yang tersembunyi dan Allah maha adil memberi balasan.

      Ingat saja cerita Firaun dan Raja Namrud dgn bala tenteranya yang perkasa akhirnya tumpas dijatuhkan oleh Allah Taala.

      Delete
    6. If there’s something that has been glaringly wrong with the Malaysian Cabinet for a long time now, it’s that the Prime Minister and the Finance Minister have been the same person.
      While it is fair that the selection of cabinet members should be left to the wisdom of the Prime Minister, there should be limits, especially in the appointment of the Finance Minister.
      It is fundamentally wrong for the most powerful person in the country to also be in charge of the nation’s coffers.
      In fact, former Bank Negara Deputy Governor Lin See Yan revealed earlier this year that Abdul Razak Hussein was never comfortable holding the Finance Minister’s post when he was Prime Minister, but reluctantly did so after the resignation of Tan Siew Sin.
      Razak, Lin said, felt that this violated the principles of checks and balances. In fact, he did relinquish the portfolio as soon as he could.
      On Thursday, the Wall Street Journal reported that another former PM, Mahathir Mohamad, said in a lecture that the roles of Prime Minister and Finance Minister should be separated to prevent a repeat of the scandal associated with 1MDB, which is wholly owned by the Finance Ministry.
      Mahathir, who himself had two stints as Finance Minister, said in the London lecture: “We should put a bar” to prevent the Prime Minister from becoming the Minister of Finance.
      Mahathir is absolutely right. There needs to be such a separation of power. The Prime Minister cannot be the Finance Minister, and perhaps should not even be the Home Minister, another position which could be abused in the wrong hands.
      What is funny is that a visionary statesman like Mahathir, the architect of Wawasan 2020, could not foresee the danger of allowing one person to hold both portfolios, like he himself did. That’s quite unbecoming of someone who idolised Razak and regarded him as his mentor.

      Delete
    7. PRU14 adalah PRU terakhir untuk Anwar Ibrahim. Anwar jatuh sebagai orang kedua di tangga kuasa pada tahun 1998, sempat kembali pada tahun 2008, di usia 61 tahun.
      PRU13 adalah cubaan terakhir Anwar untuk bangkit ke puncak hayat politiknya, namun digagalkan oleh sistem pilihan raya yang memenangkan parti 47 peratus. Pandangan pesimis mengandaikan nyawa politik Anwar terkubur, setelah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, kerana beliau hilang kelayakan untuk bertanding, barangkali untuk dua penggal.
      Dengan andaian PRU14 dan PRU15 berlangsung pada tahun 2018 dan 2023, apa yang tinggal untuk tokoh yang dilahirkan pada tahun 1947 ini?
      Anwar sudah hampir pasti tidak boleh bertanding dalam PRU14, tetapi susuk tubuh ini tetap relevan, memandangkan tiada tokoh yang seiring pengaruh dan wibawanya untuk diterima parti pembangkang mahupun rakyat secara umum buat masa kini.
      Anwar sering dipersalahkan ketika di luar penjara, namun rakyat mula sedar betapa sukarnya pembangkang bergerak tanpa Anwar selepas 10 Februari 2015. Dari segi teknikalnya, Anwar hanya disekat undang-undang, yang boleh diatasi seandainya senario politik berubah dalam PRU14.
      Namun, jikalau keputusan PRU14 tidak melonjakkan pembangkang ke mana, malah kedudukan BN semakin selesa dengan peratusan kerusi yang dipegang, maka masa depan Anwar akan menjadi semakin malap. Begitu juga dengan musuh ketat yang bersalaman dengan Anwar selepas 18 tahun, Mahathir Mohamad, PRU14 adalah peluang terakhir tokoh berusia 91 tahun ini menumbangkan Najib.
      Mahathir pernah berjenaka bahawa dirinya hanya mampu menjenguk Malaysia "dari atas" pada tahun 2020, sama ada Malaysia berjaya merealisasikan wawasan sebagai negara maju atau tidak. Kira-kira tiga tahun sahaja yang menjarakkan kita dengan 2020, namun politik tempatan nampaknya belum lagi terlepas dari genggaman beberapa tokoh veteran.
      Najib Razak, 63, masih mampu bertahan untuk melanjutkan hayat politiknya selagi skandal 1MDB tidak berkembang di luar kawalannya. Peranan Mahathir menjadi tumpuan di sini bukan kerana diktator pencen ini telah dinobatkan sebagai ikon reformasi, cuma seandainya pengasas Umno Baru yang tebal dengan keMelayuannya itu pun gagal meyakinkan masyarakat Melayu untuk menyingkirkan Najib, maka siapa lagi yang mampu menggalas dan menyempurnakan misi sedemikian?
      Kedua-dua orang Mahathir dan Anwar melambangkan generasi dan zaman masing-masing. Pergelutan dua tokoh ini selama 18 tahun mencorakkan politik tanahair. Ada yang menyifatkan perbalahan politik ini sebagai konflik generasi, pertembungan dua paradigma politik yang berbeza - di mana Anwar mencabar autoritarian Mahathir dengan tuntutan Reformasi.
      Hakikatnya, reformasi sistem negara tidak pernah sempurna, sejak dilanda kemelut ekonomi 1997, disusuli kemudian dengan krisis kewangan 2008.

      Delete
    8. Baik reformasi mahupun transformasi, laungan slogan ini gagal menyelesaikan beberapa konflik yang timbul. Bukan sahaja sistem negara tidak dirombak, malah sistem parti politik pun gagal berfungsi seiring langkah peredaran zaman. Kemunculan AMANAH dan BERSATU, misalnya, adalah manifestasi bagaimana konflik parti gagal diselesaikan melalui saluran dalaman.
      Maka serpihan keluar dan menubuhkan parti baru, memasuki gelanggang yang direka untuk menindas parti baru yang kecil. AMANAH telah diuji dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak dan dua pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sepanjang tempoh setahun ditubuhkan.
      Loceng amaran berbunyi - sungguhpun saf pimpinan Amanah adalah pemimpin garis kedua yang terunggul dalam parti lama mereka, PAS, namun penghijrahan mereka tidak diikuti penyokong akar umbi secara berpusu-pusu. Lantaran itu, mereka berdepan dengan masalah jentera di akar umbi.
      Tidak realistik untuk menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap AMANAH dalam PRU14. Cabarannya, adakah AMANAH mampu mengekalkan enam kerusi parlimen dan tujuh kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dimenanginya dengan tiket PAS dalam PRU13?
      Apakah penyandang kerusi ini mampu menang, andainya terpaksa memasuki gelanggang untuk perang tiga penjuru?
      Andainya senario terburuk berlaku, di mana AMANAH gagal mempertahankan kebanyakan kerusi yang disandangnya, apakah langkah seterusnya?
      Adakah kembali ke pangkuan PAS menjadi pilihan yang boleh dipertimbangkan, setelah hubungan kedua-dua pihak dirobek sebagaimana yang kita saksikan setahun lalu?
      Bagaimana pula dengan reaksi rakan sekutu AMANAH, dan juga penyokongnya? Apakah kredibiliti pemimpin AMANAH akan terhakis?
      PRU14 juga gelanggang pertarungan pertama BERSATU. Berbanding AMANAH, BERSATU nampaknya lebih tidak bersedia untuk perjuangan jangka panjang, dari persepsinya. Ia bermula dengan matlamat untuk menumbangkan Najib, dan dijangka kembali ke pangkuan Umno selepas perjuangannya selesai.
      PKR sekurang-kurangnya diasaskan sebagai parti berbilang kaum, sungguhpun lahir di celah-celah retakan Umno. AMANAH setidak-tidaknya cuba menawarkan hujah yang berbeza, dalam penafsiran Islamnya berbanding PAS. Kedua-dua parti ini berusaha menyesuaikan diri untuk politik masa depan.
      Namun BERSATU mencungkil pertikaian sebaik sahaja membuka tirai, apabila ahli bukan bumiputeranya tidak diberi hak mengundi dan bertanding untuk jawatan parti. Sekatan ini menambat langkahnya untuk pergi lebih jauh dalam politik Malaysia, dan rata-rata hanya menerima BERSATU sebagai strategi untuk memecahkan undi Umno. Realiti ini membuatkan PRU14 penting untuk BERSATU - guling tikar jikalau misinya gagal.

      Delete
    9. Memang betul dulu Tun M pegang 2 jawatan, PM dan Finance Minister tapi tak pernah dengar cerita duit berbilion masuk akaun Tun.
      Tak pernah ada liputan luar negara tentang skandal wang haram yg berkait dgn Msia.
      Tak pernah pulak dengar banyak negara buat siasatan wang haram yg melibatkan Msia.
      Tak ada bank yang tutup kerana terlibat dgn kes wang haram dari Msia.
      Tun M pun tak pernah terima apa-apa derma dlm akaun peribadinya.
      Tak ada pulak Tun M bayar berbilion2 duit negara kepada company penipu.
      Pokoknya di zaman Tun M Malaysia tak pernah hilang duit. Wang rakyat tak pernah dirembat atau lesap.

      Delete
  2. Award bini dia yg unesco tarik balik pun kata orang sabotaj.
    Mcm lah bini dia tu cantik sgt.

    ReplyDelete
  3. Legasi Tun M membangunkan negara dgn rakyat hidup senang berjiwa negara. Legasi Najib menjahanamkan negara dgn rakyat hidup susah membenci negara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka mappadulung tebalnya gred 4 bintang ... hatinya busuk tak terhingga!!!

      Delete
  4. Syarikat konsessi yang mengutip tol di Lebuhraya dan Syarikat Pelupusan Sisa Pepejal adalah milik GLC yang mana Kerajaan harini boleh dan berkuasa untuk mengubah apa-apa keperluan dalam perjanjian.

    Sebagai contoh, kutipan GST yang berpuluh billion ringgit setiap tahun boleh diagihkan sebahagiannya untuk mengimbangi kenaikan tol. Dulu tak ada GST. Manfaatkanlah kutipan cukai itu untuk rakyat dan saya rasa semua rakyat akan menikmatinya dan tak bersungut walaupun dikenakan cukai tersebut.

    Kalau tidak apa guna dan apa peranan Kerajaan yang ujud pada hari ini.

    ReplyDelete
  5. Segala2nya tidak akan diteruskan jika rakyat tidak menyokong atau membuat tentangan.Tetapi yang agak peliknya rakyat kebanyakannya menyokong membabi buta tak kira dari golongan kaya atau miskin,tidak tahulah mereka2 ini faham atau pun tidak keadaan yang sebenar.....

    ReplyDelete
  6. Andaikata Tun M perintah skrg pun, percayalah. Situasi yg sama juga berlaku spt skrg. Kos sara hidup makin tggi. Tol semakin naik. Perkara ni berkait dgn zmn. Perkembangan zmn demi zmn adlh menyebabkn kos smakin naik. Isu gaji kecil tu bknlah mslhnya. Tu adlh mslh masing2. Sbb itulah kita kena bljr pandai2 supaya dpt kursus pengajian tip top. Keje pun snang dpt. Bkn stkat sng dpt. Gaji pnj besar. Perkara ni x de mslh pd graduan yg cemerlang SPM dan ditawarkn pengajian kritikal. Mereka tdk merungut pn kenaikan kos tinggi. Yg merungut adlh lulusan stkat SPM shj yg mn tdk layak utk bljr ke universiti. Kos tinggi. Sbbnya mengamalkn prinsip 'biar papa asal bergaya'. Inilah yg merebak pd anak2 muda skrg. kahwin nak bergaya mencecah RM1 juta++++. Lps tu bising hutang ler..riba ler...Percayalah...kalau Tun M jd PM skrg pn senario yg sama jugak berlaku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:09
      Aku tak rasa kalo tun m memerintah keadaan akan jadi seperti sekarang, kalo najib ada sekelumit kecerdikan tun m dalam bidang ekonomi, malaysia takkan terjerumus dlm keadaan skang ni...tahun 1998 dulu keadaan lebih truk dari sekrg tapi tun m berjaya meminimakan kesannya..itu fakta..aku rasa tun m tidak mudah ditipu oleh jho low spt najib..tun m bukan jenis sain x baca punya geng...he may be is not perfect but he is better than najib for sure...

      Delete
    2. anon 1209, hamba tidak kisah pun kalau tuan hamba nk kata pasal Tun M kerana atas kejahilan murakab buat tuan hamba mengenai fakta itu. Cumanya hamba ingin menyinggung pasal rezeki. Seolah-olah tuan hamba bercakap mcm tuhan. Siapakah tuan hamba hendak menentukn rezeki org hanya dgn pemerhatian mata kepala tuan hamba? Tuan hamba hanya melihat graduan cemerlang mndpt kerja yg baik dan bergaji besar. Itu hanyalah sangkaan tuan hamba termasuk hamba juga. Rezeki ni Allah tentukan . Ada insan yg belajar setakat sekolah rendah shj. Namun, dengan sifat harus Allah dia berusaha bekerja keras dan juga dgn sifat harus Allah juga dia menjdi kaya-raya. Berfikirlah...

      Delete
    3. Saya tak setuju beberapa isu saudara. Bab kos, kos memang sentisa naik, tapi kenaikan gaji di malaysia tidak memadai untuk menampung kos. Tidak spt di spore. Ini kerana ekonomi kita tak berkembang. Tiada siapa percaya statik kerajaan yang nampak begitu cantik. Golongan graduan kita terperangkap dalam middle income trap (forget about what idris jala said). Kalau Tun masih jadi PM, dia akan habiskan banyak masa di taiwan, jepun, korea, EU, US untuk tarik FDI. Private sector growth would have cushioned the low oil price. The low ringgit impacts expansion, as most machineries and tools are imported in usd.

      Graduan kursus kritikal pun terima bahananya sekarang. Anak saudara saya lulusan dentristy dah 1 tahun tunggu posting dari kem kesihatan. 1 year...that shows that govt doesnt have the money.

      Bab graduan cemerlang senang dapat kerja, sorry, it is a fallacy. We in the private sector has put a freeze on recruitment since last year. Kalau 10 orang berhenti, diganti paling tinggi 3 orang on average. This is based on my discussions with fellow decision makers in the private sector. HR tiap2 bulan dapat permohonan berlambak dari graduan. Semua masuk file KIV. Priority is for grads who excel in english. Anak2 kampong yang tak tau english, sorry, not our problem.

      Tapi bab biar papa asal bergaya, saya setuju 100%.

      Delete
    4. Situasi sama berlaku sekarang andai tun m berkuasa. Situasi apa yang sedara maksudkan? Kalau yang dimaksudkan adalah ekonomi dunia lembab, harga minyak dan komoditi rendah, situasi geopolitik semasa yang meruncing, saya rasa pada awal 80-an dulu ianya lebih gawat dengan perang dingin, ekonomi gawat dan sebagainya. Tapi saya rasa tiadalah tun m nak wujudkan dana sovereign semata mata nak berhutang dan menggelapkan duit. Saya akui ada tindakan tun m dulu ada yang berisiko tinggi, tapi hasilnya ialah kemakmuran. Sekarang hasilnya ialah keluh kesah. Dan beban yang terbesar ialah gst. Kalau nak dibandingkan antara tun m dan sekarang, saya rasa tak berbaloi untuk dibandingkan sebab bezanya ketara sangat.

      Delete
    5. Haih statment melampau tu 'kalu tun m pimpin sama macam najib'.. Tak sama.. Byk yg tak sama..
      Gst takda
      Subsidi ada
      2.6b takda
      Masalah anak isteri takda

      Masalah kempimpinan najin adalah kurang wawasan.. La ni tersangkut pembangun malaysia dgn 1mdb... Berapa byk masa, tenaga perbincangan bekenaan 1mdb saja.. 1dunia kalut cerita.. Kepimpinan malaysia sgt gagal.. Kalu kat luar sendiri letak jawatan kalu prestasi kurang.. Kalu malaysia berebut jawatan..
      Sekarang bola dikaki najib.. Sepak la selesaikan.. Boh gol.. Buatpa salahkan org yg boh gol dulu

      Delete
    6. Entah..klu ekonomi teruk sekalipun x payahlah wujudkan gst..yang biar papa asal bergaya tu dkat pemimpin kot..biar negara papa asal mereka bergaya..cam sial kan

      Delete
    7. Entah..klu ekonomi teruk sekalipun x payahlah wujudkan gst..yang biar papa asal bergaya tu dkat pemimpin kot..biar negara papa asal mereka bergaya..cam sial kan

      Delete
    8. Zaman tun tak ada GST. Tapi negara boleh berkembang pesat buat pembangunan dengan maju. Tak ada pulak tun tekan rakyat dgn GST utk biaya bajet pembangunan.

      Sekarang rakyat ditekan dgn GST. Duit kutipan GST tu buat bayar hutang negara 800 bilion. Itu pun duit kutipan GST tu tak cukup nak bayar hutang tu.

      Kenapa tak disiasat mana perginya duit rakyat yang dirompak licin tu? Rampas balik duit tu dan bayar hutang negara. Bebaskan rakyat dari GST dan kos sara hidup yang melampau.







      Delete
    9. Kita ptut bersyukur gst kta rendah drp Singapore.

      Delete
    10. Anon 0121,

      Apa kau tak kata bersyukur kita makan nasik tak makan pasir je?

      Bodoh nak mampos

      Delete
    11. GST Singapore tinggi sebab tahap gaji pekerjanya tinggi. Gaji pengawal keselamatannya lebih kurang SGD2,300 sebulan (RM6,953).

      Kenapa mereka boleh bayar gaji yang tinggi sebab ekonomi mereka kukuh. Kenapa ekonominya kukuh, hutang negaranya kurang.

      Tengok bayaran gaji kita cukupkah gaji seorang graduan kita nak bayar rumah, kereta, susu anak, bayar org jaga anak, makan minum pakai anak bini?? Ramai yang bagitahu tak cukup. Tambah dgn GST, nak menyimpan menabung pun susah.

      Delete
    12. Tajul...mujur si Anon 01:21 cakap macam tu.

      Kalau dia cakap, "syukurlah bumi bertuah malaysia ni gas oksigen masih tidak dikenakan GST"

      Tak ke terlopong kita melihat masih ramai yg benak macam Mat Nakhoda.

      Delete
  7. Let me tell you this,,sekarang ini seluruh dunia sudah tahu pekong MO1 & Jho Low,,ini dua ekor memang betul-betul punya crook, apa yang di ceritakan oleh SR,DOJ dan WSJ adalah shahih dan benar berlaku,,itu sebab dari awal lagi MO1 cakap saja nak saman tapi tak buat sebab dia yakin yang dia bersalah jadi macam mana cara nak saman,,Tun M pelawa debat tapi MO1 tak hadir,tak berani nak terima soalan dari wartawan asing,,PAC report tonggang langgang akhirnya di OSA kan,,Bank ICT di Singapura di arah tutup oleh kerajaan Singapura kerana bersubahat menyimpan wang laundering money kepunyaan MO1,,Wahai rakyat Malaysia yang dirahmati Allah,, mari sama sama dengan berlapang dada untuk terima hakikatnya bahawa Najib telah gagal mentakbir Negara dengan baik,beliau banyak sangat-sangat melakukan kemungkaran pada Negara & rakyat Malaysia..!! MO1 adalah Mafia terbesar dan beliau lah yang mengupah samseng-samseng baju merah untuk kekal berkuasa..Beliau adalah the real trouble maker di Negara ini......!!
    Cukup sampai disini riwayat Umno kita tidak dapat terima untuk melihat Negara semangkin hancur dan musnah,,bukalah minda and say NO to UMNO........!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat salah. Suka ikut cakap bini. Berani ker dia atau balaci balaci nak berdebat dgn Tun yg amat kita kenali dan tahu integriti beliau?
      Tun tidak pernah menyusahkan rakyat.
      Tun tidak pernah jual tanah air ini.
      Pernahkah Tun buat mcm 1MDB di zamannya???

      Delete
  8. Tak ada apa yang dapat di banggakan dari awal hingga sekarang sewaktu Najib memerintah,,suwei dan balak lepas satu satu yang menimpa rakyat dan Negara ;
    1)rasuah kapal selam scorpene
    2)kes mendiang Altantuya
    3)konspirasi liwat 2 DSAI
    4)MH370
    5)MH17
    6)GST
    7)Blackout & penipuan PRU 13
    8)1MDB
    9)SRC
    10)derma 2.6billion
    11)memecat orang-orang penting dalam kerajaan
    12)isteri dan anak tiri hidup mewah dan membazir kan wang Negara dan rakyat
    13)membodoh-bodohkan rakyat jelata terutama orang2 kampong dan Felda
    Apa saja akan dilakukan untuk kekal berkuasa dan tidak dapat di dakwa.....!

    ReplyDelete
  9. Segala bentuk cubaan telah dibuat untuk meyakinkan rakyat (menipu rakyat) bahawa punca masalah adalah Mahathir malangnya tidak berjaya.

    Cubaan demi cubaan terpaksa diteruskan termasuklah segala bentuk idea terdesak menjadikan mereka sendiri lemas dan karam dengan idea mereka sendiri.

    Contoh baju merah, aksi dan provokasi menunjukan umno berada di tahap paling tertekan, tidak pernah ujud aksi sebegini di masa lalu kecuali perarakan aman membantah sesuatu perkara.

    Samseng hanya ujud jika ketuanya mafia dan kaki jenayah..Even Nazri pun tak mengaku itu gerakan umno tetapi ada pemimpin yang sokong - percanggahan sesama mereka. Cakap Nazri sudah dibakulsampahkan.

    Rasulullah contoh terbaik dari segi dakwah yang lembut dan sederhana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MO1 tak ada standard macam Tun Mahathir,,apa saja soalan yang ditanya oleh wartawan tempatan dan asing beliau dengan tenang menjawab dengan spontan dan bernas dan tak pernah lari dari wartawan sejak dari dulu,,Inilah jenis Peminpin kelas dunia yang tersohor...!! Hidup Ayahda Tun

      Delete
    2. Maaf nak nyampok, dia tu hujung kuku Tun M pun tak sampai.

      Delete
  10. Anuar musa tak sedar ker..Legasi mahathir yg paling ketara di jahanamkan najib ialah umno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakul sampahkan sekali annuar musa tu.
      Cakap pandai
      Berapa kerusi yg umno ada di kelantan?
      Apa legasi umno di kelantan. Sungai Golok ker?

      Delete
    2. Silap2 duit Datuk Vida pam ke team Kelantan pun dia dah rembat

      Patutla team Kelantan makin teruk mainnya skg

      Delete
  11. Jamal ikan bakar baju merah cakap bersih baju kuning nak guling kerajaan! Kenyataan yang cuba membodohkan rakyat terutamanya bangsa melayu! Yang diminta dari awalnya melalui gerakan Tun M adalah supaya PM skrg stepdown pasal performance hampeh, pilihlah yang lain dalam BN jugak untuk jadi PM baru! Itu aja.....tapi yang bebal masih gak kata baju merah tu betul....belasah melayu baju kuning macam kes terbaru pun tak apa, tapi cina Jo Lhow rembat duit negara tak buat apa2!!Memang sahlah baju merah ni takut giler pemerintahan negara bertukar selepas PRU akan datang takut tak dapat mendedak lagi dari ketua kleptokrasi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan banyak cakaplah.
      PH, tubuhkan segera
      Pemuda Tahan Lasak (PTL).
      Kasi ganyang Jamal@HaramJadah.
      Jangan sampai dia naik tocang...

      Delete
    2. Lepas tu sumbat dalam tong simen

      Tak pun kasi C4 je

      Delete
  12. Legasi beli belah @ legasi takot lakinya semoh.Ini lebih kuah dari isi,musang pon x berani nak tegur.

    ReplyDelete
  13. Annuar Musa pun ada 'legasi' masa dia duduk dalam kabinet sebagai menteri luar bandar zaman Mahathir. Kes rumah PPRT. Dia terlepas tapi KSU dia yang kena. Datuk AKJ pernah tulis pasal perkara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kalau masa tu check lemari Baju Dan kabinet opisnya ada berapa jota duit cash yg dia simpan masa tu ye?

      Delete
    2. Baju merah tu legasi annuar musang. Dia ketua penerangan umno.
      Dia yg dok terang kat jamal gedebe apa yg nak dibuat.
      Dedak byk.
      Apa susah.

      Delete
  14. LRT antara bandar pun salah satu legasi Mahathir. LRT yang perjalanannya yang sentiasa lancar perjalanannya dengan harga berpatutan.
    Legasi PM sekarang ialah LRT yang selalu rosak dan tak cukup duit untuk maintainance. Walaupun kadar tambang baru saja dinaikkan tapi masih tak cukup. Legasi PM sekarang penumpang terpaksa turun berjalan kaki atas landasan bila LRT rosak. Belum pernah berlaku sebelum ini. Zaman Pak Lah pun tak pernah berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak legasi PM kini tak masuk akal.
      tiga sebagai contoh
      1. 1mdb
      2. mas hilang/tembak
      dan
      3. rasuah mega di sabah.

      Delete
    2. Setuju!!
      1mdb- hutang x habis nak bayar smp 7 keturunan.
      Mas hilang- takkan jumpa sampai najib pencen/ yg kena tembak tu, penembaknya x kan dapat didakwa..
      Rasuah mega disabah-rekod kira duit paling lama oleh kakitangan sprm..

      Delete
  15. Betul banyak lebuhraya yang ada sekarang ini ditandatangani di zaman Mahathir yang mensyaratkan kenaikan tol dalam tempoh tertentu tetapi kenapa pada zaman beliau tidak berlaku kenaikan yang membebankan? Kalau ada pun naik naik sikit jer.
    Ini kerana masa zaman Mahathir kerajaan mampu menyerap sebarang kenaikan dengan membayar pampasan kepada syarikat konsensi. Ini menunjukkan zaman Mahathir kerajaan SENTIASA ADA DUIT untuk menyerap sebarang kenaikan. Ini juga salah satu bentuk subsidi atau pertolongan bagi meringankan beban rakyat khasnya yang tinggal di bandar-bandar. Orang duk complain zaman Mahathir gaji kecik tapi harga barang murah, tol murah, serba-serbi murah tak nak cerita pula.
    Syarikat-syarikat konsensi ini telah melabur berpuluh-puluh bilion untuk menyediakan prasarana lebuhraya yang moden dan efisyen dalam jangka masa yang singkat. Ini sudah tentu menelan belanja yang tinggi. Pihak kerajaan melalui JKR tiada kemampuan untuk membinanya dalam jangka masa yang singkat dan terpaksa menggunakan kepakaran sektor swasta yang untuk membina lebuhraya.
    Duit yang telah dibelanjakan itu mereka nak recoup semula melalui kutipan tol dan selain digunakan untuk tujuan maintainance. Perjanjian dimerterai dengan kerajaan bagaimana nak 'recoup' billions of the money spent. Mungkin ada sedikit sebanyak kelemahan dari segi isi perjanjian bersama syarikat konsensi maklumlah nak mengejar status negara maju tapi kerajaan pada waktu itu sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan sentiasa bersedia untuk membayar pampasan jika kenaikan dirasakan membebankan.
    Kalau kita lantik kontraktor yang memang pakar bina lebuhraya, maka kerajaan akan dapat lebuhraya. Lebuhraya yang sempurna, besar dan cantik bersekali dengan fasilitinya yang serba canggih. Yang menjadi masalah apabila JKR melantik kontraktor-kontraktor kecil yang tiada kepakaran dengan modal yang tidak seberapa untuk membina lebuhraya. Haru-biru jadinya.
    Lihatlah hasil disekeliling kita. Kos asal 3, 4 billion naik sampai berbelas billion untuk satu projek lebuhraya. Lepas tu lebuhrayanya lambat siap. Delay after delay. Bila dah siap dapat lebuhraya yang rupa tak macam lebuhraya tapi lebih kepada litar motor scrambler. Jalan raya yang jongkang-jongkit. R&R tak siap. Stesen minyak siap. Duit dah berpuluh-puluh billion habis tapi dapat lebuhraya hampeh.
    Aku pernah bawak kawan aku seorang engineer berbangsa Jepun pergi bercuti ke pantai timur. Aku bawak dia naik highway. Masa dalam perjalanan dia siap beritahu aku 'there's massive flaws on this road. It's not supposed to bump this hard. As if we were driving on rough terrain'. Dia terperanjat bila aku bagitahu yang lebuhraya tu baru siap dan baru dibuka untuk orang ramai.
    Itulah realiti projek-projek besar di Malaysia. Projek-projek diberikan bukan atas dasar kepakaran tapi atas dasar kroni. Pekerjaan diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya. Duit habis berbilion-bilion tapi hasil entah ke mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tau takpe bro. Bab construction ni memang aku dah masak sangat. Realitinya begitu lah. Kepakaran tu kalau dalam isu tender di malaysia ni jatuh no 10. Yang jatuh no 1 adalah berapa besar cable yg dia ada @ berapa banyak duit under table yg dapat disediakan.

      Delete
  16. Di abad ke 21, legasi tidak boleh direkacipta melalui propaganda. Legasi adalah berasaskan fakta yang nyata. Legasi buruk dan sejarah hitam 1mdb dan derma arab 2.6b akan kekal selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara legasi najib adalah layar dikembangkan
      Sauh dilabuh.

      Delete
    2. Mana taknya dah nakhodanya sewel dok berkokok kat sini

      Delete
    3. Salam 1 Nakhoda

      Anak tiri ku iaitu "Mat Nakhoda" bercuti balik kampung untuk berkhatan. Maaf andai 2-3 hari dia tidak dapat menghiburkan hati anda semua dengan hikayat "hati serigala". Maklum sahajalah dah berusia ni bila berkhatan mudah sangat bentan. Jangan risau ya, dia akan kembali semula nanti.

      Yang benar,
      Bapak tiri "Mat Nakhoda"

      Delete
    4. Laaa...cuti ker?? Alamak miss la pulak cerpen bersiri faveret aku...nakhoda tikus sergala.

      Delete
  17. Betul... Nk spin kot mana pun, semua tahu legasi Tun yg terbaik. Legasi PM sekarang tak best....

    ReplyDelete
  18. Najib takde legasi.... kita rakyat Malaysia mahu kasi leg.... tendang dia keluar....

    ReplyDelete
  19. Hidup Tun Mahathir, hidup Tun Mahathir, hidup Tun Mahathir!!

    ReplyDelete
  20. Ianya lebih bermaksud legasi kroni perlu dimatikan dan mencari ide bagaimana mahu memperbetulkan termasuk yang sudah diakui tol tu mmg legasi negatif diwujudkan era Mahathir. Tentang sukar mencari duit (apa yang sukar - memilih kerja sgt ka atau tiada cukup syarat kelulusan akademik ka) & ramai pula pekerja luar semua golongan masih bekerja dan kemasukan pekerja dari luar tidak pernah terhenti kecuali disektor gas dan minak. Yang ketara adalah kenaikan gaji dari swasta tidak tinggi (orang berniaga mmg mengelakkan pertambahan kos) dan setiap negara di dunia mengakui kemerosotan nilai duit negara msg2 dan ini faktor tidak dapat dielakkan berbanding kenaikkan harga - seringgit skrg mana sama seringgit 5, 10, 15 atau 20 tahun dahulu. Kerajaan telah pun menaikkan dan menyelaraskan gaji berperingkat-peringkat dan ini tidak dipersetujui Tun Daim. Tak boleh la nak alihkan kesilapan yang telah dan sdg berlaku diserahkan pada yang lain bermakna tidak bertanggungjawab dan tidak semua yang berlaku dulu baik2 segalanya. Cuba komen secara adil dan rasional. Rakyat tidak boleh dperbodoh bodohkan sdgkan segala sumber maklumat dipetik dihujung jari dan tidak boleh menukar fakta betul kepada tidak betul dan sebaliknya. (Tol & dasar peswastaan mmg byk merugikan dan byk bail-out dan ini diantara sedikit dan byk lagi legasi negatif di era Mahathir)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya era Mahathir tiada tol saperti Arwah Razak dan projek pan borneo rakyat Sabah Serawak tiada tol di era Najib.

      Delete
    2. Zaman Tun Razak kereta Lori has ada berapa kerat je daa..

      Yg betul2 sepatutnya Tun Razak cincang anak sulungnya tu masa kecik kasi makan anjing je

      Delete
  21. Hang Tajul dah kalah komen kata ja tu la jadi bahlol dulu kan main ludah sama Mahathir skrg dok junjung lagi diya pasai apa. Diya trg2 mengkayakan suku sakat diya, hang apa dpt kena mandi kencing ja la sepanjang hayat. Ni cuba komen lebey penangkapan pegawai2 berkait dgn Shafie Afdal, komen la secara ilmiah ni hang cincang anak balik kenapa dah hilang akal ka?

    ReplyDelete
  22. Pengomen dlm blog ni semua nak tunjuk jaguh. Tau belaka. Masa Mahathir dulu dia nk kejar kemajuan Mega dan tertinggal aspek kemiskinan ekonomi dan rohani bangsa melayu. Jd ada sesetgh yg rasa teraniaya sbb tercicir dan tak mampu.
    Jadi Mahathir pun ada silap dan salahnya. Tapi masa Najib, dia songlap duit terang terang mcm negara ni bapak dia yg punya. Kesalahan dia amat bahaya, boleh mengajar rakyat kpd keburukan dan negara akan hancur.

    Pak menteri macam anuar musa ni bukan tak cerdik tapi dia kena jaga perut. Perut jdkan dia takda prinsip.

    ReplyDelete
  23. Sembang orang tua gila.

    Malas aku nak masuk campur.

    Katanya. zaman mahathir orang tak bising walaupun tol naik.

    Memanglah orang tak bising. Zaman tu berapa kerat orang bawak kereta woi bahlol????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...