Sunday, 9 October 2016

PENYOKONG HISHAM TANYA, KE MANA PERGINYA ZAHID HAMIDI SEHINGGA LANGSUNG TIDAK BERSUARA?


Sejak malam semalam sehingga pagi tadi, beberapa rakan dalam UMNO menghubungi saya dan bertanya, ke mana perginya Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri ketika ini?

Mereka bertanya kenapa beliau tidak bersuara atau mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden pertembungan sehingga mencetuskan keganasan dan tindakan ala samseng oleh Gerakan Baju Merah terhadap peserta jelajah Bersih 5?

Saya tidak ada jawapan ke mana menghilangnya Ahmad Zahid ketika ini dan memulangkan kembali pertanyaan kepada rakan-rakan itu dengan berkata, "orang UMNO sepatutnya lebih tahu ke mana pemimpin mereka pergi."

Rakan-rakan yang saya ketahui sebagai penyokong Hishammuddin Hussein itu seterusnya berkata, oleh kerana apa yang berlaku semalam sudah menjadi isu politik dan perbualan hangat dalam masyarakat, ia tidak seharusnya diserahkan kepada pihak polis saja menanganinya.

Menteri yang bertanggungjawan terhadap pasukan polis iaitu Zahid Hamidi, sekurang-kurangnya harus mengeluarkan bunyi suaranya, kata mereka.
Di antara rakan itu, ada juga yang mengimbas bagaimana ketika beberapa insiden melibatkan perhimpunan Bersih sebelum ini dan Hishammuddin menjadi Menteri Dalam Negeri ketika itu, beliau sentiasa saja ke depan dengan pemantauan serta kenyataannya yang pantas, meskipun ia seringkali menjadi cemuhan.

Hishammuddin menunjukkan beliau tidak bersembunyi atau lari daripada tanggungjawabnya, jelas seorang rakan tersebut.

Kata rakan-rakan itu lagi, dalam kes seperti yang berlaku semalam, suara Zahid sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap polis, keselamatan serta ketenteraman awam, lebih diperlukan berbanding kenyataan pemimpin lain, termasuk Khairy Jamaluddin yang mengecam keganasan anggota baju merah.

Sehingga petang ini, puas saya merayau-rayau di alam maya, termasuk Facebook, Twiter  dan Telegram milik Zahid Hamidi, malangnya tidak terjumpa satu pun kenyataan beliau berhubung insiden semalam.

Ke mana hilangnya Zahid Hamidi - ada urusan di luar negara, bercuti, sedang berehat setelah penat dua kali menghadiri mesyuarat PBB di New York atau sengaja tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan? (SH 09/10/2016).

82 comments:

  1. Bukankah Jamal telah distiharkan bakal calon Parlimen Sungai Besar oleh Timbalan Pengerusi BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat speaking kat PBB woi.. hang ingat senang ka nak pedo English level Java dpn perwakilan?? Inilah masanya nak berehat2 dan bersenang2 sikit.

      Takkan la jadi TPM, labgsung x bleh rehat atau tido??

      Delete
    2. Aku tengok terkemut kemut dia dok pedo. Last2 keluar perkataan osen.

      Delete
  2. Bukankah Jamal telah distiharkan bakal calon Parlimen Sungai Besar oleh Timbalan Pengerusi BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid Hamidi sendiri pun samseng besar,,boy friend anak perempuan nya di bantai setengah mati budak tu,,kejadian berlaku di Kajang

      Delete
    2. Baju merah ni ada orang yang berkuasa besar di belakang mereka. Kalau tak, mereka tak akan berani nak langgar undang2, pukul sepak terajang orang sesedap hati dia orang.

      Dia orang sangat yakin yang pihak berkuasa tak akan menangkap mereka. Jadi di sini saja boleh kita paham dan boleh kita agak siapa di sebalik tabir baju merah ni.

      Cerita tangan ghaib dalam Malaysia ni dah macam air minum dah. Kita dah lali tangan ghaib yang memacu hal2 yang terjadi dalam negara ni. Tak menghairankan pun.

      Tapi sebagai manusia yang waras kita hairan bagaimana orang yang berkuasa di belakang baju merah ni sangat BERBANGGA dengan tindakan anak2 buahnya?

      PRU14 nanti sama-samalah kita celikkan mata, bukakan minda sebelum pangkah.

      Delete
    3. Berapa kali PRU daa nak celik?? PRU akan diharamkan jika ianya benar2 boleh mengubah kerajaan. Ini PRU dah nak masuk yg ke 14 dah, tak sedar2 lagi.

      Semua data, UMNO yg pegang. Sumer lubang duit dan kuasa, juga UMNO tahu lubuk dan kat mana nak rembat. Undang2 jadi perisai UMNO untuk dajalkan siapa yg melawan.

      Media cetak, media elektronik dikawal rapi oleh UMNO dgn pelbagai tipu daya dibuat melalui SPRM, SKMM melalui barua2 yg dilantik dgn pelbagai gelaran.

      Jangan lupa, raja2 dan Agong adalah pendokong UMNO. Tanpa UMNO, bisnes mereka dan anak kerabat mereka boleh tumbang. Bisnes mereka bukan kecil anak ya. Hampir segala perusahaan ada kaitan dgn raja, sumer nak cari makan hasil lesen Ali Baba drpd UMNO. UMNO dah bagi makan cukup2 untuk raja2 ni mabuk macam gajah beruk minum todi marula. Raja adalah bigot UMNO yg kononnya berkecuali. Tapi mereka sebenarnya tidak peduli pun hal rakyat. Tugas2 raja ialah menjaga UMNO. Ini cukup payah melayu nak faham tuan.

      Sapa x nak berbaik dgn UMNO, modal berniaga percuma. Kemana duit zakat selama ini? Hanya dijadikan dedak kpd rakyat miskin yg diviralkan. Kalo x viral, haha, tobat la x dpt. Selebihnya yabedabeduu la. Tok2 mufti hanya mcm tok pekkong saja. Bersuara bila kepentingan UMNO diganggu serta hal2 lucu kerana terlalu boring makan gaji buta.

      Delete
    4. Saudara 00.32, setuju dgn pendapat anda.

      Delete
    5. Skit2 salahkn UNNO. Semuanya UNNO salah. Ape ler. Cube bukak skit minda.

      Delete
    6. Mcmana la xsalahkn amno?

      Sapa yg memerintah skg (dgn haramjadahnya)?

      Sapa yg minda xtbukak lg? Hati dan minda yg tbuka dtg dari rezeki yg halal. Bukannya drp dedak haram yg ditabur dan dipatuk lahap oleh ayam kena sampar mcm kau

      Delete
    7. Cuba buka minda cari apa puncanya berbilion-bilion duit negara tetiba boleh hilang?? Sampai hari ni mana jawapannya? Dah lama kita tunggu. Laporan diOSAkan untuk apa??

      Jadi 01.12 tolong buka minda kau dan bagi jawapan bagi soalan di atas.

      Delete
    8. Sokong sangat2 Anon 00:32 2.6billion percent. PERSOALANNYA...apa lagi daya upaya marhaen macam kita ni boleh buat? Walaubagaimanapun PRU14 nanti, turunlah beramai2 tunaikan kewajipan mengundi seperti biasa.

      Delete
    9. 0112, ko kata kitorg x bukak minda? Sbb ape? Bc malaysiakini shj ke? Lpas tu sruh org bc utusan meloya atau tv3 suku? Ktorg ni dh lama bukak minda. Kitorg ni bc malaysiakini, tv3 suku, utusan meloya dan bnyk gi. Sbb tu kitorg minda terbukak banding ko. 24 jam duk bc utusan meloya n tv3 suku je...Ko tu yg x bukak minda....

      Delete
  3. http://www.parlimenbnsgbesar.com/2016/09/pru14-zahid-bayangkan-jamal-yunos-bakal.html?m=1

    ReplyDelete
  4. Geng Bersih (Kuning) = Magnum
    Geng Pak Tongkol (Merah) = Toto

    Ayahanda Rani Kulop pulak kata nak datang naik kuda = Damacai

    Dah kenalah tu kuning merah biru

    Memperjudikan diri masing2 sapa betul sapa tak betul
    Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan Harapan.
      Cepat-cepat tubuhkan
      Pemuda Tahan Lasah (PTL).
      Kasi libas dan kuntau itu
      Jamal dan konco-konconya.
      Haramjadah betul mereka semua tu.
      Negara ni kan ada perlembagaan.
      Bersih5 kan mengikut perlembagaan.
      Berdemo hak semua rakyat Malaysia...

      Delete
    2. salah tu Anon 20.08 saya tenggok yang lebih mengada ngada adalah Rani kulop dan baju merah ...mereka ini bukan lagi menjudikan diri tapi kalau you pun sokong mereka dah tahap membaruakan diri ha ha ha ha syok gelak.

      Delete
    3. Tak perlu brader nak ikut rentak sumbang baju merah bertaraf ketua bahagian! Nilaikan sendiri kalau hanya geng baju merah yg mampu dilahirkan oleh ketua bhgn ini, agak2nya layak kah dia menjadi ketua bahagian??

      Delete
    4. Tapi Merah Toto ada jackpot... hadiah besar beb kalau sangkut

      Delete
    5. 1 guni dedak grade A

      Delete
    6. Baju merah dapat lesen besar drp kdn.
      Jadi negara ni mereka punya dah.
      Boleh sepak terajang orang sesuka hati

      Delete
  5. Sibuk meeting kot. Atau dok perkemas kedudukan. Almaklumlah nampak macam dok kena main depan belakang. Banyak dah tauladan tpm tak dan nak merasa kerusi pm.

    ReplyDelete
  6. Zahid tengah bincang dengan bersatu kot. Keadaan dah parah ni. Zahid tau sangat tu. Rundinglah baik2. Takut jadi macam masa Anwar kena buang dululah. Nak buat balik sampai jadi TPM bukan senang beb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid dah tau Bn/Umno dalam bahaya.
      Dia sedang berkira-kira nak join Bersatu.
      Sekiranya Zahid tak berani bertindak waras
      sampai kiamatlah orang Perak tak kan
      ada yang berjawatan Perdana Menteri...

      Delete
    2. Jadi skrng ni kita boleh bully orang kat atas jalanraya sesuka hati kita.
      Dulu salah
      Skrng tak salah
      Kdn dah bagi green light kot

      Delete
    3. Lepas ni trafik & jpj boleh lepak ngopi je la

      Beruk2 jamal boleh ganti buat roadblock

      Sikit hari esok VVIP Malaysia ni pun beruk2 jamal jugak yg escort

      Tapi xnaik motor polis la depa pakai kapcai je sbb peruntukan dedak xcover untuk beli moto baru

      Delete
    4. Bukan saja trafik dan jpj. Malah pdrm, Atm, bomba serta rela boleh ambil cuti panjang balik kampong berehat.

      Tugas2 mereka ni akan diambil alih oleh baju merah sepenuhnya.

      Ibu pejabat pentadbiran negara pun akan berpindah ke sg. besar.

      Pmo pun berpindah ke sg besar secara berperingkat.

      Zoo negara pun dah berpindah ke sg besar

      Semua pasar pasar borong pun akan ikut berpindah secara serentak di sg besar

      Sg besar kini bergelar bandaraya tentera.

      Delete
  7. Zahid ni pun macam jamal jugak. Samseng taik kucing.

    Dia menyokong dan menghalalkan cara samseng jamal ni.
    Malaysia sudah di perintah oleh undang-undang rimba.

    ReplyDelete
  8. Bukan saja Zahid Din, menteri-menteri Sabah dalam kabinet khususnya Salleh Keruak pun diam menikus berkenaan kes rasuah terbesar yang berjaya dibongkar di Sabah. Mana komen-komen mereka? Kalau bab defend MO1 bukan main pantas lagi bersilat. Asal Mahathir bersuara saja bukan main cepat lagi reply. Tak sampai setengah jam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiiiii karabau kota belud. Mana kau?

      Delete
    2. Tengah sebok sorok duit cash kat umah dia agaknya

      Delete
  9. Zahid join bersatu diam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupakan dulu samseng dan pembohongan Zahid tu. Tumpukan dulu untuk singkirkan Najib. Kalau Zahid dikatakan merbahaya, Najib lagi terlebih bahaya. Zahid boleh selamatkan Malaysia jika dia berani bertindak...

      Delete
  10. Baju merah ni mcm Nazi. Bukan begitu cara kita berpolitik.
    Tadi d kedai mamak saya terdengar cemuhan terhadap baju merah.
    Teringat kata2 Voltaire: I may disagree with what u say but I defend ur right to say your opinion.
    Kita bole berbeza fahaman tapi jaga lah tatasusila dan martabat bangsa Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jamal bukan melayu. Dia tu banjar

      Delete
    2. Banjar bungol, umak ayah nyak mengulah tahik. Amun aku ada di Sabak halam, si Jamal nih ku bubuh penampar hajak

      Delete
  11. Baju merah ni mcm Nazi. Bukan begitu cara kita berpolitik.
    Tadi d kedai mamak saya terdengar cemuhan terhadap baju merah.
    Teringat kata2 Voltaire: I may disagree with what u say but I defend ur right to say your opinion.
    Kita bole berbeza fahaman tapi jaga lah tatasusila dan martabat bangsa Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya Nazi dah bertapak di Malaysia.
      WOW !!

      Delete
  12. Ke mana hilangnya Zahid Hamidi?

    Jangan kacau, dia tengah sibuk. Ada kelas tambahan Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dapat mc sebab sakit perut berak2

      Delete
  13. Tengah simpan bukti gred A siapa dalang baju merah.Manalah tau kot, bukti-bukti gred A boleh digembar-gemburkan ditv suku dan sewaktu dengannya selama setengah jam setiap malam.

    ReplyDelete
  14. Sy grad newcastle tempoh hr. Spatutnya Baju kuning bersyukur kerana polis beri layanan istimewa bagai anak emas berbanding baju merah. Sy tak mau Melayu hilang di Malaysia akibat cina DAP. Bumi Melayu mesti dipertahankan. Baju merah blh sy katakan bakal2 pendekar negara. Mereka sanggup bekerja dan berkorban semata-mata utk Melayu drp digadai. Tak kira mat rempit atau pun bekas penagih. Seteruk-teruk mereka, mereka ttap perjuangkn jiwa Melayu. Yg pntg sekali kita x mahu Malaysia jatuh ke tgn cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perjuangkan jiwa melayu??Yang kena baling telur dan penendang oleh baju merah kan melayu??Apa punya bacalah ko ni??

      Delete
    2. 1. Melayu yang takut cina DAP adalah bukan melayu

      2. Melayu yang takut cina DAP adalah melayu penakut

      3. Melayu yang takut cina DAP bukan melayu intellectual walau kononnya belajar di newcastle univ, uk.

      4.Melayu yang takut cina DAP bukan melayu sejati yang berwawasan

      5. Melayu yang takut cina DAP bukan melayu yang dapat memimpin sebuah negara

      6. Melayu yang takut cina DAP adalah pseudo malay who is munafiq, something to hide, berperangai gengster, penyamun, menzalimi orang melayu lain, memalukan bangsal melayu sejati.

      So you uk graduate, go back to kindy and work your way up. Be a real malay.

      Delete
    3. Aku rasa ko ni bukan graduate pun. Apalagila Newcastle graduate. Sebab dari cakap2 ko aku boleh nilaikan gred apa tahap akal ko tu.

      Bodohnya ko. DAP tak boleh nak memerintah sebab kerusi yang dap bertanding pun tak sampai setengah dari jumlah total kerusi-kerusi yang ada. Setengah pun tak sampai cam mana nak dapat kerusi majoriti? Apala punya baghal ko ni?

      Dah berentila menyamar Newcastle graduate konon. Aku rasa ko ni Kellie's castle graduate.




      Delete
    4. Anon 2343 berani potong lanchau ka

      Delete
    5. Anon 0128

      Sembang ugut2 nak Potong tu Potong ni padahal pakai nama anon je. Nampak benor Lan**u kau dulu yg dh kena tebas

      2344,

      Saya sependapat dgn anda. Nampak benar pembohongnya dok ulang2 kata dia blaja sana. Padahal gaya bahasa level2 jamal tongkol pas srp (pas ke tak jamal tu sy xtau) je aku tgk.

      Delete
    6. Kepada Encik graduan

      Masalah dimalaysia bukanlah masalah kaum.. Tetapi lebih kepada pentadbiran yg korup...
      Kita disuruh agama cintakan bangsa tetapi dilarang sama sekali taksub dgn bangsa sendiri.. Buktinya.. Agama islam adalah utk semua bangsa..
      Izinkn saya tanya encik graduan yg hebat ini, satu hari nanti ditakdirkan Allah, malaysia ini dipimpin oleh orang cina tetapi agama islam.. Apakah encik nak kata pada Allah, tak boleh! Negara ini mesti dipimpin oleh bangsa melayu sahaja..
      Encik graduan yg mulia.. Adakah satu hari nanti raja dinegeri2 melayu akan diganti dgn raja cina dari DAP... Tidak! Tanah melayu tetap raja melayu.. DAP takkan perintah malaysia... Tetapi jika takdir tuhan pm malaysia dari kalangan cina beragama islam yg mempunyai akhlak.. Saya tetap sokong.. Kenapa tuan hanya ungkit DAP sahaja.. Sedangkan DAP parti pelbagai kaum.. Kenapa encik graduan tak ungkit gerakan dan mca yg sedang dlm kerajaan.. Bukankah mereka sedang memerintah malaysia bersama parti lain?
      NasTepuk dahi tanya akai? Mana otak saya?

      Delete
  15. 23:01 terbaik komen tu bro,
    ku panjatkan doa pada yang maha kuasa agar tiada penglibatan Melayu pada kuning (cuba zoom balik yang sebelum 19 November ini - rata2 Cina saja) Ini kali diharap ayuh la ramai2 Melayu pada merah agar memberi isyarat jgn main main bila bersatunya Melayu. Amiin ya rabbul alamiin,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lah banggang kamu berdua ni....macai makan serbuk dedak gred berapa la ni....macam mana cina dap nak perentah malaysia kalau bertanding 50 kerusi aje...bodoh sangat ke kamu berdua ni...cuba tanya pemimpin kamu....macam mana cina dap boleh perentah malaysia kalau ada hanya 50 kerusi parlimen?...lepas tu baru tulis dalam blog ni...ok.

      Delete
    2. Ya teruskan dengan bangganya dasar-dasar samseng jalanan, sepak terajang tu tak jadi hal. Jangan takut tak de sape berani nak tangkap. Bangga tuan yang di atas tu, baju merah jadi benteng kubu yang kuat baginya.

      Alhamdulillah, hari ini kita semakin celik. Allah bukakan mata kita melihat kepincangan, penyelewengan, pembohongan dan kebiadaban yang berlaku depan mata kita.

      Bagi yang berakal tolong fikirkan. Inikah orang yang kita harapkan memimpin anak keturunan kita??

      Delete
    3. Encik 2328
      Bayangkan mak encik pilih berfikir cara baju kuning.. Dan ikot gerakan baju kuning... Dan encik pilih cara fikir baju merah... Bila jumpa kat jalan.. Adakah encik nak tendang mak encik atau 'parang terbangkan' mak encik hanya kerana berbeza pendapat cara berfikir atau berbeza warna baju????
      Wahai encik.. Islam raikan beza pendapat tapi tidak dgn dgn keganasan... Inikah akhlak yg encik pilih... Beza pendapat kita pukui...

      Delete
    4. Yup...setuju...Melayu hendaklah berpakaian merah pada tarikh tersebut...tunjukan solderiti..

      Delete
    5. Puak puak merah ni geng tanggang smuanya, bukan takat lawan ibubapa, jual agama pun sanggup demi politik

      Delete
    6. 07.58, setuju dgn anda.
      Ya pakai pakaian merah. Baju Pati Peribumi Bersatu M'sia PPBM berwarna MERAH.
      Itulah soledariti Melayu Berakal !!!!

      Delete
  16. yang duk bagi kuasa politik kat pendatang dulu sapa buakn amno sebab nak sennag merintah
    lani sibuk cina
    cilako amano ni

    ReplyDelete
  17. Aik cepat nau terasa ei 23:40 & 23:32 tu la bagi muka Cina sampai sebangsa kena hina pun tak mengapa. Siapa cakap Cina boleh perentah sdgkan semua regimen dibawah perentah Agong. Yg saya kasihan kenapa jadi Melayu yang sia2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nilai sekampit beras, duit RM50 dah cukup merabunkan mata. Begitu murahnya nilai diri. Dangkalnya fikiran hanya fikir untuk seminggu dua saja, kerana sekampit beras dan duit RM50, nasib anak cucu sanggup diperjudikan. Tulah bodoh beringkat-tingkat.

      Delete
  18. Bodoh mamat Newcastle ni. Ketara bodoh piang ko ni. Seriously kalo ak jumpa ko dpan mata ak, muka ko ni dah lama ak sepak sampai lumat. Ilang sikit bodoh tu. Nyampah ak tgok penjilat dedak ni...

    ReplyDelete
  19. Aik main paksa2 org skg Cina, apa hebat sgt dah ka mau sepak terajang sebangsa, apa ingat hang sorang boleh terajang, Mau komen lawan komen la apa pulak gaduh2 sebangsa ka Dap dah baki umpan Amoi ka mau sepak terajang sebangsa. Byk2 ikhtifar bro, kita ada pedoman sdg Cina mmg hidup sia2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu pemimpin ada pedoman hidup, p mana berbilion yg hilang.. Duit masuk dlm acc sendiri pun tak sedar.. Tapi bershoping guna kad kredit sedar pula.. Tuan yg mulia.. Sekarang bukan masalah bangsa tetapi.. Akhlak, integriti, amanah, pedoman agama dan tadbir urus negara golongon pemimpin yg bawa masalah pada negara.. Bukan masalah kaum..

      Delete
  20. To our dear "newcastle" grad friend...your stupidity is so fuck'n obvious.

    Firstly, you cant do the math, can you?. The dap or the chinese will never ever lead this country. There are only 6 million plus chinese in this country. Work out the population percentage , and the parliamentary seat percentage that they could win.

    Secondly, you seem not to know our own history. After the may 13 incident, Tun Razak invited the DAP to join his coalition. So, what's the difference between then and now?

    Apasal ko ni bingai sangat? Kalu nakhoda yang tulis, aku tak kisah, dia sekolah pondok. Kau pulak grad newcastle, atau pun sebenarnya newcastle kota bahru kelate? Or perhaps, new cattle?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potong lancau student newcastle tu

      Delete
    2. Kalau dia grad UK dalam mimpi dia percaya la aku

      Delete
    3. UK Ulu Kelang le...

      Delete
    4. Budak newcastle tu pengikut doktrin barat, dia pikir mcm british dulu, walau sikit bilangannya boleh perintah malaya...apa la ko, kita dah kat zaman apa ni bro..tu la pasai org suh cari ilmu, tapi ko pi clubbing kot..pakai le otak skit

      Delete
  21. Berbalik kpd topik ni

    Sepatutnya yg ditanya ialah mana komen mat najip psl hal ni. Atau komen si kebab tu? Dua2 sunyi senyap je

    ReplyDelete
  22. Zahid Hamidi harap orang ramai lupa Focus atas Mati Ganjil anak menantu dia .... Kononya doktor gigi cuai......sebenarnya dia Marah Amok bila talak 3 disebut terhadap anak perempuan dia.....Sama macam boy fren yang kena Bantai kat Kajang dulu....Kali ini Lagi Terror aksinya.....sampai beberapa gigi habis dan pengsan...Masa pengsan dibagi Racun ...kononya succinylcholine atau potassium chloride...tak ada traces....Siapa Bagi...untuk pertahankan Duit Kroni Keluarga macam Rosmah buat terhadap Altantuya...Jahanam betul!!...kalau cerai semua Rahsia Bongkar kat Mahkamah Syriah macam anak Taib....dan Hasrat jadi PM Habis...Mana boleh!!!

    ReplyDelete
  23. Pi makan kenduri kut,lagi pun semalam hari minggu cuti.Mungkin pagi ini akan memberi sikit pandangan apabila dapat pencerahan dari adikong.Tungguuu.

    ReplyDelete
  24. Haramkan perhimpunan bersih....yang diketuai oleh mata sepet...selesai semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut haramkan pemimpin yg tak amanah..

      Delete
    2. Pergi haramkan mencuri, merompak, menyamun dit rakyat. Bersih terdiri dari semua kaum.

      Delete
  25. Komen la lebey sikit tentang penangkapan pegawai2 yg membabitkan Shafie Afdal, patut la awal2 diya dah gabra. Habis mau kata Najib sdg giat pancung semua perompak2 dlm kroni2 tu dan dok canang lagi 2.6 bil tu dikaitkan 1mdb yg terbukti tiada bukti. Komen la byk pun takpa, tu la hangpa tak habis jadi bahlol dulu masa Mahathir bukan main lagi bedal skrg dok back-up diya yg trg2 mengkaya suku sakat. Hangpa semua apa dpt selain kena mandi kencing ja dan molopong jo ko jang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada tarikh kuning turun..semua melayu pakai baju merah..selempang merah..

      Delete
    2. Kan lebih baik semua Melayu yang nak turun berbogel saja! Gerenti tak de sape yang akan keluar langsung....amaaaaan!

      Delete
    3. Tak kira sapa pun.. Kalu shafie ada kaitan dan salah.. Hukum ja pesalah.. Sapa pun buat salah tetap salah.. Baju merah ka.. Ataupun baju kuning. Buat salah kita kata salah.. Cuma najib ckp dia tak bersalah dan difitnah.. Berjanji depan semua rakyat malaysia berikrar nak saman fitnah pada wsj.. Tak saman2 pun.. Kata tak salah tapi takut nak saman.. Buktikan awak tak bersalah dimahkamah..

      P/s... Jgn lupa kj pun patut disiasat juga sbb kakitangan dia terlibat rasuah.. Dan shaberi chik skali.. Pegawai depa terlibat rasuah.. Nak siasat jgn berat sebelah.. Pukoi keliling..

      Delete
    4. 8.00 jangan lupa sepak terajang pukul orang ya. Kalau terlebih handal bolehlah bunuh membunuh. Bagus macam tulah budaya demokrasi.

      Kalau tak sependapat dera dan pukul orang. Ini namanya Undang-undang Rimba yang diguna pakai oleh penyamun dan perompak. Dgn undang-undang macam nilah rakyat boleh hidup aman sejahtera.

      Delete
  26. Assalamualaikum Saudara Din.
    You tak perasan ke MO1 pun not in the country. The GERAKAN assembly was officiated by neither No 1 or No 2.
    Maybe they are somewhere berbincang PRU 14 kut.
    Just be on the watch.
    Salam.

    ReplyDelete
  27. Salleh Tuak mesti dah ikut retreat ni.Paling tidak pi tolong urut kaki najib.
    Oiiii salleh tuak.
    Sebab tu abu sayyaf selalu culik orang di sabah kerana depa tahu duit cukup byk.
    Timbalan pengarah dgn pengarah pun simpan beratus juta ringgit di rumah

    ReplyDelete
  28. Nkorang x sedor ke dumno sedang bercakaran? Asyik off topik je

    Nasihat saya kepada zahid ialah hang leh survive kalo nko ada 10 tapak di hadapan geng-geng lain.

    10 tapak di depan bermakna ada 500 juta fulus untuk habuan dedak bagi dumno korup, masuk geng 3m, sembahyang hajat (tapi jangan ada sorang dumno pun dalam saf), atau main golf dengan donald trump (harap-harap dia menang presiden ler).

    Ler ni aku perhatikan banyak betul pemakan dedak dah susup ke blog hang budin.

    Soh soh, pi patok blog pulak. Dedak tak pree, tau?

    ReplyDelete
  29. Sudah sudahlah kita melaga2kan sesama kita, jangan kita lupa agenda asing yang mengancam kepada keharmonian negara. Lupakah kita kepada apa yang berlaku pada Mesir, Syria, Tunisia dan brp buah lagi negara Timur Tengah yang musnah oleh himpunan jalanan. Sanggupkah kita merangkak mencari perlindungan di bumi sendiri dan membiarkan anak cucu kita nanti kesusahan semata2 kerana ketaksuban kita hari ini. Seperkara yang kita pasti hari ini negara kita dalam proses di revolusi mentalkan oleh ejen asing dengan cara yang begitu strategik iaitu revolusi tanpa keganasan. Kita dipengaruhi dengan pendekatan ilmiah, profesionalisme, logik akal, emosi kita dipengaruhi, kebolehan kita dimaksimumkan tanpa kita sedari dan semua strategi ini menjadikan alam maya sebagai medium utama perperangan. Kita semua harus sedar sasaran utama adlh menyerang dan mengubah sistem nilai secara halus, menyerang asas budaya, menyerang asas serta prinsip negara, menyerang perlembagaan seterusnya menyerang utk mempengaruhi asas pegangan akidah. Bila semuanya telah dikuasai ianyanya akan diterjemahkan melalui proses pilihanraya yang didalangi oleh negara asing. Ingat! jangan sampai kita dijajah dan diperangi oleh emosi diri kerana ketaksuban berpolitik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...