Friday, 15 July 2016

SELEPAS WUJUD GABUNGAN BAHARU, MASANYA UNTUK PAS MEMILIH PENDIRIAN

Segala-galanya kini menjadi semakin terang dan nyata. Beberapa rumusan yang dicapai dalam blok pembangkang di pertemuan yang diadakan  di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam mengesahkan lagi  harapan perubahan yang selama ini begitu ditunggu-tunggu.

Antaranya keputusan itu ialah:-

- sebuah parti politik baharu untuk menyaingi UMNO bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Tidak penting sama ada Tun Mahathir menjadi penerajunya atau tidak, tetapi beliau akan menjadi penggerak penting ke arah kejayaannya.

- gabungan pakatan pembangkang melibatkan empat parti iaitu parti politik baharu inisiatif Tun Mahathir yang bakal ditubuhkan, PKR, DAP dan Amanah akan menjadi pesaing BN dalam pilihanraya umum akan datang.

- setuju untuk mengenepikan sebarang perbezaan demi menjayakan pertandingan satu lawan satu menentang BN. Dalam erti kata lain, mengalahkan BN adalah juga bertujuan untuk menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

- masih menganggap Pas berada dalam blok pembangkang dan bersetuju dengan idea genjatan senjata yang dilontarkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man selagi Pas juga tidak menyerang mereka.

Dengan keputusan-keputusan tersebut, antara yang penting selepas ini ialah perlunya Pas membuat keputusan tentang pilihan yang seharusnya mereka ambil dalam pilihanraya umum akan datang.

Dengan adanya gabungan baharu ini, Pas tidak relevan lagi untuk terus bersendirian dan tidak memihak kepada mana-mana gabungan sepertimana yang ingin dilakukannya sekarang. 

Bertanding bersendirian hanya menampilkan Pas sebagai pengacau semata-mata.

Tidak mustahil pula dengan terus bersendirian akan membuatkan Pas terus terpencil, diketepikan dan mati di tengah-tengah, umpama kancil yang tersepit apabila gajah sama gajah mula bertarung.

Ia kini harus memilih sama ada untuk bersama dengan gabungan baharu itu atau bersama dengan BN. Tetapi sudah tentu, jika memilih bersendirian akan dianggap sebagai pengacau, bersama UMNO dan BN pula akan menyebabkan wibawa dan kredibiliti Pas menjadi lebih buruk di mata umum berikutan dalam apa hujah sekali pun, Najib yang memimpin UMNO, BN dan kerajaan kini tidak mempunyai sebarang alasan moral lagi untuk terus dipertahankan.

Isu  lain yang mungkin terus menjadi masalah dalam gabungan baharu pembangkang nanti ialah berkaitan Anwar Ibrahim. Walaupun PKR secara nyata ingin bekerjasama dengan Tun Mahathir, blok Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PKR masih lagi bersikap dingin terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi Tun Mahathir jelas sudah menyatakan secara terbuka bahawa beliau kini tidak bermasalah lagi dengan Anwar, malah menyatakan pemenjaraan bekas Timbalan Perdana Menteri sekarang ini adalah disebabkan oleh Najib.

Jika dalam waktu terdekat ini, satu pertemuan antara Tun Mahathir dengan Dr Wan Azizah dapat diadakan, segala kekusutan itu pasti diselesaikan dan akan menyebabkan PKR tidak lagi dilihat berbelah bagi dalam pendiriannya.

Untuk lebih meyakinkan, berdasarkan beberapa kejutan dalam tindakan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib, lebih menarik jika beliau dapat sekali hadir di mahkamah untuk bertemu, bercakap sepatah dua kata dan kemudian berpeluk-pelukan dengan Anwar Ibrahim kemudiannya.

Dalam keadaan sekarang, bukan saja Tun Mahathir memerlukan sokongan Anwar, bahkan keluarga Anwar juga semestinya sedar bahawa hanya dengan menyingkirkan Najib saja peluang pembebasannya lebih cerah dijadikan kenyataan.

Kesimpulannya, melalui gerakan Tun Mahathir bersama Pakatan Harapan semalam, hanya memerlukan beberapa penambahbaikan kecil saja lagi sebelum cahaya perubahan benar-benar menampilkan sinar cahayanya yang terang lagi benderang. (SH 15/07/2016).

39 comments:

  1. PAS sedia berpakat dengan mana-mana pihak yang setia dan dapat mengikut acuan parti itu demi menegakkan Islam, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Kenyataan beliau itu muncul sehari selepas gesaan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya parti-parti pembangkang melakukan 'genjatan senjata' bagi menentang BN.

    "PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al-Quran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Dengan memetik ayat-ayat al-Quran, Hadi mengingatkan bahawa matlamat PAS adalah untuk menegakkan Islam dalam masyarakat dan negara.

    "PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya.

    "Ketahuilah bahawa perjuangan ini memandang dua belah mata, ke arah kemenangan akhirat yang paling besar dan kemenangan dunia yang diuji menjadi jambatan ke akhirat juga," katanya dalam kenyataan yang disiarkan portal Harakahdaily itu.

    Menurutnya lagi, PAS mempunyai pendekatan tersendiri bersama Islam dan wajib beristiqamah dengannya.

    "Istiqamah dijadikan perkataan penting kepada tema beberapa kali muktamar, sehingga mereka yang tidak beristiqamah keluar PAS atau dipecat," katanya lagi.

    "Teruskan Istiqamah, jangan diheret oleh musuh atau kawan yang berpura-pura, tangan kiri yang bergelumang memegang kita, tangan kanannya bergantung kepada lawan yang juga mengheret kita daripada "Al-Siratol Mustaqim"," kata beliau.

    Tuan Ibrahim semalam menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang bagi menggembleng tenaga untuk menumbangkan BN.

    Katanya, parti-parti pembangkang perlu berkompromi dan mencari titik persamaan tanpa membelakangkan dasar masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah la Anon 10.46 sampai bila nak menipu orang melayu islam dengan guna kitab allah swt dan agama islam ,ya la depan orang melayu kata kehandak alquran belakang melayu boleh baik dengan najib ,dengar sini baik baik ,kalau nak memperkasakan hukum syariah sepatut nya pada tahun 1988 Hadi Awang buat tuntutan diparlimen macam dia buat pada bulan jun lepas ,kerana pada tahun 1988 dibawah pemerintahn Tun M perlembagaan telah dipinda agar makamah syariah dikuasa tersendiri melebihi kuasa makamah sivil dimana makamah sivil tiada kuasa atas sebarang justifikasi makamah syariah bermakna makamah syariah dan undang undung syariah diasing dari sivil dan berkuasa penuh tidak sebelumnya tahun 1988 masih dibawah kuasa makamah sivil.

      Jadi selepas tahun 1988 tiada pun PAS sibok tuntut nak memperkukuhkan undang syariah yang sibok hudud yang mereka tahu sukar nak laksana cuma rektorika,saja tapi bila ada pilihan raya maka canang la hudud ,bila nak pilihan raya sg besar dan kuala kangsar maka canang la memperkukuhkan undang undang syariah.Tak habis nak munafik.

      Tuan Ibrahim cadang bersatu sesama pembangkang pemimpin lain dalam pas cakap itu pendapat peribadi bukan PAS ,Eddy Ah wang dan haron jin cakap lain ,yang lain lain macam nikki Abodoh, Tontoni Pronosi serta mustapenda semua ikut eddy ah wang termasuk la ahli majlis syura mana satu ini sana kata lain sini kata lain , tolong la henti nak bodoh orang melayu.

      Delete
    2. Jangan ambil pedulilah kat parti jahiliah pop yeh yeh ni. Mampuih pi kat depa lah.

      Delete
    3. hai tak cukup lagi ke dedak kamu hari nih??? dah cukup 10 posting ker??? ker nak lebih?? tamak laaa pulak....10 posting dah laaa sehari...dah 20 hinggit dah...

      Delete
  2. Ahli jawatankuasa pusat parti PAN, Mazlan Aliman pernah berkata terdapat perbincangan dalam parti untuk mencadangkan mengenai pelantikan ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.

    "Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara.

    "Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita" katanya dalam sidang akhbar di Southern Chinese Press Club 1 Julai lalu.

    Pengerusi PAN Johor Aminolhuda Hassan menyokong kenyataan Mazlan Aliman dengan berkata Muhyiddin adalah musuh yang menggerunkan apabila beliau bersama Umno dan percaya bahawa pihak pembangkang harus berkerjasama dengannya dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN).

    "Apabila beliau menjadi menteri besar di sini, Muhyiddin menjadikan Johor sebagai kubu BN di mana pembangkang hampir tidak dapat menembusinya walau banyak percubaan dilakukan," katanya Aminolhuda.

    Pada 3 Julai Pengarah Komunikasi parti PAN, Khalid Samad menafikan bahawa parti itu sedia menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang baru sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

    Malah kata Khalid, PAN Johor juga tiada kuasa untuk melantik sesiapa menjadi ketua pembangkang.
    Kenyataan PAN Johor ini disokong oleh PEMUDA PAN Johor dan beberapa orang ahli akademik dalam PAN Johor yang terdiri daripada Dr Hasan Baharom, Dr Sulaiman Mohd Nor, Dr Ahmad Zaki Abdul Latiff, Dr Ali Abdul Rahman, Dr Hamidon Musa dan Dr Mohd Yusof Hassan.

    Mengikut sumber ini juga PAN Johor menolak Salahudin Ayub sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan boleh menawan Johor. Mereka mencadangkan Muhyidin sebagai MB Johor kerana kewibawaan yang sedia ada. Ini antara faktor keluar ura-ura Salahudin akan kembali kepada PAS.

    Hari ini pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

    Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub dan Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke melahirkan rasa puas hati dengan prestasi presiden PKR itu.

    "Pasti (kita berpuas hati dengan beliau) sebagai ketua pembangkang di negara ini," jawab Salahuddin apabila ditanya mengenai perkara itu.

    Cadangan ini di tolak kerana Boss Besar DAP tak setuju. Full Stop. Tak boleh bincang lagilah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kata kamu anon 10.48 ,serta cuma pandangan mereka yang nak buat spekulasi sebenarnya TS muhyidin tak la berminat minat nak berebut rebut jadi ketua pembangkang malah tiada siapa pun bagi cadangan secara jelas.

      Dap pun sedar diri mereka hanya mampu bertanding di 50 kerusi majoriti cina macam mana nak jadi boss dalam pakatan pembangkang apatah lagi nak rebut jawatan PEE MMM. malah tak mampu pun nak ubah perlembagaan yang termaktub hak melayu dan hak resmi agama islam kecuali la :

      Majoriti MP melayu mungkin semua MP melayu terlalu kebulur dan teruja nak PM cina atau rakyat terutama majoriti pengundi melayu hanya nak pangkah calon cina saja baru la ini boleh berlaku jangan nak menipu yang DAP akan memerintah kalau pembangkang menang ini semua cerita UMNO Najib, jamal ikan bakar ,shahrizat dan Ismail Sabri( jenis species muka pemalas dan bodoh tapi nafus makan dan sex kalah ular sawa dan biawak) yang nak kekal kuasa bagi menjarah harta.

      Delete
    2. Cukuplah hang! Jangan dok asyik cerita pasal guru Sang Takfir pemecah masyarakat Melayu itu. Biar dia pegi sekongkol dengan ahjibgor menelan dedak sudahlah oi.......

      Delete
  3. Doa yang tertangguh. Jangan lelah berdoa
    http://bicaramindamerdeka.blogspot.my/2015/04/mantan-pm-dan-tpm.html?m=1

    ReplyDelete
  4. Sdr budin,
    Saya bersetuju dengan tertubuhnya parti baru dan satu badan gagasan pembangkang dengan syarat :

    1.Wajib dengan jelas dan ikhlas matlamat perjuangan gagasan ini tidak harus setakat menjatuhkan najib tapi wajib menyingkir semua pemimpin pemimpin kerajaan sekarang dalam UMNO/BN yang sudah rosak yang tidak berguna kepada rakyat malaysia.

    2.Skop perjuangan tidak hanya setakat kepada PERKAUMAN dan AGAMA kerana kedua dua entiti ini iaitu hak melayu dan agama islam telah dipelihara dan termaktub dalam perlembagaan yang amat sukar dan tak boleh nak diubah sekiranya masih dibenarkan kedua dua isu ini dimainkan maka akan berulanglah penipuan dan kongkongan atas minda melayu dan rasuah serta penyelewengan akan kembali berlaku.

    3.Perjuangan wajib ditumpu kepada merombak semula sistem perjalanan kuasa eksikutif dan agensi berkuasa kerajaan agar PM tidak lagi ada kuasa mutlak terutama dalam urusan operasi agensi berkuasa berkenaan.Malah semua menteri wajib di pertangungjawabkan malah didakwa sekiranya ada berlaku kecuaian dan penyelewengan berlaku dikementerian mereka merujuk laporan Auditor general.Semua ini sebagai indikator kepada pemimpin masa depan agar jangan menyeleweng dan utamakan integriti kalau nak buat harta jangan masuk politik.

    4.Perubahan politik juga wajib ubah tidak lagi rektorika agama dan kaum ,wajib kepada pembangunan kesejahteraan negara secara menyeluruh agar malaysia tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dan kemajuan negara bangsa ,saya amat yakin dengan rektorika agama ,perkauman yang ditumpu serta PM dan kuncu kuncu beliau yang sibuk buat harta serta menipu untuk tutup penyelewengan najib ,sudah banyak merosakkan perjalanan pemodenan dan kemajuan negara bangsa malaysia yang juga dituntut oleh islam malah perkara paling wajib iaitu kebajikan dan kesejahteraan rakyat,kerana kesejahteraan , kebajikan rakyat menyampai ilmu wajib dijalankan dulu sehingga sempurna sebelum lain lain maslahah hendak dibuat termasuk syariah jenayah hudud kerana untuk mengelak berlakunya kezaliman yang paling dilaknat allah swt dalam menjalankan pemerintahan mengikut syariat islam.

    5.Jenerasi muda wajib diutamakan dalam memupuk siasah politik sihat masa depan ,pemimpin lama macam Tun M ,lim kit`siang dan Anuar wajib menjadi pemimbing dan guardian kepada pemimpin baru yang masih berish tiada skandal dan musuh politk yang tegar ,kalau masih yang lama maka akan berulang lah isu isu lama yang tak habis habis dan rakyat sudah bosan dan letih,tolong la beri la rakyat ini boleh mendapat sesuatu yang baru dengan harapan baru untuk masa depan.

    ReplyDelete
  5. Satu lagi isu adalah Selangor. Bila saya timbulkan isu Selangor, Anwar merungut tentang Menteri Besar Khalid Ibrahim. Dia degil, tidak dengar nasihat, dan mempunyai ego yang besar, kata Anwar.

    “Jadinya, mengapa tidak buang sahaja dia dan gantikan dengan Azmin Ali?” kata saya. (Saya malah menulis mengenainya dalam 2010). Anwar tidak memberi jawapan dalam 2010 bila saya tanya beliau mengenainya. Kemudian, dalam 2013, beliau melantik Khalid sebagai Menteri Besar untuk satu penggal lagi daripada menggantikannya dengan Azmin.

    Kemudian, tiga bulan selepas itu, beliau memulakan komplot Gerakan Kajang untuk menendang Khalid keluar dan apabila beliau tidak dapat menumbangkan Khalid, beliau cuba menjadikan isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilantik – namun gagal juga.

    Jadi, apakah maksud artikel saya setakat ini – adalah ‘sudah saya katakan pada kamu’?

    Masalah dengan rancangan ini, ialah DYMM Sultan Selangor tidak bersetuju Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan sebagai Menteri Besar baharu. Dan jika mereka bertegas mahu meneruskan perancangan ini, akan ada bahaya yang Dewan Undangan Negeri Selangor mungkin terpaksa dibubarkan untuk satu pilihanraya negeri baharu.

    Namun, DAP dan PKR masih mahu melawan Sultan. Mereka merasakan mereka mampu menggerakkan rakyat dan menganjurkan demonstrasi seluruh Selangor untuk menekan Sultan agar mengalah. Ini jelas menunjukkan mereka tidak mengenali sepupu saya, Sultan itu. Jika mereka meneruskannya, Sultan akan musnahkan mereka sepenuhnya. Cubalah berlawan dengan Sultan dan tengok apa yang boleh berlaku.

    Hadi tahu bahawa konfrontasi terbuka dengan Sultan akan berakhir dengan buruk bagi Pakatan Rakyat. Sultan bertegas mahukan lebih dari satu nama untuk cadangan calon Menteri Besar. Jadi, Hadi mencadangkan dua nama – Dr Wan Azizah dan Azmin.

    Hadi telah menyelamatkan Selangor daripada bala. Beliau memberikan Sultan satu pilihan dan bukannya mengugut Sultan seperti yang mahu dibuat oleh DAP dan PKR. Sultan telah memilih Azmin dan itu telah memusnahkan plot DAP dan PKR untuk meletakkan isteri Anwar di kerusi Menteri Besar.

    Dan itulah permulaan mereka mensasarkan Abdul Hadi Awang. DAP dan PKR pada mulanya menghentam Sultan dengan menuduh baginda tidak menghormati perlembagaan dan campurtangan dalam politik. Kemudian mereka menghentam Hadi kerana memberikan Sultan satu pilihan untuk memilih dan bukannya menutup ruang pilihan untuk Sultan serta memaksa baginda melantik Dr Wan Azizah.

    Gerakan Kajang dan pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar adalah rekahan pertama dalam Pakatan Rakyat. Dan mereka menyalahkan Hadi untuknya. Tetapi bukan Hadi yang merancang Gerakan Kajang. Gerakan Kajang itu secara rahsia dirancang PKR tanpa sebarang rundingan dengan dua lagi rakan kongsi gabungan.

    Apa yang Hadi lakukan adalah beliau telah mencegah Gerakan Kajang daripada bertukar menjadi bala sebagaimana yang telah berlaku lebih awal di Perak yang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas di negeri terbabit. Hadi tahu apa yang Sultan boleh buat dan boleh bersetuju lakukan dan beliau dengan bijak tidak berenang melawan arus atau tidak, akan menyebabkan Pakatan Rakyat terjerumus dalam bahaya besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ini mimpi atau mengigau siang hari...

      Delete
    2. Tulis panjang2..apa yg kau nak cerita ni..mcm barua pas aja..pas ni makhluk 2 alam..jgn bagi muka..bahaya

      Delete
    3. Asyik kecek-kecek, cari makan-makan, main-main politik,... dalam bab ugama. Usuluddin mu sampai ke mana?

      Delete
  6. Namun, tindakan Hadi memenuhi kehendak Sultan dari sebaliknya membantah baginda tidak diterima dengan baik oleh DAP dan PKR. Mereka mahu mencabar Sultan dan memaksa baginda untuk bersetuju dengan kemahuan Pakatan Rakyat. Tapi Hadi telah memberi penyelesaian kepada Sultan yang telah mengelakkan satu konfrontasi dengan Istana.

    Hadi berasal dari Terengganu, satu negeri dimana Sultan boleh mengarahkan polis mengiringi anda keluar dari negeri itu dan menahan anda jika and cuba masuk kembali ke negeri tersebut (yang mana pernah berlaku sebelumnya di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor). Anwar dan Lim Guang Eng, pula, berasal dari Pulau Pinang yang tidak mempunyai Sultan, jadi mereka tiada perasaan kasih dan hormat pada sultan-sultan.

    Dan itulah sebab kenapa Hadi melihat isu ini berbeza daripada Anwar dan Guan Eng yang sanggup mengkhianati Sultan.

    Malahan, itulah permulaan pergeseran antara Hadi dan DAP/PKR. Kemudiannya, Kelantan memutuskan untuk meneruskan agenda Hudud. Namun, daripada menyalahkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat atau PAS Kelantan untuk tindakan tersebut, mereka menyalahkan Hadi. Jadi mereka memuji Nik Aziz dan memanggil beliau tokoh yang hebat dan mereka mengutuk Hadi di atas apa yang Kelantan telah lakukan.

    Tidakkah ia sesuatu yang janggal? Kenapa Hadi dipersalahkan atas apa yang Kelantan lakukan? Dan kenapa memuji PAS Kelantan dan pimpinan PAS Kelantan tapi pada masa yang sama mengutuk Hadi? Bahkan sekarang DAP mahu membelanjakan wang Pulau Pinang untuk membantu Kelantan membina lebih banyak masjid di negeri tersebut. Dan penyokong-penyokong Cina DAP bertepuk tangan serta bersorak memanggil ianya tindakan yang hebat. Tapi bukankah ini Kelantan yang mahukan Hudud?

    Kemudian, dalam Disember 2013, Anwar mengaturkan satu pertemuan antara Umno, PAS dan PKR di London untuk berbincang urusan membentuk satu kerajaan perpaduan. DAP dan parti-parti bukan Umno lain dalam Barisan Nasional telah tidak dijemput ke dalam perbincangan ini.

    Anwar kemudiannya telah meminta Hadi menghadiri pertemuan tersebut dan walaupun Hadi kebetulannya berada di London ketika itu, beliau enggan menghadirinya. Jadi, perbincangan itu gagal dan kerajaan perpaduan tidak menjadi kenyataan.

    Selepas itu Lim Kit Siang menuduh Hadi bermesra dengan Umno. Dia menuduh Hadi sebagai pengkhianat dan pembelot. Pada masa yang sama, Kit Siang mencadangkan Pakatan Rakyat menimbangkan satu pakatan ‘Selamatkan Malaysia’ dengan Barisan Nasional.

    Dan itulah dia, wahai pembaca, bagaimana Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, telah mengkhianati Pakatan Rakyat. Dan sekarang, disebabkan oleh pengkhianatan Hadi, Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

    Menteri Besar Selangor, Azmin Ali akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan baginda bahawa Selangor tidak lagi diketuai oleh kerajaan Pakatan Rakyat tapi diketuai oleh kerajaan Azmin Ali. Azmin mempunyai sekurang-kurangnya 28 ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bersama beliau dan disebabkan belum ada lagi undi tidak percaya dicadangkan di dalam Dewan Undangan Negeri, maknanya Azmin masih berkuasa.

    Dan DYMM Sultan akan menitahkan jika sekurang-kurangnya 29 ADUN belum mencadangkan undi tidak percaya terhadap Azmin, maka beliau boleh terus menjadi Menteri Besar sehingga pilihanraya umum akan datang.

    Dan semua ini adalah kerana pengkhianatan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang – jahanam dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengkhianati Agong camner???

      Delete
    2. orang sibok nak halau najib dia ini sibok nak buat cerita prono

      Delete
  7. Pemimpin pembangkang perlu bersedia berpolitik tanpa kehadiran parti PIS dalam pakatan mereka.

    Ini disebabkan beberapa pemimpin parti itu termasuk presiden nya suka main tarik tali. Bila dirasa diri mereka kuat, direntak saja tali yang digenggam tapi jika keadaannya lemah mereka berdolak-dalik mengendurkan tegangan tali..... Perangai seumpama itu tidak boleh dijadikan setia kawan kerana ketika masa kuat dia boleh bunuh kawan.

    Memang undi melayu akan berpecah mengikut parti mana yang mereka suka dan percaya tanpa mempedulikan apa yang dikempen oleh penceramah dari Pakatan Harapan.

    Namun, perlu diingatkan.... Sebahagian besar orang Melayu itu adalah bebal, bodoh, bangang, hipokrit. Maka mereka perlu dilayan sebagai orang bodoh atau yang seumpama nya. Jika dilayan seperti orang pandai mereka akan rasa terhina.

    Kalau ada orang melayu itu tidak tahu berbahasa orang putih jangan guna bahasa itu. Orang melayu kebanyakan nya tidak reti mengira. Maka jangan disebut angka yang yang tidak pernah mereka dengar.

    Lihat cara petugas pilihannya UMNO Baru melayan orang melayu.... Apakah mereka melayan bangsa itu seperti orang pandai atau orang bodoh ?

    Ketika mereka memberi kan rasuah beras, gula, sardin, kepada orang melayu apa keikhlasan yang mereka tunjukkan, sebagai bangsa melayu yang berdikari atau sebagai melayu miskin dan pemalas ?

    Apa yang ditulis diatas itu adalah sebahagian dari punca mengapa pihak pembangkang gagal mempengaruhi minda penyokong melayu yang tegar pada sebuah parti agar beralih menyokong calon Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
  8. blog yang rajin update buat visitor tak bosan. Good work admin.

    ReplyDelete
  9. Ingat lagiku, Tuan Shahbudin ketika kempen parti2 pembangkang langsung dengan hebat pada PRU 13, betapa pahit si Anwar menyindirkan Dr.Mahathir: Dia riak bertanya di himpunan rusuhan mereka itu agak bila Dr. Mahathir mahu balik ke rahmatullah?

    ReplyDelete
  10. Save malaysia first....lain lain hal boleh bincang secara persendirian....kalu hal pribadi pon nK bawak masok politik, tak payah lerrrrr, sampai bila pon tak boleh tumbangkan BN....ikut contoh Tun, tak hirau pon pasal pertahankan kedudukan mukhriz sebagai MB, dia tau risiko terhadap mukhriz, tapi dia lanyak masok gear 5 jugak.

    ReplyDelete
  11. bersemangat nak balik undi
    kalau tidak aku tak mau balik sebab tak mau bg undi lagi kat umno bn dan tak sanggup nak undi pas
    tp jika ph bertanding di kwsn aku
    mmg aku balik

    ReplyDelete
  12. Hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu semata-mata untuk memastikan Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri hanya akan memecah-belahkan pembangkang.


    Penganalisis politik, Tan Ah Chai ketika ditemu bual oleh China Press, berpendapat, sebagai parti baharu, ia tidak boleh mensasarkan perdana menteri sahaja malahan ia perlu memikirkan bagaimana bentuk kerjasama dengan pembangkang bagi mencapai impian untuk mengambil alih kuasa daripada BN.

    "Deklarasi Rakyat yang diasaskan oleh Tun M sendiri jelas menunjukkan ia tidak memiliki sokongan yang ramai seperti yang dijangkakan. Walaupun ada sokongan daripada Pakatan Harapan dan pertubuhan bukan kerajaan, namun ia tidak mampu membangkitkan gelombang baru," katanya.

    Beliau meramalkan dalam keadaan politik semasa ketika ini, parti baharu yang ditubuhkan Tun M itu akan menghadapi kesukaran untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang lain, terutama sekali dari segi pembahagian kerusi untuk PRU.

    Manakala seorang lagi penganalisis politik, Datuk Cheah See Kian berkata, biarlah masa akan menentukan bagaimana Tun M boleh menggunakan imejnya untuk membentuk parti baharu.

    "Kini sudahlah tiba masanya untuk pakatan pembangkang bergerak sebagai pasukan yang baru. Sekiranya ingin tubuh parti baharu dan ingin bekerjasama dengan parti pembangkang, Tun M perlu memastikan dalam PRU akan datang, pertembungan mestilah satu lawan satu dengan BN," katanya.

    ReplyDelete
  13. Wakil masyarakat sivil yang menghadiri mesyuarat semalam bersama Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa mereka tidak akan menyokong pembangkang yang berpecah pada pilihan raya umum akan datang, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.

    "Wakil-wakil NGO dan ahli-ahli politik yang menghadiri mesyuarat itu berkeras bahawa perlu ada gencatan senjata dan dialog di kalangan parti-parti pembangkang

    "NGO memberi amaran mereka tidak akan menyokong pembangkang dalam pertembungan pelbagai penjuru. Mereka menegaskan mahu pertandingan satu lawan satu dengan BN," tulis Kadir dalam blognya hari ini.

    ReplyDelete
  14. peserta demontrasi berkumpul di luar Komtar untuk menuntut peletakan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan rasuahnya.

    Ketua kumpulan itu, Ahmad Yakqub Nazri berkata slogan CAT oleh kerajaan negeri bukan lagi bermaksud 'cekap, bertanggungjawab dan telus', tetapi bermaksud 'capati, apom dan tosai' (makanan India).

    Beliau berkata kumpulan itu diwakili oleh individu dari semua kaum yang mahu melihat Lim berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008.

    Ahmad Yakqub berkata kumpulan itu akan mengadakan protes sama di masa depan.

    Mereka juga membawa kain rentang yang antara lain mempersoalkan slogan CAT oleh kerajaan negeri.

    Lim mengaku tidak bersalah dan menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai penganiayaan politik, yang dinafikan kerajaan.

    ReplyDelete
  15. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Musfafa Ali mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menyalah tafsir kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang.

    Beliau berkata, kerjasama politik boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk dan tidak semestinya PAS perlu menyertai Pakatan Harapan.

    "PAS tidak akan masuk Pakatan Harapan tetapi dalam waktu yang sama PAS menjalinkan kerjasama dengan PKR iaitu salah satu anggota Pakatan Harapan. Tetapi dalam kepala orang di luar sana kerjasama ini bererti masuk Pakatan Harapan. Ini tidak betul," katanya kepada Harakahdaily.

    Apa yang penting, tegasnya pembangkang perlu memastikan kerjasama terutama soal strategi yang boleh diambil dalam pelbagai bentuk seperti memastikan satu lawan satu menentang Umno BN dalam PRU14 nanti.

    Tambahnya, pembangkang boleh melaksanakan kerjasama politik seperti tahun 2008 di mana PAS tidak bekerjasama dengan DAP tetapi bersama PKR setelah DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada tahun 2001.

    "Waktu itu PAS tidak duduk semeja dengan DAP tetapi boleh berlaku satu lawan satu dengan BN, yang mana ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perantara.

    "Begitu juga pada tahun 1990 dan 1995, PAS menjalin kerjasama dengan Semangat 46 dan tidak juga duduk semeja tetapi boleh lawan BN satu lawan satu. Tidak berlaku tiga penjuru. Tengku Razaliegh Hamzah sebagai perantara," jelas beliau ketika dihubungi.

    Mustafa berkata pembangkang wajar mengambil pengajaran dalam siri pilihan raya kecil lepas yang menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru dan akhirnya menguntungkan BN.

    ReplyDelete
  16. Wahai anakku,
    Apabila pengadil memberikan sepakan penalti, seluruh penyokong, pemain dan pegawai bersorak keriangan.

    Lebih gembira apabila pemain utama yang banyak menghasilkan gol sepanjang lega ditugaskan mengambil penalti tersebut.

    Suasana seluruh stadium dan kaca TV tertumpu kepada sepakan.
    Dunia jadi senyap sepi.

    Tumpuan hanya satu. Di saat ini pesakit akan lupa sakitnya, si miskin akan lupa kepapaannya, si kaya akan lupa kekayaannya.
    Sepakan dibuat...

    Bila mana sepakan penalti tersebut berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, suasana terus berubah.

    Yang tadinya gembira bertukar menjadi kecewa dan sedih. Yang tadinya bimbang bertukar menjadi riang.

    Pujian bertukar menjadi cercaan dan kutukan. Cerita gembira beralih kepada cerita dukacita. Yang tadinya kecewa bertukar menjadi gembira.

    Hanya dalam beberapa minit sahaja, suasana berubah.

    Wahai anakku,

    Di saat kamu mendapat sokongan kamu kena sedia untuk menerima kutukan. Di saat kamu dipuji kamu juga kena sedia dikeji. Di saat kamu sedih kamu akan dapati keriangan.

    Inilah hakikat kehidupan sementara di dunia kerana Allah menjadikan segalanya berpasangan.

    ReplyDelete
  17. Satu pencapaian yang baik. Harap ada persafahaman supaya parti disemenanjung tidak menjadi pemecah undi disabah dan sarawak. Semoga pru14 ini, hanya satu lawan satu disetiap parlimen dan dun.

    ReplyDelete
  18. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi berkata parti itu tidak terburu-buru sama ada menyertai gabungan pembangkang yang diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan semalam.

    Namun beliau tidak menolak kemungkinan menyertai gabungan itu, dan berkata ia akan dibincangkan secara terperinci dalam pelbagai peringkat kepimpinan PAS.

    “PAS ada jawatankuasa politik, pusat dan Majlis Syura Ulama. Jawatankuasa Pusat (lihat secara) umum, jawatankuasa politik lihat dari segi strategi dan Majlis Syura Ulama dari segi batas sempadan Islam,” katanya menjawab soalan pemberita selepas kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Terengganu pagi tadi.

    Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS setakat ini komited dengan kerjasama “blok ketiga” dengan parti Ikatan.

    ReplyDelete
  19. Hidup Ybhg Tun Hidup Anwar PKR Hidup Lim Kit Siang Dap Hidup Mat Sabu Amanah dan peyokong Pakatan Pembangkag pastikan Bn dan Umno tumbang pru 14 aaammmiiinn

    ReplyDelete
  20. Hidup Ybhg Tun Hidup Anwar PKR Hidup Lim Kit Siang Dap Hidup Mat Sabu Amanah dan peyokong Pakatan Pembangkag pastikan Bn dan Umno tumbang pru 14 aaammmiiinn

    ReplyDelete
  21. HIDUP TUAN SHAHBUDIN !! TERUSKAN MENGKRITIK MEMBINA BANGSA NEGARA TERCINTA INI...

    ReplyDelete
  22. Setelah diDajjalkan oleh UMNO si Tiga Bedul....TGHA...TGHD...Nik Aduhhhh...bolehkah PAS tukar kiblat semula? Selagi ketiga Bedul ni berkuasa, yang lain dalam PAS akan mampus dengan sendirinya! Maaf bahasa kesat dan kasau ni.

    ReplyDelete
  23. tak kan kemana pun parti baru mahade ni
    tak ramai ahli amno yang ikut dia lagi
    sebab utama dia dah tak ada kuasa perintah
    jangan tertipu denagn langkah siasah dia
    tengok parti baru tu jadi ke tak jadi
    dulu dia cakap kalau tak setuju ngan amno jangan tubuh parti baru
    lani dia pulak ynag kalut
    dah mula nyanyok sikit sikit

    ReplyDelete
  24. PAS tersepit... taknak ikut pakatan, pasti masuk longkang nt pru14... nak masuk pula rasa malu, hahaaa... habislah ko past...

    ReplyDelete
  25. Pas tak tedesak,yg tedesak tu madey..tedesak nak slamatkan mukriz..prk lepas pun leh nampak pengundi da mula nyampah dgn pakatan,tu pasal undi pas lg byk dr pan..jgn lupa undi pkr dulu pun dr undi org2 pas dan dap..pkr sbenarnye parti hantu,mesy agung pun tak dapat penuh stgh dewan..kelantan pasti kekal pas wlu tidak bersama pakatan,tp tanpa pas,nasib dap dan pkr dan slangor dan penang blum tau lg..wan jijah pulak takkan ler sewenang2nye nak bg madey hijack..madey pulak takkan punya leh terima klu parti dia tanding skit kerusi..akan ada 2-3 kapten tak rasmi dlm 1 kapal ..pastinye akan betelagah berebut kosi..tengok kan je lah nanti..

    ReplyDelete
  26. Anon - 22.59

    Sayang kamu tak nampak masa depan yang sukar rakyat Malaysia akan tempuhi akibat 1MDB ni.
    1. kembali hak rakyat bukan kuasa individual.
    2. kuasa kembali kepada badan exclusive - Hakim, Audit Negara, BNM, Polis, Tentera dan pentabiran. Bukan dikuasai oleh pihak politik berkepentingan.
    3. Dubarkan kuasa politik keatas perniagaan...

    ReplyDelete
  27. Soalnya betul ke HAdYAWANG ni ulama kerna sifat ulama seharusnya mulia dan dimuliakan. Ini hari-hari dicerca, dikutuk kaw2... bukan sebab netizen benci title ulama (kami sayang sgt2) tapi kami belajar dari kisah iblis yang bongkak pd kejadian adam a.s yang kini sifat bongkak tadi ada pada sebahagian besar pimpinan Pas..
    Itu sebab kenapa kami susah nak mengandaikan tuan2 sebagai pewaris nabi... tolong la sedar diri... dan untuk kebaikan ummat ada baiknya dato' TITM keluar Pas dan bersama kami... supaya ra'yat dapat melihat sisi hitam Pas dan faham kenapa kami seakan membenci pertubuhan yg pernah satu ketika amat kami sanjungi.
    Dan kenapa kami boleh bersetuju dengan sebahagian drp perancangan Dr. M yang pernah kami musuhi.
    Maka benarlah bahawa Allah swt itu maha membolak-balikkan hati manusia. Sy merayu ahli pas tolonglah beralih pentas perjuangan bersama kami biarpun keahlian anda di'terminate'kan dari pas bermakna anda bukan lagi ahli syurga.. (bukan sy kata - ustaz parti kita yg tak habis belajar tu yg kata...).. salam.

    ReplyDelete
  28. Soalnya betul ke HAdYAWANG ni ulama kerna sifat ulama seharusnya mulia dan dimuliakan. Ini hari-hari dicerca, dikutuk kaw2... bukan sebab netizen benci title ulama (kami sayang sgt2) tapi kami belajar dari kisah iblis yang bongkak pd kejadian adam a.s yang kini sifat bongkak tadi ada pada sebahagian besar pimpinan Pas..
    Itu sebab kenapa kami susah nak mengandaikan tuan2 sebagai pewaris nabi... tolong la sedar diri... dan untuk kebaikan ummat ada baiknya dato' TITM keluar Pas dan bersama kami... supaya ra'yat dapat melihat sisi hitam Pas dan faham kenapa kami seakan membenci pertubuhan yg pernah satu ketika amat kami sanjungi.
    Dan kenapa kami boleh bersetuju dengan sebahagian drp perancangan Dr. M yang pernah kami musuhi.
    Maka benarlah bahawa Allah swt itu maha membolak-balikkan hati manusia. Sy merayu ahli pas tolonglah beralih pentas perjuangan bersama kami biarpun keahlian anda di'terminate'kan dari pas bermakna anda bukan lagi ahli syurga.. (bukan sy kata - ustaz parti kita yg tak habis belajar tu yg kata...).. salam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...