Friday, 8 July 2016

HUSNI KATA HANYA DI MOF BELIAU DAPAT MEMBANTU DAN MENYATU-PADUKAN ORANGRAMAI...HEBAT KAN!!


Sebagai huraian lanjut mengenai persaraannya yang agak mengejutkan baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah memberikan dua sebab mengapa beliau tidak setuju ditukarkan ke kementerian lain, sebaliknya memilih untuk bersara.

- pertama kerana di MOF beliau dapat membantu banyak pihak yang memerlukan bantuannya.

- kedua,  percaya di MOF beliau boleh menyatupadukan orangramai kerana percaya dengan kepelbagaian budayanya. 
Katanya, sebab itulah beliau ada memberitahu Perdana Menteri, Najib Razak bahawa beliau akan memilih untuk bersara jika ditukarkan ke kementerian lain.

Hebat kan dua alasan yang diberikan Husni untuk menolak ditukarkan daripada MOF, sebaliknya lebih rela untuk bersara. 

Dalam erti kata lain, ia bermakna:-

- Husni hanya boleh membantu orangramai dengan jawatan Menteri Kewangan saja.

-  di kementerian lain, beliau tidak boleh sama sekali membantu orangramai.

- oleh kerana MOF terkenal sebagai kementerian yang banyak projek-projek pembangunan, apakah kerja membantu orangramai hanya dalam bentuk pertolongan perniagaan semata-mata?

- adakah menteri-menteri selain menteri kewangan tidak boleh membantu orangramai dengan portfolio yang mereka sandang?

- kalau bukan membantu orangramai, apa pula kerja menteri-menteri lain di negara ini?

- berkenaan peranan menyatupadukan orangramai melalui kepelbagaian budaya di MOF, apa rekod Husni yang boleh membuktikan hakikat itu berjaya dilaksanakan selama ini?

- siapa dan berapa ramai yang sudah disatupadukannya sejak menjadi Menteri Kewangan?

Kecuali jika bukti dalam bentuk angka dan fakta dapat dilampirkan untuk menyokong alasan-alasannya, ternampak bahawa lagi kerap Husni bercakap mengenai sebab-sebab untuk mewajarkan perletakan jawatannya, lagi terserlah siapa dirinya yang sebenar.

Benarkah menolong orangramai menjadi kesukaannya dan faktor menyatupadukan itu pula menjadi keutamaannya dalam menjalankan tugas?

Atau....??? (SH 08/07/2016).

34 comments:

  1. Dedak punya pasal lah jadi macam itu.. Bila putus dedak, urat2 kat kepala pun boleh putus.. jgn main2.. mana ada menteri2 bekerja utk rakyat.. wakil rakyat pas pun klau jadi menteri lagi teruk jadinya..

    ReplyDelete
  2. Memang tepat apa yabg Husni lafazkan, hanya di MOF sahaja dapat berjasa dan berbakti sebab itu Najib pun masih pegang Menteri Kewangan berkemungkinan sepanjang hayat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ini ada projek dan kerja kaut mengaut yg belum selesai,semua ahli politik boleh mengigau gila kalau dpt jawatan ni.Malaysia punya politican terutama umno pas semua jenis manteliti pundek lancau.

      Delete
  3. Mof pegang duit, ramai yang tunduk dan merayu. Tukar tempat lain hilang power menundukkan org dan hilang rasa hormat org kerana dah jauh dari duit.

    ReplyDelete
  4. Nampak tak bijak (polite word, betul tak?) si Husni ye?

    Kalau dah letak semua jawatan gomen dan parti, apa nak bising lagi? Kalau dah kata nak belajar agama, apa nak coba justifikasikan apa apa lagi? Buat sengap macam orang betapa saja lah.

    Memang, UMNO Bahagian dia ada kata nak dengor sebab sebab dari dia. Tapi, kalau dah letak semua bahagian parti, nyata tak mahu ada hubungan dengan UMNO lagi, Najib pun tak pedulikan awak yang setia kapada nya demikian lama, apa nak pedulikan Najib lagi.

    Kalau menyesal, dok ingat nak berkecimpung parung dalam politik lagi, dah terlambat, Beb.

    ReplyDelete
  5. Elok bebenor lah bersara

    ReplyDelete
  6. Husni bongok menyerlahkan kebongokan nya.

    ReplyDelete
  7. pi la cepat belajar mendalami ilmu Al quran dan bahasa arab kat jordan tu
    apa nak bising bising lagi
    balik jangan jadi macam kaldai yang duk usung kitab udahlah
    sia sia sia

    Dan jika Kami jadikan Al Qur'an itu suatu bacaan dalam selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?". Apakah (patut Al Qur'an) dalam bahasa asing, sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Qur'an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh".

    tidak ada seruan dari penguasa2 islam seluruh dunia agar penganut Islam belajar bahasa Arab
    bahasa pilihan dari Allah untuk turunkan Quran
    sengaja dibuat begitu atau tak sedar akan kepentingan bahasa arab ini
    tambah pulak dilalai denagn dakyah dari musuh musuh islam

    ada oranag islam yang rasa hina bial tak bole cakap inggeris tapi tak pernah pulak rasa hina bial tak boleh paham bahasa arab (bahasa Al quran)

    hebat pengaruh dunia atas manusia Islam
    patutnya penguasa islam negara ni perlu galakan
    umat islam belajar bahasa arab dsamping bahasa lain jangan pandang rendah bahasa arab
    buat kempen besar besarn belajar bahasa arab

    jangan hanya pandai kempem pru saja

    ada orang dari muda sampai tua boleh duduk belakang imam denagr bacaan dari imam tak paham
    apa pun - istiqomah sungguh dalam kejahilan

    contoh kalau imam baca ayat jangan menipu dalam perniagaan berapa kerat orang yang boleh dapat pelajaran sebab yang lain tak paham pun

    rugi rugi rugi

    marilah berubah bukan saja dalam soal pilih ketua
    dalam soal ilmu ibadat pun kena bagi keutamaan

    ReplyDelete
  8. Husni penkhianat negara. Menipu rakyat msia dgn 'just units' bernilai US$1.08billion yg disimpan diSpore. Tapi habok pun tak de.

    Lapuran Audit Negara mengatakan US$7bilion telah lesap. Kerja Husni siang malam, menutup rasuah dan perbuatan mencuri Najib.

    Dia pun sapu banyak wang. Blogger Umno dh siap dgn pisau mereka supaya dia tidak mengkhianati Najib.

    Hidup dan kerja dia diKementerian Kewangan, menipu rakyat dan menutup dan melindungi perbuatan rasuah Najib.

    Celaka punya Husni. Allah laknat manusia yg menipu rakyat & bersekongkol dgn kaki rasuah.

    ReplyDelete
  9. Ini semua poyo je..alasan nak bg sedap telinga.pusing sana pusing sini,cilok sana cilok sini.lg pulak kes 1mdb nak meletop..dan2 pulak nak pegi jordan nak belaja ugama..
    Eh...bole jalaaan laa..

    ReplyDelete
  10. Pemerhati babi9 July 2016 at 00:33

    Guna alasan agama untuk perjelas perletakan jawatan atas dunia yg nyata husni ni pembohong dan pengkhianat.
    Aku pasti husni nu tak kemana.
    Alasan nk nendalami quran itu adalah alasan dangkal. Tak ada niat dia untuk kesitu sebenarnya. Inilah antara manusia yg mempersendakan agama demi keuntungan diri. Samalah dgn bekas ketuanya tu. Guna agama tutup bangkai kerjabuat.

    ReplyDelete
  11. Statement yg tak bole pakai.... Kalau mcm ni punya org rahsia yg dia tahu akan tetap disimpan...

    ReplyDelete
  12. Dah senja umur baru nak belajar Ugama,, dulu halal dan haram kau langgar,,jangan ingat seluruh rakyat Malaysia bonggok Husni..disini pun tak kurang hebat para asatizah yang bertauliyah tinggi jadi alasan kamu tak masuk di akal sama sekali dan tak munasabah dan tak boleh dipercayai...kami rasa ada sebab sebab yang tertentu yang membuat dirimu bersara mendadak....!!!!!
    Kemungkinan di kementerian yang lain kurang dapat dedak yang berkualiti kot...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi kau tak jelaskan dengan lengkap apa itu JUST UNITS dan apa dah jadi pada JUST UNITS itu...selagi itu kami tak maafkan kau husny!

      Kau fikir berkat ke belajar agama selagi dosa kepada rakyat masih membelenggu?

      Delete
  13. Tu yang meraban teben tu pasai ade projek yang takdan nak ambik duit la tu..udah kene sailang ngan Najib ke bang hosni..tu la..dulu hang sailang orang..la ni hang pulak yang kene..udah balik ke Ipoh ni moh le ngeteh kat Casuarina..hehehe..

    ReplyDelete
  14. Kursus Islam pendek khas untuk Husni yang boleh di dapati di Shahbudin.com (tak payah pergi ke Jordan):

    Tuhan bagi Dunia ini kat hang adalah merupakan suatu Amanah; maka pikul lah tanggungjawab itu di atas bahu hang baik-baik.

    Jangan lupa pesanan Allah dalam al-Quran: tindak-tanduk hang semasa di atas Dunia yang sementara ini mesti lah mencerminkan ciri-ciri seorang Khalifah, bukan pemupuk atau penggalak kemungkaran atau rasuah.

    Sekian lah kursus Islam pendek bagi Husni.

    ReplyDelete
  15. Wang besar....wang besar...

    ReplyDelete
  16. Kesian si Husni. Buat itu salah, buat ini salah. Kena bambu yang dia buat dan tak buat. Semua nya sebab bos dia punya tingkah laku. Dia nak coba taat setia tapi nak di tukar ke Kementerian lain.

    Tak bijak lah dia mikirkan boleh pegang jawatan sampai bila bila. Dah 6 tahun di situ. Najib pun tak boleh pegang jawatan lama lagi.

    ReplyDelete
  17. Kesian husni. Dekat nk mati baru nk belajar agama di jordan. Awat tk pi mekah atau madinah. Lagi best. Pahala solat beratus ribu ganda. Apa pon yg penting cash is king. Cuba tanya husni. Kihkihkih

    ReplyDelete
  18. Dah besara tu bersaralah cara terhormat. Jgn dok bagi alasan yg tak cerdik husni oiii.
    Lepas ni boleh buka meja jual limau tambun dengar alasan mula nak berjinak jinak dgn dunia perniagaan dan mecari rezeki halal

    ReplyDelete
  19. Cakap sajalah apa yg nak dicakap berilah 1000 alasan itu hak dia masuk telinga kiri keluar telinga kanan kita boleh tipu org lain tetapi kita tak boleh tipu diri sendiri jawablah diakhirat nanti aaaammmmiiiiinnnn

    ReplyDelete
  20. Cakap sajalah apa yg nak dicakap berilah 1000 alasan itu hak dia masuk telinga kiri keluar telinga kanan kita boleh tipu org lain tetapi kita tak boleh tipu diri sendiri jawablah diakhirat nanti aaaammmmiiiiinnnn

    ReplyDelete
  21. Kata nak pi belajar agama tapi dok menipu lagi. Dok main tai chi sana dok main tai chi sini.
    Jgn dok ikut perangai Phoooooooooottttttaaaaaattttt zakar shittt tu. Kentut merata rata.
    Bertanding di Batu Pahat pun kalah itu pun masih tak sedar diri lagi.

    ReplyDelete
  22. Husni ingat rakyat boleh percaya alasan yang dia beri. Dia membodohkan dirinya sendiri kerana penipuan 1MDBD berlaku didepan matanya. Kalau dia berkhidmat dengan jujur dia boleh menghalang penipuan 1MDB daripada berlaku tetapi dia bersama sama bersubahat. Jika kes ini dibawa ke pengadilan Husni adalah diantara mereka yang patut dibicarakan.

    ReplyDelete
  23. Kentut taik tu. Apa saja yg keluar drp mulut dia tu semuanya taik

    ReplyDelete
  24. Kalau itulah alasan dia meletakkan jawatan, sepatutnya dia dah lama diketepikan. Tidak lojik dan tidak masuk akal langsung alasan-alasan yang dinyatakannya. Lebih baiklah mulai sekarang dia plaster mulutnya

    ReplyDelete
  25. ATAU ? Atau sebenar nya tak dapat nak sebat projek lagi

    ReplyDelete
  26. ATAU ? Atau sebenar nya tak dapat nak sebat projek lagi

    ReplyDelete
  27. Tok guru nik aziz potong gaji dan alaunnya sebanyak 1 juta lebih untuk lawan umno. Tapi yg ada dlm pas sekarang ini berapa banyak harta diorang ada? Nik amar kereta sahaja 10 bijik? Takiyudin hasan ada banyak mana eset dia? Zulkifli mamat dapat tanah banyak mana? Wan ismail melor ada berapa banyak tanah yg dia dapat di area gua musang n kuala krai? Haji hadi yg kita tau dapat 2 biji kereta mewah n satu banglo, mustafa ali tk usah tanya harta, Harun Din masih tk cukup lagi duit yg dapat dari kerja2 jampi air, mau makan gaji dari kerajaan BN lagi.

    Sebaliknya cuba cek mereka yg telah dijebonkan, mat sabu, solahudin, dr mujahid, ustaz ahmad awang, dr hatta ramli, cekgu wan rahim, husam n banyak lagi adakah mereka semakin kaya?
    Segala kemewahan yg golongan ulamak pas dapat telah terlindung di sebalik agenda hudud padahal RUU355 yg jelas bukan hudud.

    Mereka kata "biar kalah asalkan allah redho". tapi saya kata "biar kalah asalkan tidak didakwa"

    Yg aku sedih ialah walaunta bodoh yg tk dapat apa2 kecuali dijanjikan ank kunci syurga.
    Sebabtu ada taawun (tolong menolong) antara pas umno kerana mereka dah sama setiap segi. Ok setakat ni je dulu, kita tangguh hudud ke persidangan parlimen akan datang.

    Sekian terima kasih,

    ReplyDelete
  28. Din..sememangnya sesiapa yang memegang jawatan ke MOF merupakan orang yang paling berpengaruh kerana disitulah letaknya duit dan projek2. Ingat lagi semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan disitu dia telah berjaya mengukuhkan pengaruhnya, sudah tentu melalui cara yang dibuat oleh boogees sekarang ni.
    Dan mungkin ramai yang sudah lupa...selepas krisis matawang 1998 yang disusuli oleh krisis politik yang disebabkan oleh Anwar, Tun M telah meletakkan jawatan itu dibawah beliau disebabkan beliau mnyedari bahawa sesiapa yang memegang jawatan tersebut, boleh menyalahgunakan jawatan tersebut untuk kepentingan diri.
    Dan semasa Tun M memegang jawatan tersebut, kita melihat bahawa Tun telah memegang amanah tersebut dengan sebaiknya.
    Malangnya, PM2 selepas Tun tidak nampak atau sudah terlupa sbb2 kenapa PM memegang jawatan Menteri Kewangan...PM Dol...dalam keadaan tidur2 ayamnya..telah dimanipulasi oleh menantunya...PM selepas Dol pula..nampaknya telah dimanipulasi oleh hipponya....malang sungguh...

    ReplyDelete
  29. Semua pemimpin umno jenis cakap tk serupo bikin termasuk husni. Dia nak satukan org dgn duit ker?? Atau Mof tu lubuk duit utk dia balun. Hihihi. Cuba sprm check harta saham duit simpanan dia. Ada berani ker?? Hihihi

    ReplyDelete
  30. aku pon heran pasaipa dia bersara awai..sbb poak depa kalu pegang jawatan kalu boleh sampe mampuih..biasanya bila mampuih makna dia dah bersara..kalu besara makna dah mampuih..adat istiadat menteri kerajaan malaisa tetap berjuang menjaga kepentingan mlayu islam sampe mampuih...hebat sunggoh depa ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...