Saturday, 16 July 2016

PARTI BARU TUN M MEMBERI KELEGAAN KEPADA NAJIB


Dengan sahnya hasrat Tun Mahathir Mohamad mahu menubuhkan sebuah parti politik baru, ia secara tidak langsung merupakan sesuatu yang dapat melegakan hati serta perasaan Najib Razak. 

Najib kini tidak perlu bimbang lagi mengenai kemungkinan beliau dijatuhkan sebagai Perdana Menteri sebelum tempoh penggalnya berakhir.

Melalui parti baru ini, ia tidak lagi bertujuan untuk menjatuhkan Najib semata-mata, sebaliknya untuk menukar sebuah kerajaan. Sehingga tibanya tarikh PRU 14, Najib tidak perlu bimbang apa-apa mengenai jawatan Perdana Menterinya. Jawatannya boleh dikira sudah selamat sehingga tibanya tarikh pilihanraya diumumkan.

Yang perlu dipertahankan Najib sekarang ialah kejatuhan sebuah kerajaan. Walaupun paling bermasalah, ia sudah menjadi beban kepada BN. Jika pengundi merasakan Najib dan segala masalah yang dibawanya adalah beban kepada kerajaan, maka menukar kerajaan adalah satu-satunya pilihan yang tinggal untuk dilakukan.

Dalam pilihanraya umum, kemungkinan hanya Najib dapat dijatuhkan, tetapi kerajaan BN terus dikekalkan adalah sesuatu yang paling tipis dapat dilakukan. Lebih mudah menjatuhkan Najib dengan cara menjatuhkan BN sekali.

Mempertahankan BN dalam PRU 14 pula bermakna pengundi atau rakyat bersetuju untuk terus memikul beban Najib bagi tempoh lima tahun yang seterusnya.  Mustahil juga BN terus dikekalkan tetapi tidak dibawa sekali beban yang berpunca daripada Najib itu.

Terserah kepada pengundi untuk memikir dan membuat pertimbangan mengenainya. Jika tidak mahu terus menerus menanggung beban Najib, tukarlah kerajaan dan kiranya sedia memikul lagi beban yang mungkin bertambah berat yang diakibatkan olehnya, teruslah memberi undi kepada BN.

Sebab itu kita boleh memahami jika Najib berasa lega dengan parti baru inisiatif Tun Mahathir ini yang bakal ditubuhkan bersama beberapa pemimpin yang dipecatnya  daripada UMNO.

Beliau kini telah berjaya menukar beban yang ditanggungnya menjadi beban UMNO dan BN. Dengan parti baru yang bertujuan untuk menyaingi dan mengalahkan BN, bukan lagi Najib saja yang perlu bimbang mengenainya, tetapi keseluruhan pemimpin UMNO dan BN.

Najib  juga tidak perlu risau lagi dengan kemungkinan hanya beliau seorang saja yang akan kehilangan kedudukan dan jawatan. Jika BN dapat dikalahkan, keseluruhan pemimpin UMNO dan BN akan turut sama-sama hilang jawatan.

Jika ada yang terlibat dalam kes rasuah, penyelewengan, mengumpul kekayaan secara haram, mencuri duit rakyat dan lain-lain kesalahan, semua mereka juga bakal berdepan dengan kebarangkalian pergi ke mahkamah dan menghuni penjara akhirnya.

Mungkin Najib sedang bercuti atau berada di luar negara ketika itu, tetapi jika beliau boleh meninggalkan pelbagai pesan di laman Facebook, Twitter atau blog miliknya sejak sambutan tumah terbukanya pada Hari Raya pertama lagi,  mustahil beliau tidak terkesan apa-apa dengan parti baru itu jika ia benar-benar mengancam masa depannya.

Namun, apa yang kita lihat Najib seperti relaks saja dengan parti baru Tun Mahathir ini. Pemimpin  seperti Zahid Hamidi, KJ, Shahrir Samad dan lain-lain nampaknya yang lebih risau dan berhujah macam-macam untuk menutup kebimbangan mereka mengenai parti baru itu. Najib sepenuhnya telah berjaya meletakkan bebannya menjadi beban kepada semua.

Mereka yang arif mengenai Tun Mahathir tentu memahami bahawa bekas Perdana Menteri itu bukan sekadar cemerlang melahirkan idea membina Putrajaya, KLCC, lebuhraya dan pelbagai perkara yang tak terfikir oleh sesiapa, tetapi juga gemilang dengan rekod kejayaannya dari segi menumpaskan musuh-musuh politiknya.

Oleh itu, jangan cepat-cepat memperlekeh atau ketawa  apabila melihatkan keluarnya Tun Mahathir daripada UMNO masih juga tidak berjaya menjatuhkan Najib sepertimana jatuhnya Tun Abdullah dahulu kerana dengan parti baru yang ditubuhkannya, yang lebih mungkin akan jatuh selepas ini ialah sebuah kerajaan bersama seluruh pemimpinnya secara sekaligus.  (SH 16/07/2016).

48 comments:

  1. The Great Master Sifu is still very much alive and has few more secrets under his sleeves.......

    https://www.youtube.com/watch?v=Ba1yekhwdPI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salleh karabau pun dah panas punggong.
      Balik kampongggggg..hohoho balik kampongggggg...hati murammmmm.

      Delete
    2. tun mahadhir knows what he is doing. we malaysian trust him..

      Delete
    3. Grand Master Sifu tu dulu kencing berlari

      Sikalang itu Grand Son Sifu pulok dah BERAK melompat2 sambil menari2!

      Amik kau!!

      Dulu kau curi dgn plojet2 mega..haha!

      Sikalang gua CURI lg 'smart' gua pakai air ludah basi jer...dgn idea 1MDB!!

      Sapo lg teror Grand Master Sifu ko ATAU Grand Son badak berendam!?

      Moral of d story..
      Ajar dan mengajarlah agar kito sumo samo2 jd bapak sgl penCURI!


      Protun dan projibgor buleh faham ko ATAU masing2 sumo dah buto mato HATI...hihihi

      Delete
    4. 12:58, gilo sunggoh mu badak pencaci dusta. masuklah gelanggang sifu kalu ada telor gajah juga...

      Delete
    5. Budak tu bercakap mcm orang tak ada agama langsung.
      Syok sendiri saja tu.

      Delete
    6. Insyaalah umno BN akan tumbang nanti.

      Delete
    7. amin amin amin...umno akan tumbang

      Delete
    8. Malaysia boleh! Tahniah Idham Pawi kerana memenangi MotoGp3 di German.

      Delete
  2. Tun Mahathir is still genius compare to those BN ministers in the cabinet, mostly haprak ministers...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..u r right bro..

      Delete

    2. YESS!!

      You r correct damn so right completely!


      Pls read this:

      Itu Grand Master Sifu mamakdey tu dulu kencing berlari

      Sikalang itu Grand Son Sifu badak berendam pulok dah BERAK melompat2 sambil menari2!

      Amik kau!!

      Dulu kau curi dgn plojet2 mega PKFZ Bakun PERWAJA..biliyun2 haha!

      Sikalang gua CURI lg 'smart' gua pakai air ludah basi jer...dgn idea 1MDB!!

      Sapo lg teror Grand Master Sifu ko ATAU Grand Son badak berendam!?

      Protun2 sekelian sapo lg smart huh!?
      Sapo pulok yg nampak bodo?


      Moral of d story..

      CURI dan CURI lah lagi kikiki..

      Ajar dan mengajarlah agar kito sumo samo2 jd bapak sgl BAPAK penCURI!


      Protun dan projibgor buleh faham ko ATAU masing2 sumo dah buto mato HATI...hihihi

      Jgn lah bilo dah terSOPIT baru lah masing2 nak saling salah menyalahkan yo!

      AND..

      Samo2 lah hadamkan 'makno' apo itu sbonar2 AMANAH dan apo itu sbonar2 makno INTEGRITY!


      Delete
    3. Klu nak dpt berkat jd bapak sgl BAPAK penCURI mako selalu2 lah gi mokah buat umrah..

      DAN
      klu nak lobih BORKAT lg gi jumpo tuan guru ularrrmak RONjinngg dan Haddik Ah WANG..gerenti buleh sedondon masyuk surgo punyo



      Delete
  3. Kalau betul Najib merasa lega, takpa lah. Pahal pun memang sukar mendapatkan dia letak jawatan atau di ganti sabelom PRU14. Biar dia rasa selesa, cuai bila menghidu angin yang tak ribut, mana tahu, Kuasa Tuhan, alih alih timbul sesuatu yang bikin dia tersungkur dan di gantikan.

    Ingat, PM Britain David Cameron pun tersungkur dengan tindakan nya yang tak di sangka membawa kpd dia perlu letak jawatan - buat referendum Britain keluar dari EU, Brexit.

    Kita harapkan dan doa akan ada Najibxit di negara ini. Ingat, Tuhan tu Maha Kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sudah mesti tuan. najibexit tetap akan jadi kenyataan.
      najib seorang PENCURI duit rakyat.

      Delete
    2. Jangan berasa syok sangat.. dalam dunia ketiga, tiada kerajaan dapat ditukar dengan kaedah pilihanraya. Jika berjaya pun, tentera akan jadi talibarut kerajaan lama. Lpstu, kudeta pulak.

      Kene guna pelbagai daya utk jatuhkan kerajaan.

      Delete
  4. Aphal pun, rasa nya Najib, UMNO dan BN akan lingkup di PRU14.

    Di PRU13 dia kalah undi popular, hilang majoriti 2/3 di Parlimen, dapat Tsunami Chinna dan keputusan yang paling buruk dalam sejarah UMNO.

    Ada takda nya parti baru, hakikat nya ia lah begitu ramai rakyat dah bosan dgn telatah Najib. 1MDB di buat nya terhutang RM53 bilion, sekarang IPIC tuntut RM28 bilion pulak, berbilion masuk ekaun bank dia, bini dia dan anak tiri dia. Ketua Audit Negara dah nyatakan RM28 bilion lesap dari ekaun 1MDB.

    Tak susah bagi orang kampong dang yang berpendapatan rendah pun nak meneka k mana duit itu lesap. Kesan nya kpd Najib kot Tsunami Melayu jugak di PRU14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kampong yang bertungkus lumus menoreh getah atau menyabit kelapa sawit pun dah tahu. Dulu ramai yang angkat tangan ikut yang lain tapi di PRU14, tidak lagi rasa nya, mereka mesti rasa bosankan hal Najib songlap berbilion dengan tak payah berkerja kuat, 1MDB tak payah berniaga, ha nya rancangkan dengan budak Cina Jho Lo bikin berbagai syarikat, buat berbagai perjanjian, hantar duit sini sana di berbagai negara.

      "Circuitous payments" (bayaran cara memutar) nak elakkan orang siasat, kata Tun Dr Mahathir. Bayar ke sana sini, antara nya Malaysia, Abu Dhabi, Switzerland, Cayman Islands, Virgin Island dan yang tak virgin Singapore island.

      Dah lingkup satu bank Switzerland di Singapore akibat 1MDB, 6 orang di suspek terlibat, kes mahkamah di sediakan dek pihak berkuasa Spore ke atas seorang dari nya.

      Rancangkan "bayaran memutar" pun, tak boleh lari. 6 negara lain dari Singapore sedang siasat salah laku 1MDB. Najib yang bertanggung jawab.

      Delete
    2. anak tun razak yg bernama najib adalah seorang PENCURI

      Delete
    3. Sedih betul Tun Razak .
      Dapat anak seorang penyamun.

      Delete
    4. Lagipun Tun Razak adalah kawan baik Hussain Najadi Ambank

      Delete
    5. itu pun anak tun razak bernama najib yg tembak

      Delete
  5. Melayu2 Umno mcm makcik dan pakcik Felda juga..mereka adalah melayu2 yg paling bodoh dlm dunia.

    Mereka memikul dua biawak hidup yg mendatangkan masalah bukan & membeban serta memalukan bukan shj kpd negara Msia tetapi kpd generasi melayu2 akan datang.

    Melayu2 bodoh Umno ni tetap memikul 2 ekor biawak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bapak Najib, Tun Razak (yang bertungkus lumus merancangkan dan melaksanakan ber puluh puluh sekim FELDA di negara ini) tau bahawa kau mengkeji orang FELDA, kau akan di sula dek orang orang dia - di heret ke tepi laut, di sembam muka ke pasir, lubang bontt kau di sula dengan buluh tajam.

      Kau cakap macam itu nak harap depa undi Najib? jangan mimpi, Dol. Melainkan kau orang DAP menyamar sebagai melayu di sini, kalau gitu kau patut di hantar pulang ke Tongsan naik tongkang.

      Jangan lupa, orang PAS pun ramai di FELDA. Turun temurun depa yang Menteri Kemajuan Tanah Asri Muda (Presiden PAS di masa itu) bawa masuk ke FELDA di zaman PAS menyertai Kerajaan UMNO/BN dulu.

      Delete
    2. Sokong 0942..pengkomen dlm blog ni sbnarnya byk 'org asing' yg menyamar jd Melayu..si bodoh ambil peluang gunakan blog ni menghentam org Melayu dgn agak keterlaluan..
      Awas,jaga sikit tutur patah perkataan..walaupun satu matlamat(turunkan najib),bkn bererti kami(Melayu) bg lesen besar utk anda buat sesuka hati.
      Hormat sikit..

      Delete
    3. ..jgn marah ye...Felda adalah fix deposit parti korup Umno...mcamana korup Umno atau pemimpinnya spt Najib, warga Felda tetap akan beri undi kp Umno.

      Ni lah melayu bangang...

      Delete
    4. anon 1615
      org dah tegur tu cermin la diri sikit
      kalau bangsa kau menghina bangsa melayu secara keterlaluan tidak mustahil kami bersatu menentang kau dan bangsa kau
      tanah ini tanah kami
      with kindness we share it with u
      sedar diri sikit

      Delete
  6. Woiiiii ...Phoooooooaaaaattttt zakar shitttttt....kentut taik. Sudah2lah mengampu.
    Ko tu dah lah kalah. Orang Batu Pahat pun tolak ko. Mereka dah tamatkan perkhidmatan ko. Mereka tak perlu ko. Sebab ko tak boleh diharap. Ko tak buat kerja ko.Bila dah kalah jgnlah marah. Jgnlah nak berdendam.
    Woiiiii Phooooooaaattttttt...tak ada siapa yg nak dengar cakap ko. Mulut ko bau taiiiikkkkkkk.
    Ko bukan MP lagi. Tolonglah sedar diri ko sikit.
    Ko tu haprak. Ko tu hapak. Berapa kilo dedak najib yg ko dapat. Muka ko pun mcm taik.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    suatu penulisan yg begitu tersirat dari saudara Shahbudin, sesuatu yg begitu mendalam maksudnya dan begitu 'futuristik' ideanya.
    Najib juga begitu cerdik, beliau sekarang sudah ada beberapa 'plan'dan akan memikirkan beberapa plan lagi sebanyak mungkin utk cuma 'survived' diri sendiri.Beliau tahu kaki ampu makan dedak di bawah lambat laun akan berkiblat ke pihak lain.Pada prinsipnya Najib sekarang ini tidak mempercayai sesiapa pun tambah lagi kpd Zahid Hamidi timbalannya yg cukup 'opportunist'.Zahid yg suatu ketika meluru mendukung Anwar Ibrahim(diketika saat Anwar dilantik TPM ).

    Dr.Mahathir atau Najib sama2 cerdik, seorg.begitu pakar dlm. soal2 visi dan misi dlm memacu negara dan seorg.begitu 'play safe'.
    Keduanya mempunyai strategi politik yg hebat, Dr.Mahathir pakar menawan 'grass root' dan bijak menawan hati kaum lain . Najib pakar menggunakan org2 atas dan k/bahagian yg seterusnya mengawal org.
    bawah.
    Peringkat skrg. ini sesiapa shj. yg.ada 'secret weapon' yg lebih baik akan berjaya.Kelebihan Dr.Mahathir ialah perjuangannya bersih dan kelihatan bersih sebagaimana beliau menewaskan Team B dahulu(dlm. perebutan Presiden Umno).

    Ditakdirkan Dr.Mahathir berjaya nanti(insyaallah) beliau tidak akan teragak-agak utk.mengambil semula semua musuh2 politik beliau itu pun setelah mrk. menjalani hukuman sebagaimana telah berlaku terhadap org.2 team B dahulu dan Anwar Ibrahim.

    Kesimpulannya siapa yg. paling berjiwa besar akan mendapat restu dari Yg Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  8. Salam,

    suatu penulisan yg begitu tersirat dari saudara Shahbudin, sesuatu yg begitu mendalam maksudnya dan begitu 'futuristik' ideanya.
    Najib juga begitu cerdik, beliau sekarang sudah ada beberapa 'plan'dan akan memikirkan beberapa plan lagi sebanyak mungkin utk cuma 'survived' diri sendiri.Beliau tahu kaki ampu makan dedak di bawah lambat laun akan berkiblat ke pihak lain.Pada prinsipnya Najib sekarang ini tidak mempercayai sesiapa pun tambah lagi kpd Zahid Hamidi timbalannya yg cukup 'opportunist'.Zahid yg suatu ketika meluru mendukung Anwar Ibrahim(diketika saat Anwar dilantik TPM ).

    Dr.Mahathir atau Najib sama2 cerdik, seorg.begitu pakar dlm. soal2 visi dan misi dlm memacu negara dan seorg.begitu 'play safe'.
    Keduanya mempunyai strategi politik yg hebat, Dr.Mahathir pakar menawan 'grass root' dan bijak menawan hati kaum lain . Najib pakar menggunakan org2 atas dan k/bahagian yg seterusnya mengawal org.
    bawah.
    Peringkat skrg. ini sesiapa shj. yg.ada 'secret weapon' yg lebih baik akan berjaya.Kelebihan Dr.Mahathir ialah perjuangannya bersih dan kelihatan bersih sebagaimana beliau menewaskan Team B dahulu(dlm. perebutan Presiden Umno).

    Ditakdirkan Dr.Mahathir berjaya nanti(insyaallah) beliau tidak akan teragak-agak utk.mengambil semula semua musuh2 politik beliau itu pun setelah mrk. menjalani hukuman sebagaimana telah berlaku terhadap org.2 team B dahulu dan Anwar Ibrahim.

    Kesimpulannya siapa yg. paling berjiwa besar akan mendapat restu dari Yg Maha Kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg. paling berjiwa besar akan mendapat restu dari Yg Maha Kuasa.

      yg. membohong, menipu, mmengsonglp berbilion Ringgit akan medapat bala' dari Yg Maha Kuasa.

      Insya Allah.

      Delete
    2. tepat sekali tuan 10:26

      Delete
  9. PRU 14 tak akan diadakan seperti mana yang kita jangka. Selepas letupan di Puchong dan rempuhan treler di Nice, Zahid secara tiba tiba buat cadangan yang tak masuk akal untuk airport membenarkan hanya penumpamg yang boleh masuk terminal
    Tak pernah terfikirpun idea ni di negara lain tapi Tiomg Lai nampak tak de pilihan terpaksa mintak MAB kaji dan buat. Ancaman pengganas ini akan digunakan untuk istihar darurat...gantung Parlimen...melopong la Tun.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tentu melopong Tun ke tak. Mana tahu apa akan berlaku kalau gantung Parlimen. Yg berlaku di Turkey tak boleh di ketepikan.

      Delete
    2. kelakar letupan kat puchong tu ciput aje
      daesh pun tak ngaku

      Delete
  10. Ha ha....... DOMINO EFFECT
    Satu TUMBANG.. SEMUA TUMBANG.
    Satu masuk jail, SEMUA masuk jail.
    Anak cucumber, saudara mara Akan jerasa malu.
    Dulu yang berhormat.. Akan menjadi BANDUAN BERHORMAT.
    PADAN MUKA.

    ReplyDelete
  11. Tun tubuh parti yg baru
    Kabinet kayu rasa termanggu
    Jika kalah miss lah suru
    Ke Sungai Buloh tangan belenggu

    Jangan perlekeh jangan mengejek
    Banding kan dia Tun yg cerdik
    Pencacai jibbo akalnya pendek
    Tak nampak mana buruk dan baik

    Jika Tun dan lain bersatu
    Gembeling usaha setiap waktu
    Rakyat menyokong padu dan jitu
    Jibbo lari tertinggal sepatu...









    ReplyDelete
  12. BACA DGN TELITI

    raya baru ni aku bersembang dgn geng TERAJU (Think tank najib) . depa ingat aku pun geng umno.

    skrg mereka tak mahu menafikan lg ttg rasuah dan salah laku najib. SR dan WSJ dah terlalu banyak pendedahan info. tak guna menafikan lg.

    depa skrg dah masuk fasa terakhir michaevalian - who smart won the game. secara mudah...buat apa saja, guna apa saja untuk menang....tiada istilah main kotor

    Politik is about power. depa dah praktiklan pada LGE, pada SPRM, AG, POLIS, MAHKAMAH, SPR

    bg mereka, biarkan 20% orang cerdik menentang. mereka akan pastikan 80% rakyat mengundi mereka. dimalaysia mudah....money is king.

    wang akan digunakan secara terang terangan...setiap undi akan dibayar wang. Cuba fikirkan, rakyat mana yg tak akan undi bn kalau dijanjikan rm100 selepas mengundi.???....janji ada bukti bergambar. SPR dah kata tak salah ambil gambar guna HP.

    PRU14 akan menyaksikan penggunaan wang paling besar. geng TERAJU dah mula kumpul dana dgn apa cara sekalipun. jagalah TH, KWSP, ANGKSA, AMANAH RAYA, TAT, .....mereka ini akan kerugian besar

    sebelum ni, depa takut dgn pas....kerana ahli pas wala pada ulama, susah nak beli.
    tapi sekarang selepas dua pemimpin pas masuk perangkap...mereka goyang kaki.

    target mereka sekarang ...rm100bilion. ...PRU14 mereka punya. bila ada kuasa wang boleh cari.

    wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. loyar buruk malas kerja
      poket kosong wang tiada
      makan minum tidur sahaja
      tinggi perut dari dada

      berat tangan otak budak
      dada kosong tanpa ilmu
      menadah tangan minta dedak
      hidup segan mati tak mahu

      Delete
  13. BACA DGN TELITI

    raya baru ni aku bersembang dgn geng TERAJU (Think tank najib) . depa ingat aku pun geng umno.

    skrg mereka tak mahu menafikan lg ttg rasuah dan salah laku najib. SR dan WSJ dah terlalu banyak pendedahan info. tak guna menafikan lg.

    depa skrg dah masuk fasa terakhir michaevalian - who smart won the game. secara mudah...buat apa saja, guna apa saja untuk menang....tiada istilah main kotor

    Politik is about power. depa dah praktiklan pada LGE, pada SPRM, AG, POLIS, MAHKAMAH, SPR

    bg mereka, biarkan 20% orang cerdik menentang. mereka akan pastikan 80% rakyat mengundi mereka. dimalaysia mudah....money is king.

    wang akan digunakan secara terang terangan...setiap undi akan dibayar wang. Cuba fikirkan, rakyat mana yg tak akan undi bn kalau dijanjikan rm100 selepas mengundi.???....janji ada bukti bergambar. SPR dah kata tak salah ambil gambar guna HP.

    PRU14 akan menyaksikan penggunaan wang paling besar. geng TERAJU dah mula kumpul dana dgn apa cara sekalipun. jagalah TH, KWSP, ANGKSA, AMANAH RAYA, TAT, .....mereka ini akan kerugian besar

    sebelum ni, depa takut dgn pas....kerana ahli pas wala pada ulama, susah nak beli.
    tapi sekarang selepas dua pemimpin pas masuk perangkap...mereka goyang kaki.

    target mereka sekarang ...rm100bilion. ...PRU14 mereka punya. bila ada kuasa wang boleh cari.

    wassalam

    ReplyDelete
  14. Sambungan:
    Sorang lagi tak sempat lari
    Rambut berat mahu seguni
    Terkedek lari kanan dan kiri
    Penjara Kajang sebagai penghuni

    Kabinet kayu tidak kah rasa
    Disudut hati jibbo berdosa
    Khianat rakyat khianat negara
    Anda menyokong sebab kan harta

    Sumpah jawatan anda mungkiri
    Jaga bangsa ibu pertiwi
    Kerana pangkat kayakan diri
    Jibbo dianggap dewa dan dewi

    Majulah Tun membela negara
    Dari musnah pemimpin haloba
    Marilah sokong Tun segera
    Kejayaan pasti menjelang tiba..





    ReplyDelete
  15. Penubuhan parti baru bukan pekara pelik dan ia tidak boleh menakutkan parti kerajaan yang lengkap dengan pelbagai akta zalim.

    Setiap kali perdana menteri rasa takut, pencacai akan guna akta kekerasan, kezaliman dan ugutan terhadap sesiapa yang berani mengganggu. Itu yang Z Hamidi telah sebutkan sebagai taktik mahathir. Ia dikhususkan kepada individu yang lemah semangat.

    Tapi.... Akta zalim itu tidak akan berkesan jika semua penentang Najib adalah dari kelompok pejuang untuk rakyat dan negara. Pejuang tidak takut melawan kesusahan, kehinaan, kesakitan seperti yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim.

    Dalam pandangan pemerhati... Penubuhan parti baru yang akan dilaksanakan oleh kumpulan Mahathir akan mengubah senario politik orang melayu khusus kepada yang tidak berparti.

    Penubuhan itu juga memberi kesan kepada ahli parti UMNO Baru, PIS, PKR, DAP dan PAN yang mungkin melompat keparti baru atas kepentingan tertentu.

    Namun lompatan itu tidak akan menggugat kewibawaan mana-mana parti jika parti baru mahu bersekongkol dengan parti Pakatan Harapan dalam membina benteng pertahanan, dan bersama mencipta strategi untuk menyerang musuh mereka.

    Dengan penubuhan parti baru, pemakan dedak dalam parti UMNO Baru mempunyai kuasa ugut lebih besar ketika meminta bantuan dari ketua cawangan, ketua bahagian atau pun dari presiden.

    Ini akan lebih menyusahkan apabila presiden tidak dapat mengeluarkan duit yang telah dicuri nya dari 1MDB. Ada kemungkinan kerusi akan terbang dalam bilik mesyuarat. Dan Ali tinju buat latihan punggung dihadapan Najib. Semoga ramalan itu akan berlaku....

    Selain dari itu, dalam pandangan pemerhati..... Parti baruyang bakal dianggotai oleh Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz tidak akan dapat sambutan rakyat jika tidak disertakan dengan Anwar Ibrahim dan penyokong nya.

    Ini disebabkan aura yang ada pada mereka itu masih berjiwa UMNO Baru sedangkan majoriti rakyat amat membenci pemimpin parti itu. Pandang muka pemimpin UMNO Baru seperti memandang muka perompak.

    Demi politik anak semua bangsa khasnya melayu, mahathir, serta kumpulannya mesti sanggup merendah diri berdamai dengan Anwar kerana Anwar telah tunjukkan sikap toleransi.

    Pemimpin sama pemimpin mesti tunjuk sikap mesra. Lakukan demi bangsa dan negara. Hal peribadi selesaikan secara peribadi. Barulah penyokong akar umbi bersatu.

    ReplyDelete
  16. Najob sebenarnya risau tahap berok berak kapor... sampai tak pergi mongolia.

    Kenapa beliau perlu risau...
    1) hukuman rasuah denda 20x ganda suapan... bayangkan 2.6B x20 = meskin terus.
    2) hukuman salah guna kuasa dalam berkaitan 1mdb, adalah tentunya penjara..paling kurang kot...dah tentu pencen hangus.

    Maknanya beliau akan tinggal dipenjara dan menjadi gelandangan selepas itu.....inilah harga sekiranya beliau tewas PRU14. Mana mungkin rakyat memaafkan beliau.

    ReplyDelete
  17. tiba masanya mahathir menebus kesalahan lalu ....

    ReplyDelete
  18. Boleh mimpi ka nak jatuhkan Najin / BN melalui PRU.

    Kan semua kuasa (berpusat) ada pada depa. Boleh percaya ka depa tak reti dan tak akan guna semua kuasa yg ada pada mereka untuk survival ?

    Dah terbukti, bagaimana depa DAH guna manipulasi semua kuasa, akta, undang-undang dll. Cth yg terdekat OSA.

    Nu.. Akta MKN yang dah digubal dan dah diluluskan tu, ingat saja-saja nak buat ka.... Ingat depa tak reti nak guna......

    Adakah kebetulan perisitwa pencerobohan Lahat Datu dgn PRU13. Hat yang kata nak dedah dalang dulu punnnn, terkunci mulut dahhh....

    PRU14, apa pula ? Daish kot ??..... Ka Abu Sayyaf (dah bagi berjuta-juta hari tu)..... Atau apa plot lagi ??..

    Tak sangka betul aku dapat melihat bagimana Malaysia dapat mencapai WAWASAN 2020 dgn plot cerita yang menarik, mengalah BLOCKBUSTER filem : LoL.

    ReplyDelete
  19. Dekat dunia semua lega nanti dlm kubur barulah tahu seksa

    ReplyDelete
  20. Dekat dunia semua lega nanti dlm kubur barulah tahu seksa

    ReplyDelete
  21. Anjing2 najib pun dah Mula menyalak mcm tak siuman.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...