Monday, 18 July 2016

ORANG MELAYU JANGAN TAKUT MENOLAK UMNO


Apa yang menyedihkan masih berlaku di kalangan orang Melayu ialah ketakutan untuk menolak UMNO dan seolah-olah suatu dosa besar jika berbuat demikian.

Selalunya hujah yang digunakan ialah kerana UMNO begitu berjasa kepada orang Melayu, bukan saja dalam memerdekakan negara, malah juga dalam menaik taraf kehidupan dari segi  ekonomi, sosial, pendidikan, perumahan dan sebagainya.

Bagi mereka ini, UMNO wajib terus dipertahankan dan diberi undi setiap kali pilihanraya diadakan disebabkan jasa-jasa silamnya itu.

Tidaklah dinafikan jasa dan sumbangan besar UMNO selama ini, tetapi semua itu berlaku kerana kebetulan ia memegang kuasa. Jika parti lain yang memegang kuasa sejak merdeka, mereka juga akan melakukan perkara yang serupa kepada rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO.

Lihat saja pelbagai parti di negara-negara lain yang turut melakukan banyak kebaikan untuk rakyat masing-masing. Mereka melakukan demikian kerana itulah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat setelah mendapat kuasa dan memperolehi pendapatan melalui pelbagai cukai yang dikenakan.

Dalam erti kata lain, bukan UMNO saja yang berbuat jasa dan melakukan kebaikan seperti menuntut kemerdekaan, menaiktaraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, perumahan dan sebagainya yang merupakan keperluan hidup semua manusia. Ia adalah tugas dan tanggungjawab normal mana-mana parti di dunia ini.

Sementara kita mengakui jasa dan sumbangan UMNO, kita juga tidak harus menutup kata dan pemikiran bahawa tidak ada parti lain yang mampu berbuat lebih baik daripada itu.

UMNO berbuat banyak kebaikan selama ini banyak difaktorkan kerana ia mempunyai pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir serta ramai pemimpin lapisan kedua lainnya.

UMNO mulai rosak ketika era Tun Abdullah Badawi dan bertambah teruk kerosakannya ketika dipimpin oleh Najib Razak. Ketika inilah bermulanya perkara-perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti penguasaan keluarga, bermewah, membazir, mengumpul kekayaan melampau, suka melihat angka besar dalam akaun bank peribadi dan bermacam lagi karut-marut yang lain.

Di era Najib, ia sudah dikira mencapai tahap kemuncaknya. Jika sebelum ini, onar dan permasalahan seperti yang berlaku sekarang hanya kita baca atau saksikan pernah berlaku di negara-negara Arab atau di Filipina ketika era Marcoz dan Indonesia semasa pemerintahan Suharto, kini segala-galanya sudah berlaku di depan mata kita sendiri.

Tidak sekadar itu, malah ruang untuk menukar Najib melalui proses dalaman UMNO atau menegakkan keadilan turut tertutup rapat apabila Peguam Negara ditukarkan secara tiba-tiba dalam suatu tindakan yang menimbulkan kesangsian kepada seluruh dunia.

Dalam keadaan sekarang, hanya  proses pilihanraya satu-satunya peluang yang tinggal untuk menyingkirkan Najib. Tetapi, mahu tidak mahu ia mesti disekalikan dengan menumbangkan UMNO.

Terus memberi undi dan kemenangan kepada UMNO bermakna memberi peluang kepada Najib untuk terus berkuasa dan mungkin menimbulkan lebih banyak masalah kepada rakyat dan negara di masa depan.

Dengan itu, orang Melayu tidak perlu terus bernostalgia dengan segala jasa dan sumbangan UMNO selama ini, sebaliknya harus lebih memikirkan keperluan masa depan anak cucu dan pewaris masa negara. Jasa dan sumbangan masa lalu hanyalah kenang-kenangan, tetapi yang boleh membuatkan mereka bernafas dengan lebih baik ialah harapan masa depan.

UMNO yang dipimpin Najib tidak mampu lagi memberi harapan kepada rakyat dan orang Melayu. Najib dalam tempoh tujuh tahun berkuasa terbukti lebih mengutamakan diri, keluarga dan kaum kerabatnya semata-mata.

Oleh itu, menolak dan mengalahkan UMNO bukan lagi suatu dosa, bahkan jihad dan pahala yang mampu menamatkan segala keburukan serta kecelaruan dalam negara. Menolak dan mengalahkan UMNO juga memberi harapan lebih baik untuk masa depan rakyat dan negara.

Dosa besar sebaliknya sudah berpindah kepada sesiapa yang terus mahu mengekalkan kuasa UMNO kerana mempertahankan UMNO bererti memberi nafas lebih panjang kepada segala macam kemungkaran seperti rasuah, kecurian, penyonglapan dan samunan terus berleluasa serta pesalahnya terlepas akan begitu saja. (SH 18/07/2016).

63 comments:

  1. sedarlah melayu umno. umno tak mcm dulu lagi. dulu umno hak org melayu. skrg umno kepunyaan najib dan rosmah.
    ayuh melayu kita tumbangkan najib yg mencuri duit rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolak UMNO dan PIS(PAS).Punca Melayu bermusuh sama sendiri.

      Delete
    2. Kerosakan bermula dari Tun Mahathir kerana Pengantin yg berwibawa gagal dikenalpasti olehnya. Tun kena bersihkan segala kekotoran ciptaannya sendiri.

      Delete
    3. Bini hang cirit pun salah Tun ke? Samdol .

      Delete
    4. 19.01....ini geng bangan PIS ATAU BANGANG PKR.....PEMIMPIN DIA JAHAT PUN DIA TAK TAHU...APA YG DIA TAHU PEMIMPIN DIA ORG BAIK.

      Delete
    5. Kalau pun Tun dipersalahkan tapi sekarang Tun dah berusaha untuk membersihkannya. Kita kena bersedia bantu Tun M bukannya terus mempersalahkan beliau.

      Delete
  2. Salam Bro

    Dosa Pahala Allah yang menentukan. Kita manusia ni di anugrahi AKAL oleh Allah. Akal lah yang membezakan antara manusia dengan binatang. Kalau manusia bertindak tak menggunakan akal...samalah macam binatang.

    UMNO dulu...memang banyak berjasa kepada rakyat....bukan setakat melayu sahaja. UMNO berjaya berkhidmat kepada rakyat kerana PIMPINAN yang betul berlandaskan perjuangan untuk rakyat.

    UMNO sekarang...berjuang untuk siapa? Rakyat telah dibangsatkan dan diharamjadahkan oleh Pemimpin UMNO. Rakyat di abui oleh "Cash is King".
    Rasuah dan salah guna kuasa dilakukan oleh pemimpin UMNO tanpa segan silu malahan bermaharajalela...dan disokong pula oleh pengikut UMNO.

    Jadi wahai Melayu....
    AKAL kita dimana?
    IMAN kita dimana?
    Jangan sebut pahala dan dosa...bukan kita yang menentukan...tapi baik dan buruk yang dapat dipertimbangkan oleh AKAL kita semua.

    BERAKAL KAH KITA?

    ATAU NAFSU MENGATASI SEGALANYA!...

    Sesungguhnya NAFSU itu musuh utama kita manusia...bukan iblis dan syaitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik..

      Delete
    2. saya sokong 200%

      Delete
    3. Tanpa UMNO, DAP lah akan memerintah negara. Sokonglah UMNO walau pun diperintah oleh Najib. Jasa UMNO memerdekakan negara tidak dpaat dinafikan.

      Delete
    4. 14:47
      nak tanya kamu ini berfikiran sebegitu atau hanya sacartik untuk untuk seronok-seronok je? Maaf hanya mahukan kepastian.

      Delete
    5. Anon 15:19

      Jangan ko peduli Anon 14:47. Itulah contoh orang bercakap tak guna AKAL. DAP tak akan dapat mengambil alih kerajaan. Fakta...kerusi DAP kalau dia menang semua pon...belum sampai simple majority. DAP hanya akan dapat memerintah negara kalau Melayu sokong. Majoriti kerusi UMNO diluar bandar...dimana melayu berada. Kalau DAP nak bertanding dikampong kampong dan melayu sokong...maka DAP akan dapat mandat.

      Melayu guna AKAL tak?

      Delete
    6. wahai melayu 14:47...jgn jadi melayu bodoh.
      tengok dap memerintah pulau pinang. ada masaalah ke. dap dapat mengurangkan hutang kerajaan pusat dgn ketara sekali.

      Delete
    7. Saya bukan mewakili anon 14:47. Tapi katanya ada benarnya. Tanpa UMNO, sudah tentu kita hidup di bawah komunis DAP.

      Delete
    8. 18.55....kamu ini samada ketua caw umno sebab makan dedak atau kamu ini TAK TAHU APA APA

      Delete
    9. Sudah terang-terangan DAP serpihan daripada komunis. Pembangkang adalah komunis. Adalah pelik orang yang menentang DSN sanggup bersekongkol dengan komunis dan yahudi (anti hadis).

      Delete

    10. 21.59

      Siapa yang menjadi sekutu rapat Jho Low?

      Siapa yang pulun duit rakyat melalui syarikat penipu?

      Siapa yang tibai ribuan juta RM duit rakyat dan dimasukkan ke dalam akaun bank sendiri, bini dan anak tiri?

      Siapa yang menggunakan khidmat Penasihat Media Mat Saleh?

      Siapa yang menggunakan perkhidmatan APCO?

      Siapa yang menggunakan perkhidmatan Goldman Sachs?

      Siapa yang bershopping sakan menggunakan duit songlap puluhan juta RM di Amerika dan Eropah?

      Siapa yang seronok membuat koleksi berlian, beg Birkin dan Hermes bernilai puluhan juta RM?

      Dan banyak lagi....

      DAP ke, komunis ke?


      Delete

    11. Tambah lagi...

      Siapa yang gunakan duit songlap ratusan juta RM untuk membuat filem separuh porno di Hollywood?

      Siapa yang gunakan duit samun ratusan juta RM untuk membeli rumah-rumah mewah di Amerika dan di United Kingdom?

      Dan ada banyak lagi....

      DAP ke, komunis ke?

      Delete
    12. Tambahan seterusnya;
      1)siapa yang makan rasuah pembelian kapal selam scorpene
      2)siapa yang menyebabkan Altantuya di bunuh ??
      3)siapa yang tubuhkan syarikat giler 1MDB????
      4)siapa yang buat Cukai GST ??

      Delete
    13. Tak kiralah walau penyelewengan berlaku, tetap kita fokus pd tumbangkan rejim komunis DAP.Nak kata apa pun katalah...yang penting sekali regim komunis DAP pasti ditumbangkan.

      Delete
    14. 0042 biarkanlah isteri kmu dirogol lanun yg penting kmu selamat macam tu kan??

      Delete
    15. Sedar-sedarlah dirimu wahai pengikut pembangkang dan pentaksub dewa Anwar. Tak habis-habis nak duk hentam UMNO.

      Delete
  3. Sdr budin,
    Tidak dinafikan masih ramai orang melayu yang beranggapan UMNO saja yang memelihara kesejahteraan orang melayu,orang melayu yang beranggapan begini adalah mereka yang malas berfikir secara kritikal dan takut membuat perubahan demi sesuatu perubahan untuk maju kehadapan disamping dibalut dengan rektorika perkauman dan sentimen agama yang munafik kerana habuan dunia.Dua elemen ini lah yang akan melemahkan pemikiran orang melayu walaupun orang melayu boleh saja menumpang hidup dalam arus kemodenan dunia ini tapi akan dilihat semacam paria dimata dunia.

    Perkara lain yang membuat sesetengah orang melayu beranggapan umno sebagai pelindung dan yang lain adalah jahat dan anti melayu islam adalah kerana selama beberapa dekad pemikiran melayu dicorakkan oleh pemerintah bahawa selain umno contoh seperti DAP terutamanya adalah parti politik kaum cina yang jahat lagi akstream,ditambah pula kadang kala terdapat ahli atau sesetengah pemimpin DAP yang tidak peka dengan budaya melayu islam cuba membawa pemikiran moden seperti hak asasi individu dan nilai sama rata yang dirasa oleh orang melayu semacam cuba merampas hak melayu islam dalam perlembagaan.Begitu juga dengan parti parti lain yang berkerjasama dengan DAP dilihat sebagai barua DAP untuk mengadai hak melayu.Saya berharap pemimpin DAP sekarang dan masa depan wajib peka dan mula mencorak parti mereka kepada sebuah parti kemalaysiaan daripada kecinaan sekiranya mahu terus survival kerana DAP wajib akur dengan kuasa pengundi melayu(kawasan pengundi cina cuma 20% -25% sahaja) dan wajib akur yang negara ini adalah majoritinya orang melayu sekiranya DAP tidak pika dengan kehendak sentimen melayu dan agama islam maka DAP akan sentiasa dilihat kiasu dan sampai bila bila dicurigai orang melayu jadi berubah la kerana perubahan ini amat sihat bagi negara seperti malaysia.Sekiranya ada perubahan ketara dibuat oleh DAP mereka boleh membantu mencorakkan negara ini kearah kemodenan dan kemajuan negara ini dengan cepat seperti yang digaris dalam wawasan 2020

    Bagi kita yang peka dengan politik sekarang memang amat sedar bahawa UMNO sekarang bukan lah UMNO zaman PM pertama sehingga ke empat ,UMNO sekarang sudah lama rosak sejak se dekat lalu ,rasak kerana dipenuhi oleh pemimpin pemimpin yang lemah dan bermasalah sekarang dipenuhi oleh pemimpin yang dilantik melalui amalan rasuah dan tikam menikam dari belakang jadi tidak hairan UMNO bukan lagi parti untuk melayu tapi terlalu jelas parti untuk kelompok kelompok tertentu untuk hidup bernafsu sarakah dan menyenangkan keluarga semata mata,jadi wajib dibuang dan diganti dengan yang baru dengan membina sistem peraturan baru agar dimasa depan pemimpin baru hanya berkhidmat dan rakyat yang memegang kuasa menghukum mereka yang menyeleweng.

    Sebenarnya kata kata pemimpin umno seperti shahrizat NFC lembu sebagai contoh yang melayu akan hilang kuasa sekiranya umno lingkup dan melayu akan jadi hamba adalah rektorik semata mata ,yang akan hilang kuasa sekiranya umno terlingkup adalah para pemimpin lanun dan perasuah dalam umno yang takut hilang harta dunia malah takut didakwa dimakamah dunia kerana menyeleweng ini termasuk lah sharizat sendiri yang mungkin suami nya malah mungkin beliau didakwa semula.

    point point penting - Melayu hilang kuasa sekiranya :

    1. Semua MP melayu dan bumiputra seramai hampir 160 -169 memberi kebenaran untuk dilantik cina sebagai PM tapi agung masih melayu dan semua ketua ketua jabatan kerajaan dan kakitangan awam 95% masih melayu jadi mana kuasa melayu nak hilang kecuali semua mereka ini bangang nak mampos.

    2.Melayu kuasa hilang sekirnaya semua 169 kerusi orang melayu diparlimen tidak diisi kerana pengundi melayu sudah bosan mengundi dan nak Iim Guan Eng saja dilantik jadi PM .adakah ini logik?

    3.Orang melayu akan jadi hamba ,bukan kerana umno hilang kuasa tapi adalah kerana orang melayu malas nak berusaha utk kemajuan hidup dan orang melayu sendiri memilih untuk jadi hamba .





    ReplyDelete
  4. UMNO sudah takde. Yang ada cuma parti Najib.
    Ynag tinggal sekarang cuma kelongsong parti yang dulu namanya UMNO.
    Semangat melayu, menolong bangsa, beramanah dan bersih dah hilang dari parti UMNO sekarang.
    Kalau semangat macam UMNO lama berpindah ke parti baru yang namanya bukan UMNO, parti itu lah menjadi UMNO untuk menjadi harapan negara. Ingat - APA ADA DENGAN NAMA, YANG PENTING ADALAH INTIPATI PARTI TERSEBUT.

    ReplyDelete
  5. Saya akan daftar sebagai ahli parti baharu TM

    ReplyDelete
  6. saya juga akan mendaftar sebagai parti baharu TM.

    ReplyDelete
  7. Apa ada pada umno org melayu yg bodoh telah digunakan oleh pemimpin yg rasuah tamak kuasa penyamun pengangak kumpul harta takut bini pergi jahanam pd umno parti ini tak penah pun tolong org melayu mereka bertopengkan islam perangai mereka macam syitan sapu semua bini org pun sapu janji ada kuasa itulah umno

    ReplyDelete
  8. Apa ada pada umno org melayu yg bodoh telah digunakan oleh pemimpin yg rasuah tamak kuasa penyamun pengangak kumpul harta takut bini pergi jahanam pd umno parti ini tak penah pun tolong org melayu mereka bertopengkan islam perangai mereka macam syitan sapu semua bini org pun sapu janji ada kuasa itulah umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa cerita sapu2 bini orang ni hah!!!

      Kalau penyapu itu UMNO/Melayu kira oklah, asalkan bukan DAPig.

      Delete
    2. apa beza nye dap dgn mca???

      Delete
    3. nordin blh blah lah kau..kau sebabi dgn dapig duduklah bawah ketiak kafir nanti..cakap macam orng gila tak guna otak..otak kau penuh najis..

      Delete
  9. tunggu dan lihat pada pru14 mungkin lori kontana masuk sesabuah kawasan parliment membawa wang yang dicetak dengan gambar pokok tebu untuk menolong penduduk setempat.Hanya kawasan kampong bukan bandar.Mungkin juga dibawah sebelah kiri dicetak gambar daching dan sah digunakan.Siapa tahu semua boleh berlaku.Kuasa ,kuasa dan kuasa.

    ReplyDelete
  10. Kalau parti telah keluar Dari landasan perjuangan asal Dan orang parti sendiri yang telah mengkhianati perjuangan asal serta menjadi Dan dijadikan bangsat oleh pemimpin maka apa guna menjadi ahli parti itu.

    ReplyDelete
  11. Pada pandangan saya, ramai dikalangan pemimpin pembangkang, pengkritik, pengulas isu, NGO pro pembangkang, individu yang bersemangat....terlepas pandang bagaimana cara menguruskan bangsa melayu membuka minda berfikir dan berubah.

    Pekara utama yang perlu kita fahami tentang bangsa melayu adalah berkaitan emosinya. Secara jujur saya katakan.....bahawa bangsa melayu di Malaysia adalah bangsa paling celaka dan haprak. Namun kelemahan itu dilindungi dengan sikap berbudi bahasa.

    Majoriti mereka adalah bodoh, sombong, bangang, bebal, pengecut, bacul, munafik, hipokrit.....

    Jawatan tertinggi dalam negara, perdana menteri.... Apakah Najib seorang yang bijaksana melaksanakan tanggongjawabnya sebagai seorang pemimpin ? Disitu sudah ada cemuhan mengutuk beliau sebagai bodoh, bangsat, sial, celaka....kerana Najib adalah melayu bangang yang dipilih dan dilantik jadi pemimpin oleh pengikut bangang.

    Cuma, Najib sedar diri bahawa dia mengaji tak tamat, bodoh dalam banyak hal maka dia mesti percaya cakap bomoh, dan memuliakan orang bodoh dengan memberi rasuah sama ada dalam bentuk duit, jawatan, pangkat atau projek. Itu saja kekuatan yang ada pada Najib yang semua orang sangka dia amat hebat.

    Bagaimana memuliakan melayu bodoh ? Turun padang, tunjuk muka, bersalam bermesra dan tanya masaalah yang dihadapi. Sebelum pulang, bagi sedikit duit seumpama RM50 atau RM100 disamping memberi harapan kononnya selepas ini nanti akan ada pegawai yang akan mengurus kesusahan mereka.

    Emosi orang bodoh pasti teruja kerana pemimpin negeri datang bertemua muka dan bagi duit walau pun pada penghujung harapannya dia akan ditipu dan diperbodohkan.

    Taktik itu semua orang sudah mengetahui tapi pihak pembangkang tiada yang ambil perhatian cara bagaimana mengubah sikap bodoh membabi buta kepada bodoh yang mahu berfikir.

    Melayu bodoh tidak boleh dikutuk sebagai melayu bodoh...tidak boleh dibentuk dengan kekerasan.....mereka akan melenting marah.

    Dalam fahaman orang melayu....bodoh yang mereka miliki itu perlu dilayan dengan perasaan kasihan...diberi perhatian dan diberi bantuan....diberi pelindungan.....kerana mereka adalah melayu bodoh.

    Orang melayu tidak suka dipanggil sebagai orang pandai....kerana mereka tertaklok dalam fahaman agama kononnya mereka akan masuk neraka jika mengaku pandai. Diatas kelemahan itu bangsa melayu sentiasa diperbodohkan oleh para ulamak.

    Dalam pilihanraya, undi dari bangsa melayu bodoh ini memang amat diperlukan untuk menang. Tapi untuk mengubah pemikiran mereka bertambah susah kerana rasuah yang diamalkan oleh Najib sudah menjadi barah dalam sistem pilihanraya.

    Selagi pemikiran melayu bodoh itu tidak diubah menjadi melayu berfikir.....Najib akan terus kekal menjadi perdana menteri kerana melayu bodoh percaya hanya Najib yang tahu memuliakan kebodohan mereka.








    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik kupasan saudara. Tapi masih ramai yg hidup dalam alam anganan pemimpin melayu. Walaupun ramai melayu marah dengan kupasan saudara..namun apa yg ditulis adalah reality

      Delete
    2. Baik kupasan saudara. Tapi masih ramai yg hidup dalam alam anganan pemimpin melayu. Walaupun ramai melayu marah dengan kupasan saudara..namun apa yg ditulis adalah reality

      Delete
    3. Emosinya... Kena urus emosi dulu sblum komen.

      Delete
    4. komen panjang2 macam sial..otak kau dah beku bercampur najis babi..mungkin tak siuman lagi cakap merapu2.

      Delete
    5. 15:11

      Sila jawab dengan telus.....apa kah anda MELAYU-MUSLIM????

      Andai tidak boleh jawab dengan JUJUR pada diri anda sendiri...your assertions is only a fractured truth!

      Delete

  12. Selain DAP, parti-parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan mereka yang menentang agenda Islam adalah ultra kiasu, kata pensyarah kontroversi, Ridhuan Tee Abdullah.
    Beliau yang baru sahaja keluar dari MCA setelah 16 tahun menjadi ahli seumur hidup parti itu berkata, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR juga jelas sekali kuda tunggangan ultra kiasu.
    "Ditakdirkan Umno hilang kuasa, parti mana lagi boleh diharapkan untuk menjaga negara bertuah ini jika bukan Pas.
    "Nak harapkan AMANAH dan PKR? Mereka ini jelas sekali kuda tunggangan ultra kiasu. Ultra kiasu adalah DAP, MCA, Gerakan, MIC dan mereka yang menentang agenda Islam," kata beliau dalam satu ruangan kolumnis di Sinar Harian.
    Kira-kira dua bulan yang lalu, Ridhuan mengumumkan keluar MCA sebagai tanda protes terhadap penentangan berterusan parti itu ke atas hudud dan tidak mahu menanggung dosa berada dalam parti sedemikian.
    MCA antara parti komponen BN yang amat lantang dan konsisten menentang pelaksanaan hudud.
    Parti itu malah mengugut keluar daripada kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
    Mengulas lanjut, bagaimanapun, Ridhuan melahirkan rasa hairan dengan tindakan Umno yang masih bekerjasama dengan MCA, Gerakan dan MIC yang sebenar bergantung kekuatan kepada Umno dan orang Melayu.
    "Jika orang Melayu tidak mengundi mereka, sudah lama parti-parti ini bungkus. Kita terus melantik mereka menjadi menteri, memberi ruang dan peluang begitu luas. Sedangkan mereka tidak pernah mengundi kita.
    "Bukan tidak ada pilihan. Ada. Lantiklah Cina, India atau Bumiputera bukan Islam, atau zimmi, yang baik-baik menjadi menteri dan ahli Kabinet. Masih ramai," tambahnya.
    Sambil memberi amaran bahawa Umno akan keseorangan nanti jika tidak bersama Pas, Ridhuan berkata, dalam BN, hanya Umno sahaja parti yang mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.
    "Parti lain hanya menjaga perut mereka. Sampai bila Umno akan terus menjadi kuat jika terus diasak kiri kanan depan belakang?
    "Saya amat yakin jika Umno dan Pas berpolitik secara matang, kerusi luar bandar semuanya akan menjadi milik mereka. Kerusi bandar, seperti biasa menjadi milik ultra kiasu. Kita masih boleh menang.
    "Apatah lagi dengan sokongan raja-raja Melayu. Bila menang, jalankan pemerintahan secara adil, lantiklah zimmi Cina, India dan Bumiputera yang boleh diharap, seperti Helen Ang dan Lim Sian See, menjaga kepentingan rakyat," tegas beliau.
    Pada kolumn yang sama, Ridhuan turut mengaku berasa keseorangan pada masa ini setelah ramai yan
    g takut memberikan sokongan secara terbuka kepadanya.
    "Tidak mengapalah. Saya serahkan nasib ini kepada takdir Ilahi. Ya, Allah Taala kuatkanlah semangat ini. Bimbinglah hambamu ini ke jalan yang diredai. Matikan aku dalam iman dan Islam," ujar beliau.
    Pada masa yang sama, beliau turut berkongsi pendapat yang dilluahkan oleh Tai Khai Eong dalam blognya yang bersetuju dengan tindakan Ridhuan selama ini menentang ultra kiasu.
    Tai memberitahu, kata Ridhuan, apa yang beliau tulis tentang ultra kiasu semuanya betul dan benar belaka.
    "Liciknya mereka. Mereka sebenarnya, tidak mahu melihat orang Melayu atau lebih tepat, orang Islam maju. Mereka takut perniagaan dan pendapatan mereka hancur.
    "Walaupun saya penyokong kuat parti pemerintah sekarang, tetapi sekiranya parti pemerintah tidak lagi berkuasa, saya mengharap agar Pas lah penggantinya.
    "Kalau lain, Islam hancur. Saya, walau bukan Islam, tapi saya faham benar tentang Islam," kata Tai yang dipetik Ridhuan dalam blognya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi bingai....mencuri duit rakyat, rasuah, menipu rakyat...itu semua adalah sikap anti islam. Pernah dengar riduan tee cakap pasal ketelusan audit 1mdb? Isu SRC?

      Delete
  13. Sebuah parti besar yg dah kena culik. Jadi ikut apa sahaja yang disuruh. Begitulah pemerhatian dari luaran parti. Tapi bila baca kenyataan2 yg tak masuk akal... jadi nak ketawa bertukar jadi geram. Kesimpulannya elok le ada perubahan. Tiada yg kekal melainkan tunggu masa untuk dikuburkan.

    ReplyDelete
  14. Umno parti rasuah..parti yg pemimpin menyamun wang rakyat. Ini semua kerja syaitan.

    Olih tu Umno adalah parti setan..sesipa yg tidak tolak Umno bererti berkawan dgn syaitan..yg disebut olih Allah musuh manusia selama2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO(Setan)PAS(Jin) PKR(Iblis).

      Delete
    2. So yg tinggal dan baik adalah PAN. Memang sah awak duduk satu longkang dgn puak Syiah yg mat sabu sembah..

      Delete
  15. Tukar bini, boleh...tak kan tukar parti , tak boleh?

    ReplyDelete
  16. Apa nak buat...tahi kambing bulat-bulat!!!!

    Inilah tahap mentaliti Melayu yang sedia ada dan akan terus berada. Lemah longlai kalah mati pucuk.

    Bala...bala!!!

    ReplyDelete
  17. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad agar tutup mulut dan membubarkan parti itu.
    Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas cadangan Khalid agar beliau dan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan PAS.
    “Komen saya, blok pembangkang akan tenang kalau Khalid boleh 'tutup mulut' atau AMANAH dibubarkan,” katanya.
    Khalid mencadangkan sedemikian jika PAS tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagairahmatal-lil-’aalamin (rahmat ke seluruh alam).
    Bercakap kepada Malaysiakini, Tuan Ibrahim menegaskan, saranan itu dibuat kerana menjangka AMANAH bakal berdepan masalah dalam pembahagian kerusi di kalangan blok pembangkang.
    "Saya sebagaimana orang ramai melihat AMANAH akan berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
    "Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihan raya kecil (PRK) lalu," tambahnya.
    Bagaimanapun, keadaan akan berlaku sebaliknya jika DAP atau PKR bersedia untuk menyerahkan beberapa kerusi mereka kepada rakan dalam Pakatan Harapan itu, jelas Tuan Ibrahim lagi.
    Jika tidak, sebab itu adalah lebih strategik dan baik untuk AMANAH diserapkan sahaja ke dalam parti pembangkang sedia ada, ujar beliau.
    Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, negara sebenarnya tidak memerlukan terlalu banyak parti politik dalam blok pembangkang semata mata kerana kecewa atau ingin menjadi pemimpin.
    "Sikap 'tidak boleh bekerja di bawah orang' adalah antara sebab muncul pelbagai parti politik," katanya.
    Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menegaskan beliau tiada mempunyai masalah untuk bekerja bersama Presiden PAS dan saf kepimpinan parti itu yang ada.
    "Kami sangat bahagia, seronok dgn kemanisan ukuhwah sangat dirasai.
    "Sikap hormat menghormati, berlapang dada dengan perbezaan serta thiqah kepada pimpinan menjadi nadi kekuatan PAS kini," tambahnya.

    ReplyDelete
  18. Tolak umnojib tidak berdosa
    Jauhi jahat dapat pahala
    Mohon kepada yang maha esa
    Jauhi pemimpin pembawa bala

    Umno dulu disanjung tinggi
    Sebab pemimpin baik pekerti
    Pemimpin kini negara pun rugi
    Berbillion hilang rakyat yg ganti

    Toksah fikir Umno sekarang
    Dia dah jadi tunggang langgang
    Didalamnya ramai orang temberang
    Sifat derhaka seperti Tanggang

    Tun mengolah parti yang baru
    Untuk faedah bangsa Melayu
    Belum bermula disana dah haru
    Semangat Tun tak mudah layu!!

    Hidup Tun Mahathir!!,
    Hidup rakyat!!




    ReplyDelete
  19. Sekarang yang penting jangan sokong dan undi PAS sebab PAS yang jahat bagi talian hayat kepada Najib dan UMNO yang sudah nak mampos.

    ReplyDelete
  20. Di belakang Najib sebagai penesihat ialah Tun Musa dan TSShahril Samad. Kedua2 mereka adalah musuh ketat Tun M.

    ReplyDelete
  21. Saya dah tolak Umno sebab umno najib perosak negara dan bangsa. Membuatkan melayu jadi pengemis BR1M.

    ReplyDelete
  22. orang lain berjuang untuk merdeka dari pernjajah hak terjaga
    tapi amno berjuang untuk dapat kuasa dari penjajah hak bagnsa tergadai
    lagu hnaya amno pandai perintah dah tak boleh
    pakai lagi dah lama bocai

    ReplyDelete
  23. semua kena tolak umno sementara.. semua bertanggungjawab kena bersihkan umno dr tangan2 jahanam... abam budin dah kuar umno..

    ReplyDelete
  24. Tak jadi kafir jika tinggalkan UMNO Najib.....
    Segala prinsip, sahsiah dan matlamat telah kabur, terbongkang dan diperkosa semahunya.
    UMNO telah hilang halatuju penubuhannya. Cukupkah cuma berpaksi kepada sejarah dan kegemilangan dahulu? (yang banyak dipelopori oleh Tun M sendiri selama 22 tahun). UMNO kini tiada apa yang nak diperkatakan lagi, hanyalah dihuni oleh pendungu-pendungu yang mendukung kebebalan yang penuh hipokrasi dan kemunafikan yang nyata. Rukun Negara hanya menjadi penghias kulit buku latihan sekolah rendah dan Wawasan 2020 yang penuh progresif, hanyalah menjadi laungan presiden politikus dungu memperbodohkan rakyat marhaen yang sebenarnya pendungu-pendungu itu sendiri tidak tahu buah butirnya.

    ReplyDelete
  25. Tun M buat UMNO Baru. Ada jalan nak selamatkan UMNO Lama dulu. Ini kesilapan Tub M.
    Tun M kurangkan kuasa Agong. Sekarang mengharap Agong guna kuasa yg dah kurang utk buang Najib.mana boleh mamak ooi.
    Tun M buang Tengku Razali yg sebenarnya boleh diguna utk selamatkan UMNO tapi dengki politik Tun kpd TR tak habis2. Padan muka Tun M. Parti UMNO Baru ciptaannya sendiri dia punahkan sendirt. Pemimpin yg di sangka baik utk bangsa Melayu ( Najib ) jadi sial.ini semua salah Tun M Dan dia mengaku pun. Tun M memang sial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 08:31 kepala hotak hang!

      Delete
    2. Ada pulak pencalonan satu bonus sembilan bersamaan sepuloh undi masa Pemulihan UMNO era Tun M..... Mamak....mamak.... Belot lagi terok dari koling.... Hihihi .... Ambik kau sekarang cuci dosa2 yg dia buat.

      Delete
    3. Saya syukur Tun M selamatkan Zahid Hamidi. Bagusnya Jawa ni berani mehentam Tun M Dan jadi Peluru Najib yg berkesan utk menjatuhkan imej Tun M Dan sekali Gus naikan imej Najib.

      Delete
  26. minta maaf saudara budin, UMNO mulai rosak di akhir akhir pemerintahan Dr M. Pak Lah dan Najib berfungsi menyambung corak pemikiran Dr M. dan ahli ahli UMNO yang lain, beramai ramai terjun bersama labu masing masing, yang juga bermengikit corak pemikiran Dr M.

    Kalau saudar Budin ikhlas untuk melihat berlakunya penyelamatan Malaysia, be honest about Dr M's previous actions that contributed to where we are today.

    Saya rasa, there is kesedaran ini di dalam pemikiran Dr M sekarang, tetapi saya rasa, bila dah berumur, kadang kadang ego orang yang berumur lebih kuat dari orang muda.

    pendapat saya lah...

    Makanya, kritik lah Najib, tapi tell Dr M and DSAI to also bury their hatchet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ingat main masak masak pakai rasa rasa ke???

      Its all out there what is bad over Dolah tidor made worst by Najib's 1MDB & 42 million heist from SRC Intl! Put it next to Tun M's accolades for the country (not for himself) and you will see the contrast!

      Personal opinion so opiniated, minus the recipe.

      Delete
  27. Lepas ni mereka akan menipu undi untuk kekalkan kuasa..
    Sekor bangla undi tiga kali...
    Undi pos akan ditukar menjadi undi mereka
    Alamat alamat baru yang palsu akan dicipta...
    Kita sedang berhadapan dengan penipu yang paling besar di atas muka bumi ini..
    Cukuplah amanah Allah dikhianati dan Melayu ditipu perbodohkan sejak sekian lama..

    ReplyDelete
  28. Semua hal ni Mahathir puncanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...