Thursday, 21 July 2016

NAJIB MESTI TERUS DIPERTAHANKAN....


Seluruh dunia malam tadi menyaksikan dengan penuh minat mengenai tindakan Jabatan Kehakiman AS memulakan proses sitaan terhadap puluhan hartanah dan aset lain yang dipercayai berpunca daripada berbilion-bilion ringgit dana 1MDB yang diselewengkan.

Hanya akhbar dan tv Malaysia saja yang tidak menyiar, memberi ulasan atau menyambut berita yang menaikkan nama Malaysia ke seluruh dunia itu.

Tindakan di AS itu tidak saja mengenai penyitaan harta dan aset yang dikaitkan dengan Jho Low dan anak tiri Najib, Riza Aziz serta pelbagai aspek lain seperti berjudi di kasino, tetapi turut mengenai derma berbilion-bilion ringgit atas nama Malaysian Official 1 yang merujuk kepada pegawai tinggi dalam kerajaan Malaysia serta yang berkuasa penuh terhadap 1MDB.

Dalam dokumen saman yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman itu, ia juga menyebut Riza Aziz mempunyai hubungan perdaudaraan dengan Malaysian Official 1.

Dengan itu, tidaklah sukar, malah makcik-makcik Felda pun pasti dapat meneka bahawa Malaysian Official 1 yang dimaksudkan itu ialah Perdana Menteri kesayangan pendedak iaitu Najib Razak.

Bukan saja kaitan penglibatan Jho Low dan Riza Aziz dalam pengumpulan hartanah dan aset yang dicurigai itu bakal mencemarkan nama Najib, malah jika terbukti derma berbilion-bilion yang diterima Malaysian Official 1 juga berpunca daripada 1MDB, tidak daripada anak Raja Arab sebagaimana yang didendangkan selama ini, ia pasti lebih merupakan khabar buruk buat UMNO dan BN.

Dalam keadaan segala bukti serta keterangan semakin terkumpul sekarang ini, memang terlihat Najib sudah menjadi beban paling berat buat UMNO dan BN. Lebih-lebih lagi selepas Amerika bertindak,  Singapura juga mulai menyusul sama. Selepas ini mungkin negara lain pula.

Tetapi apakah Najib patut didesak berundur, mengambil cuti, segera tampil memberi penjelasan atau terus bertahan sehingga PRU 14 akan datang?

Dalam waktu-waktu sukar ini, seluruh pemimpin dan menteri UMNO tidak seharusnya membiarkan Najib keseorangan. Sebagai pemimpin yang dipilih melalui proses demokrasi, Najib wajib terus dipertahankan.

Sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk menukar pemimpin. Jangan juga ada yang mula gatal-gatal mencadangkan agar Najib berundur dan Zahid Hamidi mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan. Belum masanya lagi untuk Zahid menjadi Perdana Menteri.

Najib mesti terus disokong dan dipertahankan sehingga habis penggal atau sehingga tarikh pilihanraya umum diadakan. Sekarang juga adalah masanya untuk rakyat bersolidariti bersama Najib dan mempertahankannya.

Menjatuhkan pemimpin adalah agenda jahat Amerika dan Yahudi. Amerika benar-benar tidak mengenang budi.  Walaupun Najib sanggup bermain golf dengan Obama ketika beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir besar, Presiden AS itu sepatutnya memainkan peranan dan mengggunakan kuasanya agar Jabatan Kehakiman dan FBI tidak mengambil apa-apa tindakan berkaitan 1MDB, Jho Low dan Riza Aziz.

Sepertimana ayat biasa pendedak, Najib adalah Perdana Menteri seluruh rakyat Malaysia. Beliau dipilih melalui proses pilihanraya yang sah dan diiktiraf dunia. Maka, menjatuhkan Najib juga mesti melalui pilihanraya. Oleh itu, sehingga pilihanraya umum diadakan, Najib wajib dipertahankan.

Yess....Marilah kita bersatu mempertahankan Najib!!

Hanya dengan bertahan dan adanya Najib yang penuh skandal, masalah dan kecurangan dalam mentadbir negara yang mulai membusuk sekarang, kemungkinan menjadi lebih cerah untuk UMNO dan BN ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang.

Dengan tumbangnya UMNO dan BN serta jatuhnya Najib, kemudian sebuah kerajaan baru mengambil alih yang turut disertai oleh parti Tun Mahathir Mohamad yang penubuhannya sedang dalam proses akhir, barulah lebih mungkin kita sama-sama dapat melihat tindakan mahkamah dan keadilan dapat diambil terhadap semua yang berkaitan dengan 1MDB.

Dengan pertukaran kerajaan, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara pasti bukan lagi orang yang sedia ada.

Jika Zahid yang diberi peluang mengambil alih, ada kemungkinan bukan saja UMNO dan BN terus dapat mengekalkan kuasanya, malah tidak mustahil  beliau akhirnya akan melepaskan Najib begitu saja berdasarkan hubungan rapat mereka.

Jadi, marilah kita bersama-sama dengan pendedak untuk mempertahankan Najib dan membiarkan beliau mengetuai UMNO dan BN sehingga pilihanraya akan datang. (SH 21/07/2016).

75 comments:

  1. Najib patut letakkan jawatan dan didakwa. Bukan letak jawatan kira selesai semuanya. Tubuh suruhanjaya diraja, lantik pemerhati luar berkaliber, tidak berat sebelah selepas najib letak jawatan. Kalau bersalah, jatuhi hukuman penjara. Penjara adalah tempat paling sesuai buat najib razak. Pulangkan balik apa yg dicuri. Rampas, lelong barangan mereka. Jangan ada belas kasihan. Rakyat dah lama menderita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila najib pegang kuasa lebih lama, tak mustahil BR1M cecah 2,3 ribu satu keluarga. Masa tu dah terlambat nak yakinkan orang kampung najib ni penyamun. Masa pilihanraya nanti pakcik makcik ni tutup mata, tangan undi bn.

      Delete
    2. Wow! US$1.15 juta duit seleweng 1mdb digunakan pada 15 julai 2012 oleh jho low, riza aziz, eric tan, leonardo di caprio untuk berjudi di las vegas. Hebat anak tiri najib..

      Delete
    3. Malaysian official 2 : rosmah mansor

      Delete
    4. klu ajib kn penjara, k mah nk letak mana? ada tak nk sewa k mah ni sehari dua?

      Delete
    5. Bak kate pepatah... Pegang bara api, biar smpai jd arang... alang2 nyeluk pekasam, bior smpai pangkal lengan.. bior esok2.. alang2 luar nereka, bior masuk sampai lubukny.. ya ampooon pak...

      Delete
    6. 14.12..jumlah sebenar us$41 million dihabiskn untuk berjudi

      Delete
    7. Bila najib letak jawatan nanti, penjawat awam / anggota keselamatan / rakyat biasa yang ada maklumat mengenai keluarga durjana ni harus bongkarkan 100%. Gaya hidup mewah mereka, kerja kotor mereka...bongkarkan semuanya. Keluarga mafia ni harus dimalukan, dinyahkan dari negara ini.

      Delete
  2. Kalau nak jatuhkan najib kena melalui pilihanraya, pm dipilih melalui saluran demokrasi dan sebagainya adalah momokan umno. Yang salah tetap salah. Kalau dibiarkan setahun dua lagi najib pegang jawatan, hancur negara. Entah apa pula akta dia nak reka. Entah apa lagi cukai dia nak kenakan pada rakyat.

    ReplyDelete
  3. Maka pemakan dedak akan melompat seraya berkata.

    "Cehhh...!! Ini semua konspirasi yahudi...dap dan pembangkang. Mereka dengki dengan kemajuan dan kepesatan negara. Mereka ada agenda utk menjatuhkan kepimpinan negara yg dipilih secara demokratik."!!!

    "Kita mustey mempertahankan pemimpin kita dari dihina oleh anasir luar"...hahaha...ayat yg mcm hawaq lagi pelaq....kih kih kih

    Begitu le ayat2 yg bakal tersembur dan terlondeh dari mulut pemakan dedak 1malaysia. Tungguuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua salah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng..

      Delete
    2. Ini semua salah dap, hehehe.

      Delete
    3. Serangan politik nak menjatuhkan kerajaan yg dipilih secara demokratik...pundek kau le Keruak!!

      Delete
  4. Kenape najib belum ditangkap?
    Kenape agung diam?
    Kenape peguam diam?
    Kenapa tokoh ? Diam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The worst is DEAFENING SILENT from warga Alim Ulamak.....Islam pun terpalit sama!

      Delete
    2. Saya sunnguh minat dengar fatwa mufti Pahang yang bijak pandai sangat mengenai "jenis kekafiran" Seri Sanrabone Ahjibgor itu.

      Delete
    3. Agong tu diam la sbb nak bawa telur kerandut sendiri pun dah x larat dah..

      Delete
    4. Agong tak boleh stress, dah tak sihat

      Delete
    5. Mana pemuda umno kenapa tak berarak lagi? Mana baju merah? Mana jamal ikan tongkol? Mana ali tinju? Bukankah ali tinju yg menjaga najib dan rosmah selama ini?
      Mana shahrizat jalil taukeh lembu? Mana hishamudin bapok?
      Azalina othman said pi mana. Oiiiii ismail sabri@mail kerbau kenapa diam? Phoooooaaaaattttt zakar shitt dah lari masuk gua ke engkau?
      Oiiiii..anuar musang bisu ker?
      Sedarkah kamu penganiayaan yg kamu semua buat terhadap muhyiddin yassin mukriz dan shafie apdal.
      Kerana duit kawan sanggup makan kawan.
      Kamu semua adalah pengkhianat?

      Delete
  5. Sindiran tajam!
    Ikut mana pun saya tetap tak kan menyokong kumpulan Dedak. Najib wajib letak jawatan,siasat dan di bicarakan. Salah,dia kena jawab sendiri. Bukan kerakkuruk jawab.
    Mad maslan.....tolooooong!! Eh silap tolol!
    Ptuiii.
    Dasar Pengkhianat bangsa.

    ReplyDelete
  6. Biar perbicaraan najib, jho low, eric tan, riza aziz, ex ceo 1mdb, BOD 1mdb, ambank selaku penggubah wang haram, arul kanda, rosmah selaku pembelanja wang haram dan sekutu mereka jadi pengajaran kepada seluruh rakyat malaysia. Bila dibicarakan, barulah orang kampung tau cerita sebenar. Media rasmi kerajaan pun dah tak boleh nak cover. * Pesanan buat rosmah : masih belum terlambat nak larikan diri.

    ReplyDelete
  7. barulah lebih mungkin kita sama-sama dapat melihat tindakan mahkamah dan keadilan dapat ditegakkan

    =======

    Tok tok imam yg x lulus SRP pun boleh ketawa tebahak2 sampai cirit birit akan ayat ni.. ini Malaysia la.. Negara dunia ketiga berasa di zaman gemilang rasuah dan UMNO. Bukannya zaman khulafak rasyiddin atau nabi Isa turun kelak..

    Pilihanraya? Demokrasi? Dengar sini.. (https://youtu.be/3Wa6WmZqJwg)

    Faham dulu keturunan Firaun dan Namrud. Kenali Namrud dan Firaun. Baru bleh tau, Najib gerenti selamat.
    (https://youtu.be/IqjbrOeGETM)

    ReplyDelete
  8. Suboh tadi Najib terpekiki terlolong ...."... Salleh Keluaq , Puad Zakarshit , Nuar Musang , Ali Sabiri , Ahmad Maslan 3.85 , Rahman Dahlan tahap longkang ....mana kau orang semua ??? tolong aku , itu WSJ dah mulakan perang baru ... Ngapa kau orang senyap je ??? tak chukup ke dedak yang aku bagi ..? "

    Kesihan .. semua penjilat teloq ni dah tak berani bersuara ... US DoJ tak guna report PAC yang hampeh untuk bertindak keatas sekutu dan tali barut 1MDB .

    Di tambah lagi berita terhangat masa kini bukannya di laporkan olih WSJ atau SR , sebalik nya di laporkan olih Reuters serta Al Jazeera .. haaa.. haaa .

    Bilang dengan RM , sekarang bukan saja dah terburai tapi dah nak terbogel terus .... cait .. tak mahu pandang lah .... hodoh dan jijik !!!!

    ReplyDelete
  9. Najib tak bersalah. Berapa agensi kat Malaysia dah siasat dia. Dia memang tak terlibat. Berapa banyak dah ketua agensi yg kena tukar dan berhenti pasal tak sihat. Najib suci dan takde dosa langsung. Wajib pertahankan dia dan jgn lupa bini dia sekali ye. Kesian Rosmah tertinggal nanti ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya2 ambo setuju. yaHadi setuju. Haruan Jean Levis setuju. tuan ibrahim x leh pakai...hanya pandangan peribadi dia aje...

      Delete
    2. Tu Najib bodoh xnak laksanakan hudud. Kalo x, dah lama dah selamat.

      Buat hudud special klausa.. 'Perdana Menteri Isteri dan anak pinak tidak pandai berbuat dosa' mcm hudud Brunei tu.

      Alang2 nak bodohkan rakyat. Hang tgk SultanBrunei lakana hudud, dah berapa trillion US dah anak bernak dia sebat. Mengngong betoi.

      Delete
  10. 1 demo besar2an, secara aman seluruh negara alternatif terbaik buat masa ini. Ikut peraturan..dapatkan permit. Bukan tuntut letak jawatan, bukan guling kuasa. Umno jangan putar belit. Kita cuma mahukan siasatan yang adil. Kalau terbukti penyelewengan, undang2 malaysia bakal hukum pesalah. Bukan melindunginya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun M tadi perli orang malaysia tak buat apa-apa. Negara lain kalau hal begini terjadi dah berlaku tunjuk perasaan.

      Delete
    2. 16.44.. hang cakap baik2 sikik.. rakyat Mesia sedang berbuat pekak badak, takkan x tau. Ada yg trus melancap pun ada.

      Delete
    3. Jangan ye. Ada orang belajar dari member yang baru ada 'failed coup' untuk menangkap dan membunuh musuh politik. 'Seluruh' rakyat mereka bersujud katanya.Najib tunggu sahaja peluang seperti itu.

      Delete
  11. Salam Bro

    Najib...ko masih diam lagi?
    Ko tidur nyenyak lagi?

    DOJ...Department of Justice, USA...negara teman baik main golf ko tu. Tak kan kawan golf ko tak dapat tolong?

    Mampos ko!...harta anak kepada bini ko dah kena rampas. Begitu juga harta kawan sepelayaran ko si JoLo dan si arab Khadem al-Qubaisi. Itulah ko...nak songlap duit tapi pakai US Currency. Segala transaksi dalam USD terpaksa melalui "USD Clearing House"...semua details ada. Ko bawak turun naik bulan tujuh kali pon...kalau masih dalam USD..tetap kena lalu clearing house tu.

    Kenapa tak pakai rial Saudi ke?...Mongolian Tughrik ke?...diorang tak de clearing house yang dapat dijejaki.

    Najib..Najib..Malaysian Official 1....Takut jugak US DOJ nak sebut nama ko ye?...dia cuma berani sebut "Malaysian Official 1" dan "The court documents also say Riza is a relative of Malaysian Official 1."

    FITNAH!...FITNAH!...FUITNAH!...
    Celako koBama!...dulu main golf aku yang bayar...dah tu aku sengaja bagi ko menang. Ko memang kawan tak guna...hik!.hik!.hik!...maaaak tolong!...


    And now, the end is near;
    And so I face the final curtain.
    My friend, I'll say it clear,
    I'll state my case, of which I'm certain.

    I've lived a life that's full.
    I've traveled each and every highway;
    And more, much more than this,
    I did it my way.

    Regrets, I've had a few;
    But then again, too few to mention.
    I did what I had to do
    And saw it through without exemption.

    I planned each charted course;
    Each careful step along the byway,
    And more, much more than this,
    I did it my way.

    Yes, there were times, I'm sure you knew
    When I bit off more than I could chew.
    But through it all, when there was doubt,
    I ate it up and spit it out.
    I faced it all and I stood tall;
    And did it my way.

    I've loved, I've laughed and cried.
    I've had my fill; my share of losing.
    And now, as tears subside,
    I find it all so amusing.

    To think I did all that;
    And may I say - not in a shy way,
    "Oh no, oh no not me,
    I did it my way".

    For what is a man, what has he got?
    If not himself, then he has naught.
    To say the things he truly feels;
    And not the words of one who kneels.
    The record shows I took the blows -
    And did it my way!

    Yes, it was my way.

    My Way - By Frank Sinarta


    Sleep tight Najib....keep on doing it your way to Helllllll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuuuuyyyo pedasssss tu bro......!!

      Delete
    2. Ha ha... Best! Ada umphhh lah

      Delete
  12. Kah kah kah... kabinet rumah mane...wahai jemaah menteri

    ReplyDelete
  13. NAJIB ROSMAH 1 MALAYSIA TERNYATA BERJAYA MEMPERBODOH DAN ME NASI KANGKANG KAN 1 UMNO BN!!! HARAP LEPASAN IJAZAH SAJA TAPI SIKAP DAN PEMIKIRAN JENIS HARAM JADAH BELAKA. AKAL JADI TUMPUL KERANA DEDAK. ASAL DUIT MASYUKKK, HARAM DAN DOSA PUN DISOKONG DAN DIBELA. SEMUA YANG MENYOKONG KERJA HARAM JADAH MALAYSIA OFFICIAL 1 INI HARUS DITENDANG DAN DITERAJANG KELUAR DARI URUS TADBIR NEGARA MALAYSIA WALAU DENGAN CARA APA PUN. MEREKA MEREKA INI ADALAH CONTOH TERBAIK PEMIMPIN SPESIS PENTINGKAN DIRI DAN BUKAN PEJUANG RAKYAT, MALAH MEREKA LAH SEBENARNYA PETUALANG RAKYAT DAN NEGARA YANG BERTOPENGKAN MELAYU SERTA ISLAM !!! SELAMAT MENUJU ERA MAMPOS WAHAI BANI MELAYU PETUALANG NEGARA!!! MASA KALIAN AKAN TIBA JUA...RAKYAT TAK MUNGKIN TERIMA LAGI TANGISAN BUAYA SELEPAS INI !!!

    ReplyDelete
  14. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.YA ALLAH TUHAN KAMI,KAU YANG MAHA AGUNG,KAU YANG BESAR,KAU YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA SEGALANYE DAN KAU LAH YANG MAHA BERKUASA ALAM SEMESTER INI.SEBAGAI RAKYAT MSIA YANG HIDUP DALAM PEMERINTAHAN KEZALIMAN DIBUMI MSIA INI KU POHONKAN KEPADA MU YA ALLAH TUHAN KU,KAU LAKHANATKAN LAH SEMUA PENGKHIANAT PENGKIANAT YANG BERKAITAN DGN 1 MDB INI YA ALLAH YA TUHANKU.RAKYAT NEGARA INI HIDUP DALAM AMAT KESUSAHAN DAN TERTEKAN YANG CUKUP TINGGI DALAM KEHIDUPAN HARIANNYE AKIBAT DARI RASUAH 1 MDB INI YA ALLAH YA TUHAN KU.RAKYAT MSIA DIHIMPIT SERTA DITINDAS DGN BERBAGAI BAGAI TINDAKAN OLEH PEMERINTAHAN BARISAN NASIONAL INI YA ALLAH YA TUHANKU.YA ALLAH YA TUHAN KU POHON KAN KEPADA MU KAU HANCUR KAN LAH,MUSNAH KAN LAH,AZAP KAN LAH PADA MAK DAN BAPAK PENGKHIANAT INI DISEBABKAN MENJADIKAN SERTA KAN MELAHIRKAN PENGKHIANAT INI SEKIRANYE MASIH HIDUP KAU LAKHANATKAN DIDUNIA INI DAN TELAH MATI KAU CAMPAKANLAH KEDALAM NERAKA YANG PALING DALAM.BEGITULAH JUGA DGN ANAK BINI PENGKHIANAT INI SERTA ZURIAT DAN KETURUNAN PENGKHIANAT INI.HAPUSKAN LAH MEREKA YA ALLAH YA TUHAN KU SAPERTI KAU HAPUS PENGKHIANAT TERDAHULU YANG TERHAPUS DALAM KEAADAAN YANG CUKUP JIJIK LAGI KOTOR YA ALLAH YA TUHAN KU.TABURKAN DOAKAN INI YA ALLAH YUHANKU.PENGKHIANAT RAKYAT MSIA INI LEBIH ZALIM DARI YAHUDI YANG MEMERINTAH ISRAEL DAN MENGIKUT ARUS PEMERINTAHAN BASHIR ASAD DI SYRIA YA ALLAH YA TUHAN KU.BERKAT KAN LAH DOA INI YA ALLAH YA TUHAN KU,OERCEPATKANLAH DOA INI YA ALLAH YA TUHAN KU.yA ALLAH YA TUHAN KU,KAU DOA INI JUGA DITUJUKAN KEPADA SEMUA MENTERI MENTERI ,PENGUASA PENGUASA TERTINGGI KERAJAAN YANG MENYOKONG,MEMBELA DIATAS TINDAKAN KIANATAN INI.HANCUR DAN MUSNAH PENGKHIANAT INI SEMUA YA ALLAH YA TUHAN KU Aamiin.Aamiin,Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameeeeeen bro

      Delete
    2. Aamiinnnn....Ya Robbi....Tolonglah Rakyat Malaysia....Hapuskanlah semua pengkhianat negara

      Delete
    3. Aik. Najib yg salah. Bukan mak bapak dia.. Hukum yg salah saja.

      Delete
    4. Ameen yarabbalamin.....

      Delete
    5. BAPAK DIA PUN PENYAMUN JUAL TANAH RESERVED MELAYU DIBUKIT TINGGI UNTUK BUAT TEMPAT JUDI. MELAYU BANGSAT HOI .TAK KAN ITU PUN TAK TAHU.KETURUNAN HARUS DIHARUS DILENYAPKRGILAH JILAT LAGI
      AN DIATAS MUKA BUMI INI.KALAU PE

      Delete
    6. Aamiin Aamiin Aamiin... Semoga doa dimakbulkan ALLAH S.W.T.

      Delete
  15. Kenyataan DOJ/FBI baru 'tip of d iceberg'.

    saya yakin beberapa billion lagi tlh d songlap sejak najib menjadi PM.

    siatan forensic wajib d terus kan. saya baru berjumpa rakan x tksu perbendaharaan. beliau menceritakan bahawa dtn sri rosmah tlh menggajikan seorang pakar kewangan melayu utk membantu menguruskan 'portfolio' nya.

    pakar tersebut sedang d cari n kenal pasti. jika maklumat ini tepat ,maka jumlah yg terlibat sudah tentu nya banyak sekali.

    apa pun semua wang yg d ambil/curi atau 'kickbacks' yg tlh d ambil wajib d pulang kan k dlm 'coffers' Negara.

    hukuman penjara amat tidak memadai.

    ReplyDelete
  16. #NajibRazak wajib di siasat tangkap dan sumbat ke penjara.#BNUMNO harus ditendang keluar ramai2 dari setiap kerusi dun dan parlimen pru14 nanti.Semua pengundi2 yg layak mengundi harus mainkan peranan masing2 jgn ade yg lepas tangan silap pilih bile tibe pru nanti.Silap pilih calon salah undi parti tanggunglah akibat buruknya.#SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  17. AG dan IGP itu adalah institusi terpenting dalam negara demokrasi yang ulung kita. Akan tetapi, berdua jawatan ini sudah tercemar parah, disebabkan berganding bahu dengan Ahjibgor & 1MDBnya. Diorang terjun martabat terjadi macai biasa saje.

    ReplyDelete
  18. Kita lihat siapakah barua najib yang pertama akan muncul mempertahankan najib dari kalanggan pemimpin umno.
    Zahid semasa menjadi timbalan pun sudah berbohong pada jutaan rakyat malaysia kononnya sudah berjumpa dengan penderma, apatah lagi kalau di lantik jadi pm.. sudah tentu lidahnya lebih banyak cabang dari lidah najib.
    Penyamun-penyamun ini seharusnya berbangga kerana mereka melakukan semuanya dinegara malaysia yang rakyatnya telah dididik anti keganasan. Walau macam mana marah sekalipun, rakyat masih mengharapkan keadilan dapat ditegakkan melalui proses undang2. Jika kes seperti ini berlaku dinegara jiran, sudah tentu pejabat dan kediaman pm sudah dikepung oleh ribuan dan jutaan rakyat.
    Diam nya rakyat kerana menghormati undang2 dan tatasusila kehidupan rakyat malaysia. Malangnya menteri2 bongok menganggap rakyat diam kerana percaya dan sokong najib tidak bersalah. Maka keluarlah hujjah celaka dari mulut mereka yang kononnya kerajaan difitnah pembangkang.

    ReplyDelete
  19. sinis giler ko Din..hahahahaha

    ReplyDelete
  20. Hidup Najib! Hidup bapak penyamun!

    ReplyDelete
  21. Pencacai Najib dalam UMNO sudah meroyan seperti kucing beranak kematian anak. Mereka meroyan bertegas yang Jab. Kehakiman US memfitnah Najib. ...Eh kak mah nak gi mana tu bawa beg semua tu? Krismas belum lagi lah...hihihi

    ReplyDelete
  22. Din aku dok tunggu go fly kite comment apa apa, tapi Tak Ada Pulak.
    Maybe dia pie jumpa Doctor kot dng najib laknatullah...check tengok teloq depa Ada ka Tak Dak ???
    Allah dok tunjuk dah...tapi harami harami menteri umno masih buat,Pekak and bisu lagi...dedak terlampau banyak.
    Laknatullah Lah najib and menteri umnonya...

    ReplyDelete
  23. Apandi AG yang sahkan pak arab derma pada najib, kalau siasatan membuktikan sebaliknya...apandi lah orang pertama harus didakwa menipu & melindungi penyamun negara. Tangkap apandi!

    ReplyDelete
  24. " aku Penyamun di dalam ini negeri,kerja merompak, menipu dan mencuri, semua ku kebas ku sorok bawak lari, aku pennnnn..yamun, penyamun"!

    Filem ' Nujum Pak Belalang'
    Nyanyian oleh dua Penyamun bernama Nyawa dan Badan ( NDB).

    ReplyDelete
  25. Tuan terfikir juga Yg berlaku ni! Selepas Selang dua hari pm singapura mencemar diri jumpa pm kita dan menandatangani perjanjian keretaapi Laju kl-singapura meletup 1mdb di USA dan disusuli disingapura pulak... Bersangka baik jelah ye...jangan sebarang sain bahaya bro..

    ReplyDelete
  26. Apa lagi....TSMY...Mukhriz and Shafie Afdal salah ke????? duduk semeja dengan pembangkang kerana apa ya.....

    I salute you TSMY...Mukhriz and Shafie....

    ReplyDelete
  27. Nasib baik buat najib kejadian ni berlaku di malaysia. Kalau di negara arab, rumah najib dah kena selongkar mcm rumah presiden tunisia, keluarga kena tangkap dan dipukul, najib pula mungkin menyorok dalam longkang macam muammar ghadafi. Silap-silap boleh kena gantung macam saddam hussein. Untunglah najib negara ni negara malaysia..rakyatnya sibuk cari duit kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk membayar hutang.

    ReplyDelete
  28. Sedih saya sebenarnya bang din. Akhirnya org putih jugak yg bongkar 1mdb ni dan selamatkan negara kita. Manalah pegi pemimpin UMNO yg hebat2 dan bercakap macam petir. Semuanya sokong penyamun. Tiap2 jumaat saya tadah tangan doakan pemimpin islam masa khutbah. Lepas ni simpanlah stok doa saya ni ...hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau harta yang si sita berjaya di kembailkan ke msia.....memang pelik....sebab negara asing yg di dakwa hendak jatuhkan kjaan msia kembalikan harta tersebut kepada rakyat msia yang akan menanggung hutang 1mdb.....tak kira lah pembayar cukai ataupun pakcik dan makcik felda.

      Delete
  29. kita melayu diam bodohlaa.. lpas ni pilihanraya mak cik pakcik bodow dok dlm gua tu dpt beras skampit trus pangkah bn. bijan ni mmg mintak pemnampo la. din, ade peneroka yg xdpt duit peneroka lagi din. tlg bongkarkn hal ni. sebar2kan. makcik2 pakcik ni xsdar2 lg ke yg felda dh xde duit???? bijan bini rosmah songlang. #$%^%&^@@%&^&**

    ReplyDelete
  30. Memang dibuktikan olih Justice Dept bahwa wang RM2.6billion yg dikata wang derma dari Prince Arab adalah wang yg disamun dari 1MDB olih JLOw. Dalam kertas saman mereka dpara 228, disebut:

    Para 228.1MDB issued an additional $3 billion in Goldman-underwritten bonds in March 2013. Notwithstanding the fact that the stated purpose of these bonds was to generate proceeds to invest in a joint venture with Aabar called Abu Dhabi Malaysia Investment Company “ADMIC”),
    more than $1.26 billion in proceeds was diverted to a bank account held in the name of Tanore Finance Corporation (“Tanore Account”). As with the Blackstone Account, TAN was the beneficial owner of record for the Tanore
    Account. Although the account had no legitimate affiliation with 1MDB or ADMIC,
    1MDB OFFICER 3 was an authorized signatory on the Tanore Account.

    229. Funds transferred to the Tanore Account
    were distributed for the benefit of
    at least one public official associated with
    1MDB. More particularly, very shortly after
    the bond offering closed, between approximately March 21, 2013, and March 25, 2013,
    $681,000,000 was transferred from the Tanore
    Account to an account belonging to MALAYSIAN OFFICIAL 1. Of this amount, approximately $620 million was returned
    to the Tanore Account on or about August 26, 2013.

    Makcik dan Pakcik Felda bolih diberitahu derma RM2.6billion atau 681 American pie adalah duit yg Najib dapat setelah beliau dan JLOw mencurinya dari 1MDB.

    Bukan shj Najib perlu ditangkap dan didakwa, Khalid dan Apandi juga perlu didakwa kerana melindungi Najib dari pendakwaan.

    ReplyDelete
  31. Ya Allah Tuhan Yang MAHA Kuasa, berikanlah kami seorang pemimpin yg amanah dan jujur utk mentadbir negara ini, kami tiada kuasa utk melawan pemimpin yg kami laknati, pemimpin hipokrit, penipu dan pencuri duit kami dan anak cucu kami. Ya Allah kabulkanlah doa kami dalam masa yg terdekat, agar bumi ini diberkati semula dgn kebaikan2. Aamiin

    ReplyDelete
  32. Najib masuk penjara sg buloh, rosmah masuk penjara kajang. Jho low, riza aziz, keruak dan pandi kita serahkan pada abu sayyaf. Jimat kos jabatan penjara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk jimatkan kos makanan zoo negara elok mereka ini diletakan di kandang harimau dan buaya saja

      Delete
  33. Apa agaknya hujah pencuri di mahkamah US? Hadiah? Derma? Polis malaysia malas nak cari, biar FBI yang tangkap jho low & riza.

    ReplyDelete
  34. Igp baru nak siasat? Satu minggu?
    Kenape sprm siasat satu hari sampai mati?

    Mane majlis raja raja?

    Rakyat pasti turun himpunan 31 julai

    ReplyDelete
  35. rahman
    rakyat akhirnya hampa melihat angkara najib

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  37. BN dipilih secara demokrasi utk
    menguruskan negara kita.ramai tersilap anggap PM dipilih secara demokrasi utk memerintah.adalah tanggungjawap BN memastikan PM adalah bersih cekap dan amanah utk menunaikan janji dan harapan rakyat.kalau itu pun xfaham maka faham2 le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua salah Tun M n the gang, DAP, SR, WSJ dll. DSN tak salah, klau x salah tunjuk bukti dmahkamah smua ni fitnah. Yg brani mngaku ya itu akaun saya yg telah lama ditutup pd mulanya pun x ngaku....

      Delete
  38. X pyah smbg lbat sgat la yg jlasnya pgkomen di atas rata2 xda ciri2 miliki kmhiran brfkir aras tiggi buktinya xda 1 pn fakta dpt d nyatakn pm njib da buat slhlaku?samun la,songlap bgai la suma cita brsndrkn sembang gebang sian sguh,fakta DOJ pn x mmpu nk hadamkn.x buleh phm apa senarionya statment dkuarkn.buktikn apa yg aku ckp slh dgn cuba jlaskn apa kaedah DOJ nt nk buktikn aset nk drmpas tu dtgnya dari dana 1MDB?yg pasti aset drampas nt dr 4 ekor yg dnamakn tu akn d pulangkn pada 1MDB.mslhnya 1MDB dh jlaskn tiada dana yg lsap.audit akaun xda pkra yg mcurigakan?jika ada lapuran psti dbuat sjurus audit sykt.ibaratya polis tgkap 4 ekor berok dn rmpas aset2 beruk2 tu dn serah pd ko,plis kata beruk2 ni curi harta aset ko.hakikatnya tiada pn harta ko yg ilang mcmna tu?cb jelaskn apakah senario sbnernya?x pyah ke laut nk petik pm..ko rase?

    ReplyDelete
  39. Yg suma terloncat-loncat nk raikn apa?naji da kene musibah?fhamkn sbb DOJ buat tindakn ats dorogan aduan konco2 srwak rpot.ia mdakwa dana 1MDB diselewegkn oleh individu trtntu,skrgni DOJ cb nk kesan aset idividu berkenaan jika ada akn drampas.kononyalh...dn aset tu dserahkan pd 1MDB itu aje
    .wtf sume ni pn sush nk fham.

    ReplyDelete
  40. Yg suma terloncat-loncat nk raikn apa?naji da kene musibah?fhamkn sbb DOJ buat tindakn ats dorogan aduan konco2 srwak rpot.ia mdakwa dana 1MDB diselewegkn oleh individu trtntu,skrgni DOJ cb nk kesan aset idividu berkenaan jika ada akn drampas.kononyalh...dn aset tu dserahkan pd 1MDB itu aje
    .wtf sume ni pn sush nk fham.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...