Friday, 22 July 2016

PENCERAHAN PEGUAM MENGENAI SAMAN SIVIL JABATAN KEHAKIMAN AS


Beberapa pemimpin UMNO nampaknya cuba meyakinkan rakyat atau barangkali juga percubaan mententeramkan diri sendiri bahawa tindakan penyitaan yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman AS terhadap hartanah dan aset yang dipercayai berkaitan kecurian wang 1MDB hanyalah saman sivil dan bukannya saman jenayah.

Mereka seolah-olah merasakan saman sivil itu bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan berbanding saman jenayah.

Najib Razak sendiri mengatakan tindakan Jabatan Kehakiman itu hanya saman sivil, bukan jenayah. Tetapi Najib bukan peguam.

Annuar Musa dan Salleh Said Keruak juga menafsirkan saman sivil itu tidak membimbangkan.

Menurut Annuar, "ini bukan saman jenayah, tapi hanya saman sivil yang kena melalui proses-proses tertentu."

Kata Salleh pula, jika AS memilih untuk melakukan saman jenayah, maka beban untuk membuktikan kesalahan terletak di tangan pendakwa, tetapi dengan melakukan saman sivil, ia memindahkan beban membuktikan kesalahan daripada pendakwa kepada tertuduh.

Namun, Annuar dan Salleh juga bukan peguam. Tafsiran mereka mungkin sekadar syok sendiri atau untuk menggembirakan duka lara Najib.

Untuk tujuan pencerahan bersama, apa kata kita fahami dan hayati tulisan Muhammad Faiz Fadzil, seorang peguam berkaitan perkara saman sivil tersebut.

Tulisan ini dipetik daripada laman Facebook miliknya dan moga bermanfaat kepada kita semua. (SH 22/07/2016)


TINDAKAN "CIVIL FORFEITURE" OLEH DOJ (DEPARTMENT OF JUSTICE) USA ADALAH PROSEDUR  KES JENAYAH

Ramai yang terkeliru dan dikelirukan dengan perkataan sivil dan jenayah dalam isu tindakan Department of Justice (DOJ) USA mengambil tindakan Mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset (civil forfeiture) yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB. Tindakan ini diambil di bawah program yang dikenali 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' untuk mendapatkan semula harta negara asing yang disonglap atau diseleweng melalui perbuatan-perbuatan jenayah. 

Menteri dan pemimpin Umno termasuk Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Undang-undang Dato' Seri Azalina Othman cuba menggunakan perkataan sivil tersebut untuk menunjukkan yang tindakan yang diambil oleh DOJ tidaklah serius kerana ia bukanlah tindakan jenayah. 

Adakah benar ia hanya satu tindakan sivil sepertimana yang kita faham di Malaysia sepertimana tindakan sivil untuk kecuaian atau tuntutan gantirugi? Kenapa US Attorney General Criminal Division yang mengetuai tindakan ini?

US Code (USC) adalah Undang-Undang bertulis di Amerika Syarikat. 
Di dalam tindakan DOJ ini, mereka telah menggunakan peruntukkan 18 USC 981 (Title 18 Section 981) iaitu Civil Forfeiture atau Penyitaan Sivil untuk menyita harta-harta alih atau tidak alih yang mereka percaya berdasarkan kesalahan 18 USC 1956 (Title 18 Section 1956) yang dalam siasatan mereka adalah hasil daripada kegiatan jenayah ataupun penggubahan wang haram.

Apakah Title 18 US Code? Title 18 US Code adalah Undang-Undang Jenayah dan Prosedur Undang-Undang Jenayah. Di Malaysia kita menggunakan Penal Code dan Criminal Procedure Code. Boleh rujuk di link http://uscode.house.gov/browse/prelim@title18/part1&edition=prelim

§981. Civil forfeiture

18 USC 981: Civil forfeiture Text contains those laws in effect on July 20, 2016
From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 46-FORFEITURE

(a)(1) The following property is subject to forfeiture to the United States:

(A) Any property, real or personal, involved in a transaction or attempted transaction in violation of section 1956, 1957 or 1960 of this title, or any property traceable to such property.
18 USC 1956: Laundering of monetary instruments Text contains those laws in effect on July 20, 2016

§1956. Laundering of monetary instruments

From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 95-RACKETEERING

(a)(1) Whoever, knowing that the property involved in a financial transaction represents the proceeds of some form of unlawful activity, conducts or attempts to conduct such a financial transaction which in fact involves the proceeds of specified unlawful activity-

Walaupun seksyen-seksyen yang disebut tersebut adalah civil forfeiture tetapi tindakan yang diambil oleh DOJ adalah tindakan dibawah Undang-Undang Jenayah Amerika Syarikat. Adakah rakyat masih lagi boleh ditipu dan diperdayakan dengan cara membodohkan minda rakyat yang tidak celik undang-undang.

Tindakan civil forfeiture ini adalah tindakan permulaan sebelum tindakan di bawah peruntukan undang-undang jenayah diambil. 

Walau apapun, fakta-fakta yang dibentangkan di dalam Pernyataan Tuntutan tindakan civil forfeiture ini konsisten dengan fakta-fakta penyelewengan 1MDB yang didedahkan selama ini yang mengaitkan penglibatan dan faedah yang diterima PM Najib Razak. 

Bagaimana Polis Diraja Malaysia tidak menemui sebarang salahlaku jenayah sedangkan FBI menemuinya. Bagaimana Peguam Negara USA boleh mendapati ada salahlaku jenayah sedangkan Peguam Negara Malaysia boleh membersihkan PM. Perkara yang berlaku ini jelas memalukan negara di mata antarabangsa yang pasti memandang rendah sistem undang-undang dan keadilan negara yang korup. 

PM harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas skandal terbesar yang menjatuhkan maruah negara kita.  Ini adalah kerana di bawah Artikel 117 M&A 1MDB, PM adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang meluluskan semua pelaburan antarabangsa yang dimanipulasi untuk diubah dan  disalurkan secara haram kepada beberapa entiti dan pemilikan aset-aset milik keluarga dan kenalan rapat beliau. 

Dakwaan YB Tony Pua yang mengaitkan PM sebagai 'Malaysian Official 1' juga tidak dinafikan. Malahan, kertas kausa civil forfeiture tersebut tidak pula membersihkan nama dan penglibatan PM. 

Adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia terutama pembayar cukai apabila duit 1MDB yang diubah dan disalurkan secara haram ini dilakukan melalui pakatan bersama untuk kegunaan peribadi seperti beli jet, kapal layar, hartanah, lukisan mahal Van Gogh dan Monet, bayar hutang judi di Las Vegas dan lain-lain lagi. 

Mungkinkah misteri derma RM2.6 billion sebenarnya wang 1MDB yang merupakan wang rakyat dan negara akan terbongkar.

FAIZ FADZIL 
22 JULAI 2016

65 comments:

  1. Org melayu malas membaca. Kejenye kuat berangan mcm Indon. Nak gaji besar, tapi bengap. Makanya terpaksalah jadi kuat menipu sijil dan kepandaian.

    Quran pun malas baca. Kitab jawi pun x baca. Buku2 english jauh sekali. Tgk utusan-bh yg dibaca sekali sekala..Sinar Harian blablabla.. iklan terhebat kerjaya utk melayu ialah jadi drebar van lori ja. Manakala sumer berita yg ditulis di tahap betul2 sampah.

    Yg jadi pensyarah propesser universiti pun half past six, lagikan menteri2 dan juak UMNO BN, level otak dan penghadaman sama atau kurang drpd tukang kebun sekolah rendah saja.

    Tu blom yg keje gomen lagik. Nak maju canana, otak mcm sampah, belajar dari uni level sampah. Masuk graduate UK US dlm bakul sampah.. camanalah nak maju dari terus ikut stereotaip birokrasi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya orang Melayu, saya setuju dengan luahan tuan. Tk.

      - YB Tun, Tan Sri, Dato Sri, Dr. Hj. Feudal.

      Delete
    2. Melayu yang menjadikan dedak sebagai makanan ruji mereka ada 1.6 juta orang,inilah fix deposit untuk penabur dedak,Bangsaku melayu takut keluar dari zon selesa,seronok di ulit di dodoi dengan dedak murahan.

      Delete
    3. Dapat keje kerani gomen, kenduri sekampung uuu.. bayangkan Ali Rustam posmen jadi KM Melaka = sampah gila.

      KM Melaka baru lagi canggih.. ngaji El Paso Texas.. hahaha.. jadi KM tahap sampah dan taik bila masuk UMNO jadi KM.

      Delete
    4. Orang putih yg tak beragama dan beragama kristian pun tahu perbuatan songlap duit rakyat ni perbuatan yg hina dan tak bermoral yg kita ni dok promote wassatiyah sana sini sanggup melakukan perbuatan yg keji dan terkutuk ni.

      Wassatiyah pukimak apa macam ni.

      Anak aku belajar kat US selalu dipersendakan oleh kawan2 dia. Sabagai bapa mesti aku marah.

      Se ekor saja kerbau yg bawa lumpur habis semua terpalit.

      Delete
  2. Sdr Budin,
    Sebenarnya ramai orang faham kenyataan yang dibuat oleh ketua kehakiman US dan Timbalan AG US tersebut malah dari kenyataan semua barisan badan penyiasat US yang terlibat tapi budin disebabkan ini adalah tindakan prosidure awal dari pihak penyiasat US jadi ramai la yang tak mahu komen kerana terdapat prosidure lain selepas ini yang lebih menarik dan saya rasa kalau tak ada mainan politik dimana takut takut la Najib akan gadai maruah negara pada US ,harap tak berlaku sebab Obama pun tinggal dua bulan saja lagi,Rosmah dan Najib akan terlipot dan terkangkang habis.

    Ramai orang sedar saudara budin ,termasuk orang yang tak belajar undang undang pun tahu apabila ketua kehakiman ,Timbalan pendakwaraya serta lain lain barisan pegawai penyiasat yang terlibat dari lain lain agensi penyiasatan berulang kali menyebut dua perkataan yang sensitif dan menjadi note penting iaitu ,"its an act of criminal" kemudian Malaysian peoples money being stolen"berulang ulang kali disebut dengan jelas jadi ia benar perkataan Civil disebut kalau tindakan menyita harta dibuat bawah code civil tapi walau bagaimanpun kita kena ingat semua yang terlibat memberi kenyataan pada dua malam lepas terdiri dari agensi biro anti wang haram ,biro rasuah dan biro anti penyalah gunaan sistem perbankkan yang akhirnya setelah lengkap semua siasiatan prosidure jenayah akan digunakan ,seperti penerangan lawyer diatas.

    Tapi sebagai pengampu dan pengamal dedak apa lagi mereka boleh buat hanya spin la Tuan budin terutama kepada pengikut pengikut yang sama standard dan darjat yang mungkin rasa demam kalau semakin hari berita buruk saja keluar untuk bagi lega dihati terpaksa la reka dan spin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tggu trump pulas teloq najib pulak nanti
      ntah apa nak digadai pulak
      nauzubillah

      Delete
    2. Kalau trump menang susah anak2 kita yg belajar di sana. Dia anti islam dan wanita bertudung. Aku cukup risau dgn keselamatan anak perempuan aku yg belajar di sana.
      Kita jaga tuntutan agama dan tata susila tapi najib buat skandal pulak. Selalu anak aku kena sindir dan diketawakan mat saleh.
      Apa daya aku kat sini selain dapat berdoa sajalah dan minta anak perempuan aku bersabar dan jaga keselamatan diri baik baik.

      Delete
    3. Awat belajar kat Amerika tu hebat sangatkah? Bukankah para menteri dok kata standard pendidikan kita adalah yang terBAIK kan ////????

      Delete
    4. Hello... cuba ko bagi contoh anak menteri yang belajar kat malaysia!!! Anak najib masuk UM ke? UiTM? Ke UMP? Orang ckp ko tak pandai kang ko marah...

      Delete
  3. Sdr Budin,
    Sebenarnya ramai orang faham kenyataan yang dibuat oleh ketua kehakiman US dan Timbalan AG US tersebut malah dari kenyataan semua barisan badan penyiasat US yang terlibat tapi budin disebabkan ini adalah tindakan prosidure awal dari pihak penyiasat US jadi ramai la yang tak mahu komen kerana terdapat prosidure lain selepas ini yang lebih menarik dan saya rasa kalau tak ada mainan politik dimana takut takut la Najib akan gadai maruah negara pada US ,harap tak berlaku sebab Obama pun tinggal dua bulan saja lagi,Rosmah dan Najib akan terlipot dan terkangkang habis.

    Ramai orang sedar saudara budin ,termasuk orang yang tak belajar undang undang pun tahu apabila ketua kehakiman ,Timbalan pendakwaraya serta lain lain barisan pegawai penyiasat yang terlibat dari lain lain agensi penyiasatan berulang kali menyebut dua perkataan yang sensitif dan menjadi note penting iaitu ,"its an act of criminal" kemudian Malaysian peoples money being stolen"berulang ulang kali disebut dengan jelas jadi ia benar perkataan Civil disebut kalau tindakan menyita harta dibuat bawah code civil tapi walau bagaimanpun kita kena ingat semua yang terlibat memberi kenyataan pada dua malam lepas terdiri dari agensi biro anti wang haram ,biro rasuah dan biro anti penyalah gunaan sistem perbankkan yang akhirnya setelah lengkap semua siasiatan prosidure jenayah akan digunakan ,seperti penerangan lawyer diatas.

    Tapi sebagai pengampu dan pengamal dedak apa lagi mereka boleh buat hanya spin la Tuan budin terutama kepada pengikut pengikut yang sama standard dan darjat yang mungkin rasa demam kalau semakin hari berita buruk saja keluar untuk bagi lega dihati terpaksa la reka dan spin.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi beruk kamu dak ada cerita menarik lagi ka ,macam najib kena strok ke rosmah digilis kereta lembu ka ,asyik asyik cerita lawak bodoh sombong dan bangang.

      Delete
    2. 1539 makan dedak babi pasal tu tak sadar nasi da jadi bubur m.o.one da di kepung tunggu menyerah atau mati melawan tu je.

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lagi satu benawe, kalau tak ada apa nak bagi tau sila la dok diam ,kamu ini dapat upah berapa sen bro awal awal dah ambil tempat nak berkarya ,macam kami minat nak baca kamu punya cerpen bodoh.

      Delete
    2. Out of topic. Luar pagar.

      Delete
  6. Hari ni blog2 pencacai ni dok bersedap hati pasal saman sivil ni lah.....kononnya tak ada apa yang akan terjadi ,biasa2 je kata mereka.Sebenarnya bukan mereka tak faham malah lebih dari faham, tapi sengaja buat2 bengong.Sama2lah kita tunggu kebenaran akan muncul tidak lama saja lagi,InsyaALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. civil schmivil semuanya serious la....
      takdenye nak sedap2kan hati

      Delete
    2. Saman sivil bukan sama dengan jenayah? Nah,ini tafsiran orang yang sudah rosak busuk hatinya. Maka otaknya pun miring dan kelabu. Dan lidahnya hanya dapat meluahkan keinginan nafsu yang jahat itu.

      Delete
  7. Tak payah pikir jauh2,tajuk nya perkara yg disiasat ini berkaitan pengubahan wang haram. Bukan kah itu satu jenayah?
    Dan matawang yg diguna pakai dlm bentuk US Dollar. Maka sbb itu lah Amerika bertindak dgn langkah pertama. Menjelang langkah seterusnya,mainan politik AMAT MERBAHAYA.
    Tidak kah nnt bakal berlaku rundingan sebalik tabir,hingga ada yg bakal tergadai?
    Apa pun seperti yg kita tahu secara umumnya perlakuan 1mdb ini adalah satu perbuatan JENAYAH. Menipu rakyat,termasuk di parlimen. Apakah jawaban selama ini berkaitan isu yg timbul menepati fakta sebenarnya? Mengapa harus melarikan diri dari rakyat jika kita di pihak yg benar? Mengapa di OSA kan dokumen2 tertentu?
    Perlakuan itu membawa kpd sesuatu maksud tertentu. Senang cakap cover line lah.....selagi mampu!
    Apa pun tunggu lah episod seterusnya dlm lakonan wayang 'one mdb' ini. Takkan cerita bernilai 50 billion boleh habis dlm masa 30 minit saja...kot?
    Hehehe....ambek kau!
    Lain kali,diberi AMANAH,pikul lah dgn sebaik2nya....kan dah susah! Elok2 boleh releks minum teh ptg kat putrajaya,kan dah sakit kepala! Sendiri tempah,sendiri jawap lah. RAKYAT cuma mampu berdoa bila di zalimi.....

    #1mdb lebih banyak persoalan dari jawapan....FAKTA.

    ReplyDelete
  8. KALAU DH KES SIVIL MMG KES BIASALA.KES JENAYAH TETAP JENAYAH.HURUF DAN SEBUTAN MANA SAMA.MASUK DARJAH SATU SEMULA LA BRO

    ReplyDelete
    Replies

    1. 16.16

      Tolong simpan sikit kebangangan tu untuk sarapan pagi esok, boleh tak?


      Delete
    2. dah tu kenapa kau takut sangat???
      sampai guna huruf besar ....
      sudah sudahla makan dedak
      kita makan nasi hasil titik peluh sendiri la pulak
      kesian kat ko

      Delete
    3. spesis makan dedak cap dacing senget....simpan sikit kebangangan utk anak cucu

      Delete
    4. Lebai dedak 16:16,

      Dlm kitab hijau ditulis HARAM
      Dlm kitab biru ditulis TIDAK HALAL

      Begitulah kisah Lebai Musang Berjanggut membaca hukum...ha ha ha

      Delete
  9. kite mempunyai pm iblis syaitan yg bertopengkan manusia berkiblatkan wang bn umno dan kroni.ini harus dihapuskan serta merta.rakyat harus bangkit dan same2 hapuskan setan2 ini dari terus menyusahkan kita semua hingga ke anak cucu cicit masing2.cukup2lah keringat anda diperah serupe hamba abdi zaman dulukala.pru14 semua ramai tendanglah bn umno keluar dari dun dan parlimen.cume anda boleh ubah nasib kite semua #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  10. Sivil ke tak sivil ke tetap Jenayah, hanya PEMAKAN DEDAK saje heboh2 takde apa2...... dgn org kampung bolehlah diBODOHKAN...... LINGKUP lah kau.... sampai masanya NANTI..

    ReplyDelete
  11. AG belum belajar ke situ. Dia belayar tutup case UMNO/BN lain2 Saman.
    /

    ReplyDelete
  12. PAN yang merupakan sebahagian Pakatan Harapan dianggotai DAP dan PKR berkata pihaknya tidak dipelawa dalam perbincangan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng mengenai cadangan pilihan raya awal di Pulau Pinang.


    Pengerusi PAN negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya hanya mengetahui rundingan itu diadakan melalui media, lapor China Press.

    “Setahu saya, di peringkat pusat, rakan komponen pun belum berbincang perkara ini dengan pemimpin PAN,” katanya.

    Bukan itu sahaja jelasnya, PAN juga tidak tahu bila Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat membincangkan cadangan berkenaan.




    Mengenai pembahagian kerusi, Mujahid berkata, ia hanya boleh dibincang selepas tarikh pilihan raya awal, selepas membuat ketetapan mengenai perkara itu barulah perbincangan mengenai peruntukan kerusi boleh diadakan.

    Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim memberi jaminan kerajaan negeri pimpinan DAP tidak akan membuat keputusan secara bersendirian.

    Enam pemimpin DAP dikatakan membentangkan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada Isnin malam lalu untuk mengadakan pilihan raya awal di Pulau Pinang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mendapatkan persetujuannya.

    Selepas gagal mencapai kata sepakat, Guan Eng bertindak mengadakan perbincangan dengan tiga pemimpin PKR, iaitu Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya Saifuddin Nasution di Pulau Pinang, kelmarin.

    ReplyDelete
  13. The latest politweet poll shows that one in three Twitter users in Kuala Lumpur, Selangor and Penang actively tweeting about Lim Guan Eng’s corruption charges disapprove of his prosecution.

    The survey showed 34 per cent opposing the two charges against Lim, who is Penang chief minister and DAP secretary-general.

    About 22 per cent support it and almost half, or 44 per cent, are neutral.

    “Kuala Lumpur, Selangor and Penang are states where support for the Opposition was strong in GE13,” said social media researcher Politweet in a survey shared with Malay Mail Online.

    “However, based on the Twitter users examined, support for Lim Guan Eng is divided with 34 per cent opposing the decision to charge him with corruption and 22 per cent supporting the decision to charge him.”

    The study analysed tweets from the date Lim was arrested on June 29 until July 6. It was based on tweets by 8,365 users, followed by an opinion-based analysis on a sample size of 520 users based in KL, Selangor and Penang.

    ReplyDelete
  14. TEKA-teki mengenai satu pakatan parti pembangkang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah yang diumum Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis lalu nampaknya masih belum terjawab.


    Bekas Perdana Menteri itu dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini mengalih tumpuan kepada isu membabitkan syarikat pelaburan nasional negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding matlamat gabungan blok pembangkang dalam parti baharu itu.

    Buktinya, Dr Mahathir hanya menjawab ‘ASAP’ (as soon as possible) apabila diajukan soalan berhubung jangkaan masa mengenai pengumuman parti baharu itu.

    Beliau yang juga kini dilihat mengambil alih peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai jurucakap pembangkang berkata, pihaknya masih lagi dalam proses untuk menubuhkan parti baharu itu yang dijangka akan dibuat dalam tempoh terdekat.

    “Kita sedar bahawa jika kita cuba untuk mendaftarkan parti baharu, (parti baharu) tidak akan diluluskan atau ditangguhkan (dalam tempoh) sebulan hingga setahun.

    “Oleh itu, kita cuba untuk mencari penyelesaian terhadap masalah itu (pendaftaran parti baharu), tetapi kita akan menubuhkan parti ini,” katanya dalam sidang media tersebut, sebentar tadi.

    Dr Mahathir sebelum ini berkata, penubuhan parti baharu itu adalah untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

    Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN dan UMNO sedia berhadapan dengan mana-mana parti baharu atau pakatan pembangkang kerana yakin ia semakin kukuh dan masih mendapat sokongan rakyat.

    Sementara bagi pihak pembangkang, Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah baru-baru ini menjelaskan pihaknya masih belum menyatakan sebarang pendirian sama ada mahu menyertai gabungan tersebut atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  15. AG Fendi tu bekas hakim, belum khatam lagi bab pendakwaan, menjadi hakim dan menjawat jawatan Peguam Negara du pekara yang berbeza, sebab itu Fendi celaru dan menjatuhkan hukum awal dengan menyatakan tiada kes sebelum pendakwaan dibuat, yang sepatutnya kes dibicarakan dan mengenengahkan keterangan sebelum memutuskan wujud kesalahan atau sebaliknya. Lain kali jangan lantik bekas hakim jadi peguam sebab minda dan cara kerjanya bercelaru.Tapi itulah yang dimahukan oleh Najib dengan melantik Fendi sebagai Peguam Negara dan mudah untuk menyatakan tidak ada keterangan untuk mempertuduhkan Najib...alahaiii...macam plot drama swasta pulak yer pulak...tapi realitinya berlaku tidak lain dan bukan, di MALAYSIA. Buat malu sahaja, negara lain yang siasat ada pulak keterangan tapi IGP masih ada masa tarik handbrake dan tiada priority untuk menyiasat secara telus, sampaikan tiada keperluan untuk memanggil saksi Cina durjana itu, Jow Lok. Memalukan nama PDRM @ Malaysia dan Najib @ Malaysian Offcial 1, memang tidak tahu malu, almaklum sudah diketahui umum memang tiada "kemaluan". Apa lagi kelentung dan geromal akan digunakan oleh puak pemakan dedak ini untuk memutarkan 360 darjah cerita Saman Sivil DOJ ini.

    ReplyDelete
  16. Patutla xsaman beratus Selasa lalu...
    Akhirnya kantoi

    ReplyDelete
  17. Menteri2 Najib semua nya bodoh dan bangang2.

    Permohonan forfeiture harta2 hanya bolih dibuat apabila harta2 tu diperolehi dari kegiatan jenayah rasuah atau money laundering spt melalui Money Laundering Act 2001 atau Akta Sprm mengenai penyitaan harta.

    Kalau Msia ada Peguam Negara yg professional dan tidak spt baruah Apandi, nescaya SPRM telah juga membuat permohonan menyita harta2 dan bank akaun Najib sebab terbabit dlm perbuatan rasuah.

    Orang awam semua tahu permohonan penyitaan harta yg dibuat olih DOJ adalah disbbkan harta2 tu diperolehi dari kegiatan jenayah...harta tu adalah proceeds of a crime. Sita dulu harta..lepas tu baru sita penjenayah2 spt Jlow dan Najib serta anak tiri dia.

    aku agak Najib dan Pandi pun tak baca dokumen mahkamah yg difail olih DoJ. Kalau malaun 2 ekor ni baca mesti terkejut beruk..nama mereka di sebut. Sekor penjenayah dan sekor lagi tolong cover perbuatan jenayah.

    ReplyDelete
  18. Thank you lawyer Faiz Fadzil. Memang sistem perundangan mereka berbeza sistem Commonwealth yang kita pakai. Perlu lebih ramai orang macam Faiz tulis dalam bahasa melayu, supaya majoriti melayu kampong paham. Untuk kasi paham mereka yang masih tak faham pasal 1MDB ni, senang jerrr. Saya download graphic transaction duit 1MDB dari hulu ke hilir, saya terangkan kat orang tua saya, duit ni dari sini pi sini, pusing satu dunia, balik mai sini, masok akaun yang ni. Sekarang depa paham. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  19. US sengaja namakan pesalah utama dgn "malaysian official 1"... Bukan utk teka-teki rakyat malaysia.. Tapi utk kita ambil tindakan di malaysia... US dah laksana bahagiannya (mungkin ada lagi lepas ni) saman sivil sbg permulaan.. Di malaysia.. Usaha kena giat lagi walaupun pelbagai sekatan

    ReplyDelete
  20. DOA DAN HARAPAN RAKYAT NEGARA INI IALAH SEMUA YANG TERBABIT AKAN DIDAKWA DAN SEMUA WANG YANG TELAH DISALAH GUNAKAN ITU AGAR AKAN DIKEMBALIKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT JELATA.DISAMPING ITU TIADA MAAF BAGI SEMUA PETUALANG PETUALANG DAN PENGKHIANAT PENGKHIANAT RAKYAT NEGARA MSIA INI DALAM HAL 1 MDB INI.TAK KIRA KAMU PERDANA MENTERI, MENTERI MENTERI MAU PUN YANG DAH PENCEN PERGI BELAYAR AL QURAN DIYAMAN,PENGUASA PENGUASA,PEGUAM NEGARA,KETUA POLIS NEGARA DAN SEBAGAINYE SEHINGGALAH PELAYAN PEJABAT.KAMI DOAKAN KAMU AKAN DITANGKAP DAN DIBAWA OLEH FBI UNTUK DIDAKWA DAN DIKENA HUKUMAN.SEBANYAK MANA PUN MAU PUN KES INI RUMIT HARAPAN SERTA RAKYAT MSIA SEMUA PETUALANG PENGKHIANAT INI YANG TERCALIT TIDAK AKAN DILEPASKAN OLEH FBI.INI JUGA TERMASUKLAH PADA HADI AWANG DAN HARUN DIN SEMOGA KEDUA MEREKA IA DITANGKAP KERNA BERSENGTOMGKOL SERTA MEMBELA NAJIB.MOGA MOGA MORAN MURALES MENDAPAT KEADILAN DIATAS KEMATIAN DIA.HARAPAN RAKYAT MALAYSIA DALAM KES INI SEMOGA NAJIB DAN ROSMAH TIDAK TERLEPAS SAPERTI KES AL TANTUYA. MARI LAH KITA RAKYAT MALAYSIA YANG TERINAYA INI BERDOA KEPADA SEMUA PETUALANG DAN PENGKHIANAT PENGKHIANAT IMI SEMOGA MAK BAPAK MEREKA DILAKHANAT OLEH ALLAH DISEBABKAN MENJADI KAN SERTA MELAHIRKAN PETUALANG PENGKHIANAT RAKYAT MALAYSIA INI.BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM YA ALLAH YA TUHAN KAMI PADA MU KAMI POHON KAN KAU MUSNAHKAN DAN KAU HANCURKAN LAH PETUALANG PENGKHIANAT RAKYAT YANG KETUAI OLEH NAJIB/ROSMAH INI.PADA MU KAMI POHONKAN DISEBABKAN KAMI RAKYAT,ANAK ANAK KAMI,KELUARGA KAMI MENDERITA AKIBAT DARI KEZALIMAN PENTADBIRAN PETULANG PENGKHIANAT INI.DANA RAKYAT YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI MEMBANTU RAKYAT DISALAH GUNAKAN OLEH PETUALANG PENGKHIANAT INI.KAMI JUGA MENDOAKAN SEMOGA PIHAK FBI INI AKAN BERTELUS TANPA SEBARANG PRAJUDIS TERHADAP KES INI.KAMI DOA KAN SEMOGA TIDAK MENJADI SAPERTI KES AL TANTUYA YANG MANA PEMBUNUH SERTA YANG TERBABIT BEBAS SEBEBASNYE.RAMAI PIHAK YANG BERSALAH HIDUP MEWAH DIATAS PERBUATAN MELAMPAU TERHADAP INSAN YANG LAIN.YA ALLAH YA TUHAN KU BALAKAN LAH ANAK BINI MEREKA LAKAHANTKANLAH ZURIAT DAN KETURUNANAN MEREKA HNACUR MUSNAH LAH SEMUA PERANCANG MEREKA TABUR KANLAH DOA KAMI YA ALLAH YA TUHAN .PERKENAN KAN LAH DOA KAMI SECEPAT MUNGKIN YA ALLAH YA TUHAN.TUNJUK LAH KEKUASAAN MU YA ALLAH TERHADAP BINATANG PETUALANG PENGKHIANAT INI YA ALLAH.Aamiin Aamiin Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaammiinnnnn....

      Delete
    2. Mana boleh doakan mak bapak org yg terlibat dgn segala kesalahan ni.. Mak bapak bukan terlibat sama.. Nabi nuh.. Anak baginda tetap pilih kafir.. Tapi itu bukan salah nabi nuh... Berpada2 la dlm segala dan adil...

      Delete
  21. What took place is Criminal Breach of Trust (CBT) to say the least and treason to say it more appropriately. And the punishment for treason...?

    But if that is the price that all including Malaysia have to pay, so be it. Malaysia is bigger - much bigger - for anything or anyone except for Allah swt. After all, for five centuries this land was in the hands of others coming from foreign lands. And many had had to pay dearly for us to once again be free. These days some including dear Tun has also had to face outrageous things just to state the truth. So be it. So be it.

    ReplyDelete
  22. Din, bukan semua rakyat bodoh macam said keruak, rahman and annuar musa, depa nie jugak tau perbezaannya tapi terpaksa nafikan coz dah makan dedak terlalu banyak. nama saja menantu professor tapi otak lebih teruk dari lembu. keruak and anuar tak payah cakaplah....semua rakyat tau and hanya tunggu masa aja nak tendang depa coming election.
    tak ada word lain dah melainkan semoga Allah swt, melaknatlah najib and keluarganya, MT umno, Menterinya and semua ahli umno yg menyokong najib buat benda yg berdosa and tak halal lah dunia akhirat duit rakyat yg dimakan oleh depa semua nie.
    ada bengong ketua pemuda umno kedah sorang lagi yg dok sokong najib coz nak dedak banyak and nak post yg tinggi lagi...jnglah tunjuk bodoh sangat ooi !!!
    Semoga Allah SWT, laknat lah Najib and keluarganya and semua yg menyokong nya !!!
    Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminnnnn......

      Delete
    2. Doakan yg terlibat saja.. Ahli keluarga ada yg tak terlibat.. Jadi jdn libatkan org yg tak terlibat dlm doa laknat.. Risau laknat tu jatuh balik kepada pendoa..

      Delete
    3. Betul,doa kpd pelaku je....kita bukan zalim. Jgn melalut ke lain,terus kan dgn niat yg baik. Demi kebaikan rakyat yg dizalimi.

      Delete
    4. ok saya ambil maklum and hanya doa pada Najib,rosmah and sapa sapa yg terlibat saja termasuk apandi penipu.
      saya and keluarga,kawan kawan tak akan maafkan najib dunia akhirat coz banyak susahkan rakyat and penipu besaq.
      Najib PM bangsat yg belum pernah jumpa lagi...

      Delete
    5. Bagi saya tuan 2202 /1910 adalah seorang yg berakhlak baik.. Sanggup mangaku salah walau guna nama anonymous.. Syabas atas sikap tuan.
      Najib patut ikot teladan tuan.. Salah dan mengaku salah adalah perbuatan mulia.. Itulah yg bezakan. Nabi adam dan iblis.. Dua2 dari syurga.. Dua2 lakukan kesalahan.. Bezanya adam mohon maaf.. Saya adalah anonymous 1943.. Mohon maaf tegur tuan tadi..

      Delete
  23. tak terlibat dan tak bersalah pasal apa?
    yang gila-gila tubuhkan 1mdb - najib.
    pengerusi lembaga penasihat 1mdb - najib.
    menteri kewangan malaysia - najib.


    ReplyDelete
  24. kalau nasib tak baik alamat jadi mangsa peras ugut
    amrika lah jawabnya
    inilah padahnya bial buat salah kat negara lain
    yang melibatkan peringkat tinggi

    ReplyDelete
  25. Kalau didunia ini pun dah dihina dicaci dicemuh diakhirat nanti bagaimana agaknya balasan yg akan diterima aammiiinñnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rabbana la tuzigh qulubanna ba'da idzhadaitana wa hablana min la dunka rahmatan, innaka antaal wahhab!

      Ya Allah jangan pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayat kepada kami .....

      Delete
  26. Mat Sabu kata USA bertindak utk halang duet haram dari masuk Amerika. Rampas dan sita utk tangkap penjenyah hudud nie dan pulang kan semula harta rakyat kepada Rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  27. Duit derma 2.6 billion itu ada di sentuh dalam kes saman DoJ US .

    Duit itu berasal dari 1MDB dan di salurkan ke bank di Riyad kepunyaan seorang putra raja Saudi . Putra raja ini juga adalah pemilik bersama ( co founder ) Petro Saudi .

    So ,it is indeed the donation came from a Saudi Prince . The problem is , the money originated from 1MDB .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pecahlah temberang BAPAK PENIPU MALAYSIA - NAJIB RAZAK - TAPI MUKA DIA MEMANG TAK ADA RASA MALU - LIHATLAH NANTI

      Delete
  28. Maaf,mencelah dan hebahkan.....
    Dua ekor beruk telah melompat mencabar rakyat.
    Beruk2 itu ialah beruk pasir salak si taik judi genting dan beruk putrajaya si londeh seluar sbb makan hasil haram. Apa hal kau melompat? Dah seram sejuk ke?

    ReplyDelete
  29. Dengar la cakap ag, menteri, mufti mahupun artis.kalau sudah cakap-cakap tidak salah maka tidak salah la tu.

    Niat merompak sama dengan niat menghalalkan rompakkan.Cakap apa sekalipun biar dengan segala dalil dalam al-quran , bible atau mana-mana kitab-kitab agama yang ada didunia, keputusannya tetap sama - manusia tiada online dengan tuhan, keputusan masih ditangan manusia.

    ReplyDelete
  30. Apa yg rakyat rasa?

    Protun
    Rakyat setuju dgn segala tindakan tun m, muhyidin.. Mukhris.. Shafie tentang 1mdb

    Projib
    Rakyat semakin ragu dan keliru
    Byk yg dah sedar kesalahan dlm 1mdb
    Menteri2 semua tak dpt tolong najib

    Pembangkang
    Rakyat masih tak dpt harapan dari pembangkang yg berpecah.. Lemah walau ada modal utk berjuang

    Rakyat masih tunggu dan tunggu
    Samada pru, negara dijual atau najib tewas. Atau juga raja2 buat sesuatu

    Pilihlah terus berjuang.. Jgn tunggu pru.. Jgn tunggu negara tergadai atau raja2 bertindak.. Berjuanglah utk malaysia

    ReplyDelete
  31. Betuah punya tetamu, buat taik kat umah orang.Beza buat taik kat umah sendiri, takut tegur berak sembarangan tak apa boleh jilat taik-taik tu sampai bersih berkilat.

    ReplyDelete
  32. Seizure of assets (penyitaan asset) dlm kes ini adalah suatu prosiding jenayah kerana penyitaan ini berkait dengan kesalahan penggubahan wang haram. Pelaku2 barangkali kemudiannya akan didakwa. Contoh2 penyitaan asset dibawah prosiding jenayah kerana berkait dengan kesalahan ialah undang dadah berbahaya (perlucuthakkan harta) 1988 yang mana harta- harta yg berkait dan kena mengena dengan hasil tak sah kegiatan pengedaran dadah akan disita dan dirampas dari mana mana oramg berkenaan. Ianya bersifat prosiding jenyah bukannya prosiding sivil.

    ReplyDelete
  33. Saya curiga dgn AS
    Dari segi niat

    Dari sudut undang2 AS berhak bertindak keatas pesalah2 berkaitan 1mdb yg melibatkan sistem kewang AS dan mereka menunjukkan intergriti yg tinggi

    Saya sgt setuju dari segi perbentangan rahsia2 yg selama ini kita tertanya2 berkenaan 1mdb kepada rakyat malaysia khasnya.. Kerana semua maklumat ditutup rapat oleh pemimpin kita.. Kita berterima kasih kepada AS utk usaha ini

    Cuma keraguan saya.. Disudut niat.. Adakah nak tolong rakyat malaysia.. Atau hanya jalankan tanggujawap intergriti undang2 AS atau ini permulaan malaysia terpaksa ikot halatuju AS.. Kita sentiasa taktau apa yg berlaku.. Risau negara dijual..

    Boleh kata AS licik bertindak serampang 3 mata.. Tolong rakyat malaysia.. Jlnkan tanggujawap intergriti undang2 negara mereka dan.. Mungkin rundingan cubaan mengawal malaysia

    Pendapat peribadi sahaja

    ReplyDelete
  34. Negara Israel yang selama ini selalu sangat disebut-sebut sebagai 'negara kafir', 'negara yahudi', negara jahat yang menjadi dalang dan punya agenda nak gulingkan atau menjatuhkan kepimpinanan najib anak Tun Razak yang kononnya seorang Khalifah (pemimpin) Islam berhaluan moderate (sederhana) yang telah pun di iktiraf "jasanya" oleh salah seorang dari beratus-ratus anak raja Arab Saudi melalui testimoni surat sokongan yang diberikan merujuk kepada "sedekah" sebanyak USD 375 juta serta yang sebelumnya tetapi tidak pula ditulis berapa banyak juta USD. ( Baca surat tu betul2, anda boleh tengok dalam surat itu tak disebut langsung mengenai "sedekah" berjumlah USD 681 juta / RM 2.6 Bilion ).

    Untuk makluman pembaca semua, tak kiralah apa status anda samada rakyat marhaein atau pun 'dedaktrooper's'. Negara kafir yahudi yang jahat ini dah pernah pun penjarakan Presiden serta Perdana Menteri depa akibat kesalahan rasuah atau jenayah terancang yg lain.

    Dalam tempoh pemerintahan najib anak Tun Razak yg bermula dari 2009 hingga skrg, negara kafir yahudi jahat ini dah pernah pun bicara dan jatuhkan hukuman penjara kepada :-

    1.) Bekas Presiden Israel yg ke 8, Moshe Katsav, penjara 7 tahun, kesalahan rogol serta perlanggaran undang2 lain

    2.) Bekas Perdana Menteri Israel ( 2006 - 2009 ), Ehud Olmert, 6 tahun penjara tapi dikurangkan kepada kepada 18 bulan sahaja, kesalahan rasuah serta pecah amanah.

    Jadi dimanakah bangganya mempunyai seorang "Khalifah" Islamis moderate yang telah mendapat pengiktirafan oleh anak raja Arab Saudi dan mempunyai bekas ketua pembangkang yg sekarang ini merupakan Penasihat Kerajaan Pusat yang cukup berpengaruh hingga mampu mendapat izin di Perlimen untuk membentangkan undang2 Syariah yang disebut sebagai RUU Hudud Hadi hingga menjadi tajuk khutbah Aidilfitri tahun ini.

    Sekali lagi kita mesti bertanya pada diri sendiri, jika pihak berkuasa 8 negara kafir yang lain dengan 3 darinya iaitu USA, Swiss dan Singapura telah pun mengambil tindakan dengan mula membicarakan kes 1MDB di mahkamah mereka. Jadi di negara kita sendiri walaupun setelah disediakan oleh pihak SPRM, kertas siasatan beserta bukti setinggi 1.70 meter, laporan setebal 330 mukasurat oleh Jabatan Audit Negara ( JAN ) dan laporan parlimen 108 mukasurat oleh Jawatankuasa Kira2 Wang Negara ( PAC ), sekali lagi kita semua perlu bertanya pada diri kita adakah kita sebagai rakyat Malaysia ini perlu bersatu, berkongsi tenaga, berkongsi fikiran dengan kembali sekali lagi berkumpul beramai ramai dengan niat utama untuk bertanya dan melapor serta menyerahkan memorandum serta petisyen Deklarasi Rakyat kepada ketua sebenar negara kita ini iaitu DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung di Istana Negara.

    Semestinyalah diserahkan bukan kepada Razak Baginda atau kepada Peguam Negara, kepada Ketua Polis Negara atau Pengerusi PAC yang kesemua tindakan mereka itu boleh diragui niat serta sumpah taat setia mereka pada waktu skrg, samada mereka masih berkhidmat untuk Rakyat Malaysia atau pun kesemua mereka itu telah pun membuat transformasi khidmat dengan niat "Nak Cari Makan" juga.

    Adakah istana negara masih tak tahukah yang negara kita sekarang ini telah pun secara tak langsung dihadapkan ke perbicaraan di 2 mahkamah berbeza gara2 'songlap 1MDB' oleh konspirasi yang diketuai oleh "Malaysian Official No. 1" iaitu di :-

    1.) di Mahkamah Timbang Tara di London... dan
    2.) di Mahkamah Keadilan di California, USA

    Daulat Tuanku....

    ReplyDelete
  35. Segala2nya yg berlaku ada hikmah disebaliknya..

    Sama2lah kita bersaksikan samaada Duli2 Tuanku besama2 rakyat ataupun sebaliknya nanti..

    - Laksmana jub@h coklat.

    ReplyDelete
  36. http://ourcountrymalaysia.blogspot.fr/2016/07/dzulkifli-ahmad-ketua-pesuruhjaya-sprm.html?m=0

    ReplyDelete
  37. Tangan-tangan negara asing (dicop negara kafir) sedang memimpin tangan kita dalam kegelapan.Tangan itu juga yang menunjukkan jalan keluar dari kegelapan .Apakah kita mampu potong tangan sendiri dengan hudud tuang amanat 1981?

    ReplyDelete
  38. Saya hanya nak komen ayat akhir tuan. Saya rasa ianya bukanlah lagi satu misteri. Loud and clear bro

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...