Tuesday, 26 July 2016

MADAH BERHELAH PEMUDA UMNO


Semalam, dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat tidak menyatakan dengan jelas pendirian sayap kanan parti itu sama ada menyokong dan mempertahankan Najib Razak atau tidak.

Sebaliknya,  beliau hanya mengatakan Pergerakan Pemuda UMNO mahukan kebenaran, sambil berharap kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap aset-aset yang dikaitkan dengan 1MDB dapat diteruskan di mahkamah.

Serentak dengan itu, Khairy atau KJ juga mengatakan pihaknya turut memandang serius segala dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman AS itu kerana ia melibatkan sejumlah wang yang besar yang didakwa diselewengkan.

Oleh itu, kita harap proses saman sivil itu akan berjalan supaya kita dapat kepastiannya, jelas beliau lagi.
Hari ini pula, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed,  bekas Peguam Negara,  Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz atas dakwaan terbabit dalam konspirasi mahu menjatuhkan Najib dan kerajaan.

Dalam laporannya, beliau mengesyaki ketiga-tiga mereka telah memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar seperti FBI, tanpa kelulusan pihak berkuasa, termasuk Jabatan Peguam Negara.

Mengapa Pemuda UMNO tiba-tiba membuat laporan polis sedangkan baru semalam mengatakan sedia menunggu perbicaraan di mahkamah untuk mengetahui kebenaran?

Adakah ia bertujuan mahu mempertahankan Najib atau supaya lebih banyak perkara lain yang terbongkar kepada umum dan seterusnya memberi tekanan berterusan kepada Perdana Menteri?

Adalah sukar untuk mempercayai bahawa tokoh-tokoh berwibawa seperti Abu Kassim, Abdul Gani dan Zeti sanggup berkonspirasi, memberikan maklumat dan dokumen kepada pihak luar secara tidak sah seperti yang didakwa itu.

Lagi pun, baru dua hari lalu Abu Kassim mengesahkan kerjasama SPRM dengan FBI berhubung siasatan mengenai 1MDB.

Oleh sebab pihak AS meminta pertolongan dan kita hanya menjalankan kerja sepertimana yang digalakkan dalam Konvensyen Pencegahan Rasuah, PBB yang menyebut mana-mana agensi perlu memberi kerjasama dan sokongan apabila berhadapan dengan jenayah melibatkan beberapa negara, ujar Abu Kassim lagi.

Jika begitu, sudah pasti, jika ada, segala maklumat dan dokumen yang diberikan oleh SPRM kepada FBI, ia adalah sesuatu yang sah untuk mencegah jenayah dan bukannya konspirasi.
Yang nyata, dengan laporan polis itu,  Pemuda UMNO telah berjaya dari segi menghangatkan lagi isu saman Jabatan Kehakiman AS terhadap aset-aset berkaitan 1MDB agar terus dispekulasi dan dibuat bermacam-macam persepsi oleh orangramai, walaupun KJ tidak muncul di balai polis untuk sama-sama membuat laporan.

Dalam masa yang sama, dengan membuat  laporan polis juga, walaupun ia kelihatan seolah-olah mahu melindungi dan membela Najib, ia juga seperti pengesahan terbuka terhadap tanggapan umum bahawa maklumat yang ada di tangan FBI itu adalah benar-benar kukuh dan boleh dipercayai.

Dengan melibatkan tiga tokoh yang pernah mengetuai SPRM, Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara dalam dakwaan terbabit konspirasi mahu menjatuhkan Najib yang mana ketiga-tiganya pernah bekerjasama dalam menyiasat isu-isu berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta, tetapi tidak sampai kepada proses pendakwaan kerana ditolak oleh Peguam Negara Apandi Ali, laporan polis itu juga secara tidak langsung seperti serampang dua mata bertujuan merangsang mereka yang terbabit mengesahkan sejauh mana kebenaran kertas pendakwaan Jabatan Kehakiman AS itu.

Jika itu berlaku, bertambah lagilah sengsara jiwa Najib mendepani hari-hari mukanya.

Tidak seperti banyak pihak lain pro Najib yang secara lurus bendul mempertikaikan tindakan Jabatan Kehakiman AS dan FBI seperti mengatakan ia cubaan campurtangan asing dan sebagainya, Pemuda UMNO nampaknya memilih simpang lain yang penuh helah dengan meletakkan isu perbicaraan saman sivil itu lebih daripada sekadar membongkar kebenaran semata-mata.

Apakah ini menandakan usaha menyingkirkan Najib secara dalaman sudah bermula secara perlahan-lahan? (SH 26/07/2016).

54 comments:

  1. Umno bukan shj parti korup tetapi mempunyai ahli dan pemimpin yg korup serta bodoh dan bahlol.
    Mahu berpolitik dan berkecimpong dlm politik. Politik adalah profesion utk berkhidmat utk negara dan masyarakt. Berkhidmat utk Najib yg mencuri lebeh US$3-4bilion...adalh perbuatan yg hina dan hodoh pd pandangan agama dan juga dari segi sosial.

    Siapa Khairul Azwan ni???? Kecik2 mesti makan taik. Tu sbb bodoh piang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di Colombia dia sudah tinggal nama.

      Delete
    2. Dulu2 pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara.
      Hari ini pemuda temberang bangsa.
      lembik mcm taik ayam candu.
      Pemudi setengah tiang, bodoh piang. Mengedik setiap masa.

      Delete
    3. Haha... cantikkkkkkk

      Delete
    4. Pemuda tak reti bahasa
      Pemudi ikut buta
      Apa nak jadi anak bangsa
      Tak berguna bila berkata


      Delete
    5. Zeti, gani, abu kasim boleh saman azwan gila ni balik...suka2 je tuduh konspirasi. Biar dia bankrap & mereka bertiga bebas bongkar apa yg mereka tahu berkenaan 1mdb di mahkamah.

      Delete
    6. Budak bangang, dgn arahan bangang, buat kerja bangang, mmg terbaik la kebanganganny.. suruh dia dgn pemudany buat program futsal je sudah, makan bihun goreng... tu je levelny...

      Delete
  2. Peluang terpampang.
    Serampang 2 mata

    ReplyDelete
  3. Untuk peringatan ini adalah tektik untuk mencari kambing hitam. Kambing hitam akan dituduh ingin menjatuhkan Perdana Menteri dengan memberikan maklumat palsu kepada FBI. Kambing hitam ini pula telah diarahkan dan mendapat kerjasama dari Tun Mahathir, Muhyiddin dan pemimpin pembangkang khususnya dari DAP dan PKR. Maka di pendekkan skrip cerita ini, Malaysia Offial No 1 telah dikhianati dengan campurtangan kuasa asing. Skrip ini akan diulang setiap hari di media perdana dan akan disokong oleh beberapa pemimpin PAS khususnya Hj Hadi. Sekianlah berakhirnya episod 1MDB.

    ReplyDelete
  4. "Pada saat kaum itu didatangi oleh para rasul dengan membawa hujjah yang jelas, mereka malah membanggakan ilmu pengetahuan dunia yang mereka mempunyai(dengan pangkat dan kuasanya), dan sebaliknya meremehkan ilmu para rasul (tentang makruf dan mungkar). Maka mereka ditimpa azab yang mereka meremehkan itu."
    (Quranil Karim, 40:83)

    ReplyDelete
  5. Hari hari akhir seorang kepala penyamun dan gerombolan penyamun di Malaysia. Jangan gantung diri dah la wahai bapak penyamun. Ruang bertaubat masih ada dan kembalikan segera semua hak rakyat yang disembunyikan sebelum malaikatul maut menjemput. Kan omak dah cakap dulu, jangan nikah betina tu, nanti betina tu akan menyusahkan ko!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri dan ketua2 bahagian umno ni ingat mereka tu siapa nak suruh rakyat bertenang.
      Siapa yg nak jadi rakyat kepada mereka lagi.Tolong cermin muka dululah. Sedar diri tu sikit.
      Hoiiiii ..siapa rakyat kamu?
      Ada kami ambil peduli kamu tu siapa?
      Pandai2 nak kata kami ni rakyat dia. Puiiiii

      Delete
    2. Rakyat Diperbodoh26 July 2016 at 22:51

      Rasanya..., Msia tak kan berubah. Sbb majoriti rakyatnya tidak rasa; atau barangkali memang selesa dianiayai dan dizalimi...

      Bukti - PRK Rompin ketika isu perlaksanaan GST masih hot from the oven. Terbaharu - PRK Sg Besar + PRK Kuala Kgsr...

      Hu hu hu

      Delete
  6. Kalau tak salah khairul azwan ini juga lah yang pernah mengesyorkan dan mendesak supaya hak keistimewaan tun ditarik balik.
    Penyamun sudah kepanasan apabila bapa segala penyamun dalam keadaan tersepit.
    Boleh jadi juga azwan ni anjing suruhan najib untuk kambinghitamkan seseoarang.
    Sedih.... dalam umno sudah hilang pejuang bangsa,agama dan negara. Hanya untuk politik perut masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam umno mana ada lagi dah pejuang bangsa.
      Pejuang untuk perut dan tembolok sendiri saja semua tu.
      Negara nak lingkup rosak binasa angkara siapa kalau bukan angkara mereka2 ni lah.
      Mereka inilah pejuang2 tamak haloba.
      Mereka inilah penipu bangsa dan pengkhianat negara.
      Mereka ni ingat kuasa di tangan mereka saja.
      Mereka rasa merekalah vvip negara.
      Sedar dirilah oiiiii..dikalanfan kamu tu setakat SRP saja. Posmen pun ada. Yg nak bercakap dalam bahasa english terketar ketar pun ada.
      Macam ni nak jadi pemimpin kpd anak bangsa,
      Pergi bunuh diri lagi baguslah.

      Delete
  7. Kalau tak salah khairul azwan ini juga lah yang pernah mengesyorkan dan mendesak supaya hak keistimewaan tun ditarik balik.
    Penyamun sudah kepanasan apabila bapa segala penyamun dalam keadaan tersepit.
    Boleh jadi juga azwan ni anjing suruhan najib untuk kambinghitamkan seseoarang.
    Sedih.... dalam umno sudah hilang pejuang bangsa,agama dan negara. Hanya untuk politik perut masing2.

    ReplyDelete
  8. Tak bermaruah mcm tu lah. Nak cuba ubah dan lari dari isu sebenar iaitu melakukan pengubahan wang haram di US. Idea gila dari pemakan rasuah,dah jadi tak keruan.

    Belum ada dlm sejarah pelaku salah di lindungi sebegini rupa,sebaliknya yg berjuang demi kebenaran di susahkan dgn pelbagai rintangan. Pemegang kuasa pulak dah buta. Agung dan raja2 dah mcm takde. Hal rakyat siapa yg perjuangkan?

    Persoalan ini berlaku kerana.....RM! Sbb RM lah negara huru hara....
    Ingat tu ,RM bukan PM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yop , RM yang mana satu ?????

      Ringgit Malaysia ? Ratu Montel ? Ratu Minang ? Kalau di Padang/Bukit Tinggi , Indonesia , RM tu Rumah Makan ...

      Mungkin juga RM adalah barang yang Najib tak bolih elakkan diri ... tido Nampak RM , berak Nampak RM , makan Nampak RM , mandi Nampak RM ...

      Delete
    2. Bilik mesyurat nampak RM .. Padang golf nampak RM ... blik rumah nampak RM yg pling power.

      Delete
  9. dari awal jadi pm pun dah dikaitkan ngan msaalah
    ditambah lagi 1mdb pulak dah
    nampaknya makin betambah susah

    ReplyDelete
  10. Mudah cerita UMNO bergolak dalam diam. Kalau dah kepala dalam tekanan kesan buruk bukan shj pada orang UMNO malah parti UMNO.....dan seluruh negara terkesan buruknya.
    Benda simple je orang tuduh kepala sakau berbiliun ringgit siap dengan bukti money trail, ahli UMNO yg rata-rata beragama Islam seperti dah tak faham agama ...mana satu yg hak mana satu yg batil.....dah tak tahu nak bezakan baik buruk atau lebih sayang kedudukan dr membela maruah bangsa dan negara.Perlembagaan UMNO tu gantung je kat dinding kalau dah tak mahu pandang turunkan shj.
    Bukan nak menyibuk tapi sedih tengok parti melayu terbesar jadi bahan cemuhan dunia.

    ReplyDelete
  11. Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun nak jadi hero macam Salleh Kerak. Asal boleh sondol aje . Ini kalau PENYAMUN BUGIS lepas dari segala tuduhan , KJ terpaksa kena tepi lah.

    DEDAK Ah Jib Gor sungguh POWER , sekali makan macam mabuk tody dan terus tari macam kuda kepang sambil berkata DEDAK DEDAK DEDAK

    ReplyDelete
  12. Tak bermaruah mcm tu lah. Nak cuba ubah dan lari dari isu sebenar iaitu melakukan pengubahan wang haram di US. Idea gila dari pemakan rasuah,dah jadi tak keruan.

    Belum ada dlm sejarah pelaku salah di lindungi sebegini rupa,sebaliknya yg berjuang demi kebenaran di susahkan dgn pelbagai rintangan. Pemegang kuasa pulak dah buta. Agung dan raja2 dah mcm takde. Hal rakyat siapa yg perjuangkan?

    Persoalan ini berlaku kerana.....RM! Sbb RM lah negara huru hara....
    Ingat tu ,RM bukan PM!

    ReplyDelete
  13. Memang sudah seharusnya di saat begini, menteri-menteri di kabinet untuk ber paling tadah dari menyokong Najib kepada menolak pucuk kepimpinan Najib..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah Kak, payah orang jenis ini mahu bertindak dengan kebenaran...sebab diri mereka sudah terbiasa berpakat dengan keingkaran dan kedustaan. Lagipun jenis ini ada lah lelaki yang kecut didepan kuasa mutlak Raja Wang itu!

      Delete
  14. ...Cik Din...ni puak plan sikit sulit ka....puak kleptocracy ka...apa ayat...tapi yg heran sikit... balai repot...mesti dang wangi...kot rajin...minta tolong pecerah sikit pasai x reti Bab ibukota ni...apa sepesel balai ni...

    ReplyDelete
  15. Yg lg pelik...parti yg bernama parti islam membackup...parti kurap yg berketuakan pemimpin korup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Para Wahhabi itu tingkah laku mereka memang "asabiyah" atau berkelompok ikut keuntungan nasib. Nah, dulu pakat2 dengan DAP PKR zionis dan liberal senang saje diorang bila nak rebut kuasa masuk ke Putrajaya ....

      Delete
  16. Kelakarlah bro, Pemuda UMNO dah cfmkan MO 1 yalah boss depa. Punya bangang dah kalut sampai pakai teknik bunoh diri ala-Oxford!

    Oh ya, kes ni straightforward bukti forensik perbankan antarabangsa tak perlu tengok surat2 Arab celupke atau stmt tersasul Menlu Arabke atau pengakuan jumpa waris donor atau donors.

    Pemuda UMNO disaran dok depa TV Astro tengok siri CSI Forensics dan beli VCD ciplak "Wolf" Kat pasar malam PJ Old Town dan tengok ulang Kali sampai boleh hafal.

    Tu dia cerita sebenar 1MDB tanpa Paris Hiltonlah.

    ReplyDelete
  17. Apa ada kpd pemuda umno skrng ni. Penagih dedak saja semua muanya.

    Harapkan cakap saja penuh semangat gegak gempita dalam dewan pwtc tu masa dalam perhimpunan umno. Habis tu habislah.

    Apa yg kita nak harapkan kepada penagih penagih dedak ni? Kesemuanya kena dihantar ke pusat permulihan baru boleh jadi manusia balik

    ReplyDelete
  18. Eloklah siasat cepat, mahkamah akan tentukan siapa yang bersalah nanti. Tiga TS tentulah gembira sebab dapat pergi mahkamah untuk jelaskan perkara sebenar.


    ReplyDelete
  19. Berhempas pulas penyamun Bugis bersilat...tepis sana tepis sini...jangan tertusuk sendiri udah.

    ReplyDelete
  20. Naib pemuda gopoh gapah
    Buat laporan siapa arah
    Lagi buat orang menyampah
    Tiga nama dia dah serah

    Buah cempedak diluar pagar
    Ambil galah tolong jolokkan
    Ini budak pencacai tegar
    Serupa si Hassan cari makan

    Nama siapa yang kau serah
    Tiga Tan Sri jasa terserlah
    Mereka bertugas kau sekolah
    Diajak bertarung kau yg lelah..

    Patut pemuda harapan bangsa
    Kau pulak pembela si naga
    Negara dan rakyat dijadikan mangsa
    Kau tak nampak buta nya mata..






    ReplyDelete
  21. Diorang risau SPRM bekerjasama dgn FBI cari jho low & ex ceo 1mdb sampai dpt...bila jumpa, dari situ pecah semua cerita sebenar. Buat report semata2 nak takutkan orang lain supaya tak bongkarkan lagi maklumat 1mdb. Jgn risau..satu hari nanti pasti najib letak jawatan & penyamun semua didakwa.

    ReplyDelete
  22. Semua rakyat dapat rm1juta seorang
    Ok boleh tutup kes najib

    Ini rakyat masih merempat dan gelandangan

    Tangkap dan dakwa najib

    ReplyDelete
  23. Rakyat kena tengok ni
    Nampak pencacai najib dah takut hilang jawatan hilang kuasa hilang duit free hilang projek 2 mega nila bn dan umno berkubur bersama orang orang nya

    Takut dah bn gelabah sana sini nodek. Kipas. Macam 2 merepek dakwa zeti dakwa gani dakwa abu kasim

    Akan tiba jua kehancuran bn dan umno dan ahli umno....hancurlah umno..hancur

    ReplyDelete
  24. Boleh bagi rm1juta seorang kepada rakyat malaysia..tutuplah kes najib. Ni kes najib makin besepah....

    Rakyat miskin. Gelandangan. Tangkap dan penjara najib

    Agung kena suap dah
    Raja raja cucuk hidung dah makan duit free

    Rakyat kebulur siang malam cari duit

    ReplyDelete
  25. Pencacai umno takut dah hilang duit. Jawatan kuasa

    Nak livat zeti gani abu kasim pulop

    Merapu dah umnno

    Hancurlah bn umno

    Dgn ahli hancur

    ReplyDelete
  26. Kepanasan umno dan bn
    Tunjuk pun muka gelabah
    Cakap dah meracau hila dah tu

    ReplyDelete
  27. Umno bn gila meracau nyayuk
    Kekubur belake

    Celaru mabuk dah ahli umnp dan bn

    Hilang kuasa. Kawan. Duit. Projek.

    ReplyDelete
  28. Kehancuran parti bn yang gemparkan sejarah dunia

    Hancur bn kerana skandal yg dibuat sendiri

    ReplyDelete
  29. Salam tuan shahbudin tuan blog sarawak report ada citer menarik berjumlah rm 60 bn projek rel pantai timur ada kena mengena ke dengan laporan polis ppum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendedahan Sarawak Report lebih mengenai 1MDB secara keseluruhan...

      Delete
  30. Ape peranan Majlis Raja2 sendiri terutamanya Yang Dipertuan Agong sbb Najib da malukan Nama Malaysia yg bernaung bawah Raja2 Melayu. Mane maruah pahlawan bugis nie???

    ReplyDelete
  31. Dia ini siapa budak berhingus nak cabar dgn bos sprm bos bank negara bekas peguam negara bos2 ni dah lama makan garam sejilas ikan diair tahu jantan betinanya cuba masa mandi tu tengok diri siapa aku beginilah sikap penyamun penyangak pencuri klu dah salah tak mengaku nak cari salah org lain pula bangang2 bodoh2 penyamun2 itulah dia orgnya

    ReplyDelete
  32. saya sebagai rakyat malaysia biasa yng bekerja sebagai penoreh ni berasa sgt hairan..kenapa ramai sgt dituduh nak menjatuhkan najib ni?tun mahathir nak jatuhkan dia,US nak jatuhkan dia, sampai org2 golongan profesional yg xde kepentingan politik pun dituduh nk jatuhkan dia..esok lusa ntah sape plak dituduhnya..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Betullah kata kau, 07.17

      Setuju sangat statement tu.

      Memang pelik betul si Bijan ni. Semua orang dikatakan berkonspirasi nak jatuhkan dia.


      Delete
  33. Dia ini siapa budak berhingus nak cabar dgn bos sprm bos bank negara bekas peguam negara bos2 ni dah lama makan garam sejilas ikan diair tahu jantan betinanya cuba masa mandi tu tengok diri siapa aku beginilah sikap penyamun penyangak pencuri klu dah salah tak mengaku nak cari salah org lain pula bangang2 bodoh2 penyamun2 itulah dia orgnya

    ReplyDelete
  34. kebal undang-undang kalau seseorang itu dari barisan pemimpin kleptokrasi.

    ReplyDelete
  35. Kita tunggu apa nashat Hj Hadi Awang. Saya percaya dia tengah cari ayat kuraan yg sesuai untuk menhalal korupsi.

    ReplyDelete
  36. Mereka buat Laporan polis untuk 'mengesan' siapa yang layak dipanggil Malaysia Office 1 dan dijadikan kambing sembelih Najib.

    ReplyDelete
  37. Maka terserlah lah kebodohan dan kejahilan yg amat sangat Di dalam barisan Pemuda Umno . Yg membuat bathil di sokong, yang Cuba mencari kebenaran dan keadilan Di sanggah ..Amat malang nasib mu Malaysia punya pemimpin Melayu Islam spt ini ��

    ReplyDelete
  38. Mari kita baca apa yang berlaku pada tahun lepas dan tafsir apa jenis yang ada dalam PU. Pandai-pandai lah cari apa itu PU sebab aku rasa jijik nak sebut.

    http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-pemuda-umno-mahu-pihak-berkuasa-polis-siasat-laporan-sarawak-report-59575

    ReplyDelete
  39. lenyapkan nama umno jahanam dari malaysia. nama parti umno sudah tidak boleh dipakai lagi. bukan pejuang agama dan bangsa lagi TETAPI umno adalah parti sekotor - kotornya dan seharam- haramnya kerana menipu, rasuah, menindas etc.
    Parti baru, wajah baru dan perjuangan baru.Inilah terbaik.! Duit malaysia jika digunakan sebaik2nya rakyat malaysia akan makmur dan sentosa. xakan ada rakyat malaysia miskin. najib dan kuncu2nya siapkan diri. jail menanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...