Wednesday, 13 July 2016

PARTI BARU MEMBUKA RUANG LEBIH LUAS UNTUK PERUBAHAN


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan dalam peringkat akhir untuk menubuhkan sebuah parti politik baru sebagai wadah pilihan bagi meneruskan usahanya untuk menjatuhkan Najib Razak yang terpalit dengan skandal kewangan terbesar serta untuk memulihkan kembali imej negara yang sudah tercalar teruk di peringkat antarabangsa.

Difahamkan bahawa beliau akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada yang tidak aktif dan kemudian akan menukar nama serta perlembagaannya mengikut kesesuaian perjuangan yang ingin dibawanya.

Parti baru ini akan memberi fokus untuk menarik ahli-ahli UMNO yang tidak setuju dan menyampah dengan Najib untuk menyertainya, selain rakyat biasa yang sealiran dengan perjuangan bekas Perdana Menteri itu.

Bersama Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang akan turut bersama parti baru itu, ia akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menentang BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Tun Mahathir bagaimanapun tidak akan bertanding dalam pilihanraya, sebaliknya hanya berperanan untuk memastikan kelancaran perjalanan parti dan  kerjasama mantap dapat dijalinkan dengan Pakatan Harapan.

Shafie Apdal diberitakan kemungkinan besar tidak bersama parti baru ini, sebaliknya akan menubuhkan sebuah parti lain yang memberi fokus untuk Sabah, tetapi tetap bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk memastikan leburnya "simpanan tetap"  BN di negeri itu .
Dengan adanya parti baru inisiatif Tun Mahathir ini, ia adalah peluang terbaik untuk rakyat dan pengundi membuat pilihan yang lebih baik bagi menyelamatkan negara dalam pilihanraya nanti. Ini kerana, walaupun UMNO dan BN ada jasa-jasanya yang tersendiri, selagi ia dipimpin oleh Najib, segala-galanya tidak bermakna lagi dan lebih memudaratkan negara.

UMNO, BN dan kerajaan di bawah Najib tidak lebih sebagai alat mengumpul kekayaan dan mencuri harta negara atas nama ketuanan Melayu yang hanya dibalas dengan "jemput-jemput manis" bernama BR1M tanpa mereka sedari ia kemudian ditarik balik  melalui GST, pembatalan beberapa subsidi serta penambahan beberapa kenaikan kos kehidupan lainnya.

Oleh kerana Najib telah menutup semua ruang untuk melawan dan menjatuhkannya secara dalaman melalui UMNO, satu-satunya jalan yang ada ialah melalui pilihanraya. Inilah tujuannya Tun Mahathir menubuhkan parti baru dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Ini bermakna dalam pilihanraya akan datang, menyokong UMNO dan mengundi BN bermakna memberi ruang untuk Najib terus berkuasa dan kita akan terus "sakit hati" atau memendam rasa dengan pelbagai karenahnya, perangai bini serta lain-lain kelakuan keluarga dan kerabatnya.

Kiranya sekarang ada Jho Low dan 1MDB, jika terus diberi kuasa, tidak mustahil akan muncul dua tiga Jho Low dan model perniagaan mirip 1MDB lagi di depan mata kita.

Memilih lawan BN yang turut dianggotai parti baru tajaan Tun Mahathir pula, secara langsung akan membawa sinar baru kepada negara, memberi harapan pelbagai masalah negara diselesaikan, kebenaran Laporan Audit 1MDB diketahui, ke mana hilangnya wang RM28,000 juta milik syarikat pelaburan dikenalpasti lorong menyelinapnya dan mungkin cukai GST juga bakal diturunkan kadarnya.

Gabungan parti baru, jika diberi kuasa, biasanya akan menawarkan lebih banyak kebaikan untuk rakyat agar terus disokong dan diberi undi dalam pilihanraya seterusnya. Gabungan lama seperti BN, untuk terus berkuasa dan jika dipilih semula, gayanya asyik-asyik mengungkit jasa dan budi lama untuk menghalalkan rompakan demi rompakan yang seterusnya.

Dalam hal ini, baik orang Melayu yang belum berparti atau ahli-ahli UMNO sedia ada, mereka harus berani membuang stigma lama seolah-olah hanya UMNO dan BN saja yang boleh memegang kuasa. 

Lihat saja di Selangor,  sudah banyak kebaikan yang ditampilkan oleh kerajaan baru untuk rakyat sejak 2008 lalu. Bayangkan keadaannya jika BN tidak kalah dan Khir Toyo atau Noh Omar menjadi Menteri Besar Selangor ketika ini.

Oleh itu, orang Melayu mesti berani berubah dan jangan takut berhijrah. Jangan lupa, disebabkan keberanian berhijrahlah yang menyebabkan Islam dapat berkembang sehingga hari ini.

Mungkin ada yang sangsi apa perlunya parti baru Tun Mahathir ini bergabung atau bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Bergabung dengan parti-parti pelbagai kaum adalah kewajaran yang tidak dapat dielakkan kerana itulah wajah sebenar negara kita. 

UMNO sendiri bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dan pelbagai parti di Sabah dan Sarawak untuk menjadikannya relevan mentadbir negara ini.

Jika UMNO bertanding sendirian dan tidak disokong oleh parti-parti lain, riwayatnya juga sudah lama berakhir. Oleh itu, keperluan parti baru inisiatif Tun Mahathir bersama Pakatan Harapan adalah juga untuk menjadikannya relevan mengambil alih kuasa daripada BN.

Dengan keyakinan dan keberanian, perubahan yang diinginkan akan sentiasa menghampiri kita. (SH 13/07/2016).

41 comments:

  1. sudah tiba masanya malaysia ditadbir bersama oleh kerajaan campuran

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dgn tuan. tun mahadhir pls help the country. we malaysian only depent on u.we will support tun mahadhir 200%
      to chinese, indian and other race. we are malaysian.
      pls remember we are brothers n sister.
      let hold hand and give a full support tu tun mahadhir.
      he is the only old man who we can trust.

      Delete


    2. AR-RAHMAN AR-RAHIM...Di Ulang Ulang
      Di Permulaan Surah...Beratus Kali
      AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pengaseh Penyayang
      Ber Kaseh Sayang...Se Tulus HATI
      AR RAHMAN AR-RAHIM...Pengaseh Penyayang
      Ber Kaseh Sayang...Yg Kaseh Mem-BERI


      AR-RAHMAN AR-RAHIM...Di Permulaan Surah
      Beratus Kali Diulang...Di Dalam Al-Quran
      Sifat-NYA ALLAH...Penyayang Pe MURAH
      Yang Kaseh Mem-BERI...Demi Sgl KEHIDUPAN
      Yg Kaseh Mem-BERI...Yg Mem-BERIkan AMANAH
      Yg Mnjd "PENAWAR" Azali...Segala Kebejatan
      "PENAWAR" Kesumat FITNAH...Rasuah & Rompakan


      AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pengaseh Penyayang
      Renong Dan Hayatilah...Dgn Mendalam
      Yg Kaseh Mem-BERI...Kan INDAH Ter Bayang
      Bak CAHAYA Menerangi...Kegelapan Malam
      Yg Kaseh Mem-BERI...Bak Semangat Men JULANG
      Terbang Men JULANG...Sbnr7CINTA-Kaseh-SAYANG
      Sbnr7CINTA-Kaseh-Sayang...Yg Merentasi Sgl Pnghalang
      Merentasi Halangan MINDA..Tahyul & Bayang2
      Merentasi Kaum Bangsa...& Sgl Penghalang


      AR-RAHMAN AR-RAHIM...Terbang Men JULANG
      Men Julang KASEH...Yg Kaseh Mem-BERI
      AR-RAHMAN AR-RAHIM...Mnjd PANTANG Terlarang
      Pantang Ter LARANG Kpd...Pem FITNAH MenCURI
      AR-RAHMAN AR-RAHIM Itu...Tak Sesekali CURANG
      Tak Sesekali SONGLAP...Khianat Yg Keji
      Krn AR-RAHMAN AR-RAHIM Itu...Setinggi7INTEGRITY Yg Hanya Kaseh Mem-BERI..


      Semoga AR-RAHMAN AR-RAHIM...Yg Bnar7 Di Hayati
      Setinggi7INTEGRITY Kaseh Mem-Beri...Akan Mnjd "PENAWAR" Abadi DiBumi ini
      Setinggi7Kaseh Mem-BERI...Bak CAHAYA Yg Bersinar Kembali







      Delete
    3. Pepatah Cina mengatakan ikan mula memburuk bermula di kepala.
      Ini lah yang sedang berlaku kpd Pas and Umno(PAU) sekarang ini.

      Kedua dua kepala PAU sedang dilanda penyakit. Ganti dgn kepala baru, In sha Allah ianya akan membantu proses penyembuhan dgn cepat.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Umno mencuri harta negara atas nama ketuanan melayu dan Pas pula menghalalkannya atas nama ketuanan islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hor lah, isle Nik Aziz dan Hadi Awang itu selama ni atas dua perkara saje...nomor satu mentakfirkan orang mukmin atas alasan hukum hudud lagunya. nomor dua memancing undi politik dengan bersekongkol dengan parti2 apa pun tak kira, ia semata-mata mahu rebut kuasa jua.......

      Delete
    2. Sila perbetulkan kenyataan anda.
      Sehingga akhir hayat beliau, TGNA tidak pernah bersetuju untuk bersekongkol dgn UMNO diatas apa jua istilah dan muslihat yg digunakan oleh puak cai/wala'un Presden PAS sekarang ini.

      Jgn fitnahkan ALMARHUM TGNA.

      Delete
    3. Maka bersekongkol dgn anwar juburi pro Zionist OK lah tu? berpakat dengan dap pencinta chin peng komunis tu OK lah itu? Kamu kelompokmu tu cukup nakal memfitnahkan masyarakat melayu hingga keluargaku saling benci membenci disebabkan fatwa Takfir kamu atas orang Muslim!... hah! ini nak khabar kepadamu saudara se-Isle! Akibatnya sekarang habis mu berpecah belah dan omong kosongmu tu dah tammati!

      Delete

    4. 16.00

      Betul tu TGNA tak bersetuju untuk bersekongkol dengan UMNO, tapi dengan DAP bukan main kamcing lagi. Siap dengan pelbagai alasan untuk menghalalkan hubungan PAS-DAP. Camno pulak tu agak eh.

      Delete
    5. Nuar di kata pro Zionist tapi Jibby yg peluk Zionist sampai berhutang pulak dgn Yahudi Goldman Sachs. AGTNA lebih baik berkawan dgn kafirin DAP dari berbaik dengan munafikin UMNO...

      Delete
    6. Skang tak mcm tu dah.. puak2 mu sama naik dgn umno.. dulu teruk skang lg teruk

      Delete
  4. Ya,setuju....tidak dinafikan selama ini BN dan umno yang banyak berjasa serta membangunkan negara sekali gus meningkatkan taraf ekonomi rakyat terutamanya ketika di bawah Tun Dr.M,bagi saya Pm paling banyak berjasa dan cemerlang....tetapi sayang rekod cemerlang BN serta Umno mula pudar sejak Pm zzzz.....serta Najib yang terburuk....maka keadaan sekarang memaksa menubuhkan parti baru,kerana masa depan genarasi hadapan adalah lebih penting daripada Najib dan suku sakatnya.

    ReplyDelete
  5. saya bersetuju 100%..go..goo lawan BN

    ReplyDelete
  6. saya secara peribadi berdoa yg ia nya akan menjadi kenyataan insya'allah.

    saya akan memohon utk emnjadi ahli n membantu menggiatkan nya d daerah Pekan/Kuantan - tempat lahir saya.

    ReplyDelete
  7. Dato Rahman I do not know you personally Dato, tapi jauh disudut hati, Saya rasakan you're very experienced politically and a good choice for Pekan.. Kami akan memberikan sokongan padu pada parti baru yg di usahakan Tun. Jika Dato diberi ruang untuk lawan parlimen Pekan, kita akan support Dato wholeheartedly!! Semoga niat baik Dato untuk bangsa dan negara dimakbulkan Allah SWT, amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pekan susah bro. Bila parti baru Tun M ini menjadi kenyataan, saya cadangkan Datuk Rahman tanding dalam area Kuantan. Indera Mahkota ke, Paya Besar ke, Beserah ke...

      Delete
    2. tk. kalu tiada calun sesuai saya rela bertanding insya'allah. kalu tidak sekurang kurang nya saya bolih bantu berkempen.

      saya harap sangat parti baru yg d pelopori tun m ini akan menjadi kenyataan.

      Delete
  8. Terbaik...ada parti baru...bekerjasama dgn PH...Parti baru Tun M boleh fokus bertanding di Kedah, Johor & Pahang...negeri Mukhriz, Najib & Muhyiddin...manakala parti baru Shafie Apdal fokus bagi negeri Sabah & Sarawak...bekerjasama dgn PH juga...sokong 200% bg menjatuhkan parti sendirian berhad pok jib...

    ReplyDelete
  9. Kesal dengan kekeliruan dan tuduh-menuduh di kalangan parti pembangkang, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyeru “gencatan serangan” supaya fokus dialihkan kepada musuh sebenar mereka, Barisan Nasional.

    “Rakyat teramai keliru dan ada yang ketawa sendirian dan ada yang menggeleng kepala melihat keadaan politik pembangkang hari ini.

    “Semua tersekat di dalam lumpur. Nak ke depan tak jelas jalan mana. Nak undur ke belakang rasa nak ke hadapan. Nak kekal tak jadi sebab dah tahu pasti tenggelam. Inilah yang sedang dirasai rakyat teramai,” kata pemimpin kanan PAS itu dalam satu kenyataan hari ini.

    Katanya sejak kebelakangan ini, parti pembangkang “masing-masing ingin menjadi hero” dalam serangan mereka terhadap parti pemerintah.
    “Maka, sesiapa yang berpotensi menjadi hero mesti dihapuskan dahulu kerana masing-masing percaya bahawa diri sendiri sahaja yang layak menumbang musuh,” katanya.

    PAS bukan sebahagian Pakatan Harapan, gabungan antara PKR, DAP dan Amanah yang menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur selepas pertelingkahan PAS-DAP mengenai hudud tahun lalu.

    Sambil memberi amaran negara menghadapi “kerosakan yang sangat menakutkan”, Tuan Ibrahim yakin pembangkang boleh mencari titik pertemuan untuk berkompromi.

    Kegagalan berbuat demikian, akan hanya menghancurkan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, tambahnya.

    “Jika titik kompromi dijumpai, percayalah yang menjadi abu hanyalah satu, iaitu Umno-BN.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ni la anon 14.22,kalau eddy ah wang dan haron din adalah duri dlm daging PAS mereka berdua ni wajib ditendang keluar dr PAS kerana mereka berdua sering memberi kenyataan memihak kpd umno najib (bukan umno asal) jadi tak salah kalau org lihat umno itu barua pas.Setelah mereka berambus Tuan ibrahim wajib insaf dan jauhi dari umno najib dan bersekutu dgn pembangkang secara jelas ,kemudian jgn jadi macam lebai lebai terdahulu yg hanya berrektorik dgn agama utk tipu melayu bagi dpt kuasa.

      Delete
    2. Kita tidak lupa pengerusi PAN Perak Asmuni Awi berkata, Pas kini betul-betul mengaplikasi slogan 'Pas Ganti Umno' (PGU) yang dilaungkan suatu ketika dahulu termasuk mengamalkan sikap buruk Umno-BN.

      Malah Khalid Samad sendiri berkata parti PAN perlu bertanding untuk memastikan PAS tidak berikan kemenangan percuma kepada UMNO. PAN katanya mewakili Pakatan Harapan manakala PAS pula adalah parti mesra UMNO.

      Bila kalah dan tidak mendapat sokongan daripada pengundi Melayu parti PAN mula mendesak agar PAS kembali kepada rundingan.

      PAN guna proxynya ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) duduk semeja untuk mengelak diri pertembungan sesama sendiri dengan membahagikan kerusi secara adil dalam menghadapi Pilihan RayaUmum ke-14 nanti.

      Ada logik nak berkongsi pengagihan kerusi dengan PEROMPAK?

      Lim Kit Siang pula buat formula extrame, kononnya PAS bertanding di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala PAN bertanding di Selangor dan lain-lain negeri yang mempunyai populasi cina.

      Ini lagi "bangang". Cadang PAS dengan PAN kongsi kerusi, kerusi DAP dia tak bagi. Kalau sayangkan anak angkat mereka tu kenapa tak beri aje kerusi DAP kepada PAN?

      Pemimpinan PAS sebulat suara bertegas dalam isu ini, tiada pembahagian kerusi dengan PAN, malah mungkin PAS akan bertanding lebih kerusi berbanding daripada PRU-13. Tiada rundingan, full stop!

      Bila dengar ketegasan kepimpinan PAS, puak PAN mula meracau.

      Khalid Samad pun tak ada kerja lain, terus serang PAS. Katanya dalam akhbar Malaysiakini, matlamat PAS pada pilihan raya umum akan datang adalah memastikan DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh membentuk kerajaan negeri Selangor.

      PAS akan dengan sengaja membantu BN untuk merampas kembali Selangor jika ia tetap berkeras untuk terus bersendirian pada pilihan raya umum akan datang dan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

      Katanya lagi berdasarkan pilihan raya kecil berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah jelas bahawa sekiranya PAS dan Pakatan Harapan bertanding dalam pertandingan tiga penjuru, ia hanya menguntungkan BN.

      Khalid ni betul atau tak betul, sebelum ini dia juga nak bertanding 3 penjuru. Katanya nak perkenalkan PAN, nak benarkan kata Lim Kit Siang PAS akan kalah teruk.

      Kenapa sekarang meroyan?
      Kenapa baru sedar orang Melayu sudah muak dengan parti PAN yang kini telah menjadi hamba abadi parti DAP sehingga sanggup agama sendiri terhina!

      Delete
    3. Assalamualaikum,,, TGHH sudah mengeluaran signal, jangan cepat jadi hakim kepada kes rasuah LGE, biarkan proses kehakiman membuat keputusan.Cuma barangkali keputusan hakim itu sudah boleh diagak, di mana LGE akan berakhir.Tetapi kita tetap menghormati signal TGHH dan akan terus menanti keputasan hakim itu nanti.Dalam pada itu, masih ada pihak yang mahu menjadi hakim dan antara yang menariknya, ada hakim yang memihak kepada LGE termasuk dirinya sendiri.Ada kenyatan yang melucukan juga keluar dari mulut LGE dalam usaha dia mempertahankan diri sebelum dia mempertahankan dirinya di Mahkamah.


      Yang agak melucukan ialah kenyataannya yang berpegang kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh TITM bahawa Presiden PAS menegaskan LGE tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah.Kenapa lucu? sebab LGE merupakan penentang tegar perundangan Islam yang nak dibawa oleh PAS ke dalam negera.LGE boleh mengesahkan ini dengan Hanipa Maidin, satu ketika dulu peguam PAS, bahawa apa yang dikatakan oleh TGHH itu adalah prinsip perundangan Islam.Jadi kenapa sekarang baru LGE mahu menerima prinsip Islam ini ketika ada kes yang dikenakan kepadanya?

      LGE seterusnya menjadi hakim kepada dirinya sendiri dengan mendakwa pertuduhan yang dikenakan kepadanya adalah penginayaan UMNO tanpa merujuk kepada transaksi yang berlaku itu adalah transaksi yang benar dan jelas.Ini bermakna kalau betul Umno yang menginaya dia, dia sendiri menyediakan medan kepada penginayaan itu.Menjadi perkara biasa dalam politik negara, Umno akan mencari loophole untuk menjatuhkan seseorang yang hendak dijatuhkan malah dalam kes DSAI Umno sanggup mencipta kes kerana tiada kes rasuah yang boleh disabitkan kepadanya.

      LGE amat arif tentang itu malah satu ketika dulu dia sendiri pernah masuk penjara di zaman Mahathir kerana sebaran risalah yang digunakan Umno sebagai bahan pertuduhan di bawah akta hasutan, jadi kenapa kali ini LGE masih lagi mahu menggunakan Umno sebagai punching begnya sedangkan dia sendiri yang meletakan dirinya di tempat yang amat mudah diperangkap.

      Sekali gus ianya menunjukkan satu perkara, PH yang diharapkan untuk menggantikan kerajaan Umno yang korup, tidak perfect, PH boleh saja korup seperti Umno dan BN.Kes LGE adalah mungkin kes overlook atau bukan disengajakan, tetapi tetap ianya menunjukkan kebarangkalian untuk berlakunya kesilapan seperti ini akan sentiasa ada seandainya nanti PH yang memerintah.

      Jadi PH tidak sepatutnya menjelajah negara sambil berjanji untuk membebaskan negara dari rasuah.Rasuah tetap masih boleh berlaku di bawah pemerintahan PH atau sekurang kurangnya isu rasuah akan sentiasa berbangkit seperti berlaku di Selangor sekarang di mana lapuran SPRM dibuat sendiri oleh orang kuat parti pemerintah.

      Hakikatnya rasuah tidak dapat dihapuskan kesemuanya kalau PH tetap menggunakan penilaian akal dalam mentabdir, hanya satu panduan yang pasti akan membawa negara bebas rasuah, ia itu mengikut panduan yang sudah tersedia dalam Islam.

      LGE boleh bersetuju dengan TGHH dalam kes rasuahnya, bermakna LGE juga boleh bersetuju dengan TGHH dalam hal hal lain ugama seperti Hudud, urus tadbir negara serta displin ahli politik yang dipertanggungjawabkan menguruskan negara.

      Delete
    4. Berdasarkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) diamalkan kerajaan DAP Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah semalam seharusnya mengambil cuti daripada pentadbiran kerajaan negeri.






      Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai walaupun mahkamah membenarkan ikat jamin.



      “Jadi sebagai seorang yang bermoral dan mempunyai sikap akauntabiliti, Lim harus melepaskan jawatannya atau bercuti sehingga namanya bersih daripada sebarang tuduhan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.




      Beliau berkata walaupun Lim bukan seorang penjawat awam yang dilantik melalui Jabatan Perkhidmatan Awam yang tertakluk kepada Perintah Am, Lim harus faham bahawa pertuduhan itu dibuat berasaskan kedudukannya sebagai seorang penjawat awam selepas siasatan dijalankan.




      Jahara, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Ayer Tawar, berkata beliau percaya Lim akan mempunyai ruang dan peluang yang sepenuhnya untuk membuat pembelaan di mahkamah.




      “Bagaimana pentadbiran kerajaan dapat berjalan lancar sekiranya ketuanya dibayangi tuduhan penyelewengan,” katanya.




      Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya Betty Chew Gek Cheng dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.




      Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

      Delete
    5. Presiden PAS Tok Guru Abdul Hadi Awang mengkhianati Pakatan Rakyat, kata pengkritik-pengkritik beliau. Itulah sebab mengapa Pakatan Rakyat telah mati dan sekarang tidak lagi wujud.


      Setiap orang adalah pakar perkara yang telah lepas. Sedangkan yang lebih penting adalah sama ada anda mempunyai pengetahuan tentang apa yang akan berlaku. Lima tahun lepas dalam 2010 saya telah bertikam lidah dengan Anwar Ibrahim berkaitan pelbagai isu yang saya sebut jika tidak diputuskan, akhirnya akan menyebabkan perpecahan Pakatan Rakyat.

      Namun, Anwar enggan mendengar. Jadi, saya putuskan untuk menubuhkan Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) dan berjaya memujuk Haris Ibrahim atau Sam yang agak berat mahu mengetuai gerakan tersebut.

      Apa kaitan MCLM dengan rungutan saya berkenaan pakatan pembangkang? Sebenarnya, gerakan ini sepatutnya mempromosi liberalisma dan kebebasan awam. (Kerana itulah saya mahu memanggilnya gerakan dan bukan persatuan – saya telah jelaskan semasa kami melancarkan MCLM). Maksudnya, MCLM akan menentang politik bangsa dan agama serta menyokong sekularisma berbanding teokrasi.

      Dan dengan menentang politik bangsa dan agama bermaksud secara automatik menentang prinsip politik kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Dan ini sekaligus meletakkan kami sebagai kuasa ketiga.

      Selepas itu, Pakatan Rakyat mula memberitahu rakyat yang MCLM mahu mencetus pertandingan tiga-penjuru dalam pilihanraya. Kuasa ketiga diterjemahkan kepada pertandingan tiga-penjuru. Jadi MCLM akan mencuri undi daripada pembangkang atau akan menyebabkan perpecahan dalam pembangkang dan itu akan membantu Barisan Nasional.

      Dengan kata lain, MCLM akan membantu Barisan Nasional dengan memastikan Pakatan Rakyat tidak memenangi pilihanraya.

      Sam kemudiannya menemui DAP dan mereka memberitahu beliau yang mereka tidak dapat berkerjasama dengan MCLM kecuali dengan persetujuan Anwar. Saya juga bercakap dengan PAS dan mereka juga memaklumkan perkara yang sama – dapatkan dahulu kebenaran Anwar, jika tidak mereka tidak dapat berkerjasama dengan kami.

      Anwar, walau bagaimanapun, mengumumkan bahawa Umno telah membeli kami dan kami sekarang adalah pengkhianat.

      Saya berang. Itu semua adalah satu pembohongan. Dan dalam 2010 saya membalas balik dan menyerang Anwar semahu-mahunya. Dan itu lebih kurang telah memutuskan hubungan saya dengan Anwar dan secara umumnya dengan Pakatan Rakyat juga.

      Apabila kami bertemu di London, saya telah mengingatkan Anwar yang Pakatan Rakyat tidak akan bertahan lama dengan asas bersetuju untuk tidak bersetuju. Akhirnya, mereka perlu kembali kepada satu persetujuan, terutamanya berkaitan dengan Hudud. Bersetuju untuk tidak bersetuju adalah sesuatu yang palsu. Ia mungkin berfungsi untuk pakatan pilihanraya tetapi tidak untuk satu kerajaan gabungan.

      Tetapi ramai beranggapan saya remeh-temeh atau nakal. Mengapa saya timbulkan sesuatu yang tidak penting? Ia mungkin bukan isu sekarang (pada 2010) tapi akhirnya ia akan menjadi satu isu. Dan lebih baik Pakatan Rakyat menyelesaikannya sebelum ia menjadi satu isu daripada ia menjadi satu masalah yang lebih buruk selepas meletup.

      Namun, apa sahaja saya katakan nampaknya tidak dihiraukan. Tiada apa yang salah dalam Pakatan Rakyat. Tiada bom jangka menunggu untuk meletup. Setiap sesuatu nampaknya lancar dan cantik. Oh, adakah begitu? Tunggu sahaja bila ia meletup, kata saya.

      Satu lagi isu adalah Selangor. Bila saya timbulkan isu Selangor, Anwar merungut tentang Menteri Besar Khalid Ibrahim. Dia degil, tidak dengar nasihat, dan mempunyai ego yang besar, kata Anwar.

      “Jadinya, mengapa tidak buang sahaja dia dan gantikan dengan Azmin Ali?” kata saya. (Saya malah menulis mengenainya dalam 2010). Anwar tidak memberi jawapan dalam 2010 bila saya tanya beliau mengenainya. Kemudian, dalam 2013, beliau melantik Khalid sebagai Menteri Besar untuk satu penggal lagi daripada menggantikannya dengan Azmin.

      Delete
    6. Eddie Ah Wang tu raja pop yeh yeh pas.

      Delete
  10. Gandingan Pakatan Harapan (PH) dan parti baharu yang dikatakan akan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi kuasa disegani, tetapi apakah ia mampu merampas Putrajaya?

    Bagi Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), usaha itu tidak akan berjaya tanpa penglibatan PAS.

    Jelasnya, jika parti Islam itu tetap mahu bersendirian, sukar untuk mengalahkan BN.

    Keadaan itu seterusnya akan membawa kepada pertandingan pelbagai penjuru yang menguntungkan Barisan Nasional (BN), tambahnya.

    Bagaimanapun, beliau berkata pengaruh parti itu tidak boleh diketepikan.

    “Umno tidak patut memandang rendah Dr Mahathir, ia (parti baharu itu) akan menjadi satu kuasa disegani, terutamanya jika mereka boleh berdepan BN dalam pertandingan satu lawan satu,” katanya.

    Menurutnya, pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan lalu bukan petunjuk terhadap kekuatan Dr Mahathir mahupun pembangkang kerana ada perbezaan PRK dan pilihan raya umum (PRU).

    Bagaimanapun, Jeniri berpendapat, lebih baik Dr Mahathir dan orang-orang di kemnya menyertai salah satu daripada tiga parti komponen PH.
    “Tidak mudah untuk sebuah parti baharu terus berkembang, lebih-lebih lagi dalam tempoh singkat sebelum PRU14.

    “Orang akan mempersoalkan motif dan kredibiliti parti. Mereka akan bertanya mengapa sekumpulan bekas pemimpin Umno tubuh parti baharu hanya selepas mereka keluar dari Umno,” katanya sambil menambah ada pihak yang akan menganggap ia agenda peribadi.

    Lewat

    Bagi Dr Wong Chin Huat pula, Dr Mahathir sepatutnya menubuhkan parti baharu sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, serta menurunkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz di Kuala Kangsar.

    Jelasnya, tidak pasti berapa banyak sokongan yang akan diperolehi parti baharu itu dari Kedah dan Johor, tempat asal bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana sentimen akar umbi mungkin kini sudah hilang.

    “Bagaimanapun, mereka tentu boleh mengharapkan sokongan dari Sabah, tempat asal bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal,” kata Wong dari Institut Pulau Pinang, badan pemikir milik kerajaan Pulau Pinang.

    “Saya rasa soalan utama ialah apakah model parti baharu itu,” katanya yang meramalkan parti baharu itu menjadi parti “serpihan Umno” kelima, selepas Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), Parti Negara, Semangat 46 dan PKR.

    IMP dan PKR adalah parti berbilang kaum, manakala Parti Negara dan Semangat 46 pula berasaskan kaum Melayu.

    “Saya rasa parti baru Dr Mahathir kemungkinan besar akan menjadi sebuah parti berbilang kaum,” katanya.

    Bagaimanapun, Wong berkata penubuhan parti baharu itu adalah langkah tepat untuk Dr Mahathir dan pemberontak Umno lain kerana asas mereka berbeza daripada parti komponen PH.

    “Amat sukar untuk mereka menyertai parti-parti Pakatan Harapan. Hanya ada sedikit sinergi, kerana DAP terlalu berbeza, Amanah masih baru, manakala PKR tidak sesuai untuk Dr Mahathir,” katanya.

    Semalam, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Dr Mahathir mungkin membentuk parti baharu yang akan bekerjasama dengan PH pada PRU akan datang untuk menjatuhkan BN.

    ReplyDelete
  11. Sebagai seorang peniaga saya sangat berharap ,sebuah parti yg polisinya menolak Dasar memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan mengambil alih negara.Dgn in i nanti,semuga mentaliti pihak yg selama ini di beri keistimewaan berubah,menjadi lebih berdikari,bertanggung jawab dan berdaya saing.Saya berharap juga kaki tangan kerajaan tidak terdiri dari hanya satu kaum,biarlah ada pesaingan,bagi menambah kecekapan berkerja.Saya percaya kalau dasar yg mirip kepada meritokrasi di laksanakan negara akan menjadi berambah maju dgn itu nanti kita juga akan dapat mengenali ,spakah 'pemakan dedak' sebenarnya,kerana mereka ini akan jauh ketinggalan di belakang.Biarlah mereka tahu langit tinggi atau rendah.

    ReplyDelete
  12. Apa party baru atau lama semuanya baik. Tujuan bukan BN terutama UMNO yg mesti di tumbang.

    ReplyDelete
  13. Melihat kepada laporan berita MalaysiaKini akhir-akhir ini sejak PAS berpisah dari DAP dan PKR adalah semakin melampau anti Islamnya.

    Ini baru disedari oleh Mufti Perlis.MAZA melalui penulisannya yang disiar oleh MKini,membidas dan mengecam sikap melampau MKini terhadap Islam.MAZA mula "mengamuk" terhadap akhbar "kesayangannya" yang selalu siar kenyataan MAZA apabila MKini menyiarkan artikel tentang "pembabitan" Dr Zakir Naik dengan pengemboman di Dhaka.

    Umum tahu betapa MAZA begitu ditantang bagai minyak penuh atau anak emas oleh MKini terutama membabitkan kenyataan MAZA tentang hudud,PAS dan Ulamak.Walaupun barangkali MAZA berniat baik dengan kenyataannya,tetapi MKini yang mempunyai agenda anti Islamnya "memusingkan dan spin" untuk lagakan antara MAZA dengan pihak yang ditegurnya.

    Anda boleh lihat betapa jahatnya MKini terhadap Islam,PAS dan Ulamak.Lihat tajuknya,:
    "Pengganas dalam serangan Dhaka ikut Zakir Naik"


    Tajuknya tentunya mempunyai niat jahat walaupun artikel di bawahnya memetik dari akhbar Bangladesh yang tentun mempunyai kefahaman yang sama dengan MKini.



    Lihat kandungannya.Nama PMNajib,TPM Zahid dan Presiden PAS TGHH dikaitkan dengan layanan dan gelaran baik untuk Dr Zakir.Sedangkan kandungan sebelum itu dikaitkan Dr Zakir dengan penggganas.




    Begitu licik MKini menanamkan kebencian terhadap Dr Zakir,pimpinan kerajaan dan TGHH.Seolah-olah Kerajaan Malaysia,Terengganu dan TGHH layan "penggganas" ke Malaysia dengan layanan permaidani merah.




    Apabila MAZA dapat menghidu kejahatan MKini,dengan pantas MKini siar kenyataan MAZA yang mengecamnya .Akan tetapi diselitkan kenyataan editornya di bawah.Kononnya tiada niat jahat,bahkan staff MKini ada orang Islam,mualaf bahkan siar cerita mualaf masuk Islam.Sempat pula mohon maaf zahir batin sempena Idul Fitri.Semuanya untuk menutup amalan jelek mereka trhadap Islam.




    Kejahatan MKini bukan setakat itu.Selang beberapa hari disiarkan kenyataan dari Timbalan Presiden PAS tentang laporan Sarawak Reports.




    Tajuknya :

    PAS: Usah biar Sarawak Report terus perdaya rakyat.




    Seolah-olah PAS menyokong PMNajib dalam isu 1MDB.Sedangkan kenyataan Tuan Ibrahim mahu kerajaan dedahkan laporan audit 1MDB kepada umum untuk rakyat bandingkan mana yang benar antara laporan Ketua Audit dengan Sarawak Reports.Biar rakyat nilai.




    Itulah kerja jahat MKini yang tetap angkuh dengan polisi jahatnya.Jika kejatuhan Kerajaan PAS di Terengganu tahun 2004 diraikan dengan penuh gembira oleh puak MKini yang terdiri dari liberal,LGBT,sekular,SIS,sosialis, adakah kejatuhan kerajaan Kelantan(mohon Tuhan jauhi) nanti bakal diraikan oleh MKini dengan pesta togok arak dan panggang babi salai?Jangan lupa ajak puak DAP dan PAN raikan sekali .Jangan lupa jemput Husam Musa! Salai kambing Jamnapari untuk Husam.


    Jika Kelantan jatuh....MKini mahu panggang apa?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, begitu . Sila hihat sama dng UTUSAN MELAYU apa
      bela? Kedua2 ini ada agenda sendiri. Ada yg baik
      benar ada yg terlampau.

      Delete
  14. Bersetuju sangat Tun M tubuhkan parti baru. Saya harap camp Tun M dapat rope in Encik Syed Saddiq, pendebat terbaik Asia sebanyak 3 kali. Mamat tu banyak pengikut dikalangan orang muda dan penuntut universiti. Tun M boleh lantik dia untuk mengetuai sayap pemuda dalam parti baru tu nanti. Undi orang muda dan golongan belia akan masyuk berkoyan-koyan datang pilihan raya nanti dengan adanya beliau dalam barisan kepimpinan parti baru tu nanti.

    ReplyDelete
  15. diharap parti ni terbuka kpd semua bangsa
    masa bertanding nanti ambik la org2 yg educated supaya bila jd AP atau adun dapat la tolong mbantu rakyat baiki sara hidup.
    kami tak harap pun br1m
    kami tak mau ikan
    kami nak kail
    supaya anak cucu kami nanti tak warisi kepayahan kami
    let them have better lives

    ReplyDelete
  16. Salam En Shahbudin..

    Nenek sekeluarga dah keluar dari parti UMNO. Kami memang mengharap Tun M tubuhkan parti baru... insyaallah kami akan join. Kebencian kami terhadap Najib dah sampai ke tahap rasa nak lumur muka dia dengan tahi....ptui!

    ReplyDelete
  17. Ada orang bertanya, adakah parti baru ini mampu menumbangkan Umno BN dan berjaya menduduki takhta di Putrajaya? Berjaya atau tidak bukan isunya. We are least concern whether it is going to be succesful or not.
    We don't really care about the end result. I mean we do care but but it is not really about winning and losing at all. It is not about the final outcome but the journey that will be created. The struggle. Let's us all make it as meaningful and as memorable one with Tun Mahathir Mohamed as the driving force!..

    ReplyDelete
  18. Hidup Tun Mahathir...!!!!
    Hidup Tun Mahathir...!!!!

    ReplyDelete
  19. Ameen saudara Shahbudin. Ini permulaan suatu perjuangan yang bakal merubah dan membebaskan negara ini daripada kukubesi kerajaan sekarang yang bertopengkan ketuanan melayu tetapi sebenarnya merobohkan kelestarian sebuah negara yang harmoni. Spt kata saudara anonymous 17:56 di atas, perjuangan ini bukan untuk menang atau kalah tetapi perjuangan ini adalah suatu perjalanan - untuk membebaskan negara ke arah kelestarian sebuah kemerdekaan demi anak cucu kita.

    ReplyDelete
  20. Salam..maaf lari tajuk sikit..mohon jasa baik rakan2 pembaca blog ini memberi sedikit maklumat jika ada sesiapa yg tahu...minta info terbaru ttg tan sri Nor mohd yackob selaku org kuat Tun satu ketika dulu..apa pendirian beliau ttg 1mdb ni..senyap je..

    ReplyDelete
  21. aku suka pd fokus parti baru ni....menarik ahli umno yg tidak setuju dgn najib

    ReplyDelete
  22. aku suka pd fokus parti baru ni....menarik ahli umno yg tidak setuju dgn najib

    ReplyDelete
  23. Tunggu je PRU akan dtg..bn memang pasti dah hilang 7 undi berharga dari keluarga kami.

    Bekas pengundi bn saluran 3 dan 4

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...