Tuesday, 26 July 2016

DUA TUGAS UTAMA YANG MENANTI NAJIB


Dalam waktu yang terdekat ini, di sebalik ada yang masih tertanya-tanya dan ada juga yang sudah membuat laporan polis, tugas utama Najib Razak ialah membuat pengesahan secara terbuka, jujur serta ikhlas mengenai siapakah Malaysian Official 1 yang sebenarnya.

Biar pun Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan sebahagian besar yang lain tanpa ragu-rayu menujukan gelaran itu kepada Najib, tetapi tidak ada sesiapa yang mengesahkannya setakat ini.

Jika Malaysian Official 1 itu adalah dirinya, Najib sebagai Pahlawan Bugis yang selalu membanggakan dirinya sebagai "gentleman", beliau haruslah berani mengakuinya secara terbuka.

Kalau bukan, berterus-teranglah juga dengan segala hujah dan silat kuntau yang ada untuk menafikan bahawa Malaysian Official 1 itu adalah dirinya.

Tetapi sehingga ini Najib masih lagi diam. Rosmah Mansor, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin  UMNO juga diam. Malah "blogger serta facebooker 900"  juga diam tidak berkata apa-apa.

Oleh itu, siapa Malaysian Official 1 itu terus dalam kekaburan minda rakyat Malaysia serta menjadikan semua orang terus berteka-teka.

Selain mengesahkan identiti Malaysian Official 1, tugas kedua Najib ialah mengesahkan sekali lagi, juga dengan secara terbuka, jujur dan ikhlas, mengenai wang berbilion-bilion ringgit yang pernah masuk ke dalam akaun bank peribadinya.

Najib sebelum ini mengatakan wang itu sebagai derma daripada Timur Tengah, manakala Peguam Negara menyebut wang tersebut diterima daripada salah seorang anak raja Arab.

Namun, dalam maklumat yang ada di tangan FBI dan Jabatan Kehakiman Kehakiman AS, mereka mengatakan wang yang secara keseluruhannya berjumlah AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi dimAmbank milik Malaysian Official 1 adalah bersumberkan daripada wang 1MDB yang dilencongkan.

Tidak ada sama sekali nama anak raja Arab atau penderma Timur Tengah disebut dalam laporan FBI dan Jabatan Kehakiman itu.

Adakah Najib dan Malaysian Official 1 orang sama atau individu yang berlainan?

Siapakah sebetulnya yang menerima wang berbilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya?

Dua persoalan ini sedang memeningkan kepala rakyat Malaysia di mana khabarnya jualan pil panadol juga mendapat permintaan tinggi dan banyak habis di pasaran.

Jika Najib mengesahkan Malaysian Official 1 itu adalah dirinya, beliau harus menjelaskan sekali lagi bagaimana wang berbilion ringgit itu diperolehinya.

Adakah ianya daripada penderma Timur Tengah atau daripada 1MDB?

Najib tidak boleh berdalih atau kelentong lagi kerana kali ini maklumat mengenai wang itu bukan lagi sekadar ada dalam pengetahuan WSJ atau Sarawak Report saja, tetapi sudah ada dalam tangan FBI dan Jabatan Kehakiman AS.

Kiranya Najib menafikan Malaysian Official 1 itu adalah dirinya, beliau juga perlu menjelaskan siapakah orang lain yang menjadi Malaysian Official 1 itu?

Rakyat tentunya berhak tahu identinya sebenar Malaysian Official 1 itu kerana ia disebut dengan jelas telah menerima berbilion-bilion ringgit wang yang dicuri daripada 1MDB. 

Rakyat juga ingin tahu bagaimana orang berkenaan membelanjakan wang sebanyak itu.

Dengan dapat menunjukkan bahawa Malaysian Official 1 itu bukan dirinya, Najib sekurang-kurangnya sudah terlepas daripada bebanan dikaitkan dengan wang 1MDB. 

Beliau boleh terus mengatakan wang yang diterimanya itu adalah daripada  penderma Timur Tengah atau anak raja Arab. Lebih menimbulkan keyakinan jika Najib juga dapat berterus-terang memperkenalkan nama penderma tersebut kepada umum.

Inilah dua tugas utama Najib dalam waktu terdekat ini, sekurang-kurangnya sebelum fasa saman sivil Jabatan Kehakiman AS bertukar menjadi saman jenayah. (SH 26/07/2016).

40 comments:

  1. Ini tidak akan berlaku,beliau akan berusaha untuk tai chi atau mencari seseorang untuk di jadikan "kambing hitam" asalkan dirinya selamat ...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Kepada pihak berkuasa tempatan, jangan dibiarkan kesilapan-kesilapan kerajaan zalim di serata dunia sehingga menyebabkan negara tergadai berulang di Malaysia. Hutang negara sudah pun mencecah RM847 bilion di 2015. Jangan biarkan keadaan ini melarat ke satu hari ini nanti, di mana Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menanti untuk menghulurkan bantuan. Ketika itu, sudah terlambat bagi negara untuk menghalang campur tangan asing.

      Kepada yang bimbang dengan campur tangan asing dalam isu 1MDB, penyelesaiannya mudah - bersatulah mendesak agar suruhanjaya diraja terhadap 1MDB dibuka dan teruskan desakan sehingga agensi-agensi berkuasa berani berdikari dan melakukan pendakwaan kepada mereka yang terlibat dalam merompak harta negara, dan berusahalah untuk membuat pengorbanan ke arah menukar kerajaan.

      DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN timbalan presiden PAS.

      Delete
    4. saya sokong...in shsa allah

      Delete
    5. Zahid pernah mengaku sudah jumpa sendiri penderma anak raja Arab itu dan Apandi pun dah confirmed. Mustahil Zahid dan Apandi ni sebenarnya telah menipu rakyat Malaysia? Zahid kan ke alim?

      Delete
  2. Assalam Bro,mudah-mudahan perkara ini akan dapat doselesaikan sebelum PRU 14 kerana aku masih sayangkan UMNO TETAPI BUKAN NAJIB.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno Pengkhianat dan masih nak perbodohkan semua manusia. Jemaah menteri 2x5 shj.

      Delete
    2. adik 14:51. saya paham maksud adk. saya pun umno tapi skrg tidak.
      org umno sendiri telah merosakan parti umno. dan kerosakan umno amat serious sekali.
      tak boleh d perbaiki lagi...
      kita tukar umno....
      melayu tak akan jadi bangsat tanpa umno.

      Delete
  3. http://ec2-54-251-147-140.ap-southeast-1.compute.amazonaws.com/2016/07/outrage-najibs-secret-deal-with-china-to-pay-off-1mdb-and-jho-lows-debts-shock-exclusive/

    BETUL KE NI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah Najih dgn kuncu2nye berdiam diri..ada deal rahsia lagi nak songlap dan tutup lubang.

      Macam ni tak boleh jadi. Najib kena bercuti panjang. Jangan sentuh apa2 lagi harta negara. Tak de apa yang dibuat Najib adalah baik. Tak guna punya PM. Kleptokrat, penyamun.

      Delete
    2. Gali lobang... tutup lobang...gali lagi...tutup lagi haha itu je lah kerja najib si pondan tua ni. Esok lusa nanti rakyat pulak gali lobang... tanam dia terus kat dalam.

      Delete
  4. Assalam Bro,mudah-mudahan perkara ini akan dapat doselesaikan sebelum PRU 14 kerana aku masih sayangkan UMNO TETAPI BUKAN NAJIB.....

    ReplyDelete
  5. Kalaulah berjaya bersilat maka benua asia tengara akan diubah nama sebagai asia kleptokrasi.Filipina + Indonesia + Malaysia= segitiga kleptokrasi @ asia kleptokrasi.

    ReplyDelete
  6. Aku rasa MO1 bkn najib tp PM haramjadah tu..

    ReplyDelete
  7. Pak arabia masih membisu buta.Masih sabar menunggu penyelesaian kes oleh negara amerika.(sekarang sudah bogel tinggal seluar dalam)Tiba masa pak arabia mungkin bangun melondeh seluar dalam MO1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja tinggal seluar dalam tapi dah nampak totot...
      Pundek punya zahid hamidi. Sanggup dia tipu kita kononnya dia dah berjumpa dgn putera arab saudi yg menderma kat najib.
      Beringatlah sikit zahid. Berasap kubur kau bila kau mati nanti bila saban hari disumpah oleh rakyat.
      Doa orang yg telah dizalimi tidak ada hijabnya dgn Allah Taala.
      Itu janji Allah.
      Apa yg kamu orang dah buat kpd Muhyiddin,Mukriz dan Shafie Apdal? Bukankah kamu telah menzalimi mereka?
      Adnan mansor. Rentung mayat kau nanti sebelum dimandi dan dikafankan orang.
      Sekarang terimalah pembalasan Allah Azza Wajalla.
      Janji Allah itu benar.Doa orang yg teraniaya tidak ada hijapnya dengan Allah Taala benar.


      Delete
    2. Menteri2 umno apa peduli..mereka punya modus operandi senang je.. setahun sekali pergi mekah cuci dosa.. pada pendapat mereka line dgn allah dah clear. Balik malaysia.. buat lagi... tahun depan cuci dosa lagi.

      Delete
  8. bukan sahaja Rosmah Mansor, Zahid Hamidi dan seangkatan dengan dia diam, saudara Budin tak notice, yang Presiden JUST< Chandra Muzaffar juga diam??

    ha ha ha...bengong pemakan dedak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chandra muzaffar ada bunyi bang...tapi mungkin tak disebar luaskan.

      Delete
  9. OUTRAGE! - Najib's Secret Deal With China To Pay Off 1MDB (And Jho Low's) Debts! - SHOCK EXCLUSIVE / Melampau! - Tawaran Rahsia Najib-China Untuk Bayar Off 1MDB (Dan Jho Low) Hutang! - EKSKLUSIF SHOCK http://www.sarawakreport.org/2016/07/outrage-najibs-secret-deal-with-china-to-pay-off-1mdb-and-jho-lows-debts-shock-exclusive/

    patutlah bile china ceroboh sempadan negare di kepulauan spratly tu kerajaan tak bantah lawan rupenya dah ade deal haram dgn chine. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  10. Orang dahulu berkata " bercakap bohong lama-lama jadi pencuri".Pada zaman ini pula berlaku sebaliknya "kerana mencuri lama-kelamaan akan jadi seorang pembohong"

    ReplyDelete
  11. Being a male is a matter of birth, being a man is a matter of age, but being a gentlemen is a matter of choice. Najib is certainly not a gentlemen, never is, never was and will never be, period.

    ReplyDelete
  12. Rakyat tak pening...hanya jibby dan 40 lanun yang pening

    ReplyDelete
  13. Najib tipu semua orang wang RM2.5billion adalah derma Arab. Fakta yg sebenar ia adalah wang yg dicuri dari 1MDB melalui transaksi penipuan.

    Kalau wang derma pun, Najib bolih dituduh dibawah sek.165 Kanun Keseksaan kerana sebagai penjawat awam menerima suapan, berbentuk derma, apatah lagi kalau wang tu wang curi dari 1MDB.

    apandi pun patut dituduh bersama Najib bersubahat dlm pencurian tu dan menutup siasatan Sprm walaupun tiada keterangan menunjukkan ia wang derma. Dia tipu satu rakyat Msia.

    Dua2 patut ditangkap segera dan dihadapkan kpd Mahkamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah.. ingat senang ke nak tangkap? Kes ini akan sejuk begitu saja.

      Sumer polis, sprm, raja2 sultan2, bank negara dan agensi2 gomen diam menikus.

      Kalo xder kuasa, jgn berangan la nak heret Najib and the gang ke muka pengadilan.

      Yg dok terjadi, si pengadu, si pelapor akan ditangkap bersama2 peguam masuk jel. Sapa berani lapor hah??

      Delete
    2. Polis, sprm, pegawai2 kerajaan aku faham kenapa mereka diam... ada takut hilang jwatan.. ada yang dapat dedak. Yang aku tak faham kenapa agong dan raja2 diam seribu bahasa? Kenapa ?? Apa guna nya royalty kalau tak boleh tolong rakyat ? Tak kan lah agong pun takut dgn najib pondan ? Heran bin ajaib betul laa !

      Delete
  14. Aku rasa le kan. Andai Najib bertanya kepada pemimpin umno siapakah sebenarnya MO1 yg dirujuk oleh DOJ itu...

    Aku rasa boleh berlaku pertumpahan darah kerana masing2 akan berebut rebut nak mengaku bahawa MO1 itu diri mereka!!

    Jika perebutan berlaku utk mengaku sebagai MO1 di kalangan pemimpin umno...aku rasa Salleh Kruak berpeluang besar utk dpt title MO1.

    Kerana beliau boleh tahan turf dpd yg lain2. Ku Nan dan Shaidan dok tepi. Memang tkde chance!

    Mat Maslan walaupun kurang dari segi fizikal tapi...agak tangkas kalau mengigit guna gigi beliau.

    Shaberi Chek boleh harap sikit jika dibanding dgn yg lain. Kuasa air liur buih beliau sesekali berkesan utk menumbangkan musuh!

    Khairy yg suka main acah2 dari tepi...memang tak boleh harap langsung!!

    Jamal Pak Tongkol walaupun nampak garang, awal2 lagi dah pitam kena semburan buih air liur Shaberi.


    Tinggal Salleh Kruak...Puad Zakasi dan Rahman Dalan yg lebih unggul dpd yg lain.

    Tapi peluang utk ditabalkan sebagai MO1 tetap kat Salleh Kruak lagi setakat ni...!!

    Sebab tu Najib masih membisu bila ditanya siapakah MO1 yg sebenarnya. Perebutan masih berlangsung mcm mana beliau nak bagi tau...!!

    Tunggu le jgn tekan sangat beliau utk umumkan siapa MO1 tersebut...!! Sabar...nanti sampai masa beliau umum le tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adnan mansor boleh membelit
      dia kan boa constrictor umno

      Delete
    2. Mansur Mat Londeh umpama ular sawa lekir pandai belit je.Beruntung mereka ni dapat kerakyatan malaysia.

      Delete
  15. Bila DOJ buat PC secara integrasi dgn FBI dan IRS betapa ironinya ia seolah hasil Kerja satu task force siasat dalam Negara yg pernah dibubarkan separoh Jalan.

    Betapa ironinya juga DOJ telah memberi Tema yg sinikal Kes ini. Apanya tidak "Wolf" sepatutnya menjadi laundry cuci duit curi rakyat tapi Allah mendahului bila Tanpa diduga Jalan cerita 1mdb mirip sebiji skrip cerita "Wolf","life imitates arts". Wow! Biasanya filem yg menadaptasi kejadian hidup, ini disebalik.

    Org America ni begitu teliti dgn grand design dan game changer, Jadi Kita boleh agaklah kesudahan para2 pelakon 1mdb down, beaten and out Sama mcm karektor DeCaprio ditewaskan kombo DOJ/FBI/IRS.

    Mgkin macai2 cinabeng gemok tak berapa dah nak nyayi Lirik "I feel the earth moves under my feet" lainlah dulu baik punya�� bila shahrol dah sound credit masyuk goodstar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Portal Mykemut dan sida-sida MO1 telah mencabar penentang Najib mengapa Najib tidak dinamakan dlm tindakan undang2 DOJ. Najib tidak dinamakan kerana dia bukan target dlm kuasa DOJ. Najib hanya dikias krn dia dikatakan menerima wang dari sistem perbankan US. Najib tidak menyimpan wang , membeli dan memiliki aset dari pengubahan wang haram di US. Sebab itu lah DOJ tidak dpt menyaman utk sita aset dan simpanan wang. Najib menyimpan wang di BVI, syurga penyamun. DOJ hanya mahu nama Najib disebut oleh defenden yg mencabar tindakan undang2 yg di ambil bagi mensabitkankan penglibatannya dlm skandal ini. DOJ tidak pandir dgn menyaman Najib semata-mata krn dia adalah penerima benefiari wang songlapan 1MDB. Kita mesti faham mengapa DOJ tidak menamakan Najib secara terus atau menyaman Najib beserta 5 lg lanun lain. Najib bijak, dia tidak membeli aset di US, jd DOJ tidak dpt mengambil tidakan saman ke atasnya. Ini bukan ehsan dr Obama sbb dia nak akhiri penggal pentadbirannya semata-mata. Bill Clinton lg kan didakwa oleh pendakwa bebas atas skandalnya Monica dahulu. Presiden Amerika tidak dpt mempengaruhi tindakan badan Kehakiman Amerika, ini terbukti dr skandal Watergate dan Irangate.

      Delete
  16. Bro 16.53 terbaek bro..kelakar. Camtu lah kabinet kayu. Ada yg berbuih2 air liur ye..ha..ha..
    Best kalau tambah lagi saingan sengit. Abg Lina tak masuk ke? Hassan budak jaga lembu hari2 mau tipu? Mafia berantai? ( towkey kilang gelas?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg lina ada blackbelt kaler biru

      Delete
    2. abg lina xblh nk praktis blue belt ni dh lama. katanya buasir dh keluar meleleh

      Delete
  17. patik pacal yg hina ingin merapat sembah kpd dymm Agong n Majlis Raja2 utk mendengar rintihan rakyat jelata. Ampun Tuanku.

    mohon berbuat sesuatu agar kemelut 1MDB yg sedang melanlada Negara sekarang dpt pencerahan yg setimpal.

    Negara luar sedang memerhati drama dgn penuh geli hati. mahu tidak mahu mutu kepimpinan Duli2 Yg Maha Mulia akan d persoalkan d belakang hari.

    bagi TPM ds zahid buat lah sesuatu sebelum ia nya terlewat n akan d tuduh selaku bersubahat dlm kegiatan yg bolih d takrif sebagai jenayah besar.

    Serawah Report n Din Turtle tlh mendedahkan strategi licik bagaimana pihak yg terdesak merancang menggunakan syarikat dari China (cccc) utk menyunglap wang rakyat secara tidak langsung utk membayar hutang2 1MDB. SEMUA HARUS BERWASPADA!!!.

    saya secara persendirian tlh memohon agar DS Zahid berwaspada tentang rancangan licik ini. terpulang lah kdp beliau utk bertindak utk menyekat. kalu dia memilah utk bersubhat maka tiada apa lagi yg sya bolih buat.

    pokok nya hanya Dymm Majlis Raja2 sahaja lah tempat kita menaruh harapan.

    sekali lagi - Ampun Tuanku , sembah patik harap d ampun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Beta dah kenyang dan mengantok. Beta nak tido.

      Delete
    2. Apa nak di harap kan pada zahid! Sebelum ni pun dia mengaku jumpa dengan penderma arab tu padahal takde pon, cuma nak melindungi najib semata2. takkan rakyat nak harap kan pada penipu mcm ni??

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Tulisan terbaru Dr mahathir memberi penjelasan atas segala keraguan... paling mudah siapa lagi yg paling rapat dengan riza kalau bukan bapa tiri dia? suami kepada emak dia?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...