Friday, 22 July 2016

DALAM KEADAAN BEGINI PUN, PEMIMPIN KITA MASIH MENGATAKAN TIADA KECURIAN WANG 1MDB


Apa yang jelas dan nyata berikutan tindakan Jabatan Kehakiman AS melakukan penyitaan hartanah dan aset terbesar dalam sejarah negara itu ialah kerana mendapati adanya penyelewengan dan kecurian wang melibatkan dana 1MDB.

Kecurian wang yang dikesan oleh Jabatan Kehakiman AS ialah sebanyak AS$3.5 bilion atau RM14,000 juta. Hartanah dan aset yang mahu dibekukan dalam saman Jabatan Kehakiman ialah sebanyak AS$1 bilion atau RM4,000 juta.

Berdasarkan Laporan Audit 1MDB yang bocor dan masih diOSAkan serta Laporan PAC yang sudah dibentangkan, wang 1MDB yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat disahkan ke mana perginya ialah sebanyak AS$7 bilion atau RM28,000 juta.

Dalam kenyataan Jabatan Kehakiman AS dab FBI, mereka juga berulangkali menyebut mengenai kecurian wang berkaitan 1MDB yang bukan saja digunakan untuk membeli hartanah dan aset, bahkan juga berhibur dan berjudi di kasino.

Sehari selepas Jabatan Kehakiman AS mengambil tindakan penyitaan itu, Singapura juga memaklumkan mereka telah membekukan aset bernilai RM710 juta berkaitan Jho Low susulan siasatan terhadap 1MDB serta aktiviti penggubahan wang haram.

Bersama penyitaan oleh Amerika dan Singapura serta jumlah keseluruhan wang 1MDB yang dipercayai hilang, bermakna banyak lagi yang masih lesap entah ke mana.

Berdasarkan tindakan kedua-dua negara itu, akal yang waras akan mengatakan wujud bukti yang sahih berkaitan kecurian, kehilangan atau penggelapan wang  melibatkan 1MDB. 

Jika tidak, bagaimana pembelian harta, bangunan, kondo, jet, lukisan mahal, berhibur, berjudi dan sebagainya boleh dilakukan dan semuanya pula ada dalam rekod FBI dan Jabatan Kehakiman AS?

Malah dalam kenyataan Jabatan Kehakiman  AS, turut juga disebut ialah mengenai wang 1MDB sebanyak AS$731 juta atau kira-kira RM3,000 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Malaysian Official 1.

Masyarakat seluruh dunia yang menonton video Jabatan Kehakiman AS pasti juga turut percaya wujud salah laku, kecurian dan penggunahan wang haram melibatkan 1MDB dalam sebuah negara bernama Malaysia kononnya dibanggakan dengan Islam sederhananya.

Tetapi, apa reaksi pemimpin, menteri dan macai-macai UMNO yang selama ini selalu terjelir tekak menjerit mengatakan mereka berjuang untuk rakyat dan negara?

Apa pula kata Peguam Negara Malaysia?

Salleh Said Keruak mengatakan, 1MDB tidak pernah mengatakan wangnya hilang atau dicuri. Sebelum itu, beliau juga menyifatkan serangan berterusan terhadap 1MDB adalah bertujuan menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.

Abdul Rahman Dahlan terus cuba mempertahankan Perdana Menteri dengan mengatakan tiada nama Najib disebut dalam kenyataan Jabatan Kehakiman AS itu.

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa disebalik mengucapkan selamat berjaya kepada pembangkang yang mengaitkan nama Najib dengan tindakan Jabatan Kehakiman itu, turut berusaha memesongkan pemikiran rakyat dengan mengatakan bahawa 1MDB tiada aset di Amerika.

Yang lain-lain pula, termasuk Pemuda UMNO mengatakan semua ini adalah percubaan mencabar kedaulatan negara, cuba menjatuhkan kerajaan serta menyamakan dengan serangan Amerika terhadap Iraq dahulu.

Peguam Negara Apandi Ali berkata, tiada bukti daripada sebarang siasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan menunjukkan terdapat wang 1MDB digelapkan.

Beliau yang berkuasa penuh menentukan pendakwaan serta pernah mengarahkan SPRM menghentikan siasatan sebelum ini menambah lagi bahawa tiada pertuduhan jenayah pernah diambil terhadap mana-mana individu atas kesalahan mencuri atau menggelapkan wang 1MDB.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar enggan mengulas dengan alasan pihaknya tidak dimaklumkan berkaitan tindakan Jabatan Kehakiman AS itu.

Apakah kita sepatutnya ketawa atau menangis dengan semua reaksi mereka itu?

Bagaimana pemimpin kita, termasuk Peguam Negara kita masih mahu mengatakan tiada kecurian atau kehilangan wang berkaitan 1MDB sedangkan Amerika dan Singapura sudah menemui bukti-buktinya, manakala lima negara lain lagi sedang melakukan siasatan yang serupa?

Apakah mereka tidak meneliti atau rabun terhadap segala apa yang dilakukan oleh Amerika dan Singapura itu?

Mengapa, jika benar berjuang untuk rakyat, negara dan kebenaran, tidak ada satu pun daripada pemimpin UMNO dan kerajaan yang mendesak agar dibuka semula siasatan, ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas atau dilepaskan daripada OSA Laporan Audit 1MDB? (SH 22/07/2016).

70 comments:

  1. Peguam negara pun setakat lulus SRP saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm. Biarlah pemimpin kita terjun dengan labu labunya. Agaknya, bila Jho Low dan Riza dan mamat Arab di panggil mengadap jabatan kehakiman Amerika, berapa cepat agaknya diorang akan menghubungkan peranan Malaysian Official no 1 (yang kelihatan seolah olah adalah Perdana Menteri Malaysia sekarang) dengan alleged salah laku diorang? Sepatutnya, emosi Malaysian Official no 1 sekarang ini, macam emosi orang yang hangat bercinta, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang....

      Mungkin Riza dan Jho Low, atas dasar patriotik rakyat Malaysia akan pertahankan Malaysian Official no 1. mamat Arab tu, nak buat benda sama ke? Tak pasal pasal dia masuk penjara atau di aibkan, dan orang yang terlibat, hidup bermewah tanpa apa apa penghukuman? Ini pastinya tidak adil dan pada masa ini, segala sifat dan naluri kemanusiaan akan timbul...he will sing loudest, louder than a yellow canary.

      Mana mahu lari lepas tu, Malaysian Official no 1?

      Delete
    2. Khairy mane??? Pemuda ulung munafik politik. Ade peluang jd PM termuda.

      Delete
  2. Inilah bahananya politik kepartian dan asobiyah. X guna cakap pasal integriti, beragama, akhlak dsbgnya.

    Betul2 membuang masa.

    Integriti hanya kita dgn Allah saja. X payah la dok kempen tunjuk integriti sesama manusia. Sumer tu nak menipu saja, nak tunjuk2 diri bersih dan tiada dosa serta jadikan rakyat mudah tertipu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Retorik PAS yang menkafirkan orang mukmin yang ambil gaji daripada kerajaan itu yang tercela sekali. Nabi Muhammad s.a.w. amat murka dengan tingkah laku begini: Kalau bukannya yang terdakwa itu kafir, maka yang mendakwakan itu betul-betul kafir. Hadi Awang baik jaga integritinya sendiri dan membersihkan partinya daripada sifat2 tercela. Allah tidal berjisim lagipun tidak bersyubahat sifat2Nya dengan makhluk kejadianNya. Sayyidina Muhammad s.a.w. bukan macam budak Mat kampung kita sebelum beliau terima wahyu di gua Hira (ajaran Nik Aziz). Kamu telah meminggirkan tok guru2 waliullah Melayu arifinbillah berpuluh tahun (dulu kaum muda wahhabi in dok membakar kitab kuning bahasa jawi kita yang dari turath ulamak). Bangkit sarjanawan Melayu daripada genggaman wahhabi-salafi Timur Tengah yang kini terbakar kejahilan dan kekejaman kaum takfiri.

      Delete
    2. Pencacai-pencacai sekular liberal diupah dedak untuk menfitnah dan memburuk-buruk parti Islam PAS yang sedang berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah kerana parti Ultra Kiasu menghina dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah.

      Maka kita tidak merasa hairan melihat pemakan dedak menfitnah PAS dengan pelbagai fitnah karut seperti kerajaan perpaduan (UG), kerjasama PAS-UMNO, mengkafirkan orang dll.

      Nampaknya pencacai sekular liberal sangat terdesak untuk menfitnah PAS kerana pencacai sekular liberal bimbang bekalan dedak babi untuk buloan Ogos dan seterusnya akan terhenti.

      Delete
    3. Pingan plastik Kole Ayan
      Rakyat akan terus berada didlm kehidupan yg tertekan dari segi kos hidup.Rakyat miskin akan bertambah yg dulu cuma di kg kini merebak ke seluruh pelusok negara.makin ramai yg masih makan di pinggan plastik dan kole ayan saperti sy

      Delete
    4. Bukan Pak Anwar Juburi digelarkan Bapak Islam Liberal di seluruh pelusuk Indonesia? Kurang ajar diorang itu sekelompok dgn Nik Aziz dan Hadi Awang berusuhan azam ke Putrajaya! Mahupun Mujahid itu bersekongkol dengan padre gereja kan? Siapa itu yang makan dedak babi?

      Delete
    5. Eh.., ape laa mangkok ayun 12.49 dok meroyan x tau hujung pangkal nie...
      hawak betoi....

      Delete
  3. Rakyat yang senang kena tipu tu....bila la korang nak jadi cerdik?

    ReplyDelete
  4. Jiran2 kita hanya ketawa melihat kita diam menikus isu kehilangan wang negara.
    Bukan 7 ringgit.Laporan PAC USD 7 billion tidak dapat di kesan. Lebih kurang 28 ribu juta!
    RM28,OOO,OOO,000.00. PULUH RIBU JUTA...sikit ke banyak?
    Desakan utk membuang jibon tak boleh lagi sekadar di blog2 atau di internet saja...zahirkan kekuatan kita. KITA ADALAH RAKYAT YG BERKUASA DLM NEGARA KITA. Ada ke lagi demokrasi kita......entah la
    Jika org yg kononnya arif perihal agama pun sanggup bersekongkol,apatah lagi taik arak,kaki betina? Maaf cakap la,tu la sebahagian dari pemimpin anda!
    Cara berlembut dah kita buat,kita di tipu2 mcm kita ni bodoh sangat. Dungu. Apa lagi cara yg ada?
    Pertahankan lah warisan utk anak cucu kita di masa depan,agar mereka boleh hidup dgn tenang tanpa memikirkan menanggung hutang org!
    Pembongkaran ini adalah satu RAHMAT buat kita sebagai rakyat.
    Tahukah kita betapa seksanya golongan susah mencari sesuap nasi,menyara keluarga? Sedangkan bagi lanun2 ni, billion tu celah gigi je?
    Marilah kita berganding bahu berpadu tenaga menentang kemungkaran ini dgn cara paling terhormat, agar nnt kita tidak tergolong dlm golongan yg bersubahat. Tak merasa tapi hukuman tetap kena! Adilkah kita kepada diri kita,keluarga dan agama?

    ReplyDelete
  5. Teringat lagu lama Aziz Satar...
    " dalam dunia ini, aku gagah berani, aku berani mati walaupun berapa kali..hei..
    Aku orang kuat, pandai tendang silat,siapa berani rapat,aku bungkus macam ketupat.."
    (Hanya orang2 yg rasa diri nya kuat & berkuasa aje akan bersifat sombong,lupa tentang kelemahan & kejatuhannya nanti)..

    ReplyDelete
  6. Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mungkin dibubarkan dalam tempoh seminggu, susulan perjumpaan Lim Guan Eng dengan pemimpin PKR dan Yang di-Pertua Negeri semalam.

    Sumber dipetik China Press percaya, tindakan ketua menteri Pulau Pinang itu menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas semalam bertujuan memaklumkan hasil perjumpaan dengan pemimpin PKR untuk mendapatkan perkenan bagi pembubaran DUN.

    Guan Eng dilihat berusaha membubarkan DUN mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut sebelum perbicaraan kes rasuahnya bermula 22 September ini.

    “Lim Guan Eng pernah menghadap Yang di-Pertua Pulau Pinang pada 3 April 2013 untuk membubarkan DUN negeri menjelang Pilihan Raya Umum pada 2013.

    “Bagaimanapun, keesokannya beliau mengumumkan pembubaran DUN. Jadi, tiada masalah untuk menghadap lebih awal. Lagipun situasi kali ini agak unik, kes Lim Guan Eng akan mula dibicarakan pada 22 September, oleh itu diharapkan PRN boleh diadakan sebelum itu,” katanya.
    Dalam pada itu, sumber DAP Pulau Pinang dipetik akhbar berbahasa Cina sama meramalkan PRN mengejut paling cepat boleh diadakan pada Oktober nanti.

    Ini kerana kata sumber itu, beberapa cuti umum jatuh pada bulan depan dan September ini, iaitu sambutan ulang tahun ke-78 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang ditunda ke Ogos, Hari Kebangsaan pada 31 Ogos serta Hari Malaysia pada 16 September dan Pulau Pinang tidak boleh berada di bawah pentadbiran kerajaan sementara ketika itu.

    Dalam pada itu, ada sumber mendakwa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali ketika berjumpa dengan Setiausaha Agung DAP itu semalam menyuarakan kebimbangan parti itu terhadap kecenderungan dan corak pengundian orang Melayu, termasuk pada PRN Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

    “DAP berpendapat, keadaan pengundi Melayu di Pulau Pinang berbeza, oleh itu parti terbabit yakin masih boleh meraih undi Melayu dan PKR ada harapan mempertahankan 10 kerusi DUN,” katanya.

    Menurut sumber, PRN mengejut itu akan memberi manfaat kepada DAP, kerana ramai yang berpendapat Guan Eng mungkin dipenjarakan sebelum pilihan raya umum ke-14, selain ia boleh dijadikan persiapan buat pembangkang menjelang PRU14 dan petunjuk jika pengundi masih mahu atau menolak kepimpinan Guan Eng.

    Semalam, Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dilihat memasuki Seri Mutiara kira-kira jam 4.40 petang, dipercayai menghadap Abdul Rahman selepas sidang media mengumumkan ketidaksepakatan Pakatan Harapan berhubung isu PRN mengejut di Pulau Pinang.

    Guan Eng berkata PRN akan diputuskan selepas mencapai kesepakatan dengan rakan komponen Pakatan Harapan.

    Desas-desus PRN mengejut mula tersebar selepas enam wakil DAP, termasuk pimpinan kanan parti itu dilaporkan menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan perkara itu yang dipercayai ada kaitan dengan pendakwaan Guan Eng di mahkamah atas tuduhan rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai saudara Budin macam ini punya entry pun adaka ,kita disini sebok lain depa pun sibok pasai perut sendiri.tiada faedah langsung untuk negara.

      Delete
    2. Anon 10.21. Apa yang kau merepek ni, setan....!!!

      Delete
    3. sdr 11.02. anon 10.21 tu tentu geng walaOnta pimpinan yaHadi, tuang punai sehat...

      Delete
    4. Posting utk dapat dedak dan pulut...kesian...mencacai utk sesuap nasi...dapat range rover di bawah harga pasaran ke?? wahai pencacai PIS Chai Walaunta...

      Delete
    5. anon 10:21..., tlng. gi jauh2 skit, hawak betoi...
      jngn.lah tukar topik...
      tunggu lah topik yg ko blh cari makan, baru laa ko masuk.., bolehhh...?????

      Delete
  7. Rancangan pilihan raya kilat menyebabkan DAP terdesak sehingga tidak menyedari kesan serius pilihan raya negeri tergempar itu, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman.

    Zainal berkata kerajaan negeri pimpinan DAP itu sewajarnya menggunakan baki dua tahun sebelum pilihan raya umum akan datang untuk menyelesaikan masalah banjir tahunan, seperti yang dijanjikan dalam PRU lalu.

    Zainal menyoal apakah Ketua Menteri Lim Guan Eng sebenarnya terdesak memanggil pilihan raya kilat kerana mahu meletakkan proksinya, sekiranya disabitkan kesalahan atas dakwaan rasuah.

    “Apakah motif sebenar Lim Guan Eng di sebalik hasrat mengadakan Pilihanraya Negeri lebih awal adalah untuk meletakkan seorang proksi atau ahli keluarga Lim bertanding di kerusi DUN Pulau Pinang bagi tujuan memastikan keluarga Lim terus menguasai Kerajaan Pulau Pinang?” soalnya dalam satu kenyataan.
    Zainal memberi amaran negeri-negeri lain akan turut mengikut jejak langkah Guan Eng mengadakan pilihan raya kilat, seraya menyebabkan kempen pilihan raya berterusan di negara ini.

    Semalam, Guan Eng berkata pilihan raya kecil dirancang untuk mengembalikan semangat demokrasi lantaran salahguna sistemik oleh kerajaan Persekutuan dan skandal wang derma.

    Sementara itu Zainal menganggap keputusan DAP menangguhkan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat sebagai langkah yang tidak betul.

    Beliau berkata ahli DAP sepatutnya diberi peluang untuk menentukan samada mereka mahu terus dipimpin oleh seorang Setiausaha Agung yang dituduh melakukan rasuah, “atau tidak”.

    “UMNO Pulau Pinang sentiasa mempertingkatkan persediaannya untuk menghadapi kemungkinan berlaku pilihanraya.

    “UMNO Pulau Pinang akan menggerakkan Bilik Gerakan di setiap kawasan DUN dan Daerah Mengundi memasuki ‘mode pilihanraya’ memandangkan Parlimen semasa akan tamat tempoh dalam masa 24 bulan saja lagi,” kata Zainal.

    ReplyDelete
  8. Zainal Abidin Osman has questioned if the DAP-led state government is hell bent on holding snap polls in order to find a proxy for its Chief Minister Lim Guan Eng in the event that the DAP leader is convicted of corruption.

    “Is the real motive for the snap polls to place a proxy or a Lim family member in power to ensure the family can carry on leading the state government?”

    Zainal also alleged DAP was clutching at straws with its plan to hold snap polls without realising its serious effects when they ought to be using the remaining two years to the next polls to resolve the issue of perennial flooding in Penang.

    He claimed the state government had promised to resolve this issue in past general elections but had so far done nothing about it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10.33,
      Hei deii enough la deii,this zainal fella is nothing in penang most people in penang know very well this fella is just another corrupt leader in making,he made a big mistake in last PRU 13 and now they made another lousy mistake where tihs time BN will gone forever ,all this bunch were same they good in looking for project in mean time try to add some more wife....deii pooorda la deii..(Iam not sure you indian or not but who care)

      Delete
    2. Anon 10.33,
      Hei deii enough la deii,this zainal fella is nothing in penang most people in penang know very well this fella is just another corrupt leader in making,he made a big mistake in last PRU 13 and now they made another lousy mistake where tihs time BN will gone forever ,all this bunch were same they good in looking for project in mean time try to add some more wife....deii pooorda la deii..(Iam not sure you indian or not but who care)

      Delete
    3. relax en roslan...geng yaHADI mmg mcm tu, bangang!

      Delete
  9. Sdr budin,
    Kita tak dapat la nak mengharapkan sesuatu yang positif daripada menteri menteri dan semua sayap dalam parti umno untuk mengeluarkan kenyataan berani menuntut agar PM wajib di siasiat dan diadili kerana mereka ini semua lebih beriman dan takut dengan ROSMAH aka Najib daripada takut kepada ALLAH swt. Sekalipun bukti Najib menyeleweng wang rakyat 1MDB dibawa turun oleh maklaikat Jibrail.

    Apa yang penting kita berharap dari masa kesemasa yang akan datang lebih banyak terbongkar penyelewengan Najib aka Rosmah didedahkan kerana isu ini melibatkan dana jaminan rakyat malaysia yang begitu besar dan dahsyat dalam sejarah kemanusian dan peradaban negara malaysia, sehingga menjelang PRU 14.

    Ia mereka kaum jahil yang beriman dengan Rosmah aka Najib akan berkata ini adalah komplot yahudi Amerika ,tapi dengan mengunakan instituisi kewangan Yahudi ini lah (goldman Sach) Najib dan kuncu kuncunya menyembah untuh dapatkan dana dengan menipu memberi jaminan rakyat malaysia untuk wang yang banyak bagi kegunaan mereka serta keluarga mereka untuk berfoya foya.Jangan pula lupa yang Najib begitu intim sekali dengan Obama dimana presiden ini melakukan hampir dua kali lawatan kenegara kita yang tak pernah dilakukan oleh presiden US keatas negara Asean lain,serta bermain Golf bersama semasa sebahagian rakyat menghadapi banjir besar.

    Apa yang kita kuatir lagi lama Najib jadi PM lagi banyak kerosakan akan berlaku kerana dalam usaha beliau melepaskan diri dari tudohan akan banyak la kerosakan yang akan dilakukan nya ,ini termasuklah bersetuju apa saja arahan dari kuasa besar walaupun mengadaikan maruah negara ,malah dari negara sekecil singapura pun akan dapat membaruakan malaysia.Jangan cakap la yang PM ini akan menumpukan usaha usaha kesejahteraan rakyat sudah tentu tiada masa bagi nya kerana hal skandal beliau lebih diutamakan

    Begini la nasib negara sekiranya diperintah oleh pemimpin yang lemah dan bermasalah,etika dan sifat begini sekarang terlalu banyak terdapat didalam barisan kepimpinan UMNO sejak TS muhyindin ,mukhriz dan Shafei Afdal keluar dari UMNO saya rasa hampir 99% pemimpin yang ada dalam UMNO terdiri dari orang yang lemah dan bermasalah kerena kebanyakan naik menapak keatas dengan jalan rasuah ,ampu mengampu dan tikam belakang.

    Pemuda UMNO yang konon nya tunjang masa depan kepimpinan UMNO boleh dikatakan 100% rosak,dimulai dengan ketua mereka yang dipilih dalam keadaan mencurigakan dan begitu juga ahli ahli yang lain sebab itu sekarang mereka terlalu menonjol menunjukkan karetor yang lemah dan "corrupt Mind"yang terserlah begini ka barisan yang nak mewarisi negara pada masa depan.

    Wahai orang melayu dan rakyat malaysia sedarla negara tercinta ini wajib dibebaskan dari belengu pemikiran korup dan kemunafikan ulama menguna agama demi dunia selagi kita dibawah belenggu ini selagi itu la kita sentiasa diperbodoh oleh segelintir manusia serigala lapar yang hanya penting diri dan keluarga.

    Saya ingin memetik kata kata punjangga perundangan ,kata kata ini terpahat dihati saya sejak lama dulu semasa saya belajar undang undang,tapi dalam bahasa inggeris berkaitan power corrupt dan corrupt mind-
    ABSOLUTE POWER CORRUPT ABSOLUTELY , CORRUPT MIND CORRUPT EVERYTHING.

    Walla hu'aklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes nayalah bani-bani melayu selama-lamanya kalu
      memilih serigala untuk menjadi pengawal kandang kambing mereka.
      kesiannya bani melayu nie.., tak habih habis diperbodohkan oleh sang penguasa amenu n sekutu-sekutunya.
      nauzubilahi minzalik..

      Delete
  10. PAS plans to contest more state seats in Penang if snap polls are held, its Penang Commissioner Muhammad Fauzi Yusof said today.

    He said he was getting feedback from members on the seats where it had a good chance of winning, according to a report in The Star.

    “We contested six state seats in the last general election including one on the island. This time, we are eyeing more seats. We are identifying the constituencies. It’s premature to name the seats now,” he was quoted as saying.

    However, Muhammad Fauzi said there was no compelling reason for the DAP-led State Government to call for a snap election.
    “It’s a waste of money. The party wants to call snap polls because its leader is facing corruption charges,” he claimed.

    In the last general election, PAS only won in Permatang Pasir on the mainland.

    The party lost in Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua and Sungai Acheh on the mainland and the Bayan Lepas seat on the island.

    It also lost both the parliamentary seats it contested – Kepala Batas and Tasek Gelugor, said the report.

    He said the party no longer had any ties with DAP while its relationship with PKR was lukewarm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS survive ini penang because they were in pakatan harapan before...and now they seem to be very close to Najib but still spinnig around telling people that they are chosen by god to be malay savers...in penang they dream that they can wallop all the malay seat in the mainland...well unless all the people in penang are idiot if not they can go on dreamming.

      Delete
  11. Pemimpin2 kita???????

    Mereka bukan pemimpin tetapi makhlok hina & adalah baruah dan anjing2 belaan Najib. Bila masa pulak rakyat melantik Salleh, Azalina, Pandi Dobi, Rahman, Annuar, Nazri, nan Mansor dll sebagai pemimpin??????

    ReplyDelete
  12. " aku penyamun di dalam ini negeri, kerja merompak menipu dan mencuri, semua ku kebas,ku curi bawak lari, aku peee..yamun, penyamun!"
    Filem: Nujum Pak Belalang
    Dinyanyikan oleh S.Samsudin & Aziz Satar sebagai Penyamun2 bernama Nyawa dan Badan ( NDB)..

    "Lampong ingsenggg..semarr tii..lem!" Pintu gua pun di buka oleh Kasim Baba (uncle Sem).
    Rupa2 nya di dalam gua banyak nya harta disorokkan..
    Chief penyamun pun datang dengan penyamun2nya. Pelbagai pakaian. Ada yg pakai baju Hakim, ada askar Jepun,ada doktor.
    Semua jenis penyamun ada.Akhir cerita penyamun2 terperangkap dalam tong dram yg dicipta sendiri. Mati dijirus air panas..Chief Penyamun pulak dalam seronok2 menyanyi dirinya tewas. Nak tiup wisel panggil orang2 dia pun tak guna lagi..TAMAT.
    Filem : Ali Baba Bujang Lapok.

    ReplyDelete
  13. Sdr budin,
    Kita tak dapat la nak mengharapkan sesuatu yang positif daripada menteri menteri dan semua sayap dalam parti umno untuk mengeluarkan kenyataan berani menuntut agar PM wajib di siasiat dan diadili kerana mereka ini semua lebih beriman dan takut dengan ROSMAH aka Najib daripada takut kepada ALLAH swt. Sekalipun bukti Najib menyeleweng wang rakyat 1MDB dibawa turun oleh maklaikat Jibrail.

    Apa yang penting kita berharap dari masa kesemasa yang akan datang lebih banyak terbongkar penyelewengan Najib aka Rosmah didedahkan kerana isu ini melibatkan dana jaminan rakyat malaysia yang begitu besar dan dahsyat dalam sejarah kemanusian dan peradaban negara malaysia, sehingga menjelang PRU 14.

    Ia mereka kaum jahil yang beriman dengan Rosmah aka Najib akan berkata ini adalah komplot yahudi Amerika ,tapi dengan mengunakan instituisi kewangan Yahudi ini lah (goldman Sach) Najib dan kuncu kuncunya menyembah untuh dapatkan dana dengan menipu memberi jaminan rakyat malaysia untuk wang yang banyak bagi kegunaan mereka serta keluarga mereka untuk berfoya foya.Jangan pula lupa yang Najib begitu intim sekali dengan Obama dimana presiden ini melakukan hampir dua kali lawatan kenegara kita yang tak pernah dilakukan oleh presiden US keatas negara Asean lain,serta bermain Golf bersama semasa sebahagian rakyat menghadapi banjir besar.

    Apa yang kita kuatir lagi lama Najib jadi PM lagi banyak kerosakan akan berlaku kerana dalam usaha beliau melepaskan diri dari tudohan akan banyak la kerosakan yang akan dilakukan nya ,ini termasuklah bersetuju apa saja arahan dari kuasa besar walaupun mengadaikan maruah negara ,malah dari negara sekecil singapura pun akan dapat membaruakan malaysia.Jangan cakap la yang PM ini akan menumpukan usaha usaha kesejahteraan rakyat sudah tentu tiada masa bagi nya kerana hal skandal beliau lebih diutamakan

    Begini la nasib negara sekiranya diperintah oleh pemimpin yang lemah dan bermasalah,etika dan sifat begini sekarang terlalu banyak terdapat didalam barisan kepimpinan UMNO sejak TS muhyindin ,mukhriz dan Shafei Afdal keluar dari UMNO saya rasa hampir 99% pemimpin yang ada dalam UMNO terdiri dari orang yang lemah dan bermasalah kerena kebanyakan naik menapak keatas dengan jalan rasuah ,ampu mengampu dan tikam belakang.

    Pemuda UMNO yang konon nya tunjang masa depan kepimpinan UMNO boleh dikatakan 100% rosak,dimulai dengan ketua mereka yang dipilih dalam keadaan mencurigakan dan begitu juga ahli ahli yang lain sebab itu sekarang mereka terlalu menonjol menunjukkan karetor yang lemah dan "corrupt Mind"yang terserlah begini ka barisan yang nak mewarisi negara pada masa depan.

    Wahai orang melayu dan rakyat malaysia sedarla negara tercinta ini wajib dibebaskan dari belengu pemikiran korup dan kemunafikan ulama menguna agama demi dunia selagi kita dibawah belenggu ini selagi itu la kita sentiasa diperbodoh oleh segelintir manusia serigala lapar yang hanya penting diri dan keluarga.

    Saya ingin memetik kata kata punjangga perundangan ,kata kata ini terpahat dihati saya sejak lama dulu semasa saya belajar undang undang,tapi dalam bahasa inggeris berkaitan power corrupt dan corrupt mind-
    ABSOLUTE POWER CORRUPT ABSOLUTELY , CORRUPT MIND CORRUPT EVERYTHING.

    Walla hu'aklam.

    ReplyDelete
  14. Anak cakap gift, bapak cakap donation. Rosmah pulak menabung dari kecik. Keluarga hantu puaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. All certified clean and suci by mr advisor.

      Delete
  15. Bila ahli² politik di Malaysia ni baik kerajaan atau pembangkang tiada kewarasan dan integriti, yg menjadi mangsa ada rakyat yg diekspotasi oleh mereka yg munafiq poitik. Bersama lah kita menolak dan menyingkirkan malaun² ini atau kita menanti musibah yg akan diturunkan oleh Allah al A'ziem. Harap Malaysia masih berada dibawah rahmat NYA.

    ReplyDelete
  16. Hairan dan ajaib sungguh, dah banyak bukti dan sah pm kita penyamun masih ada nak sokong lagi dia. Dunia dah nak hampir2 keakhir ni, yang salah dikatakan betul dan yang betul dipersalahkan. Bangun lah, bukakan mata dan minda orang2 ni ,jadikan mereka orang2 yang berfikiran waras, yang baik kita sanjung dan yang jahat tu kita tentang. Kalau pm tidak mahu berundur memang lah dia tidak guna kerana terlalu mementingkan diri,langsung tidak kasihan sama rakyat .apa jenis manusia begini sungguh tak layak diangkat sebagai pemimpin nombor 1 negara.turun la najib, takkan takde langsung perasaan!

    ReplyDelete
  17. Sudah dijangka pemakan dedak terutama Yg dilantik olih Najib akan mempertahankan Najib walaupun hujah hujah hanya dibakul simpahje...mereka tau kalau Najib tumbang mereka turut sekali tumbang... Sebenarnya mereka dalam ketakutan... Benar sebagai dikata umno (untuk mohd Najib only)


    ReplyDelete
  18. DOJ telah mendapatkan perintah mahkamah untuk merampas/membekukan asset-asset yang dibeli dari wang yang dicuri dari 1MDB.

    Untuk membuktikan tindakan DOJ itu benar, DOJ mesti membuktikan wang tersebut sememangnya telah dicuri dari 1MDB atau lain-lain pihak.

    Setelah ini semua terbukti benar, asset-asset tersebut akan dirampas dan diserahkan pada tuanpunya asal. Dalam kes ini semua pihak menyatakan sumber kewangan itu dari 1MDB. Jika itu hakikatnya, maka asset-asset tersebut akan dipulangkan kepada 1MDB.
    Tindakan seterusnya adalah untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam kes mencuri duit dari mangsa iaitu 1MDB.
    Bagi membolehkan asset-asset tersebut tidak dipulangkan kepada 1MDB, kena ada pihak ke 3 (kerajan malaysia ?) mengemukan bukti dsbnya bahawa wang tersebut telah dicuri darinya dan asset-asset yang dirampas itu dipulangkan semula tetapi bukan kepada 1MDB.

    ReplyDelete
  19. Salam Bro

    Bongok, Bahalol, Goblok, Paloi, Tuyuk!...dah ditelanjangkan dan ditonton masyarakat dunia...masih tersengih sengih...Kenapa?...sebab mereka semua memang tak ada KEMALUAN lagi.

    UMNO, dan Kerajaan Najib memang Bongok, Bahalol, Goblok, Paloi, Tuyuk!

    We know what you did last year and the last years ago...

    ReplyDelete
  20. Senang ditipu, hidup sukar.
    Sukar ditipu, hidup senang.
    ... yang mana satu pilihan anda?

    ReplyDelete
  21. Siapa pencuri 1 Malaysia???? dan Siapa Penyamun 1 Malaysia????..soalan PMR tahun 2016.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau student jawab Naj** pasti dpt markah kosong atau fail terus

      Delete
  22. Rakyat bangkit 30 julai

    ReplyDelete
  23. Respons ini akan menjelaskan kepada kita kategori pemimpin itu sendiri. Rahman Dahlan dan Anuar Musa, jika betul respons mereka seperti yang dilapor oleh Shahbudin, SAHLAH mereka (Rahman Dhlan dan Anuar Musa) adalah TAHI BUSUK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Respons macai2 'pemimpin' ini buat aku ketawa dan menangis serentak, akhir sekali nak muntah.

      Delete
  24. Langau-langau yang takut hilang jawatan sekiranya berlaku peralihan kuasa mula berbunyi.
    Salleh, musa, rahman adalah langau yang biasa dan kini pemuda kedah pula tumpang jadi langau.
    Bagi rakyat yang peka pada setiap isu mereka akan mengikuti perkembangan idu itu dari masa ke semasa.
    Dalam kes 1mdb, bermula dengan laporan polis oleh kamarudin yang disosmakan, pemecatan a.g, gangguan terhadap sprm dan pdrm, menggunakan duit tabunghaji, jual tanah negara, tuntutan hutang dimahkamah antarabangsa, pemilikan harta mewah oleh anak tiri, isteri belanja diluar kemampuan gaji suami, ada kemasukan wang berbilion dalam akaun peribadi suami, jutaan keakaun anak tiri dan isteri, kenduri yang diluar batasan, OSAkan audit 1mdb, ......dan banyak lagi.
    Sudah tentu rakyat malaysia yang waras boleh fikir samada tindakan us itu berunsur konspirasi atau tidak.
    Sekarang ini, kita kita dipimpin oleh pemimpin yang bijak memperbodohkan rakyat dan bukan nya pemimpin yang bijak membangunkan rakyat.
    Bermula dengan pemilihan ketua pemuda yang korup, kemudian dilantik pula pm yang korup, maka elok sangat lah. Masing-masing sapu, masing-masing tolong perbetul. Tidak ada seorang menteri pun dari umno yang boleh dibanggakan tugasan dan pencapaiannya. Yang ada hanya kaki sapu, atau sekadar cukupkan kerusi serta makan gaji buta.

    ReplyDelete
  25. Dah tak mahu turun,tak mahu berhenti dan tak mahu bersara? Apa yg paling baik?
    HUMBAN KAN SAJA. DAH TAMAT TEMPOH.
    Semua tu HUMBANKAN,abih cerita buka buku baru. Apa nak sentimental sangat. Penyamun mcm tu lah layaknya.

    ReplyDelete
  26. Najib memang terdesak sekarang....risau pemimpin lemah korup dan terdesak seperti najib akan terdedah kepada peras ugut daripada kuasa kuasa besar....minta dijauhi daripada pekara ini...najib wajib diundurkan,jika tidak kemungkinan kedaulatan negara akan tergadai,masa depan generasi akan datang akan tidak menentu.

    ReplyDelete
  27. Sedih ada sian ada dgn thp knowledge kowag sume mmg thap zero lh wa cite lu ke laut bai..ni bkn kes jenayah yg dcarakan ni kes svil je pn,pong pang tak tau mende ape yg dbncgkn?nm pm pn takde kuar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau memang bangang. Itu je komen aku.

      Delete
    2. bila pemakan dedak dacing berbicara...nampak kejahilan dan kebodohannya....kesiannn....

      Delete
    3. Anon 13.20
      Memanglah ini kes sivil iaitu permohonan untuk menyita harta yang tersenarai. Bukan kes jenayah iaitu mwnghukum pesalah dalam penjara. Apa yabg rakyat nak lihat sekarang ialah pembuktian dimahkamah amerika dari sumber mana dana untuk membeli harta-harta ini diperolehi. Adakah benar duit itu dicuri dari 1mdb. Sebab transaksi kewangan berlaku di amerika. Tapi najib kata derma tok arab.
      Jika benar itu duit yang dicuri dari 1mdb, maka rakyat malaysia berhak untuk mendesak najib dihadapkan kemahkamah di negara ini atas tuduhan jenayah pula.

      Delete
  28. Mungkinkah...semua mereka itu dah dapat dedak. 1juta? 2juta? Cash is king maaaaa...

    ReplyDelete
  29. Tuan Budin, ini luahan hati anak perempuan Rosmah, iaitu adik Rizal, diambil dari Facebuknya. Saya cilok di forum CI CARI:

    "One day a boy slept, someone came knocking at his door
    He opened it a tad bit and a voice called out from the great outdoors.
    It asked him what he wanted in exchange for some shelter and succour
    His mind warned him as did his body- do not take what is offered
    But his traitorous heart heard what was laid out by the door and it rocked him to the core.
    It was all he had ever wanted and so much more.
    His hand reached out and he let it in and that was the end of his solace
    Because he took the offering laid at his door.

    One day a little girl slept and a knock pounded on the door
    A voice asked if there was anything in the world she wanted more
    She answered peace, justice and all things right
    For her children to sleep safe at night
    She reached out and let it in, widening the door but never shutting it tight.

    Both got what they wanted, but paid so much more.
    Because God has determined
    You reap what you sow-
    You get what is yours and not a penny more.

    ReplyDelete
  30. Rahman dahlah, Saleh karabau balik Sabahlah.Sabah memerlukan anda berdua untuk pertahankan Umno. Umno Sabah hebat? Not anymore. DS Shafie Afdal sedang tersenyum..

    ReplyDelete
  31. sambunggggg.........diambil dari facebuk anak perempuan Rosmah, adik Rizal Aziz:


    So... Thank you to all my friends and family for your concern this morning. For those who have been asking how i feel about all that is going on at the moment, here is my official statement:

    Riza was and still is someone we all love very much. Unfortunately, our love was not enough for him and those he chose to surround himself with. He chose, like many others before him, to have fame, wealth and adulation. He is now paying the price for it. If Malaysia is not willing to give the justice that the Malaysian people have prayed for and the justice my family have each night prayed for then the US has- in its own way that only they can justify.

    Those who know me know that i am the black sheep of the family- but that does not mean i do not love my family. People can call me heartless for what i write today but i have always stood for and done what is right, for truth and for justice even if there is a high price to pay and if it means doing the unpopular thing. I have always maintained that if Riza did indeed use and profit from stolen funds he needs to pay for what he has done. If he stood as proxy or as a trustee for what does not belong to him or any individual who asked him to be the "dutiful son", he needs to pay for it. Nevermind the reasons justified for doing it, if it hurts the country and the people then it is wrong. A wrong must be righted.

    I am not a politician and i hope never to have anything to do with politics. If the USAG and the US have decided to cop out by leaving the term "corrupt government officials and 1MDB officials" as an open ended thing, i hope and pray for the sake of this country and what is right that the right individuals be brought to justice.

    To his mother, you have forsaken one child at great cost and detriment. You have utilised and mobilised government resources to wreak terror to harass us over the last ten years for standing up for what we believe to be right. Please do not forsake another just so that you and your husband can get off scott-free. It is time for YOU to step to the plate and do what is right. Be. A. Mother.

    To the different "officials" who have had a hand in harassing my family to this day because you were ordered to do so at the threat of job safety and the safety of your family members, one day a knock will come at your doorstep asking to collect your soul and debts. Make sure you are prepared to pay them.

    To everyone who thinks me heartless on this day, please remember this. My prayers for truth and justice- just like any other Malaysian, has been answered this day and will continue to be answered. If Riza signed his soul to the devil to own what does not rightly belong to him, consider his debt with the devil collected and more due for collection. Similarly, all family members who have signed their soul to the devil... Your time will come. My price to pay to watch the house of cards come tumbling down and to be the voice of encouragement to everyone to never be afraid to stand up for what is right so that my husband, in laws and children can sleep soundly at night in peace and safety is to painfully watch my other family members that i left behind 10 years ago pay the price for their wrongdoings.

    Consider their debt as continuing to be paid. Ask yourselves: What about your debts? Have you ALL done the necessary debt payments due to yourselves, your country and its people? I will continue to pay mine so that we can all sleep soundly from tonight.

    Much respect, love and encouragement- Azrene
    https://www.facebook.com/azrene.ahmad?fref=nf&pnref=story

    ReplyDelete
    Replies
    1. if this post is truthfully from this person i send my love to her
      all malaysian pray for the truth and justice
      we deserve to be happy and to rebuild our future and our country on clean slate

      Delete
  32. BEGINIlah...

    Rakyat protun kata Malaysian Official 1 itu ialah najib.
    Betul?

    Rakyat projib pulak cakap tiada nama najib disebut...jadi najib tidak terlibat...Betul?

    So..saya mahu tanya rakyat yang projib, jika kamu mengaku kamu cintakan agama bangsa negara, pencinta keadilan, muslim sejati dan pembenci fitnah,...boleh bagitau tak SIAPA MALAYSIAN OFFICIAL 1 itu ikut teori kamu?

    Ayuh..sama2 kita humban Malaysian Official 1 ke penjara dan hukum dia seberat2nya...

    Sila jawab dengan kadar segera! Ingat, ini demi kebaikan dan kepentingan rakyat negara ini. Tunjukkan kejujuran kamu dan jangan cuba alih isu. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohd najib bin tun abdul razak dah dapat nama lain dah selain ah jib gor dan mappadulung iaitu malaysian official 1

      Delete
  33. DOJ dan FBI USA, Swiss AG dan Sipore AG dan MAS bukan bodoh dan Bukan first time. Tengok je kombo tindakan US dan Swiss boleh rebahkan Blatter FIFA, rakyat Swiss.

    Depa dok perhati reaksi pelawak2 Ni lagi kuat mengawan, tidak mengaku sindrom denial, mencabar, perlekeh dsb lagi keras dan ganas tindakan susulan mereka.

    Bodohlah merendahkan tindakan mereka sebagai hanya civil bukan criminal sedangkan mereka begitu Beria berjuang dan tunjuk kes rakyat Malaysia ditipu besar-besar dan billion duit rakyat dicuri utk keuntungan mereka ini guna sistem kewangan Dunia libat negara2 ini. Asas undang2 same ada salahlaku prima facie dan bukti kukuh alien suit USD melalui sistem mereka dan siapa punya. Dari Kes civil boleh susul Jadi criminal umpamanya bukti jelas percubaan terancang tutup Kes, coverup, buang bukti, pendamkan bantahan dan intimidasi saksi.

    Biarkan reaksi orang2 bersalah ini akanmenmbawa lebih padah padah mereka spt Kes Blatter FIFA.

    Sekarang Baru Ramai rakyat Malaysia faham kronologi Kes 1mdb ini dan menjawab Banyak benda berlaku diluar Kotak fikir biasa.. contohnya mengapa OSAkan Laporan Odit Negara yg dijanjikan kpd rakyat lebihh 2 tahun, mengapa 1mdb dan MOF tipu siapa punya Goodstar dan mengapa Pengerusi PAC beauty byk berhelah.

    ReplyDelete
  34. tiada siapa yg berani mengutuk tindakan DOJ/FBI. reaksi mereka (termasuk menteri2) banyak yg berlapis. ds najib sendiri hanya mampu mengeluarkan kenyataan agar semua harus menunggu apa kesudahan tindakan DOJ/FBI tersebut.

    barang d ingat badan2 penguat kuasa tersebut tlh mengambil masa lebih drpd 1 tahun sebelum membuat keputusan yg umum sudah sedia maklum. saya percaya mereka tlh membelanjakan wang n tenaga yg banyak utk mengendali/menyiasat kes ini.

    dlm keadaan yg makin jelas saya yakin ds najib ; ds rosmah ;jho lo n reza Aziz tidak akan berani berada d USA sekarang.

    kakak kpd riza ada mengeluarkan kenyataan yg amat jelas. ia scara tidak langsung mengaitkan 'ibu' nya sendiri. (sudah menjadi pengetahuan umum bahawa hubungan anak perempuan rosmah ini tlh terputus sejak beliau berkahwin tanpa restu ibu nya)
    dia secara tidak langsung menuduh adik nya selaku 'proxi' kpd ibu nya yg mempunyai selera besar utk hidup mewah.

    dlm keadaan apa sekali pun hubungan anak perempuan dgn ibu tidak seharus nya terputus sama sekali. adalah d harapkan mereka akan rujuk kembali dlm apa keadaan sekali pun. ini termasuk lah menziarahi ibu nya d penjara jika d sabitkan kesalahan.

    ReplyDelete
  35. Ya maaah. Depa beli entah apa apa properties suka ati mak pak dengan duit rakyat, re value them pun suka ati mak pak, kendian claim asset lebih dari liabiliti. Tu jer la kita dok dengar kan and they are standing by that. Kononnya rakyat patut berterima kasih pada lanun2 tersebut.

    ReplyDelete
  36. DOJ telah huraikan brp fakta utk rakyat Malaysia secara terbuka :
    1. Siapa pemain Dan APA pertalian mereka
    2. Bagaimana kecurian dibuat, Kaedah tutup salahlaku, siapa yg mendapat keuntungan Dari aliran Wang USD Antara bank2 dinegara2 mereka
    3.Siapa punya goodstarr sebenar jho lo
    4. Siapa yang kredit Masuk duit tunai USD keakaun AMBANK mencerahkan keliru mengenai derma Arab misteri, pulang balik derma Dan stmt berbelit Menlu Arab Saudi.
    5. 1mdb bayar kepada sykt2 bogus guna nama seakan sama sykt benar taktik diversi
    6. adakah duit sumber1 mdb yg bankroll sebahagian filem Hollywood wolf red granite?

    Reaksi awal Kes FIFA sama juga penafian, perlekeh Dan underestimate. Tapi DOJ Dan Swiss AG letupkan Kes Dengan pengakuan saksi2 operative mendapat perlindungan pendakwaan sehingga menyempitkan Blatter, exco2 tinggi lain termasuk Platini.

    Dlm Kes 1mdb ni scenario sama boleh berlaku kalu 2 Arab bogus yg ditahan Di Abu Dhabi atau org2 Kanan jho lo atau jho lo sendiri pilih Jadi saksi Dan buat pengakuan cerita scam inii A ke Z sbg balasan tiada caj kriminal.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wait and see...makin menarik cerita ini...apa kesudahannya...kita tunggu...

      Delete
  37. usa,singapura dan negara2 lain semuanya setuju pulangkan balik semua aset yg dirampas di sita tu nanti kepada rakyat malaysia.jike pengundi2 tak nak bn umno dapat kembali semua hak rakyat maka anda wajib mesti menukar kerajaan bn umno yg sedia ada dengan pakatan harapan pru14 nanti.undi anda penentu mase depan diri,keturunan,agama,bangsa dan negara anda.orang luar dah bantu sita rampas aset2 yg dicuri dari anda oleh bn umno.pru14 giliran anda pula untuk membuktikan bantuan mereka itu tidak sia2 buang mase sahaja.cume anda mampu mengubah nasib buruk yg ade sekarang.kau undi bn umno pas lagi pru14 nanti gst naik lagi dari 6 ke 8/10 peratus.undi lagi puak2 perkauman tu najib kekal lagi sebagai perdana menteri.bagilah peluang #PakatanHarapan perintah #Malaysia pula tgk mcm mane.Lihat #Selangor,#Penang,#KualaLumpur elok ja sejak 2008 hingga kini.Hutang pun dulu byk tertunggak kini dah tinggal sedikit je pun.Jike itu boleh terjadi di bawah pakatan diperingkat negeri mengape tidak di peringkat negara?bn umno telah gagal sebagai pemerintah jadi rakyat wajib tukar kerajaan yg telah gagal dalam semua aspek.setiap undi anda penentu nasib kite semua 5 tahun berikutnya lepas pru14.bagi pakatan harapan perintah gst akan dihapuskan,minyak di turunkan serta merta.semua penyamun hak rakyat akan di tangkap dibicara dan di sumbat ke penjara insya allah. #TangkapNajibRazak #TumbangkanBNUMNO #SelamatkanMalaysia #LawanTetapLawan #ALLAHHUAKHBAR

    ReplyDelete
  38. PAN yang merupakan sebahagian Pakatan Harapan dianggotai DAP dan PKR berkata pihaknya tidak dipelawa dalam perbincangan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng mengenai cadangan pilihan raya awal di Pulau Pinang.


    Pengerusi PAN negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya hanya mengetahui rundingan itu diadakan melalui media, lapor China Press.

    “Setahu saya, di peringkat pusat, rakan komponen pun belum berbincang perkara ini dengan pemimpin PAN,” katanya.

    Bukan itu sahaja jelasnya, PAN juga tidak tahu bila Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat membincangkan cadangan berkenaan.




    Mengenai pembahagian kerusi, Mujahid berkata, ia hanya boleh dibincang selepas tarikh pilihan raya awal, selepas membuat ketetapan mengenai perkara itu barulah perbincangan mengenai peruntukan kerusi boleh diadakan.

    Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim memberi jaminan kerajaan negeri pimpinan DAP tidak akan membuat keputusan secara bersendirian.

    Enam pemimpin DAP dikatakan membentangkan keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada Isnin malam lalu untuk mengadakan pilihan raya awal di Pulau Pinang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mendapatkan persetujuannya.

    Selepas gagal mencapai kata sepakat, Guan Eng bertindak mengadakan perbincangan dengan tiga pemimpin PKR, iaitu Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya Saifuddin Nasution di Pulau Pinang, kelmarin.

    ReplyDelete
  39. Mudah betul orang-orang Melayu di kampung-kampung dan di felda-felda ditipu dan diputarbelitkan oleh para pemimpin Melayu sendiri. Malang sungguh bangsaku....!

    "Sabariah, Sabariah...mengapalah engkau sayang benar kepada Kassim Selamat si penipu, penyamun dan penyangak tu...?" - Ibu Mertua Ku.

    ReplyDelete
  40. Mudah betul orang-orang Melayu di kampung-kampung dan di felda-felda ditipu dan diputarbelitkan oleh para pemimpin Melayu sendiri. Malang sungguh bangsaku....!

    "Sabariah, Sabariah...mengapalah engkau sayang benar kepada Kassim Selamat si penipu, penyamun dan penyangak tu...?" - Ibu Mertua Ku.

    ReplyDelete
  41. Malaysians wake up!!! Najib sudah rogol rakyat dan negara berkali2 dan anda masih dibuai mimpi???

    ReplyDelete
  42. Duit sejuta dua bolehlah ditutup. tapi kalau dah berbillion bergerak mustahil pakar2 kewangan tak boleh trace dari mana kemana wang2 tu...pintu baru dibuka. Rumah belum digeledah habis.
    he he yg bersalah akan terserlah.
    yang gelabah ialah pemakan dedak.
    Semua akan tersungkit!

    ReplyDelete
  43. MDB dah masuk arena dunia. dah tak boleh tutup. Yang dalam malaysia ni ramai yang menunggu kesalahan yang ditutup.
    Jika dengan jujur ianya di siasat. didedahkan dengan terperinci. Mau koyak mulut rakyat Malaysia.tercengang.

    ReplyDelete
  44. Teringat aku suatu masa dulu, perkataan "Jaguh Kampung" sering digunakan kepada jaguh badminton.
    Begitu juga dengan Peguam Negara kita, di Malaysia mentang2 dia ada kuasa untuk memutuskan suatu perkara tanpa peduli sama ada perkara itu Benar atau Palsu, jadi dia berlagak JAGUH seolah-olah dia adalah "Tuhan @ Hakim" yang boleh menjatuhkan apa sahaja hukuman. Sebiji macam pegawai kerajaan yang dok ada, buat kerja ikut cita rasa tanpa merujuk kepada pekeliling mahupun peraturan kerja. Bila berlaku konflik, orang bawah yang disalahkan sedangkan yang atas terlepas.
    Malaysia Boleh ... inilah cogankata yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia.
    Hidup Malaysia ...
    Bila Amerika sebut Malaysia Official 1, aku terus teringat akan muka Tok Jib. Bukankah Tok Jib yang memperkenalkan 1 Malaysia. Nampak apa yang aku sebut ....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...