Sekiranya Najib Razak tidak mengelak dan berani berdepan di Parlimen pada 3 Disember lalu untuk menjawab isu derma RM2,600 juta yang diterimanya, pastilah Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini memberi lebih kelegaan kepadanya.
Tetapi, oleh kerana Pahlawan Bugis itu memilih untuk menjadi pengecut, bahana wang derma yang banyak misteri itu akan berterusan menjadi beban kepadanya.
Tindakan menyerahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi membacakan kenyataan 3 minit mengenai wang itu di Parlimen bukan saja suatu kesilapan, bahkan menolak sebarang soalan serta perbahasan mengenainya, lebih menampakkan ketidakmatangan Najib dalam berpolitik dan menguruskan persepsi rakyat.
Alasan subjudis yang dinasihatkan oleh Peguam Negara dan kemudian ditolak oleh dua bekas hakim berikutan tiada sebarang kes dibawa ke mahkamah, juga menunjukkan seolah-olah dalam lingkungan yang rapat dengan Najib sendiri mahukan beliau terus terbeban dengan isu wang RM2,600 juta itu.
Jika Najib berani menjawab dengan jujur dan berterus-terang di Parlimen tempohari, bukan saja Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal serta ramai yang lain tiada ruang lagi untuk terus bercakap mengenainya, perjalanan PAU tahun ini tentu lebih tenang bagi Najib untuk menumpukan kepada pelbagai isu lain berkaitan rakyat jelata.
Malah, dalam PAU kali ini juga, baik di dalam Dewan Merdeka mahupun di luarnya, pasti lebih bergema suara memuji dan menyanjungnya.
Namun oleh kerana semua itu tidak berlaku, maka tidak dapat dielakkan lagi daripada orangramai terus bercakap, berbisik-bisik, bersosek-sosek dan berspekulasi mengenai derma RM2,600 juta itu.
Lebih dari itu, jawapan Najib dalam majlis taklimat Presiden malam semalam juga hampir tidak menjawab pertanyaan ramai mengenai wang derma itu. Lagi-lagi difahamkan Najib bercakap mengenai keperluan dana dalam politik, semua Presiden UMNO sebelumnya juga memperolehi dana politik, derma diterima daripada penderma Timur Tengah, penderma adalah ikhlas berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan dan sebagainya.
Itu bukanlah jawapan yang dimahukan sebenarnya. Isu pokok mengenai derma tetap tidak dijawab. Oleh kerana Najib telah terlepas beberapa peluang seperti dalam Parlimen dan majlis taklimat Presiden sebelum ini, beliau sewajibnya mengambil peluang untuk berterus terang ketika perasmian PAU 2015 pada hari esok.
Dengan semua pemimpin tertinggi, Ketua-Ketua Bahagian, perwakilan, bekas-bekas pemimpin, termasuk Tun Mahathir hadir ketika majlis perasmian itu, Najib mesti menggunakan peluang tetsebut bukan saja untuk berterus terang, bahkan juga bagi membersih dan melonjakkan namanya.
Tidak sukar melakukannya. Hanya yang diperlukan oleh Najib ialah mendedahkan siapakah penderma budiman yang murah hati lagi ikhlas sehingga sanggup menderma sebanyak RM2,600 juta itu tanpa mengharapkan sebarang balasan daripadanya.
Persoalan akan terus bermain di fikiran ramai selagi nama penderma tidak didedahkan. Jika sudah didedahkan, bolehlah diketahui siapakah manusia budiman itu, berapa jumlah kekayaannya, apa perniagaannya, rekod dermanya sebelum ini bagaimana dan seumpamanya lagi mengenai penderma itu.
Kiranya fakta-fakta yang didedahkan itu bersesuaian, pasti semua orang dapat menerimanya dengan baik. Pengkritik utama dalam parti seperti Tun Mahathir, Muhyiddin, Shafie Apdal dan lain-lainnya bukan saja akan terdiam dan kelu lidahnya, bahkan tidak mustahil kembali merapatkan diri mereka dengan Najib.
Ini kerana, selain orangramai kurang yakin ada manusia budiman yang sanggup menderma sebanyak itu, pengalaman yang diceritakan oleh Tun Mahathir ketika memohon derma daripada negara-negara Arab tetapi hasilnya mengecewakan juga menjadi sandaran keraguan itu.
Lagi pula bukankah Zahid Hamidi sebelum ini pernah mengatakan beliau juga sudah menemui keluarga penderma itu dan turut berpeluang mengenalinya sambil menghuraikan mengenai cara kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadi Najib, meskipun nada terbarunya hari ini agak berlainan dengan mengatakan penderma itu bukannya individu, sebaliknya merujuk pimpinan sebuah kerajaan.
Dua hari lalu, SPRM juga mengesahkan sudah berkunjung ke Timur Tengah untuk menemui penderma tersebut bagi mengambil lebih keterangan untuk melengkapkan siasatan.
Kiranya SPRM ada halangan tertentu untuk mendedahkan nama penderma itu, tetapi Najib sebagai orang yang paling berkuasa dalam negara serta mempunyai perlindungan Sosma, Akta Hasutan, MKN dan macam-macam lagi di belakangnya, tentulah tiada sebarang sekatan atau kebimbangan untuk berbuat demikian.
Jika persetujuan perderma pula yang diperlukan, ia juga bukan masalah besar bagi Najib. Sebagaimana beliau dipercayai oleh orang lain menderma sebanyak itu kepadanya, mustahil ada masalah pula untuk meyakinkan orang yang sama untuk didedahkan namanya.
Tambahan pula, dengan mendedahkan namanya, ia juga akan mengundang rasa kekaguman dan terima kasih daripada 3.4 juta ahli UMNO sendiri terhadap kebaikan hati penderma itu, mungkin juga akan diiringi dengan bertalu-talu doa bagi kesejahteraan dan bertambahnya lagi rezeki kepada penderma tersebut.
Yang penting, dengan penderma itu membenarkan namanya didedahkan, ia dapat mengelakkan Najib daripada terus disyaki dengan pelbagai fitnah dan tohmahan yang bukan-bukan. Jika penderma memberikan wangnya dengan mengharapkan kebaikan, tentulah beliau tidak mahu sesuatu kemudaratan berlaku kepada penerimanya disebabkan derma yang diberikannya.
Akhirnya, bersetuju namanya didedahkan pasti lebih menjadi pilihan kepada penderma terbabit.
Apa pun, selagi nama penderma tidak didedahkan, selagi itulah isu derma ini akan terus membebankan Najib. Beliau tidak seharusnya membiarkan isu ini terus berlarutan menyusahkan dirinya, meskipun sebelum ini pernah mengatakannya sebagai fitnah, konspirasi, mengugut mahu menyaman WSJ dan mengeluarkan kata-kata, "kalau saya nak menyamun, takkan saya masuk dalam akaun peribadi."
Selebihnya, oleh kerana Najib akhirnya mengakui derma itu ialah dana politik untuk UMNO, amat terpuji juga kiranya beliau berterus terang tentang penggunaannya serta berjanji akan memasukkan lebihan bakinya kepada akaun parti.
Majlis perasmian perhimpunan pagi esok adalah peluang terbaik Najib untuk berterus terang, berani, bersikap jujur dan ikhlas sebagai pemimpin dan juga sebagai manusia yang beragama Islam untuk mendedahkan nama penderma, penggunaan dan baki wang RM2,600 itu.
Najib tidak harus lepaskan peluang berbuat demikian esok, kecuali jika ingin terus memilih jalan sukar untuk laluan masa depannya. (SH 09/12/2015).
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletetulis komen bodoh ker miss vee ???
DeletePuas amat relatif hinggalah sendiri merasainya. kalau setakat dedah nama ia tidak akan puas. kepuasan akan terasa kalau ianya dibahagi-bahagiakan kan sama rata termasuk kepada semua pengkritik, sebelah sini dan sebelah sana. hanya itulah peluang yang tinggal untuk empunya badan menghentikan kritikan. Wallahuaklam.
ReplyDeletePenderma Timur Tengah itu bernama KWAP( Kumpulan Wang Amanah Pencen).-Nujum Pak Belalang.
ReplyDeletePemimpin Ulung Umno yang BACUL !!!
ReplyDeleteSukar utk cari kambing hitam kes ini
ReplyDeleteNajib dah berisiko dgn ahli umno yg hilang kepercayaan.Yang untong nya si zahid minta najib di humban ahli umno kerana terlalu berbelit belit melepaskan diri.
ReplyDeleteThe guy (BUGIS) has reached a 'point of no return' hence, you are indeed seeing him taking all course of actions available to him. But, he wouldn't have succeeded if not because of lackeys and stooges that were put in place and many of them are complicit in this biggest and most embarrassing scandal that will dogged the country for a very long time! Sell their soul they did! When in its natural eventuality that this thing goes to court, it will outdo Anwar Ibrahim's delayed or defer strategy. Only this time it will be very UGLY and it will be en masse as one after another will be dragged to court.
ReplyDeleteSadly, the people and the country became pawned to such blatant disregard of the law and order!
Hopefully, someone with a position and money and without breaking any laws would come forward and secured Datuk Hamid Bador's pension in order for him to do a 'Tell All' along with Ghani Patail et al. (Whats left of people with high integrity)
The TRUTH has to come out for the country to HEAL and you can kiss Wawasan 2020 goodbye!
If Malays domiciled overseas can be duly affected and irritated with whats happening in Tanah Ayer, what more the rakyat in Malaysia?
This is not crystal-ball reading but something called KARMA (FATE) and it is a real bitch! And, Najib and Co. are not immuned! He will be looking over his shoulder from now on. Why? Because when 1 or 100s of people are cursing you daily, it may not stick if you're lucky enough to dodge but, when a million or tenth of million people swearing and cursing at you, how many bad-omen would land and sticked?
To Najib and Co. 2.6 Billion is peanuts and certainly no amount of money can buy TRUST & RESPECT albeit what you are getting at the moment are pure faked and make-believe Trust & Respect!
From a little piece of my mind tumpang blog SDT, terima kasih.
Saya masih ingat dlm satu kursus SPRM sekitar tahun 80an seorg pegawai BPR ketika itu berkata sebagai Pegawai Kerajaan tak boleh terima derma ia di anggap rasuah tambahnya lagi kenapa penderma tak beri derma kpd buruh tApi nak beri kpd pegawai tentu ada kepentingan sebab pegawai ada kuasa saya hairan kenapa pm dpt derma dianggap betsih klu begitu anologinya maka sekarang mana2 pegawai kerajaan bolehlah terima derma ikhlas dari sesiapa pun dan Dprm tak perlu nak siasat kerana ia derma ikhlas
ReplyDeleteSaya masih ingat dlm satu kursus SPRM sekitar tahun 80an seorg pegawai BPR ketika itu berkata sebagai Pegawai Kerajaan tak boleh terima derma ia di anggap rasuah tambahnya lagi kenapa penderma tak beri derma kpd buruh tApi nak beri kpd pegawai tentu ada kepentingan sebab pegawai ada kuasa saya hairan kenapa pm dpt derma dianggap betsih klu begitu anologinya maka sekarang mana2 pegawai kerajaan bolehlah terima derma ikhlas dari sesiapa pun dan Dprm tak perlu nak siasat kerana ia derma ikhlas
ReplyDeleteEn Nordin, orang politik mana ada terima rasuah. POLITIK WANG adalah, dan ia bukan suatu jenayah. Hah sekarang mungkin tambah satu istilah lagi iaitu DERMA POLITIK. Bila ada nama POLITIK semua dianggap bersih.
DeleteBanyak tuu.. boleh beli Pulau Langkawi ?...
ReplyDeleteAhli UMNO sama bodoh dengan Pak Arab sebab tak tahu apa yang Najib buat dengan duit tersebut? Najib perlu dedahkan apa yang dibuat dengan duit tersebut samada di gunakan mengikut syarat-syarat yang di kenakan.
Kalaunbagi gitu saja duit habis, hasilnya tak nampak. Kan lebih baik Pak Arab tu melabur dalam negara dan segala keuntungan jangan ambil tapi masukkan dalam dana negara.
Kau yakin ke pak Arab yg kasi?
DeleteDuit derma dari pimpinan sebuah kerajaan masuk ke akaun peribadi ?
ReplyDeleteMalaysia negara berhutang dan bermasalah. Malaysia tidak menjadi ancaman pada mana-mana negara dan Malaysia bukan nya negara penentu ekonomi dan bukan seperti Iran, Syiria, Afganistan atau Israel. Kalau didedahkan pun individu tersebut atau kerajaan tersebut, buang masa nak di bahaskan di PBB atau mengutuk individu atau kerajaan tersebut.
Malaysia tidak setuju TPP pun tak jadi hal. Bukan hebat mana pun banding dengan negara yang setuju dengan TPP.
Yang masalah nya pada Najib. UMNO tidak ada masalah, presiden boleh ganti. Keputusan bukan presiden yang buat tapi majlis. Rakyat pun tidak ada masalah, beban rakyat menjadi ringan adalah..
Pak Arab ini sepatutnya menerima darjah dan darjat kebesaran negara yang lebih tinggi yang di terima oleh Dato Shahruk Khan dan Dato Jackie Chan.
ReplyDeleteAlam Ghaib Najib Razak..
ReplyDeletehttp://dinturtle.blogspot.my/2015/12/dunia-penderma-tak-sama-dunia-kita.html?m=1
Kambing2 saje yang percaya ada tok arab yang sudi derma 2.6 billion ringgit tanpa apa2 balasan...
ReplyDeleteKambing2 saje yang percaya ada tok arab yang sudi derma 2.6 billion ringgit tanpa apa2 balasan...
ReplyDeletetok arab gila pun tak sanggup bagi rm2.6 bilion,
ReplyDeleteinikan pula tok arab tak gila.
macam mahathir kata, bukan duit tok arab tapi duit 1mdb.
kalau betul duit 1mdb, dah teruk najib ni.
Susah beb nak story mory kisah 1001 malam kalau dah terkantoi sampai rm2.6 bilion. Masalahnya masa dapat duit tu si Najib terlupa nak wat backup plan kalau org dapat tau derma gelap nie sebab mata dah kelabu asap kejap nengok duit byk dlm bank. Last2 dia seret UMNO sekali walhal ini masalah peribadi dan bukan masalah UMNO. Gara2 Najib lah maka kita dah boleh shortlisted MP2 kita yg mana beruk dan yg mana insan mulia...so next PRU jgn pangkah beruk2 drp planet of the ape nie...pastikan MP kita insan mulia..yg berintegriti utk mewakili kita di Parlimen.
ReplyDeleteKlu duit utk umno...mana audit report akaun umno 2013? Ahli MT pun tak tahu...
ReplyDeleteKelentong je tu.
kau apa tahu?
DeleteNajib masukkan dalam buku 555. HAHAHA
Bila Anwar di sebut-sebut ada duit dalam akaun 10 juta, hari-hari dijadikan berita dan serangan oleh UMNO ke atas Anwar sampai dalam parlimen Anwar berucap pun melalak RM 10 juta. Bila Anwar cabar ulang di luar parlimen semua senyap. Yang ini sah-sah RM 2.6 billion, kena pada batang hidung sendiri !
ReplyDeleteRM10 juta, Anwar bersih. Sekarang Najib dengan RM 2.6 billion... Banyak mana sangat di bandingkan dengan RM 10 juta??
Renungkan lah, cuma liwat belum lagi kena pada dia orang .. yang bukan fitnah .
Najib masih ada pilihan.
ReplyDeleteNajib boleh guna gambar S.Shamsudin yang jadi Pak Arab dalam filem Tiga Abdul dan arahkan utusan siarkan gambar tersebut dengan berita 'Gambar penderma RM 2.6 billion di dedahkan'
Maramprapu..... Kepondennn.......baramskeperrrrrr.......
Delete1 untuk kau 1 utk aku ..... 1 malaysia utk kau 2.6 billion utk aku .........
Penderma ialah JLow yg digambarkan berrpakaikan Pak Arab. JLow pula dapat duit US700 million dari `MDB. Tu sebab duit itu pusing satu dunia sebelum masuk akaun Najib.
ReplyDeleteKalau duit tu masuk akaun Najib, melepaslah Rosmah dan anak2nya untuk guna duit tu untuk pi shopping.
Hanya ahli Umno yg bodoh shj percaya penderma Tok Arab tu mahu masukkan derma kedalam akaun Najib. Dan percaya itu adalah derma. Yg sokong Najib ialah pemimpin2 Umno yg 2x5 kaki rasuah macam dia.
Zahid ni disuruh cium taik Najib pun dia mahu asalkan dpt jawatan PM tu kat dia.
.....sorry...ayat sebenar ialah 'Kalau duit masuk akaun Umno, melepaslah Rosmah....'
DeleteDengar citer nama penderma tu Sultan Sulan. Ni kata budak2 yg pegi keris 2314. Tah ye tah tidak. Kalau Zahid Hamidi cakap penderma lebih dari sorang taktaulah sultan mana pulak top up derma. Apa citer sebenar ni TPM, sultan sulan ke raja kapoor?
ReplyDeleteBiar mati dikandung tanah. Lagi cepat kebumi lagi bagus.
najib vs muhyiddin.
ReplyDeleteapa, najib ingat umno tu mak bapak dia punya ke?
boleh buat sesuka hati.
lawan najib tu muhyiddin jangan takut.
separuh ahli umno berada dibelakang anda.
diluar umno, mak datuk ramainya tak terkira.
lawan tetap lawan.