Monday, 14 December 2015

KEINGINAN BEKERJASAMA DENGAN PAS MENUNJUKKAN UMNO BENAR2 LEMAH

Walaupun dikata macam-macam seperti sedang tersepit, hanya ingin berbaik ketika terdesak malah sehingga diumpamakan "biawak hidup" sekali pun, tetapi nampaknya UMNO tidak kisah dan begitu teringin untuk berbaik dan bekerjama dengan Pas.

Tidak cukup dengan Najib Razak melontarkan pelawaan untuk berbaik itu ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung baru-baru ini yang menunjukkan kesungguhan dan seolah-olah meminta restu para perwakilan, bahkan Mustapha Mohamad kemudian tampil seakan mengesahkan kemungkinan hubungan yang lebih rasmi terjalin berikutan kerjasama itu dakwanya,  sudah pun terjalin sejak dua tahun lalu lagi.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu menjustifikasikan hubungan UMNO dan Pas itu sudah wujud melalui kerjasama "G to G" antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam beberapa aspek kebelakangan ini dan kekerapannya menjejakkan kaki ke Kota Darul Naim, sesuatu yang didakwanya tidak berlaku sebelum Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar.

Sebenarnya, apakah yang boleh difahami daripada kesungguhan UMNO itu?

Ia tidak lain menunjukkan UMNO dalam menuju PRU 14 akan datang benar-benar dalam keadaan lemah dan tidak cukup kekuatan untuk menggapai kemenangan bersama-sama rakan komponen BN yang ada.

Di sebalik isu 1MDB dan derma politik yang diterima Najib, UMNO akhirnya secara tidak langsung mengakui sokongan pengundi Melayu makin terhakis terhadapnya.

Dengan pengundi bukan Melayu tidak lagi menjadi harapan dan pengundi Melayu pula disedari makin menjauhinya, satu-satunya sandaran UMNO untuk mengekalkan kuasanya ialah dengan pertolongan Pas.

Sejak bila UMNO mahu berbaik dan menjalin kerjasama dengan sesiapa ketika ia dalam keadaan kuat dan stabil?

Jika UMNO kuat dan gagah, apakah ia mahu berbaik dengan Pas, waima kononnya untuk kepentingan Melayu dan Islam sekali pun?

Persoalan kedua pula, bolehkah kerjasama UMNO dan Pas itu dijalin dalam masa terdekat dan sebelum pilihanraya ini?

Barangkali sukar untuk melihat kerjasama itu terjalin dalam waktu yang terdekat ini, tetapi kesediaan Pas untuk berbaik-baik dan saling berdekat dengannya serta dalam masa yang sama semakin menjauhi Pakatan Harapan, ia dianggap sudah memadai bagi UMNO.

UMNO tidak perlu hubungan yang formal dengan Pas sebelum PRU 14 kerana ia juga perlu menjaga perasaan rakan-rakan bukan Melayu yang bersama dengannya.

Apa yang diharapkan oleh UMNO ialah Pas terus berbalah dengan parti-parti pembangkang lain dan akhirnya berlaku pertandingan tiga penjuru di banyak kawasan pilihanraya yang mana keadaan itu secara langsung akan memberi kelebihan kepadanya memenangi lebih banyak kerusi.

Dalam masa yang sama UMNO juga meyakini banyak kawasan tradisi akan kekal dalam genggaman Pas melalui pertembungan tiga penjuru itu.

Ketika pilihanraya berlangsung pula, dengan kekuatan sumber kewangan yang UMNO miliki, malah mungkin ada lagi Tok Arab yang sudi menghulurkan lebih banyak derma, tidak mustahil bantuan "cash is king" juga akan dihulurkan kepada Pas.

Tujuannya tidak lain ialah agar Pas melihat UMNO sebagai rakan kerjasama yang baik hati, pemurah dan sedia membantu meskipun tiada kerjasama yang rasmi dijalinkan.

Jika UMNO bersama BN cukup jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan, maka hubungan itu akan berakhir dan Pas akan ditinggalkan begitu saja. Tetapi bantuan Pas tentunya amat diperlukan sekiranya UMNO tidak cukup jumlah kerusi untuk mengekalkan kerajaannya.

Hakikatnya, kerjasama sebenar yang diharapkan oleh UMNO daripada Pas ialah selepas PRU 14 nanti, itu pun jika jumlah kerusi yang dimenanginya tidak cukup untuk terus mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Makanya, sementara menjelang PRU 14 kira-kira dua tahun lagi, ada baiknya Pas mengambil kesempatan yang ada dengan segera menuntut hak royalti minyak untuk Kelantan yang sudah dinafikan oleh UMNO sejak sekian lama. (SH 14/12/2015).

23 comments:

  1. Jika sudah ada kerjasama G to G mengapa mangsa banjir masih duduk di kemah? Ketidakmampuan pas mwnyelesai masalah atau kecurangan umno dlm berkerjasa? Atau dua dua 2x5....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Hanya di Malaysia. TANGGUNGJAWAB di sebut KERJASAMA! Sebagai sebuah negara Persekutuan, adalah menjadi TANGGUNGJAWAB pemerintah di peringkat nasional/persekutuan melunaskan hak-hak negeri-negeri yang bernaung dibawahnya. Ini termaktub (ditulis dan bersifat undang-undang) di dalam Perlembagaan Negara. Apa yang berlaku 30 tahun kebelakangan ini pemerintah Persekutuan mempraktikkan seolah negeri-negeri bertangggungjawab ke atas Persekutuan. Kerajaan negeri menjadi 'barua' Kerajaan Persekutuan. Hak negeri ke atas cukai dan hasil galian, ladang dan air, hak kuasa Ketua Negeri, hak rakyat negeri memilih wakil kerajaan tempatan, hak mendapat kemudahan asas yang baik seperti jalanraya, air bersih, sekolah, hospital, perumahan mampu milik, peluang pekerjaan, keselamatan sosial, hampir semuanya semakin diabaikan Persekutuan.

    Parti politik merasakan mereka sebuah kerajaan. Mereka bercakap-cakap TANGGUNGJAWAB menyediakan kemudahan asas sebagai EHSAN mereka ke atas rakyat. Mereka sudah tidak mampu membezakan makna TANGGUNGAN dan KEBAJIKAN. Pemimpin parti merasakan menguasai negara. Yang membentuk kerajaan adalah sebahagian pemimpin sesebuah parti yang memenangi pilihanraya umum. Baca - cuma sebahagian. Akan tetapi pemimpin cawangan dan bahagian merasakan mereka adalah pegawai kerajaan dan berhak ke atas segala projek dan hasil negara.

    ReplyDelete
  3. Nasihat sy kpd hj hadi....jauhilah diri anda dari umno pimpinan najib..kot rakyat sayang dan simpati kpd pas...blh bertukar menjadi benci dan meluat...dah tau dia,tu berpenyakit kronik yg blh berjangkit...p peluk buatpe...biarlah kali ni rakyat mengajar umno...lima tahun je.....bg org lain peluang pulak n bila lanskap politik berubah yg untong ialah rakyat sb akn sentiasa,mendpt yg lbh baik dari politik...ni dah terlalu lama dok mkn ikan kembong....asyik asyik kembong jem..tukarcselera sesekali...tk salah kan...depa tk betul pru 15 ubah pulak..kita tk brani berubah...salahkan diri kita jika kerajaan dikatakan zalim sb kita yg menzalimi diri kita sendiri..

    ReplyDelete
  4. Nasihat sy kpd hj hadi....jauhilah diri anda dari umno pimpinan najib..kot rakyat sayang dan simpati kpd pas...blh bertukar menjadi benci dan meluat...dah tau dia,tu berpenyakit kronik yg blh berjangkit...p peluk buatpe...biarlah kali ni rakyat mengajar umno...lima tahun je.....bg org lain peluang pulak n bila lanskap politik berubah yg untong ialah rakyat sb akn sentiasa,mendpt yg lbh baik dari politik...ni dah terlalu lama dok mkn ikan kembong....asyik asyik kembong jem..tukarcselera sesekali...tk salah kan...depa tk betul pru 15 ubah pulak..kita tk brani berubah...salahkan diri kita jika kerajaan dikatakan zalim sb kita yg menzalimi diri kita sendiri..

    ReplyDelete
  5. Hadi sebenarnya pun dok mengatai jugak dgn Najib ni. Jadi Najib bukanlah bertepuk sebelah tangan.Mungkin ada sebab yang kita belum tahu.

    ReplyDelete
  6. pas menjadi umpama sokong membawa rebah kepada umno.
    dalam pru14 nanti, umno dan pas pasti bungkus.
    umno dan pas tidak boleh harapkan undi melayu saja.
    ditambah pula penolakan muhyiddin dan shafie.
    selangor dan pulau pinang kekal pada pembangkang.
    johor, kedah, terengganu dan perak dirampas pembangkang.
    sabah silap-silap, juga dirampas pembangkang.
    kelantan kalau pas bekerjasama dengan umno akan kantoi.
    pahang, melaka, negeri9 dan perlis 50-50.
    sarawak mungkin kekal kepada bn/umno.
    ramalan tidak semestinya betul.
    kalau pru14 bersih, tanpa flip flop.
    itulah yang akan berlaku.
    sekiranya kerja2 kotor dilakukan,
    bn/umno akan menang besar.
    tetapi selama mana Allah merestuinya?
    apa pun pru14 masih jauh lagi.
    menjelang ke situ, macam2 boleh terjadi.

    ReplyDelete
  7. Hai kata Umno tu kuat kenapa nak kerjasama dgn Pas klu Pas tak insaf lagi tak tahulah perangai org Umno tak tahulah dia sama dia pun bergadoh je bukan mana Menteri Umno Sabah yg hebat2 suruh jelah org sabah sokong Umno

    ReplyDelete
  8. Hai kata Umno tu kuat kenapa nak kerjasama dgn Pas klu Pas tak insaf lagi tak tahulah perangai org Umno tak tahulah dia sama dia pun bergadoh je bukan mana Menteri Umno Sabah yg hebat2 suruh jelah org sabah sokong Umno

    ReplyDelete
  9. rasanya Rasulullah s.a.w pernah memberikan kita nasihat dan tunjuk ajar bagaimana menghadapi musuh (yang nyata) dan musuh yang tersebunyi. sekiranya memang UMNO dalam keadaan yang lemah sebegini rasanya pendekatan PAS lebih berada dalam keadaan selamat sekiranya PAS berhati-hati., namun rasanya bukanlah sesuatu yang 'rasional' untuk menolak atau menjauhkan diri dalam keadaan yang boleh dikatakan gawat dipihak UMNO namun sebaliknya kedudukan PAS lebih kukuh berbanding UMNO.., juga perlu diberikan perhatian untuk tidak mengambil kesempatan ke atas pihak yang sedang dalam kesusahan., itu zalim namanya .
    Cuma umum perlu memahami kedudukan situasi sebenar ketika ini.. PAS bukan lemah, tapi PAS tidak terikat untuk menyelamatkan mana-mana pihak. Dan sayugia diingatkan selama ini (sejak tahun 1987 - bilamana Semangat 46 meminta pertolongan PAS / DAP membentuk Barisan Alternatif) PAS tidak pernah membelakangkan setiakawan namun umum telah mengetahui akibat yang ditanggung oleh PAS dan kini Barisan Alternatif telah berkubur dan Ku Li (dan S 46 ) dah tidak bersama BArisan Alternatif lagi tapi PAS masih begini., Insiden 'meninggalkan' PAS oleh beberapa Tokoh (yang berlaku di musim Isra' Mikraj tahun ini) pasti ada hikmah disebaliknya - natijahnya PAS masih seperti dulu - masih ada penyokong tegar yang tak berubah hati dengan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah senada dgn UMNO. Bagus lah kalau dirasmikan hubungan PAS-UMNO. Senang kami org Selangor ni buat keputusan...

      Delete
    2. Hafal lah sejarah tu.......Macam khatam Quran. Semoga PAS pun akan jadi sejarah (sejarah tak pernah sama walaupun agak serupa). Melayu takutkan sejarah macam takutkan Malaikalmaut.

      Delete
  10. Siapa yang mengalas biawah hidup nanti apabila kerjasama terjalin?.Carilah jawapan sendiri,tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  11. PAS pasca era TGNA dah jadi parti melacur..elok benar bergabung dengan UMNO kaki balun tak kira biawak ka manusia..

    Kini era Haji Hadi, PAS sudah bosan menjadi miskin kerana menjadi wakil tuhan menjaga agama. Kini giliran PAS untuk berubah menjadi alim ulamak dan kaya raya pulak. Baru cool..

    ReplyDelete
  12. Jika UMNO betul2 jujur perkara2 ini hendaklah segera dimansuhkan di Kelantan

    1. Jabatan Pembangunan Persekutuan.

    2. Penyelia Pembangunan Mukim Persekutuan

    3. Penganiayaan terhadap penyokong Pas

    4. Pertukaran terhadap guru2 yg menyokong PAS.

    5. Bantuan2 yg selama ini dinafikan kpd penyokong PAS.

    6. Luluskan segera Royalty untuk Kelantan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun klau Hadi ada otak dn meletakkan kepentingan Pas n Klantan. Dia akan meletakkan syarat ini sebagai kesedian utk kerjasama dgn Umno.
      Tapi percayalah. Hadi n Najib 2x5. Dua2 pentingkan diri n fmly.

      Delete
  13. Kalau umno jv dengan pas, parti2 bumiputra bukan islam sabah + sarawak akan keluar bn, dan bn pun akan kalah juga. KM sarawak dah tunjuk taring, tak bagi muka kat umno pun. Dulu Pairin pun tak bagi muka, dan mamat tu punya pengaruh tak pernah luntur pun. Pusing la ikut mana pun, biawak hidup tak ke mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO Sabah mungkin goyah dan di Sarawak pula mana ada kerusi UMNO, jika kena gayanya parti-parti komponen BN di Sarawak dan juga Sabah akan menyeberang kepada PH seusai PRU jika UMNO di semenanjung dan Sabah tidak dapat mengekalkan jumlah kerusi sedia ada. Bilangan kerusi yang dimenangi oleh PAS pula, pastinya akan berkurangan lebih-lebih lagi di sektor pantai barat semenanjung.

      Delete
  14. Yang pasti batang mancis pun cuba dipaut olih umno untuk menyelamatkan diri dari lemas.Itu lah realiti umno sekarang.....pas bukan bodoh dan cuba melihat gelagat najib,najib yg seolah olah panas ponggong dan mencari kawan x kira apa yg diludah ditelan kembali....pas pasti sedang ketawakan najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanpa disedar
      kuasa mu kian meluput
      tunjang mu kian mereput
      aura mu kian menyusut...tapi
      kesombongan mu kian menjulang
      kebodohan mu tetap diulang
      tidak mencari jalan pulang
      ungok.... mu sunggoh malang

      Delete
    2. Politik yang nak mengena kan orang dan politik nak mentertawakan orang ialah politik Pak Leman dengan Lebai Kulup, Kampung Pasir Dusun.

      Delete
  15. UMNO lemah. PAS pun lemah. Dua-dua pun lemah.

    Yang kuat selalu nya sombong sebab tidak mahu berkongsi kuasa.

    UMNO tahu parti nya lemah. PAS bermimpi parti nya kuat. PAS macam ayam jantan bulu hijau dan hitam nya berkilat dan dua tiga helai bulu yang panjang pada ekur nya. Tapi taji nya pendek kemetot. Belum pernah sehelai pun bulunya tercabut dalam gelanggang.

    Persoalan antara PAS dan UMNO bukan siapa yang kuat tetapi apa yang kau mahu dan apa yang dapat aku berikan pada kamu? Awal-awal UMNO telah memperdaya kan PAS sebab PAS tidak ada apa-apa. UMNO ada apa yang PAS ada. Jadi yang sebenar-benar nya kuat ialah UMNO. PAS lemah.

    Masuk kah di akal kita UMNO yang telah memerinth dan berkuasa berpuluh-puluh tahun tidak mampu mensyariatkan UMNO ? UMNO ada APCO. Majlis Agama semuanya dibawah kuasa UMNO. UMNO ada penceramah agama yang popular. Mana kurang nya UMNO sehingga memerlukan PAS?

    PAS lagi lemah apabila pemimpin yang memajukan PAS telah meninggalkan PAS. PAS tidak mampu lawan Amanah dan kerana itulah PAS perlukan sokongan.

    Selama Hj Hadi dalam PR, Hj Hadi dah boleh mengagak sejauh mana dia boleh pergi. Anwar bin Ibrahim secara terang telah mengatakan sekiranya PR menang, bukan Hj Hadi jadi TPM.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...