Wednesday, 30 December 2015

SEDARKAH AHMAD MASLAN, MENIAGA ONLINE PUN SUATU KESALAHAN JUGA?

Dalam mempertahankan hujahnya berkaitan isu #2kerja yang menimbulkan kritikan ramai, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahmad Maslan berkata, niatnya adalah baik tetapi telah disalahtafsirkan oleh orangramai.

Kata beliau, cadangan asalnya bukanlah berkaitan melakukan dua kerja dalam satu masa, tetapi menyarankan selain melakukan kerja tetap, mereka boleh menjalankan perniagaan atas talian untuk menambah pendapatan dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

Tambahnya Ketua Penerangan UMNO itu lagi, perniagaan dalam talian bukan saja mempunyai potensi besar, malah bersesuaian dengan tabiat rakyat sekarang yang mempunyai "kegilaan" terhadap media sosial dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuknya.

"Rakyat Malaysia ini minat media sosial, kadangkala berwhatsapp, bermain FB dan Twitter sampai jauh tengah malam. Tak tahulah apa hasil yang mereka dapat.

"Alangkah eloknya kalau mereka belajar tentang e-dagang. Ada pegawai memaklumkan kepada saya, contoh kejayaan berniaga dalam talian ialah menjual gula Melaka di mana dia dapat jualan sehingga RM4 juta.

"Sebab itu saya gembira untuk menghebahkan mengenai perniagaan dalam talian itu," jelasnya.

Okay, demikianlah penjelasan terbaru Ahmad Maslan setelah berhari-hari menerima kritikan banyak pihak dan mungkin ramai yang turut setuju dengan cadangannya itu.
Tetapi,  tahukah Ahmad Maslan bahawa menjalankan perniagaan dalam talian atau online bagi kakitangan awam juga merupakan suatu kesalahan?

Pekeliling mengenainya sudah diedarkan oleh JPA sejak 2014 lagi dan mereka yang berhasrat berbuat demikian hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan masing-masing.

Soalnya, adakah semua Ketua Jabatan  sedia memberi kebenaran kepada  pegawai dan kakitangan bawahannya untuk menjalankan perniagaan online itu?

Bagaimana pula  kalau yang memohon meniaga online itu ramai jumlahnya di sesebuah jabatan, iyalah sesuai dengan kos sara hidup yang sudah meningkat  dan harga barangan yang kian mahal sekarang, apakah Ketua Jabatan masih sedia memberi kebenarannya?

Kalau sudah meniaga dan mengejar wang namanya, tentu mustahil pula ia hanya dijalankan di luar waktu pejabat atau ketika sudah berada di rumah sahaja. Ini adalah berkaitan dengan wang dan semua orang akan mengejarnya tanpa mengira masa dan ketika.

Oleh itu, jika kakitangan awam menjalankan perniagaan online, sudah tentu mereka terdedah untuk melakukannya pada waktu pejabat, dalam pejabat, ketika bertugas, malah tidak menghairankan ketika mesyuarat pun ada yang sanggup keluar seketika untuk melayan pelanggan yang menjanjikan wang itu.

Akhirnya, bagaimanakah pretasi kakitangan awam dan jentera kerajaan dalam memberi khidmat kepada rakyat?

Dalam konteks yang sama, biasanya kakitangan swasta juga tidak digalakkan atau mungkin tidak dibenarkan langsung menjalankan perniagaan online iaitu dengan tujuan untuk mengelakkan hilang tumpuan kepada kerja, menimbulkan gangguan serta menjejaskan prestasi syarikat.

Jadi, bagaimana sebenarnya Ahmad Maslan yang ada CGPA 3.85 itu mahu menjadikan idea dan cadangannya itu suatu kenyataan?

Atau mungkinkah selepas ini beliau akan tampil dengan penjelasan lain pula bahawa sebenarnya cadangan itu bukan untuk kakitangan awam mahu pun swasta, sebaliknya hanya untuk pesara, mereka yang menjalankan perniagaan sendiri dan "kaki lepak" yang selalu membuang masa dengan media sosial saja? 

Mat oh Mat....(30/12/2015).

40 comments:

  1. MAMAT NI DAH TERLEBIH SPIN... FAKTA BUKAN AUTA

    SUDAHLAH BAIK DIAM....KALAU BERBUNYI CONFIRM STUPID

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah-entah dia ni time zaman muda banyak berdengong juga ngan budak-budak dikampung. Jadi dalam 'pandai' ada 'side-effect' yang dia tak sedar membuatnya banyak merapu.

      Delete
    2. Dia ni mat tiga suku.

      Delete
    3. Hoiii Pendik tukarlah nama kau tu daripada Ahmad Maslan kepada Ahmad Menyesal.
      Sueyyy punya nama

      Delete
  2. Baca cerita Mat Maslan ni, teringat saya kepada kisah seekor beruk milik jiran, Hj Isa. Nama beruk ni Bentayan. Mungkin mukanya yang nampak brutal, maka Hj Isa menamakannya Bentayan. Dipendekkan cerita, Bentayan mempunyai 3 kerja yang dilakukannya. Pekerjaan pertama Bentayan adalah memanjat pokok kelapa. Inilah tugas hakiki Bentayan. Tugas kedua Bentayan adalah menghalau Ayam yang belegar di jemuran kelapa kering Hj Isa. Inipun tugas rutin Bentayan. Manakala pekerjaan ketiga Bentayan adalah bergambar dengan pelawat, pelancong yang datang melawat kebun Hj Isa. Tugas ni dilakukan Bentayan secara part time dan kadang kala kalau angin Bentayan tak elok, Bentayan buat tak layan je walaupun diberi kacang sebagai upah bergambar. Sememangnya Mat Maslan mempunyai visi yang tepat dalam meningkatkan pendapatan rakyat..beruk pun boleh takkan manusia tak mampu melakukannya. Mat Maslan memang hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga barang harian bertambah mahal nak berniaga apa. Siapa nak beli

      Delete
    2. gula melaka. dapat 4juta tuuu. sehari, sebulan, setahun, tak tahu masa. tapi menteri kata dapat 4 juta.

      Delete
  3. Jualan rm4.0 juta? Saya nak cari modal rm40 pun sesak nafas. DKorang ni main juta juta je.....

    ReplyDelete
  4. CGPA 3.85, tolonglah duduk diam2 dari bercakap guna mulut tapi yg keluar bau kentut busuk paing yg menyesakkan nafas kebanyakan rakyat Malaysia ni. Apalah dosa org Pontian dapat wakil yg tolol macam ini. Takde ke sedara mara CGPA 3.85 di Pontian yg boleh nasihatkan sikit si bodoh sombong ini dari mengeluarkan angin kentutnya dari mulut...??? Tak kasihankah dgn rakyat marhaen yg baru aje menderita menghadap jerebu, rakyat Kuantan yg menderita debu merah bauksit.. di tambah lagi kentut busuk CGPA 3.85 pulak... Apa punya suwey rakyat marhaen dah dapat ni?

    ReplyDelete
  5. terima kasih 3.85.sumber pencetus idea utk saya menjadi usahawan online.akan terbitkan buku yg bertajuk AHMAD MASLAN...KOLEKSI KATA2 MUTIARA DAN PEMIKIRAN LUAR OTAK 3.85.confirm akan jadi bestseller dan diterjemahkan dlm pelbagai bahasa.confirm untung 4 juta paling sikit selepas bayar royalti.

    ReplyDelete
  6. Incik Din, tolong dokkumentasikan segala idea "BERNAS" budak Sains Johor ni. kompom laris di pasaran

    ReplyDelete
  7. Ni lah katakan Menteri Cap Ayam.... Ngok!!!!!! Cukai kita dibayar dengannya dapat Menteri Cap Ayam....

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu contoh yang di maksudkan oleh Mat Maslan.

      Delete
    2. Kat MITI boleh buka pusat urut batin dan b2b. Lesen dan sewa percuma. Sambutlah perlawaan mat tiga suku ni

      Delete
  9. Kawan sekampung aku pun nama mesalan.. pun kelakor mcm yb gak.. badan pun size2 yb.. cabi cabi cute..

    ReplyDelete
  10. Keputusan Ketua Jabatan tidak membenarkan penjawat awam melakukan perniagaan on-line adalah tepat.

    Salah-satu syarat membenarkan kakitangan membuat kerja sampingan ialah dengan mengambil kira waktu kerja tersebut di lakukan. Kakitangan mesti menyatakan secara bertulis kerja sampingan yang di lakukan olehnya bermula dari pukul berapa sehingga pukul berapa?

    Perniagaan on-line bukan sahaja tidak tentu masa tetapi sepanjang masa. Nama pun on-line. Bila masa off-line nya ?

    Kerana itulah perniagaan on-line lebih buruk kesan nya dari kerja sampingan atau dari dua kerja.

    Kalau untung sampai RM 4 juta, bererti pada awal bisness tersebut bererti dia terikat 24 jam dengan bisness on-line nya dimana otak nya tidak berhenti berfikir .. Mungkin sekarang dia dah slow sikit. Tapi kalau dia leka, orang lain akan masuk atas nasihat Ahmad Maslan. Jadi dia kena tumpu balik pada on-line dia supaya pelanggan tidak lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untung RM5 juta. Tak payah makan gajilah kau mat maslan. Daripada kena maki hamun dan sumpah seranah lebih baik kau letak jawatan dan buat bisness on line dulu.
      Ini cakap tak serupa bikin. Memanglah kau ni Chief Putar Alam

      Delete
  11. Pernah dengar nukilan "...pandai pandai bodoh..?", maka nya terbukti ada contoh yang masih hidup lagi! Dan ramai pulak tuh dari yang tunjuk jari sewaktu berucap siap tersembur air liur, hingga yang bekas 'jalan tangan' menyelesaikan masaalah keluarga hingga kepada yang muka stone-cold kata hanya 2 orang jer boo dia....

    Jahanam Malaysia di barisi dari kepala sampai ekor orang orang yang nampak bagus tapi hampeh semua!

    ReplyDelete
  12. Ahmad Maslan sekali lagi menunjukkan kebodohan nya dengan mengatakan "Rakyat Malaysia ini minat media sosial, kadangkala berwhatsapp, bermain FB dan Twitter sampai jauh tengah malam. Tak tahulah apa hasil yang mereka dapat."

    Rakyat Malaysia telah hilang keyakinan pada sumber dari media yang di kuasai kerajaan. Kepenatan semasa waktu kerja dan perjalan dari rumah ketempat kerja dan pulang ke rumah sangat meletihkan. Salah satu cara menenangkan fikiran dan perasaan ialah dengan bersukan tetapi masa yang ada sangat suntuk kerana sebaik sampai di rumah hari dah malam.

    Salah satu cara menghilangkan keletihan ialah dengan menguna media sosial, berwhatsapp, bermain FB dan Twitter. Banyak komen yang mengeli kan hati seperti isu dua kerja.

    Dunia bergerak pantas. Begitu juga maklumat dunia tanpa sepadan. Mengatakan apa mereka dapat adalah kenyataan bodoh.

    Kerana mereka lah Kerajaan dapat kutip cukai GST. Apa yang Ahmad Maslan dapat dengan mengesyorkan dua kerja selain dari di anggap Menteri yang kurang cerdik? Lebih baik Ahmad Maslan dapatkan maklumat mengenai dirinya dari FB dan Twitter.

    ReplyDelete
  13. Apa yang Ahmad Maslan bagitau memang betul,daripada buang masa layan FB dan sebagainya baik berniaga online untuk menambahkan pendapatan.Realiti ramai kakitangan kerajaan berniaga samada online ataupun tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sangatlah tu. Sambil kerja sambil layan FB buat bisnes online.Lepas tu boleh lelong barang barang di pejabat pula. Lepas habis melelong barang2 pejabat boleh lelong mat maslan pula kat chow kit road

      Delete
    2. Memang elok pun kalau nak tambah income...byk kakitangan kerajaan yang berniaga waktu berkerja...

      Delete
    3. Realitinya ramai kakitangan kerajaan berniaga menyebabkan timbul nya tidak puas hati di kalangan kakitangan. Mereka yang terlibat dengan kerja operasi dan di kaunter bayaran tidak senang dengan rakan mereka yang duduk dalam pejabat buat bisness online. Jadi apa cara kakitangan operasi dapatkan duit lebih?

      Realiti kedua, samada kakitangan kerajaan terlalu ramai sehingga mereka boleh buat bisness online atau orang lain yang terpaksa membuat kerja dia. Sebab itu borang permohanan yang telah di isi entah ke mana sebab yang terima orang lain yang buat kerja orang lain. Yang paling malang sudah lah parking susah, sampai pejabat di beritahu 'Yang buat encik Ahmad tapi dia dah keluar, bila dia balik tak pulak dia beritahu'

      Kalau kita tenguk FB Menteri pun macam-macam... cuma dia orang tak tekan LIKE ucapan tahun baru Najib.

      Delete
  14. Tahniah mat maslan.
    Trimakaseh pawarutt!

    ReplyDelete
  15. Ahmad Maskan memang bijak...Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa Ahmad Maslan nih seorang yang bijak... Dia cukup bijak dan pandai mencuri peluang dan perhatian...

    Hebatnya dia mengubah sesuatu isu dan mengalihkan sampai semua orang terlupa akan isu besar yang sedang diperkatakan... Semua pasai nak melayan kenyataan "terlampau bijak" Ahmad Maslan tu...

    Kerana komen Ahmad Maslan lah orang dah tak sembang pasai penyatuan PAS dan UMNO... Orang dah sampai lupa kerjabuat tahap celaka Hadi Awang tue... Malah banyak isu lain semua telah berjaya dikesampingkan... Semua kerana kebijakan Ahmaf Maslan...

    Hebat sungguh lah dia... Orang macam dia lah yang selalu menyelamatkan keadaan... Dan orang macam dia perlu dikekalkan dalam Kabinet Najib Razak...

    Ahmad Maslan lah lifeline terbaik bagi Najib Razak.... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Ahmad Maslan lah orang persoal mengapa Hj Hadi nak jadikan UMNO sebagai kawan?

      Orang marah dengan Ahmad Maslan tetapi PAS tak marah !

      Delete
  16. Menteri n umno ni bukan ada otak klu ikut umno buat je buat suka hati tak payah ikut Perintah Am dulu kata tanam sayur depan rumah utk kurangkan belanja tapi klu duduk dlm bandar mana ada tempat nak berkebun menteri mangkuk ayun n bangang ni cakap je bodoh tak sudah2

    ReplyDelete
  17. Menteri n umno ni bukan ada otak klu ikut umno buat je buat suka hati tak payah ikut Perintah Am dulu kata tanam sayur depan rumah utk kurangkan belanja tapi klu duduk dlm bandar mana ada tempat nak berkebun menteri mangkuk ayun n bangang ni cakap je bodoh tak sudah2

    ReplyDelete
  18. Kenyataan Ahmad Maslan akan menyusahkan ramai kakitangan kerajaan di masa hadapan. Apabila orang awam tidak puas hati dengan perkhidmatan yang di terima atau mendapat layanan yang tidak memuaskan, orang akan mengatakan yang mereka buat dua kerja samada online atau tidak

    ReplyDelete
  19. Dia perasan yang dia pandai sangat Dan dia rajin Dan betul sangat tetapi sebenarnya dia jenis manusia yang BEBAL Dan hipokrit

    ReplyDelete
  20. Nak sedar apa ? Bila dah otak kurang upaya, kesedaran itu sudah tiada !

    ReplyDelete
  21. UMNO ni tak putus putus dgn menteri yg penuh bakat terpendam . Masa Mahathir dulu ada Sanusi Joned yg tanam padi atas bumbung, buat program ngorat bini sendiri dll yg tak masuk akai.... di zaman Najib bakat bakat sewel ni semakin berkembang dah ada hassan malik, mat maslan, ismail sabri dan mungkin akan muncul lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah beza nya Mahathir jadi PM dengan Najib jadi PM.

      Kalau Ahmad Maslan cakap macam ini masa Mahathir, orang tak anggap lawak. Orang fikir dengan serious dan jawab pun dengan cara yang serious.

      Kabinet Najib semua benda jadi bahan lawak. Tak tahu lah samada pasal integriti ke, maruah ke, Mahathir terlampau pandai ke ... atau masa Mahathir, kalau dia orang bercakap, harga barang turun kot? Tapi bila Najib, kalau dia orang pulak yang bercakap, mata wang tak turun pun ! Dan paling sial rakyat bertambah susah.

      Bila dah semakin susah, orang jadi tergelak. Bila senang, orang fikir mungkin boleh.. makna nya selesaikan lah masalah rakyat dahulu..

      Delete
  22. Dulu masa dengar kisah PAK PANDIR dan PAK KADUK saya rasa susah hendak percaya.Tidak akan ada manusia bodoh macam tu.Tapi sekarang saya dah mula percaya...

    ReplyDelete
  23. ramai penjawat awam berniaga online. yang jual e-book soklan spa temuduga pun ada. jual insurance la,shaklee la.

    ReplyDelete
  24. Pak Pandir moden sudah jadi kenyataan. Malah BN boleh lahirkan ramai Pak Pandir. Itulah kelebihan Umno dalam BN yang turut disokong oleh MCA dan MIC. Sama-sama semua nak jadi Pak Pandir moden iaitu pakai smartphone ..... tapi bodoh pintu kayu !

    ReplyDelete
  25. Muka Mat Maslan ni memang muka suwey ..tak payah buang masa nak layan ..dia adik beradik pun menyamun kat MOF ..taktaulah bomoh jawa mana dia pakai sampai najib jadikan ketua penerangan dan timbalan menteri ..kalau pikir balik ..tak mustahil ..boss dia pun mangkuk hayun jugak

    ReplyDelete
  26. Mat Maslan memang pandai..bukan dia tak tau ada pekeliling larangan meniaga online..tapi dia suroh gak korang penjawat awam meniaga..pastu korang akan kena tatatertib..tuduhan..ingkar arahan dan hukumannya samada buang kerja atau turun pangkat atau tahan kenaikan gaji atau paling ringan diberi amaran..tapi kotor la buku servis korang..jangan harap nak naik pangkat..dgn cara ni jimat la duit kerajaan takyah naikkan pangkat korang..ni la namanya bijak membelit..dah tak boleh belit orang kampong orang kerajaan pon nak dibelitnya jugak..kena bagi nama baru mat maslan..ULAR JAWA sepupu ular sawa.

    ReplyDelete
  27. Berminat jana pndapatan melalui program komuniti keusahawanan??dptkan info diblog puteripastel.blogspot.com..tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...