Friday, 18 December 2015

KERJASAMA UMNO DENGAN PAS LEBIH UNTUK SURVIVAL NAJIB

Sehingga kini Najib Razak adalah satu-satunya Perdana Menteri yang dikenalpasti paling banyak melakukan tawaran kerjasama politik kepada pelbagai pihak dalam negara ini.

Kepada pengundi bukan Melayu, beliau pernah menawarkan kerjasama melalui slogan 1Malaysia dan " I help you, you help me" tetapi kedua-duanya gagal membuahkan hasil di mana sebaik saja keputusan PRU 13, kekecewaan Najib dapat dirasakan apabila menyifatkannya sebagai tsunami Cina.

Najib juga menawarkan kerjasama lebih khusus kepada pengundi India melalui hubungan dengan Hindraf dan kemudian melantik pemimpin utamanya sebagai timbalan menteri untuk menjaga kepentingan kaum itu.

Hubungan itu juga berakhir dengan kekecewaan sehingga P Waythamoorthy meletakkan jawatannya dan kembali menjauhkan diri daripada Najib kerana berpendapat banyak janji-janji yang diluahkan tidak ditepati.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, setelah memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal daripada kerajaan berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya serta membelasah semua pengkritiknya, di majlis penggulungannya beliau menghulurkan salam perdamaian dengan alasan demi perpaduan dan pengukuhan parti.

Di dalam perhimpunan itu juga, Najib menawarkan salam kerjasama dengan Pas yang selama ini dimusuhinya. Semalam pula dalam majlis alumni Al Azhar yang turut dihadiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang di mana kedua-duanya berpakaian sedondon baju Melayu berwarna merah jambu, Najib sekali lagi menawarkan kerjasama sambil memetik ayat-ayat suci Al Quran, surah 103 Ali-Imran yang menekankan mengenai perpaduan dan berpegang kepada tali Allah.

Dalam konteks kononnya berjiwa besar ingin berdamai dengan pengkritiknya dalam UMNO dan kemudian menawarkan pula kerjasama dengan Pas, yang mana satukah menjadi  keutamaan Najib - mencari perdamaian dalam UMNO atau bekerjasama dengan Pas?

Apakah dengan menyatakan ingin berdamai itu, Muhyiddin dan Shafie akan terus dikekalkan kedudukannya  dalam UMNO atau kedua-duanya tetap akan disingkirkan selepas ini?

Tanpa menunjukkan tanda-tanda susulan mahu berdamai dengan musuh dan pengkritiknya dalam UMNO, apakah kerjasama dengan Pas hanya sebagai "galang ganti" untuk memudahkan tindakan diambil diambil terhadap Muhyiddin dan Shafie?

Salam kerjasama yang dihulurkan Najib kepada Pas dengan menggunakan alumni Al Azhar dan mungkin turut sama melalui peranan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang kini diberikan jawatan CEO Yayasan Kesederhanaan Global, kini pantas disambut dengan tertubuhnya sebuah jawatankuasa ke arah itu.

Terlihat seolah-olah ingin cepat benar kerjsama itu mahu dijadikan kenyataan.

Kerjasama ini, walaupun sekali imbas memperlihatkan keinginan lebih di pihak Najib, tetapi tidak dinafikan Pas juga memerlukannya demi masa depan dan kepentingan politiknya.

Walaupun Najib kelihatan semakin kuat dalam UMNO, tetapi perselisihannya dengan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Shafie membuatkan parti itu semakin jauh di hati rakyat. Rakyat lebih melihat isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang dibangkitkan oleh ketiga-tiga pemimpin itu terlalu banyak kebenaran yang sukar dinafikan.

Berbaik dan bekerjasama dengan Pas mungkin menjadi pertimbangan Najib untuk terus menjarakkan diri dan "berkerat rotan"  dengan Tun Mahathir, Muhyddin dan Shafie dengan keyakinan bahawa kerjasama itu mampu mendatangkan sokongan rakyat yang lebih melimpah kepada pengekalan kuasanya.

Jika tidak bermasalah dengan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Shafie, apakah mungkin salam kerjasama kepada Pas itu dihulurkan oleh Najib?

Pas pula baru saja berpecah dengan kumpulan progresif dan kehilangan bekas Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu serta lain-lain pemimpin yang merupakan aktivis dalam parti itu. Walaupun Pas kelihatan masih utuh, tetapi akibat perpecahan dan penubuhan Amanah, sokongan rakyat kepadanya juga berkurangan khususnya di kalangan profesional dan pekerja sektor awam serta swasta.

Dengan bekerjasama dengan UMNO, Pas sebagai sebuah parti politik, tidak lain keinginannya selain berharap dapat mengekalkan pengaruh dan kuasanya di negeri-negeri tertentu.

Hakikatnya, kerjasama ini ditawarkan dan disambut ketika kedua-duanya, UMNO dan Pas sedang bermasalah dari segi sokongan rakyat.

Tetapi yang paling mendapat manfaat daripada kerjasama itu ialah Najib sendiri. Dengan Pas yang diomong-omongkan berlabel Islam pun sedia berbaik dengannya, Najib kini secara langsung dapat "menyucikan" dirinya daripada isu wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya itu.

Sekarang ini bukan saja Haji Hadi tidak melhat isu wang itu sebagai hal besar kepada Najib yang tiba-tiba bergelar bilionaire, malah pemimpin, ahli dan penyokong Pas pun turut kurang kedengaran bercakap mengenainya seolah-olah memasukkan wang besar ke poket sendiri ketika berjawatan besar adalah amalan yang sudah tidak berbangkit lagi dari segi salah benar atau halal haramnya.

Sudah pasti selepas ini Najib tidak lagi bercakap mengenai 1Malaysia atau "I help you, you help me" kepada bukan Melayu. Lidahnya akan lebih petah bercakap mengenai jiwa Melayu, perpaduan Islam, kabilah, malah mungkin petikan terjemahan Al Quran yang bersesuaian turut semakin kerap diungkapkan. 

Bekerjasama dengan Pas bukan saja untuk memudahkan Najib bertindak terhadap musuh-musuhnya dalam UMNO sambil dapat "menyucikan"  dirinya, malah PRU 14  juga bakal memperlihatkan pengundi Melayu akan menjadi keutamaan baru setelah bukan Melayu mengecewakannya dalam PRU 13 lalu. (SH 18/12/2015).

26 comments:

  1. Pendek kata Najib ni 'hypocrite' dan 'opportunist'

    PAS akan turut tanggong dosa bersubahat dan menipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3.5 juta ahli UMNO bole hilang akal yang waras, inikan pula Tabib Hadi seorang.Betul2 hebat Moron Jibon ni...

      Delete
  2. Sekarang saya nampak permainan Dato seri Najib...tahniah...semoga berbahagia di dunia yang sementara ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pengantin baru kepada najib dan hadi. Selamat berbulan madu di memali.

      Delete
  3. Musuh kepada musuhku adalah sahabatku. Dalam politik sahabat dan musuh bukan selamanya

    ReplyDelete
  4. Kaki rasuah Najib bolih sebut surah Al-Imran ayat 103 utk memperbodohkan Hadi pada kali 33. Tapi surah Al-Imran juga ada sebut surah yg melaknat orang macam Najib spt surah 161-iaitu mengkhianati amanah dengan memakan harta orang. RM2.6 billion dan RM42million...mengikut surah tu, Najib kena pulangkan balik semasa Akhirat dan selepas tu dihukom...

    DMsia..Najib ada Khalid dan Apandi yg bolih cover duit2 tu. Mengikut surah tu..Khalid dan Apandi juga akan dihukom kerana bersubahat dgn Najib,

    ReplyDelete
  5. Hadi pun manusia biasa yang punya nafsu. Dia pun nak hidup senang jugak. Apa salahnya berbaik-baik dgn billionaire. I help you.You help me. Nanti Hadi karang la satu kitab nak justify yang Najib tak salah. Dulu boleh tolong Anwar sekarang takkan tak boleh tolong Najib pulak.

    Jom tonton sandiwara.

    ReplyDelete
  6. Memang sandiwara. Ingat budget 2016, PMO dapat peruntukan besar, tak hairanlah PMO juga organizer bersama program multaqa ini. Malah tidak silap kita mengagak baju melayu pink sedondon lengkap dgn samping sutera itu semua ditempah khas melalui budget PMO.. Duit rakyat Malaysia jugak.

    Kita boleh menjangkakan siapa tangan yang merancang kerja2 halus begini memecahbelahkan PR dan mendekatkan UG tanpa hudud dan royalties minyak Kelantan.

    Bertapa jengkelnya Hadi jika terperangkap dengan permainan halus INI sampai rela fotoshoot sedondon.

    Apa kata TGNA jika maseh ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak Hj.Hadi ni.

      PAS banyak belajar drpd DAP dan PKR bagaimana nak bermain psy war dgn musuh sehingga musuh terleka dan terlena.

      Dulu, PAS cuma parti kampungan, tetapi selepas menyertai PR, PAS berupaya menembusi kawasan2 elit dgn bantuan penuh DAP dan PKR.

      Ramai beranggapan PAS semakin nazak dan perlu mencari sekutu baru utk survival politik mereka.

      Tapi, pendapat aku, PAN yg ditubuhkan utk menyaingi PAS, sebenarnya adalah ranting PAS sendiri tetapi lebih liberal.

      PAN ditubuh utk mengubat hati Mat Sabu yg kemaruk jawatan tertinggi sebuah parti, disamping meredakan gejolak group Anwarinas yg membara di dalam PAS.

      PAN juga ditubuh utk menarik semula sokongan pengundi bukan Islam yg khuatir dan gelisah dgn cadangan PAS utk melaksanakan Hudud.

      Lihat saja drama2 antara pemimpin PAS dan PAN.
      Tidak ada kesungguhan langsung yg diperlihatkan oleh pemimpin2 PAS.
      Yg ada cuma retorik kata2 menyindir yg hanya menjadi geli geleman di telinga.

      PAS juga tak bersungguh2 utk 'merebut' semula kawasan2 pilihanraya yg diduduki oleh wakil PAN.

      Pendapat aku, senario ini sekaligus membuktikan sebenarnya PAS dan PAN adalah satu dan sedang bermain wayang.

      PRU14, aku amat yakin, PAS akan kembali menyertai PR/PH.

      Delete
    2. Adzzam....sdra gagal memberi hujah yg menyakinkan tindakan HH bijak. Alasan yg diberi kuaitinya seperti barang yg dikutip diteli jalan. Tindakankan HH setakat ini lebih kepada kegagalan memahami real politik semasa dgn tepat dan kegagalan mrnterjemah ilmnya mrnjadi satu solution seperti krjayaan TGNA menterjemah ilmunya menjadi satu solution Islamik yg hebat....

      Delete
    3. Bat8. Sdra cuma berjaya melabel ulasan kwn2 kita dgn pandangan sinis. Saudara gagal menunjukkan diri saudara sebagai bicarawan yg boleh mencerna pemikiran sihat utk rakyat.

      Delete
    4. Apa guna main wayang kalau taukeh wayang nya umno. Pengarah nya pun umno? Apa kekuatan yang pas ada ? Dari awal pas ikut bukan memimpin pon.

      retorik kata2??

      retorik kata2 ke sampai rumah tangga nak runtuh, hukum se wenang-wenang nya di mainkan, hudud di pertaruhkan, macam-macam

      Hidup ini bukan wayang. Dunia bukan pentas nya.

      Delete
    5. Bijak apakah bendanya, sesudah dimandikan dengan air kencing UMNO kemudian menjilat muntahnya sendiri. Apa sudah jadi dengan Amanat Hadi Awang dulu tu, yang mengatakan PAS menentang UMNO kerana dasar UMNO itu sendiri tidak islamik? Sejak bila dasar UMNO telah bertukar menjadi islamik, adakah sejak royalti minyak Terengganu bertukar menjadi wang ihsan? Apalah punya bangang individu yang mengatakan Hadi itu bijak, ptuii!!!

      Delete
    6. Sy setuju dgn hujah Tuan

      Delete
    7. Maaf, mungkin ramai yg tak memahami.

      Maksud bijak HH adalah kecerdikkannya mengguna segala peluang utk melumpuhkan Umno.

      HH tahu dan sedar, Najib sedang nazak dan perlukan sekutu utk terus berdiri.

      Aku amat yakin, tema perpaduan ini cuma wayang HH utk 'masuk'lebih dlm ke kawasan musuh.

      Najib mmg diketahui amat terdesak, cuma menunggu pukulan 'maut' di PRU14.

      Aku juga amat syak, semua ini adalah rentetan psy war yg disusun oleh pihak pembangkang utk menguburkan terus Umno dan BN.

      Delete
  7. Shah najib buat begitu utk menguatkan lagi kedudukanya sebaigai Pm dan dia bolehlah lawan Tun yg pegang jawatan 22thn paling lama nanti

    ReplyDelete
  8. Shah najib buat begitu utk menguatkan lagi kedudukanya sebaigai Pm dan dia bolehlah lawan Tun yg pegang jawatan 22thn paling lama nanti

    ReplyDelete
  9. Dan jgn terkejut bila najib akan tendang kumpulan2 penjilat dia selama ini. Najib akan ganti dengan wakil2 dari pas. Kalau selama ini najib boleh bertahan sbagai PM hasil ampuan kumpulan penjilat ni spt salleh kruak, dahalan dan maslan(sbgai contoh) maka selepas ni kehebatan najib akan disokong dgn ayat2 alquran dan hadith. Akan lagi hebat najib kerana kerja mengampu najib selama ini gagal dilaksanakan oleh mufti2 dan fatul bari. Zahid pun kena fikir semula peranannya. Najib tahu dgn menggunakan islam sahaja dia akan dapat menarik semula sokongan terhadapnya. Inilah yang dikatakan menjual agama untuk dunia. Tapi masih terlalu awal utk kita meramal apa yg akan berlaku kerana tun M, muhyiddin dan shafie pun akan mengorak langkah bagaimana utk terus menewaskan najib. Nawaitu PAS adalah putrajaya. Nawaitu Tun M, Muhyiddin nak kekalkan BN. Nawaitu PKR and the geng juga putrajaya. Gajah sama gajah bertempur sekarang. Rakyat akan mati ditengah2. Kelemahan UMNO adalah gagal membina kekuatan pelapis pemimpin. Ada sehebat Anwar telah disingkirkan. PAS tiada nampak kumpulan pelapis. PKR ada DS azmin. DAP ada LGE. Pilihan yang ada utk UMNO bukan hishammudin atau khairy atau ahmad maslan (lucu) tetapi MUKRIZ. Yang pasti najib adalah yg terakhir utk umno dan waktu mmg sudah dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa.. Apa salahnya penjilat2 tegar dlm UMNO diganti wakil dari PAS.
      Bakal 'menantu tiri' Najib dari PAS En. Ding Ayang pong teringing hidup mewah ape.. Jemu gok gune BMW 7series modified.. Teringing pulok memandu Ferrari ke, Lamborghini ke, Buggati ke.. Hehehe... En. Nasaruding kite pong teringing gok nok pakai sut Versace atau Gucci ape... Kerajaang Perpaduang katakang.. Kemewahang mesti di'padu'kang bersama. Baru jadi.. Hehe...

      Delete
  10. Wajdi ulamak jelmaan UMNO telah tembak preemptive missile yakni laungan Najib UMNO-PAS berkerjasama atas perpaduan Melayu dan Islam bukan politik.

    Apakata PAS Dan Hadi jangan buat naive dahulukan salam dengan mintak UMNO bawa usual Hudud Kelantan diParlimen, kembalikan royalty mintak Kelantan kpd kerajaan negeri Dan pohon maaf at as kezaliman keatas PAS yang pernah dilabel parti ajaran sesat.

    Baru kita tahu tunggu rendah langit dan siapa sebenarnya yang perlu pelampung.

    ReplyDelete
  11. Orang berserban pun nafsu bolih tahan juga....ada yg kawin empat.Tapi kalau dengan najib ni....rasa rasa kena tipu jer.Hudud,royalti...dan macam macam yg kerajaan kelantan dan trengganu telah terima.Ahli pas akar umbi bukan bodoh mcm ahli umno.....mereka akan tolak kedua dua nya sekali

    ReplyDelete
  12. kah kah kahh,...teringat sebelum ni,..waktu Pas dan Umno tgh berbalah,..penyokong masing2 tuduh menuduh penyokong sebelah sana di tuduh kafir la,..y sebelah sini dituduh murtad la,...pastu blogger2 parti y betul 'hardcore' sampai sanggup mencarot segala mcm,...menghina sesama bangsa,...ibarat dunia bagai nak kiamat waktu tu,..las2 sekarang,..penyokong parti masing2 dipaksa 'jilat ludah sendiri' oleh najib dan hadi,...kah kah kah,...mana2 penyokong y pernah menghina pihak parti lawan mesti akan terasa malu sgt ni,...kah kah kah,....mana la nak letak muka ni beb,...kah kah kah,..wat malu org melayu betul dorg ni,...kah kah kah!!!

    ReplyDelete
  13. Parti hamPAs lupa diri bila nak kerjasama dgn umngok.Parti hamPas juga lupa yg golongan umngok membunuh ahli2 Dan penyokong2 hamPas di Memali.Hj Hadi jgn bongkak Dan jadi kacang lupakan kulit.

    ReplyDelete
  14. Banyak 'dowry' yang PAS perlu serahkan kepada UMNO. Selain dari RM 2.6 dan 1MDB, PAS juga menyerahkan kapal selam, NFC, Royalti, GST, Fitnah Liwat, Hudud, Yapiem, Zakat dan Rasuah.

    UMNO cuma membalas hantaran dengan balak, IS dan cek replika.

    ReplyDelete
  15. PAS tidak akan pernah lupa ape yang umno buat pada ahli PAS sebelum ni,...peristiwa Memali salah satu dari nya,....kekejaman y di lakukan umno ke atas ahli Pas masih lagi menjadi dendam silam,...jadi tak mustahil jika dikata kan tujuan PAS menyambut 'tangan' umno untuk bersatu bagai ada sesuatu y tersirat,...kemungkinan ade perjanjian sulit antara PAS,..DAP dan PKR,..jika dilihat kembali,..kelakuan PAS kebelakangan ini lebih byk pusingan 'u' dalam mengharungi perjalanan politik mereka,...dan sekali lagi,..tidak mustahil jika PAS membuat pusingan 'u' terhadap umno,...bagai ade satu gerakan halus dari PAS untuk menghukum umno,..dendam silam mungkin akan terbalas kelak,...wallahualam,..

    ReplyDelete
  16. Yang lebih berkesan untuk menyatukan orang melayu ialah program-program seperti Felda, MARA, Tabung Haji dan Kemas.

    Ini (Al Azhar) cuma nak mempertontonkan kepada orang-ramai 'Najib dan Hj Hadi' seperti Proton mempertontonkan kereta model baru.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...