Sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media, Perdana Menteri Najib Razak telah diambil keterangannnya selama dua jam setengah oleh SPRM semalam berhubung wang RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd yang didakwa masuk ke akaun peribadinya.
Dalam pendedahan WSJ sebelum ini, daripada sejumlah kira-kira RM2,600 juta yang didakwa mengalir masuk ke akaun peribadi Najib, RM42 juta daripadanya ialah daripada SRC International yang ketika itu merupakan anak syarikat 1MDB tetapi kini telah dipindahkan di bawah Kementerian Kewangan.
Hasil siasatan mengenai kedudukan sebenar wang daripada SRC International itu amat dinanti-nantikan oleh semua orang memandangkan sejumlah besar daripada keseluruhan RM2,600 juta itu yang dikatakan diterima daripada Timur Tengah sudah pun ditakrifkan oleh SPRM sebagai derma dan "halal" dari segi undang-undang.
Hanya isu berkaitan RM42 juta ini saja lagi yang tersangkut dan menyebabkan Najib terus dalam siasatan SPRM.
Apakah RM42 juta ini akan dikategorikan sebagai derma juga akhirnya atau ia akan berpanjangan hingga ke mahkamah?
Mungkinkah pula wang itu akan dianggap sebagai sumbangan sosial korporat oleh SRC International?
Tetapi, bolehkah sumbangan dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang?
Dalam hal ini, tidak dinafikan SPRM sedang berhadapan tugas berat dalam tugasnya, apatah lagi beberapa tangkapan turut sudah dibuat sebelum ini berkaitan perkara itu.
Jika kita masih ingat, antara yang pernah ditahan reman oleh SPRM dalam siasatannya ialah Dr Shamsul Anwar Sulaiman, CEO Ihsan Perdana, sebuah syarikat yang bertanggungjawab terhadap khidmat sosial 1MDB serta seorang despatch.
Selain itu, satu kertas pertuduhan yang masih diperdebatkan kesahihannya berkaitan pendakwaan perkara yang sama juga turut didedahkan oleh Sarawak Report selepas berlakunya penyingkiran Gani Patail sebagai Peguam Negara.
Namun selepas pertukaran Peguam Negara dan beberapa rombakan yang dilakukan kerajaan, semunya bagaikan terhenti begitu saja, termasuk pasukan petugas khas yang ditubuhkan sebelum ini turut tidak kedengaran lagi khabar beritanya.
Baru-baru ini, SPRM mendedahkan bahawa mereka juga sudah menemui dan mengambil keterangan bekas Pengarah SRC International, Suboh Mohd Yasin serta Jho Low di luar negara.
Dengan semua perkembangan ini, rakyat hakikatnya tidak sabar lagi menanti hasil siasatan SPRM tentang perkara ini serta justifikasi mengenainya.
Tidak dinafikan, di sebalik kenyataan SPRM bahawa keterangan daripada Najib sudah diambil selama dua jam setengah, masih kedengaran mereka yang pesimis dan ragu-ragu lagi.
Bagaimanapun, sesuatu yang harus disedari ialah inilah pertama kami seorang Perdana Menteri negara kita disiasat dan diambil keterangannya oleh sebuah agensi penguatkuasaan berkaitan pertuduhan mengenai dirinya sendiri.
Selain SPRM yang menjalankan siasatan dan mengambil keterangan, peranan Peguam Negara yang menentukan pendakwaan turut menjadi sorotan ramai.
Jika didakwa, ia tentunya merupakan sejarah baru bagi negara kita. Kiranya tiada apa-apa yang berlaku pula, ia turut merupakan sejarah baru kerana sekurang-kurangnya seorang Perdana Menteri ada failnya sendiri di SPRM.
Tidak pernah sebelum ini, mana-mana Perdana Menteri mempunyai rekod dan sejarah seperti itu. Ini adalah sejarah yang hanya dicatat oleh Najib saja. Sama-sama kita menunggu kebenarannya. (SH 06/12/2015).
Teladan atau sempadan?
ReplyDeleteDia pun kuat menderma jadi apa salahnya kalau ada orang derma RM2.6b kpdnya.
ReplyDeleteRM2.6billion saja pun. YaPEIM pun tak dapat derma byk tu.Tabung Haji yg byk berjasa pun tak ada tok arab nak menderma.
Yang aku hairan tu tidak ada negara arab yg sanggup nak menderma kpd Tun Mahathir. Jepun pun tak mau derma kat dia.
SPRM ni adalah jentera daulah untuk menjaga kuasa2 eksekutif yg berkuasa Mesia termasuk raja sultan serta org2 politik berpengaruh.
ReplyDeleteKalo rakyat biasa xdak kuasa apa2, jadi saksi pun boleh mati.
Berhentilah buat kerja2 bodoh mempercayai para apparat kerajaan hatta para agamawan sekalipun. Apa gunanya hidup di kampung susah dan dibandar juga susah. Nilai seringgit orang kampung pun cukup tinggi. Berapa kerat org2 gomen sedar perkara ini? Ada lebih 1% drpd 1.4 juta gomen servant?
Berhentilah membodohkan diri sendiri percaya kpd agensi2 kerajaan. Jika terus meletakkan kepercayaan ini, anda berhak membunuh diri sekarang. Ini adalah satu ibadah terbaik untuk segala umat di Malaysia ini. Kematian anda amat2lah dihargai. Pergi mereputlah dgn aman.
moral of story == selagi Bangsat Najib (BN) ada di atas,jangan lah percaya dan menaruh harapan lagi...
Deletep/s- jangan bunuh diri- aman kan diri kpd Allah...
Semuanya telah di atur mengikut keselesaan Najib untuk melepaskan diri.
ReplyDeleteSPRM buat siasatan bukan sebab teguran dari Majlis Raja-Raja tetapi untuk kepentingan politik Najib.
Siasatan ke atas Najib yang di buat oleh SPRM bukan nya secara tidak sengaja dengan perhimpunan UMNO dan selepas Zahid menyatakan isu tersebut biarlah di siasat oleh pegawai penyiasat.
Jika dilihat SPRM mengikut kehendak Najib dan Zahid.
Buat syarat saja tu. Jawapan pun rakyat dah tahu
DeleteBagi Najib dan penyokong, tidak menjadi kesalahan atau sesuatu yang memalukan apabila di siasat.
ReplyDeleteSetiap siasatan perlu ada kesahihan dan bukti yang menunjukkan siasatan perlu dijalankan.
Najib bersih bukan kerana telah di siasat tetapi Najib bersih sekiranya Najib saman WSJ dan Sarawak Report.
Mahathir disiasat berikutan lapuran Polis.
ReplyDeleteTetapi kerana Mahathir yakin dia tidak bersalah, jangan kan semua soalan tidak dijawab oleh Mahathir, pihak Polis yang kena jumpa Mahathir.
Itu bekas PM. Mahathir tidak benarkan dia di siasat kerana yakin dia tidak melakukan sebarang kesalahan. Najib sebagai PM, sedia pulak di siasat oleh SPRM. Sepatutnya Najib bercuti atau lepas kan jawatan untuk memudahkan SPRM siasat,
Tak lama lagi semua pegawai penyiasat akan naik pangkat
ReplyDeleteWatak najib ni bukan
ReplyDeleteWatak najib ni bukan macam orang muslim yg beriman....cakap nyata pembohong,janji dimungkiri,ugama di jadikan topeng..sah lah seorang munafik.Sanggup melakukan apa saja demi kepentingan dan mempertahan diri.Umno mesti tolak najib......najib penķhianat bangsa dan agama
ReplyDeleteWatak najib ni bukan macam orang muslim yg beriman....cakap nyata pembohong,janji dimungkiri,ugama di jadikan topeng..sah lah seorang munafik.Sanggup melakukan apa saja demi kepentingan dan mempertahan diri.Umno mesti tolak najib......najib penķhianat bangsa dan agama
ReplyDeleteMalunya rakyat malaysia yg dpt pemimpin yg sedemikan rupa satu dunia pun dah tahu setakat Sprm apa ada yg penting bersumpah dgn menjunjung alquran yg mereka itu bersih itu baru bersih yg lain sebagai manusia semua boleh diatur
ReplyDeleteMalunya rakyat malaysia yg dpt pemimpin yg sedemikan rupa satu dunia pun dah tahu setakat Sprm apa ada yg penting bersumpah dgn menjunjung alquran yg mereka itu bersih itu baru bersih yg lain sebagai manusia semua boleh diatur
ReplyDeleteAlhamdulillah...makbul doa org2 yg dizolimi....gst...yg paling zolim skali...tunggu masa shj....paling lama pun 5 tahun shj dia mampu bertahan...terimalah ia di dunia ini lagi...Ya Allah...
ReplyDeletekalo ade kertas untuk pendakwaan pun,..SPRM x dapat buat ape jugak,...AG bule tolak kes,....sebelum ni pun dah jadi,..BNM punye kes kena tolak,...xkan BNM buat kerja main2 kot,...
ReplyDeleteJawapan yang diberi oleh Najib melalui Zahid memakan masa 3 minit sahaja. Sedangkan soal siasat yang di jalankan ke atas Najib 2 setengah jam.
ReplyDeleteMana-mana pemimpin sepatutnya lebih berani memberi jawapan di parlimen berbanding di soal-siasat untuk menjaga integiriti nya sebagai PM, melainkan yang di tuduh tahu kesudahan siasatan ke atas dirinya.
Apakah tidak sama soalan yang akan di tanya oleh MP Pembangkang dengan soalan yang di tanya oleh SPRM ?