Sunday, 13 December 2015

APAKAH SERUAN DAMAI NAJIB BOLEH DITERIMA BEGITU SAJA?

Seperti ada kekeliruan yang ketara dalam diri Najib Razak ketika ucapan perasmian dan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam.

Jika dalam ucapan perasmian, Najib mengatakan dirinya seorang yang "gentleman"  dan bukan pengecut, tetapi ketika penggulungan beliau membanggakan dirinya seorang yang berjiwa besar semata-mata kerana kepada perdamaian.

Ketika mendabik dada meletakkan dirinya sebagai seorang yang "gentleman" dan bukan pengecut, ramai yang tidak lupa bagaimana Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap-sayap dan seterusnya beliau bersama Shafie Apdal turut dihalang berucap di majlis penggulungan perhimpunan tahun ini.

Sebelum itu, semua peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat tertinggi parti juga turut dinafikan.

Kalau betul "gentleman" dan tidak pengecut, kenapa larangan sebegitu rupa yang tidak pernah berlaku sebelum ini sanggup dilakukannya?

Lebih dari itu, ketika ucapan perasmian di mana beliau menyedari Muhyiddin tiada ruang untuk mempertahankan dirinya, "gentlemankah" bertindak menyerang musuh yang diikat kaki dan disumbat mulutnya?

Diselak lebih jauh lagi ke belakang sebelum ini, apakah boleh dikira "gentleman" dan bukan pengecut dalam tindakan Najib terhadap Peguam Negara, PAC serta gangguan kepada SPRM dan Bank Negara?

Dalam ucapan penggulungan pula, Najib sekali lagi, tidak saja keliru, malah seorang yang suka "masuk bakul angkat sendiri"  apabila mengatakan dirinya seorang yang berjiwa besar hanya kerana mengajak kepada perdamaian.

Kenapa perlu "masuk bakul angkat sendiri"  dan memuji diri sebagai berjiwa besar apabila mengajak orang lain berdamai sedangkan hampir semua masalah dalam UMNO adalah berpunca daripada dirinya juga?

Bolehkah dikata berjiwa besar apabila membelasah orang yang disekatnya daripada bercakap, tetapi kemudian menghulurkan salam perdamaian?

Berjiwa besar dan mahu berdamaikah Najib apabila sehari sebelum ucapan penggulungannya, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan penggantungan 9 Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang yang berani bersuara mahukannya berundur sebagai Perdana Menteri?

Dalam hal ini, barangkali Salleh Said Keruak kena lebih memahami erti sebenar "masuk bakal angkat sendiri"  yang diperkatakannya bahawa Najib tidak pernah mengamalkan sikap tersebut.

Dalam banyak hal, Najib ternyata cuba menunjukkan dirinya seorang yang berjiwa besar dan bersikap "masuk bakul angkat sendiri" dengan harapan supaya sikapnya lebih ditonjolkan, walhal semua orang yang waras dapat melihat pertentangan daripada apa yang dilakukannya.

Selain itu, dengan mengajak berdamai juga dilihat sebagai percubaan Najib menukar masalah dalam UMNO kepada seolah-olah perseteruan peribadi antaranya dengan Muhyiddin dan Shafie Apdal sedangkan kemelut hanya timbul berkaitan isu 1MDB dan derma politik yang pada hakikatnya jauh sama-sekali daripada segala unsur keperibadian.

Apakah dengan ajakan berdamai itu bermaksud Najib mahu segala isu berkaitan 1MDB dan derma politik yang diterimanya tidak lagi diperkatakan,  diungkit-ungkit dan akhirnya dihalalkan begitu saja?

Adakah dengan mengajak berdamai ini semua pertuduhan yang cuba dikenakan keatas Muhyiddin yang kini dalam pertimbangan Lembaga Disiplin akan diteruskan atau bakal digugurkan?

Muhyiddin dan Shafie mungkin tidak lagi mengharapkan sebarang jawatan dalam kerajaan, tetapi apakah dengan perdamaian itu semua peranan dan tugas mereka dalam parti akan dikembalikan semula?

Sepertimana ulasan Muhyiddin bahawa beliau ingin melihat apa tindakan Najib menyelesaikan semua isu yang dibangkitkannya terlebih dahulu, hakikat perdamaian bukan sekadar bercakap dan terletak di bibir semata-mata.

Isu 1MDB bukan sekadar rasionalisasi hutang, tetapi juga meliputi pelbagai urusniaga, perjanjian dan caca marba lainnya yang masih misteri sehingga hutangnya mencecah RM42 bilion dalam tempoh hanya enam tahun ditubuhkan.

Begitu dengan derma RM2,600 juta, banyak kekeliruan perlu dijelaskan dengan jujur, ikhlas dan berterus-terang. Bagaimana rakyat mahu yakin dan percaya sedangkan untuk menjawab sama ada wang itu diberikan oleh seorang penderma atau banyak penderma pun berbelit-belit jadinya?

Bersalam, berdamai atau berpeluk bukanlah isunya dalam UMNO mahupun kerajaan. Ini kerana masalah yang berlaku bukan isu antara Najib dengan Muhyiddin dan Shafie Apdal saja. Juga bukan antara Najib dengan Tun Mahathir.

Isunya sudah menjadi isu negara.  Keinginan berdamai oleh Najib seharusnya berlaku selepas semua persoalan dan tanda tanya rakyat dapat dijawab, bukannya setelah melihat jalan di hadapannya semakin gelap. (SH 13/12/2015)

29 comments:

  1. Damai......hemmm....epen kaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. PAU 2015 da berlalu..apa pun yg muhyidin..mahathir..shafie..xde pun yg menggusar najib ag...hahahaha..padan kamu terhina begitu sbb pengecut..bukan secara anak jantan diluar gelanggang PAU
    Najib hanya dpt diturunkan melalui saluran PAU 2015 dan parlimen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang keemasan da berlalu...inilah permainan mrk..rakyat terpedaya.

      Delete
  3. Dalam ucapan pengulungan..selain dari mengaku berjiwa besar..takde apa yg konkrit dinyatakan utk tangani pelbagai kenaikan kos yg menjerut rakyat terbanyak..yg disentuh cuma ERL, itu pun tidak jelas. Nasib takde ungkapan bumi berkeping dua kali ni..yg ada cuma ungkapan "biar tombak bercacak..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu hujan jalan becak
      tempat tanggok ikan mengkaring
      sang tombak sentiasa terpacak
      kalau diumpan sepat kering

      Delete
  4. Isunya bukan TSMY, Shafie, kerbau kota belud, Teu Ku Adnan, etc. Nak damai apa? Isunya derma masuk akaun PM yang tiada penjelasan logik. Isunya ekonomi yang makin teruk tapi tiada usaha konkrit untuk memperbetulkannya...yang sepatutnya rendah semakin tinggi, seperti inflasi, kadar pengangguran, pembaziran perbelanjaan kerajaan, kos pengangkutan awam....yang sepatutnya tinggi semakin rendah, seperti nilai RM, gaji dan imbuhan, pelaburan FDI,pertumbuhan pekerjaaan. Makcik2 dan budak2 pink yang memekik menyalak kat pwtc hari tu apa dia orang tahu pasal ekonomi? Dia orang ni lulus takat Form 3 jerrr...yang bijak pandai ada di PKR dan Amanah.

    ReplyDelete
  5. Najib memang sialan zahir Dan bathin.

    ReplyDelete
  6. Mane ade dalam sejarah pencuri..perompak..lanun tu gentlemen..udah koje deme tu gitu..yang bahlulnye..orang-orang yg mwnyokong..bahlul..waliol..maliol..

    ReplyDelete
  7. Menyampah dgn cara Najib berucap meneran neran kan suara..nak mintak perhatian le tu..tapi setiap kali dia menerankan suaranye tu..sambutan tepukan nampak hambar jee..cuma meneran yg terakhir tu yg paling kuat..baru org berdiri, tu pun nak ambik hati dia jee..jika perasan, terdengar juga suara pengerusi tetap menyuruh Shafie Apdal supaya berdiri...hahaha

    ReplyDelete
  8. Najib ni cakap apa pun mulalah pokok tumbang, ribut, banjir semua sampai. Nak membuktikan alam pun tak boleh terima cakap dia. Orang kau dah buat janji dgn pope dan yahudi ni kita jangan

    ReplyDelete
  9. Itu d panggil gentleman haramjadah..

    ReplyDelete
  10. Hmmm..
    Pencuri Munafik... bercakap meneran-neran dah mcm style Hasan Ali. Kunun berjiwa besar, kunun 'berdamai' tapi atas kehendak PAU. Pencuri Munafik... bernafsu besar. Kau ingat kunun2nya 'berdamai' segala mcm kesialan yg kau buat pada rakyat boleh dihalalkan mcm tu aje?? Rakyat tertindas takkan lepaskan anjing tersepit dan kuncu2nya.. Tunggulah masanya nanti. Tahulah engkau langit tinggi rendah.. Bangsat punya Pencuri Munafik!!!!!!!!

    ReplyDelete
  11. Pm tak payahlah masuk bakul angkat sendiri sat malaysia tahu apa yg berlaku Tun TSMY N DSS jangan undur anda semua tak bersalah yg patut minta maaf Pm kerana amat memalukan mana ada Pm lain yg di panggil SPRM memteri Sabah mana faham adab nak balun Tun saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib masuk bakul, dia sendiri kena angkat sebat tiada siapa nak angkat bakul itu kecuali Selleh keruak, Rahman, Nan mansor, Maslan 3.85. Kalau mereka angkat, najib pun tak percaya.

      Delete
  12. Pm tak payahlah masuk bakul angkat sendiri sat malaysia tahu apa yg berlaku Tun TSMY N DSS jangan undur anda semua tak bersalah yg patut minta maaf Pm kerana amat memalukan mana ada Pm lain yg di panggil SPRM memteri Sabah mana faham adab nak balun Tun saja

    ReplyDelete

  13. Agak-agaknya setiap ketua bahagian dapat berapa banyak imbuhan dan sogokan untuk PAU kali ini?

    Agak-agaknya setiap perwakilan dapat berapa banyak imbuhan dan sogokan untuk PAU kali ini?

    Tentunya sangat lumayan kan?

    Tentu melibatkan puluhan kalau tidak ratusan juta RM jumlah keseluruhannya.

    Tidak menjadi masalah kepada presiden kerana berderet para penderma pak Arab sedang menunggu giliran untuk menderma.

    Yalah, pak Arab ni banyak duit. Apa sangat la setakat dua tiga billion RM tu.

    Alangkan perang di Syria, Libya, Iraq dan sebagainya dia orang boleh sponsor.

    Inikan pulak UMNO. No hal punya.

    ReplyDelete
  14. Episod yang telah dijangka kan. Tak kan PAU di tutup tanpa berdamai. Tergantung lah jawab nya. Jika ada kejujuran untuk berdamai bukan semasa tamat PAU tapi semasa mesyuarat tertutup MT dan Muhyiddin juga di benarkan berucap.

    Berdamai, berdamai jugak. Tapi kena bercuti, bercuti jugak. Ini yang didesak oleh Muhyiddin di Kampung Baru depan ahli-ahli UMNO. Ramai yang menganggap perhimpunan di Kampung Baru adalah salah-satu acara PAU kerana Muhyiddin menjalankan tanggung-jawab nya sebagai Timbalan cuma ia nya di adakan luar bangunan PWTC.

    Yang sepatutnya inginkan berdamai ialah Muhyiddin bukan Najib sebab Muhyiddin yang teruk di belasah dengan diikat kaki dan disumbat mulutnya.

    Macam Anwar pulak! . Tapi. Anwar betul-betul diikat tangannya dan di tutup mata nya .... Kerana malu nak minta maaf, Anwar sendiri yang maafkan mereka. Bukan mereka yang memaafkan Anwar.

    ReplyDelete
  15. Pemimpin skrg mengamalkan politik sebenar iaitu ilmu tipu muslihat. Boleh rujuk kamus dewan. Hak rakyat cuma semasa mengundi sahaja. Selepas itu mereka adalah raja melebihi raja2 yang ada..politik malaysia sebenarnya telah hancur. Kita ambil contob Ku Nan. Bila musim pilihanraya sanggup menyembah kaki pengundi dan bila menang pecat sana pecat sini. Pemimpin apakah sebegini. Tak perlu ambik contoh zaman keagungan Islam seperti hujah yang dibawa penjilat Fatul Bari. Berapa wang tabung parti yg Saidina Osman dan sahabat2 Nabi guna utk berkempen nak jadi pemimpin? Saya percaya kebenaran sejarah. Sesebuah kerajaan (parti) akan bermula, sampai kemuncak dan selepas itu akan lemah. Bermula dgn Tunku, kemuncak pada zaman Tun M dan selepas itu lemah sehingga kpd Najib. Teori RAHMAN mmg tepat. Legasi UMNO sebenarnya mula musnah bila ketiadaan Anwar. Dan selepas itu tiada seorang pun pemimpin yang sehebat Anwar yang dilahirkan. Sebaliknya parti serpihan UMNO iaitu PKR berjaya melahirkan bakal2 pemimpin yang berintergriti seperti DS Azmin utk meneruskan legasi. Seorang sahaja yang saya nampak berpotensi dlm UMNO adalah Mukriz. Namun biasalah tradisi raja (pemimpin umno). Yang berpotensi ini akan dibunuh masa depannya kerana takut Mukriz akan mengugat cita2 dan haloba mereka. Kumpulan pelapis yang lain dalam UMNO adalah bukan kumpulan pemimpin tetapi kumpulan2 penjilat kepada raja2 ini. Bagi saya jangkahayat UMNO sudah sampai penghujung. Teori RAHMAN pasti berlaku seiring dgn fakta sejarah. Adakah selepas RAHMAN adalah AL-HAJ atau ANWAR? Yang kita patut sedar selepas ini adalah pemimpim dr pihak pembangkang yang banyak bermula dgn huruf 'A'. Anwar sendiri, Azizah, Azmin, Abdul Hadi. Dari UMNO siapa? Salleh Keruak? Abdul Rahman Dahalan (lucu), Khairy. Penjilat ini bukan pemimpin. Kalau AL-Haj, aku percaya A itu adalah Anwar dan L itu Lim Guan Eng. Apa salah kalau kita pilih Lim, kalau Islam kekal sebagai agama rasmi, kehidupan rakyat jauh lebih baik dari pimpinan UMNO. Apakah saudara fikir Islam terbela dibawah pimpinan UMNO? Apa jadi pada Tabung Haji, Yeppim dan ketua2 agama yg dilantik disesetengah negeri? Kepertuanan Melayu sebenarnya legasi sebenar yang dimiliki oleh Raja2 Melayu. Bukannya pemimpin yang mengangkat diri sendiri menjadi Raja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong !

      Najib melahir kan penjilat-penjilat.

      Tapi tafsiran politik sebagai ilmu tipu muslihat tu cuma terpakai untuk orang melayu. Bagi pemimpin lain tipu muslihat itu ialah kecekapan dan kepandaian.


      Permainan politik hanya antara negara dengan negara atau antara parti dengan parti. Parti cina kurang berpolitik dalam parti tapi parti melayu dari cai sampai jumpa bomoh.

      MCA dan DAP tidak akan bersatu demi masa depan orang cina!

      Delete
    2. En Nadir Johan, mukriz pun tak sehebat mana. Kepimpinannya banyak bergantung pada Tun. Kalu En nasir tinggal dikedah baru tau cara mana kepimpinannya. Tiada apa yg berubah dikedah.

      Delete
  16. Cakap Najib, satu pun orang tak bolih pakai. Sebab: Dia dengar cakap Rosmah. Najib telah dirobotkan olih Rosmah. Sebab itu, tiada langsung tatasusila dan budi pekerti semasa berucap.

    Betul kata Tuan Budin. Dia ikat kaki dan tangan musuh dia, lepas tu dia belasah. Macam Rahim Noor belasah Anwar sedangkan tangan digari dan muka ditutup.

    ReplyDelete
  17. Kesian tokjib..dia konpius sebenarnya... duit berbiliyon dlm akaun tp tk blh nk guna...org ramai dok perati...keman pun terbang...akan ada org perati..las las...jd lah org nyanyuk..dok main dgn taik sendiri..ckp pun meneran je...mcm berak sembelit...kesian sguh....kifarah allah tk tgu lama...cash cash cash je allah bagi..

    ReplyDelete
  18. Kesian tokjib..dia konpius sebenarnya... duit berbiliyon dlm akaun tp tk blh nk guna...org ramai dok perati...keman pun terbang...akan ada org perati..las las...jd lah org nyanyuk..dok main dgn taik sendiri..ckp pun meneran je...mcm berak sembelit...kesian sguh....kifarah allah tk tgu lama...cash cash cash je allah bagi..

    ReplyDelete
  19. ..seruan damai Najib boleh diterima begitu sahaja...
    Kat sekolah dulu guru selalu berleter, kenapa saya suka guna ayat pasif? Hanya orang tidak bertanggungjawah saja guna ayat itu untuk menutup pelaku. Orang politik.

    Soalan sebenarnya iaitu ayat terus ialah, bolehkah UMNO (khususnya yang berada di PAU itu) terima seruan damai Najib begitu sahaja?

    Amende jenis damai ni kalau tidak UMNO rela di kencingkan lagi? Apa la punya damai kalau TSMY (dan jua Shafie) ditendang keluar daripada Kabinet? Ada dia kata, soli minta maaf, aku tarik balik tendangan aku, jom masuk balik kabinet, jom kita berdamai. Barulah betul-betul gentleman, kan?

    UMNO UMNO, asyik tadah air kencing je ler!

    ReplyDelete
  20. Bila seorang munafik menjerit melalak minta simpati,hujan ribut pun turun dan berlaku banjir dibeberapa tempat.minta simpati pas.....najib dah sakit jiwa dan harus berubat dgn harun din

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...