Friday, 4 December 2015

SIAPA PULA PATUT DIPECAT?

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan bahawa Tun Mahathir Mohamad akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Katanya, Tun Mahathir telah memberi jawapan mengenai kehadirannya bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Apabila Tun Mahathir memberi jawapan mengesahkan kehadirannya, bermakna bekas Perdana Menteri itu telah menerima jemputan secara rasmi daripada UMNO.

Jika beliau tidak menerima jemputan rasmi, tidak mungkin Tun Mahathir dapat memberi jawapan yang mengesahkan kehadirannya itu. Hanya setelah ada jemputan, barulah jawapan boleh diberikan sama ada dapat hadir atau sebaliknya.

Begitulah logiknya.

Sebelum ini Tun Mahathir mengatakan beliau tetap akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun ini walaupun kerap dan berterusan mengkritik Perdana Menteri, Najib Razak.

Sama ada dijemput atau tidak, kata bekas Perdana Menteri itu, tidak menjadi hal kepadanya kerana Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi turut membuat jemputan terbuka kepadanya.

Zahid Hamidi membuat jemputan terbuka itu sebagai reaksinya  kepada kenyataan Ku Nan yang memberitahu UMNO sedang menimbang sama ada mahu menjemput atau tidak Tun Mahathir serta membayangkan kemungkinan bekas Perdana Menteri itu memilih untuk tidak menghadirinya berikutan pendirian kerasnya  terhadap Najib sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun,  isu jemputan kepada Tun Mahathir nampaknya tidak lagi berbangkit memandangkan UMNO sendiri sudah membuat jemputan rasmi kepada negarawan itu dan Ku Nan juga mengesahkan sudah mendapat jawapan balas mengenainya.

Hakikatnya Tun Mahathir dan UMNO begitu sukar dipisahkan, bukan saja kerana tempoh berkuasanya yang paling lama, tetapi juga kerana pelbagai sumbangan serta kejayaan mengkagumkan yang dibawanya kepada negara.
Tetapi cuba kita lihat isi kandungan surat tunjuk sebab yang ditandatangani oleh Ku Nan kepada Hamidah Osman yang menyebut mengenai kesalahannya kerana menganjurkan program Bicara Negarawan bersama Tun Mahathir di Ipoh pada 16 Mei 2015 lalu.

Atas kesalahan tersebut, Hamidah yang merupakan bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng dan bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, telah pun dipecat keahliannya pada mesyuarat MT  yang diadakan 24 November baru-baru ini.

Secara jelasnya, Hamidah dipecat ialah kerana menganjurkan program yang melibatkan Tun Mahathir, tetapi kini UMNO secara rasmi pula menjemput beliau menghadiri Perhimpunan Agung UMNO.

Jika ada yang berasa pelik mengapa hanya Hamidah yang dipecat, tetapi tiada sebarang tindakan kepada Tun Mahathir berkaitan program di Ipoh itu, yang lebih pelik sebenarnya ialah UMNO sendiri pun masih menjemput bekas Perdana Menteri itu untuk acara penting parti.

Kalau UMNO masih menghargai dan terus menjemput beliau, mengapa pula Hamidah yang menganjurkan program untuk Tun Mahathir boleh dipecat?

Tidakkah dengan membuat jemputan rasmi kepada Tun Mahathir yang menyebabkan ada orang pernah dipecat, bermakna ada juga orang lain yang harus dipecat selepas ini?

Siapa pula patut dipecat? (SH 04/12/2015).

18 comments:

  1. orang nak mati lazim nya ,orang kata '' dah buang taabiat''
    umno nampaknya dah buang taabiat

    ReplyDelete
  2. Adnan mansor ni memang gila babi

    ReplyDelete
  3. Adnan yg patut kena pecat sbb salah guna kuasa

    ReplyDelete
  4. Atak olang cekap ini Tengku Adnan ,bukan betut-betut punya Tengku ,tetapi Teku ,itu Acheh mali maa aa.

    Wa tatak tau lea aa , Wa lengar lamai olang cekap itu macam maa aa ,manyak helan nea aa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu mau tau ka. Itu ular sawa UMNO wor. Lu jangan main main nanti dia telan lu sama lu punya taik taik sekali worr

      Delete
  5. Pecat najiblah.......

    ReplyDelete
  6. Antara sebab Hang Tuah dan Melaka jatuh dulu ada pembesar Indon dalam kerajaan tapi main peranan jadi musuh dalam selimut, sekarang ni ada teuku Indon dalam Umno, hmmm....

    Ahli Umno ingatlah 2018 pasti menjelang

    ReplyDelete
  7. Selepas PAU...Kak Midah bolih lah saman Umno kerana memecatnya....sedangkan umno pun menjemput Tun. Teiku nan ni adalah ular yg merosakkan umno

    ReplyDelete
  8. Selepas PAU...Kak Midah bolih lah saman Umno kerana memecatnya....sedangkan umno pun menjemput Tun. Teiku nan ni adalah ular yg merosakkan umno

    ReplyDelete
  9. Yg akan di pecat ikut logik cerita zahid hamidi la. Sbb undang tun.. Dulu hamidah..

    ReplyDelete
  10. Ini ada chance lagi, dapatlah kita tengok nanti Najib pula yang tidak hadir PAU tu. Maklumlah sudah dinasihat oleh tuang presideng tu. Tup-tup Mahathir pula yang naik memberi ucapan, mahunya haru wehhh!!!

    ReplyDelete
  11. Najib mungkin buat kejutan berundur sebagaimana Tun M dulu dimana ramai bangun dan memujuk Tun M supaya menangguhkan pengunduran beliau. Mana tahu nak 'test market' sejauh mana hulubalang berbayar atau yang sedang mengaut keuntungan akan memberi sokongan???

    Kalau Najib? Agak agak ada ke yang akan pujuk dia supaya kekal menerajui atau kekal membawa kehancuran kepada UMNO?

    Tanya jer...ok, bukan fitnah!

    ReplyDelete
  12. Peranan Hj Hadi sangat penting ketika ini.

    Kedatangan Hj Hadi sebagai Presiden PAS sebagai Tetamu Kehormat dapat menyelamatkan Najib.

    Najib berjaya menyatu dua kumpulan melayu akan di lihat oleh ahli-ahli UMNO sebagai satu makluk halus yang meresap dalam UMNO.

    Barangkali ini akan terjadi dan harap kita tahu lebih awal.

    Ponteng Parlimen dan hadir PAU... adalah sekali satu package.

    ReplyDelete

  13. Najib memang pengecut !

    Dan Najib tidak dapat sokongan dari semua pemimpin UMNO samada dalam MT atau Bahagian..

    Ini bermakna pengaruh Tun Mahathir masih ada dan kuat. Najib perlu berundur kerana ini membuktikan semua keputusan yang di buat oleh Najib ada lah tidak bijak dan merugikan UMNO.

    Mahahir sepatutnya di pecat seperti Hamidah kerana Mahathir yang bercakap. Tidak ada beza prog bicara dengan menjemput Mahathir ke PAU. Apakah Mahathir berhenti bersuara selepas PAU?

    Bagi Mahathir, Najib lemah dan gagal. Selagi Najijb tidak berundur selagi itu Mahathir akan bersuara.Ramai yang jadi mangsa kerakusan Najib dan banyak yang terburai dan tidak seperti tujuan asalnya.

    Jika Najib buat keputusan sekalipun menerima Mahathir sebagai penasihat, nasihat Mahathir ialah Najib please lah berundur.

    ReplyDelete
  14. Tertinggal yang ini..

    Sekiranya kehadiran Tun Mahathir mendapat tepukan gemuruh sudah memadai memberi petanda kepada Najib.

    Peluang ini perlu di gunakan oleh perwakilan (tak kan tepuk tangan pun tak berani ?) dan sebaik-baiknya Tun Mahathir masuk dewan setelah perhimpunan mula kan majlis. Jika tidak, jangan harap lah Pengurusi atau Pengacara Majlis akan sambut Tun dengan mengumumkan kehadiran Tun Mahathir yang telah duduk bersama tetamu-tetamu lain.

    ReplyDelete
  15. Najib akan arahkan perwakilan supaya jangan bangun atau beri tepukan pada Tun.....supaya di lihat Tun tiada sokongan.Bukan fitnah ....cuma andaian saja

    ReplyDelete
  16. Ku Adnan akan angkat placard yang bertulis 'TEPUK', 'KETAWA' dan 'BOO'

    ReplyDelete
  17. Adnan Mansor bukan gila babi sebab BABI PUN tak gila mcm Adnan Mansor ni!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...