Thursday, 24 December 2015

SIAPA PEMEGANG KATA MAAF?

Sejak timbulnya isu kerjasama antara UMNO dengan Pas, terdapat pihak tertentu dalam parti Islam itu yang dilihat "terlebih lajak daripada laju" dalam memberi pandangan dan seolah-olah  "sudah geli" serta tidak sabar benar mahu menjadikan hubungan itu sebagai realiti.

Setelah Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menyatakan pihaknya sedia memaafkan kesalahan lampau UMNO terhadap parti itu, semalam Pengarah Pusat Penyelidikannya, Dr Zuhdi Marzuki pula mahukan lembaran baru dibuka bagi menjayakan kerjasama tersebut.

Sekiranya generasi pemimpin dan ahli UMNO hari ini mahu merapatkan persaudaraan Islam, maka adakah perlu diungkit segala dosa dan kesalahan lampau? tanya beliau.

Belum pun Najib Razak dan lain-lain pemimpinnya bercakap bagi pihak UMNO meminta maaf atau menunjukkan hasrat berbuat demikian, sudah terdapat pemimpin Pas sendiri yang terlebih dahulu menawarkan kemaafan itu.

Wahhh...baiknya hati mereka!!

Teringin benar nampaknya mereka untuk berbaik-baik dan menjalin kerjasama dengan UMNO yang sedang dipimpin oleh Pahlawan Bugis yang dengan bangga pernah mengaku kemasukan wang sejumlah RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi, sebelum lebih banyak kata maaf ditawarkan, sekali lagi disebut, walaupun UMNO dan Najib belum meminta sebarang kemaafan, eloklah diteliti dan diperhalusi dahulu tulisan Naib Presiden Pas, Iskandar A. Samad yang dipetik daripada laman Facebooknya.

Berikut adalah tulisannya itu:-

Siapa yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan UMNO?

Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan.

Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan UMNO itu sendiri.

Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini.

Siapakah mereka? Ramai sekali.

Bekas tahanan-tahanan ISA.

Mangsa peristiwa Memali.

Peneroka bandar yang dirobohkan rumah mereka.

Penjaja dan peniaga yang dirobohkan gerai dan warung mereka kerana menyokong pembangkang.

Pelajar-pelajar yang dinafikan biasiswa kerana datang dari keluarga yang menyokong pembangkang.

Petani dan peladang yang ditahan subsidi dan bantuan kerana menyokong pembangkang.

Seluruh rakyat negeri Kelantan dan negeri Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum.

Penduduk kampung yang tidak mendapat jalan berturap dan lampu jalan kerana menyokong pembangkang.

Penjawat awam yang dipindahkan atau ditahan kenaikan gaji kerana menyokong pembangkang.

Rakyat yang dinafikan hak membeli rumah kos rendah kerana bukan ahli UMNO.

Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini.

Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan UMNO. (SH 24/12/2015).

18 comments:

  1. Nampak sangat terlalu banyak kesalahan yang telah dan sedang dilakukan UMNO terhadap orang Melayu termasuk orang PAS.

    Tak guna kita cakap banyak dimana ada saja yang nampak pintar berhujah menegakkan benang basah.

    Pada saya bola dikaki UMNO. Kalau betul ikhlas segera buat perubahan yang drastik dan nyata. Bubarkan semua undang-undang yang menzalimi raykat jelata. Kembalikan hak asasi rakyat mengikut lunas-lunas Islam yang dituntut.

    Lakukan semua ini dan beri satu tempoh untuk masyarakat menilainya. Tak payah bersatu dengan sesiapa untuk melihat Malaysia kembali aman dan damai serta makmur, Insya'Allah.

    ReplyDelete
  2. Apasal Iskander dan Idris tak cakap terus terang. Zuhdi shjlah yg masuk Umno bersama Hadi & the geng.

    Aku tengok Zuhdi ni batu api yg munafik. Besar peranannya yg memperokperandakan Pas semata2 nak suruh ahli Pas masuk/gabung dgn Umno. DNA dia Umno tulin. Tu sebab masa Pas dlm PR, dia tk bolih tengok DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat pandangan anda. Sebagai ahli PAS sekian lama, saya dapat mengesani gerak geri dan tindak tanduk Zuhdi yang gigih berusaha selama ini untuk memenangi hati pimpinan PAS khususnya Haji Hadi. Ketika Tuan Guru Nik Aziz masih ada, usaha Zuhdi menjadi sedikit sukar dan beliau menyedari ini. Dalam PAS, Zuhdi sentiasa tidak senang dengan kelompok yang aggresif dan sentiasa memberi tekanan kepada UMNO BN. Untuk itu beliau terus mainkan jarum halus dengan menjadi pak angguk terhadap apa saja saranan yang datang dari pimpinan atasan PAS terutamanya Haji Hadi. Zuhdi sebetulnya dalam diam adalah pakar perang saraf UMNO BN yang berjaya menyelinap masuk untuk pecah belahkan PAS. Dia bersabar menunggu ketika untuk bertindak. Ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz kian menserlahkan musang berbulu ayam ini. Tidak sukar utk faham kenapa Zuhdi begitu vokal dan anti siapa saja yang secara aggresif menentang UMNO. NGO ANAK misalnya amat tidak disenangi Zuhdi dan begitu juga kelompok yang dikatakan progresif yang tegas tentangan mereka terhadap UMNO. Gelaran Anwaris kepada kelompok ini sengaja direka kerana Zuhdi tahu Anwar adalah musuh dan seteru nombor wahid kepada UMNO. Bagi UMNO mana mana kelompok yang tidak menyokong Anwar amatlah mereka tidak senangi kerana lebih ramai pengikut Anwar, lebih terancam kedudukan UMNO. Bagi UMNO, tanpa pengaruh Anwar, PAS lebih mudah dilembutkan leher. Atas sebab itu bila berlaku pertembungan kelompok progresif dan pro ulama dalam PAS, UMNO tidak segan srgan dan tanpa perlu berfikir panjang ikut mempromosi kumpulan Hadi ini bagi menekan kelompok progresif sewaktu pemilihan PAS yang lalu. Zuhdi adalah orang yang paling gembira dalam PAS bila ini berlaku. Tidakkah anih sebuah parti yang selama ini terang terang menolak Islam dan hudud, tiba tiba menjadi penyayang para lebai dan ulama. Tidak kah pelik dalam situasi UMNO yang penuh dengan amalan rasuah dan pimpinan tertingginya dikaitkan dengan pembunuhan wanita monggolia dan penyelewengan duit 1MDB, tiba tiba pemimpin ini rindukan Islam dan mahukan hudud?. Percayalah jika jarum halus atau gunting dalam lipatan PAS ini dibiarkan terus bebas, parti PAS akhirnya ajan kembali seperti era awal2 penubuhannya. Ramai ahli2 akar umbi akan lari setelah menyedari bahawa PAS sudah tidak lari dari landasan perjuangan gara gara pemimpin yang tidak cerdik berpolitik. Nampaknya amanat Hadi yang telah mengkafirkan UMNO selama ini sudah tidak relevan lagi walau pun UMNO skrg ini msh kekalkan perlembagaannya yang sama malah tindak tanduk pimpinan dalam menggelapkan wang negara bertambah menjadi jadi secara terang dan nyata. Siapa yang kafir? UMNO atau orang yang mengeluarkan amanat itu?. Nampak sangat...agama Islam hanya barangan jualan kelompok lebai dalam PAS terutamanya pimpinan atasan parti ketika ini.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Anon 22:14

      Setuju pandangan saudara. Sebenarnya dalam PAS amat sedikit yang mahu dan mampu memaafkan kejahatan UMNO. Terlalu banyak dan besar pengkhianatan UMNO ke atas ahli dan penyokong PAS hanya Allah yang layak membalasnya. Segelintir yang mahu memaafkan sudah dapat dilihat rentak mereka dari mula.

      Lembut sekali hati Haji Hadi dan Haji Harun Din hanya selepas Najib menziarahi mereka di hospital sebab keuzuran, terus memaafkan dosa UMNO 60 tahun. Lembut hati Haji Hadi turut menyerapi ke qalbu menantunya Din Ayam yang juga penasihat utama politik Presiden, Ketua Penerangan MP sepenggal yang mampu membeli Vellfire dan Ketua Pemuda Nik Mohd Abduh anak Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz. Malah kebanyakkan ahli Majlis Syura sudah ditundukkan kepala mereka dan dibelenggu leher mereka oleh angkatan nama-nama di atas.

      Jawatan juga mampu menyejukkan hati pengikut tegar (barua) Haji Hadi. Bekas Timb Presiden Nasharuddin Mat Isa yang kini bergelar CEO yayasan diasaskan Najib dan bekas Pesuruhjaya Selangor Hassan Ali yang kini selalu 'berlaga pipi' dengan orang penting di Putrajaya antara yang banyak mendapat manfaat kesejukkan hati Haji Hadi.

      Mereka inilah yang mengerakkan kumpulan menghina, menjatuhkan serta menghalau para pejuang dan aktivis parti yang setia dan berkhidmat berpuluh tahun yang tidak tunduk kepada hajat-hasrat 'murni' bersatu padu. Mereka menggunakan Islam dan kemashalatan umat untuk menghalalkan pekerjaan 'cium mulut' dengan pemimpin UMNO.

      Nah, sekarang kita sudah sedar siapa sebenarnya barua, talibarut, anjing dan penerima manfaat dalam parti 'ulama' itu. Dengan segala yang berlaku lewat ini, Parti Amanah Negara lah yang mendapat laba besar. Berqat bersabar dan tidak mengalah. Doa adalah senjata paling hebat. Berdoalah

      Delete
  3. As salam. Maaf terlalu mudah utk dlafazkan. Kita ingat kata najib, "saya bukan ikhlas sebenarnya bila bersalam dgn Mahyuddin tetapi itu adalah kehendak parti. " Satu keyakinan Najib terhadap kuasa yg dimilikinya. Samada pas atau umno yg lebih mahu 'kemaafaan" bergantung kepada najib yg sedang menilai kedudukannya. Niat najib mempertahankan kedudukan. Niat pas .... tapi saya yakin pas akan melakukan kejutan. Masa yg tepat bukan saja membalas dendam tetapi merampas putrajaya. Ternampak seolah2 pas yg beria-ia. Pas ingat....bertapa Memali meninggalkan kes yg terlalu pedih utk pas...jika pas mengambilalih, kerjasama dgn pkr/dap/ malah Amanah akan membentuk kekuatan diparlimen. Masa ini saya pasti najib akan dilondehkan sepenuhnya. Pas nampak masa ini adalah peluang terbaik utk pas membuka semula MEMALI. Byk pihak terlibat..byk pihak juga berusaha membuang najib dan digantikan dgn mahyudin contohnya. Yg penting byk pihak berharap umno dan bn terus berkuasa. Soal kemaafan cuma ciuman kecil pas kepada umno. Mohon nyata pendapat.

    ReplyDelete
  4. Salam Maulidur Rasul. Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhannad saw.

    Kisah Baginda saw, kalau ada terlebih terkurang harap perbetulkan dan maaf kan.

    Ketika berucap di dalam satu majlis yang di hadiri oleh pengikut-pengikut nya, Baginda saw telah memohon ampun maaf sekiranya Baginda saw ada melakukan kesalahan atau kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja pada sesiapa di kalangan mereka. Para Sahabat terkejut dan bingkas bangun mengatakan Baginda saw tidak ada melakukan kesalahan apa-apa terhadap mereka. Baginda saw terus berucap sekiranya ada dan orang tetsebut tidak mahu mengampun kesalahan Baginda saw, orang tersebut boleh membalas kesalahan tersebut ke atas diri Baginda saw. Lalu para Sahabat bangun dengan memegang pedang dan berkata akan memancung mereka yang sanggup menghukum Baginda saw. Lalu di tegur oleh Baginda saw dengan berkata perkara ini antara orang tersebut dengan Baginda saw.

    Lalu bangun lah salah se orang dari mereka dan berkata 'Ya Rasulullah, ada.'
    Alangkah terperanjat mereka yang berada di dalam majlis tersebut. Gila apa kah orang itu?

    Dengan tenang Baginda saw bertanya 'Apakah kesalahan itu?' Lalu di jawab oleh orang itu 'Perut nya terkena rotan pemukul unta semasa dalam satu peperangan'. Baginda meminta orang itu mengambil rotan nya dan apabila tiba di rumah, isteri orang tersebut meraung-raung meminta suaminya mengampun Baginda saw tetapi tidak di pedulikannya.

    Apabila dis bertemu Baginda saw semula, Baginda saw berkata 'Sebat lah di mana aku telah menyebat badan kamu' Orang tersebut berkata ' Wahai Rasullulah, ketika itu aku tidak memakai baju' Sebaik Baginda saw membuka baju nya, orang tersebut telah mencium pusat Baginda saw.

    Siapa Zuhdi dan siapa Takiyuddin untuk memaafkan UMNO bagi pihak oranv lain ?????

    ReplyDelete
  5. Apa yg saya hairan dgn Pas ni jika ada isu semua ahli nak bercakap nak tunjuk pandai beragama lepas tu hentam sesama sendiri makin bercelarulah dia cubalah belajar adab sedikit semua nak jadi pahlawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ini perangai lama ahli dalam PAS..

      Dapat ja microfon.. semua meroyan mcm org gila.. pernah gi kenduri di kampong2 tak.. dapat microfon ja.. trus bertempik mcm tok siak dapat microfon bila diberi peluang oleh tok imam..

      PAS ni ibarat gila microfon.. ini sindrome lama dalam PAS..rahsia umum..

      Delete
  6. rasa jelek dgn game pemimpin PAS yg menari irama malu2 kucing nak bergabung dgn UMNO. Dahi dah tertulis, tp body mcm lalang. Ibarat pasangan yg malu bersenggama d khalayak ramai tp terus bercumbu d luaran. Menjengkelkan

    ReplyDelete
  7. Apa yg saya hairan dgn Pas ni jika ada isu semua ahli nak bercakap nak tunjuk pandai beragama lepas tu hentam sesama sendiri makin bercelarulah dia cubalah belajar adab sedikit semua nak jadi pahlawan

    ReplyDelete
  8. Rasuah itu haram sama juga haram makan babi.Apakah pada masa gawat darurat boleh amalkan rasuah? Takan nak kerjasama dengan puak tu?

    ReplyDelete
  9. kesian mcik pcik felda...umat melayu no otak dan puak akal senget.. kena tipu .

    yang menipunya orang melayu jugak

    ReplyDelete
  10. bekerjasama adalah taktik memecah belah--macam peristiwa tahkim pasukan ali terpecah dua--namun mari kita lihat siapa akan kena

    ReplyDelete
  11. Seperti mana wasiat TG Nik Aziz, adalah diingatkan kapada ejen ejen dan parasit UMNO yang berada dalam PAS elok lah keluar segera dari PAS dan kembali kapada UMNO, jangan cuba buat sampah dalam wadah perjuangan PAS akibat pemikiran yang bercelaru dan harubiru.

    Kalau ada yang dah terkena nasi kangkang UMNO eloklah berubat dan bertaubat, kembalilah kapada ajaran dan akhlaq AlQuran dan Sunnah Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
  12. Nak minta maaf daripada PAS?

    Sorry la beb.

    Sekali lagi - sorry la, it will not happen.

    Para pengikut PAS cukup pandai dan hebat apabila menyenaraikan apa yang kononnya kesalahan dan kelemahan orang lain.

    Mereka cukup hebat dan pantas menuduh, menjatuhkan hukuman dan mengkafirkan orang lain.

    Orang lain semuanya salah, hanya mereka saja yang betul. Seolah-olah mereka itu maksum sifatnya.

    Sedangkan mereka lupa bagi satu jari yang mereka tudingkan kepada orang lain, empat jari lain menuding kembali kepada mereka.

    Ahli-ahli PAS perlu memohon ampun dan maaf daripada seluruh rakyat Malaysia kerana telah memecah-belahkan rakyat, akibat amanat dan fatwa songsang Pas.

    Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada umat Islam di Malaysia kerana telah mengkafirkan berjuta orang umat Islam, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.

    Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada rakyat Malaysia yang diludah, dicerca, dihina, diserang, difitnah, dibenci dan dimusuhi oleh pengikut PAS, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.

    Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada semua suami dan isteri yang telah bercerai-berai, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.

    Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada semua bapa, ibu, abang, kakak, adik dan saudara-mara yang telah terputus hubungan silaturrahim, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.

    Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada ahli-ahli masyarakat yang memulaukan kenduri-kendara sesama sendiri, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.

    Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada ahli-ahli jemaah surau dan masjid yang sembahyang 2 imam, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.

    Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada ahli-ahli keluarga dan waris simati yang pengkebumian dan majlis tahlilnya dipulaukan, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.

    Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada para ibu dan bapa yang menghantar anak-anak kecil mereka ke Taska anjuran PAS dan diasuh supaya membenci dan memusuhi kerajaan, orang-orang dan masyarakat tertentu, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.

    Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada anak-anak kecil yang dididik dan diasuh supaya menghina, membenci dan memusuhi kerajaan, orang-orang dan masyarakat tertentu di Taska anjuran PAS, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.

    Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada para pelajar sekolah yang dihasut supaya membenci dan memusuhi kerajaan, orang-orang dan masyarakat tertentu oleh para guru agama pengikut PAS, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.

    Oleh kerana ada yang menyebut Memali, maka mereka juga mesti memohon ampun dan maaf daripada para pewaris Memali kerana melenyap dan menghilangkan wang DERMA untuk orang-orang yang tercedera dan kehilangan nyawa dalam tragedy tersebut, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.

    Mampukah PAS memohon maaf?

    Wallahualam.

    Cukup setakat ini dulu.



    ReplyDelete
  13. Anon 11:16,

    Apa hal meracau sakan tu...dah terkena nasi kangkang ke?
    Dah lebih 50tahun umno memerintah dan menipu rakyat tak kan org lain nak kena minta maaf kat umno pulak.

    ReplyDelete
  14. 22.58

    Ada mata, buta.
    Ada telinga, tuli.
    Ada hati, batu.
    Ada otak, bangang.
    Ada akal, baghal.

    Ada ke 11.16 tulis suruh mintak maaf dengan UMNO?

    Itu la. Bersihkan hati tu dulu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...