Jika sepuluh ahli akar umbi Pas ditanya mengenai kerjasama yang sedang diusahakan oleh sesetengah pihak antara parti itu dengan UMNO, barangkali agak sukar untuk mendapatkan lebih daripada seorang yang bersetuju dengannya.
Yang seorang itu pun, jika kelihatan seperti bersetuju bukanlah pula setuju dalam erti kata yang sebenarnya, persetujuan itu tetap tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi UMNO terlebih dahulu.
Kadang-kadang yang seorang yang nampaknya macam bersetuju itu pula hanya tersenyum penuh makna apabila diajukan pertanyaan.
Majoritinya, sama ada sembilan daripada sepuluh atau semua sepuluh orang yang ditanya itu, terang-terang menolak dan tidak teruja dengan jalinan kerjasama dengan UMNO itu.
Sejak beberapa hari lepas, saya mengambil kesempatan membuat tinjauan secara rambang dengan menghubungi beberapa kenalan dan saudara mara yang diketahui sebagai penyokong dan ahli Pas mengenai kerjasama itu.
Di kampung saya di Perak, saya juga berjumpa dengan ramai kenalan dan ahli keluarga yang lebih dekat untuk bertanya tentang perkara yang sama.
Kesimpulannya, tidak terlekat langsung dalam hati mereka dengan kerjasama yang menjadi dambaan Najib Razak UMNO yang cuba diusahakannya dengan tiba-tiba mahu berbaik dan melobi Presiden Pas, Hadi Awang itu.
Yang agak terbuka, terang-terang menolak kerjasama itu berdasarkan ideologi politik dan sejarah masa lalu UMNO yang menyakitkan bagi mereka. Secara umumnya mereka tetap menganggap UMNO sebagai musuh yang perlu ditumbangkan sebagaimana yang berlaku Kelantan serta Selangor dan pernah berlaku di beberapa negeri sebelum ini.
Ramai juga yang mencebikkan muka apabila ditanya mengenai hasrat UMNO tentang kerjasama itu, malah ada juga yang sama sekali tidak percaya Hadi Awang akan membawa Pas ke arah tersebut.
Kata mereka, Hadi Awang bukanlah pemimpin yang mudah terpedaya dengan janji manis atau apa saja yang cuba dilakukan oleh Najib terhadapnya kerana ketinggian ilmunya akan sentiasa memeliharanya.
Walaupun mereka mengikuti segala perkembangan yang diheboh-hebohkan, terutama melalui propaganda televisyen dan media kerajaan, hakikatnya ahli akar umbi Pas tidak mengurangkan darjah permusuhan mereka dengan UMNO dengan perkembangan terbaru ini.
Secara tidak langsung, ini menunjukkan perang saraf yang cuba dilakukan Najib untuk membentuk persetujuan terhadap kerjasama itu boleh dikatakan gagal serta tidak berkesan. Najib dan UMNO tetap dilihat tidak baik dan tidak boleh dipercayai di mata ahli-ahli Pas.
Mereka tetap menganggap Najib dan UMNO sebagai musuh yang perlu dijauhi dan dijatuhkan melalui pilihanraya. Ternampak bahawa yang ghairah dan seperti sedang asyik mahsyuk bercinta dengan UMNO hanyalah dua tiga kerat pemimpinnya di peringkat atasan saja.
Di peringkat bawahan dan akar umbi, selain tidak teruja, majoriti ahli Pas adalah bersama pendirian dengan Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan dua Naib Presidennya, Iskandar Samad serta Idris Ahmad yang terang-terang menolak dan meletakkan beberapa syarat jika kerjasama itu benar-benar mahu dijayakan.
Memaafkan perlakuan dan sejarah silam UMNO dalam beberapa aspek juga tidaklah mudah bagi mereka atau boleh dilupakan begitu saja.
Bagi ahli akar umbi Pas, menolak kerjasama itu bukan disebabkan tidak mahukan perpaduan atau menjauhi kebaikan, tetapi kerana nawaitu UMNO dan Najib mengenainya terlalu jelas hanya untuk menyelamatkan dirinya saja.
Mengalahkan atau membiarkan UMNO kalah, bagi mereka, lebih banyak afdal dan kebaikannya lagi untuk negara ini. (SH 25/12/2015).
Benarlah kata Tun, yang perlu dilakukan ialah Najib undur jika sedar diri atau dikalahkan di Pekan.
ReplyDeleteZahid perlu kembalikan Muhyiddin sebagai Presiden dan sekaligus PM dan dia kekal di situ sebagai TPM yang dapat mengembalikan integritinya.
Itu sahajalah pemimpin yang UMNO ada dan masih boleh pakai, baik atau buruk, lemah atau kuat...selepas itu UMNO perlu hulurkan perpaduan mengurus dan memajukan negara dengan semua pihak, parti politik, ngo, kelompok dan individu.
Keikhlasan ini boleh memikat PAS, PAN dan Azmin...
Nampak gayanya anjing peliharaan UMNO ni dah simpan ekor dan menyorok belakang mesin basuh tuannya. Kenapa ye?
DeleteBersempenakan Maulidurasul semalam 24/12/15 samada PAS atau pun UMNO, orang Melayu yang mengaku untuk akur pada ajaran Islam harus memahami apa yang Rasulullah SAW pesan sebelum baginda wafat. Tidak kah baginda sudah berpesan sekiranya berlaku perselisihan kefahaman di antara sesama orang Islam hendaklah mereka berpegang teguh pada tali Allah yaitu kembali untuk merujuk kepada Sunnah Baginda dan al Qurannul Karim. Isu yg jelas berlaku sekarang ini adalah perpecahan di dalam PAS hanya kerana pemimpin tertinggi PAS memutuskan untuk berbaik-baik sesama orang Islam didalam parti UMNO. Tidak kah mereka membuat sesuatu yang adil wahai para penentang perpaduan Ummah? Tidak kah tindakan mereka itu bersesuaian dgn kehendak Rasulullah SAW dan suruhan Allah didalam Al Quran? Tidak kah sentimen perasaan dendam didalam hati tuan-tuan yang menjadi penghalang utama kepada silaturrahim yang dianjurkan itu? Tidak kah perasaan dendam itulah yang menyebabkan Iblis dilaknat ALLAh sehingga ke hari ini? Disebabkan olih perasaan dendam itu juga lah Iblis engkar dengan perintah Allah dan janganlah kita sebagai hamba Allah turuti langkah Iblis itu dan engkar dengan arahanNya untuk berpegang teguh dengan tali Allah.
DeleteKita sebagai hamba Allah seharusnya meletakkan kepentingan ajaran Islam lebih daripada kepentingan didalam politik. Tidakkah kita tahu dan sedar tentang ancaman kepada mereka yang menentang serta gagal untuk menuruti perintah Rasulullah SAW didalam sunnahnya dan Al Quranul Karim didalam bab memutuskan silaturrahim?
Dari hadis Rasulullah SAW:” Tidak akan masuk surga orang yang memutus hubungan tali silaturahim.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dari Al Quran surah Muhammad 22-23 “ Maka Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.”
Fikir-fikirlah anda semua apa kah matlamat sebenar yang kita sedang perjuangkan? Apa kah hadiah besar yang kita sedang dambakan sebenarnya dari perpecahan yang anda semua sedang perjuangkan itu? Atau apakah anda semua berfikir orang UMNO itu solat mereka tidak ada pahala disisi Allah melainkan solat kamu orang PAS sahaja yang betul? Tidak kah kita tahu dan sedar bahawa perpecahan orang Islam Melayu cuma akan mengembirakan orang seperti Guan dan Kit Siang parti DAP? Kita semua yang mengaku islam hendaklah berpegang teguhlah pada tali ALLAH dan jauhi mana-mana pemimpin yang mengajak kita untuk berpecah-belah sesama ugama dan bangsa. Hanya dengan tali ALLAH lah maka negara ini mampu untuk diteruskan kesinambungan hidup yang aman dan sentosa utk semua orang tak kira apa pun bangsa dan ugama mereka.
Jika dahulu kita pernah di sajikan slogan "Undi PAS Masuk Syurga" ayuhlah kita abaikan slogan yg sudah ketinggalan zaman itu dengan slogan yang berbunyi " Putuskan Hubungan Silaturrahim Haram Masuk Syurga".
Anon 15:35
DeleteKamu sorang sahaja pergi mampus supaya cepat masuk syurga. Cuba kamu nasihat Najib Razak supaya berbaik dengan rakyat dan kembalikan wang RM2.6B milik rakyat tu, guana?
Bercakap dan nasihat macam budak berhingus.....Bersatu dan bergabunglah kamu demi merompak rakyat.
Anon 15:35
DeleteSetuju kita kembali pada Al Quran. Najib hendak lah dipotong tangan dan kakinya kerana ambik wang rakyat RM42million. Itu wang Pension Fund...wang rakyat yg sudah pencen. Najib arah Pension Fund bagi loan RM4billion kepada SCR dan SCR bagi dia RM42million. Wang itu mestilah dari RM4billion tu. Kalau masuk RM2.6billion, badan dia pun patut dipotong.
Anon 15:48 & Anon 18:04,
DeleteAku yakin kelian berdua orang Islam dan tahu bahawa selagi kita mahu menjadi umat Nabi Muhammad, suka atau tidak kita terpaksa ikut sunnah Rasulullah SAW dan Al Quran. Sebagai umat Islam aku berasa terpanggil untuk berusaha mendamaikan sengketa sesama orang Islam sebab bab kuasa dan harta dunia memang tidak akan kekal lama. Esok atau lusa mereka, kamu dan aku akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Harta kamu atau kuasa politik sekiranya ada akan diambil alih oleh orang lain. Aku bukan orang politik dan aku hanya cuba mempraktik amar makruf nahi mungkar. Yang termampu untuk aku buat cuma untuk mengingatkan sesama orang islam sahaja, itu pun kalau ada yang mahu mendengarnya tapi yg ada di sini cuma kutuk mengutuk sesama kita shj nampaknya.
Sejak lebih 1400 tahun dahulu kita semua telah diberitahu oleh Al Quran pada ayat kedua surah Al Mulk 67:2 “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Jadilah inilah matlamat sebenar kehidupan didunia ini, rupa-rupa hanya untuk dan kerana ALLAH sahaja dan bukan kerana PAS atau pun UMNO. begitu ...
Kalau itu pun boleh mendatangkan marah pada kamu semua terpulanglah sebab aku yakin mustahil ALLAH tidak tahu apa yang berlaku. Sedangkan Tun Mahathir sendiri pun tak mampu nak "turunkan" Najib, siapa aku nak nasihatkan PM Najib. Bukan kah lebih baik minta pada Allah sahaja sebab DIA yang memegang setiap nyawa manusia dan apa yang sudah atau pun yg akan berlaku pun memang telah di tentukan Pencipta pada Loh Mahfuz Nya yang hebat itu. Pendek kata yang kamu berdua kutuk itu adalah milik ALLAH sebenarNya dan persepsi kita seolah-olah macam ALLAH tak tahu apa yang berlaku pulak. Padahal ALLAH itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Anon 18:04 kalau tuan yakin dan ada bukti Najib ambil duit milik rakyat lapor ajer lah pada polis tak perlu lah kita bergaduh sebab kita pun tak pernah kenal pun tak gitu?
Kalau lapor pun kena tangkap ke sosma
Deletezamkata 2 dua kena undut terbaik untuk pas dan umno--jika tidak dua dua bahaya
ReplyDeleteInilah yang dinamakan berpolitik,bermacam-macam cacamarba yang akan diadun dan dihidangkan untuk pemilih yang layak/tidak.Bagaimana sedap atau tidah terpulang kapada anda diluar sana buat pilihan.
ReplyDeleteseorang bulan 5 memuji isil dan jumpa netanyahu,seorang memeluk saddam--dan menjadi setan bisu--2 2 rakyat kena tolak---lantik yang terbukti melawan kezaliman secara konstan macam mat sabu--cakap banyak tak guna
ReplyDeleteMinta maaf semua! Saya rasa para peminpin PAS semuanya sudah sedia maklum sambutan bekerjasama atau bergabung dengan UMNO tidak perlu diperkatakan lagi. Ianya tidak akan dan tidak boleh berlaku. Jadi minta janganlah ahli PAS sebut-sebut lagi perkara ini. Biarlah ianya 'terkubur' sahaja.
ReplyDeleteDalam keadaan negara sekarang ini yang semakin bercelaru, bolehkah UMNO berubah atau mengubah suasana? Buatlah sendiri dan tak payah tarik orang lain melainkan ada udang sebalik batu!
Mana2 orang yg sanggup berketuakan dan berkawan dgn Najib yg terlibat dlm jenayah rasuah yg paling besar dlm sejarah Msia dan dunia adalah manusia bangsat.
ReplyDeleteSaya lihat pemuda pas pun cakap hebat tahukah dia ahli pas pun bercelaru dan ingat Umno n bn akan tumbangkan pas di kelantan dlm Pru14 ni jangan menang sorak negeri tergadai baru padan muka
ReplyDeleteSaya lihat pemuda pas pun cakap hebat tahukah dia ahli pas pun bercelaru dan ingat Umno n bn akan tumbangkan pas di kelantan dlm Pru14 ni jangan menang sorak negeri tergadai baru padan muka
ReplyDeleteMasuk tong taik keluar tong taik masuk tong taik keluar tong taik masuk lagi...apa punya Tok guru
DeleteTok guru tong taik...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKalau 10 orang membangkang kerjasama pasug, lojiklah kesemua 10 orang tersebut akan menganggap orang yang melarang bangkangan tersebut adalah orang yang bangang.
ReplyDelete
ReplyDelete(Di cut and paste dari posting sebelum ini.)
Nak minta maaf daripada PAS?
Sorry la beb.
Sekali lagi - sorry la, it will not happen.
Para pengikut PAS cukup pandai dan hebat apabila menyenaraikan apa yang kononnya kesalahan dan kelemahan orang lain.
Mereka cukup hebat dan pantas menuduh, menjatuhkan hukuman dan mengkafirkan orang lain.
Orang lain semuanya salah, hanya mereka saja yang betul. Seolah-olah mereka itu maksum sifatnya.
Sedangkan mereka lupa bagi satu jari yang mereka tudingkan kepada orang lain, empat jari lain menuding kembali kepada mereka.
Ahli-ahli PAS perlu memohon ampun dan maaf daripada seluruh rakyat Malaysia kerana telah memecah-belahkan rakyat, akibat amanat dan fatwa songsang Pas.
Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada umat Islam di Malaysia kerana telah mengkafirkan berjuta orang umat Islam, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.
Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada rakyat Malaysia yang diludah, dicerca, dihina, diserang, difitnah, dibenci dan dimusuhi oleh pengikut PAS, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.
Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada semua suami dan isteri yang telah bercerai-berai, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.
Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada semua bapa, ibu, abang, kakak, adik dan saudara-mara yang telah terputus hubungan silaturrahim, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.
Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada ahli-ahli masyarakat yang memulaukan kenduri-kendara sesama sendiri, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.
Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada ahli-ahli jemaah surau dan masjid yang sembahyang 2 imam, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.
Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada ahli-ahli keluarga dan waris simati yang pengkebumian dan majlis tahlilnya dipulaukan, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.
Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada para ibu dan bapa yang menghantar anak-anak kecil mereka ke Taska anjuran PAS dan diasuh supaya membenci dan memusuhi kerajaan, orang-orang dan masyarakat tertentu, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.
Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada anak-anak kecil yang dididik dan diasuh supaya menghina, membenci dan memusuhi kerajaan, orang-orang dan masyarakat tertentu di Taska anjuran PAS, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.
Mereka mesti memohon ampun dan maaf daripada para pelajar sekolah yang dihasut supaya membenci dan memusuhi kerajaan, orang-orang dan masyarakat tertentu oleh para guru agama pengikut PAS, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.
Oleh kerana ada yang menyebut Memali, maka mereka juga mesti memohon ampun dan maaf daripada para pewaris Memali kerana melenyap dan menghilangkan wang DERMA untuk orang-orang yang tercedera dan kehilangan nyawa dalam tragedy tersebut, akibat amanat dan fatwa songsang PAS.
Mampukah PAS memohon maaf?
Wallahualam.
Cukup setakat ini dulu.
Pas pindahlah pergi duduk di pulau2 atau di bukit2 atau gunong sekali pun asalkan jauh daripada masyarakat majmuk.
DeleteApa hal meracau sakan tu...dah terkena nasi kangkang ke?
DeleteDah lebih 50tahun umno memerintah dan menipu rakyat tak kan org lain nak kena minta maaf kat umno pulak.
Reply
Seperti mana wasiat TG Nik Aziz, adalah diingatkan kapada ejen ejen dan parasit UMNO yang berada dalam PAS elok lah keluar segera dari PAS dan kembali kapada UMNO, jangan cuba buat sampah dalam wadah perjuangan PAS akibat pemikiran yang bercelaru dan harubiru.
DeleteKalau ada yang dah terkena nasi kangkang UMNO eloklah berubat dan bertaubat, kembalilah kapada ajaran dan akhlaq AlQuran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Din, do not rejoice. PAS members are so docile, weak and subservient that even if they make a lot of noise, all it takes is just a few words from Hadi and suddenly everyone will praise him and start hugging UMNO members.
ReplyDeleteThey do not have any courage at all to stand up for anything that is right, even though their religion teaches them that it is the right thing to do. They have no backbone ....
Bolehkah aku,memaafkan Umno....tahun 90 an sewaktu aku di sekolah menengah hak aku utk dptkan buku teks dinafikan sbb bapaku penyokong Pas. Baja padi subsidi bapaku dinafikan. Bantuan utk baiki rumah kayu kami yang buruk juga dinafikan.
ReplyDeleteMacamana dgn anak cucu Memali?