Dalam janji yang dibuatnya di hadapan kira-kira 1,500 ketua penerangan dan setiausaha UMNO bahagian seluruh negara pada tarikh tersebut, Najib memberi jaminan bahawa isu berkaitan 1MDB akan diselesaikan sebelum akhir tahun 2015 ini.
Tetapi, selain daripada penjualan Edra Energy kepada syarikat China yang menyebabkan negara hilang aset berharga, tiada apa-apa yang ternampak dilakukan untuk menyelesaikan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion itu.
Bila lagi isu hutang 1MDB yang menimbulkan kritikan ramai dan misteri itu mahu diselesaikan?
Apakah ketua-ketua penerangan dan setiausaha-setiausaha UMNO bahagian seluruh negara masih ingat dengan janji Najib itu?
Apakah jika tiada janji dan jaminan yang dibuat Najib itu, mereka masih sedia memberi sokongan kepadanya?
Atau adakah maksud "selesai" itu hanya kerana berjaya memecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Ghani Patail, melantik orang pilihannya sebagai Peguam Negara yang baharu, merombak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan melakukan kacau ganggu terhadap SPRM yang sedang melakukan penyiasatan terhadap 1MDB yang sarat hutang itu?
Di hari terakhir 2015 ini dan sebelum memasang azam atau menaruh sebarang harapan baharu untuk tahun 2016, jika janji yang satu ini dapat ditunaikan, tentunya ia sudah cukup memadai buat kita semua, walaupun Najib turut memungkiri banyak janji lainnya, terutama ketika kempen PRU 13 lalu.
Bagaimanapun, kiranya janji yang satu ini tidak juga mampu ditunaikan sebelum tenggelamnya detik 12 tengah malam 31 Disember ini, bermakna tiada apa lagi yang boleh diharapkan kepada Najib seawal bermulanya hari pertama tahun 2016 nanti.
Sudah tentu, selain rakyat biasa, Najib telah mengecewakan kelompok pimpinan dalam UMNO sendiri dengan pemungkiran janjinya yang pernah dibuatnya itu.
Tahun 2016 hanya menjadi tahun yang kosong buat kita semua. 31/12/2015).
Pandai memberi janji,dan kemudian dicapati.
ReplyDeleteKami sokong capati!!
Pandai janji saja ni. Pembohong saja. Jangan percayalah
ReplyDeleteSeriously Bro,
ReplyDeleteDo you really expect such despised individual to make good a promise after breaking many? Or you're just insinuating?
I am still 1 day behind in America and still no sign of that yet!
Dah berapa kali hari selasa, laporan WSJ dan SR pun dah berlambak selepas pendedahan pertama.Agaknya satu saja yang ditunaikan iaitu melantik penasihat dirinya dari kalangan ulamak.Kerana ulamak ini sahaja yang berpendapat tidak lojik duit dimasukkan dalam akaun peribadi, takan buat tindakkan bodoh masukkan duit ke akaun sendiri.Lu pikiq sendiri..
ReplyDeletebukan 1 je janji yg dicapati...banyak lg janji yg dah jd capati...sifat2 munafik semakin terserlah....tu pun ramai lg yg masih percaya....
ReplyDeletedio kono jua polir nyo
ReplyDeleteKalau "Mahathir" tak kacau dan bising..dah lama isu 1MDB selesai malah mungkin buat untung dan bawa pulang billliionnnsss ke dalam negara.
ReplyDeleteSekarang ni Mahathir tak buat bising itu pasal Arul boleh kata sudah selesai ? Kalau Mahathir tak bising apa yang selesai ? Kelawar boleh tertonggeng ke atas ?
Deletehttp://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/konsortium-syarikat-china-dapat-60-kepentingan-bandar-malaysia-1.174756
ReplyDeletejualan akhir tahun..tepat 31 Disember 2015....jual jangan tak jual....kan da nak settle da sema masalah tu... keh keh keh
Tak payah nak mimpilah jawapan 1Mdb tu akan terjawab sebelum tahun 2015 berakhir nanti ada pula org umno kata itu akhbar yg salah tafsir maksud pm bikan ke org umno ni auta bukan fakta he he sambut jelah kedatangan 2016 ni dgn penuh penipuan nanti ada menteri kata suapa suruh panjang umur sampai tahun 2016
ReplyDeleteTak payah nak mimpilah jawapan 1Mdb tu akan terjawab sebelum tahun 2015 berakhir nanti ada pula org umno kata itu akhbar yg salah tafsir maksud pm bikan ke org umno ni auta bukan fakta he he sambut jelah kedatangan 2016 ni dgn penuh penipuan nanti ada menteri kata suapa suruh panjang umur sampai tahun 2016
ReplyDeleteMedia TV selalu nya akan siarkan semula semua peristiwa dan isu-isu sepanjang tahun samada hiburan seperti melodi, sukan pulak stadium berasap pun akan di sebut dan 999 dengan jenayah nya.
ReplyDeleteJika ada untuk politik .. dan pasal janji palsu Najib, kena duduk selama 6 jam depan tv...
Ahmad Maslan akan kata adalah lebih baik di tangguhkan tahun 2016 sehingga selesai 1MDB Sebab ia nya cuma angka 5 dengan 6 ..
ReplyDeletePenyelesaian hutang RM42 bilion janganlah dikelirukan dengan duit RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB.
ReplyDelete1MDB terima duit pinjaman sebanyak RM42 bilion. Kemana duit ini pergi? Najib dan 1MDB masih belum beri penjelesan penuh.
Dulu dia ada sebut MUNAFIK.
ReplyDeleteDia faham tak apa makna Munafik...... Dan balasan bagi orang munafik.
Beli masa...org yg berjaya dlm perancangan.
ReplyDelete12 + 7.41 = 19.71. Lebih kurang 20.
ReplyDelete45 - 20 = 25. Maksudnya baki ada lagi 25.
Apa yang tinggal ?
TRX, 40% Bandar Malaysia, Tanah Air Itam (setinggan) ..... ?
Boleh sama dengan 25 ???
Aduhai, terMaslan aku. Pembetulan: -
Delete12 + 7.41 = 19.41.
Nasib baik aku IQ 5.83. kah kah kah !
Senang sangat matematik ni.. cuba guna kaedah statistic regression dan laplace sikik, tentu makcik-pakcik felda faham sikik.
DeleteSesiapa yang percaya dengan janji pak Botak seolah percaya yg Pak Botak tu masih jantan teruna.... Kakaka
ReplyDeleteKalau Najib gagal selesaikan juga isu 1MDB ni menjelang tengah malam 31 Dec 2015 ini berarti PM Malaysia ni memang sah KAKI TEMBERANG AKA KAKI PUTAR BELIT. Dengan itu rakyat Malaysia WAJIB bangkit dan bersatu hati TERAJANG KELUAR PM NAJIB DARI TERUS MENJAWAT JAWATAN PM. Dia ni bukan saja sengkek pengetahuan agama malah berbohong dan auta dah menjadi mainan dia. Kalau dia ni berpegang teguh dan patuhi ajaran agama, tak mungkin sanggup dia kelentong rakyat Malaysia puluhan kali selamba saja. PM jadah apa jenis macam ini. Hanya puak jadah saja yang sanggupo mengampu dan junjung PM jenis haram jadda begini. BErsiaplah rakyat Malaysia untuk menerajang Najib secara berterusan agar jatuh dari kerusi PM Malaysia. He totally not qualify as PM, may be Israel is better place for him!
ReplyDeleteKetawa aku teringatkan dua perkara ini: -
ReplyDelete1. Edra dijual kepada CGN dari China
2. Saham Bandar Malaysia dijual kepada IWH (Malaysia) dan CREC dari China.
hahahaha bro itu "hari selasa" bila tuu???
ReplyDelete-----------
Cikgu: Ajib, bila kamu nak serahkan buku latihan kamu?
Ajib: Hari Selasa ni saya akan serahkan, Cikgu.
Cikgu: Baiklah.
------Selepas seminggu-------
Cikgu: Ajib, hari ni dah hari Rabu, kamu kata nak serahkan buku latihan pada hari selasa semalam. Mana buku nya??
Ajib: Betul lah Cikgu, kan saya cakap hari selasa.....hari selasa ni saya serahkan sendiri pada Cikgu....."janji ditepati Cikgu"
Cikgu: Hmmmm.....baiklah Ajib, hari selasa nanti kamu serahkan pada saya ya!
------Selepas seminggu-------
Cikgu: Ajib! Mana buku latihan kamu ni hah??!! Hari ni dah hari Rabu, kamu kata nak serahkan pada hari selasa yg lepas???
Ajib: Betul lah Cikgu! Hari selasa tuu dah TERlepas, sebab itu saya tak dapat nak serahkan. Tapi takpe Cikgu, Hari selasa nanti saya serahkan dgn nota2 sampingan yg lain. Cikgu perlu yakin dgn saya n tidak melemahkan semangat saya..
Cikgu: Okay okay okay! Baiklah Ajib! Saya beri kamu peluang utk buktikan diri kamu. Tapi pastikan kamu serahkan semuanya pada hari selasa ini.
Ajib: Usah khuatir Cikgu. Semuanya akan selesai hari selasa ni. Ini bukan janji, tapi pasti!
Cikgu: Wah! Berjiwa besar kamu ni Ajib. Lega Cikgu rasa bila kamu cakap mcm tu. Dengan sikap kamu ni....Kamu boleh pegi jauh dalam hidup...Cikgu pasti!
Ajib: Terima kasih Cikgu kerana yakin pada saya n tak percaya fitnah2 negatif. Saya bersikap terbuka, takde apa yg saya perlu sembunyikan.
------Selepas seminggu-------
Cikgu: Amad, mana Ajib? Dia kata nak serahkan buku latihan pada saya selasa lepas. Hari ni dah hari Khamis!
Amad: Ajib??? Ohhh!! Ajib dengar katanya keluar overseas.....saya terdengar dari murid2 lain bersembang. Cikgu tak tahu ke??
Cikgu: Saya pun baru saja tahu ni! Ajib pegi overseas kemana tuu Amad?
Amad: Errr, saya pun tak pasti Cikgu! Ada yg cakap dia ada di Hong Kong, tapi ada juga yg cakap dia ada di Dubai. Ntah lah Cikgu, saya pun tak pasti! Saya sejak ada 3 kerja ni, saya sibuk sikit Cikgu...
Cikgu: Ajib!!! %^&*%#@!
Sibotak sibuk pasal pelan rationalisasi 1MDB yang hanya bermakna jual asset2 kpd kepentingan negara Cina urk bayar hutang 1MDB. Tak cukup kambus hutang, semua asset dah lelong langkah seterusnya yalah suntikan modal syarikat dari dana kerajaan untuk kambus baki hutang pastu baru tutup syarikat.
ReplyDeleteKaedah rasionalisasi ini yalah seperti kes rogol sampai bunting, fokusnya pelan rasionalisasi yalah menggugurkan kandungan bukan menghukumkan perogol dengan kesalahan merogol.
Inilah ironi kes 1MDB ni hanya diMalaysia boleh.
Lepas ini Low Yatt dan Petaling Street tidak akan berlaku sebarang rusuhan lagi.
DeleteNasib orang melayu...
Pada saya, zaman sekarang, nak kenal pemimpin, ulamak, ostat, ahli politik, tok ketua..., lihat perutnya. Kurus dan steady, insyaAllah kita boleh mula percaya sikik2 dan boleh berhati2 dgn dia. Jangan percaya semua..
ReplyDeleteKurus blom tentu x buncit. Perhatikan. X payah selak baju nak tgk perut. Sekilas ikan di air ja..
Kalo buncit.. hang cakaplah apa pun.. tobatttt aku x percaya. Lagikan pula pemimpin atau ulamak berperut boyot.. pergi mampos la..
Ilmu melihat perut ini cukup penting nak lihat perangai si ketua. Kendian body language.
Kita jangan gagal menilat tanda2 yg Allah bagi ni. Ilmu semiotik ini x boleh tipu. Perut adalah tempat bersarang segala bagai.. gagal kawal perut dan body language, haha.. mmg vari nahas dok percaya kata2 si dia..lu pikir la sendiri..
Woit, lu tunggu lah sampai kul 12 mlm. Dia ambek mc lah.
ReplyDelete