Jika sebelum ini semua perkara dalam negara adalah salah Anwar Ibrahim, tetapi setelah bekas Ketua Pembangkang itu berada dalam penjara dan Tun Mahathir Mohamad pula menjadi pengkritik utama kepada Najib Razak, kini segala-galanya cuba diletakkan di bahu bekas Perdana Menteri itu.
Salleh Said Keruak beberapa hari lalu mengingatkan bahawa kesalahan harus diletakkan kepada Tun Mahathir jika BN mencapai prestasi buruk dalam pilihanraya akan datang berikutan tindakan berterusannya mengkritik Perdana Menteri.
Seorang perwakilan daripada Kelantan, Alwi Che Ahmad juga menyalahkah bekas Tun Mahathir atas kejatuhan BN serta kegagalannya menawan kembali negeri itu daripada Pas dalam beberapa pilihanraya yang lepas.
Kita juga selalu mendengar banyak kenaikan lain seperti tol dan sebagainya turut dikaitkan dengan Tun Mahathir atau dasar-dasar yang diperkenalkannya ketika memerintah dahulu.
Pendeknya sekarang ini, semua perkara adalah salah Tun Mahathir.
Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, antara yang disentuh oleh Najib ialah kenaikan tambang ERL dari KL Sentral yang dinaikkan daripada RM35 kepada RM55 sehala.
Kata Najib, kenaikan itu adalah kerana perjanjian berat sebelah yang ditandatangani pada 1997 iaitu ketika era pentadbiran Tun Mahathir yang mensyaratkan kenaikan setiap lima tahun.
Katanya, meskipun kenaikan tambang ERL dapat dihalang kenaikannya selama kira-kira 14 tahun, tetapi kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM2.9bilion.
Dalam hal ini, tentu kita tertanya-tanya, apakah kerajaan yang ada sekarang tidak mempunyai kuasa sama sekali untuk merundingkan semula terma-terma perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi demi kepentingan rakyat?
Dalam kes ERL misalnya, selain syarikat swasta, bukankah syarikat berkaitan kerajaan turut menjadi pemegang sahamnya?
Kenapa tidak cuba dirundingkan semula syarat-syarat perjanjian sedangkan kerajaan adalah pihak paling berkuasa untuk berbuat demikian?
Bukankah berkali-kali kerajaan melaungkan inginkan kuasa untuk menolong rakyat?
Kalau kerajaan yang ada sekarang hanya akur saja dengan keputusan pentadbiran terdahulu, kenapa pula perlaksanaan rel berkembar dari Padang Besar ke Johor Bahru dan pembinaan Jambatan Bengkok yang sudah diluluskan, boleh dibatalkan sebaik Tun Mahathir tidak lagi berkuasa?
Apakah menyalahkah Tun Mahathir merupakan jalan mudah untuk menutup kelemahan diri sendiri?
Jika semuanya salah Tun Mahathir, adakah Najib tidak bersalah atau tidak boleh diletakkan sebarang beban sama sekali atas perkara-perkara yang menjadi keresahan rakyat sekarang ini?
Bersih dan suci sangatkah manusia yahg bernama Najib itu?
Naik tambang ERL bukan kesalahan Najib. Naik tol tidak salah. Gagal tawan Kelantan tidak salah dan jika kalah teruk dalam pilihanraya akan datang pun bukan salahnya juga.
Semuanya salah Tun Mahathir. Dan Najib tidak pernah bersalah sama sekali.
Barangkali itulah sebabnya menerima wang RM2,600 juta dan mengakibatkan hutang setinggi RM42 bilion kepada 1MDB dalam urusniaga yang banyak meragukan turut tidak dianggap suatu kesalahan juga kepada Najib. (SH 12/12/2015).
Hutang 1MDB pun salah tun mahathir juga. Kalau tun dah buat 1MDB dulu tentu bukan najib yang terpaksa tubuhksn 1MDB
ReplyDeleteRasa saya yang percaya dakyah silanun Najib tu cuma yang hadir dalam dewan tu itu pun kerana beriman kepada jawatan dan habuan , yang kat luar dan majoriti rakyat dah lama teramat meluat , Najib ini dah la muka tak malu ,bodoh sombong pulak tu , tunggu la dan percaya la bahawa selepas PAU basi ini dan menjelang PRU 14 akan berlaku banyak lagi isu isu yang makin menyerlahkan kemungkaran si Najib dan pengampu pengampunya.
ReplyDeleteSdr,
ReplyDeleteApa nak jadi dengan Najib ni.
Apa guna jadi PM, dibayar gaji beribu-ribu tapi isu seperti tambang ERL pun nak salahkan Tun.
Apa jadi kalau ketua jabatan kerajaan ambil cara mudah yang sama. Projek gagal, salahkan orang yang dah bersara.
"resign" sajalah. Akan ada orang lain yang boleh selesaikan dengan baik.
Ini pun seolah-olah nak memperbodohkan rakyat lagi. Bak kata "srikandi" Anina, Najib kencing lagi ...
Zaman Mahathir tahun 80-an dulu, kalau rakyat marah-marah kat dia, tak ada pun dia salahkan Tun Hussein Onn.
ReplyDeleteKasihan kat najib yg GAGAL menggunakan kuasasebagai pm dan menteri kewangan jika tidak mampu menyelesaikan isu sekecil ini tapi mampu pula memaksa kontraktor yg dah menandatangani serta menjalankan kerja2 pembinaan rumah mampu milik tiba2 di arahkan menukar status dari kontraktor kepada pemaju bersama kerajaan.
ReplyDeletejika ini dapat di lakukan kenapa dlm hal erl najib tak mampu melakukannya daan menyalahkan tun m??
mungkin ada udang di sebalik mee kot atau ada derma yg akan diterima menyebabkan perlu menurut perintah syarikat konsesi.
Patut Najib sebut Tun Mahathir salah kerana cabut kuasa Raja dalam meluluskan undang2. Kalau Tun Mahathir tak pinda peruntukan Perlembagaan berkaitannya, tentu mudah untuk gagalkan Akta MKN. Sekarang tidak ada mekanisme yang boleh halang kerana Dewan Negara pun dikuasai pendokong Najib. Pasal tambang erl naik, TH takkan senyap aja. Ada apa2 ker Azeez dapat? Untuk makluman, pendapatan iklan dalam erl dibolot sepebuhnya oleh YTL melalui anak syarikatnya. TH buat bodoh aja. Jadi kalau operasi erl tidak untung pun, YTL tetap dapat lebih sebab duit iklan masyuk ke dia. Bijak kan TH?
ReplyDeleteYaa..semua ini adalah salah Mahathir..kalau 9 tahun dahulu mahathir tak penaikkan najib..sudah tentu malaysia tak jadi begini..sekarang najib sudah ada wang..ada kuasa..dan..menteri-menteri serta pegawai-pegawai kerajaan yang sanggup mati kerana najib bila sekali petik begini..BAPHAK THAUU..
ReplyDeleteKalau Tun Mahathir tak penaikan dia pun salah tun juga. Bila dah naik jadi PM kepala pun batu besar dalam juga ada duduk. Dah mula nak berlagak pandai. Berniaga modal 1 juta boleh berutang 42 bilion. Untung tak ada modal lesap hutang bertimbun.Salah Tun Mahathir juga ker.Ada pengampu ada pembodek semuanya bodoh bodoh berlaka. Semuanya kerbau belaka tetapi nak juga jadi perwakilan dan juga berbahas. Cara berbahas pun macam budak budak. Bikin malu saja kepada bangsa dan negara. Perwakilan macam ni layaknya angkat taik saja dgn lndah Water Konsortium. Pikul tong taik malam malam
DeleteBetul, salah Mahathir.
ReplyDeleteRM2.6 bilion dalam akaun Najib,
salah Mahathir juga ke.
Mahathir jangan hanya tanya Najib
Deletemana hilangnya RM2.6 bilion.
Mahathir juga patut tanya Najib
mana hilangnya MH370.
Kah... kah... kah...
jarang dan mungkin tidak pernah berlaku;
Delete1. meliwat (hal peribadi) kena penjara
2. minta komisyen kena bom
3. kapal terbang komersial (mas) hilang
4. kapal terbang komersial (mas) ditembak
5. suruh ternak lembu beli kondo
6. rm2.6 bilion dalam akaun pm
7. dan entah apa2 lagi yang tak masuk akal.
oh malaysia tanah tumpahnya darahku.
Bagi akulah.
ReplyDeletePorak peranda dalam Umno
kerana Najib dan Mahathir
penjarakan Anwar.
Ya benar, Anwar bukan keramat.
DeleteTapi doa orang yang teraniaya,
sering dimakbulkan Allah Maha Esa.
Dah dok penjara tu beristirehat sajalah. Makan minum gomen bagi free. Medical pun dapat.
DeleteSebab doa orang yg teraniaya macam saiful tu lah anuwar menerima pembalasannya.
Begitukah?
DeleteNanti kau akan dengar,
jubur Saiful berulat.
Silap-silap kanser usus.
Jangan main-main dengan fitnah.
Kita tunggu dan lihat.
Ada sesiapa tahu,
Deleteperkembangan terkini Saiful?
Ya begitu lah balasan kepada manusia yg bertopengkan agama. Manusia ini merengkok di dalam rumah pasong sebagai balasan di dunia
Deletepenjaralah, bodoh.
Deletebukannya rumah pasong.
Saya tabik ...politik nie...jiwa kental tahap dewa....tuhan tolak tapi..letihhhh
ReplyDeleteAhli umno memang perangainya buruk nak alih isu rm2.6b n 1mdb salahkan Tun pd aku Tun tetap wira menteri2 sabah ni memang kaki ampu najib org semenanjung tak sokong umno cuma ketua bahagian saja yg bermati matian dgn umno Tun lah org yg berani buka tembelang perangai buruk pemimpin umno
ReplyDeleteAhli umno memang perangainya buruk nak alih isu rm2.6b n 1mdb salahkan Tun pd aku Tun tetap wira menteri2 sabah ni memang kaki ampu najib org semenanjung tak sokong umno cuma ketua bahagian saja yg bermati matian dgn umno Tun lah org yg berani buka tembelang perangai buruk pemimpin umno
ReplyDeleteSaudara SH,ayat akhir dari paparan saudara kemungkinan juga salah TDM,oleh kerana beliau suka membongkar tindakan mereka.Inilah keterampilan jiwa-jiwa besar dalam UMNO sekarang iaitu menegakan benang basah.Bagi TSMY dan DSSA mereka ini tidak berjiwa besar kerana tidak tahu/enggan menegakkan benang yang basah.Kemungkinan juga mereka-mereka ini diberi tugas bagi meranapkan UMNO dari dalam oleh penderma budiman memandangkan UMNO&BN sudah terlalu lama memerintah negara ini."Ayam terlepas tangan bau taik"-permulaan kehancuran UMNO.
ReplyDeleteKini lengkaplah segala misteri yg berlaku dunia yg segala manusia, binatang dan seluruh penduduk langit telahpun menemui jawapannya.
ReplyDeleteMH370 dan MH17 juga terlerai sudah misterinya. Perang di Afghan, perang di Syria juga Rohingya lari keluar Burma ke Bangladesh melata2 juga telah tidak menjadi misteri lagi.
Harga emas, getah dan minyak merudum jua diketahui sebab musababnya. Tsunami Jepun Acheh dan gempa bumi di Nepal juga terburai misteri akhirnya.
Hanya kerana insan bernama Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad. Kahkahkah..
Tuan2 jangan bimbang, di Yaumil Mahsyar kelak, kita boleh melelong kedua2 nama ini untuk menyelamatkan kita dari api neraka. InsyaAllah. Kahkahkah.. bodohnya berlapis2.. tak tau lagi camana nak tolong...
Najib salahkan semua orang, kecuali ziana zain.
ReplyDeletemeliwat (entah ya entah tidak) masuk penjara.
Deletekhalwat (konfirm) duduk luar penjara, berkuasa lagi.
itu sebab macam-macam bala menimpa malaysia.
Kalau semua salah Mahathir.
DeleteNajib patut tangkap dan dakwa dia dalam mahkamah.
Ada berani, ada teloq ka?
Teloq? Adaaa..dalam beg tangan rosmah
DeleteBetul. Ini semua salah Mahathir yg menyokong perlantikan Najib sebagai PM walaupun pd ketika itu ada desas dan desus, Najib ni decontrol olih Rosmah.
ReplyDeleteMendiang Lee Kwan Yew sangat bijak dlm ilum politiknya. Semasa melawat Msia, dia jumpa semua pemimpin2 yg ada kuasa termasuk Guan Eng dan juga Rosmah. Mana ada negarawan asing buat macam itu. Sebab: Kuan Yew tahu, diMsia\, yg berkuasa ialah Rosmah dan Najib hanya diperkudakan shj. Ini yg Mahathir tak tahu. Jadi ini semua salah Mahathir dlm isu Najib ni. Pi sokong lantikan 'budak' yg dan pi bagi dia intan dan berlian kepunyaan orang ramai utk dijaga. Habis lahhhh.
Rosmah punya bomoh lagu power dari bomoh Mahatir
DeleteZaman Mahatirlah lanun lanun ni sudah di bela oleh Mahatir, dah mentedarah hasil bumi dan pendapatan Malaysia, cuma si Mahatir makan besar pandai simpan, yg lain lain ada lah dapat tulang dan kuah, skg masanya nak tunjukkan kat Mahatir, no power hang boleh buat apa, menyalaklah mcm anjing gila dan di sokong oleh anjing anjing kurap
Yg paling kurau penjilat mcm hang...takutlah tu tak dpt. Derma lg
DeleteAgreement is agreement. If change, investors will no longer trust government. DS Najib management style is the "inclusive" style. Rakyat opinions will be taken into consideration when making decision. Majority of the decisions are actually for the rakyat. I personally agree with him, perception does not matter. Reality is more important. In the end, the truth will prevail.
ReplyDeleteKalau Mukhriz menang bertanding Naib Presiden Umno, tentu segalanya baik di mata Mahathir.
ReplyDelete