Mesyuarat khas MT pada 9 Disember ini bukan saja akan memutuskan sama ada Muhyiddin Yassin dapat berucap atau tidak dalam majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, tetapi juga dijangka bakal menentukan kedudukannya dalam parti.
Ada perkhabaran mengatakan, jika dalam dua mesyuarat MT sebelum ini beliau terlepas daripada sebarang tindakan, hukuman pasti menanti Muhyiddin pada mesyuarat 9 Disember nanti yang akan menghalangnya terus daripada menghadiri perhimpunan itu.
Beliau dikatakan sama ada akan dipecat atau digantung keahlian UMNOnya.
Dengan memecat atau menggantung keahliannya, keperluan untuk Muhyiddin berucap di majlis penggulungan secara automatik tidak berbangkit lagi.
Tindakan Muhyiddin mengadakan perhimpunan untuk menyampaikan amanatnya di Kelab Sultan Sulaiman sebagai ganti tidak dibenarkan merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini dikatakan menjadi sandaran utama terhadap pemecatan atau penggantungan itu.
Ini kerana perbuatan itu dianggap sebagai tidak mematuhi arahan parti yang menyetujui perasmian sayap-sayap dilakukan oleh ketua masing-masing.
Bersama Muhyiddin, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal juga dijangka akan diambil tindakan pecat atau gantung keahlian itu.
Tun Mahathir dipercayai diambil tindakan kerana tindakan berterusannya menyerang Najib, baik dalam ucapan mahupun penulisan di blog, manakala Shafie kerana sikap dan pendiriannya yang tidak jauh berbeza dengan Muhyiddin.
Melalui tindakan terhadap Tun Mahathir juga akan menghalang kehadiran bekas Perdana Menteri itu dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini dan sekaligus memberi kelegaan kepada Najib untuk menyampaikan ucapan perasmiannya dengan lancar tanpa perlu memandang wajah pengkritik utamanya itu.
Lebih meyakinkan pemecatan atau penggantungan terhadap mereka itu ialah berikutan nada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi semalam yang nyata amat berbeza sekali.
Dalam interbiunya dengan Malay Mail, Zahid melahirkan keyakinan bahawa UMNO tidak akan mengalami perpecahan yang serius jika tindakan diambil terhadap pengkritik Najib.
Katanya, UMNO sudah pernah mengalami perpecahan sebelum ini tetapi kemudiannya bersatu kembali.
"Sama ada Muhyiddin dan Shafie digantung atau dibuang, setiap orang harus menerima keputusan pemimpin atasan. Ia bukan keputusan individu, tetapi dibuat oleh MT berdasarkan apa yang terbaik untuk parti," tambahnya lagi.
Jika dihalusi, pendirian terbaru Zahid ini amat berbeza dengan beberapa kenyataannya sebelum ini yang bukan saja menafikan Muhyiddin dan Shafie akan diambil tindakan, bahkan juga mahu kedudukan kedua-dua pemimpin itu terus dihormati.
Tetapi, mengapa kenyataan Zahid kali ini agak berbeza?
Apakah ini menunjukkan Zahid sekarang bukan saja mulai bersetuju dengan pemecatan atau penggantungan itu, bahkan lebih mahukan ia berlaku?
Dalam masa yang sama, apakah ia didorong oleh kemahuan untuk melindungi kedudukan Najib atau demi masa depan politiknya sendiri? (SH 07/12/2015)
Zahid buat2 tak faham. Sama macam pemimpim umno yang lain. Konon tak ada kesan pada parti jika ambik tindakan terhadap pengkritik najib. Cuba lagi berdalih. Yang lebih penting kritikan itu. Bukan siapa yang kritik. Ambillah tindakan ke atas pengkritik. Isunya tidak akan padam begitu sahaja. Ini bukan isu umno semata2. Isu yang dikritik adalah berkaitan kerajaan. Tidak ada beza tun mahathir ahli umno atau bukan dalam kritikannya. Begitu juga muhyiddin dan shafie serta lain2. Sebagai rakyat mereka ada hak untuk terus mengkritik walaupun dari di luar umno. Mungkin umno tidak berpecah tapi umno akan jadi makin lemah. Ku nan pun kata biar ahli sikit asalkan berdisiplin. Dengan kata lain biar cuma pemegang jawatan sahaja yang tinggal dalam umno asalkan mudah dikawal. Ahli akar umbi tak ada pun tak apa. Jagalah umno kau zahid. Mungkin pengundi akan pilih orang lain untuk jaga negara pada pru nanti. Biar umno kalah asalkan tak berpecah. Akal letak dalam tempurung nyiur, itulah jadinya.
ReplyDeleteAdnan mansor aka Ular Sawa UMNO kerjanya selain daripada melengkar bila kenyang dia akan membelit bila lapar
DeleteBg signal dulu maybe xleh berucap, ape2 pun final decision rabu mlm. So bila yg ditarget buat something so ade reason utk terus pecat rabu mlm ni. Nampak tak mcm mane game nye..so better salah sorang target dok diam2 and wait to show off masa agm
ReplyDeleteApabila Tsmy digantung atau dipecat maka dgn megahnya tenku nan mengeluarkan kata kata bahawa Zaid akan merasmikan pewakilan sayap n pembukaan n penggulongan pau...tunggu n lihat
ReplyDeleteSetuju
DeleteNajib x kan berani berucap di hadapan Tun.macam mana nak kelentong depan Tun,depan ahli umno yg bodoh bebal boleh lah dia berucap....ahli ahli umno bodoh sah bertepuk tangan dgn najib
ReplyDeleteShahrizat jalil berkepak sakan sokong najib tak berbelah bagi. Aku nak tanya hang shahrizat ada ker kawasan yg selamat untuk hang bertanding dalam PRU 14 nanti?
DeleteDi kawasan lembu pun hang tak boleh menang.
Betullah MT yang buat keputusan. Tapi masalahnya ialah MT itu cuma lembu yang dicucuk hidung oleh PM dan rejim. Keputusan MT adalah keputusan PM dan rejim. Sudah tiba di persimpangan TSMY beserta semua warga UMNO yang maseh waras tentang dan lawan rejim Najib ini habis-habisan.
ReplyDeleteMasih ada kah lagi orang orang Melayu yang ada perasaan hormat kepada mereka mereka ni?
DeleteMwngapa MT itu sendiri tidak membuat tindakan terhadap najib?
DeleteSudahlah umno diambang kehacuran pembangkang pula bercakaran. Bila masa parti pembangkang nak bersatu?
ReplyDeletePembangkang akan bersatu bila dah dekat nak PRU14.. skrg ni waktu honeymoon.. bokpa nak kalut.. hang xyah dok kalut..
DeleteSudahlah umno diambang kehacuran pembangkang pula bercakaran. Bila masa parti pembangkang nak bersatu?
ReplyDelete70 peratus org melayu dah benci Najib...ramai ahli UMNO, yg mengundi BN dh x percaya Najib...x de dgr pun pengundi PR berpecah...BN akan hancur bwh Najib pukimak
DeleteDalam UMNO tidak boleh salahkan Zahid sahaja atau salahkan Ku Nan.
ReplyDeleteIni keputusan MT. Kalau kita kata Zahid seperti lalang.Najib tak ada telur. Sebenarnya semua MT adalah lalang dan tidak ada telur. Mereka bersatu atas sebab ketakutan yang ada pada mereka dan bukan atas kebenarang.
Zahid menyeru semua ahli UMNO bersatu dengan pemimpin MT yang dalam ketakutan dengan mengenepikan kebenaran.
seperti maknanya...MT..makan tahik
DeleteBetul sgt sgt tu.
DeleteMT...Muka Tembok
9.12.2015 hari yang akan menentukan politik tsmy sama di benar berucap atau tidak di PAU kali ini,bukan setakat tsmy tidak di benarkan berucap,tun m pun akan mengikut sama seperti tsmy,tun m akan di pecat daripada umno,tak secara langsung nya tun m tidak akan di benarkan masuk dalam dewan mesyuarat,alasan nya tun m sudah di pecat daripada umno,tunggu tarikh 9 haribulan december 2015 ini.....
ReplyDeleteSetahu saya budaya umno memang begitu pijak memijak utk naik budaya biasa jadi apalagi ahli umno janganlah kita pertahankan pemimpin yg dipanggil SPRM salah atau tidak lain ceritanya
ReplyDeleteitu sudah semestinya......KC boleh dijual dengan semangkok mee kari.....yennadaeee
DeleteSetahu saya budaya umno memang begitu pijak memijak utk naik budaya biasa jadi apalagi ahli umno janganlah kita pertahankan pemimpin yg dipanggil SPRM salah atau tidak lain ceritanya
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete