Dari kejauhan nun di Amerika Syarikat, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi melontarkan teguran kepada pemimpin-pemimpin BN kerana menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan keraguan terhadap agensi-agensi penguatkuasa susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja berkaitan kemelut 1MDB.
Katanya, sebarang kenyataan berunsur provokasi tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menggambarkan seolah-olah agensi penguatkuasaan tidak mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan penyiasatan dan melakukan pendakwaan lebih awal.
Ketulusan saranan daripada Majlis Raja-Raja tidak seharusnya ditangguk di air keruh yang seharusnya dijernihkan agar terpancar keikhlasan untuk menyelamatkan parti dan kerajaan, katanya.
Walaupun mungkin kenyataan Zahid itu ditujukan kepada beberapa pemimpin yang lain, namun jelas sasarannya paling mungkin ialah kepada Muhyiddin Yassin kerana reaksinya terhadap kenyataan Majlis Raja-Raja yang turut mengaitkan tentang pendakwaan, tangan ghaib, 1MDB tidak kebal dan sebagainya.
Lebih jelas kenyataan Zahid itu barangkali ditujukan kepada Muhyiddin apabila beliau turut menyebut, "tindakan dendam dan memburukkan keadaan akhirnya menyumbang kepada menang sorak kampung tergadai" yang seolah-olah Timbalan Presiden UMNO itu masih berdendam atas pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Sesuatu yang Zahid harus sedari ialah memang orang menangguk di air yang keruh. Tidak ada sesiapa mahu menangguk di air jernih, kecuali orang yang tak berapa betul akalnya.
Menangguk di air jernih bukan saja mengundang ketawa ramai, malah kalau pun ada ikannya, ia lebih awal melarikan diri sebaik melihat bayang tangguk mencecah permukaan air.
Oleh itu, memang orang hanya menangguk di air keruh. Selain mungkin ada ikan yang boleh diperolehi, besar atau kecil tangguknya juga tidak mudah dilihat oleh ikan.
Kalau air sudah keruh, jangan marah kepada orang yang menangguk yang mungkin memperolehi ikan melalui tanggukannya itu, tetapi yang patut disalahkan ialah siapa yang menyebabkan air itu menjadi keruh.
Bahkan kalau air sudah keruh dan diketahui pula ada ikannya, tidak berapa cerdik pula jika sekadar membiarkan saja dan tidak melakukan apa-apa tanggukan. Kata orang, rezeki jangan ditolak.
Orang politik dan penangguk ikan lebih kurang saja sifat dan perangainya. Pantang ada peluang dan kesempatan, pasti akan direbutnya. Semua ada sifat begitu.
Dalam isu 1MDB, yang salah bukanlah mereka yang menangguk di air keruh tetapi yang perlu dipersalahkan ialah mereka yang menyebabkan air yang sepatutnya jernih menjadi keruh.
Sebagai timbalan perdana menteri, Zahid seharusnya melihat punca air menjadi keruh itu. Kalau beliau ada kekuatan dan benar-benar ingin melihat parti serta kerajaan menjadi lebih baik, Zahid seharusnya menghalau penyebab air keruh itu terlebih dahulu sebelum marahkan mereka yang menjadi penangguk.
Tiada penyebab air keruh, maka tiadalah air menjadi keruh dan tiada jugalah sesiapa akan turun menjadi penangguk.
Jernihkan air terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang yang menangguk di air keruh. Jika air sudah jernih, tiada sesiapa pun mahu jadi penangguk lagi. (SH 11/10/2015
Satu tumbukan yg kuat tepat ke muka TPM...Satu tulisan yg sungguh bernas..syabas
ReplyDeleteZahid ni tarafnya sama dengan brahim ali.Tin kosong ja. Macam ni punya orang pun melayu sanggup angkat jadi pemimpin mereka.Padanlah dikatakan melayu ni bangang, bangsat dan haramjadah. Kesimpulannya melayu yang sokong melayu macam ni, memang kangkong.
DeleteZahid bukan melayu tapi sebenarnya dari jawa, terpulanglah pada orang yg ingin mengelarnya
DeleteSemasa sebelum jadi TPM...menikus aje...dah dapat gading bertuah...ramai pulak yg kna tempelak nya...kesian yg lain2...masih menikus jugak...sampai bubar kabinet...kalau tak..tak makan anak bini..

DeletePada aku, Zahid ni, 10 dia cakap, 15 aku tak percaya.
DeleteYg 5 tu dia tak cakap lagi pun dah tau sampah dgn menipu.
Kadang kadang saya heran dengan perangai orang kita yang mengaku Islam tapi perangai sebaliknya (tidak jujur, tidak amanah, munafik, assobiyyah dll). Mengaku demi Melayu (Melayu terpilih sahaja). Setahu saya, yang perangainya seperti ini adalah orang Yahudi yang kita sangat sangat benci itu malah Allah SWT juga melaknati orang seperti ini. Hati hati dengan siapa Penasihat atau Sifu kita, jangan terikut ikut perangai mereka. Agenda mereka mahu melihat Malaysia hancur dalam sekelip mata, mereka akan cuba melaga-lagakan kita sesama sendiri, sesama rakyat sendiri. Lepas itu senang kuasa kuasa besar lain masuk ke negara kita sebagai Pasukan Pengaman PBB. Kedudukan geografi Malaysia adalah strategik. Masa itu bukan lagi pergaduhan kaum tapi "Ethnic Cleansing", "Islamic Terrorist". Menang sorak tapi tergadai kampung.
ReplyDeleteKah!...Kah!...Kah!...,SH bolehkah kita sebut sebagai perumpamaan "Ludah kelangit last-last timpa batang hidung sendiri".
ReplyDeleteWell said & phrased lah bro. Dari mula-mula lagi pemimpin yg bijak patut melihat kepada punca segala permasalahan. Kita mesti tackle the source of the problems. Kalau tak tau nak tackle source macam mana nak jadi pemimpin? Ini basic management and good governance. As pemimpin lebih baik diam daripada buat stupid remarks dan kalau diam je sebagai pemimpin lebih baik tak payah jadi pemimpin. Pemimpin mesti boleh buat kenyataan yang bijak dan setiap patah perkataan masyarakat respect. Anak Kuching.
ReplyDeleteKenyataan muhyiddin adalah selari dengan kebimbangan Sultan dan Raja Melayu.
ReplyDeleteItulah intipati yang muhyiddin tafsirkan, tidak lebih dan tidak kurang.
Zahid cuba nafikan hakikat kebenaran itu sebaliknya menggunakan helah provokasi untuk melindungi integriti.
Zahid sepatutnya berterima kasih kepada Muhyiddin, kalau bukan Muhyiddin menangguk di air keroh masakan Zahid dapat jadi Timbalan...
Zahid bukan pejuang sejati Umno hanya seorang pentingkan jawatan dan wang ringgit.Rakyat patut tolak pemimpin saperti ini
DeleteOrang saperti Zahid bukan lah tempat berpaut buat rakyat,hanya menjaga perut sendiri.Rakyat/Ahli Umno patut menghumban pemimpin ini kedalam longkang
ReplyDeleteright bro, minister with no substance
Deletejangan salahkan dia, siapa angkat dia.....yang angkat dia tu lah ngok
DeleteBiasa lah apabila Sultan bertitah kena lah menjunjung kasih dan sambut titah Sultan dengan memberi ucapan penghargaan iaitu respond. Macam dalam Parlimen dan DUN jugak lah. Tapi dek kerana kali ini titah tersebut mengenai 'hilang kenyakinan' maka apa juga respond akan di katakan menangguk di air keruh.
ReplyDeleteTak kan lah bila Sultan mengeluarkan titah. pemimpin senyap.
Apa-apa pun Datuk Khairuddin dan Matthias Chang yang jadi mangsa paling teruk aniaya Najib. Kena tangkap under SOSMA. I wish the Raja-Raja did a special mention of them and demand that they be released.
ReplyDeleteMaaf, Raja raja tak boleh berbuat apa. Mereka laksana lembu kenyang. Siapa pun memerintah negara, kedudukan mereka tetap hidup senang lenang tanpa ada batasan dan tidak akan jatuh miskin sama sekali. Telitikan sendiri beribu-ribu kompeni-kompeni GLC dan GLIC yang ada. Hadamkan ilmu statistik dan matematik betul-betul. Londehkan segala ilmu agama, ianya tak diperlukan pun untuk faham budaya kerja buat harian kaum bangsawan kita. Ilmu politik cukup mudah. Selagi wujud melayu bodoh ala Hasan Malek, Ali Tinju, Jamal Pak Tongkol, juga terus wujud beberapa kerat mendeliar-mendeliar khording ghell di Penang dan di serata ceruk Malaya, nuffsaid bro..
DeleteNak apa saja, semuanya cakap saja.. melayang-layang berpipih datang selambak depan mata laksana kunfayakun. Cuma satu saja yang raja-raja tak boleh atau tak dapat berbuat apa-apa, iaitu menolak kematian. Selain daripada ini, sumernya ditanggung rakyat. Makan dan segala rezeki ditanggung rakyat, cuma tolong cangkung je untuk berak beramai-ramai snak beranak.
Kalo dah hidup senang lenang begini, apalagi nak risau? Cukai dikenakan pun, masuk kantung raja jugak. Dalam tidur pun, rezeki berjuta-juta datang berbenih dalam akaun bank. Cukong dan barua dimana-mana, bersedia untuk berkhidmat. Nyawa dan raga. Untuk tuhan pun belom tentu mereka ini akan berbuat demikian. Orang melayu terus hidup miskin dikeliling istana pun, raja dan kerabat tak pernah kenal walaupun raja-raja hidup atas duit cukai yg dikutip dari si miskin fakir dikeliling istananya sendiri juga.
Apa raja mahu peduli? Bila la nak sedar-sedar? Ka tak mau sedar-sedar lagi. Biol pun makin dan masih bertingkek-tingkek melayu ni..
Betul, benar, orang-orang yg menyebabkan air keruh sepatutnya disingkir dan dihadapkan ke muka keadilan. Masakan TPM tak tahu apa dan siapa yg menyebabkan air menjadi begitu keruh.
ReplyDeleteTPM dan konco-konconya sendiri pun si penangguk di air keruh, jangan salahkan orang lain. Janganlah bila kita dah naik atas kita asyik menyalahkan orang lain di bawah. Jangan jadi kaduk naik junjung.

Janganlah menegakan benanag basah kalau betul mengaku jelah kalau titah raja pun tak betul apa halnya teguran rakyat tutup ajalah hehehe
ReplyDeleteJanganlah menegakan benanag basah kalau betul mengaku jelah kalau titah raja pun tak betul apa halnya teguran rakyat tutup ajalah hehehe
ReplyDeleteSSYA NAK TANYA ZAHID HAMID SBG BUDAK IZZUDDIN.YG FAHAM AGAMA..DALAM PENGRTAHUAN KOR..DALAM HATI KECIL DALAM.MAKLYMAT YG KOR DAPAT...YELAH KOR PEGANG MINDEF PASTU KDN N TPM...NAJIB NI TERLIBAT TAK DLM SALAH URUS SALAH GUNA SALAH TERIMA DUIT DONATION DAN WAN EMDEEBEE....MINTA PETUNJUK DARI ALLAH...AMBIL TINDAKAN..NAK SELAMATKAN BOSS DAN KAWAN KE ATAU NAK SELAMATKAN UMMAH DAN ALIF BA TA...DALAM HATU KECIK U ZAHID...FIKIRLAH..TAPI KALU KOR TAHU TAPI TK ANBIL TINDAKAN...TGU LAH PEMBALASAN ALLAH...KOR BUDAK IZZUDDIN ZAHID..KOR AKAN DI COP SBG BAPA PETUALANG SB KOR LINDUNG PETUALANG...KELUAR LAH SAT DARI BAJY POLITIK KOR ZAHID..KELYARLAH..SAT JE..N FIKIR...NAJIB MAHA ESA KE ALLAH MAHA ESA..BETUL AKU TK TAU ..TP LAMBAT LAUN ORANG AKAN TAHU KEBENARAN..JGN TERMAKAN SUMPAH ZAHID..SELURUH KETURUNANAN KOR ZAHID AKAN MENANGGUNG KIFARAH ALLAH ATAS TINDAKAN KOR HARI INO..INGAT MAK AYAH TOK TOK CAI KOR ZAHID..DEPA DISANA AKAN MENANGIS BILA KWAN KWAN YG HIDUP SEKARANH NI BERJUMPA DU ALAM GHAIB DAN MENCERITAKAN EHWAL KOR DI SINI...INGAT GURU HURY UZTAZ UZTAZ KOR MASA DI IZZUDDIN ZAHID..KOR MASIH ADA SIKIT MARUAH UTK KOR PERTAHANKAN..TP SILA SILAP KANGKAH ZAHID...KOR DAN KETURYNAN KIR TGU LAH PANGGU KIFARAH DARI PENCIPTA...WAKTU SAKKRATUL.MAUT DATANG NNT ZAHID..KOR AKAN RASAI..KETURUNAN KOR AKAN LIHAT..JANJI ALLAH ITUVBENAR ZAHID..BENAR BELAKA....BERTINDAKLAH SEBELUM TETLEWAT..KALU KOR BETUL NAJIB BETUL..AKU MOHON MAAF ATAS PERSEPSI TERSEBUT...MINTA MAAF ZAHID..BENDA YG KOR JUNJUNG DULU TU BKN BUKU TALIPON ZAHID TP KITAB DAN KALAM ALLAH.

ReplyDeleteSalam tuan, buat semak jer letak nuffnang. Tuan penulis berkaliber, ramai pembaca. Nuffnang boleh bagi duit income tapi tak berbaloi.
ReplyDeleteJual buku lagi ok.
Pembaca setia.
ReplyDeleteLawatan rasmi ke Jakarta yang kebetulan pula sama dengan tarikh majlis perkahwinana anak, ada kah menangguk kerana air nya keruh atau kerana air nya jernih ?
DeleteAir sungai keruh tapi hari tak hujan.Cuaca baik dan panas.
Mengapa air keruh? Rupa nya ada jentera korek pasir yang mencuri pasir sungai secara haram.
Yang untung lebih ialah taukeh jentera korek pasir. Yang merosakkan air sungai ialah taukeh jentera korek pasir.
Apasal salahkan penangguk ikan di hulu sungai ??
Yang suka menangguk ikan ialah taukeh ikan bakar !
Delete