Thursday, 8 October 2015

AYUH ABANG DIN...KENA BERANI SIKITLAH DAN JANGANLAH JADI PENYU LAGI!!

Rasanya sudah ramai yang membaca kenyataan media oleh Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin berkenaan pendirian Majlis Raja-Raja yang mahu siasatan 1MDB diselesaikan dengan segera serta diambil tindakan sewajarnya kepada pihak-pihak yang terlibat dalam skandal itu.

Kenyataan media yang turut menyentuh beberapa aspek lain itu bukan saja disiarkan oleh kebanyakan media bebas, malah dikongsi dengan meluas melalui Facebook dan Whatsapp sehingga ia menjadi perbualan di mana-mana saja.

Secara umumnya kenyataan media Muhyiddin itu masih boleh dianggap berani, tegas dan selari dengan kehendak rakyat walaupun beliau mengeluarkannya melalui Facebook dan difahamkan juga sedang berada di luar negara ketika ini.

Berikut adalah antara intipati kenyataan media Muhyiddin yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lalu:-

1 - menyambut baik dan menjunjung kasih terhadap kenyataan Majlis Raja-Raja dan ia menunjukkan keprihatinan DYMM Raja-Raja  terhadap kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

2 - pihak yang sewajarnya menjunjung titah Majlis Raja-Raja ialah Perdana Menteri selaku ketua kerajaan dengan memastikan siasatan terhadap 1MDB dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan serta diambil tindakan dengan segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.

3 - berhubung siasatan 1MDB oleh Bank Negara yang telah membuat kenyataan sudah menyelesaikan siasatannya, jika ia mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara mendakwa mereka di mahkamah.

4 - mahu Peguam negara memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara itu.

5 - keanggotaan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mesti diisi dengan segera bagi membolehkan jawatankuasa itu meneruskan siasatan dan amat malang sekiranya siasatan PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima perlantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

6 - setelah laporan awal Ketua Audit Negara diserahkan kepada PAC, masyarakat umum kini tertunggu-tunggu status laporan akhir Ketua  Audit Negara itu.

7 - perkembangan proses siasatan 1MDB yang kelihatan perlahan dan hampir tergendala menunjukkan seolah-olah ada tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu.

8 - menyelar penahanan Khairuddin Abu Hassan di bawah Sosma semata-mata kerana membuat laporan kepada pihak berkuasa luar negara berhubung transaksi 1MDB sedangkan undang-undang itu adalah untuk membendung kegiatan terrorisme atau keganasan.

9 - mempersoalkan adakah tindakan membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung transaksi sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan?  Adakah 1MDB sebuah institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita?

10 - susulan titah DYMM Raja-Raja itu, menyeru warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya siasatan sscara telus, adil dan berkecuali dapat dilakukan.

11 - janganlah dibiarkan kemelut 1MDB mencemarkan nama baik Malaysia bak "nilai setitik rosak susu sebelanga"  sedangkan negara kita amat dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan diyakini oleh pelabur serta pedagang dari seluruh dunia.

Keseluruhannya kenyataan ini menunjukkan Muhyiddin kekal berani seperti dahulu dan tetap tidak berubah walaupun ketika mengeluarkannya beliau berada di luar negara. Diharapkan selepas ini Muhyiddin tidak saja berani mengeluarkan kenyataan semata-mata, tetapi turut berani turun padang sama untuk menyuarakan pandangan dan kebimbangannya.

Janganlah lagi jadi seperti kepala penyu, sekejap muncul, sekejap menyorok. Jadilah seperti Tun Mahathir Mohamad yang sentiasa berani, konsisten dan tidak pernah letih untuk menyingkirkan Najib bagi menyelamatkan negara ini.

Tiada gunanya Muhyiddin sekadar meminta semua warganegara menyuarakan kebimbangan mereka mengenai 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa ( seperti intipati no 10) jika beliau sendiri hanya duduk di rumah atau lebih kerap ke luar negara berbanding bersama-sama rakyat yang sedang sengsara.

Jika sudah melahirkan kebimbangan yang begitu tinggi mengenai pelbagai masalah dalam negara, terutama berkaitan 1MDB dan penyalahgunaan undang-undang Sosma, maka inilah masanya untuk bertindak dan mengotorkan tangan bersama-sama dengan rakyat.

Apa kata, kalau pun tidak Muhyiddin sendiri yang membuat laporan kepada pihak berkuasa, tetapi sekurang-kurangnya menjadi penggerak agar lebih ramai rakyat daripada seluruh negara membuat laporan mengenai 1MDB. Bukankah impaknya akan jadi lebih berkesan?
Ayuh Abang Din...marilah turun bersama  semua gerakan yang bertujuan menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara sekembalinya dari luar negara nanti. Jelajahilah negara ini, terimalah pelbagai jemputan NGO, dekati pelbagai kelompok masyarakat atau sesiapa saja sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk menyuarakan kebimbangan yang sudah lama bersarang dalam kalbu.

Duduklah di mana-mana pentas bersama Tun Mahathir yang walaupun sudah melebihi usia 90 tahun, masih gigih dan kuat semangatnya untuk kepentingan negara sedangkan dalam usianya sekarang, dengan kehidupan sempurna dan anak-anaknya sudah berjaya, jika beliau duduk berehat dan tidak berbuat apa-apa pun, tiada siapa marah dengannya.

Negara kita sudah ditadbir dengan begitu teruk sebenarnya. Kalau tidak, takkanlah sampai Majlis Raja-Raja menyatakan pendirian yang secara tidak langsungnya menggambarkan kegagalan pemimpin serta kerajaan sedia ada menguruskan negara.

Meskipun Tun Mahathir pernah menyatakan Muhyiddin tidak mahu terlalu ke depan menekan Najib kerana enggan dilihat begitu menginginkan kerusi Perdana Menteri itu, jangan dijadikan ianya alasan untuk bersenang-lenang menanti jawatan itu jatuh ke riba.

Muhyiddin seharusnya sedar, kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan kemelut yang sedang berlaku sekarang adalah kebetulan saja dan diluar kuasanya untuk mengelakkan ianya daripada bertembung.

Jika ditakdirkan beliau menjadi Perdana Menteri, itu adalah rezekinya yang kebetulan menduduki kerusi nombor dua dalam UMNO sekarang. Namun janganlah diharapkan semuanya secara percuma dan  membiarkan pula Tun Mahathir lebih banyak keluar peluh daripada dirinya.

Tidak beretika sama sekali terhadap perjuangan untuk memulihkan negara dengan jawatan yang ada jika tidak mahu menonjol ke depan itu semata-mata kerana enggan dilihat terlalu inginkan kerusi Perdana Menteri.

Kalau begitu, buat saja pengumuman tidak mahu menjadi Perdana Menteri dan turun padang itu dilakukan semata-mata untuk memulihkan negara saja? Berilah kepada sesiapa yang difikirkan sesuai untuk menggantikan Najib nanti.

Yang penting, turunlah padang dan basahkan baju dengan peluh perjuangan. Lakukannya demi negara dan setelah Raja-Raja sendiri menyuarakan kebimbangan mengenai negara ini, seharusnya tiada apa-apa lagi yang membimbangkan Muhyiddin untuk terus melangkah gagah. (SH 08/10/2015)

31 comments:

  1. Mahyudin kena lebih gagah Dari Tun M sebenarnya....beliau menyatakan kebimbangan persepsi buruk dituduh untuk mengambil alih jawatan Dari firaun najib....masalahnya tuduhan sedemikian itu sudah lama dipropagandakan bangsat najib.....anda tak perlu menjadi 100% seperti Tun M sewaktu di zaman tunku Abdul rahman...cukup 50% sudah meyakinkan kami bahawa anda p.M yang ditunggu2kan....belum terlewat lagi untuk menunjukkan sifat amuk anak Pak yasin ni....

    ReplyDelete
  2. Apa tunggu lagi ... ayuh tunjukkan sifat perjuangan demi bangsa dan agama.tegakkan kebenaran demi rakyat

    ReplyDelete
  3. Maaf,mgkn sy agak prejudis dgn abg din ni..tp im a bit hesitate if he happens to become our next PM, he is no different than pak lah. One thing in common, these two have no leadership skill unlike tun m n DSAI (sorry to mention the fact). But i hope that my perception is not true.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhyideen mcam Ku Li...harap 'kolopong' datang bergolek. Tak mahu bersama2 rakyat, tidak spt Anwar..berani keluar masuk jail dan tak takut diugut. Rahim Noor pukul dia pun pukul curi..dgn tangan digari dan muka ditutup. mana Rahim noor pukul dia..lawan satu sama satu.

      Sekarang Anwar dijail...Najib mengelupur diluar jail.

      Delete
    2. Tak perlu TS Muhyeedeen turun padang lebih lebih......kelak dia jatuh lebih teruk.(mungkin dipecat dari UMNO)..Bang deen kena juga lihat ada orang nak bagi dia lingkup...orang lain akan naik....sikit sikit je cukup...!MDB tak membengkruptkan Malaysia pun...Orang ramai ok je...je..Cuma yang dirasakan tergugat mereka kepentingan yang melomat tinggi...

      Delete
    3. Sapa kata 1mdb tak mudarat malaysia. Walau tak bankrupkan malaysia tapi repotasi malaysia hancur dgn kemelut ni. Raja pon dah bunyi.. Sapa kata rakyat ok dgn 1mdb ni...

      Delete
  4. Setuju sangat. Muhyiddin & Shafie Afdal kena lebih menampilkan diri untuk menggesa Najib berudur dari jawatan... oklah kalau tu pun masih penakut.. gesa Najib ambil cuti tanpa gaji je lah supaya 1MDB boleh disiasat dengan menyeluruh.

    Berani kerana benar. Jangan tunggu rakyat fight for you pulak. Cuba tengok Tun M, itulah baru pemimpin sebenar. Rasanya majority penyokong BN lebih nak Tun M jadi PM gantikan Najib dari Muhyiddin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.
      Betul.

      Kalau tak berani desak Najib ambil cuti tanpa gaji.
      Desak cuti bergaji pun tak apa. Janji desak sampai Najib tidak perlu lapur diri untuk bertugas sehingga di beritahu kelak.

      Delete
    2. Kalo najib cuti,pemangku pm pulak bagus benooooo keeee? Njoy le gangster 1malesia.

      Delete
  5. Dlm UMNO mana ada yg berani? Sumer jaga perut buncit masing-masing ja. Ini bukan main catur senang-senang nak checkmate Najib. Mmg berpeluh seluar dalam la.

    Sumer undang-undang dan kekuasaan dipusatkan kpd PM. Hinggakan Raja-raja memasing hidup segan mati tak mau ja bila kesahkan hal-hal rakyat. Malah memasing sibuk membuncitkan perut dengan projek-projek dalam negeri masing-masing.

    Jika raja-raja dah macam lembu kenyang, apalah sangat dengan Najib nak letak jawatan? Golongan bangsawan terus polok dan polok berjuta-juta duit projek ayas nama pembangunan kpd rakyat. Duit cukai terus dikenakan kpd rakyat untuk membuat prasarana yang terus menyusahkan rakyat. Terbaru Bukit Aman tibai 30 juta untuk buat sistem scam saman nombor plat. Sistem haramjadah apakah ini sampai rege 30 juta?

    Sampai bila kita nak sedar? Sokong raja pun kita terus hidup susah. Sistem negara sudah sewel. Jika Majlis Fatwa pun reputasinya rendah, jabatan-jabatan kerajaan lagilah hina. Apatah lagi jabatan peguam, SPRM dan segala bagai ini, ditubuhkan untuk menjaga parti pemerintah. Rakyat terus hidup dalam kecelakaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bukan tidak ada.
      Kalau tidak Adnan tidak beritahu yang dia pantau 7 pemimpin UMNO Kalau masuk Khairuddin dan Anina dah 9. Habis Tuan Shah lagi dah 10. Yang tentang Najib tapi tak efektif dan sekali sekala tidak kira lah macam Muhyiddin lah

      Delete
  6. Shahbudin,
    Do you believe the statement by the rulers is the light at the end of the tunnel or will it be business as usual?
    Look at what is happening these two days: Task Force not disbanded but investigation in progress. (But who has been questioned?).
    Bank Negara's report trashed. (As though Bank Negara is stupid) Matthia Chiang arrested under Sosma. (Intimidation).

    ReplyDelete

  7. Abang Din dah terlambat. Berani pulak TLLS. Kena saman, samanlah. Namun nak minta maaf tidak sekali !

    Suara Abang Din sayup-sayup je sampai ke sini. Bila jarak jauh sangat, sasaran pun tidak tepat.

    Buat macam Tun terus terang, tak payah nak guna peribahasa "nila setitik rosak susu sebelanga" Sekarang bukan setitik tapi dah bertitik-titik sampai lah mata wang jatuh.

    Jika Abang Din tal nak sangat tunjuk mengidam kerusi PM mengapa Abang Din tidak lepas kan jawatan Timbalan Presiden ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Masa inilah do or die atau go for broke untuk TSMY. Sekali dalam karier TSMY sila tunjuk kaliber, kalau tak, tenggelam terus hilang dari ingatan rakyat..Tun Ling dengan Tun M pun dah buka langkah dengan tegas, kenapa TSMY berlangkah bagai gadis yang tersipu-sipu pulak?

      Delete
  8. Najib tidak akan dihadapkan ke mahkamah kerana dia akan berbuat apa sahaja untuk bukan sahaja bebas, tetapi bebas sebagai PM dan terus bermaharajalela. Dan selepas Najib, Zahid menyambung 'projek' rompak dan samunnya dengan projek Bangla-masuk-Malaysia. Malaysia akan tersungkur tak lama lagi dah...mai kita ramai-ramai pergi kerja kat Bangladesh pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap saudara Zahid lebih pandai rompak duit rakyat bukan macam naib bodoh tapi bahlol.

      Delete
  9. Soalan maut tu utk muhyidin.. Huhu.. Najib soalan2 maut pon tak layan

    ReplyDelete
  10. Pendapat saya TSM langsung tiada ketokohan utk menjadi ketua pemimpin jauh sekali sbg PM Msia. Dari segi tindak tanduknya sebagai TPM dulu hanya bising dibelakang najib shj tak berani lawan secara berdepan sebab itulah senang2 kena tendang shj.Sepatutnya dia wajib mengumpul dan memperkuatkan sokongan dgn melawan najib habis habisan biarpun kalah. Ini barulah anak jantan kalau kalah. Ini tidak bising belakang last2 kena tendang.

    ReplyDelete
  11. Sebagai guru, saya sedar TS Muhyiddin adalah Menteri Pelajaran paling gagal sehingga ramai guru beralih kepada pembangkang. Bebanan bertambah, kebajikan diabai. Nak jadi PM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Saya setuju.

      Kalau tak silap dia lah yang nak menghapuskan UPSR dengan berbagai-bagai alasan.

      Delete
  12. Muhyiddin x ads aura.. kejap je orang dah lupakan episod pemecatan dia.. x mcm anwar.. dia pemimpin ulung.. sayang betul tun m pecat dia.. kalau x skg ni msia mesti aman.. x mcm skg ni.. tun m penyebab segala galanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar pemimpin ulung? Langkah Kajang tu apa bhai? Hingga pecah pr, pecah pas, berapa lama selangor dlm krisis kerana kemelut nak jijah jadi mb. Ingat lagi sept 16 anwar? Haha. Sorry lah.
      Klu itu lah pemimpin ulung, aku queen of england.

      Delete
    2. 16 Sept tu betul memang hampir-hampir berlaku. Bung Mukhtar sendiri sebut dalam parlimen dan mengaitkan seseorang yang akan melompat ketika itu.

      Langkah Kajang.. sampai sekarang Kerajaan Selangor terdiri dari 3 parti. DAP ada PAS pun ada.

      Baru nak beritahu jangan..jangan sebut Anwar .. Ada yang kena rasuk ni.. Tak sempat pulak.. Ingat hantu raya yang masuk tapi tidak, rupa-rupa nya queen ot england yang datang.. susah macam ini..

      Delete
  13. Hg tau ka apaakan jadi kat malaysia dulu.. Apa yg terjadi adalah yg terbaik.. Allah dah ckp setiap yg belaku ada sebb. Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia adalah yg baik. Apa yg terjadi sekarang juga adalah yg terbaik.. Mungkin utk najib kan konco2 adalah ujian buat kita semua. Semua yg berlaku bukanlah seuatu kebetulan sbb setiap tindakan adalah pilihan.. Najib pilih nasib cmtu.. Itu pilihan dia.. Dia akan dipertanggungjawap atas pilihan dia. Setiap kita pun ada pilihan.. Cuma pesan Allah. Hidupla mcmana pon cara hidup. Tapi ingat semua akan ditanya.. Dan lagi dah fitrah alam yg benar tetap benar.. Semua org tau 1mdb satu masalah.. Takkan dpt ditutup walau camna pon.. Tun m bukanlah penyebab segalanya.. Semua ada buat salah..

    ReplyDelete
  14. "Tun Mahathir yang walaupun sudah melebihi usia 90 tahun, masih gigih dan kuat semangatnya untuk kepentingan negara sedangkan dalam usianya sekarang, dengan kehidupan sempurna dan anak-anaknya sudah berjaya, jika beliau duduk berehat dan tidak berbuat apa-apa pun, tiada siapa marah dengannya." - SH.

    Saya pula rasa tak sanggup melihat Tun masih mengambil berat hal-hal macam ini. Kalau saya melihat nya begitu, bagaimana anak-anak Tun dan bagaimana Isteri Tun ? Kalau boleh tentu anak-anak Tun minta Tun sudah-sudah lah, Daddy. Biar orang lain yang buat.

    Begitu lah juga Kak Wan dan anak-anak Anwar yang begitu bersedih melihat keadaan suami dan ayah yang dalam penjara. Tentu mereka pun merayu minta, sudah-sudah lah papa. Bagilah pulak orang yang lain tunjuk berani.

    Tun Mahathir jawab 'Mana ada orang lain. Tu Muhyiddin tu, cakap pun dari jauh'

    Dan Anwar punya jawab 'Mana ada orang lain. Semua nya tak berani. Tu tenguk si Muhyididn tu. Ada ke lawan guna FB. Setakat FB apa barang"

    ReplyDelete
  15. Ada yg puji mahathir melambung2.. padahal dia lah punca negara tunggang terbalik skg ni.. sibuk masuk campur urusan kerajaan padahal da jd ayam pencen.. bkn ape nk try naikkan mukhriz lah tu tp akhirnya mukhriz pun skg ni tinggal nyawa2 ikan je.. jd mb kedah pun ntah ape yg dibuat.. satu perubahan x ada

    ReplyDelete
  16. Antara Mukhriz dengan Najib. Najib lagi teruk.Jahanam lingkup negara dibuatnya.

    Siapa lagi yang kalau cakap Najib pencuri yang tidak kena saman?. Siapa lagi yang kritik Najib terang-terang dan mintak pulak dia ditangkap tapi sampai sekarang tak kena tangkap? Siapa lagi yang boleh kata PM Najib PM Malaysia yang paling teruk tetapi ahli UMNO boleh senyap dan tidak marah.

    Memang Tun pernah buat negara jadi kacau-bilau Yang Najib pergi tambahkan sampai nak repair pun tak boleh lagi, tak kan salah Tun jugak. Sebenarnya Najib tidak tahu apa yang dia buat dan sebaliknya Tun tahu apa yang dia buat. Najib tidak bertanggung-jawab danTun pulak tahu apa kah kesan atas tindakan nya. Ini bahaya nya Najib sebab remote control ada kat tangan bini dia.

    ReplyDelete
  17. Bila lagi nak berjuang untuk Melayu? Muhydin buat laporan polis.Minta siasat 1MBD dan RM2.6billion dalamaccount Najib. Tunggu maut? Laporan polis segera!

    ReplyDelete
  18. apa pun hapuskan dulu cina-cina dimalaysia.tak kira parti apa pun

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...