Hakikat bahawa kepimpinan Najib Razak semakin ditolak oleh rakyat negara ini kian sukar dinafikan. Di mana-mana sejak kebelakangan ini, suara yang menolak lebih jelas ke depan berbanding yang menyokong.
Hakikatnya, tidak sukar menjustifasikan mengapa kepimpinannya tidak lagi diterima rakyat. Semua aspek mengenai Najib, sentiasa saja ada masalah dan nanahnya yang sukar diubati.
Kepimpinan, pelbagai aspek kelemahan, masalah yang berpunca daripada keluarga, anak isteri, bermewah, boros, janji dengan rakyat yang banyak dimungkiri dan segala macam masalah lainnya, adalah perkara pokok yang sukar dipisahkan dengan Najib sejak beliau memimpin negara ini.
Ditambah dengan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya yang kemudian menyebabkan anggota kabinet dipecat, peguam negara disingkirkan, pegawai SPRM dan polis dipindahkan, SPRM diganggu, mereka yang membuat laporan polis ditahan dan lain-lain tindakan untuk "menyelamatkan tengkuknya", siapa pun sukar mengelak daripada merasakan kepincangan sudah ada di mana-mana.
Satu-satunya yang menyebabkan Najib mampu bertahan ialah kerana kuasa masih berpusat kepadanya. Di hati dan sanubari rakyat, kecuali yang dikelabukan maklumat atau sengaja mengelabukan dirinya dengan sesuatu kepentingan, Najib sebenarnya sudah semakin jauh dan tidak diperlukan lagi untuk terus memimpin negara ini.
Lantaran itu, hanya Ketua-Ketua UMNO Bahagian, itu pun bukan semua, yang masih bersungguh dan berputar ligat mencari hujah untuk terus mengekalkan Najib.
Dalam mempertahankan Najib pula, tiada setara mana hujah yang mampu mereka tampilkan. Contohnya, apabila Tun Mahathir bersama lima pemimpin lain termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal mengadakan sidang akhbar bersama membantah Sosma, hujah yang mampu ditampilkan hanyalah dengan menggelarkan mereka sebagai "Enam Jahanam" sahaja.
Hujah-hujah berkaitan salahguna Sosma langsung tidak disentuh serta bagaimana "negara semakin jahaman" di bawah kepimpinan Najib juga tidak berani disanggah.
Yang penting bagi pengampu dan pembodek ini ialah selagi Najib yang masih banyak gula itu boleh dihurungi untuk dinikmati sedikit sebanyak manis gula yang ada padanya, maka selagi itulah beliau akan cuba dikekal dan dipertahankan.
Apa yang berlaku di luar lingkungan "cash is king", maka segalanya akan dipersetankan saja.
Beberapa kajian mengenai kemerosotan sokongan rakyat terhadap Najib sudah banyak didedahkan sebelum ini. Bukan saja rakyat tidak lagi menyokong, bahkan di kalangan tiga juta ahli UMNO pun sokongan terhadap Najib sudah berpecah-pecah sekarang ini.
Hari ini, menurut laporan Straits Times Singapura yang memetik hasil kajian Merdeka Center, terlalu ramai pengundi Malaysia menolak kepimpinan Najib dengan bilangan pengundi Melayu yang tidak berpuas hati juga kian meningkat.
Antara lain kaji selidik yang dibentangkan kepada penganalis sektor kewangan pada minggu lepas itu ialah:-
- hanya 31 peratus pengundi Melayu terus menyokong Putrajaya pada Ogos, berbanding 52 peratus yang direkodkan pada Januari.
- tahap penerimaan kebangsaan kini tinggal 23 peratus berbanding 38 peratus pada Januari.
- masyarakat Cina terus menunjukkan penurunan sokongan di mana hanya 5 peratus berbanding 11 peratus yang direkodkan pada Januari.
- berkaitan ekonomi, 78 peratus tidak setuju dengan cara kerajaan menanganinya. Isu ekonomi yang menjadi keprihatinan rakyat ialah kos sara hidup, pengangguran, kesan GST dan penurunan nilai ringgit.
Akuilah, di mana lagi tinggalnya nilai kepimpinan Najib sekarang ini?
Sama ada kajian ini memberi kesan kepada Najib atau Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang terus ingin mempertahankannya, realitinya itulah keadaan negara kita sekarang ini. Ia pula tidak mungkin bertambah baik selagi Perdana Menteri yang sama memimpin kita.
Kaji selidik dan dapatan ini akan terus bertambah buruk dari semasa ke semasa dan tidak mungkin dapat diperbaiki lagi.
Untuk masa-masa seterusnya, percayalah...lebih ramai yang bangga kerana tidak menyokong Najib daripada yang ingin mempertahankannya. (SH 17/10/2015)
Pergi jahanam Najib. Perkhidmatan kau tidak rakyat perlukan lagi.
ReplyDeleteMana nak sokong, najib yang haramjadah dia kata rakyat haramjadah.
DeleteI love PM .
DeleteItulah kau najib dengar sangat cakap BINI.
DeleteIkut sangat cakap BINI
Kenapa kesalahan rakyat biasa disiasat dan dihukum.
DeleteKenapa kesalahan ketua kerajaan dan menteri menterinya dilindung dan ditutup?
Kenapa siasatan ke atas najib dihentikan?Tolong jawab.
Kenapa orang2 yang menyiasat ked najib ini dipecat. Tolong jawab.
kenapa orang orang yang berpengaruh yg menyiasat kes ini dinaikan pangkat dgn serta merta ketaraf menteri. Tolong jawab.
Tolong saya!!!saya tengah confused nak daftar ahli parti mana samada parti likud diisrael atau parti umno dimalaysia.....kedua2 parti jenis haramjadah tapi langsung tidak melemahkan semangat saya untuk bergelar macai tegar!!!!
ReplyDeleteJadi ahli parti BN, parti Benjamin Netanyahu tajaan Apco Umngok.
DeleteMasih ada lebih 2 tahun sebelum pilihanraya. Bila tiba masa tu, bagi lah rakyat duit RM500 seorang, lu tolong gua, gua tolong lu.
ReplyDeleteHarga petrol, dari sekarang hingga pilihanraya, naik lagi RM3. Bila tiba pilihanraya, turun 50 sen. Rakyat gembira!
Kan majoriti rakyat Malaysia mudah lupa. Lepas menang pilihanraya, rompak lagi tabung duit negara.
Sekali ni tak boleh lupa punya.Banyak kerja-kerja haramjadah Najibul buat timbul setiap hari.
Delete
DeleteBoleh ke hutang negara dan masalah kewangan negara di selesaikan dalam masa dua tahun ?
Kalau boleh memang selain duit derma, Najib telah 'rompak' duit rakyat untuk selesaikan hutang yang telah dia buat.
Ambil duit rakyat setahun RM 3000, bagi pada rakyat RM 500
Naik harga minyak kemudian turunkan harga minyak 50 sen.
Negara kita tidak bergerak. Negara kita tidak akan maju. Jika begini di jangka kan 2020 keadan menjadi berganda teruk nya. Tol kena naik 200% dan Minyak kena naik RM 7 dan kemudian jika turun pun 10 sen. Itu tak ambil kira jerebu, banjir dan kemelesetan ekonomi dunia.
Nak selamat, Najib mesti di undurkan.
Negara perpendapatan tinggi. Sebenarnya ajib dan kroninya berpendapatan tinggi dikikis dari rakyat. Rakyat malaysia dah ditipu banyak kali sejak hampir 60 tahun masih belum serik. Nah rasakan. Khasnya dikampong2, Sabah dan Sarawak. Masa PRU 13 Ajib merayu2 "berilah kami peluang". Nah sekarang bagaimana? Siapa yg terjun dgn labu2nya skrg?
DeleteYang 31 persen tu mesti orang2 felda, kuala tahan, kuala pilah.
ReplyDeletebetul bro,species makan tahi.....tak tahu beza jeput pisang ngan taik celup tepung......antam saje janji tak de msg biau ande gst
Deletebab babi jangan sentuh.......biau makan gst asalkan jangan babi,...rasuah kira oklah sikit je.5-6 billyonne.......berayuk m**
Betul le tu. Mereka di felda dan kampung-kampung tak banyak yang guna internet. Jadi mereka tak tahu banyak tentang perkembangan negara terkini. Terpaksalah mereka makan gula-gula dpd TV dan Akhbar arus perdana.
DeleteBetul le tu. Mereka di felda dan kampung-kampung tak banyak yang guna internet. Jadi mereka tak tahu banyak tentang perkembangan negara terkini. Terpaksalah mereka makan gula-gula dpd TV dan Akhbar arus perdana.
Deletebro,...prsent tu mukin naik dgn timbulnya species baru nii.....wal retard taik ijau and wal jinn al punah.....bersedia trans form, siap sedia tentera mahadi.....bukan aji adi
DeleteZaman kapal layar India di estet-estet senang ditipu oleh MIC. Ini zaman dacing, Melayu di estet-estet (felda,felcra dan sebagainya) lagi senang dikelentong sebab tidak berilmu dan tak reti berfikir!!
DeleteBila yang berkuasa berjiwa kecil, beginilah jadinya. Jiwa yang kecil itu sentiasa diselubungi ketakutan. Konon jika 1MDB mampu dipulihkan dari hutang melalui penjualan aset, segalanya akan selesai. Jiwa yang kecil itu sangka orang akan lupa kepada wang yang hilang. Labur RM18B beli aset tenaga tapi tiada perolehan hingga nak bayar faedah hutang pun keba buat pinjaman lain. Jiwa kecil sangka orang tidak sedar semua itu. Sepatutnya bila aset tenaga telah bertukar tangan daripada swasta, harga tenaga turun. Jiwa kecil itu sangka orang lupa janjinya. Kerana juwa kecil itu sentiasa menyangka orang lupa banyak perkara, maka jiwa kecil itu semakin mengecil dan dilupakan dalam memori. Sokongan untuknya semakin terhakis dan akan terus lenyap bila sampai masanya. Ketika jiwa yang kecil itu pun mungkin lenyap bersama-sama.
ReplyDeleteGila punya najib. Mana ada manusia berniaga makan modal sendiri.
DeleteTerpaksa jual harta negara untuk bayar hutang.
Bodoh punya manusia
Merdeka Centre......Ptui.....
ReplyDeleteTak pernah betul
Respondence......siapa agaknya
SS sendiri lah kau Din
Mentor kau pun dah admit tidak cukup bukti nak tekan Najib,apa makna ini....semua tuduhan liar
Tak payah nak bodek lagi.....silapx jadi macam Din sorang lagi,serious pertuduhan,kalau bersalah mau kena 15 tahun jail
Kau ni macai tegar umngok ke?
Delete
DeleteTak pulak Mahathir kena saman.
Bukan selindung-selindung Mahathir tuduh Najib. Tapi jangan kan saman, jawab pun tidak.
Selain tindakan Mahathir, rakyat marah sebab Najib tidak tepati janji pru.
Macamana pusing pun, Najib PM yang teruk.
Anon 17 48 ada lah jenis 'sengaja mengelabukan dirinya' walaupun jerebu dah tak ada lagi.
Non 1748 ako sebenarnya kesian dgn kau....melainkan kau warga felda...mmg tak tau apa2 pasal hal semasa
Delete
DeleteNak tanya anon 17 48, Jadi ke tdak Najib nak saman Tun LLS ?
Bukan salah Merdeka Center tapi otak kau yang dah tak center !!
..ni mesti spesis 31% yg menyokong PM rasuah tu....bodoh tak bolih diajar...
DeleteAhaiii
DeleteAnon 17:48
Bagi aku kalau Merdeka Centre tak buat bancian pun tak apa.
Yg ori ada. Cepat dan telus.
Kau pergi masuk FB Najib.
Belum pernah terjadi dlm sejarah negara.
PM disumpah seranah, dimaki dan dikahak berdepan2.
Jika kat negara lain lama dah jd arwah,kat sana jgn mencabar keupayaan rykt,bila pemimpin tahu diri dia salah atau buat salah,awal2 dah letak jawatan,namun jauh berlainan kat msia,
ReplyDeleteMenteri kata msia yg terbaik dibanding dgn uganda,Zimbabwe,timur2,Myanmar . ..huhu. hidup BN
Aku bukan saja tak sokong dengar nama najib pun aku meluat mungkin pengampu umno yg sokong dia allah lebih mengetahui
ReplyDelete
ReplyDeleteBukan yang bertangan sahaja yang angkat tangan, yang kudung pun angkat lengan. Yang bertongkat pulak angkat tongkat.
Bukan yang hidup sahaja yang angkat tangan, yang arwah-arwah pun angkat tangan. Ingat Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO, di dunia ini boleh lah lepas tapi di alam kubur dia orang cari kau Najib. Sebab dia orang dulu berdegil memilih kau Najib semasa pilihanraya kerana sekampit beras, dua tin susu dan sebungkus milo.
Siapa lagi ahli-ahli UMNO yang tak sokong Najib, sila angkat kaki (keluar UMNO). Jangan lah kau orang nak harapkan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain nak pulihkan negara. Perangai dia orang pun dua kali lima macam Najib.
Rasa nya keputusan kajian Merdeka Center sebelum tol di naikkan.
DeleteKesan kenaikan tol dalam masa sekurang-kurangnya 3 bulan.
Harap Merdeka Center melakukan kajian selepas 3 bulan nanti.
Yang tak menyokong di bibir ramai..tapi tetap sokong bila ditabor dedak..masyarakat ayam la katakan..tak caye..ko tengok je la mane si Najik pergi..ramai yang berkerumun..toksah criter la PRU 14 nanti. Kalo betoi tak sokong..jangan hurung si haramjadah tuh..pakat ramai-ramai boikot dia dan ahli kabinetnye..ni idak..siap bawak anak bini pulak mentedarah kat majlis-majlis anjuran depa..macam udah kebulor sangat..piiirahh..gebang bolehlah!!
ReplyDeleteNajib Akan Bagi Alasan....."ALL THIS WILL BLOW AWAY" Heh Heh
ReplyDeleteNampaknya Rakyat yang akan "Blkown Away" atau Saperti Anggapan Teukun Adnan Mereka "Sampah"
Kajian perlu juga dibuat sejauh mana ahli ahli PAS bersetuju untuk bekerjasama dengan PERKASA dan UMNO....
ReplyDeleteawwanng bb, dok soh nok mata kaji. melayu doh kuca lana,
Deletepale tu penuh taik...otok td de jepuk pong.....cukuplah idup dalamg kebodohan dang kesombongang.....
lu pikirlah
soton tu halal
katak tu haram
soton katak..........masak halia.. no msg please,gst ok please
rayuk m**