Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Isa Samad nampaknya tidak menunggu lama untuk bertindak balas terhadap 13 Ketua Cawangan dalam bahagian itu yang dua hari lalu menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri, Najib Razak bagi mengelakkan parti dihukum pengundi dalam pilihanraya.
Beliau yang juga Pengerusi Felda dilaporkan sudah meminta setiausaha UMNO bahagian menghantar laporan kerana menganggap tindakan ketua-ketua cawangan berkenaan telah mencemar amalan membuat keputusan secara kolektif yang selama ini dihormati.
Sokongan UMNO Teluk Kemang kepada Najib adalah berkekalan. Kita akan terus memberi sokongan dan bersama beliau, katanya Isa Samad lagi.
Dalam masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pula tidak menganggap tindakan 13 Ketua Cawangan dalam bahagian Teluk Kemang itu sebagai suatu perkara yang besar.
Katanya, mereka hanya merupakan 13 orang daripada 20 ribu Ketua Cawangan yang ada di seluruh negara.
Soalnya, jika ia hanya perkara kecil, kenapa Isa Samad melihatnya sebagai perkara besar serta begitu tergesa-gesa mahu bertindak?
Apakah tidak boleh didengar terlebih dahulu rintihan dan luahan hati 13 Ketua Cawangan berkenaan?
Kenapa Isa Samad begitu pantas mahu bertindak balas sambil dengan segera juga menyatakan sokongan UMNO Teluk Kemang terhadap Najib adalah berkekalan?
Adakah tempoh kontrak beliau sebagai Pengerusi Felda sudah dekat tarikh matinya?
Sudah berkuburkah demokrasi dan tertutup jugakah ruang untuk pemimpin akar umbi meluahkan pandangan bagi menyelamatkan parti?
Tetapi, hanya ada satu cara untuk mengelakkan Jawatankuasa Disiplin daripada mengambil tindakan terhadap 13 Ketua Cawangan yang berani itu - lebih ramai ketua cawangan di seluruh negara turut bangkit melakukan perkara yang sama dengan segera.
Daripada 20 ribu di seluruh negara, mustahil tiada 500 atau 1000 yang turut berpandangan seperti mereka?
Takkan semua Ketua-Ketua UMNO Cawangan masih percaya sepenuhnya kepimpinan Najib boleh memenangi pilihanraya akan datang ini?
Kalau hanya 13 yang bersuara, mungkin mudah Jawatankuasa Disiplin untuk bertindak, namun tentu saja sukar jika angkanya menjadi 500 atau 1000 orang. Malah, jika lebih ramai yang berani bersuara, ia lebih mungkin untuk didengari dan diambil perhatian sewajarnya.
Zahid Hamidi tentu senyum-senyum jika lebih ramai pemimpin cawangan mula berani bersuara....(SH 26/10/2015)
Kena cari dalang..
ReplyDelete1) untuk memalukan Najib
2) untuk memperbudak isa samad yang dilihat rapat dengan Najib
3) ada yang tidak sabar untuk melihat boss mereka naik pangkat kerana tempat terhad dan belum pasti.
4) Kenapa angka 13, ia sinonim dengan pemimpin mana?
Tatak sokong punya olang ,semua mau kasi pecat maa aa , itu api jangan mual kasi bakar maa aa . Busat punya api nanti manyak susah mau padam lea aa ,itu jelebu pon sutak manyak lagi tatak bolih nampak lor rr .
DeleteAda power punya olang mesti buat ini macam maa aa ,tatak setuju punya olang mesti mau kasi hentam habit lor rr .
Baru power maa aa .
This comment has been removed by a blog administrator.
DeleteKena cari dalang..
ReplyDelete1) untuk memalukan Najib
2) untuk memperbudak isa samad yang dilihat rapat dengan Najib
3) ada yang tidak sabar untuk melihat boss mereka naik pangkat kerana tempat terhad dan belum pasti.
4) Kenapa angka 13, ia sinonim dengan pemimpin mana?
Hahaha...depa ni lupa. Api merebak bermula dari kecil..
ReplyDeleteBahagian Teluk Kemang nak bagi peringat kat hangpa semua bahawa pekan Port Dickson duduk dalam Teluk Kemang. Dan kununnya pada 1 masa dulu pernah berlaku peristiwa 'jilat menjilat' & 'tebuk menebuk' di Port Dickson...maap aku merapu pagi2!!!
ReplyDeleteSebab tu si isa ni nak bertindak supaya yang lain jadi sejuk dan kechut.... kita lihat berapa tinggi jiwa UMNO terhadap rakyat.
ReplyDeleteMasih wujud lagi kah I.S.A ini ???? Bukankah Najib dah hapuskan???
DeleteMasaalah nya kebanyakkan mereka ketua ketua cwgn pun mengidap sindrom bisu mcm K/bahagian juga..Al maklum lah kalau lwn tokey nanti terputus lah " bekalan".Rintihan akar umbi ditolak ketepi
ReplyDeletePenyakit dalam badan manusia pun begitu...apabila bisul telah pecah dan bernanah alamatnya memang satu badan sudah buruk dan tunggu kematian je...tp pemimpin nak sedapkan hati sendiri akan kata ia hanya kumpulan terpencil
ReplyDeletePenyakit dalam badan manusia pun begitu...apabila bisul telah pecah dan bernanah alamatnya memang satu badan sudah buruk dan tunggu kematian je...tp pemimpin nak sedapkan hati sendiri akan kata ia hanya kumpulan terpencil
ReplyDeleteSebenarnya 13 cawangan dalam bahagian UMNO Teluk Kemang adalah besar jumlahnya. berapa cawangan semuanya dalam UMNO Bhagian Teluk Kemang. Isa Samad sepatutnya tahu. Soal hanya 13 cawangan daripada 20,000 cawangan seluruh negara memanglah nampaknya kecil. Tetapi saya yakin selepas ini akan ada banyak cawangan (atau Bahagian) UMNO akan mulka berani bersuara. Saya yakin ramai ahli UMNO sekarang sudah sedar mereka telah diperbodohkan oleh Presiden mereka sendiri. Sehingga sekarang, Najib gagla menjelaskan perkara sebenar mengenai banyak isu, yang utama isu wang masuk akaun peribadi RM2.6 billion. Saya nak tanya, sekian ramai ahli atau pemimpin UMNO yang sokong Najib tu, adakah mereka faham perkara sebenar atau hany angguk sokong di depan mata saja. Orang Melayu (atau UMNO) seringkali mengaku mereka orang Islam dan Islam menuntut umatnya bercakap yang benar. Inilah masanya mereka harus faham apa dia makna kebenaran dalam perjuangan.
ReplyDeleteISLAM bercakap benar,tidak berbohong dan amanah serta bersikap sabar.Kalau tengok MP dan bosnya banyak yg munafik bila berjanji,Zahid pun banyak yg x betul dan beliau lebih suka Najib letak jawatan kerana ada peluang untuknya.Menyampah dgn perangai umno ni.....
ReplyDeleteIsa Samad akan membawa ahli2 Umno dan 41 lg cawangannya keNeraka. Isa Samad pun dilucutkan jawatan MB kerana rasuah...dia suruh ahli2 Umno sokong PM yg terpalit dengan skandal rasuah. Tak ke itu jalan keNeraka...
ReplyDeletesyabash..kepada 13 Ketua Cawangan..yg tidak memilih jalan keneraka.
Kenapa ambil tindakan ke atas KC? Mereka berada di situ atas sokongan cawangan. Mereka bukan macam Anina yang bertindak secara solo. Isa Samad orang lama yang pernah kena gantung keahlian parti pun tak tahu nak bezakan tindakan individu dengan tindakan kumpulan. Tajuk sekarang bukan 13 KC hilang kepercayaan kepada Najib tapi 13 CAWANGAN tuntut Najib berambus. Besar bezanya antara KC dan Cawangan. Isa Samad yang pernah menang Naib Presiden pun tak reti bab tu. Dia patut laporkan 13 cawangan berkenaan, bukan 13 KC yang terlibat. Kunang2 SUA Umno yang perasan ada kuasa buang ahli mesti lagi bengap tentang tindakan cawangan macam ni. Nak buang KC tu semua ke? Macam mana dengan Naib Ketua Cawangan? Setiausaha dan AJK Cawangan2 tu pun semua kena ambil tindakanlah. Bahkan setiap ahli dalam cawangan berkenaan harus dikenakan tindakan. Siapa yang tinggal dalam cawangan selepas semua kena tindakan? Yang boleh bubar cawangan ialah ahli dalam cawangan itu sendiri melalui Mesyuarat Agung Cawangan. Itu baru buat kenyataan media. Ada cawangan dah bersedia untuk pergi ke langkah seterusnya. Najib dan penasihatnya taklah sebijak mana berbanding dengan ahli akar umbi parti. Sedikit lebihnya mereka kerana kuasa melalui jawatan yang disandang.
ReplyDeleteAhli-ahli UMNO masih menjunjung titah Diraja dari Majlis Raja Raja Melayu. UMNO juga dilahirkan di istana.
ReplyDeleteSebagai orang Melayu yang taat setia kepada Raja Raja mereka, maka wajarlah cawangan-cawangan dan Ketua Bahagian mengambil iktibar dari titah Majlis Raja Raja Melayu.
Itu adalah ketulinan Melayu dan pejuangan UMNO. Tak perlu didebatkan lagi. Cari mereka yang salah dalam mencuri wang tabung tabung Melayu dan ambil tindakan kata Raja Raja Melayu.
Maka 13 cawangan ini telah mengambil jalan demokratik yang betul, yang menjadi asas UMNO.
Suara majoriti mesti dihormati. Maka cawangan cawangan lain tentu sudah juga mendengar semboyan dari Majlis Raja Raja Melayu...
Sudah terserlah kuasa yg ada pada cawangan2 sekarang.
ReplyDeleteKetua2 bahagian, wakil2 rakyat, pak2 menteri
semakin kepanasan
UMNO tidak ambil tindakan ke atas Mahathir. UMNO hanya menyentuh tentang tindakan Muhyiddin dan bukan menjawab isu yang di bangkit kan oleh Muhyiddin dan Muhyiddin terlepas dari tindakan displin.
ReplyDeleteNampak tak, betapa kuat nya dan kesan tindakan yang di ambil oleh cawangan. Najib dan Pemimpint Tertinggi lebih takut tindakan yang di ambil oleh Cawangan dari apa yang di buat oleh Mahathir dan Muhyiddin.
Jangan lambat bertindak kerana berbagai cara akan di lakukan oleh Bahagian sehingga sanggup menjemput mereka makan malam di rumah Ketua Bahagian dan dibekal sedikit 'buah tangan'.
Cawangan Johor tunggu apa lagi ?
ReplyDeleteLooking at the current scenario, who will benefit the most if DS Najib (indeed) steps down ?.....Do you think najib does not know this ?
ReplyDeleteHow about the branches in Johor. Takkan 100 pun tak ada ?
Tuan...sudah sampai masanya tuan SH dan seluruh gerakan anti-najib bersatu dan memasang strategi untuk "bernaung dibawah dato zahid" menggempur habis-habisan pro-najib..hahhaha...pasti nafsunya "tak sabar ambo masuk sri perdana" membuak-buak dan dapat dimanfaatkan sebaiknya...hahhaha
ReplyDelete