Pengguna di beberapa lebuhraya dalam bandar mulai robek poket apabila kenaikan tol tetap juga dilaksanakan oleh syarikat-syarikat konsesinya bermula hari ini.
Rayuan, bantahan dan kemarahan rakyat menolak kenaikan itu nampaknya tidak menyentuh langsung detik rasa kerajaan untuk bertindak sebaliknya.
Sepertimana biasa, alasan yang biasa digunakan tentang kenaikan itu ialah kerana mematuhi syarat yang sudah termaktub dengan syarikat konsesi. Kalau syarat itu tidak dipatuhi, kerajaan kena membayar pampasan kepada syarikat-syarikat terbabit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM510 juta kepada syarikat-syarikat konsesi bagi tempoh Januari - Oktober tahun ini berikutan penangguhan kenaikan tol yang sepatutnya dilaksanakan Januari lalu.
Jumlah itu, tambahnya, lebih tinggi berbanding hanya RM430 juga bagi tahun sebelumnya.
"Sebab itulah kita terpaksa membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol," katanya sambil menambah ia dilakukan kerana terikat dengan perjanjian dengan syarikat konsesi sebelum ini.
Menteri Kerjaraya, Fazilah Yusof pula sebelum ini berkata, dengan kenaikan tol, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaannya yang bermakna lebih banyak kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan sebagainya dapat dibina.
Kumpulan totok Najib pula menyalahkan Tun Mahathir Mohamad dalam semua kenaikan tol itu kerana dakwa mereka, banyak perjanjian itu dilakukan ketika era pemerintahannya.
Dalam ertikata lain, apabila tol naik, mereka cuba mengatakan kerajaan dan Perdana Menteri, Najib Razak tidak bersalah sama sekali kerana kenaikan itu.
Kerajaan kononnya terikat dengan perjanjian dengan syarikat konsesi yang sebahagian besar daripadanya dilakukan ketika era pentadbiran Tun Mahathir lagi. Lebih dari itu, rakyat cuba disogok agar menerima kenaikan itu dengan baik kerana kononnya lebih banyak sekolah, hospital dan kemudahan awam lain akan dibina oleh kerajaan.
Sekali imbas dan sekali fikir, memang nampak logik hujah menteri dan kumpulan totok Najib itu. Bermakna, kita tena redha sajalah dengan semua kenaikan tol.
Tetapi dua tiga kali fikir, kita akan nampak kerajaan sebenarnya seperti cuba "membodohkan" kita sebagai rakyat dan pengguna.
Pertama, kerajaan adalah pihak yang paling berkuasa dalam negara ini. Tiada individu atau syarikat yang mampu menjadi lebih kuat daripada kerajaan. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan tol, sama ada penjanjian itu dibuat oleh pentadbiran sebelumnya atau sekarang, tidak bolehkah kerajaan menunjukkan diri mereka sebagai pihak yang benar-benar ada kuasa?
Apakah susahnya untuk memanggil syarikat-syarikat konsesi itu untuk diajak berunding bagi mengelakkan kenaikan dengan menggunakan hujah pengguna jalanraya sudah meningkat sehingga di luar jangkaan sama sekali yang mungkin tiada dalam pertimbangan ketika perjanjian itu ditandatangani?
Lagi pula, bukankah banyak syarikat konsesi lebuhraya ini dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan, kroni pemimpin dan terdapat juga adik menteri yang menjadi pemegang sahamnya?
Lebih dari itu, kebanyakan syarikat itu juga banyak bergantung kepada kontrak-kontrak kerajaan dalam perniagaan mereka seterusnya. Maka, tidak bolehkah kerajaan "main sedikit tarik tali" dan "menunjuk sedikit kuasa" dengan syarikat-syarikat itu demi kepentingan rakyat?
Menyalahkah kepimpinan terdahulu yang membuat perjanjian hanya menunjukkan kepimpinan yang ada hari ini tidak berkuasa dan tidak tahu menggunakan kuasa. Lalu, buat apa jadi kerajaan jika tak tahu menggunakan kuasa sedangkan perjanjian itu bukanlah suci seperti Al Quran yang tidak boleh diubah sama sekali?
Yang kedua, janji tidak menaikkan tol dalam bandar ini adalah janji Najib sendiri sebelum pilihanraya umum 2013 yang lalu. Jika sudah tahu ada perjanjian dengan syarikat konsesi, kenapa Najib masih "gatal mulut" berjanji dengan rakyat mengenainya?
Apakah ia sekadar janji politik atau Najib sendiri tidak tahu mengenai perjanjian itu? Munasabahkah sebagai Perdana Menteri, Najib tidak tahu tentang perjanjian itu?
Sebagai orang Islam pula, tentu sekali mustahil Najib tidak tahu hukum memungkiri janji dan apakah label kepada yang berbuat demikian?
Sekali lagi, kesimpulannya mudah saja - hanya berkaitan tol saja pun kita sebagai rakyat sebenarnya sudah tiada alasan lagi untuk terus mengekalkan Najib mengetuai negara ini. (SH 15/10/2015)
Kalau najib tidak dapat selesaikan masalah kenaikan harga tol,saya harap datin rosmah mansur campur tangan dalam masalah ini....apa guna title datin yang sering diperkatakan iaitu 'orang yang paling berkuasa di malaysia'
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteMari beramai-ramai kita berbasikal ketempat kerja,lagi sihat.
ReplyDeletestatement antara raayat yang bodo
DeleteTak la bro,statemen naik bicycle ada logins utk kesihatan,sekaligus protes kerajaan yg berkuasa dupaya untung rugi ,biar konsesi merasa sepertimana rykt rasa,golongkan tikar konsensi yg ego,kurangla tax kerajaan,sama2 putih mata
DeleteGLC kan kepunyaan Kerajaan? Ni bagaikan kocek kiri masuk kocek kanan. Tahi lembu la. Semua nak duit je. Rintihan rakyat tak dengar.
ReplyDeleteOrang Malaysia kalau duduk belakang stereng kereta terus menjadi monster jalanraya, macam mana kita nak berbasikal pergi kerja? Di Netherlands, kerajaan menggalakkan rakyat berbasikal dengan membina jalan basikal, di Malaysia kita ada Lebuhraya Ber -Tol Mahal...
ReplyDeleteTidak perlulah kita penatkan aqal memikir kenapa kerajaan yang ada tidak mampu berfikir. Kita perlu sedarkan diri kita di Malaysia sudah tidak wujud perkara asas.
ReplyDelete1. Kerajaan yang ada sekarang bukannya kerajaan tetapi sebuah syarikat dewa langit (terima kasih kepada dasar pensyarikatan Malaysia oleh Dr Mahathir Mohamad). Kenapa status 'dewa langit'? Syarikat ini beroperasi untuk keuntungan semata. Kerugian bukan tanggungjawab syarikat, sebaliknya dihempap ke atas kepala dan bahu pelanggan (rakyat) sekalipon terangan pemegang saham dan lembaga pengarah salah urus. Ini berlaku semenjak tahun 80an.
2. Pemimpin sedia ada tiada taraf kelayakkan untuk duduk di kerusi kepimpinan. Mereka ini nilai inteleknya setara aqbar pembungkus mee, nilai professionalismenya setara tisu tandas. Mereka berbangga merekalah yang akan menjadikan Malaysia negara maju (definisi maju tidak terletak pada berapa banyak bangunan tinggi kita ada tetapi kualiti tingginya nilai modal insan) malangnya aqal mereka masih mundur. Mereka bergantungan kepada penasihat yang sedikit beraqal dari mereka. Kerana aqal mereka mundur apa sahaja perkara yang sedikit hebat dari batas mereka berfikir mudah dikira maha hebat sedangkan pemimpin dunia barat (yang mengamati dan membudayakan penemuan ilmuan Islam) menilai 'maha hebat' itu tidak lebih standard siswa mereka.
3. Sekumpulan besar masyarakat masih sangat rendah tahap ilmunya. Kesedaran membuka minda dan keluar dari cara lazim berfikir dan bertindak juga sangat lemah. Kumpulan ini yang membantu 'syarikat dewa langit' kekal dan terus mengila mengaut keuntungan. Merekalah memastikan syarikat terus wujud dengan mengundi 'pemegang saham' pada pilihanraya, demi sehelai batin/pelekat/baju dan jamuan.
Sifat sebuah kerajaan yang baik adalah 'menjaga', 'mengawal', 'menyedia', 'memelihara', 'mendidik', 'membantu'. Sifat-sifat ini tidak ada pada kerajaan hari ini.
Kerajaan boleh sahaja membina lebuhraya yang lebih baik dengan harga jauh lebih murah jika memilih bidaan kontraktor luar khususnya dari Jepun dan Korea. Bukan sahaja kepakarannya diyakini, pembinaannya juga dijamin berkualiti dan bertahan lama. Ia datang dengan warranti bertulis untuk tempoh masa yang panjang! Ambil Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya PLUS sebagai contoh. Tidak timbul isu tol perlu dinaikkan untuk menampung kos selenggaraan makin tinggi (dan segala bagai alasan bodoh oleh Menteri setara aqbar pembungkus mee dan tisu tandas).
Atas nama memajukan ekonomi Bumiputera (sekerat dua Putera bumi) seluruh rakyat (termasuk seluruh Bumiputera) menanggung akibatnya. Selepas GST, harga minyak, kini tol lebuhraya. Jika TPPA terlaksana bersedialah berdepan kiamat kecil. Berhenti berharap yang lebih baik akan datang dari syarikat dewa langit. Kita akan kekal menjadi hamba jika kita terus memilih rela diperhambakan!
Woiii...Dana 1MDB sebanyak RM42 bilion boleh beli kesemua konsesi tol ni kalau kerajaan nak.
DeletePokoknya antara nak dengan tak nak saja.
Melainkan ada udang disebalik batu..
Personal jet kerajaan mampu beli untuk kepentingan Najib dan macai macai dia.
DeleteTol tak mampu beli pula.
Pertama, kerajaan adalah pihak yang paling berkuasa dalam negara ini. Tiada individu atau syarikat yang mampu menjadi lebih kuat daripada kerajaan. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan tol, sama ada penjanjian itu dibuat oleh pentadbiran sebelumnya atau sekarang, tidak bolehkah kerajaan menunjukkan diri mereka sebagai pihak yang benar-benar ada kuasa?
ReplyDeletejawapan - kerajaan boleh tunjuk tapi kerajaan kurang cekap tangani masalah. masalah tol ni slalu jadi bahan ketika pilihan raya, lepas pilihanraya, isu tol terus didiamkan dgn byk alasan
Apakah susahnya untuk memanggil syarikat-syarikat konsesi itu untuk diajak berunding bagi mengelakkan kenaikan dengan menggunakan hujah pengguna jalanraya sudah meningkat sehingga di luar jangkaan sama sekali yang mungkin tiada dalam pertimbangan ketika perjanjian itu ditandatangani?
jawapan- semua boleh dibincang mengikut kuasa kerajaan, kerajaan nak amek tanah pon boleh dgn harga murah dari penduduk kampung bila nak buat tol dengan kuasanya, mesti juga kerajaan boleh bincangkan dgn syarikat konsesi bagi kadar tol munasabah utk rakyat boleh guna. bukan bagi alasan lebuhraya hanya utk mereka yg mampu tak mampu ikut jalan lain.
Lagi pula, bukankah banyak syarikat konsesi lebuhraya ini dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan, kroni pemimpin dan terdapat juga adik menteri yang menjadi pemegang sahamnya?
jawapan- oleh kerana byk syarikat konsesi 'milik bersama' kerajaan sepatutnya lebih mudah pimpinan kerajaan sekarang penuhi janji pilihan raya yg lalu.
Lebih dari itu, kebanyakan syarikat itu juga banyak bergantung kepada kontrak-kontrak kerajaan dalam perniagaan mereka seterusnya. Maka, tidak bolehkah kerajaan "main sedikit tarik tali" dan "menunjuk sedikit kuasa" dengan syarikat-syarikat itu demi kepentingan rakyat?
jawapan- bukan sekadar taik tali sahaja boleh kerajaan buat. lebih pun boleh, guna kuasa 'veto' tu
Menyalahkah kepimpinan terdahulu yang membuat perjanjian hanya menunjukkan kepimpinan yang ada hari ini tidak berkuasa dan tidak tahu menggunakan kuasa. Lalu, buat apa jadi kerajaan jika tak tahu menggunakan kuasa sedangkan perjanjian itu bukanlah suci seperti Al Quran yang tidak boleh diubah sama sekali?
jawapan- mungkin kerajaan hari ini hanya kerajaan yg malas. hanya boleh bagi alasan salahkan orang lain atau dengan alasan yg kurang layak utk menteri2 keluarkan. kalu takmau buat kerja.. letak jawatan danbagi pada yg nak buat kerja
Yang kedua, janji tidak menaikkan tol dalam bandar ini adalah janji Najib sendiri sebelum pilihanraya umum 2013 yang lalu. Jika sudah tahu ada perjanjian dengan syarikat konsesi, kenapa Najib masih "gatal mulut" berjanji dengan rakyat mengenainya?
jawapan- janji itu adalah janji pilihan raya. 'janji angkat keris'
Apakah ia sekadar janji politik atau Najib sendiri tidak tahu mengenai perjanjian itu? Munasabahkah sebagai Perdana Menteri, Najib tidak tahu tentang perjanjian itu?
jawapan- tak payah tanya perdana menteri kita sebab kalu dia lupa, rakyat sentiasa ingat
Sebagai orang Islam pula, tentu sekali mustahil Najib tidak tahu hukum memungkiri janji dan apakah label kepada yang berbuat demikian?
jawapan- diharapkan kalu perdana menteri kita lupa (hukum memungkiri janji ), boleh semak balik dalam Al Quran bila duduk baca sorg2 atau hadiri ceramah2 ustaz2 yg takda kepentingan peribadi
*pembetulan
Deletejawapan- oleh kerana byk syarikat konsesi 'milik bersama' kerajaan sepatutnya lebih mudah pimpinan kerajaan sekarang tidak penuhi janji pilihan raya yg lalu.
what do you expect from a politician.....even mat sabu having his on party
DeleteNajib peduli apa duit 2.6b dah ada pada pru 2013 tu dia cakap je yg rakyat sokong dia buat apa klu ahmad maslan cakap senang je klu tak nak bayar jangan lalu tol klu tak suka jangan duduk malaysia hehehe bodohnya rakyat
ReplyDeleteen. din aku paling suka ulang balik ayat kau,......''bodoh nya raayat''
DeleteAntara ciri-ciri orang munafik ialah apabila berjanji, mereka mungkir
ReplyDeletesiapa angkat mereka ni..........jawapannya raayat bangang
DeleteRakyat di dera olih rejim yg zalim, rakyat diperas setelah mendapat kuasa.Mereka tahu rakyat bolih di beli apabila masa mengundi semakin dekat.Ahli umno yg masih setia belum sedar permainan org yg paling berkuasa.PRU 14 adalah masa menyedarkan mereka
ReplyDeleteSalam Hormat:Kita berharap yg memerintah sekarang jgn tuding jari ke belakang,kamu yg memerintah skrg kamu selesaikan.Perjanjian hanya atas kertas,kamu yg berkuasa skrg.Saya hanya mahu tanya,perjanjian kamu yg memerintah dengan Rakyat bagaimana?perjanjian utk sejahterakan Rakyat bagaimana?Perjanjian Rakyat di Utamakan bagaimana?
ReplyDeleteJika Hutang 1MDB boleh dirasionalisasikan takkan perjanjian konsesi tak boleh dibuat sama. Contohnya panjangkan sikit tempoh konsesi dan boleh kekalkan atau kurangkan kadar tol sekarang. Macam loan kereta. Lama tempoh, bayaran bulanan akan lebih rendah walaupun jumlah interest lebih tinggi. Boleh ke Kerajaan atau Pegawai pegawai nya berfikir begitu. Jumlah pengguna jalanraya akan bertambah dalam jangka panjang dan kutipan juga akan bertambah membolehkan hutang dibayar dengan jangka yang lebih panjang. Macam tuan blogger cakap, hanya perlu dirundingkan.
ReplyDeleteBetoi lahtu,rakyat bodoo,yg pilih lanun perompak pencuri jadi pemimpin,pa hal....
ReplyDeleteLainkali pilih yg berjiwa rykt reintegrate,macam di indo,jokowi
Masalah tol ni kalau ikut formula mahathir dulu, sekian tahun sekian naiknya kuasa beli rakyat dan secara relatifnya tak terkesan sebab kuasa beli relatif dalam usd (parameter dunia) meningkat. Malangnya kita hanya dapat jumlah ringhit meningkat jadi banyak bukan kerana kuasa beli relatif kepada USD meningkat tapi tukaran wang asing. Sebenarnya kuasa beli relatif kita dah mengurang dgn byk sekarang..
ReplyDeleteDr Mahathir bersetuju demonstrasi bantah tol [09/01/2007]
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju demonstrasi membantah kenaikan tol asalkan diadakan secara aman.
________________________________________
"Dia ada peaceful demo tak apalah. Masa saya tak berapa peaceful (aman). Negara kita negara demokratik. Tidak mengapa diadakan demonstrasi kecil," Malaysiakini memetik beliau berkata ketika ditanya mengenai demonstrasi membantah kenaikan tol di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat Bandar Sunway Ahad lalu.
Bekas Perdana Menteri tidak bersetuju kadar tol dinaikkan sehingga 60 peratus apabila berkata jumlah trafik bertambah berkali ganda sejak perjanjian konsesi tol ditandatangani.
Tol boleh dinaikkan tetapi kadarnya tidak seharusnya sangat tinggi, katanya ketika ditanya mengenai bantahan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan Ahad terhadap kenaikan tol oleh lima syarikat pemegang konsesi lebuh raya mulai 1 Januari lalu.
"Sepatutnya pendapatan syarikat pemegang konsesi seharusnya telah meningkat. Jadi saya fikir eloklah dia bagi maklumat tentang banyak mana dia kutip sekarang ini," Bernama memetik Dr Mahathir berkata pada sidang akhbar bagi mengumumkan penganjuran satu persidangan antarabangsa bulan depan sebagai usaha menjadikan perang itu satu jenayah.
Malaysia Today pula melaporkan, Dr Mahathir mengakui bahawa perjanjian konsesi tol tidak dirangka dengan baik semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Operator lebuhraya, katanya, kini mengaut keuntungan besar daripada kenaikan tol.
Bekas Perdana Menteri mengakui bahawa kandungan perjanjian konsesi yang dirangka semasa beliau mentadbir mempunyai kelemahan dan kabinet patut melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu.
“Kabinet hanya meluluskan dari segi prinsip. Mereka tidak betul-betul mengkaji implikasi beberapa bahagian dalam perjanjian tersebut,” Malaysia Today memetik beliau.
"Anggota kabinet bukan pakar-pakar. Mereka adalah ahli-ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya boleh jadi begitu bodoh. Apabila ada perjanjian, perjanjian itu dibuat oleh pegawai-pegawai dan perjanjian yang diserahkan kepada kabinet biasanya tidak mempunyai perinciannya," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak berpuas hati dengan perjanjian sedemikian dan kemudiannya memberikan arahan khusus supaya disenaraikan perkara-perkara yang sepatutnya dimasukkan dalam semua perjanjian.
"Kami tidak mempunyai begitu banyak pengalaman. Kami tidak tahu tentang pertumbuhan dan reaksi orang ramai. Kakitangan awam tidak begitu memikirkan reaksi seperti ahli-ahli politik. Mereka fikir perjanjian tersebut adalah munasabah lalu menghantarnya kepada kabinet dan kabinet menerimanya. Dan sekarang kita tersangkut," katanya.
Dr Mahathir berpendapat perjanjian baru boleh dilakukan dengan syarikat pemegang konsesi tol dengan syarat mereka masih mendapat keuntungan.
“Jika pertambahan jumlah lalulintas dan syarikat memungut lebih daripada yang diunjurkan, kerajaan mempunyai bahagian terhadapnya. Jika unjuran jumlah lalulintas tidak berlaku, dengan itu jumlah yang dikumpulkan kurang, kerajaan perlu bayar pampasan.
"Saya fikir jumlah kenderaan bertambah dengan begitu banyak, tetapi saya tidak tahu. Kita tidak mempunyai angkanya. Saya banyak memandu, seperti yang anda tahu, saya juga melihat kesesakan lalulintas. Saya tahu mereka tentu mengutip sejumlah wang yang agak besar," katanya.
Nak hairan apa dengan ahli plitik dan YB ni.
DeleteBekas conductor bus dan tukang buka gate keretapi pun pernah jadi YB.
Akhirnya semua ni kayaraya belaka dah. Yang dah kaya pun nak kaya lagi
Jangan dok percaya sangat dengan harakah ni. Sembang saja lebih. Asyik menipu orang saja.
DeleteLebuhraya sekarang ni tiap tiap hari pun sesak tak macam mula mula dulu. Sekarang tambah 4 lorong pun tetap sesak jugak.
ReplyDeleteSebab sekarang kenderaan yang menggunakan lebuhraya cukup banyak.
Ini menunjukkan punggutan tol semakin bertambah semakin bertambah semakin bertambah setiap hari. Kurang memang tak pernah.
Dulu ada lebuhraya yang membuat punggutan RM1 juta dalam sehari. Sekarang ini tentu lagi lebih.
Kalau nak kata rugi memanglah cukup mustahil.
Rugi ini hanyalah kenyataan daripada kerajaan sahaja untuk bodoh bodohkan rakyat.
Lebuhraya adalah satu perniagaan yang cukup lumayan keuntungan berlipat kali ganda. Kalau rugi mustahil Malaysia ada berpuluh puluh lebuhraya. Hanya lebuhraya Kidex saja yang tak jadi sebab mendapat tentangan rakyat. Tetapi pelabur dah sedia ada.
Kalau kerajaan kata tidak menguntungkan sila tunjuk akaun bank kepada rakyat
Baki 2.6B...kenapa tidak gunakan untuk rakyat???
ReplyDeletekman...komen tak berbisa......baru bangun tido ke....kau ingat penat penat dia songlap, dah nak kongsi plak....baik ari ari idu karipuff bacin.
DeleteBodo kah Menteri Bn yang menandatangani perjanjian Konsesi tersebut..? atau komisyen tertentu yang perlu di bayar kepada menteri.
ReplyDeleteDalah pelik kerana, pihak Konsesi membuat pinjaman Bank dan pihak konsesi telah pun mendapat keuntungan melebihi sasaran setelah bertahun tol tersebut dikutip. tapi masuk akal kah kerajaan pula kena bayar lagi...perjanjian apakah ini..?
Apa mari kita ramai2 melaungkan ungkapan ini, "BN menang rakyat senang" tanpa umno melayu bangsat." Horee suka.
ReplyDeleteSuma perjanjian besaq-besaq kena diluluihkan oleh kabinet..sebelum pi ka kabinet, draf perjanjian tu kena diluluihkan oleh AG dulu. Kalo Tun M kata dia dan kabinetnya bengong..kigha AG lagi la bengong..tu suma mohong besaq oleh mamak madey..toksah hangpa nak pechaya la.. jadi kalo Tun M ngaku dia bengong..Najib toksah cerita laa..baghal..bahlul..tak ketahuan..suma dok ada..hak yang kompem bengong..hehehe..hangpa la..kih..kih..kih..aku pon sama gak cam hangpa..jangan maghah haa..
ReplyDeletePengajaran kepada pihak kerajaan supaya jangan berjanji kepada rakyat dengan perkara yang tidak pasti...sebelum kerajaan berjanji tolonglah kaji secara mendalam terlebih dahulu...kepada yang bertanggungjawab kepada isu ini tolonglah sedar diri tu...sebelum kamu di hina dengan sehina-hina nya...sekadar luahan...
ReplyDeleteYang PASTI UMNO/BN akan hancur akibat najib dan adnan mansuh.
ReplyDeleteWoiii Adnan Manshow.....Dah lah rupa kau tu buruk perangai kau pun lagi buruk daripada besi buruk
Semasa saya melancung ke Thailand, dari Pekan Danok ke Phuket, dari Phuket ke Krabi, Hatnyai dan patah balik tiada sebiji TOL pun saya temui.
ReplyDeleteBetul juga kata guide Siam, di Malaysia ada 1 Sami tetapi banyak TOL. Di Siam ada banyak Sami tetapi tarak TOL.
TAK CUKUP DGN GST, PENAIK HARGA MINYAK N LANI PENAIK TOL PULAK. RASANYA HANYA DI BAWAH PM NI JE BERLAKUNYA KEADAAN SEDEMIKIAN RUPA.
Conform kerajaan dah pokai mokai sebab boros moros perbelanjaan negara.Duit negara mcm harta mak bapak mereka.Songlap sana songlap sini,tipu sana tipu sini,kencing sana meleleh sini.Negara yg kaya hasil bumi boleh benggerap diperentah lanun lanun bugis,jawa,acheh
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete