Walaupun sudah menyatakan kesetiaan kepada parti dan sedia bersama-sama membantu UMNO untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang, petanda bahawa Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin terus dikecil dan dipencilkan nyata semakin ketara.
Kedudukan sebagai orang nombor dalam UMNO nampaknya semakin tidak bernilai apa-apa kepada Muhyiddin sejak disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, 28 Julai lalu.
Jika sebelum mesyuarat MT UMNO pada 9 September lalu, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin yang biasanya dipengerusikan oleh Muhyiddin telah digantikan dengan mesyuarat khas Biro Politik yang dikendalikan oleh Najib, kini pemencilan itu berterusan lagi.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini melalui pendedahan sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, mesyuarat Pusat Penyelarasan dan Operasi Pilihanraya (GCOC) Ahad ini yang sepatutnya dipengerusikan oleh Muhyiddin telah digantikan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Terlihat bahawa meskipun tidak diambil apa-apa tindakan susulan penyingkiran sebagai Timbalan Perdana Menteri, Najib seperti secara perlahan-lahan cuba mengikis kuasa atau amalan biasa peranan yang dimainkan oleh Muhyiddin dalam kapasitinya yang berjawatan timbalan presiden dalam UMNO.
Trend ini memperlihatkan tidak mustahil sebelum mesyuarat MT UMNO bulan ini sekali lagi mesyuarat khas biro politik akan turut bersidang untuk mengambil alih peranan Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin UMNO.
Jika ia berterusan terjadi sehingga pemilihan seterusnya pada 2018, bermakna Muhyiddin hadir mesyuarat bulanan MT UMNO dalam tempoh kira-kira tiga tahun akan datang hanya dengan "goyang kaki" dan boleh bercakap dalam perkara hal-hal lain saja.
Juga tidak mustahil dalam Perhimpunan Agung UMNO bulan Disember nanti, Muhyiddin mungkin turut dikecualikan daripada merasmikan Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri yang biasanya merupakan tugas penting seorang pemimpin nombor dua untuk menyampaikan amanatnya.
Jalan mungkin sedang dicari sama ada perhimpunan itu akan dirasmikan oleh Zahid Hamidi atas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri atau paling tidak ia hanya dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.
Jangan terperanjat juga kiranya dalam penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, Muhyiddin tidak disenaraikan untuk menyampaikan ucapannya.
Sudah tentu, kiranya ia berjaya dilakukan mulai tahun ini, perkara yang sama akan berterusan lagi dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun-tahun seterusnya.
Sekiranya ada pilihanraya kecil pula dalam waktu terdekat ini, Muhyiddin juga pasti akan diketepikan daripada mengetuainya kerana UMNO mungkin berpendapat ia lebih sesuai diketuai oleh Zahid bagi memudahkannya mengumumkan bantuan, peruntukan atau projek-projek bagi pihak kerajaan kepada pengundi.
Dah selepas itu, jika ada lain-lain peranan, Muhyiddin juga pasti akan diabaikan oleh UMNO kerana Najib terlihat kekal tidak meyakini serta mempercayainya lagi setelah memecatnya daripada jawatan kerajaan sebelum ini.
Secara perlahan-lahan, meskipun berjawatan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin akan dijadikan "mati kering" tanpa apa-apa tugas, peranan serta tangggungjawab diberikan kepadanya.
Berdasarkan budaya "cash is king" pula, tidak mungkin banyak cawangan dan bahagian UMNO sedia meraikan Muhyiddin lantaran "gula" yang sudah tiada lagi padanya.
Dalam hal ini, Muhyiddin tidak ada pilihan lain selain perlu terus bersuara dan memunculkan dirinya di pelbagai program bagi memastikan beliau tidak dilupakan begitu saja.
Dalam pelbagai isu yang terus timbul silih berganti sekarang, Muhyiddin tidak boleh diam saja atau selalu sangat bercuti ke luar negara lagi. Setelah kehilangan jawatan, ia bukan lagi masa untuk bercuti selalu.
Jika percaya dengan perjuangan Tun Mahathir untuk menegakkan kebenaran, menyelamatkan negara dan mengelakkan UMNO daripada kekalahan, janganlah segan-segan untuk selalu bersama dengan bekas Perdana Menteri itu dalam pelbagai program yang dihadirinya.
Janganlah dibiarkan hanya Tun Mahathir yang sudah melebihi usia 90 tahun lebih gigih menyelamatkan UMNO dan negara ini.
Lagi pula, bukankah beliau disingkirkan daripada jawatan kerajaannya kerana keberanian bersuara dan ingin menegakkan kebenaran yang tidak disenangi oleh Najib?
Lalu, kenapa setelah hilang jawatan kerajaan perlu berdiam diri pula?
Jika lebih suka berdiam diri, bukankah lebih baik daripada awal lagi sokong dan setuju saja semua perkara yang dilakukan oleh Najib dan sudah tentu jawatan kerajaan akan kekal sehingga hari ini?
Muhyiddin juga perlu berani bersuara jika ada sebarang percubaan oleh Najib untuk menanggalkan kuasa atau amalan lazim yang biasa dimainkan oleh pemegang jawatan nombor dua dalam UMNO, walaupun ia didapati tidak sehaluan dengan nombor satu.
Semua itu bukan dilakukannya untuk kepentingan dirinya, tetapi demi masa depan dan kelangsungan UMNO itu sendiri.
Andainya digantung jawatan atau dipecat keahlian sekali pun selepas ini kerana berterusan lantang bersuara menegakkan hak serta memperjuangkan kebenaran, beliau sekurang-kurangnya akan dikenang sebagai pejuang kerana "mati dalam keadaan melawan".
Jika memilih berdiam diri, bersedialah untuk dilupakan dan kemudian secara perlahan-lahan akan "mati kekeringan" begitu saja. (SH 02/10/2015).
Apa kah tuan masih mengharap dan meletakan harapan kepada anak Pak Yassin ini (?)
ReplyDeleteSememangnya kerana langkah begitu berhati hati, sendiri sumbat gol sendiru
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeletePelan B?
ReplyDeleteApa yg di fikir oleh tsm saya pun tak tahu. Kalau nak terus berdiam lebih baik bersara dari politik dan berehat lah. Alang2 selok pekasam biar sampai najib tersungkur. Ni mcm berani2 takut je. Lawan kerana benar....apa ada hal?
ReplyDeleteNak tunggu apa lagi sedangkan Tun terus keseorangan berjuang demi bangsa. Sama2 balun biar penyamun tu berambus. Negara ni bukan bapak najib atau keturunan dia punya. Kembalikan keyakinan rakyat dan sokongan rakyat terhadap anda. Saya pun bila tengok TSM mendiamkan diri lemah rasa......mana semangat TSM?
Setuju bersara macam Musa Hitam
DeleteDia tak kacau orang dan orang pun tak kacau dia.
dia nak mati sebagai pemain golop
ReplyDeleteLupakan Muhyiddin. Pemimpim lembik. Nangis - nangis sayang UMNO ...?!? Ape ke he ....kata orang Pahang
ReplyDeletemasaalahnya dia tak da kekuatan untuk melawan
ReplyDeleteitulah nasibnya harapkan gelombang datang bersama dia
mana boleh itu macam
jadi rtm la jawabnya rehat tunggu mati
Muhyiddin ni makngot (bengap) kata org utara
ReplyDeletePembetulan..makngot is lembab ok
DeleteTak payah buat pembetulan,sebab bengap ke lembab ke semuanya itu lah dia makngot
DeleteMacamana Muhyiddin yang berani melawan tiba-tiba menjadi kaku ?
ReplyDeletePerlu kah Muhyiddin di pulihkan semangatnya?
Najib telah mengadap Sultan Johor dan sejak itu Muhyiddin telah mula senyap dan semakin melayu seolah-olah mati disebabkan kering.
Sekurang-kurangnya demi masa hadapan bangsa dan mempertahankan UMNO, Muhyiddin mulakan ura-ura kan langkah 'undi tidak percaya' seperti yang di sebut oleh Mahathir beberapa kali.
Dalam pada masa yang sama bersuaralah tuntut hak dia dalam UMNO sebagai Timbalan Presiden. Muhyiddin mengaku totok UMNO dan begitu setia pada parti, mengapa pemimpin UMNO yang lain tidak bantah yang Najib mengunakan kedudukannya sebagai PM untuk menyingkir Muhyiddin ? Maka silap Muhyiddin lah menerima tanpa melawan ketika di pecat sebagai TPM dan hanya memberi alasan saya di pecat sebab bertanya mengenai 1MDB. Ini orang dok tunggu apa lagi peluru yang dia nak lepas.. tak ada !!
Tun M kata yg dipertua dewan rkyat xbenarkan undi xpercaya dibentangkan dalam dewan bapak dia.
DeleteUndi tidak percaya tidak semestinya di bentang.
DeleteTunjuk kan protes seperti memakai baju warna yang sama atau pin kan logo di pada baju atau kot dan lebih baik bila Najib masuk dewan pakat booooo kan dan bila Njaib atau macai di bahas geng Muhyuddin sendiri yang bantah atau soal.
Dan paling berkesan pulau kan persidangan. Yang penting Myuhyiddin kena lah usaha berikan maklumat dan penerangan kepada MP BN. Pembangkan jangan cakap banyak ikut je demi masa depan negara.
Dulu ada setpol dll untuk buat keja sekarang tiada lagi, mana sempat nak ligan depa...tunggu - tunggu lama-lama mati keraih la...
ReplyDeleteRamai yg kutuk aku selepas mesyuarat MT yg lepas bila aku kata TSMY ni nasibnya akan jadi seperti melukut tepi gantang sahaja.
ReplyDeleteSemakin hari, semakin resah rakyat mengharap dan menanti, apa kesudahan cacamarba yg dibuat oleh Pee Mm Najib ni.
Adakah TDMY akan terus dengan senyum2 sumbingnya sambil menyebut2 tagline keramat ' saya totok Umno' ?
Adakah TSMY masih releven?
Yaa lorr ,apa pasat ini Mahyudin manyak senyap maa aa , Wa pon manyak helan nea aa ?.
ReplyDeleteKepada Din anak Pak yasin ingat ada pepatah menyatakan 'belum Cuba belum tahu'.....lawan najib habis2san,sekiranya anda kalah maruah anda lebih tinggi pada pandangan umum berbanding diam,diam,diam...saya redha,saya redha,saya redha.....apa yang orang melayu mahukan anda agresif melawan kebatilan....
ReplyDeleteTan sri teruskan perjuangan melawan kemugkaran yg ada sekarang tak mengapa alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke lengan biarkan umno hancur pun tak apa biar sama 2 putih mata he hehe
ReplyDeleteTan sri teruskan perjuangan melawan kemugkaran yg ada sekarang tak mengapa alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke lengan biarkan umno hancur pun tak apa biar sama 2 putih mata he hehe
ReplyDeleteLAWAN JE LA. NAJIB TU BACUL TAKUT BINI....TU PUN NGERI? LAIN LAH KEPALA DIA ADA KESAN JAHIT ATAU PERUT ADA KESAN TIKAM....
ReplyDeleteApa pasal mau redha....sibuk dgn totok umno....ada najib peduli TSM totok umno? Sbb dia totok kuasa dan totok duit.....
Tan Sri kalau diam aje kelabu asaplah politik Tan Sri, kalau totok pergi dok kat felda tanam ubi lagi bagus....
DeleteBila ada kuasa lagak macam Pejuang.
ReplyDeleteDah tidak ada kuasa terus Terbuang.
Seorang pejuang sejati, terkurung atau bebas, bersendirian atau berkumpulan, tidak akan berhenti dan sama sekali tidak akan berundur!
Totok Mahathir pada UMNO lagi teruk totoknya pada Muhyiddin ! Jadi Muhyiddin tidak sepatutnya memberi alasan dia totok UMNO untuk menutup mulutnya sendiri dalam isu-isu yang melingkup kan negara.
Mana-mana Presiden dan Perdana Menteri selepas Mahathir bukan lah Pejuang sejati. Pemergian mereka ke alam arwah di ikuti dengan dendangan jasa dan bakti mereka adalah atas dasar khidmat mereka bukan atas apa yang mereka perjuangkan.
Selain Mahathir yang layak menjadi pejuang sejati ialah Dato Sri Anwar Ibrahim tapi malang nya kedua-dua mereka membawa haluan masing-masing.
Tuan Shah, adakah blog tuan ini di baca oleh Tun ??
Bila ada kuasa lagak macam Pejuang.
ReplyDeleteDah tidak ada kuasa terus Terbuang.
Seorang pejuang sejati, terkurung atau bebas, bersendirian atau berkumpulan, tidak akan berhenti dan sama sekali tidak akan berundur!
Totok Mahathir pada UMNO lagi teruk totoknya pada Muhyiddin ! Jadi Muhyiddin tidak sepatutnya memberi alasan dia totok UMNO untuk menutup mulutnya sendiri dalam isu-isu yang melingkup kan negara.
Mana-mana Presiden dan Perdana Menteri selepas Mahathir bukan lah Pejuang sejati. Pemergian mereka ke alam arwah di ikuti dengan dendangan jasa dan bakti mereka adalah atas dasar khidmat mereka bukan atas apa yang mereka perjuangkan.
Selain Mahathir yang layak menjadi pejuang sejati ialah Dato Sri Anwar Ibrahim tapi malang nya kedua-dua mereka membawa haluan masing-masing.
Tuan Shah, adakah blog tuan ini di baca oleh Tun ??
Dalam UMNO sekarang, mana ada istilah berjuang. Sumuanya pejuang dah perut boyot-boyot belaka. Berjuang untuk perut sendiri dan anak beranak je la.
ReplyDeleteUntuk rakyat, lu sumer nak mampus, ada menteri-menteri UMNO kesah? Nak kebas duit dari poket lagi ada la. Kalo bole, jerebu pun nak dikenakan cukai juga. Sbb dah macam pesta pulak jerebu ni.
Dia perlu dimandikan dgn air 7 batang sungai dari Johor baru pulih semangat dia.
ReplyDeleteTun M saja dr awal yg berhempas-pulas nak naikkan dia, sedangkan dia nampak tak berusaha langsung terutama selepas tidak lagi jadi TPM. Dia mudah tawar hati dan cepat mengalah.
Rumusan: Jangan kita mengharap sangat kpd dia untuk melakukan sesuatu yg berkesan untuk menjatuhkan PM. Lupakanlah dia ni.....
TSMY bukan seorang yg berkarisma pejuang..jauh sekali mempunyai ketokohan utk memimpin..apa yg dikecapi nya selama ini hanya lah bergantung atas nasib je..dia pandai mengikut arus
ReplyDelete