Sunday, 11 October 2015

SUSULAN TINDAKAN TERPUJI BANK NEGARA, PENANTIAN KINI PADA SPRM

Walaupun hanya seorang wanita, Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz nyata seorang yang berani dan tidak mudah mengalah. Di sebaliknya wajahnya yang lembut dan sering tersenyum, ketegasannya tetap menyerlah.

Bank Negara yang dipimpinnya bukan saja melengkapkan penyiasatan yang teliti, malah membuat syor kepada Peguam Negara agar pendakwaan jenayah diambil terhadap 1MDB atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 kerana memberi maklumat tidak lengkap atau tidak tepat berhubung pelaburannya di luar negara.

Kali pertama syornya telah ditolak oleh Peguam Negara dan Bank Negara kemudian membuat rayuan agar penolakan itu dikaji semula.

Tetapi ia juga ditolak oleh Peguam Negara atas alasan tiada bukti baru yang dikemukakan.

Atas nama tanggungjawab dan yakin pelanggaran undang-undang telah dilakukan oleh 1MDB, di samping barangkali "putus harapan"  dengan jalan pendakwaan melalui Peguam Negara, Bank Negara lantas mengambil langkah drastik membatalkan tiga kebenarannya sebelum ini kepada syarikat pelaburan itu untuk pelaburannya di luar negara yang berjumlah AS$1.83 bilion atau  kira-kira RM7,500 juta mengikut nilai pertukaran semasa.

Serentak dengannya, Bank Negara juga mengarahkan jumlah pelaburan itu segera dibawa balik dan mahukan 1MDB mengemukakan pelan baru berkaitan dengannya.
Dengan tindakan tersebut, bermakna Dr Zeti telah mematuhi beberapa titah Majlis Raja-Raja berkaitan 1MDB yang antaranya:- 

- semua pihak harus beri kerjasama sebenar dan jujur.

- penemuan siasatan hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus.

- badan-badan penguatkuasa dan institusi kawal selia hendaklah menyempurnakan amanah Allah dan kepercayaan rakyat secara telus.

- kepentingan rakyat dan negara mesti mengatasi kepentingan peribadi.

Namun, sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, Bank Negara hanyalah salah satu daripada empat agensi yang sedang menyiasat 1MDB. Tiga lagi ialah PDRM, SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Daripada ketiga-tiga agensi tersebut, yang paling ditunggu ialah hasil penyiasatan SPRM terhadap SRC International, sebuah syarikat milik 1MDB tetapi kemudian dipindahkan kepada Kementerian Kewangan kerana didakwa menyumbangkan dana berjumlah RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib sebagaimana yang didedahkan oleh The Wall Street Journal.

Hasil penyiasatan SPRM tentu saja amat dinanti-nanti kerana semasa menjalankan tugasnya - pejabat mereka telah digeledah, pegawai ditukar, dokumen dirampas dan beberapa kacau ganggu yang lain telah berlaku.

Ia kemudian mendorong SPRM mengadakan solat hajat khas memohon perlindungan Tuhan dengan harapan mereka sentiasa diberi kekuatan dan perlindungan dalam menegakkan kebenaran.

Kita faham antara masalah SPRM untuk melengkapkan penyiasatan ialah untuk mendapatkan keterangan dua saksi yang dipercayai menghilangkan diri dan bersembunyi di luar negara iaitu bekas Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil serta bekas Pengarahnya, Suboh Md Yassin.
Dalam hal ini SPRM harus menggunakan segala kekuatan serta rantaian yang ada padanya untuk menjejaki dua saksi tersebut dan penyiasatan tidak seharusnya tergantung begini saja untuk tempoh yang lebih lama.

Jika terlalu lama tanpa jawapan, harapan rakyat turut pudar bersamanya dan boleh menjejaskan kepercayaan rakyat sendiri terhadap SPRM.

Setelah Bank Negara menunjukkan keberaniannya, hasil siasatan SPRM adalah sandaran rakyat yang amat ditunggu-tunggu dalam perjuangan menegakkan kebenaran yang seterusnya berkaitan 1MDB. (SH 11/10/2015).

20 comments:

  1. Makin lama, tupai kekurangan dahan untuk lompat dan bergayut, akhirnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Zeti pun tak berapa berani. Sepatutnya beliau terlebeh dahulu membuat kenyataan resmi sebelum menghantar kertas siasatan pada Apandi seperti berikut:

    " BN telah selesai siasatan terhadap 1MDB. Daripada keterangan yg diperolihi BN mendapat 1MDB atau pegawai2 nya telah melakukan keslahan dibawa Exchange Control Act. BN telah memperakukan supaya 1MDB didakwa dibawah Akta tersebut. Kertas siasatan telah dihantar kepada Apandi untuk beliau mengeluarkan 'izin mendakwa'. Kenyataan seperti ini adalah tanggungjawab awam, utk memberitahu orang awam tindakan2 BN.

    Ini Zeti senyap2 hantar. Jadi Apandi pun senyap2 beritahu tak ke kes. Bila Majlis Raja bertitiah baru berani.

    Jadi diharap SPRM umumkan dahulu apa2 yg diperoli dari siasatan dan samada pendakwaan akan dicadangkan sebelum menghantar kertas siasatan mereka kepada Apandi. Tak bolih lah Apandi main cak limping dan kata tak de kes.

    Sebenarnya Apandi ni dari segi credibility adalah setaraf Jamal Ikan dan Ali Tinju. Ketiga2 baruah najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apandi yang diambil untuk menjadi AG bagi menggantikan Gani Patail adalah kawan baik Najib.

      Oleh itu, dia hanya akan bekerja untuk Najib. Melindungi Najib semata mata. Itulah yang Najib mahu. Barulah segala pekung dan kurapnya tetap menjadi rahsia selama lamanya.

      Delete
  3. Sebelum gani direhatkan beliau telah menyiapkan draft pendakwaan...tetiba apandi kata takda kes utk disabitkan...kat mana yg tak kena ni..

    ReplyDelete
  4. mmg ada xkena.sbb lepas tu AG di tukar.apandi kroni najib.mmg lh ckp smua ok.tang ni boleh tgok AG bru berat sebelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ini AG Apandi memang berat sebelah...itulah tujuan yang sebenar dia dilantik untuk menggantikan Gani Patail

      Delete
  5. Kesemua yg terlibat siasatan 1MDB harus jujur,amanah,berintegriti demi negara,bangsa dan agama.Rakyat marhaen sedang memerhati tindakan kamu.Pemimpin harus beramanah nenjaga wang rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada jujur, amanah, berintegriti demi negara, bangsa dan agama.
      Apandi ni kawan baik Najib. Kerjanya untuk menyelamatkan Najib. Bukan untuk agama,bangsa dan negara.

      Delete
  6. Paling mudah.
    Kalau dikatakan 1MDB tak bermasalah, mengapa 3 ekor malaun tu lari menyorok tak nampak2 muka.

    Kalau tak salah takkan pergi menyorok.
    SPRM pun satu, heboh satu Malay kata nak pi jumpa 3 ekor malaun ni kat luar negara.
    Sampai sekarang, habuk pun tarak.

    Najib pun sampai hari ni tak dipanggil2 oleh SPRM lagi.

    Harap MRR pecat Najib dan tubuh terus Suruhanjaya Diraja.

    ReplyDelete
  7. Bila la nak selesai masalah negara ni..nak tggu kiamat agaknye br nak taubat

    ReplyDelete
  8. Bila la nak selesai masalah negara ni..nak tggu kiamat agaknye br nak taubat

    ReplyDelete
  9. Hukum yang salah12 October 2015 at 02:21

    Intipati yang penting yang ko tinggalkan buat apo?

    Sape yang salah diambil tindakan segera kata Raja Raja Melayu.

    Hah Peguam Negara tak nak ambil tindakan. Derhaka lah tu.
    NFA - siasatan Bank Negara dikembalikan.
    Bank Negara suruh ambil tindakan, masih tak mahu. malaun betul

    ReplyDelete
  10. Saya teringat kisah Nasarudin(Bendahari Parti Demokrat Indonesia)yg jadi saksi kes rasuah berprofil tinggi yg melibatkan pemimpin tertinggi parti Demokrat pimpinan SBY yg pada masa itu President Indonesia.Nasarudin lari ke lubang cacing merata tempat hingga ke kolombia tempat sarang mafia dan dilindung.juga oleh mafia.KPK(SPRM Indonesia)sewa Jet terbang le Kolombia dan tangkap Nasarudin dgn Restu SBY.Susilo Bambang Yudiyono selaku President tak lindung walaupun orang kuat dia.Dan Duta.Indonesia di.Kolombia di pecat.

    ReplyDelete
  11. Nak harap apa lagi. SPRM ni sapa?.. kalau orang melayu dan pembangkang, depa la lebih laju pi tangkap dakwa dan jatuh hukum. Lebih laju drpd malaikat naik buraq. Silap2, saksi pun boleh mati. Siap gebang pong pang pong pang, undang2 tak kenal siapa.. kaplavutolla..

    Berhentilah mempercayai jabatan2 kerajaan. Kesemuanya mereka dibina untuk menjaga kepentingan ahli politik, raja2 kaum bangsawan dan menteri2 UMNO mengebas duit orang ramai. Siap buat2 GLC dan GLIC lagi.. untuk apa? Mmg jelas untuk merembat duit orang ramai.. perhatikan kesemua GLC dibina dibawah kementerian2 yg dikontrol menteri2 UMNO..yg audit pun diri sendiri..

    Dah 50 tahun melayu kena tipu. Tak sedar2 lagi? Hantukkan saja kepala di dinding beratus kali pun.. tak jalan jugak? ..takkan la slps bunuh diri baru nak sedar?..

    ReplyDelete
  12. Kan ke peguam negara kata 1mdb bersih maka pm pun tentulah bersih mcam bayi baru di lahirkan hehehe

    ReplyDelete
  13. Kan ke peguam negara kata 1mdb bersih maka pm pun tentulah bersih mcam bayi baru di lahirkan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayi baru lahir pun kencing dan berak juga

      Delete
  14. Penjawat Awam seperti Zeti terikat dengan kerahsian perkara-perkara yang sulit dan Zeti juga mesti ikut peraturan bagi setiap langkah yang perlu di ambil. Jika Zeti tidak sabar dan tersilap langkah, dulu lagi Zeti sudah dikenakan rosma@sosma. Maka terlepas lah pengkhianat 1MDB.

    Apa yang dibuat oleh Zeti betul dan bijak. Apabila tindakan yang di ambil telah mengikut peraturan tetapi tetap di tolak oleh Peguam Negara maka Zeti membatalkan kebenaran pelaburan 1MDB dan mengarah kan wang tersebut di bawa pulang. Ini lah asas pendakwaan yang telah di tolak oleh Peguam Negara.

    Sepatutnya semua surat-menyurat antara Peguam Negara dan Bank Negara hendak lah di hantar satu salinan kepada Majlis Raja-Raja. Dan apabila ada konflik antara Peguam Negara dan Bank Negara dalam keputusan dan tindakan, Majlis Raja-Raja perlu memanggil Peguam Negara mengadap Baginda Sultan atau Wakil kepada Baginda Sultan.

    Mesti lah mamat apendi tu terkencing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlukah sangat di ambil keterangan dari kedua-dua saksi yang telah melarikan diri tersebut? Mungkin sekiranya mereka tidak bersembunyi, mereka lah yang di kambing-hitam kan. Adalah lebih memudahkan siasatan apabila orang suruhan melarikan diri.

      Jalan yang ada ialah apabila 1MDB gagal membawa balik wang pelaburan kerana mereka yang telah larikan diri sudah tidak terlibat atau bertanggung-jawab untuk memulangkan wang tersebut.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...