Semalam Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan kenyataan mengenai kuasa yang mereka yang ada dari segi penguatkuasaan atau dikenali sebagai tindakan pentadbiran, terhadap sesiapa yang melanggar atau tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.
Tindakan itu boleh diambil serentak atau secara berasingan dan berbeza dengan prosiding jenayah di bawah kuasa Peguam Negara, kata kenyataan itu.
Walaupun tidak menyebut tentang 1MDB, namun adalah dipercayai kenyataan ini dikeluarkan berikutan tindakan bank pusat itu membatalkan tiga kebenarannya sebelum ini kepada syarikat bermasalah tersebut berkaitan pelaburannya di luar negara yang berjumlah AS$1.83 bilion dan kemudian mengarahkan wang tersebut dibawa pulang serta mengemukakan pelan baru mengenainya.
Tindakan itu diambil berikutan syornya agar pendakwaan jenayah diambil terhadap 1MDB telah ditolak oleh Peguam Peguam, termasuk setelah mengemukakan rayuan mengenainya.
Dengan penjelasan bahawa BNM mempunyai kuasa untuk bertindak dari segi penguatkuasaan itu, yang ditunggu seterusnya ialah keberanian mereka untuk melaksanakannya. Tidak guna sekadar mengaku ada kuasa, tetapi tidak berani melaksanakannya.
Daripada semua senarai tindakan yang boleh diambil sebagaimana disebutkan oleh BNM dalam kenyataannya, paling munasabah ialah mendenda atau penalti kepada 1MDB atas kesalahan yang sudah dilakukannya itu. Tiga kebenaran yang sudah dibatalkan bermakna sekurang-kurangnya 1MDB ada tiga kesalahan yang boleh diambil tindakan.
Berapa jumlah denda yang akan dikenakan tidaklah penting sebenarnya kerana yang jauh lebih mustahak ialah dengan tindakan itu menunjukkan 1MDB pernah melakukan kesalahan, ada rekod kesalahan serta pernah dikenakan denda kerananya.
Soal jenayah memang kuasa Peguam Negara, tetapi dengan tetap bertegas melaksanakan undang-undang berdasarkan kuasa yang ada padanya terhadap sesiapa juga yang didapati bersalah, ia sekurang-kurangnya menjadikan BNM terus dihormati.
Biarlah Peguam Negara dengan keengganannya itu diadili oleh kebijaksanaan rakyat menilainya.
Berdasarkan keyakinan BNM bahawa 1MDB telah melakukan kesalahan sebagaimana syornya kepada Peguam Negara serta berpegang kepada kuasa yang ada padanya, demi intergriti dan keyakinan orangramai terhadapnya, tindakan tidak seharusnya dilengahkan lagi.
Ayuh BNM...jangan buang masa lagi. Bertindaklah berasaskan kebenaran dan keberanian dengan segera.
Rakyat sedang menunggu!! (SH 20/10/2015).
Ayuh bank negara segera tahan serta beku Wang seperti mana anda lakukan terhadap syarikat bumiputera yang berniaga emas Dan mlm....bekerja seperti makanan bermacam jenis lauk terhidang Dan anda kebulur seperti 20 hari x makan.....
ReplyDeleteSemua olang manyak takut sikalang maa aa , salah langkah lalam masuk lor rr .
DeleteAssalamu alaikum bang din..isu 1mdb neh yang paham cuma orang cerdik pandai atau orang atas sahaja.di k kampong sg besar rakyat bawah sama sekali tak paham pasal isu neh.bahkan ada cakap kat sy rakyat hanya percaya kepada najib..kerena mereka pikir kalo najib salah pasti dah dipecat dr PM.rakyat tak paham politik dan hanya percaya kepada penguasa.bahkan sultan pun dp tak harap banyak.kerena selama ini sultan hanya simbol sahja dan tak ada kuasa.tolong macam mana nak bagi pembelajaran poltik kat rakyat.bang perasan budak university sama sekali tak ambik port kes 1mdb.kerena mereka tak tau politik dan demokrasi.kerena sosial politik tak ada kat pengjian tinggi.sy tengok mereka dah puas ngan PTPTN sahaja.aatau dah puas hati ngan pinjaman yang dp dapat.tplong bagi respon pendapat sy bang din..tq.
DeleteSudah sudahlah najib oiii dah cukup banyak dah pembohongan kau....rakyat dah jelak
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteSumer jabatan2 apa lanchiow ni.. adalah pekakasan penguasa dan bangsawan.. pegawai2 dan menyeri2 dilantik untuk membodohkan rakyat ja.. dan juga.. niat asal ialah untuk merembat duit semampu mungkin sampai kiamat..
ReplyDeleteUntuk selesaikan kes2 1MDB ni.. mudah saja.. Najib lantik ja anak beranak dia jadi ketua dlm dogol2 ni semua.. buang pegawai2 yg dok merungut2 Islam dan kebenaran apa lanchiow ni..
Seperti yg kita tahu.. pegawai penguasa ni cari makan.. bukan laksanakan kebenaran.. sambil rembat2 sisa2 projek golongan menteri dan bangsawan yg dilantik dikelih sbg GLC atau GLIC..
PERCAYALAH.. SAMPAI CIRIT2 5 TAHUN PUN.. XDE apa2 punya la..
Setuju sangat sangat tu 14:12...APASAL LAH orang orang ni masih mengharap setinggi gunung.. DAY DREAM laah
DeleteTAN SRI ZETI , YOU HAVE MY HIGHER SALUTE !!!
ReplyDeleteMAY ALLAH BLESS N GUIDE YOU ALWAYS..
What is important in BN's statement is the hidden message to Apandi. BN is telling Apandi that you can become the running dog for Najib and 1MDB and are protecting them, but we are not concerned. We will get them anyway.
DeleteBN: we are here to ensure integrity in the banking industry. Apandi..you lack this characteristic.
Tan seri Zeti saya kagum dgn intergriti keluarga anda jadi terlanjagkanlah 1mdb takut pada tuhan jangan takut kpd pemimpin yg zalim rakyat bersama anda tq
ReplyDeleteTan seri Zeti saya kagum dgn intergriti keluarga anda jadi terlanjagkanlah 1mdb takut pada tuhan jangan takut kpd pemimpin yg zalim rakyat bersama anda tq
ReplyDeleteBN nak bagitahu Apandi yang dia adalah 'anjing' suruhan Najib untuk melindungi Najib dan company dia, 1MDB. Dan BN akan tetap mengambil tindakan terhadap 1MDB.
ReplyDeleteTugas APANDI menjaga najib dan menyelamatkan najib dan bini dia bukan untuk menjaga kepenting negara dan menyelamatkan harta rakyat
DeleteBukan AG saje yg terhutang budi dgn PM..start dr TPM, menteri-menteri, KSN, KSP, KPPA, KSU-KSU, KPN, Ketua -Ketua Pengarah, gave or BNM dan sume jawatan tertinggi di kementerian/jabatan/badan berkanun/ syarikat GLC samada dilantik oleh PM atau direkomen oleh PM..jadi maknenye..ertinye..sumenye adalah orang PM..toksah criter la pasal aku janji yg depa kene sign..tagline "Saya yang menurut perintah" dalam surat-surat depa dah cukup menyebabkan massing-masing senak perut bila PM berdehem..apalagi kalo PM terbatuk.. merangkak merafak sembah! Tu belum bini PM yang batuk..kompem berjurai-jurai peloh jantan betine kuar ngenangkan nasib nak kene tukor ke nak masok pool ker..tak caye? Acu tanye abang Ali..dia kan bos..heee..
ReplyDeleteAda lah tidak patut kita hanya berharap pada Bank Negara sahaja.
ReplyDeleteBila Bank Negara telah membatalkan pelaburan 1MDB dan mengarah 1MDB memulangkan duit pelaburan, Bank Negara secara umum nya mengatakan 1MDB sepatutnya di dakwa bukan di batalkan pelaburan nya.
Denda dan memulangkan duit tersebut akan menjadikan kesalahan ini berulang. Semua nya selesai dengan denda dan pulangkan duit.
Suruhanjaya Di Raja perlu ditubuhkan untuk menyiasat mengapa 1MDB diarahkan pulangkan duit pelaburan dan mengapa tiada tindakan yang sepatutnya di ambil supaya PM selepas Najib tidak tubuh 2MDB pulak !!!