Saturday, 10 October 2015

SELEPAS TITAH RAJA2, KEADAAN SEPATUTNYA JADI LEBIH BAIK


Perbualan mengenai 1MDB terus hangat di mana-mana meskipun selepas Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan yang mahu siasatan mengenai syarikat sarat hutang itu segera diselesaikan dan diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Yang paling diharapkan oleh orangramai ialah sebaik saja Raja-Raja bersuara, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih baik sebagai isyarat mendaukatkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai payung kepada rakyat dan negara.

Tambahan lagi, disedari juga bahawa bukanlah amalan biasa bagi Majlis Raja-Raja bersuara yang bersifat menegur kerajaan, melainkan jika dirasakan sesuatu itu sudah dianggap terlalu membebankan dan boleh menjurus kepada keadaan yang tidak baik untuk rakyat dan negara.

Tidak dinafikan harapan semua pihak amat menggunung tinggi sebaik mendapati Raja-Raja turut menunjukkan keprihatinannya berkaitan 1MDB.

Tetapi, apakah yang berlaku selepas Raja-Raja bersuara?

Walaupun Peguam Negara pantas mengeluarkan kenyataan sebagai respon kepada titah Raja-Raja dengan menghujahkan sebab-sebab tiada sebarang pendakwaan berkaitan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB, ia nampaknya tidak berakhir begitu saja.

Sebagai tindak balas, di sebalik mengakui tugas pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa Peguam Negara, Bank Negara semalam telah mengeluarkan kenyataan yang siasatannya mendapati 1MDB telah membuat pendedahan tidak tepat atau tidak lengkap bagi mendapatkan kebenaran melabur di luar negara.

Bank Negara lalu mencadangkan Peguam Negara memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Berikutan cadangan itu ditolak, Bank Negara telah meminta Peguam Negara mengkajinya sekali lagi, namun ia juga ditolak atas hujah tiada pembuktian baru dikemukakan.

Susulannya, Bank Negara membuat keputusan membatalkan tiga kebenaran yang diberikannya sebelum ini kepada 1MDB untuk pelaburan berjumlah AS$1.83 bilion di luar negara dan menghantar  balik wang tersebut serta mengemukakan pelan baginya.

Dengan kenyataan ini, orangramai akhirnya tahu Bank Negara telah menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya serta menunjukkan apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh 1MDB.

Soalnya, dengan semua ini sudah terdedah dah wujud berbalas-balas kenyataan yang secara tidak langsung menggambarkan rasa tidak puas hati Bank Negara,  mungkinkan Peguam Negara sedia mengkaji semula keputusannya sebelum ini atau mengekalkan keputusan lama yang bermakna mengekalkan juga kebimbangan orangramai terhadap siasatan 1MDB meskipun setelah Raja-Raja bersuara?

Selain itu, selepas Raja-Raja bersuara yang mahukan siasatan 1MDB disegerakan dan mereka yang terlibat diambil tindakan, seorang lagi iaitu Mathias Chang telah ditahan di bawah Sosma.

Beliau adalah peguam Khairuddin Abu Hassan yang sudah pun ditahan di bawah Sosma selama 28 hari sebelum ini. Mathias ditahan ketika melawat Khairuddin di Balai Polis Dang Wangi.

Apakah kerajaan sebenarnya menyambut baik saranan Majlis Raja-Raja apabila masih menahan seseorang yang bersikap lantang terharap 1MDB dibawah Sosma?

Tidakkah sepatutnya, apabila Raja-Raja sudah bersuara, tumpuan harus diutamakan kepada menyelesaikan siasatan 1MDB dan mendakwa mereka yang melakukan kesalahan dan bukannya terus menangkap mereka yang membuat laporan mengenai syarikat itu?

Di sebalik tangkapan Mathias itu pula, Najib sebagai ketua kerajaan masih terus berdiam diri daripada memberi reaksinya yang sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai sikapnya terhadap titah Raja-Raja itu.

Apakah penahanan berterusan di bawah Sosma ini juga mengesahkan kenyataan Muhyiddin Yassin mengenai kemungkinan adanya tangan ghaib di sebalik siasatan sambil menyatakan kebimbangannya  seolah-olah 1MDB adalah sebuah entiti yang kebal?

Dalam rentetan yang terus membimbangkan ini, apakah mungkin atau perlu Raja-Raja bertitah sekali lagi selepas ini? (SH 10/10/2015)

21 comments:

  1. Titah tuanku hanya dipakai ketika lantik pm.. Dan bila nak raya. Huhu. Patut tuanku sekalian titahkan dgn lebih jelas lg. Jgn selindung2 guna kiasan istana walau org kebyakan paham titah tu tapi pimpinan umno suka spin.. Utk lebih rancak kan. Tuanku patut titahkan.. Kami sekalian raja2 melayu hilang kepercayaan terhadap najib.. Erm hanyalah cadangan, satu pandangan dan pendapat peribadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib boleh spin juga. Tak payah.

      Delete
    2. Zaman dahulu, Bugis Lanun membuat huru hara di Tanah Melayu... sama ada melanggar negeri2 Melayu beraja dan mengugut utk menyerang, dan memaksa melantik mereka menjadi Penasihat Raja..

      Bugis satu orang ni dah buat kerja lebih hebat dr Bugis2 zaman dahulukala..

      Disebabkan dia seorang habis huru hara satu Malaya dan 1Malaysia.

      Delete
  2. Mana mungkin masaalah 1MDB boleh diselesaikan selagi Najib masih kekal sebagai perdana menteri, merangkap menteri kewangan dan pengerusi penasihat 1MDB ?

    Jika diikut apa saja kehendak raja bermakna Najib seperti membicarakan segala salah laku diri sendiri... Apakah penasihat Najib begitu bebal ?

    Ketika ini Najib sememangnya tidak mampu berfikir waras kerana masaalah yang dia terpaksa tanggung bukan sedikit. Tanpa penasihat, Najib sudah jadi gila sekarang.

    Apa yang berlaku sekarang adalah hasil dari tindakan penasihat yang berada di sekeliling Najib bukan idea Najib sendiri. Kemampuan Najib hanya bagi orang duit yang bersyarat "i help u, u help me". Selain dari itu memberi nasihat pada syarikat 1MDB yang bermodalkan RM1 juta buat pinjaman sehingga RM42 ribu juta..itu saja kehebatan Najib.

    Hanya ahli UMNO Baru saja yang boleh memaksa Najib turun dari takhta yang diduduki nya sekarang kerana sistem yang dicipta oleh Tun Mahathir semasa pemerintahannya dulu yang diguna pakai oleh Najib adalah sistem maharaja. Ini bermakna segala perbuatannya lebih brutal dari raja yang zalim.

    Tanpa tindakan bersepadu dari ahli UMNO Baru yang prihatin pada negaranya sendiri.....Najib akan perintah Malaysia sehingga kiamat.

    ReplyDelete
  3. BIDADARI CANTIK MALAYSIA ZETI AZIZ:Kita suka pada wanita cantik,bijak dan berani.Zeti Governor BNM sehari dua ni berani melawan AG Chamber's or AG himself?.Dewi Zeti harus kita pertahankan jabatannya sehingga semua beliau terangkan.Beliau disayangi oleh ramai pihak dalam dan luar Negara.We are behind you TS Zeti Aziz dan Mohon Sembah Ampun patik juga Duli Duli Tuanku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yea!!! Setuju! Kita semua bagi sokongan moral yang kuat (��) kepada Zeti (yang finally tunjuk belang harimau) supaya dapat bagi penumbuk (��) yang besar kepada Naj, Mah, Ali dan kalau boleh Bangla-Importer sekaligus...let's go Zeti, make your daddy proud!

      Delete
    2. madam z , you will be remembered by me, may Allah bless you....I will always pray for you

      Delete
    3. Bidadari kesayangan najib memang bida.

      Delete
  4. Najib and his men will continue with his strategy..which is delaying everything that possible until kak ros presses the remote control. Just like the issue of Tun Ling's. Let see if the MRR will voice out louder for the 2nd time within short period of time or remain silence as before.

    ReplyDelete
  5. Etitah raja rajs tak laku buat najib.kuasa raja dah tak ada.kerena perlembagaan persekutuan.

    ReplyDelete
  6. Zaman dahulu, Bugis Lanun membuat huru hara di Tanah Melayu... sama ada melanggar negeri2 Melayu beraja dan mengugut utk menyerang, dan memaksa melantik mereka menjadi Penasihat Raja..

    Bugis satu orang ni dah buat kerja lebih hebat dr Bugis2 zaman dahulukala..

    Disebabkan dia seorang habis huru hara satu Malaya dan 1Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Memang patut Raja-Raja bertitah lagi. Kali ni guna bahasa terang-terang. Tak payah bunga-bunga. Pertama, kena tubuh RCI, second, Najib kena bercuti tanpa gaji sehingga selesai siasatan RCI. Jika Najib tak bersalah, reinstate dia sebagai PM. Kalau bersalah, take him to court. Scandal 1MDB ni tak akan berkesudahan selagi Najib (orang yg berkepentingan dalam 1MDB) memegang jawatan PM.

    ReplyDelete
  8. Yang sebenarnya Bank Negara tidak meminta Apandi atau pegawainya menjalankan pendakwaan. Yang diminta ialah Apandi mengeluarkan satu sijil, 'izin untuk pendakwaan' terhadap pelaku2 jenayah yang disyorkan olih BN.

    Dengan keluarnya izin itu bolih lah BN memohon waran tangkap, tangkap pelaku jenayah, dakwa dimahkamah dan pegawai undang2 mereka jalankan pendakwaan. Itu shj.

    Apandi cakap tak de kes sebab keterangan tidak menunjukkan kesalahan dibawah Akta Kawalan Tukar-Wang. Melaun dan bangsat punya AG. Cakaplah, tiada kes sebab Najib suruh aku kata demikian.

    ReplyDelete
  9. SAUDARA SHAHBUDIN, Peguam negara sekarang saorang yg paling paloi dan bodoh yang saya pernah ketahui.Dahlah mukanya hodoh and ugly malah merupakan orang yg jahat. Dia tidak pernah membaca atau/dan baru tahu bahawa Negara Malaysia mempunyai akta2 ini.i BANKING AND FINANCIAL INSTITUTION ACT dann EXCHANGE CONTROL ACT dan dia adalah jahil tentang akta2 ini.DIA jadi hakim sebab dia orang UMNO,kalau tidak hanya jadi loyar buruk saja. MALANG MALAYSIA YG MEMILIKI AG SAPERTI INI.

    ReplyDelete
  10. Sungguh menghairankan.. atau kebodohan agaknya. Ada dana tunai di Cayman USD 939m tapi dicagarkan utk pinjam Deutsch USD 975m. Kebodohan apakah itu? Semata-mata nak dptkan extra lebih kurang USD 36m.. tapi bakal bayar interest lagi? Ada tunai tapi cagar utk meminjam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamsin bro.. jgn lupa KAMSIN atas angin!!!

      Delete
  11. USD 36m....besar juga tu,janji kelepek dan bolih masyukk.Penyamun bro.. dia akan putar sampai licin.Macai macai makan dedak dah cukup

    ReplyDelete
  12. USD 36m....besar juga tu,janji kelepek dan bolih masyukk.Penyamun bro.. dia akan putar sampai licin.Macai macai makan dedak dah cukup

    ReplyDelete

  13. Tuan Shah. tajuk sepatutnya "SELEPAS TITAH RAJA2, NAJIB SEMAKIN BESAR KEPALA!'

    ReplyDelete

  14. Apa kata Majlis Raja-Raja yang saman Najib sebab sekiranya Bank Negara atau yang lain-lain yang saman, tak jalan.

    Berikan Najib tempuh selama 14 hari untuk memulangkan duit pelaburan 1MDB sebanyak AS$1.83 bilion tersebut.

    Majlis Raja-Raja tidak lagi boleh bertitah dengan mengharap kan masalah di selesaikan atau untuk menunjukkan kebimbangan Baginda-baginda Sultan tetapi Majlis Raja-Raja mesti lah bertitah 'yang mengeluarkan perintah' seperti sekiranya duit tersebut gagal dipulangkan maka Najib akan di hukum di kurungkan dalam perigi buta,

    ReplyDelete
  15. Kan dah cakap.. raja ke rakyat ke buat ape sume x jalan.. najib akan jd pm lama mcm tun m.. kecuali kalau allah amik nyawa dia setahun dua ni.. kalau x..jgn harap dia akan turun

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...