Thursday 24 May 2018

TEMBELANG 1MDB SEMAKIN TERDEDAH.....


Berikutan pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam bahawa kerajaan telah menyelamatkan pembayaran hutang 1MDB dengan jumlah hampir RM7 bilion sejak April 2017, CEO syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy telah dipanggil  untuk menjelaskan beberapa perkara kepada Kementerian Kewangan.

Arul Kanda yang ketika musim kempen PRU14 lalu pusing seluruh negara menceritakan kekukuhan 1MDB, tetapi di hadapan Guan Eng beliau menyatakan tidak tahu menahu tentang kedudukan kewangan syarikat tersebut.
Arul Kanda juga menyatakan tidak pasti berkaitan dana pelaburan berjumlah RM9.8 bilion milik 1MDB yang disimpan dalam Brazen Sky Ltd atau sama ada ia benar-benar wujud atau tidak.

Sehubungan itu, Guan Eng melabelkan Arul Kanda sebagai tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.
Beliau juga kemudian mengarahkan penasihat undang-undang Kementerian Kewangan agar menyemak semula kedudukan Arul Kanda dalam 1MDB, selain mengambil alih pejabat syarikat itu.

Yang lebih mengejutkan, Guan Eng turut mendedahkan bahawa hanya Arul Kanda satu-satunya pekerja 1MDB sejak awal tahun ini.

Dalam pada itu, seorang ahli lembaga pengarah 1MDB, Kamal Mohd Ali  dalam pengakuannya kepada Guan Eng mengatakan pelaburan unit dana bernilai RM9.8 bilion yang disimpan oleh anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd adalah suatu bentuk penipuan.
"Kamal menggelarkan pelaburan itu suatu penipuan kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan kepada lembaga pengarah dengan sebarang bukti mengenai kewujudan pelaburan itu sejak lebih dua tahun lalu," tambah Guan Eng lagi.

Hakikat itu lebih terserlah apabila Arul Kanda sendiri yang sebelum berulang kali mengatakan pelaburan itu wujud, kini sudah berubah nada dengan berkata tidak pasti mengenainya.

Berkait perkembangan yang sama, Guan Eng juga memaklumkan mengenai pengesahan bertulis oleh bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir kepada Kementerian Kewangan pada Mac lalu bahawa syarikat itu tidak mampu membayar hutang faedahnya yang mesti dilunaskan sebelum akhir April dan Mei 2018.
Sehubungan itu, bagi hutang faedah 1MDB berjumlah RM143 juta yang mesti dibayar pada minggu depan, Guan Eng mengambil keputusan enggan menandatangani dokumen kebenaran agar Kementerian Kewangan melangsaikannya.

"Saya terkejut bila mendapati dokumen pertama yang harus saya tandatangani ialah untuk membayar hutang 1MDB.

"Saya enggan tandatanganinya kecuali saya lihat kesemua dokumen yang relevan terlebih dahulu," kata Guan Eng lagi.
Bagi maksud tersebut, Guan Eng  mengarahkan Arul Kanda  menjawab secara bertulis kepada Kementerian Kewangan terlebih dahulu sama ada 1MDB mampu membayar hutang RM143 juta itu atau sebaliknya.

Agak-agak apakah jawapan bertulis Arul Kanda nanti?

Bayangkan, baru dua hari Guan Eng memasuki pejabatnya sebagai Menteri Kewangan, beliau sudah mendedahkan banyak "kong kali kong" atau tembelang 1MDB yang selama ini tertutup rapi.

Segala-galanya tidak lain ialah kerana Najib Razak yang ada kepentingan dalam penubuhan 1MDB adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam waktu yang sama.

Selepas ini, pasti lebih banyak pembongkaran yang lebih mengejutkan lagi akan menjadi tatapan kita semua.
Sejujurnya, kita harus bersyukur kepada Tuhan atas keberanian rakyat Malaysia melakukan perubahan dengan menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya 9 Mei lalu.

Jika BN masih kekal berkuasa, semua tembelang itu akan terus tertutup rapi dan kita sebagai rakyat serta pembayar cukai akan ditipu sepanjang hayat dengan pelakon utamanya ialah Najib sendiri. (ShahbudinHusin 24/05/2018).

78 comments:


  1. PETANDA AKHIR ZAMAN

    FIRAUN MENJADI PENYELAMAT UMAT.

    1. Bapak segala Firaun iaitu MAHAFIRAUN sedang menyelamatkan umat. MAHAFIRAUN ini dikeji kerana meninggalkan sejadah dan tasbih dan membuat kerja keji iaitu menyelamatkan umat Muhammad yang sedang menderita.

    2. Tentera-tentera Suci pula sedang bertasbih diatas tikar sembahyang serta bertadarus sambil meneliti jadual penggiliran menampal lubang serta menunggu royalti. Dah 14 kali pilihanraya, tak pernah menang....tak faham lagi ka apa yang tuhan tunjukkan....

    3. Begitu juga dengan para mufti yang mulia yang antaranya ialah:

    Mohd Yussof iaitu Mufti Negeri Sembilan yang dipetik Utusan, berkata, “”Ciri-ciri orang munafik adalah bermula dengan berbohong, selepas itu memungkiri janji seterusnya mengkhianati amanah dan semua perbuatan ini sedang berlaku dalam Pakatan Harapan.”

    Mufti Pahang dan ulama PAS menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dalam politik dan lebih banyak beribadat.

    4. Mereka mulia kerana merekalah kita tahu yang mana haram yang mana halal dan sekejap halal dan sekejap haram. Begitu jugak bilangan rakaat solat tarawikh samada lapan atau dua puluh. Begitulah kerja mereka selama bertahun-tahun, dah 1400 tahun lebih dah Islam ni, masih tak selesai dengan fatwa. Masalah umat bukan masalah mereka.

    5. Yang peliknya mufti yang dikatakan wahab-Bee ni, beliau dikeji oleh kawan-kawannya atas segala teguran terhadap pemerintah yang zalim. Depa nak mufti wahab-Bee ni, duduk diam-diam dan keluar fatwa korek hidung boleh batal puasa atau tidak, jangan ambik peduli tentang umat Muhammad ni. Kangkang sikit dan garu teloq macam kawan-kawan dia.....

    Hampa ni tak tau malu ka? Aku rasa hampa ni tak tau apa-apa langsung....

    6. Dengar ceritanya baru-baru ni Tentera Mahafiraun menang dan Tentera Suci yang dipimpin oleh pendekar dan pahlawan tersohor dan direstui para mufti tenggelam dalam Gelombang Merah yang membawa PANJI MERAH HARAPAN..............

    7. Kemenangan berlaku tanpa dimulai dengan doa panjang dan restu mufti yang mulia. Cuma doa mereka yang teraniaya................

    Itulah petanda akhir zaman bagi mereka......dan permulaan zaman bagi pembawa PANJI HARAPAN......


    ReplyDelete
    Replies

    1. Jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan dalam kes 1MDB sepatutnya ditambah dengan jumlah kerugian harga tanah sebenar yang di beli oleh mereka dibawah harga pasaran.

      Delete

    2. Duit Royalti Minyak yang dituntut oleh kerajaan PAS Terengganu dan Kelantan boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

      Begitu juga dengan duit bantuan peruntukkan kerajaan persekutuan untuk Sarawak, Pahang dan Perlis.

      Delete
    3. Fauziasmara, engko tibai aku ker?
      Adus, bisa sungguh tibsian kamu. Hampir2 aku nk buka puasa kerana tak tahan...

      Delete
    4. Sori, tak caya tanda akhir zaman. Professor Stephen Hawking pun kata 200 tahun lagi.

      Dia professor Theoretical Physics (astrology, cosmology). Dia suruh orang mula hijrah ke planet Maret sebab dunia akan jahanam akibat bom nuclear, tukar hawa, cuaca dll dalam tempoh itu.

      Islam percaya akhirat. Tapi tanda2 nya tak semesti macam fauziasmara kata.

      Delete
    5. Mufti Pahang dan ulama PAS menggesa Tun bersara politik.

      Takut kena balon mengarut masa Tun merintah.

      Delete
    6. Apa pun pendapat boleh taip apa saja,
      Tapi yg penting kita bantu Tun M,
      Bagi sedikit masa lagi utk menyelesai kan hutang hutang karutmarut najib yg bersepah sepah, adoiiii byk nya hutang,
      Apa kejadah nya pelaburan yg tak Tahu ke hala,
      Mana pelaburan nya, invisible tak nmpk,
      Yg nmpk cuma hutang yg makin menimbun,
      Najib kau kena jawap ini semua,

      Delete
    7. Si Arul Nasik Kandar ni sekadar mengukuhkan bidalan yg kita dok sebut2 selama ini:

      CAKAP MACAM KELING

      Delete
    8. TOKONG TAK PANDAI MENGIRA BOLEH JADI MENTERI KEWANGAN. HUTANG TOK DIR + POK JIB RM1 TRILION. KENAPA TAK MASUK TOK DIR SEKALI. BOLEH LAH MENGAKU BERSIH TOKONG THE KING OF PH

      Guan Eng: M'sia tak bankrap bawah HARAPAN
      Bernama | Diterbitkan 22 Mei 2018, 11:30 malam | Dikemaskini 22 Mei 2018, 11:34 malam
      A+ A-
      Menteri Kewangan yang baharu Lim Guan Eng yakin Malaysia tidak akan bankrap dan “kesihatan” kewangan negara dalam keadaannya sekarang boleh dipulihkan.

      Guan Eng yang memulakan tugas hari ini berkata hutang kerajaan yang kini mencecah RM1 trilion antara lain akibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh dipulihkan apabila kerajaan kembali ke prinsip asas sistem kewangan iaitu cekap, akuntabel dan telus.

      “Selain itu, pegawai yang berkepakaran dibenarkan menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti. Saya rasa ini penting. Sekiranya kita boleh buat demikian saya yakin sistem kewangan negara kita boleh pulih,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

      Guan Eng ditanya sama ada hutang negara akan menjadikan Malaysia bankrap.

      Beliau menegaskan, “Sekiranya di bawah kerajaan lama, ia akan bankrap tetapi di bawah kerajaan sekarang, kita akan selamatkan negara”.

      Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih tampuk pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) berikutan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang baru selesai.

      Ditanya tentang agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera, Guan Eng berkata pihaknya difahamkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengadakan kongres mengenai perkara tersebut dan pihaknya menyokong usaha itu.

      Mengenai Bajet 2019, Guan Eng berkata Kementerian Kewangan akan memulakan proses penyediaan bajet.

      “Tarikh pembentangan bajet akan diumumkan selepas merujuk kepada perdana menteri,” katanya.

      Tuduhan bermotifkan politik

      Mengenai tuduhan rasuah yang dibuat kerajaan sebelum ini terhadapnya, Guan Eng berkata itu semata-mata satu tuduhan bermotifkan politik.

      “Ia tidak berasaskan hal yang sebenarnya… saya tidak boleh tambah lebih daripada itu kerana kita kena biarkan proses mahkamah berjalan,” katanya.

      Guan Eng didakwa sebagai seorang pegawai awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang terbabit dalam kes rasuah melibatkan pembelian lot tanah dan sebuah rumah di bawah nilai pasaran.

      Harta itu terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di Pulau Pinang dibeli daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

      Semalam, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Guan Eng semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi George Town Datuk Hadhariah Syed Ismail, berkata Guan Eng dan Phang akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan kes rasuah itu.


      - Bernama

      Delete
    9. PH HANYA PERALATKAN BERSIH SEBELUM MENANG. BILA DAH MENANG SORI LAA. APA DAH JADI DENGAN AGENDA KADOK. AMBIL NEGERI SABAH PERAK SECARA BACUL..

      'Akhbar patut buang perangai liputan sebelah pihak'
      Diterbitkan 22 Mei 2018, 5:31 petang | Dikemaskini 22 Mei 2018, 5:33 petang
      A+ A-
      Gabungan pilihan raya bebas dan adil, BERSIH menggesa pihak media membuang "perangai lama" menyediakan liputan berat sebelah yang memihak parti pemerintah.

      "Media kerajaan yang dibiayai oleh pembayar cukai seperti radio dan stesen televisyen RTM bukan lagi berkhidmat kepada pentadbiran hari ini tetapi kepada pembayar cukai.

      "(Mereka sepatutnya) memberikan liputan media yang sama kepada semua pihak supaya pembayar cukai boleh membuat keputusan yang tepat," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

      BERSIH itu berkata media memainkan peranan penting dalam memastikan ketelusan kerajaan selain berperanan sebagai platform bagi rakyat akar umbi menyuarakan keluhan mereka.

      Minggu lalu, beberapa pemimpin BN memberitahu media tempatan dalam talian bahawa akhbar arus perdana kini berpihak kepada Pakatan Harapan berikutan kemenangannya pada pilihan raya 9 Mei.

      Semak dan imbang

      Antaranya, ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menggesa media supaya "bersikap adil".

      Ketua Pemuda MIC Datuk C Sivarraajh juga berkongsi pandangan sama berkata media tidak sepatutnya takut untuk mendapatkan pendapat daripada pemimpin BN kerana semak dan imbang terhadap pentadbiran semasa diperlukan.

      Sementara itu, BERSIH menggesa kerajaan persekutuan untuk menunaikan janjinya memansuhkan undang-undang yang membendung kebebasan akhbar seperti Akta Hasutan 1948, Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 dan peruntukan tertentu yang terkandung dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

      "Kami menggesa undang-undang ini untuk dimansuhkan atau dikaji semula dengan serta-merta selaras dengan hak asasi manusia dan kebebasan akhbar pada sesi pertama sidang parlimen kali ini.

      "Kami juga menggesa kerajaan HARAPAN untuk memberikan kebebasan akhbar dengan jaminan perlindungan perlembagaan," katanya.

      Delete
    10. TOKONG PERALAT IMDB UNTUK MALAYSIAN MALAYSIA....TENGOKLAH NANTI AGENDA SULIT SATU PERSATU DICUCUK


      Menteri kewangan: 1MDB tipu! 'Bail out' hampir RM7 bilion
      Alyaa Alhadjri | Diterbitkan 22 Mei 2018, 5:03 petang | Dikemaskini 22 Mei 2018, 6:17 petang
      A+ A-
      Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan bahawa 1MDB menerima hampir RM7 bilion dalam bentuk "bailout" daripada kerajaan BN sebelum ini.

      Lim berkata ini bertentangan dengan dakwaan 1MDB bahawa syarikat itu mampu membayar hutangnya daripada penstrukturan semula.

      "Berdasarkan senarai bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) bagi pihak 1MDB adalah berjumlah RM6.98 bilion.

      "Jumlah ini termasuk bayaran yang dibuat kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion.

      “Ini mengesahkan syak wasangka orang ramai bahawa 1MDB sebenarnya memperdaya rakyat Malaysia dengan mendakwa hutang itu dibayar menerusi ‘proses rasionalisasi yang berjaya’.

      “Selama ini MoF yang membayar hutang 1MDB,” katanya pada sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai menteri kewangan.

      Pendedahan Lim dibuat pada hari pertamanya melaporkan diri sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru.

      Beliau berkata senarai pembayaran setakat ini hanya melibatkan faedah, pembayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC.

      “Ini belum mengambil kira berbilion ringgit hutang yang perlu dibayar mulai tahun 2022.

      “Saya dimakumkan bahawa selain RM143.75 juta yang perlu dibayar pada akhir bulan ini, sejumlah RM810.21 juta faedah perlu dijelaskan antara bulan September dan November tahun ini,” katanya.

      Lim yang sebelum itu mengadakan siri mesyuarat bersama semua pegawai kanan Perbendaharaan yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa dan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad, mengarahkan kajian mendalam dilakukan mengenai butiran hutang dan liabiliti 1MDB dan mencadangkan langkah untuk menyelesaikan krisis yang berlaku akibat skandal tersebut.

      “Kami juga akan mengemukakan hasil semakan itu kepada pasukan petugas 1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

      Menteri kewangan itu berkata antara perkara segera yang perlu diselesaikan ialah pembayaran faedah ke atas pinjaman 1MDB.

      “Ini disebabkan RM143.75 juta perlu dibayar oleh 1MDB pada 30 Mei tahun ini,” katanya.

      Sementara itu, Lim berkata Arul Kanda, yang dikekalkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB hingga 30 Jun tahun ini, tetap mengatakan 1MDB mampu membayar obligasi hutangnya.

      “Oleh itu saya mengarahkan Arul memberi taklimat untuk menjelaskan sama ada 1MDB mampu membayar jumlah itu, yang perlu dibayar minggu depan,” katanya.

      Lim juga mahu menemui ahli lembaga pengarah 1MDB, Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob, bagi memberi taklimat kepada MoF mengenai kedudukan 1MDB.

      Delete
    11. PH = BN = 2 X 5 = 5 X 2

      Peguam PAS: Kenyataan SPRM prejudis pada Najib
      Diterbitkan 22 Mei 2018, 4:14 petang | Dikemaskini 22 Mei 2018, 4:24 petang
      A+ A-
      Peguam PAS Wan Zainuddin Wan Musa menyifatkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shukri Abdull berkaitan 1MDB bersifat prejudis terhadap Datuk Seri Najib Razak.

      Wan Zainuddin berkata, ia tidak patut dikeluarkan pada hari yang sama Najib dipanggil untuk diambil keterangan oleh SPRM.

      “Kenyataan ini amat tidak perlu dikeluarkan secara terbuka kerana ia akan secara langsung mewujudkan persepsi bahawa memang wujud campur tangan politik dalam kes ini sebelum ini,” katanya.

      Dalam tulisan di Facebook yang dikongsi oleh PAS Selangor, Wan Zainuddin berkata Shukri patut merekodkan keterangannya dalam bentuk akuan bersumpah dan membuat pendedahan secara tertutup kepada jawatankuasa khas siasatan 1MDB.

      “Perkara paling asas perlu beliau lakukan ialah membuat laporan polis dan mendedahkan dalam laporan polis nama nama individu yang dikatakan mengugut beliau.

      “Biar polis membuat siasatan. Haiya!Ini macam manyak kacau la bos!” katanya.

      Shukri dalam sidang media hari ini membuat pelbagai kenyataan berani, termasuk mendakwa polis mahu menangkapkan atas alasan berkonspirasi terhadap kerajaan pada 2015.

      Beliau juga mendedahkan, di tengah-tengah siasatan 1MDB, beliau diikuti dan gambarnya diambil ketika berada di Washington DC, Amerika Syarikat (AS).

      Shukri juga mendedahkan mendapat bantuan perlindungan dari Jabatan Polis New York (NYPD) yang memperuntukkan tiga pengawal bagi menjaganya.

      Delete
    12. DARI MANA DARI TOKONG LAH....DUK SIBUK-SIBUK HUTANG 1 TRILLION TAK SEDAR PELABOR ASING DAH LARI BAWA KELUAR I TRILLION

      Senator: Dari mana PM dapat angka hutang RM1 trilion?
      Diterbitkan 21 Mei 2018, 9:29 malam | Dikemaskini 21 Mei 2018, 9:34 malam
      A+ A-
      Senator Khairul Azwan Harun mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kesimpulan bahawa hutang negara kini telah mencapai angka RM1 trilion.

      Mengulas laporan Bank Negara pada Disember tahun lalu, Khairul menegaskan hutang negara hanya berjumlah RM686.8 bilion.

      "Di mana perdana menteri dapat angka RM1 trilion? Adakah penasihat barunya gagal membekalkan maklumat yang betul kepadanya?

      "Atau ini hanya satu taktik politik untuk menyalahkan bagi menjadikan rakyat fikir hutang negara yang ditanggung kerajaan Pakatan Harapan adalah kesalahan pentadbiran terdahulu?" soal Khairul Azwan dalam satu kenyataan hari ini.

      Khairul Azwan, yang juga Timbalan Ketua Pemuda Umno, menegaskan laporan Bank Negara pada Mac tahun ini menunjukkan ekonomi domestik berada dalam keadaan baik.

      "Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar yang kukuh antara 5.5 peratus dan 6 peratus pada 2018," katanya.

      Dalam perhimpunan bulanan pertama Jabatan Perdana Menteri hari ini Mahathir berkata hutang negara telah melepasi paras RM1 trilion berbanding RM300 bilion sebelumnya.

      Baca: PM: Kewangan negara 'dicabul', hutang lebih RM1 trilion

      “Kita dapati kewangan negara umpamanya telah dicabul dengan begitu besar sehingga sekarang ini kini menghadapi masalah penyelesaian hutang yang meningkat kepada trilion ringgit," katanya.

      Angka hutang negara yang disediakan Mahathir hari ini jauh lebih tinggi daripada angka rasmi yang diberikan oleh pentadbiran sebelumnya.

      Kementerian Kewangan sebelum ini berkata kerajaan mencatatkan hutang sebanyak RM687.43 bilion pada September 2017.

      Awal bulan ini, The Edge Financial Daily melaporkan hutang kerajaan berkembang pada kadar purata 10 peratus setahun daripada RM266.72 bilion pada tahun 2007 kepada RM687.43 bilion pada September 2017 ekoran perbelanjaan yang berlebihan.

      Akhbar kewangan itu memberi amaran bahawa hutang negara boleh melebihi RM1 trilion pada tahun 2021 jika ia terus berkembang pada kadar purata yang sama sebanyak 10 peratus seperti pada dekad yang lalu.

      Tidak lama selepas memegang jawatan sebagai perdana menteri ketujuh pada 10 Mei lalu, Mahathir berjanji mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

      Delete
    13. HANYA PARTI BANGSAT LANTIK ORANG ADA KES MAHKAMAH

      MCA: Elak campur tangan politik dalam kes rasuah Lim
      Diterbitkan 21 Mei 2018, 5:20 petang | Dikemaskini 21 Mei 2018, 5:38 petang
      A+ A-
      Cadangan menggugurkan tuduhan rasuah melibatkan menteri kewangan Lim Guan Eng mempunyai unsur campurtangan politik, kata pemimpin MCA, Ti Lian Ker.

      Dalam satu kenyataan hari ini, jurucakap publisiti MCA itu berkata, proses undang-undang wajar dihormati dan dipatuhi.

      "Keadilan mesti dilaksanakan apabila tiba masanya. Kedua-dua institusi peguam negara dan badan kehakiman mesti dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa sebarang bentuk gangguan.

      "Sekiranya ahli-ahli politik mula memberikan arahan tertentu kepada institusi-institusi ini, maka kita tidak ada beza dengan apa kita yang dulu apabila kita mendakwa berlaku campur tangan politik.

      "MCA menggesa kerajaan Pakatan Harapan telus dan mengelak daripada mencampuri atau memberikan tekanan politik ke atas institusi yang ditugaskan untuk melaksanakan dan mendukung undang-undang," kata Ti.

      Ti merujuk kepada penangguhan perbicaraan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dan ahli perniagaan Phang Li Koon, yang dijadualkan bermula hari ini selepas tertuduh mencari representasi baru dengan peguam negara yang baru.

      AG baru dijangka akan dilantik pada bulan Julai bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang kini diminta bercuti selama sebulan.

      Perbicaraan Lim yang berlangsung selama dua hari pada Mac, ditangguhkan sehingga hari ini kerana pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

      Pada 30 Jun tahun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

      Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam, iaitu ketua menteri Pulau Pinang, untuk mendapatkan keuntungan bagi diri dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam di daerah barat daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

      Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Aras 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai 2014.

      Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

      Lim menghadapi tuduhan kedua iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bagi dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo di No 25, Jalan Pinhorn, George Town pada 28 Julai 2015 daripada Phang pada harga RM2.8 juta, harga yang didakwa beliau ketahui tidak sepadan dengan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan iaitu RM4.27 juta.

      Tuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

      Phang mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan banglo itu di bawah harga pasaran. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tempat dan pada tarikh sama.

      Tuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama-sama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

      Delete
    14. PRO LIBERAL DIHARU MACAM-MACAM...PADAHAL SAMA PARTI..MEMANG BETUL KATA ALLAH ORANG KAFIR TAK AKAN PUAS HATI SEHINGGA KAMU IKUT AGAMA MEREKA

      Dr Maszlee diminta martabatkan Bahasa Melayu
      22 MEI 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.6K
      Rais Yatim
      A- A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR – Presiden Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini melahirkan harapan agar Menteri Pendidikan yang baharu Dr Maszlee Malik dapat memartabatkan bahasa Melayu dan menerapkan amalan budi di pelbagai peringkat pelajaran.

      Amalan budi itu, kata Rais, hendaklah juga dipupuk kepada rakyat Malaysia bermula di bangku sekolah lagi.

      “Apa yang dihajatkan adalah agar bahasa Melayu dan amalan budi tidak dicicirkan. Sekolah Kebangsaan pula mestilah menyediakan pilihan kursus untuk pelajar seperti bahasa Mandarin, Arab, Tamil dan lain-lain,” kata Rais dalam satu kenyataan dikeluarkan UIAM.

      Beliau berkata seluruh warga UIAM melahirkan rasa bangga di atas pelantikan Maszlee itu.

      Ini kerana Maszlee merupakan salah seorang bekas pensyarah di Jabatan Sains Politik, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM, kata Rais.

      Sementara itu, Rektor UIAM Prof Datuk Zaleha Kamarudin turut mengucapkan tahniah di atas pelantikan itu serta menyifatkan Maszlee sebagai ahli akademik yang mampu mengutarakan pelbagai idea baru dalam usaha perubahan dan reformasi pendidikan negara.

      “Pensyarah UIAM bersedia untuk memberikan sokongan padu kepada Maszlee dan Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.

      Maszlee berkhidmat sebagai pensyarah di UIAM selama 18 tahun dari tahun 2000 hingga 2018.

      Beliau pernah dilantik sebagai Presiden Kakitangan Akademik UIAM selama dua penggal iaitu dari 2012 hingga 2015. - Bernama

      Delete
    15. Woiiii Lebai Biol......apa ponlah yg ko kopipes bagai nak rak.........keputusan majoriti rakyat Msia dah pon muktamad di PRU14 hari tu....

      Keputusan dah diputuskan........majoriti daaahhh memilih........ada paahaammmm.....

      Ko duduklah dalam denial state macam kepala bapaaakkk luuuu sampai kojol.

      Delete
    16. "Arul Kanda juga menyatakan tidak pasti berkaitan dana pelaburan berjumlah RM9.8 bilion milik 1MDB yang disimpan dalam Brazen Sky Ltd atau sama ada ia benar-benar wujud atau tidak."

      Soalan: Selama ni apa yg Arul Kanda ni buat???

      Leka makan nasi kandaq sampai tak tau pelaboran tu wujud atau tidak...????

      Kihkihkihkih......lawak sarkis ni.......samalah dengan orang yg bangun pagi tengok2 ada duit berjuta mengeram dalam akaun peribodynya.......bila ditanya dia kata tak tau datang dari mana.

      Mungkin duit tu jatoh berrrdebukkkk dari langit gamaknya...??

      Delete
    17. Bro Phantom ...selama ini dia pergi jual roti chanai . roti bom , thosei , capati , vadei , maruku .

      Delete
  2. mr j cakap 1mdb ok pe takde masalah hehehe....boleh sediakan peluang pekerjaan untuk rakyat malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuuihhh...

      Memang benar sungguh berjota2 peluang pekerjaan dijelmakan dek najip atas nasihat semah:

      1) bawak uber - kiralah brp byk keta ada dlm melesia ni

      2) jual nasik lemak - setiap taman/ kg amalkan prinsip "satu kampung satu peniaga nasik lemak"

      Ptuih..

      Delete
    2. Bro Mat Noor & Tajul........peluang pekerjaan profession samun dan rompak lerrr gamaknya yeoooppp......

      Dulu Mr Jebon dengan bangga kata 1MDB banyak aset..........sekarang nak bayar hotang ponnnn nak terrrputusss nyawa.

      Delete
  3. Sepandai pandai tufaii melompat akhirnya jatuh ke hotel Sg Buloh juge

    ReplyDelete
  4. Makin terserlah citer pelaboran tipu wang 1 mdb... Bermula pelaboran dengan petrosaudi yg dilencong kpd akaun jho lo..bila jadi penipuan wang pelaboran direka citer wang di simpan di caymen island dlm bentuk unit...walhal wang telah selamat masuk akaun jho lo najib dan pemilik petrosaudi...pelaboran dlm bentuk unit satu peniouan oleh najib yg disahkan lembaga pengarah 1 mdb

    Kemudian pinjam dgn bank yahudi anerika kunun nak majukan tanah tudm sungei besi dan pengapongan saham 1mdb di KLSE...pinjaman di jamin IPIC melalui anak syarikat IPIC Aabar BVI...berbilion wang pinjaman dimasukkan kedlm Aabar BVI yg kemudian di hadiahkan kpd anak tiri najib buat filem lucah masuk akaun cina tembam jho lo masuk akaun najib lagi dan 2 ekor arab abu dhabi...

    Setelah selamat wang diagihkan bandar 1 malaysia serah kpd syarikat cina kominis...wang pinjaman dimasukkan ke syarikat palsu..

    Kerajaan yg kena bayar kpd syarikat original milik IPIC...tanah trx dijual..edra dijual..tanah pulau indah dijual...kunun oelan rasionalisasi Arul kekanda ...

    Begitulah licik najib dan jho lo tipu rakyat malaysia dgn dibantu Arul kekanda ..prompak dlm umno tetap sokong najib..

    Orang2 ini patut ditembak dgn senapang gajah kerana tipu dan wang bayar hutang 1mdb berbilon2 diperah dari rakyat malaysia melalui gst dan aset begara hilang ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesalah 1MDB patut dihukum mati kerana menjadi PENGKHIANAT NEGARA.
      Dengan hukuman ini menjadi pengajaran kepada PEMIMPIN AKAN DATANG.

      Delete
    2. Kalau hukuman mati jer, x best sgt bro..kena hukuman torture sampai mati!! Hah! Baru best! Korek biji mata, cabut kuku, potong jari dll sampai lah kejang, pastu mamposs!! Hmmm bestnyer!!!

      Delete
    3. Mamat Kentot Ip man, ko ikut uandang2 mana?

      Undang2 kentot ye?

      Ingt, jangan maki hamun dan mencarut.

      Aku tak buat gitu, ha nya ngentotkan ko.

      Sebab ko panggil aku Mamat dulu.

      Delete
    4. 1MDB bukan satu pelaboran tapi satu peleburan.

      Walaupon gituuu.......masih ada golongan yg nak tegakkan benang reput.......masih duduk dalam denial........

      Lagi deme ni deny the facts lagi nampak deme tu bodoh.....bangaaangggg....bahalol....tolol & biol.

      Cukop-cukoplah perbodohkan rakyat.....

      Rakyat sedang memerhati dan menilai....!!

      Delete
  5. Ape lagi Arulkanda mau belit...sekarang buku sudah jumpa sama ruas...tergagap lah arulkanda bercakap...saya tak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pasti belitlah macam mana pon.......fakta tak boleh diubah.......yg benar tetap benar.

      Delete
  6. Untuk nencerdikkan melayu dari jadi mangsa rompak dan tipu umno ...umno mesti dilenyapkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo UMNO masih nak tegakkan benang yg reput.......masih sorokkan kebenaran......masih nak membelit cekik leher rakyat.......masih nak nafikan fakta dan kebenaran.........maka diPRU15 nanti rakyat akan bersuara melalui kertas undi sebagaimana PRU14.

      Tsunami Rakyat yg berskala lebih besar dari PRU14 akan berlaku di PRU15...........kali ini rakyat akan lebih yakin dan menanam azam yg kuat untuk melupuskan BN terus dari arena politik tanahair.

      Ketika tu......kalo mereka masih bernyawa pon.....hanya nyawa2 ikan.

      Oleh kerana terrrrlalu banyak sembunyikan penyelewengan, penipuan, pecah amanah dan rasuah.........mereka menanam kebencian dalam hati rakyat..............maka ini akan buat rakyat berrrtindak dengan lebih agresif di PRU15.

      Teruuussskaaan berdrama tegakkan benang reput dan teruskan perbodohkan rakyat.

      Delete
  7. Arul Kanda cuba 'cuci tangan' dari 1MDB

    May 23 2018 / Keadilan Daily
    Bos 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy hari ini cuba cuci tangan daripada segala skandal melibatkan syarikat itu walaupun sebelum ini menjelajah negara menyebarkan propaganda 1MDB untuk memastikan rejim BN terus berkuasa.

    Dalam sesi taklimat dengan Menteri Kewangan baharu, Lim Guan Eng di Putrajaya, ketua pegawai eksekutif 1MDB itu mendakwa beliau "tidak tahu menahu" kedudukan kewangan syarikat.

    “Arul Kanda ketika ditanya, mengetengahkan beliau cuma menghabiskan bagi perkhidmatannya sehingga kontrak tamat pada Jun 2018.

    “Justeru, beliau mendakwa tidak tahu menahu berkaitan situasi keadaan syarikat,” kata Lim pada sidang media.

    Lim sebelum itu mendengar taklimat pengarah 1MDB Norazman Ayob dan Kamal Mohd Ali, Arul Kanda, bekas ketua pegawai kewangan (CFO) Azmi Tahir dan bekas peguam 1MDB Ivan Chen.

    Sementara itu kata Lim, Kamal Mohd Ali mengaku bahawa pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) 1MDB sebelum ini adalah penipuan semata-mata.

    “Lembaga pengarah, yang membekalkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB kepada kementerian, mendakwa mereka berulang kali mempertikaikan nilainya dan malah kewujudan pelaburan ini semasa mesyuarat bulanan lembaga pengarah.

    “Ini kerana pengurusan 1MDB berulang kali gagal membekalkan lembaga pengarah dengan sebarang bukti kewujudan pelaburan ini lebih dua tahun.

    “Kamal Mohd Ali menggelar pelaburan ini sebagai 'penipuan',” kata Lim dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

    1MDB sebelum ini mendakwa mempunyai AS$2.5 bilion “unit dana” yang disimpan oleh anak syarikatnya Brazen Sky Ltd dan AS$1.56 bilion lagi dalam sebuah lagi anak syarikatnya 1MDB Global Investment Ltd (1MDB GIL).

    Bagaimanapun, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa “unit dana” itu “tidak bernilai” dan hanya bertujuan mengaburi wang yang telah dicuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seblm pru arukanda semua tahu...semua kukuh.. Sekarang aru semua tak tahu...

      Aru sudah haru biru terbayang sungei buluh inn kerana menipu fakta 1 mdb..

      Aru kena fitnah akhir zaman...

      Delete
    2. Kan ke dia pegi round bagi ceramah penerangan yg 1MDB tu macam baguuusss......

      Sekarang bila disoal kata tak tau sama ada pelaboran tu wujud atau tidak.......apa punya binawe lerrrr budak surohan Jack Sparrow ni.

      Delete
  8. Mana Geng Najib, MR J..aparachik JASA da dibubarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua mangsa penipuan najib dan arukanda kerana terlalu bodooh..

      Delete
    2. Deme tu bukan mangsa bro....
      Deme tu memang tukang belit........ori punya.

      Delete
  9. Berbanggalah orang2 PAS kerana berpuas hati dari penerangan Arul Kanda. Kalau bagi kat puak2 ni lingkup negara, itupun nak 4 orang saksi. 2x5 dengan umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa perasaan diorang skang ek? Awal sangat puas atinye..

      Delete
    2. Dah bodo..memanglah cepat puas hati. Padahal kena kelentong.

      Sama jugak dengan penjilat2 najib yg lain kat sini...dulu kemain lagi jadikan PAC dll sbg rujukan..

      Kan sekarang dah terbukti bodo nak mampos!!

      Kah kah kah

      Delete
    3. Bro Suhaimi......padan lerrr bro....penyangak jumpa penyamun....

      Delete
  10. HOOOoooooiiiiii GENG NAJIB!!!!!

    KAU TAK NAK KOMEN KE? PEKERJA ISU ARUL KANDA NIH ??????

    TIDO LAGI KE???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu hari puak lebai berpuas hati penerangan ceo 1mdb kononya...kena belit idup2 pas tu

      masyaallah...

      Delete
  11. mr j......oooo mr j.....mana ko.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro......Mr Jebon udaaah lama ke laut bersama dengan Equanimity.........

      Bon Voyage........

      Delete
  12. mana geng najib?
    kalu ada minta admin lapor polis
    sebab ni pun spesies arul kekanda jugak ni

    ReplyDelete
  13. SAUDARA-SAUDARA, PADA FIKIRAN SAYA ELOKLAH PAS DIPANGGIL SAMA MEMBERI KETERANGAN BERKAITAN 1 MDB INI KERANA MEREKA TELAH ADA MAKLUMAT YANG JELAS SETELAH MEREKA MENDENGAR TAKLIMAT ARUL KANDA SEBELUM PRU 14 YANG LALU. MUSTAHIL PAS BERPUAS HATI KALAU MEREKA TIDAK ADA MAKLUMAT HITAM PUTIH MENGENAINYA. KALAU PAS TAK BOLEH JAWAB BERMAKNA PAS INI BETUL-BETUL JADI KUDA TUNGGANGAN BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah lerrr dipanggil deme tu bro........lagi baik masok tidor dari ngabehkan masa.

      Deme tu kalo Arul Kandaq kata 1+1=11 pon deme nganggok....

      Delete
  14. I suggest SPRM should rush in and seal MDB Office at LTAT Building and detain Tan Sri Wok Lodin for investigation. Public should know how much money siphoned from LTAT and its subsidiaries.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu aku Wok Lodin tak jahat, baik orang nya.

      Tak tau le kalau dia dah bertukar bawah perintah Najib. Kot kena kerah.

      Sapa ada bukti dia pun seleweng, keluarkan.

      Delete
  15. I suggest SPRM should rush in and seal MDB Office at LTAT Building and detain Tan Sri Wok Lodin for investigation. Public should know how much money siphoned from LTAT and its subsidiaries.

    ReplyDelete
  16. Grab your pop corn and soda! Blockbuster movie is about to start!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apo ko cakap, Mamat Kentot? Popcorn goreng dgn lard ke?

      Delete
  17. Duit 120 juta adalah derma dri rakan2 utk kempen pilihanraya! Caya sama lu la najib! Lu memang raja derma!! Wa salute sama lu! Wa pun bila tgok lu nyer muka, mmg gatal tgan jer nak bagi derma! Apa ilmu lu pakai jib! Mmg hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa kata "derma dri rakan2 utk kempen"?

      Ko pun gatal tangan nak derma? Ko pun sekongkol ye?

      Jaga2, nanti ko kena pungut berketol ketol sini sana. Ketol2 tahi dia.

      Delete
    2. Alhamdulliah! Baru 7 ari puasa dah rasa mcm seminggu! Malas nak layan sipussy ni, nnti kurang plak pahala puasa!

      Delete
    3. Ko puasa ke Mat Kentok Ip man?

      Kalo tak puasa, apa kurang plak pahala?

      Tapi yakin ko tak buat dosa sebab tak maki hamun dan mencarut kali ni.

      Kipidap, ok?

      Delete
  18. sungguh jahat itu najib la

    sungguh dungu penyokong najib la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dah cakap penyokong najib memamg bodooh...tu pasal mudah jadi mangsa oenipuan najib jho lo dan arui kekanda...

      Delete
    2. Macam P.Ramlee kata......
      Kamu kan tau dia tu penipu......muka dia pon muka penipu.......
      Yg kamu bijak pandai yg boleh kena tipu dengan dia tu pasal apa...???

      Kamu tu yg bodohhhh....!!

      Maka dijawablah......"hamba bodoh tuaaannn..."

      Delete
  19. Saya tak setuju Anwar Ibrahim jadi PM.
    1.Yang utama ialah kerana dia ni seorang yg tak bermoral - meliwat sejak di bangku sekolah di MCKK. Kalau tak percaya, bertanyalah pd rakan2 sekolahnya.
    2.Berhubung seks dgn isteri2 org spt dgn Samsidar Tahrin, isteri Azmin Ali sampai dapat seorg anak perempuan. Bila nak buat ujian DNA terhadap anak itu, mereka telah menipu dgn memberi sampel darah dr org lain. Budak perempuan itu pun dgn segera telah dilarikan ke Australia. Rujuk kpd pengakuan Umi Hafilda dan Nalakurapan (Boleh google aje).
    3.Ada video dgn China Doll yg telah disahkan memang betul org lelaki itu adalah Anwar.
    4.Pihak Singapura mempunyai ‘technical proofs’ mengenai perangai jahat Anwar.
    5.Semua bukti2 ini ada pd DAP. Jangan hairanlah jika DAP nampaknya beria2 mahu Anwar jadi PM seterusnya. Bila dia jadi PM, DAP boleh jadikan dia boneka mereka dgn hanya memicit telurnya. Jadi Anwar akan jadi PM boneka DAP. DAP akan secara licik menguasai Malaysia membentuk ikut acuan mereka.
    6.Lihat bagaimana Anwar telah mengadap Sultan Johor. Sultan tahu bhw Dr Mahathir menentang Forest City. Tetapi Anwar boleh kautim.
    7.Anwar adalah seorang pembohong. Rujuk kpd 16 Sept dan Kg Buah Pala.
    8.Anwar akan bertindak mengikut nafsu peribadinya sj. Dia tidak akan membela rakyat.
    9.Sekarang pun, dia sedang dgn liciknya mengatur Anwarinas utk menyusup dlm PPBM dan Amanah, supaya senang dia mendapat kuasa nanti. Lihat bagaimana Dr Mazlee telah berjaya menjadi Menteri Pendidikan.
    10.Kaum Melayu memang adalah kaum yg amat bodoh. Mereka dgn senang boleh dicucuk hidung dan menjadi taksub dgn Anwar.
    11.Ingat sebelum kena. Dah kena ternganga. Menang sorak, kampung tergadai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaaaaaaa, gua amat minat lu punya komen.

      Nanti ada senang, mahu komen lagi.

      Delete
    2. Lu boleh pi mabuk dgn lu punya goreng..mat ko dah kena jolok dgn dia ke..

      Delete
    3. Aku mahu Anwar jadi PM. Tapi selepas Tun M selesaikan masalah di negara ini akibat Najib perintah tak betul.

      Biar Tun M jadi PM 5 tahun sekurang2 nya. Begitu banyak masalah. Termasuk masalah Raja pun nak jadi pengkontrol MB, camni -

      Two-year term limit on Pahang MB to ensure better performance, says regent

      During the period, Pahang regent says he will review performance of new MB and state exco.

      Mana boleh. Kita pakai sistem Raja BerPerlembagaan (Constitutional Monarchy).

      Ikut Perlembagaan lah.

      Delete
    4. Aku tak suka Umno. Tapi aku sokong apa bekas menteri Umno Nazri Aziz kata dulu -

      1. Nazri tells crown prince to stay out of politics - Nation | The Star Online
      https://www.thestar.com.my/news/.../nazri-tells-crown-prince-to-stay-out-of-politics/

      2. Who said I'm God, Nazri asks Johor prince as spat blows up | Malaysia ...
      https://www.malaymail.com/.../who-said-im-god-nazri-asks-johor-prince-as-spat-blow...

      Jun 15, 2015 - KUALA LUMPUR, June 15 — Datuk Mohamed Nazri Aziz declared tonight that he would not be cowed into submission by the Johor crown prince's biting ... Nazri went on to remind Tunku Ismail that in a constitutional monarchy like Malaysia's, members of the royal family should not dabble in politics.

      Delete
    5. Meliwat tu salah. Tapi kalo dia dah tobat ... kalo Agong dah ampun ...

      Seks dgn isteri Azmin tu ada bukti ke? Azmin Setiausaha Sulit Anwar masa DPM dulu. Dia amat taat setia. Tentu tak mau ckp. Tapi isteri dia ngaku ke? Dah buat DNA test anak dia ke? betul ke anak di larikan ke Australia?

      Tapi Azmin jadi MB Selangor, sekarang Menteri. Jadi tak mungkin rakyat/ pegundi caya apa ko cakap, Mat. Kasi bukti le. Kalo tak pun, kasi link le.

      Delete
    6. Awat hang tak kasi link video dgn China Doll tu? Siapa yang sahkan itu memang Anwar?

      Ko tak kasi bukti, links pun tarak, susah pembaca nak caya ko, Mat.

      Apa dia ‘technical proofs’ mengenai perangai jahat Anwar yang ko kata Spore ada tu? Sapa kata "Semua bukti2 ini ada pd DAP"?

      Bila Anwar jadi PM, DAP boleh jadikan dia boneka mereka dgn hanya memicit telurnya? Sapa ckp? Kalo penyokong Anwar ckp telur nya mcm batu, ada duri, berdarah tangan siapa nak picit, apa ko nak kata?

      Aku pun tak caya ko lah pasai ni.

      Delete
    7. Tapi pasai Anwar mengadap Sultan Johor ada kaitan dgn Dr Mahathir tentang Forest City .. aku pun ada sikit curiga motif dia.

      Aku pikior, dia nak coba subvert Tun Mahathir. Kot mintak bantuan sipolan bila dia keriaukan nak jadi PM cepat nanti. Tau lah, ada tit for tit di situ.

      Ko ckp Anwar pembohong pasai janji 16 Sept dulu nak tubuh gomen baru, tak jadi - itu tak betui. Dia tak dapat beli katak lompat. Tak dapat lah tubuh gomen baru.

      Aku tak yakin tuduhan ko Anwar bertindak ikut nafsu sj. Dia mikior. Dalam penjara dia banyak mikior. Tapi sejauh mana dia bela rakyat tak tau le - gamak nya dia dulukan kepentingan nya.

      Aku tak tau berapa kuat semangat Melayu nya .. giatkan Dasar Ekonomi Baru mcm Tokdet buat ke tak. Dan sejauh mana.

      Itu pasai aku mau Tokdet perintah 5 tahun, penuhkan satu tempoh dia perintah. Dah lancar semua apa Tokdet buat, dah nampak kesan, bole le Nuar ambik alih.

      Sapa tak setuju boleh bincang baik2 sini. Mcm aku buat.

      Delete
    8. Cerita meliwat sejak mckk hanye rekaan umno...
      vedeo china doll diterbitkan oleh Rahim tambi chik kerana balas dendam.....umno dan fitnah berpisah tiada
      .

      Delete
  20. Tahniah Sdr LGE...Saya/Rakyat juga tertanya-tanya bilakah bekas MP Titiwangsa Dt.Johari mahu dipanggil beri keterangan? Semasa di Dewan Rakyat, beliau begitu berapi-api berhujah. Apa khabar Pendekar Amin Mulia? Rakyat tidak sabar untuk mengetahui berita terkini mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Tuan......jemaah2 membelit mencekik rakyat tu mesti dibawa ke muka pengadilan.

      Rakyat memerhati !!

      Delete
  21. Tahniah Sdr LGE...Saya/Rakyat juga tertanya-tanya bilakah bekas MP Titiwangsa Dt.Johari mahu dipanggil beri keterangan? Semasa di Dewan Rakyat, beliau begitu berapi-api berhujah. Apa khabar Pendekar Amin Mulia? Rakyat tidak sabar untuk mengetahui berita terkini mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2ekor tu pun tgah tunggu turn je nak kena hempuk..hahahaha

      Delete
  22. Maka terserlah sudah 1mdb oleh kerajaan kleptokrasi dlm segala bentuk klentongan..caj serek mereka kemahkamah..jthkan hukuman yg setimpal..tiada kompromi..
    Tiadalh sedikit kes slewengan penipuan oleh puak hantu saka jembalang puaka kerajaan/umnobn dajjal..
    Gosok sapu cuci basuh sental lap semuanya utk perubahan yg djanjikan supaya mudah terlaksananya Malaysia Baru..
    Pembongkaran kes ini membuat rakyat terlalu marah bang Shah oleh kerna dbohong..ditipu..diklepet wang rakyat..
    Tabik angkat tabik kerajaan baru pimpinan Tun Mahathir teruskan pembersihan tegakan keadilan..
    Tiada sia sia rakyat menyokong PH pd pilihanraya yg lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat marah sebab satu penyelewengan telah berlaku............tapi kerajaan yg lepas kelihatan cuba menutop kerosakan, penipuan dan pecah amanah yg terjadi.

      Persoalan 1MDB cuba sedaya-upaya didiam-bisukan dengan berrbagai cara..........dalam Parlimen pon dengan pantas ia dicantaass.

      Rakyat tak derrrr jalan lain.......sumer jalan ditutop.........maka yg tinggal cuma satu jalan jerrrr......KERTAS UNDI.

      Maka berlakulah Tsunami Rakyat PRU14 pada hari keramat 9hb Mei 2018.

      Delete
    2. Ya bro.
      Tarikh keramat yg menamatkan riwayat parti keramat yg menyusahkan umat,
      Tak akan bangkit lg sampai kiamat,
      Yg tinggal cuma pendedak yg menyangka diri mereka selamat,
      Padahal mereka sendiri akan dipijak lumat.

      Amacam bro? Boleh ganti kejora yg dah pupus tu? Dedak tak ada, terus senyap.

      Delete
  23. penyokong bini najib patut byr htg 1mdb nih.. guna dulu peruntukan bg negeri bn dan pas sehingga langsai hutang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak beg boleh dilelong untuk dapatkan $$$$$......

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...