Wednesday, 30 May 2018

SEBELUM DAN SELEPAS...


Sebelum PRU4, Hadi Awang menggesa pengundi agar menolak DAP yang disifatkannya gagal menjadi kerajaan yang bersih serta kerana pemimpinnya yang bukan muslim serta dianggap anti Islam.
Tidak cukup dengan itu, Hadi juga menyifatkan parti-parti Melayu dalam Pakatan Harapan yang bekerjasama dengan DAP ibarat "lembu kenyang" yang tidak akan berbuat apa-apa untuk mempertahankan Islam.
Tapi selepas PRU14 dan setelah DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan bersama Pakatan Harapan, nada Hadi tiba-tiba berubah.

Beliau kini memuji DAP yang dianggapnya matang berikutan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian umat Islam, malah sedia untuk bekerjasama dengan parti itu jika dihulurkan tangan oleh Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng.
Aikk...cepatnya berubah nada?

Cemburu tengok Mohamad Sabu jadi menteri ke?
Hmmmmm........(ShahbudinHusin 30/05/2018).

94 comments:

  1. Mau tak jealous. Tuan punahsihat ni jangan dibagi muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PERTAHANKAN ISLAM MELAYU SEPERTI DIKEHENDAKI OLEH ISLAM BUKAN SEPERTI DIKEHENDAKI MALAYSIAN MALAYSIA

      Bina negara bangsa, tutup sekolah pelbagai aliran'
      Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir | Diterbitkan 29 Mei 2018, 11:51 pagi | Dikemaskini 29 Mei 2018, 12:04 tengah hari

      A+ A-

      ULASAN | Maka sekiranya tiap daripada kita ikhlas membina negara bangsa, kita wajib mulakan dengan tutup sekolah pelbagai aliran.

      ULASAN | Biro Pendidikan ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) senada dengan Biro Jalur Pribumi ARMADA BERSATU dibawah Exco Saudara Firdaus Azahar menolak sekerasnya tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf 2.0) melalui Ketua Umum Hindraf, P Uthayakumar untuk membuka UiTM kepada tiap warga di Malaysia, ini kerana UiTM masih relevan dalam agenda memperkasa pendidikan Melayu-Bumiputera.

      ARMADA menggesa agar Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tuntutan ini yang terkait dengan hak dan kepentingan orang Melayu. Kerana tuntutan ini merupakan tuntutan yang tidak relevan dalam kancah semasa.

      Benar Malaysia kini menuju ke arah Malaysia baru di bawah kerajaan Pakatan HARAPAN, antara teras utamanya adalah integrasi nasional dalam menuju ‘asimilasi’ setiap kaum dalam suasana rukun dan harmoni. Semestinya ke hadapan mampu menghasilkan tiap warga yang mampu berdaya saing atas semangat dan jiwa Malaysia.

      Pun begitu, isu terkait UiTM adalah merupakan hak eksekutif yang terlalu awal dibincangkan atau dituntut khususnya oleh Hindraf. Dalam fasa peralihan ini, banyak lagi agenda utama yang lebih menguntungkan rakyat sedang dilaksana oleh kerajaan Pakatan HARAPAN. Namun tuntutan Hindraf ini mampu mengganggu keseimbangan dalam agenda yang lebih utama.



      Ini kerana belum masanya UiTM dibuka kepada bukan bumiputera kerana ia satu-satunya institusi yang ditubuhkan untuk memberi pendidikan tinggi kepada orang Melayu dan Bumiputera secara eksklusif sementelah penubuhan UiTM jelas diasaskan kesan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menghapuskan kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat yang membawa kesejahteraan berbilang kaum berpegang kepada konsep negara bangsa seperti yang termaktub dalam perlembagaan, dalam ertikata lain orang Melayu adalah merupakan ‘Tiang Seri’ negara.

      Visi UiTM ialah “menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.”

      Sehingga kini matlamat tersebut belum tercapai, begitu juga sasaran untuk mewujudkan 30 peratus profesional Melayu pada semua peringkat.

      Walaupun diasaskan kesan dari DEB, perkara terkait dengan UiTM sebenarnya adalah sesuatu yang tidak wajar disentuh oleh mana-mana pihak, kerana ianya turut dinaungi perlembagaan yang merupakan teras negara khususnya melalui artikel 153 berkenaan Hak Keistimewaan Orang Melayu.

      Delete
    2. BAGUSLAH SEDAR DIRI TAPI BELUM INSAF DAN BERTAUBAT. KALAU BETUL BERTAUBAT SILA LAKSANAKAN POLITIK ISLAM

      Saya tak cukup mulia untuk Nobel, kata PM
      Kow Gah Chie | Diterbitkan 28 Mei 2018, 5:55 petang | Dikemaskini 28 Mei 2018, 6:37 petang

      A+ A-
      Apakah reaksi Tun Dr Mahathir apabila ada usaha menamakannya sebagai calon untuk Anugeral Nobel?

      Ditanya media pada hujung sidang akhbarnya di Petaling Jaya, perdana menteri itu memberikan jawapan yang ringkas dan spontan.

      "Nobel Prize winner? I am not so noble (Menang anugerah Nobel? Saya tak begitu mulia)," katanya.

      Satu kempen dalam talian dilancarkan pada 26 Mei untuk menamakan perdana menteri ketujuh Malaysia itu sebagai calon anugerah Nobel yang dianggap berprestij di dunia.

      Selepas dimulakan petisyen berkenaan menarik sokongan kira-kira 26,300 penandatangan.

      Petisyen tersebut dikatakan dibuat sebagai usaha untuk mengiktiraf usaha Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia.

      Delete
    3. GS LEBIH PEMURAH DARI PH. PH DILIHAT BEGITU SEMBELIT DALAM MENGHARGAI RAKYAT

      Penjawat awam Kelantan dapat RM500
      MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD 30 MEI 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore507
      Penjawat awam Kelantan dapat RM500
      Ahmad (kiri) diiringi Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima pada Majlis APC di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
      A- A+ (Ubah saiz teks)
      KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

      Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pembayaran bantuan khas kepada kira-kira 9,000 kakitangan dengan peruntukan lebih RM4 juta itu akan dibuat pada 1 Jun ini.


      “Ia (bantuan khas) telah diluluskan dalam mesyuarat exco baru-baru ini. Walaupun nilainya tidak besar namun kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka.

      “Ini (penjawat) termasuk bertaraf kontrak dan sambilan serta kakitangan YIK (Yayasan Islam Kelantan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam peringkat negeri di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

      Delete
    4. APA-APA PUN PERLU BERCERMAT DAN BERHEMAT. PH MENUNJUKKAN SIKAP PANIK DAN TAK TENTU ARAH KERANA TERKEJUT BERUK MENANG. CANTAS SANA CANTAS SINI KERANA TIDAK BIJAK MEMERINTAH

      Umno kecam tindakan kerajaan negeri
      WARTAWAN SINAR HARIAN 30 MEI 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore4.2K
      Mohamed Khaled Nordin
      Mohamed Khaled Nordin
      A- A+ (Ubah saiz teks)
      JOHOR BAHRU - Arahan penamatan perkhidmatan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Negeri Johor melalui surat Menteri Besar bertarikh 28 Mei dan berkuatkuasa esok, memeranjatkan banyak pihak.

      Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bukan sahaja masa yang diberi hanya dua hari, tetapi tindakan tersebut dilihat tergesa-gesa, bermotif dendam dan tidak mempunyai asas atau justifikasi yang jelas dan kukuh.


      “Sekiranya penamatan mengejut dan serta merta semua ketua kampung dan ketua masyarakat tersebut dibuat atas dasar mengurangkan bebanan kewangan kerajaan negeri, seperti yang dilakukan di peringkat kerajaan persekutuan, ia adalah tidak munasabah.

      “Ini kerana Johor adalah negeri yang mempunyai bajet surplus atau lebihan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

      Mohamed Khaled berkata, Kerajaan Johor tidak seharusnya menjadikan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat sebagai entiti politik yang harus dicantas dan dibuang tanpa sebab dan dengan cara tidak bertanggungjawab.

      “Berbeza dengan Jasa atau BTN, Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat adalah mereka yang tidak mempunyai kepentingan politik dan hanya memfokuskan kepada khidmat masyarakat di kawasan tempatan mereka.

      “Tindakan menamatkan perkhidmatan mereka secara serta merta dan mengejut tidak ubah seperti satu cubaan kerajaan negeri untuk menunjuk kuasa kepada pemimpin peringkat rendah masyarakat. Ini adalah satu tindakan yang angkuh dan tidak wajar,” katanya.

      Beliau berkata, penamatan mengejut dan serta merta tersebut dilakukan tanpa melakukan sebarang penilaian yang telus atau semakan prestasi objektif terhadap ketua-ketua kampung dan ketua masyarakat.

      “Perkara ini jelas bermotifkan dendam dan politik. Terutamanya notis penamatan perkhidmatan tersebut disertakan dengan permohonan cadangan bagi pelantikan Ketua Kampung atau Ketua Masyarakat yang baharu.

      “Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri bersikap sangat ‘political’, terburu-buru dan tidak profesional dalam menguruskan pemimpin masyarakat peringkat rendah,” katanya.

      Mohamed Khaled berkata, Umno Johor mengecam tindakan tersebut dan menggesa agar penamatan perkhidmatan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat tersebut disemak semula oleh kerajaan negeri.

      Delete
    5. ADA USAHA DARI PH/BN UNTUK MEMPERKECILKAN PERANAN SULTAN. KES PERLIS DAN KES DI BAWAH SEBAGAI CONTOH. OLEH ITU SOKONGLAH GS

      Jangan mendahului Majlis Raja-Raja
      WARTAWAN SINAR HARIAN 30 MEI 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore2.2K
      Dr Shamrahayu Ab Aziz
      Dr Shamrahayu Ab Aziz
      A- A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR - Rakyat diingatkan tidak terlalu lantang dalam isu tuntutan kemasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk semua kaum, yang dilihat mendahului Majlis Raja-Raja.

      Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, UiTM ditubuhkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai institusi pendidikan yang dirizabkan untuk orang Melayu dan Bumiputera.


      "Jadi kita tidak boleh ‘vocal’ (lantang) sangat dengan isu UiTM. Jangan mendahului Majlis Raja-Raja kerana ia sudah jelas dalam peruntukan undang-undang," ujarnya, semalam.

      Katanya, berdasarkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga rizab kuota kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam tiga perkara iaitu pendidikan, ekonomi dan perjawatan awam.

      “Bagaimanapun, kita tak boleh nafikan hak orang India juga untuk mendapatkan pendidikan. Dalam Perkara 153 juga meletakkan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kepentingan komuniti lain, selain jaga rizab orang Melayu,” nya.

      Katanya, raja-raja dan kerajaan perlu ambil berat soal komuniti lain kerana ia boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam hubungan etnik.

      “Mungkin binalah institusi lain atau polisi lain bagi membolehkan kaum India diberi ruang pendidikan dan ekonomi kerana mereka juga ada hak, tetapi bukan hak untuk menuntut UiTM dibuka kepada mereka,” katanya.

      Delete
    6. MAT SABUT DI KEMENTERIAN PERTAHAN BENANG BASAH

      Mat Sabu ‘tidak salah’ guna pesawat tentera
      FMT Reporters | May 30, 2018
      Kementerian Pertahanan berkata penggunaan pesawat tentera dapat menjimatkan kos pengangkutan berbanding pesawat komersial.
      VIDEO INSIDE

      Kementerian Pertahanan berkata penerbangan itu memberi pendedahan kepada Mat Sabu mengenai keupayaan, prestasi, kredibiliti dan kemampuan pesawat A400M. (Gambar Facebook)

      PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan hari ini menafikan Menterinya, Mohamad Sabu menyalahgunakan aset tentera untuk lawatan ke Butterworth baru-baru ini.

      Kementerian Pertahanan menerusi satu kenyataan berkata penggunaan pesawat tentera A400M dapat menjimatkan kos pengangkutan berbanding menggunakan pesawat komersial dari aspek masa dan kos penerbangan.

      Menurutnya, penggunaan pesawat itu juga memberi pendedahan kepada Mat Sabu mengenai keupayaan, prestasi, kredibiliti dan kemampuan pesawat A400M.

      “Pesawat itu berfungsi sebagai pengangkut pelbagai guna dalam menjalankan pelbagai operasi ketenteraan di samping mengekalkan tahap kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

      Kenyataan dikeluarkan selepas peguam, Abu Backer Sidek Mohamad Zan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mohamad Sabu atau Mat Sabu.



      Kementerian itu berkata pada hari penerbangan pesawat pengangkut TUDM A400M membawa delegasi menteri pertahanan dan pegawai kanan ATM ke Butterworth, penerbangan pesawat tersebut juga digunakan bagi memberi manfaat dan melengkapkan jam penerbangan (flying hours) juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

      “Ini kerana setiap juruterbang perlu melengkapkan jumlah jam penerbangan bagi mengekalkan tahap kompetensi mereka,” katanya.

      Kementerian juga menambah warga TUDM khasnya dan ATM amnya amat terharu dan gembira di atas kesudian menteri pertahanan meluangkan masa menghadiri program-program yang dilaksanakan di peringkat perkhidmatan.

      “Jemputan Mat Sabu dalam majlis buka puasa dan perjumpaan bersama warga TUDM dibuat oleh Jeneral Tan Sri Affendi Buang selaku Panglima Tentera Udara.

      “Majlis itu merupakan program rasmi tahunan TUDM dan adalah perjumpaan pertama anggota TUDM bersama menteri pertahanan.”

      Semalam Backer dilaporkan tidak menentang Mat Sabu menghadiri majlis itu, tetapi menyifatkan penggunaan aset tentera untuk tujuan itu sebagai pembaziran dan tidak perlu kerana mendakwa setiap penerbangan menelan kos “sekurang-kurangnya AS$50,000 (RM199,125)”.

      Sabtu lalu, Mat Sabu terbang ke Butterworth dengan pesawat TUDM Airbus A400M daripada 22 skuadron pada 5.15 petang.

      Beliau ditemani isterinya, Normah Alwi dan pemimpin atasan pasukan tentera untuk menghadiri majlis berbuka puasa dengan warga TUDM di Pangkalan Udara TUDM Butterworth.

      Beliau kemudiannya menghadiri satu lagi majlis berbuka puasa di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor.

      Delete
    7. 13 KERUSI PUN JADI KING MAKER

      PPBM hanya menang 13 kerusi, tetapi Hadi akui Dr M ‘kingmaker’
      FMT Reporters | May 28, 2018
      Presiden PAS itu bagaimanapun berpuas hati kerana parti Islam itu menang di 2 negeri dan masih mempunyai wakil di peringkat pusat.

      Hadi Awang berkata, PAS masih mempunyai kekuatan kerana parti Islam itu mendapat lebih 2 juta undi pada PRU14.

      PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad ialah “kingmaker” sebenar dalam pilihan raya umum lalu, walaupun PPBM yang diketuainya hanya memenangi 13 kerusi Parlimen.

      Presiden PAS itu bagaimanapun berpuas hati kerana parti Islam itu menang di 2 negeri dan masih boleh “bersuara” di peringkat pusat.

      “Kita dapat kembali Kelantan dan Terengganu, dan hampir berjaya di Kedah. Walaupun kita tidak berjaya jadi ‘kingmaker’, Dr Mahathir yang jadi ‘kingmaker’ dengan hanya 13 kerusi.

      “Namun, PAS dapat menghantar suara melalui wakil di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.

      “Di peringkat negeri, kita masih jadi ‘kingmaker’, namun di peringkat pusat, kita sedar dan akur,” katanya dalam wawancara bersama Astro Awani yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.



      Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu, PAS hanya memenangi 18 daripada 158 kerusi Parlimen yang ditandinginya di seluruh negara, berbanding Pakatan Harapan (PH) yang memenangi 121 kerusi Parlimen dan BN (79 kerusi Parlimen).

      Bulan lalu, Hadi dilaporkan berkata, PAS optimis mampu memenangi 40 kerusi Parlimen dalam PRU14 dan memperbaiki pencapaian pada PRU13.

      Katanya, PAS juga akan membuka pintu bergabung dengan mana-mana parti yang sedia memartabatkan Islam dan melaksanakan keadilan untuk rakyat secara keseluruhan.

      “Kita berharap PAS akan menjadi ‘kingmaker’, dihubungi semua pihak yang tubuh kerajaan. Itu minima yang kita nak usahakan daripada 160 kerusi,” kata ahli Parlimen Marang itu.

      Hari ini, Hadi berkata, PAS masih mempunyai kekuatan kerana parti Islam itu mendapat lebih 2 juta undi pada PRU14.

      “Inilah ukuran kekuatan kita yang saya rasakan PAS masih kuat, namun sistem pilihan raya ini masih mengikut sistem British dan tidak mengikut sistem peratus.”

      Katanya, walaupun PH mempunyai majoriti kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan, tetapi undi yang dimenangi wakil rakyat beragama Islam masih rendah.

      “Siapa yang kuasai undi umat Islam, dia yang kuasai negara dan itu yang ada pada Umno dahulu. Sekarang ini sudah berubah.

      “PH tidak dapat kuasai undi umat Islam di dalam negara, dengan hanya mencapai 58 kerusi dan yang bukan Islam capai 66 kerusi,” katanya.

      Bagi Hadi, situasi ini menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dan kerajaan PH bertanggungjawab menyelesaikan kedudukan majoriti umat Islam di negara ini.

      Delete
    8. CUBA TUTUP KILANG ARAK..JUAK-JUAK TOKONG MESTI BISING...MANA NAK CARI MAKAN NAK TANGGUNG ANAK BINI...BLA BLA BLA....WALAU APA PUN KALAU NIAT BAIK BOLEH JE ASALKAN UNTUK MAJUKAN ISLAM BUMIPUTRA

      GLC sarang pencuri, jual semuanya, kata penulis AS
      FMT Reporters | May 28, 2018
      Pemerhati politik berkata penjualan GLC akan menjadi penyelesaian mudah dan murah kepada 'kecamuk GLC Malaysia' yang akan menghalang kegagalan masa depan seperti skandal 1MDB.

      Bakri Musa berkata 1MDB hanya satu gejala bagi masalah yang lebih mendalam. (Gambar youtube)

      PETALING JAYA: Menyifatkan pendedahan pasca pilihan raya mengenai skandal 1MDB sebagai petunjuk kepada masalah lebih besar, pengkritik mengenai Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Dr M Bakri Musa menggesa kerajaan baharu melangkah lebih jauh dengan menghapuskan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

      Pakar bedah yang tinggal di California itu berkata skandal 1MDB hanyalah gejala kepada “masalah yang lebih besar”.

      Beliau membandingkan amalan salah GLC yang menjual aset kepada yang lain dengan harga yang semakin tinggi sebagai “helah yang digunakan bank yang tidak beretika di Iceland” yang membawa kepada kemusnahan ekonomi negara itu pada 2008.

      “Semua kerja yang nampak rasmi dan teratur itu dengan komisen dan yuran profesional yang mahal hanyalah skim untuk mencuri aset GLC tersebut,” katanya.

      Bakri menerusi bukunya, “Liberating the Malay Mind” menawarkan analisis radikal mengenai orang Melayu di bawah Barisan Nasional, berkata GLC mempunyai pengaruh negatif terhadap Bumiputera muda kerana bakat mereka “disia-siakan” oleh syarikat itu dengan “cara bekerja yang buruk”.



      “Tanpa GLC, mereka boleh memulakan perusahaan sendiri dan menjadi Bill Gates atau Jeff Bezos tempatan, atau menyerlah di cawangan IBM dan Morgan Stanley tempatan.

      “Bakri berkata, GLC juga “bukanlah skim yang berperanan merosakkan pegawai tertinggi kerajaan yang tersembunyi, tetapi berkesan.”

      “Jika anda bersikap terlalu kritikal terhadap orang politik atasan, maka anda akan membahayakan peluang menguntungkan selepas persaraan untuk dilantik sebagai pengerusi Petronas, misalnya.

      “Hakikat bahawa daripada 4 Tan Sri yang ‘bersara’ kerana dikaitkan dengan siasatan awal 1MDB, hanya bekas ketua polis negara Tan Sri Khalid (Abu Bakar) yang diketahui dilantik ke jawatan pengerusi GLC. Para birokrat itu faham maksud yg tersirat,” katanya.

      Bakri berkata menjual GLC adalah penyelesaian yang mudah dan murah kepada “kecamuk GLC Malaysia” bagi menghalang berlakunya bencana masa depan seperti skandal 1MDB.

      “Jual semuanya! Letakkan hasilnya dalam dana amanah untuk memberi manfaat kepada Bumiputera.

      “Gabungan model Norway dan Alberta yang pelbagai. Seperti Norway, sebagai individu anda boleh menjadi pelabur pasif dalam tabung amanah. Separuh daripada pendapatan itu dilaburkan semula dalam dana tersebut dan separuh lagi dibelanjakan seperti dilakukan Alberta Heritage Fund untuk meningkatkan kualiti modal insan Bumiputera.”

      Beliau berkata ini termasuklah melengkapkan pendidikan Bumiputera dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM); dan berperanan sebagai sumber modal teroka untuk mengembangkan usahawan Bumiputera; dan memodenkan sektor luar bandar melalui mekanisasi ladang dan kampung.

      “Malaysia tidak sepatutnya berpuas hati dengan langkah semasa yang hanya menghukum individu yang korup dan tidak cekap dalam 1MDB dan GLC lain.

      “Hilangkan punca masalah. Hapuskan GLC. Jual semuanya!” kata beliau.

      Delete
    9. BIASALAH TU PENGAMPU, PEMBODEK DAN PENYOKONG BUTA TULI TENTU RAMAIKAN TERUTAMA BILA DAH MENANG. SKANDAL TOK DIR LAGI BESAR DARI POK JIB..ORANG WARAS TAK BOLEH TERIMA NYEERRR..

      Lebih 50,000 mahu Hadiah Nobel untuk Dr M, tapi kumpulan hak asasi tak setuju
      FMT Reporters | May 28, 2018
      Petisyen merujuk kepada komitmen Dr Mahathir kepada ketelusan, demokrasi dan pemerintahan berdasarkan kedaulatan undang-undang selepas kemenangan pilihan raya lalu.


      PETALING JAYA: Pengundian atas talian seperti sedang bermusim di Malaysia kini, tetapi petisyen terbaru mencalonkan perdana menteri baru, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Hadiah Nobel Keamanan yang tersohor itu, dijangka mengejutkan ramai aktivis berpengalaman yang menuduh beliau melanggar hak asasi manusia sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau 15 tahun lepas.

      Petisyen tersebut mencapai sasaran 50,000 tanda tangan beberapa jam lalu, dan sasaran baru ditetapkan pada angka 75,000 dan dijangka bertambah.

      “Dr Mahathir memberi tumpuan pada kepentingan ketelusan, demokrasi dan pemerintahan berdasarkan undang-undang untuk Malaysia.

      “Hakikat bahawa beliau secara terbuka mengakui kesalahan lampaunya dan meminta maaf atasnya menjadikan beliau seorang “Tokoh Agung” dan pemimpin yang patut dicontohi,” kata petisyen itu.

      Namun begitu, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), antara perintis hak asasi di negara ini, mempersoalkan kelayakan Dr Mahathir untuk hadiah berprestij itu.



      Jurucakapnya, Chew Chuan Yang berkata, kejayaan pilihan raya Dr Mahathir dan perdamaian dengan bekas musuh tidak memadamkan kesalahan lampaunya merosakkan institusi negara sepanjang tempoh 2 dekad pemerintahan beliau.

      “Betul, beliau berjaya mengalahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi itu tidak mengubah fakta beliau merosakkan institusi negara,” katanya kepada FMT, dan menambah Dr Mahathir kini “sedang membaiki sistem yang beliau sendiri rosakkan.”

      “Sekiranya Hadiah Nobel itu mahu diberikan juga, maka ia hendaklah dihadiahkan kepada orang yang berjuang separuh usianya mencabar sebuah kerajaan autokratik.

      “Dalam hal ini, ketua umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berkelayakan sebagai simbol gerakan reformasi yang dimulakannya dulu,” kata beliau.

      Lawyers for Liberty enggan memberi apa-apa komen.

      Dr Mahathir, 93, memimpin kemaraan PH dalam pilihan raya lepas, yang menamatkan pemerintahan lebih 60 tahun Barisan Nasional.

      Beberapa hari sebelum ini, penyokong PH menewaskan bantahan atas talian terhadap pelantikan seorang bekas pensyarah sebagai menteri pendidikan, apabila petisyen lain di laman change.org yang menyokong Maszlee Malik mendapat lebih 170,000 tanda tangan.

      Petisyen terbaru ini antara lain dilancarkan sebagai tanda penghormatan atas “kesungguhan Dr Mahathir kembali ke arena politik pada usia 93 tahun.”

      “Beliau membelakangkan prejudis politiknya sendiri dan sanggup berdiri bahu ke bahu dengan parti politik pembangkang serta pemimpin seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan lain-lain bagi menyelamatkan negara kita. Tun Dr Mahathir memberi tumpuan kepada kepentingan ketelusan, demokrasi dan pemerintahan berdasarkan undang-undang untuk Malaysia,” tambah petisyen itu.

      Setakat jam 11.30 malam ini, lebih 65,000 orang menandatangani petisyen tersebut.

      Delete
    10. KENAPA TAK SURUH TUTUP KILANG ARAK DAN JUDI GENTING...NAMPAK SANGAT JAHIL AGAMA...

      Tutup BTN sekarang, kata Nik Nazmi
      FMT Reporters | May 27, 2018
      Ketua Pemuda PKR berkata Biro Tata Negara 'beroperasi dalam kerangka Perang Dingin', sedangkan generasi muda sudah bergerak ke depan dan lebih yakin dengan masa depan negara.


      PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengambil langkah segera menutup Biro Tata Negara (BTN) yang dikritik hebat, kata Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

      Nik Nazmi menyifatkan biro itu hari ini sebagai “sangat memihak dan bersifat toksik terhadap perpaduan sejati negara” dan masih beroperasi dalam “kerangka Perang Dingin” sedangkan dunia sudah berubah.

      “Masanya telah tiba untuk menutup BTN,” kata beliau hari ini.



      Ahli Parlimen Setiawangsa itu sendiri mendapati aktiviti BTN padat dengan rasisme dan politik.

      Sebagai pelajar, beliau pernah mengikuti kem BTN dan melihat bagaimana peserta berbangsa Melayu diapi-apikan supaya membenci rakyat berketurunan dan beragama lain. Selain itu, parti pembangkang juga diserang dan parti kerajaan diagung-agungkan.

      “Ada terlampau banyak laporan tentang retorik sedemikian digunakan dalam acara BTN untuk menganggap ia merupakan kejadian terpencil,” katanya.

      Beliau tidak percaya nada kandungan program BN sudah berubah. Pada 2015, BTN berdepan kontroversi selepas didedahkan kepada umum tentang slaid yang digunakan oleh biro itu dalam programnya yang antara lain mendakwa muzik indie ancaman kepada negara.

      Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad sebelum ini memaklumkan penutupan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang dikritik sebagai unit propaganda Umno. Majlis Profesor Negara juga ditutup.

      Dua minggu lepas, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, Pakatan Harapan akan mengkaji sama ada BTN dan badan kerajaan lain yang digunakan untuk tujuan politik boleh diubah suai sebelum keputusan penutupan dibuat.

      Nik Nazmi berkata terdapat cara lain lebih baik dan berkesan untuk memupuk patriotisme, termasuk dalam kalangan generasi muda.

      “Kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya lepas lebih berjaya menjadikan orang muda lebih berkeyakinan dan optimis tentang masa depan, selain sedia berkhidmat kepada negara berbanding apa yang pernah dibuat oleh BTN,” katanya.

      Delete
    11. malaysia lebih makmur tanpa pemimpin mcm hadi awang
      dia ni berdolak dalik.

      Delete
    12. DARI SEGI PRESTASI RINGGIT NAJIB JAUH MENGATASI MAHATHIR. ZAMAN MAHATHIR 1.0 JATUH 52% (RM2.50 JATUH RM3.80) SEDANGKAN NAJIB JATUH HANYA 2%. OLEH ITULAH MAHATHIR KELIHATAN CIRIT BIRIT DAN SEMBELIT MEMANDANGKAN MASA SILAMNYA YANG SURAM DAN KELAM

      Guan Eng terlebih lajak, gopoh tentang hutang, kata Kadir Jasin
      FMT Reporters | May 27, 2018
      Bekas pengarang itu berkata menteri kewangan terlalu ghairah untuk membuktikan Najib salah berhubung angka hutang dan liabiliti kerajaan.

      Lim terlalu teruja tentang hutang negara, kata Kadir Jasin.

      PETALING JAYA: Bekas pengarang terkenal, Datuk A Kadir Jasin menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sudah melalui ujian getir selepas pendedahan terbaru beliau berhubung jumlah penuh hutang dan liabiliti kerajaan.

      Ramai berpendapat Lim terlebih lajak dan terlampau gopoh berhubung pendedahan angka itu, pendapat yang disetujui oleh Kadir.

      Komen beliau dibuat sehari selepas Lim berdepan kritikan antarabangsa dan domestik dan respons sinis daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mengucapkan “tahniah” kepada beliau kerana menakutkan pasaran kewangan dan saham.

      Dalam kenyataan Twitter malam tadi, Najib secara sinis menyebut tentang pemulihan luar biasa ekonomi negara daripada hampir musnah semasa kempen pilihan raya kepada berkeadaan baik beberapa hari selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

      Semalam, Kadir di blognya berkata, Lim “terlalu memainkan isu hutang negara”, walaupun jika kerajaan baru Pakatan Harapan mendapati “kerajaan lepas berbohong tentang kewangan kita.”


      Katanya, Najib, yang juga merupakan menteri kewangan, sebelum ini hanya mendedahkan hutang rasmi kerajaan tetapi tidak bercakap tentang hutang dan liabiliti agensi kerajaan yang dijamin oleh kerajaan pusat.

      Apabila kedua-dua angka itu dicampur, jumlahnya lebih besar dan disitulah silap Lim, kata Kadir.

      “Beliau terlalu teruja ketika menjumpai angka yang membuktikan PH memang betul selama ini, tetapi beliau terlupa akan implikasi pendedahannya itu.”

      Kadir mengingatkan menteri dan pegawai mereka supaya lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan kepada media.

      “Kelebihan politik tidak sama dengan kelebihan ekonomi. Apa yang baik untuk politik tidak semestinya baik untuk ekonomi dan pasaran,” katanya.

      Pemimpin PH perlu berfikir dengan cermat apabila menjalankan agenda reformasi mereka.

      “Kita tidak perlu mensensasikan atau menjerit lagi kerana kita kerajaan sekarang. Memang kita perlu hukum pesalah kerajaan lepas tetapi mestilah mengikut undang-undang,” katanya.

      Malam semalam, Najib menempelak Lim dan PH, lanjutan komennya pada Khamis yang menyindir Lim kerana menakutkan pasaran.

      Najib membandingkan retorik kempen pilihan raya pemimpin PH tentang ekonomi negara menuju kemusnahan dengan kenyataan terbaru mereka bahawa ekonomi berada dalam keadaan kuat dan kukuh.

      Secara sinis beliau mengucapkan tahniah kepada PH kerana memulihkan ekonomi hanya beberapa hari selepas berkuasa.

      Delete
    13. PAN SIBUK KIPAS TOKONG MANA SEMPAT NAK PEDULI PASAL ARAK....MINUMAN KEGEMARAN TOKONG...

      Amanah: NGO tak perlu serbu kedai serbaneka jual arak
      Khairil Ashraf | May 27, 2018
      Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Alwi berkata tindakan harus melalui PBT atau rundingan dengan pengurusan kedai.

      Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi. (Gambar Facebook)

      PETALING JAYA: Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi berkata badan bukan kerajaan tidak perlu menyerbu kedai serbaneka menjual arak kerana tindakan harus melalui pihak berkuasa atau berunding dengan pengurusan kedai.

      Adun Manjoi berkata dari segi undang-undang NGO yang dikenali sebagai Jabat itu tidak mematuhi undang-undang kerana penyerbuan hanya boleh dilakukan oleh pihak berkuasa.

      “Mereka juga terdedah kepada (dakwaan melakukan) pencerobohan sekiranya pengurusan (kedai) itu membuat laporan (polis). Dia akan mengundang ‘benda’ yang tak baik,” katanya.

      Beliau juga berkata Jabat boleh juga berunding dengan pihak pengurusan untuk mencari penyelesaian yang baik.

      “Minta mereka secara baik mengeluarkan (botol dan tin arak) atau tidak menjual minuman tersebut,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

      Asmuni mengulas tindakan Jabat memaksa sebuah kedai serbaneka di Manjoi, Perak mengosongkan peti ais berisi arak dan kemudiannya membuat laporan polis. Ia kemudiannya mengisytiharkan berjaya membanteras penjualan arak.


      Asmuni menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menjaga sensitiviti sebelum memberikan lesen menjual minuman keras.

      “Mereka (kedai) menjual (arak) sebab dapat lesen daripada PBT. Tetapi dalam masa sama sensitiviti perlu ada pada pihak PBT.

      “Ketika nak keluarkan lesen itu kena lihat, jangan keluarkan lesen secara pukal, secara borong. Kena tengok di mana dia nak keluarkan.

      “Contoh yang paling elok sekali daging lembu boleh dijual di mana-mana tapi adalah tidak bijak jika dikeluarkan lesen jual lembu di kawasan Buntung di mana penduduknya ramai yang beragama Hindu. Jadi isu yang sensitif nanti di situ,” katanya.

      Asmuni berkata dia akan melawat kedai serbaneka berkenaan hari ini.

      “Saya nak bincang dengan pengurusan (kedai) di sana supaya mengambil (kira) sensitiviti penduduk setempat,” katanya.

      Sebelum ini tular di laman Facebook rakaman video menunjukkan sekumpulan pemuda mengelilingi seorang pekerja kedai yang sedang mengosongkan sebuah peti sejuk berisi arak.

      Kumpulan itu dirakam berkata, mereka membuat keputusan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana mahu ikut “cara undang-undang” dan berharap kedai serbaneka seluruh Malaysia prihatin dengan isu tersebut.

      “Bukan kita mahu pecahkan apa ke,” kata seorang pemuda. “Kalau tak mahu juga, kena pecahlah. Kita cakap elok-elok pun tak mahu dengar,” kata seorang lagi dalam video itu.

      Dalam video lain pula, kumpulan itu dirakam berada di Balai Polis Manjoi selepas membuat laporan.

      Jurucakap kumpulan itu mengisytiharkan mereka berjaya menghapuskan atau mencegah penjualan arak di kedai serbaneka di Manjoi “yang majoritinya orang Islam dan orang Melayu”.

      Delete
    14. BUKTI NAJIB TINGGALKAN TAMPUK MALAYSIA DALAM KEADAAN EKONOMI STABIL

      Fakta tentang hutang Malaysia
      Robin Augustin | May 26, 2018
      Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi menjelaskan bila kita perlu berasa bimbang, dan bila pula sebaliknya.

      CEO Ideas, Ali Salman berkata tidak perlu panik selagi kerajaan mempunyai rancangan pembayaran balik hutang dan boleh mematuhi jadualnya. (Gambar Facebook)

      PETALING JAYA: Kini selepas hutang RM1 trilion Malaysia diketahui semua, adakah anda salah seorang yang berasa bimbang negara menuju kehancuran?

      Selagi kerajaan mempunyai rancangan pembayaran balik hutang tersebut dan mematuhi jadualnya, anda tidak perlu panik, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Ali Salman.

      Angka RM1 trilion itu disebut oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Isnin lepas dalam perhimpunan kakitangan Jabatan Perdana Menteri.

      Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memperincikan angka tersebut selepas itu.

      Lim berkata, hutang rasmi kerajaan persekutuan berjumlah RM686.8 bilion (50.8% Keluaran Dalam Negara Kasar), komitmen jaminan kerajaan berjumlah RM199.1 bilion (14.6% KDNK) dan komitmen bayaran pajakan bagi projek awam-swasta sebanyak RM201.4 bilion (14.9% KDNK).

      Baru-baru ini FMT meminta Ali menjelaskan beberapa isu berkaitan hutang kerajaan itu dalam bahasa mudah.

      “Hutang sesebuah negara berlaku apabila kerajaan membuat pinjaman bagi membiayai projek atau perjalanan operasinya. Wang dipinjam daripada negara lain atau institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

      “Sesetengah kerajaan melihat liabiliti sebagai hutang,” katanya.



      FMT: Bila kita perlu bimbang tentang hutang?

      Ali: Dari sudut teknikalnya, jumlah hutang tidak terlalu penting. Lebih penting ialah pelan pembayaran hutang kerajaan dan sama ada ia mampu mematuhi pelan itu.

      Berhutang bukanlah sentiasa buruk. Isunya ialah sama ada hutang itu produktif.

      Hutang dianggap produktif jika katakan anda meminjam sebanyak RM30 bilion dengan tempoh bayaran balik selama 20 tahun untuk membina projek infrastruktur yang membolehkan anda mendapat kembali jumlah itu dalam tempoh tersebut.

      Tetapi jika pinjaman itu digunakan bagi membayar kos operasi kerajaan atau digunakan untuk membina projek gajah putih, maka ia tidak produktif.

      FMT: Mampukah Malaysia membayar hutangnya?

      Ali: Ya. Keadaannya terurus. Salah satu petunjuk penting kemampuan sesebuah negara untuk membayar hutang ialah jumlah wang yang diperuntukkan untuk tujuan itu dalam belanjawan tahunannya.

      Bagi Belanjawan 2018, jumlah ini ialah sebanyak 11% dan ia sangat mencukupi. Berdasarkan piawaian Bank Dunia, keadaan menjadi membimbangkan sekiranya 30% daripada belanjawan diperuntukkan untuk tujuan pembayaran balik hutang.

      Dari sudut hutang itu sendiri, tidak perlu panik. Apa yang membimbangkan ialah dakwaan institusi seperti 1MDB, Danainfra Nasional Bhd, Prasarana Malaysia Bhd, Malaysia Rail-Link Sdn Bhd dan Govco Holdings Bhd perlu diselamatkan oleh Kementerian Kewangan.

      Melainkan 1MDB, semua syarikat lain terlibat dengan projek pengangkutan dan infrastruktur. Terdapat tanda yang menunjukkan pinjaman untuk entiti-entiti ini tidak produktif, dan ia tidak dapat menjana cukup pendapatan untuk membayar hutang.

      Ini boleh menyebabkan peningkatkan harga bagi memenuhi keperluan membayar hutang. Ia juga boleh mengakibatkan penggunaan hasil cukai untuk tujuan pembayaran balik, seperti yang dilakukan oleh kerajaan dulu.

      FMT: Adakah hutang kita memberi kesan ke atas perkadaran kredit?

      Ali: Tidak. Perkadaran kredit kita hanya terganggu sekiranya kerajaan atau agensinya gagal membayar balik hutang.

      FMT: Apakah hutang kerajaan sebelum ini produktif?

      Delete
    15. MAT SABUN BARU BERAPA HARI DAH KENA CHECK MATE...KALAU PH TAK AMBIL TINDAKAN TANDANYA CORRUPT....SOKONG GS

      Peguam lapor SPRM dakwa Mat Sabu ‘salah guna’ pesawat tentera
      Predeep Nambiar | May 28, 2018
      Abu Backer Sidek Mohamad Zan mendakwa penerbangan Mat Sabu ke Pangkalan Udara TUDM di Butterworth dengan pesawat tentera menelan belanja RM199,125.

      Abu Backer Sidek Mohamad Zan di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas membuat laporan ke atas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

      GEORGE TOWN: Seorang peguam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyalahgunakan aset tentera untuk lawatan ke Butterworth baru-baru ini.

      Abu Backer Sidek Mohamad Zan berkata, presiden Amanah yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu diterbangkan ke Pulau Pinang untuk menghadiri majlis berbuka puasa di pangkalan Tentera Utara Diraja Malaysia (TUDM) di sana, sebelum ke Tasek Gelugor, kampung halamannya yang terletak berdekatan untuk satu majlis lain.

      Backer tidak menentang Mat Sabu menghadiri majlis itu, tetapi menyifatkan penggunaan aset tentera untuk tujuan itu sebagai pembaziran dan tidak perlu kerana mendakwa setiap penerbangan menelan kos “sekurang-kurangnya AS$50,000 (RM199,125)”.

      Sabtu lalu, Mat Sabu terbang ke Butterworth dengan pesawat TUDM Airbus A400M daripada 22 skuadron pada 5.15 petang.

      Beliau ditemani isterinya, Normah Alwi dan pemimpin atasan pasukan tentera untuk menghadiri majlis berbuka puasa dengan warga TUDM di Pangkalan Udara TUDM Butterworth.



      Beliau kemudiannya menghadiri satu lagi majlis berbuka puasa di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor.

      Backer mendakwa TUDM menganjurkan majlis berbuka puasa itu mewajarkan penerbangan berkenaan.

      “Ia sekadar satu alasan. Saya rasa ia terlalu mahal. Jika anda mahu terbang ke Pulau Pinang, anda tidak perlu membelanjakan AS$50,000. Anda boleh menaiki pesawat komersial, kelas pertama atau perniagaan.

      “Lebih baik jika anda memandu ke sana dengan pengiring tentera. Kita ada hutang RM1 trilion, kenapa kita perlu membebankan negara lagi?” katanya kepada FMT.

      Ditanya bagaimana beliau mendapat tahu mengenai kos AS$50,000 itu, katanya, ia diperolehi daripada “pemberi maklumat” dan mereka dalam industri pesawat, yang mengambil kira kos bahan api dan operasi di darat.

      Backer membuat laporan di ibu pejabat SPRM Di Putrajaya pagi tadi, menggesa agensi anti-rasuah itu menyiasat kemungkinan penyalahgunaan aset tentera untuk lawatan berkenaan.

      Dalam laporannya, beliau berkata, ketua setiausaha Kementerian Pertahanan dan juga ketua pasukan tentera serta TUDM juga perlu disiasat.

      Beliau turut menggesa SPRM menyiasat bekas menteri pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwanya bersalah seperti Mat Sabu kerana membuat lawatan sedemikian ketika memegang jawatan itu.

      Beliau mendakwa penerbangan ke Butterworth dengan pesawat tentera mungkin satu bentuk “ampu” oleh jeneral untuk melanjutkan kontrak mereka yang hampir bersara.

      “Untuk Mat Sabu pula, saya pasti anda amat teringin menaiki pesawat (tentera). Tetapi, biarlah untuk alasan rasmi, bukan balik kampung.”

      FMT masih menunggu jawapan Mat Sabu dan Hishammuddin.


      Delete
    16. Tuan Budin cencor saja komen lebaiular Paspispussy ni. Habi Pong pang 2 kalah PRU14. Jadi king pantat boleh lah. Banggang dan Auta betul komen dia. Sama saja dengan pendedak umngok. PTUUIII....

      Delete
    17. Ini semua haram jadah,hadi,
      -Ini ular tersepit
      -ini bala
      -ini lalang
      -ini org konon suci
      -ini putar belit
      -ini ini ini thuiiii
      -

      Delete
    18. Aikk!!? Geng Najib sudah jadi lebai pulak ke? Adoii mcm2.. Sanggup buat apa saje asalkan dpt puaskan hati. Aku cuma nak tanya jek.. Apa sumbangan ko agama, bangsa dan negara? Org2 yg ko maki tu besar sumbangan dia dan di akui di peringkat antarabangsa.. Ko? Umpama anjing menyalak bukit. Tekak sakit bukit x terkesan apa2 pun. Sudah2 la tu.. Lebih baik ko ikut jemaah tabligh ada gak pahalanya. Cukup la berpolitik caci maki ni. Dosa kita dgn Allah boleh kita minta ampun. Dosa dgn manusia ni nak kena cari minta maaf.. Istifar la banyak2 supaya hati x terus hitam. Oh ya! Maaf la kalau terasa hati. Cuma harap bersederhana bila berbicara. Rapat dan luruskan saf.

      Delete
    19. hadi awang ni opportunis campur lalok.

      Delete
  2. DI TANGAN HADI ADA PELBAGAI BENDA:

    1. Penentu syurga dan neraka;
    2. Penentu kematangan dan ketidakmatangan
    3. Penentu halal dan haram

    HMMM...

    ReplyDelete
  3. Hadi...kalau jadi menteri..jahanam m'sia

    ReplyDelete
  4. Hadi dah tahu kerajaan pas tak mampu jana ekonomi...kerajaan.pas bergantung kpd sumber kerajaan pusat untuk bayar gaji.....jadi kena jilat lge laah menteri kewangan...

    Lobai pembelit...

    ReplyDelete
  5. Ularmak yang memfikirkan hal dunia bukan alam akhirat!! Inilah muka ularmak akhir zaman yang menyerupai manusia.

    ReplyDelete
  6. Puak lobai yg perkudakan islam untuk kepentingan diri..

    ReplyDelete
  7. Tapi penyokong pas tetap bodooh kena tipu dgn lobai pas..

    ReplyDelete
  8. cif jebon dah jadi menteri. pergi ofis ada driver datang ambil dgn limo; ada pengiring, pengawal, outrider.

    kalau cif jebon lalu, cif lobai pun kena ke tepi. hahahhaaaa...

    lobai meleleh air lior kempunan tak dapat jadi menteri. itulah ganjaran bila beriman pd pok jib - penyamun tersohor dunia masa kini.

    ini nak buat baik pulak dgn org yg dikapir harbikan dan dituduh nak kristiankan umat!!! mana pergi harga diri? muka tak malu!

    aku harap pemimpin PH tolak semua darjah kebesaran dari dari sultan2 atau pulangkan balik sbg soldiariti dgn Tun, Anwar, Husam, W Rahim yg ditarik balik gelaran mrk.

    SAUDARA LGE yg tak ada gelaran pun mentadbir negeri jauh lebih baik dr lobai2 yg ada gelaran.

    ReplyDelete
  9. Ini lah Nasib Lobai Malang kempunan jawatan menteri. Yang disokong dan yg menyokong, dua-dua rebah. Hehehekikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete
  10. Berkhidmatlah dengan jujur dan ikhlas ..... wahai YB2 semua.....

    ReplyDelete
  11. Saya percaya bahawa kemenangan PAS di Kelantan dan Terengganu pada kali ini mempunyai 1001 hikmah untuk menunjukkan siapakah PAS yang sebenar kepada para penyokong mereka yang berterusan taksub dan benar-benar percaya PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS.

    Malah kemampuan PAS memenangi jumlah kerusi parlimen yang agak signifikan untuk membolehkannya bersekutu dgn UmNo dan menyebabkan suasana kacau bilau adalah juga sebahagian daripada rancangan Allah.

    Petanda paling besar ialah baiah laknat yang dibuat secara terbuka oleh calon-calon YB PAS untuk kekal bersama PAS selepas menjadi wakil rakyat.

    Di atas baiah tersebut PAS tidak boleh bersekutu dengan parti mana pun atau mereka akan membuka pintu laknat ke atas diri mereka sedang mereka tidak sedar.

    Segala petunjuk benar-benar menunjukkan bahawa kita benar-benar sedang menuju ke kilmaks zaman fitnah.

    Kebathilan itu pasti dilenyapkan bagi memberi laluan kepada zaman khilafah manhaj Rasulullah yang due datenya jatuh pada tahun 2018.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  12. Amanah parti nyamok katanya. Nyamok pon kalau kene gigit boleh kojol jugak dibuatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat bro... Ada Firaun pun tumpas dek nyamuk ni....

      Delete
    2. Bukan Firaun ,yg mati kena nyamuk ITU namrud......

      Delete
  13. hadi perlukan rawatan lanjut dan ubat penenang.

    ReplyDelete
  14. Of course lah Hj hadi U-turn dan berlakon baik dgn PH dan DAP. hj Hadi sedar slps PRU14, PAS sudah tak relevan lagi. Undi anak2 muda dan non muslim semuanya berpihak kpd PH dan PAS sedar tanpa undi anak2 muda dan non muslim, PAS mustahil dapat menjadi kjaan pusat walaupun lebai2 PAS sungguh2 mengaku yang malaikat dok turun mengundi PAS. Masa depan PAS tanpa sokongan anak2 muda dan non muslim adalah gelap seperti gelapnya masa depan UMNO. As I have said before, sudah sampai masanya UMNO dan PAS ni dikuburkan. Politik perkauman dan politik adu domba agama sudah ditolak rakyat. Pasca PRU 14 adalah lanskap politik yang tak memerlukan PAS terutamanya orang2 seperti Hj Hadi. Hj Hadi sedar akan hal ini dan itu sebabnya dia terhegeh2 dan dengan muka tak tahu malu datang nak cium tangan Tun dan LGE. Skrg ni PH dan Dap dah jadi suci dimata Hj Hadi sedangkan sebulan dulu, DAP dan PH lah "musuh umat islam". Itu lah wajah hipokrit sebenar Hj hadi dan PAS pimpinannya. PH can have some kind of relationship with PAS on a "pandang sebelah mata je" basis but totally should reject any contact, acknowledgement and respect in relation to hj hadi. PH should not engage in any personal contact with hadi. leave him alone because he is inconsequential to the politic of today. Treat him as PH treat any persona non grata. Without any publicity and acknowledgement from PH, Hj Hadi will disappear silently and peacefully. Then a new dawn of politic will arrive in Malaysia. can't wait for that to happen.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  15. kita alu2kan kalau pas mahu bkerjasama dgn krajaan PH pusat ttp kena tapis bersih drpd terima wang 1mdb.
    Mana2 pemimpin pas yg bersih tak mkn duit dari umno baru boleh kita jalinkan kerjasama

    ReplyDelete
  16. kini dap adalah suci dan tidak berhadas besar lagi. dap kini sudah mualaf. dap juga tidak lagi makan babi tetapi telah bertukar ke menu unta perap dgn nasi arab.

    mungkin najib yg dh tk berkuasa sekarang ini yg harbi bagi pas. yelah punya la kejam najib tu, sampaikan dia sgt marah polis ambik coklat2 kt rumah dia.

    polis2 tu tktau ke coklat2 tu bukan sembarangan, tu coklat power perkasa arjuna malam. mana nk cari supply lagi lps tkde kuasa ni.

    kita tk boleh lah bantah hj hadi, mungkin semua petunjuk tu dpt dari mimpi. dulu mimpi najib, sekarang mimpi LGE turun dr langit dgn jubah dan serban putih membawa karung berharga.

    itu lah kisah takiyyah mimpi.

    tun m and geng mana nk dapat mimpi, asyik kerja je siang mlm untuk Negara.

    hj hadi nik amar byk dpt mimpi termasuk disiang hari.

    ReplyDelete
  17. Kiri,kanan,mana nak ikut
    Dua negeri kita dah angkut
    Nak join Pakatan,nak share biskut
    Tapi DAP aku pun takut..!

    Apa lagi boleh ku buat
    Nampak gayanya Pakatan dah kuat
    Menyesal aku dulu kekwat
    DAP merajuk,dah kering dakwat!

    Cubalah puji kok boleh makan
    Berbaik semula aku alukan
    Lupakan aje,kita kan rakan
    Kelantan,Trengganu janganlah tekan!

    Nak masuk Bersatu,Mahathir dah marah
    RCI Memali,aku pun parah
    Pakatan menang,ku hilang arah
    Pada Pakatan,aku menyerah!

    Nak harap Bijan,kirim salam
    Join dia,aku ke dalam
    Buat derk aje, ku muka talam
    Biar dia mengigau,siang dan malam!

    Hello kawan,you're my friend?
    Maafkan kami,please comprehend
    I want to give you a helping hand
    Boleh ke Timbalan,Ministry of Finance?











    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik bro fan tun..

      Mungkin agaknya ini jawapan Guan Eng
      Sori kawan kita tak boleh 'saing'
      U cakap dulu lain, sekarang lain, selalu pusing
      Rakyat malaysia tengok, diaorang pun banyak pening..

      Kalau saya mahu kawan sama u pun tak boleh jugak
      Dulu u sokong bijan sama kita banyak berlagak
      Kita punya bos u suruh klinik bukak
      Tapi salah u juga, dulu dia ajak u join, u yang tak hendak..

      Sekarang Pakatan Harapan sudah menang
      Harap tok guru jangan jadi lalang
      Istiqamah perjuangan pas sebagai pembangkang
      Jangan cakap bolak balik, awak tu tok guru, malu kat orang!..







      Delete
    2. Tahniah Fan Tun, sentiasa bagi aku senyum...

      Delete
  18. lebai tigasuku ni masih ada lagi.....pakar menjilat. hadi pun dah uturn, pak lebai bila nak jilat balik???

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tk ke mana2 tu..lebai ada kt kelantan..kekadang turun jap ke pahang

      Delete
  19. Tajam! Bro Perak Man, ada tergigit
    Sekarang Pak Lebai dah sedar sikit
    Dulu Pakatan dia dah sungkit
    Memang Pak Lobai cari penyakit!

    Sana tidak,sini pun tidak
    Berfikir sorang jadi keladak
    Nak berkawan,tak siapa hendak
    Nasib jugak tak ikut Badak!

    Sekarang masanya Pak Lebai jujur
    90 juta ada ke kapur?
    Cakap benar jika terlanjur
    AmeNo bagi ke belanja dapur?

    ReplyDelete
  20. Hadi gamak nya sedang mikirkan kes RM90 juta dia di London tuh boleh menang ke tak.

    Clare Rewcastle Brown Sarawak Report dah bebas masuk Semenanjong sekang. Kot dia usaha dapatkan saksi2 lain.

    Kalo Hadi kalah, malu besar, mana nak letak muka.

    Roman General, bila kalah, "fall on his sword". Bunuh diri.

    Pengurus Bank Jepun, bila rugikan bank beratus dollar, baring atas rel sebelom keretapi sampai. Bunuh diri.

    Samurai Jeoun, bila malu, ambik pisau, boraikan perut dia. Hara kiri.

    Hadi kuat agama, tak akan hara kiri. Dia pergi ke sudut sunyi, jadi katak puru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cash is king dah tak ada kuasa. hadi mesti pening siapa yang akan bayar yuran guaman peguam termahal diLondon.

      dalam kenyataan kepada mahkamah, kos ditanggung oleh 'wealthy pas members - ahli-ahli pas yang kayaraya'.

      hadi mesti terbayang polis datang geledah rumah dia bila siasatan 1MDB sampai kepada wang RM200juta yang diterima oleh ahli pas si nasha.

      Delete
  21. 90 juta...ishh takut nk memikiorkannya yeop..

    ReplyDelete
  22. dah smpai masa lebai kulup hadi ni letak jawatan.. cakap pn dh mula merapu, idea kosong, usaha tarak..

    ReplyDelete
  23. BATAL HSR: LAGI BUKTI KEENGKARAN DAPigs TERHADAP TUN M???
    POSTED BY SEMUT HITAM ON RABU, MEI 30, 2018 WITH NO COMMENTS SO FAR


    Kebodohan apakah yang hendak dibentangkan rakyat? Wayang apa lagi nak mereka pertontonkan kepada masyarakat secara umum dalam keadaan yang bercelaru tanpa arah tujuan ini?


    Nampak gayanya, drama Politik Longkang yang dimainkan oleh Rejim Pakatan Haprak itu semakin bertambah menarik. Percanggahan demi percanggahan dapat dilihat muncul dengan jelas.


    Jika sebelum ini, percanggahan itu dapat dilihat apabila Menteri DAPigs yang dilantik Rejim Pakatan itu sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri.


    Menteri Kewangan bercanggah angka hutang Negara. Manakala Menteri Penerangan pula bercanggah pendapat berhubung status Akta Anti Berita Palsu. Sekarang cerita pasal HSR pulak.


    Cuma kali ini, percanggahan itu berlaku tidak sampai sehari. Pagi Perdana Menteri kata keputusan untuk membatalkan projek HSR itu adalah muktamad. Petang Menteri pula menafikannya.


    Malah penafian yang dibuat oleh Menteri itu juga turut mendapat kecaman dari pemimpin Singapura yang mengancam akan mengambil tindakan terhadap Rejim Pakatan yang baru itu.


    IRONIKnya, dalam keadaan Negara yang didakwa berhutang sebanyak RM 1 Trillion tu pun puak Rejim Pakatan Haprak tu masih ada hati nak membatalkan projek HSR itu dan membayar pampasan sebanyak RM 500 juta? Yang ini cerdik datang dari celah mana pulak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiii bahalol......Tun M dah bermesyuarat dengan sumer menteri2 kabinet dan mereka sebulat suara setuju HSR bapaaak luuu dibatalkan.

      Kos projek HSR ialah 110 bilion........tu belom masok kos penyelenggaraan, penggajian pekerja dan lain2 bila siap nanti.

      Jadi......dari rugi 110 bilion.......lebih baik rugi 500 milion.......bakinya 500 milion tu boleh buat bermacam2 benda2 yg lebih perlu untuk rakyat.

      Weiii samdol.......kan ke baru ni ditemukan cash yg berrrmilion2 dan jongkong2 emas dalam bagasi.........jadi apa kata ko mintak dari tuan punya bagasi tu sponsor projek HSR tu.

      Mudah-mudahan dengan sponsor tu tuan bagasi akan dapat pahala yg besar.........mana tau dimurahkan rezeki esok2 dapat lagi banyak derma.........tapi kali ni mungkin 6.2b pulaaakkkk......

      Delete
  24. MALUKAN PM PUNCA GUAN ENG DIKECAM???
    POSTED BY SEMUT HITAM ON RABU, MEI 30, 2018 WITH NO COMMENTS SO FAR

    Terasa hairan juga apabila Ketua Komunikasi Majlis Punahsihat Rejim Pakatan Haprak tu menyerang Menteri Kewangan yang sarat dengan skandal penyelewengan rasuah ini secara terbuka.


    Kenapa Lim Guan Eng itu diserang oleh salah seorang Punahsihat lantikan Perdana Menteri itu dengan labelkan sedemikian rupa? Adakah kerana tindakan Guan Eng telah memalukan PM?


    Jika sebelum ini, salah seorang Punahsihat Rejim Pakatan itu tampil membuat kenyataan bahawa ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang kukuh. Tetapi kemudian Punahsihat itu pun hilang.


    Kenyataan itu disusuli dengan pendedahan kononnya hutang yang ditanggung Negara pada ketika ini adalah sebanyak RM 1 Trillion menurut apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.


    Tetapi kemudian, Guan Eng tampil dan mendakwa hutang Negara hanya sebanyak RM 686.8 billion sahaja. Kurang RM 400 billion dari apa yang didakwa oleh Perdana Menteri itu sendiri.


    Perbedaan kedua - dua kenyataan itu secara umumnya membuatkan rakyat sendiri berada dalam keadaan kebinggungan. Yang mana satu yang betul ni? RM 1 Trillion atau RM 686.8 billion?


    Kalau angka RM 1 Trillion tu sedap lagi la Macai Rejim Pakatan dengar sehingga menyebabkan mereka melancarkan 'Crowdfunding' dengan alasan nak 'Bantu Bayar Hutang Negara'.


    Tapi kalau RM 686.8 billion, angka itu sama seperti yang telah dibentangkan oleh Kerajaan BN sebelum ini. Jadi, mana mungkin Macai Rejim Pakatan boleh menerimanya. Mungkinkah sebab itu Menteri Kewangan yang sarat dengan skandal rasuah itu dikecam oleh Punahsihat PM???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebai Pandir........apa jauh benor kamu kena tinggei ketapi.....???

      Idok ke kamu baca kenyataan Guan Eng macam mana kira2 1 trilion tu dibuat...??
      Apa tengin benor kamu ni dol....??

      Samdol.......sila baca di bawah......kalo tak pahaaammm sila bukak kamus English-Malay.
      ================================================
      We would like to explain that the new government will carry out our administration based on the principles of competency, accountability and transparency (CAT). We want to establish the true baseline on the state of financial affairs, diagnose the problems and then prescribe all necessary remedies.

      Let me take this opportunity to explain the RM1 trillion worth of liabilities as of Dec 31, 2017, as previously announced.

      1. The official federal government debt is RM686.8 billion (50.8% of the gross domestic product, or GDP).

      2. In addition, the government is already committed to paying for government guarantees for various entities that are unable to service their debts. This amounts to RM199.1 billion (14.6% of GDP).

      The committed government guarantees would include entities such Danainfra Nasional Bhd (RM42.2 billion), Govco Holdings Bhd (RM8.8 billion), Prasarana Malaysia Bhd (RM26.6 billion), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (RM14.5 billion) as well as an estimated RM38 billion for 1MDB.

      Based on the two items above, the federal government debt would amount to RM885.9 billion. This represents the 65.4% of the GDP as highlighted by Prime Minister Dr Mahathir Mohamad yesterday.

      3. However, in addition to the above, the federal government is also committed and obligated to make lease payments (including rental, maintenance and other charges), for a whole list of "Public-Private Partnership" (PPP) projects such as the construction of schools, hostels, roads, police stations, hospitals, et cetera. The lease commitments which were designed specifically to circumvent the federal government guarantee and debt limits amount to RM201.4 billion (14.9% of GDP).

      Hence, the federal government debt and liabilities amount to a total of RM1,087.3 billion or 80.3% of the GDP as of Dec 31, 2017.

      Malaysians are rightly concerned with our debt situation, as we were in the opposition.

      However, let me emphasise that the obligations and financial commitments of the federal government are unchanged before May 9 and after elections today.

      The only change is that the new federal government has decided to call a spade a spade.

      This new government puts the interest of the people first, and hence it is necessary to bite the bullet now, work hard to solve our problems, rather than let it explode in our faces at a later date.

      In the short term, this decision, to tell the truth, may unnerve Najib. However, we firmly believe that in the medium term, by recognising our true debt situation today, it will enable the federal government to take concrete actions to regularise and strengthen our financial state.

      I would like to thank and credit the professionalism of the Treasury officials led by Deputy Secretary-General Zauyah Mohd Desa in preparing and presenting all the relevant information without fear or favour. This was done without any interference from politicians attempting to manipulate the figures and hide our real debt and obligations.

      Having engaged intensively with the Treasury team over the past few days, including listening to various constructive proposals and suggestions to resolve these difficult challenges, I am confident that we can overcome them.

      Let me emphasise that the fundamentals of the economy remain strong. The financial sector is stable, the banking sector is well-capitalised and there is sufficient liquidity in the market.

      We believe that with the new administration focused on CAT, investor confidence will only be strengthened over time.

      Together with the commitment of the new government as well as the support of Malaysians all over the country, we will definitely succeed in saving our country.

      YB Lim Guan Eng
      24 May 2018

      Delete
  25. MACAI REJIM SENTAP DENGAN KRITIKAN RAFIZI!!!
    POSTED BY SEMUT HITAM ON RABU, MEI 30, 2018 WITH NO COMMENTS SO FAR

    Hahaha!!! Kesian melihat Macai Rejim Pakatan Haprak ni apabila Naib Presiden PKR tu buat kenyataan secara terbuka berhubung faktor kemenangan mereka merampas Putrajaya baru - baru ini.


    Nampak sangat yang mereka ni dari jenis manusia yang tidak mampu menerima hakikat. Maka sebab itu mereka mudah melatah dan meroyan tak tentu arah bila Rafizi keluarkan kenyataan tersebut.


    Padahal, apa yang diperkatakan oleh Si Rafizi tu ada kebenarannya juga walaupun ia buat hanya sekadar untuk menghilangkan ketaksuban Pencacai Rejim Pakatan terhadap Mahathir.


    Dari satu sudut, faktor kemenangan Rejim Pakatan Haprak tu bukan kerana Tun Mahathir semata - mata. Tetapi penyelewengan fakta yang dimanipulasikan oleh Pakatan itu yang membuatkan mereka meraih kemenangan.


    Jika tidak isu seperti 1MDB, GST dan Tol itu yang menjadi zikir puak Pakatan Haprak, mana mungkin ianya boleh membangkitkan rasa kebencian terhadap Kerajaan BN sebelum ini?


    Cuba bayangkan jika kesemua isu itu tidak dibangkitkan, tinggal Tun Mahathir sahaja yang berkempen dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, adakah puak Pakatan Haprak tu boleh menang?


    Sedangkan Tun Mahathir sendiri pun sibuk menjaja cerita pasal 1MDB, pemberian BR1M, perlaksanaan GST itu merata tempat. Itu pun puak Macai Rejim Pakatan Haprak tu masih cuba nak menafikannya?


    Belajar la terima hakikat. Jika kemenangan Rejim Pakatan Haprak tu hanya disebabkan Tun Mahathir sahaja, nampak sangat perjuangan mereka adalah kerana kepentingan Politik Peribadi semata - mata, bukannya sebab diorang nak menjaga kebajikan rakyat!!!

    ReplyDelete
  26. PAS MASIH BELUM SEDAR MAINAN POLITIK DAPigs???
    POSTED BY SEMUT HITAM ON SELASA, MEI 29, 2018 WITH NO COMMENTS SO FAR

    Memang agak menghairankan juga apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS ini. Malah kenyataan yang dibuat dalam temubual semalam pun membangkitkan pelbagai persoalan.


    Adakah PAS masih belum sedar dengan taktik Politik yang dimainkan oleh DAPigs sedangkan parti itu sendiri berpecah dari Pakatan kerana terasa seolah - olah mereka dipermainkan sebelum ini?


    Apakah PAS tidak melihat tindakan DAPigs yang berdiam diri pada ketika ini dari menyentuh soal kedudukan Islam hanya sekadar wayang Politik parti itu untuk sembunyikan agenda sebenar mereka?


    Kalau sebelum ini, DAPigs sanggup bersetuju dengan konsensus Pakatan, "Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju" hanya semata - mata untuk memperbodohkan PAS. Perkara yang sama juga cuba dilakukan pada ketika ini.


    Jika dilihat dari pendekatan yang dimainkan oleh DAPigs hari ini, memang mereka sedang melaksanakan taktik 'Baling Batu Sembunyi Tangan' bagi mengaburi mata rakyat, terutama dikalangan umat Islam.


    Sekiranya DAPigs bersuara seperti mana yang menjadi kebiasaan mereka lakukan sebelum ini, sudah pasti hayat parti itu untuk merasa kuasa pemerintahan dalam Rejim Pakatan akan menjadi singkat.


    Maka sebab itu DAPigs menggunakan NGO yang jelas memperjuangkan ideologi Liberalis sebagai suara bagi pihak mereka. Mereka menggunakan platform lain untuk mempertikaikan soal kedudukan Islam dan bangsa Melayu.


    Seandainya PAS masih mahu bergabung dengan DAPigs hanya semata - mata kerana parti itu 'Mendiamkan Diri' bercakap mengenai Islam, itu hak mereka. Tapi jika satu hari nanti PAS sedar yang mereka telah dipermainkan oleh DAPigs, jangan meroyan tak tentu arah pulak!!!

    ReplyDelete
  27. Menteri PH dakwa rakyat Malaysia tak mahu kerja dengan gaji rendah


    Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, gaji yang ditawarkan terlalu rendah adalah merupakan antara sebab mengapa rakyat di negara ini memilih pekerjaan.

    Kata beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, masalah isu gaji dalam kalangan rakyat Malaysia perlu ditangani.

    "Pekerja tempatan tidak mahu menerima sesuatu pekerjaaan sekiranya gaji sangat rendah.

    "Anda tidak boleh minta rakyat Malaysia membandingkan gaji untuk mereka dengan yang diberi kepada warga asing yang bekerja di sini," kata M. Kulasegaran.

    Menteri Sumber Manusia itu berkata demikian selepas melawat Kuil Buddha Mekprasit sempena Sambutan Hari Wesak di Ipoh.

    M. Kulasegaran mengulas mengenai langkah kementeriannya untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja tempatan dalam beberapa sektor pekerjaan di negara ini yang menyebabkan pergantungan terhadap pekerja asing.

    Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia itu dilaporkan berkata, kerajaan Pakatan Harapan akan mengkaji kembali perjanjian pekerja asing dengan semua negara yang terbabit dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

    Kata beliau, rakyat tempatan harus diberi keutamaan bagi mendapat pekerjaan.

    M. Kulasegaran mengulas mengenai perjanjian Malaysia-Bangladesh pada tahun 2016 yang bertujuan untuk menerima 1.5 juta pekerja dari negara itu.

    Sementara itu, beliau berkata kementerian juga akan mengkaji kembali peranan "orang tengah" yang membawa pekerja asing ke negara ini kerana ia juga melibatkan kos yang tinggi kepada negara. - Utaranews.com

    ReplyDelete
  28. Rabu, Mei 30, 2018
    Boleh tak AJK surau jadi "Council of Elders"?


    "Council of Eminent Person" atau "Council of Elders". Dalam bahasa Melayu, boleh diterjemah sebagai Majlis Orang Hebat-Hebat atau Majlis Orang Tua-Tua.


    Bekas Gabenor Bank Negara,
    Billionaire Melayu (Bekas Menteri Kewangan)
    Taikun perniagaan
    Professor Economy
    Bekas Chairman Petronas

    Hebat hingga kuasa mereka tidak perlu disebut dalam Perlembagaan. Mereka mengatasi Kabinet. Tiada General Order menentukan kuasa dan tatacara.

    Hasil penyelesaian:


    Wujudkan tabung bayar hutang negara.



    Rupanya janji capati dan rakyat kena keluar duit untuk selesaikan masaalahnyang mereka jadi penyebab.



    Wow! Boleh juga AJK surau jadi ahli council.

    ReplyDelete

  29. TERJEMAHAN TULISAN FAIQ KHALIFA
    at 4:00 PM
    Posted by Admin PahangKu






    Saya rasa sudah lama saya berdiam diri. Baiklah selain bersikap sinis dan menfitnah pada PH dan BN kini, sudah tiba masanya untuk saya menimbulkan beberapa soalan ke dalam kepala otak yang tebal yang tidak mudah dipelajari dalam politik yang kini telah kita tenggelami dengan slogan "Kita menang!", "Malaysia baru! "," oksigen kini lebih segar! ", "Mari orang ramai membiayai hutang negara bersama!" Orang-orang yang kelakar dan masih membimbangkan jenis janji manis bodoh dan apabila anda menyedari bahawa mereka benar-benar berkata benar. Jangan salahkan saya, ia adalah ajaran Mahathir sendiri yang diilhamkan secara ilmiah untuk melabelkan rakyatnya sebagai tidak berpendidikan, mungkin selepas menyedari bahawa terdapat banyak perkara yang tidak boleh dilakukan atau dipaksa untuk dilakukan, kerana manifesto pilihan raya Pakatan dan jumlah kerusu yang dimenangi oleh parti-parti Pakatan lain yang mengikat tanganya. Saya hanya menampakan ia lebih menarik.

    Sekarang Mahathir mengumumkan bahawa HSR dibatalkan dan ECRL mungkin akan menghadapi nasib yang sama - jika Daim tidak dapat untuk menaikkan harga dan menambah kira-kira 11 bil untuk dirinya sendiri dan mereka yang berkepentingan di sekelilingnya, sudah sampai masa untuk saya memberitahu rakan-rakan saya dan mereka yang mengundi musang tua tersebut adalah satu kesilapan yang besar. Umpama jerami yang mematahkan belakang unta.

    Ok, perkara pertama yang pertama. Bagaimana mungkin anda hanya boleh membutakan mata anda pada Lim Guan Eng dengan mengangkag beliau menjadi Menteri Kewangan dengan tidak hanya satu tetapi DUA tuduhan caj rasuah terhadapnya? Bahkan Mahathir sendiri pada mulanya mengatakan bahawa Guan Eng perlu membersihkan namanya terlebih dahulu dan hanya Tuhan tahu apa yang merubahkan fikirannya selepas itu. Bolehkah anda menerimanya jika ada yang dimalukan oleh BN yang dituduh korupsi, walaupun menafikannya sebagai bermotivasi politik, menjadi menteri, apatah lagi Menteri Kewangan? Dan apabila dia mempunyai kelebihan untuk mengumumkan bahawa dia cuba untuk mendapatkan segera untuk memilih AG untuk mengugurkan tuduhan terhadapnya, itu tidak mengganggu anda ?

    Kemudian, kita mempunyai Menteri Kewangan yang bergembira dengan hutang kerajaan, daripada 1 trilion hingga 600 bilion hingga 800 bilion hingga 1 trilion kemudian kembali kepada 600 bilion - angka yang tepat yang diberikan oleh kerajaan sebelumnya, dan disahkan oleh Tan Sri Zeti - hanya untuk menakutkan pelabur asing kita dan kesemua keuntungan yang dibuat sejak Januari tahun ini, hampir 3 bilion ringgit ditarik oleh para pelabur yang cemas situasi ekonomi negara, jadi sekarang bursa saham negara jatuh manakala negara yang lain semakin meningkar, kami tiba-tiba menjadi player yang paling buruk di rantau ini. Jangan beritahu saya bahawa ini tidak membimbangkan anda sama sekali. Dengan cara ini, adakah anda benar-benar tidak tahu perbezaan antara hutang kerajaan dan liabiliti kerajaan? Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan hutang luar negeri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimana pula dengan 10% SST untuk diperkenalkan semula? Sekarang kita tiba-tiba tidak dibebani cukai? 6% yang membunuh kita tetapi 10% pula adalah okay dan tidak menjadi masalah? 160 negara telah melaksanakan sistem cukai yang lebih efisien iaitu GST / VAT termasuk negara-negara kaya minyak, dan kita adalah satu-satunya negara di dunia yang telah kembali ke SST, sebuah sistem di mana perniagaan diketahui boleh memanipulasi keuntungan mereka sendiri . Adakah anda terlepas berita apabila Mahathir, beberapa hari selepas pilihan raya mengadu bahawa "ahli perniagaan tertentu" terpaksa membayar cukai tambahan oleh kerajaan sebelumnya? Adakah kebetulan bahawa Berjaya Corp Vincent Tan mengadu bahawa mereka mengalami kerugian pada suku ketiga berturut-turut, dan mereka menyalahkan GST sebagai sebab untuk itu? Jadi, untuk siapa beruntung dalam pemansuhan GST dan memperkenalkan semula SST, sebenarnya?

      Dan kini ini. ECRL dan HSR menjadi mangsa. Kalian benar-benar berbakat dalam melakukan akrobatik yang luar biasa ini, ketika berusaha sebaik-baiknya untuk membenarkan keputusan kerajaan atau apa yang dikatakan oleh menteri sekarang, dengan kesimpulan yang sama sekali berbeza dari apa yang anda katakan Perkara yang sama dikatakan oleh menteri BN sebelum ini. Bagaimanakah anda mengatakan apabila Daim berkata kos sebenar bagi ECRL ialah 66 Bilion, dengan menyatakan bahawa tambahan 11 bilion adalah untuk fasa kedua apabila ia diumumkan sebelum Pakatan mengambil alih kos 55 bilion termasuk fasa kedua? Di manakah tambahan 11 bilion itu datang Bukankah Nurul Izzah pernah berkata bahawa mereka boleh melakukan MRT jauh lebih murah daripada BN? Oleh itu mengapa sekarang apabila mereka mengumumkan bahawa ia harus lebih mahal, ia tidak pasti diragui? Bagi HSR, apabila saya membaca komen-komen yang menyokong Mahathir, kamu tidak pernah berhenti mengecewakan saya.

      Perku ada suatu titik di mana untuk anda melihat bahawa orang-orang yang anda sokong bukanlah malaikan. Mereka sememangnya ahli politik yang sama jenis dan minatnya untuk menjaga kerjaya mereka selagi mereka boleh. Sudah menjadi kritikal. Jangan percaya semua yang anda mahu anda percaya. Berhenti cuba untuk mempercayai perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh orang yang anda sokong hanya untuk membuat diri anda kelihatan seperti yang diceritakab oleh Mahathir

      Faiq Khalifa
      29 Mei 2018

      Delete
  30. KERAJAAN PH GAGAL TUNAI JANJI HAPUS TOL
    rhg | May 30, 2018
    KENYATAAN MEDIA

    1. Harapan rakyat untuk menikmati janji Kerajaan Pakatan Harapan bagi menghapuskan semua tol lebuh raya di Semenanjung tidak kesampaian apabila Kerajaan PH hari ini mengumumkan hanya 50 peratus potongan kadar tol untuk tempoh dua hari sebelum Aidilfitri.

    2. Ini ternyata bercanggah dengan manifesto PH yang berjanji untuk menghapuskan tol secara di seluruh negara demi meringankan beban rakyat.

    3. Pastinya harapan berjuta-juta pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bukan saja hampa kerana tidak dapat tol percuma, malah masih perlu keluar duit belanja untuk bayaran tol. Ia pasti membebankan mereka khususnya yang berpendapatan rendah dan menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jauh.

    4. Pengumuman hari ini menyerlahkan Kerajaan PH mungkin telah menyedari realiti bahawa penghapusan tol tidak realistik dan sukar dilaksanakan. Sekaligus menunjukkan janji manifesto itu hanya sebagai janji atau ‘gula-gula’ politik bagi meraih undi.

    5. Menurut agensi penarafan RAM Ratings, penghapusan semua tol lebuh raya akan membabitkan bon dan sukuk berjumlah RM53 bilion. Ini bermakna ia adalah kerugian besar kepada pemegang konsesi dan kerajaan bagi tempoh yang singkat.

    6. Oleh itu, bagaimana kerajaan mampu menanggung perbelanjaan bagi melunaskan hutang dengan syarikat konsesi ini, yang ada antaranya baru memulakan kutipan bagi membiayai kos pembinaan lebuh raya mereka?

    7. Apakah masa depan pembinaan lebuh raya lain, misalnya Lebuh Raya bertingkat Ulu Klang-Sungai Besi (SUKE Highway) kendalian firma Prolintas mampu diteruskan tanpa kutipan tol? Projek berharga RM48 bilion itu memerlukan suntikan modal yang besar untuk pembinaannya. Apakah kerajaan sanggup menanggung kosnya, dan bagaimana?

    8. Sebenarnya rakyat sudah menerima cara sistem bertol ini sejak PLUS mengutipnya pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-4.

    9. Seperti di negara lain, sebahagian besar rakyat Malaysia memahami tujuan kutipan tol oleh syarikat konsesinya. Biarpun jalan raya alternatif masih ada, mereka selesa menggunakan lebuh raya bertol untuk ke destinasi, serta faham ia dibina untuk kemudahan mereka.

    10. Mereka juga faham kos yang tinggi untuk membinanya di sesetengah tempat, masalah pengambilan alih tanah serta pampasan.

    11. Oleh itu, kerajaan tidak wajar menggula-gulakan rakyat dengan janji penghapusan tol semata-mata untuk meraih undi. Apa jua janji kepada rakyat, mestilah ditunaikan sebaik mungkin, tanpa alasan dan helah politik.

    12. Susulan pengurangan hanya 50 peratus dan dua hari saja menjelang Aidilfitri, rakyat kini tertanya-tanya adakah Kerajaan PH mampu mengotakan janji manifesto PRU14. Jika Kerajaan PH sanggup menjadikan isu 1MDB sebagai agenda politik, maka rakyat pula sanggup menggunakan isu tol sebagai tuntutan janji manis mereka.

    13. Mungkin PH kini tercari-cari jawapan sebenar dari segi implikasi kewangan kepada kerajaan dan pemegang konsensi tol sekiranya tol dihapuskan. Tambahan pula, dalam keadaan pasaran saham yang merundum, penurunan berterusan ringgit dan penarikan keluar modal asing, pastinya merungsingkan kerajaan sekarang.

    14. Ini bukan salah rakyat. Carilah ubat kepada strategi ‘membuka pekung di dada ini’ kerana ia ternyata membuat pelabur luar berfikir banyak kali untuk menanam modal di negara yang pentadbirannya masih caca merba atau ‘failed state’ ini.

    Unit Komunikasi Strategik
    Ibu Pejabat UMNO
    Kuala Lumpur
    30 Mei 2018

    ReplyDelete
  31. ACARA MENUNDING JARI
    rhg | May 30, 2018

    PUTRAJAYA 12 AUGUST 2015. Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani. NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor.

    oleh Ab Jalil Backer
    1. Beberapa pemimpin UMNO mula mengecam pucuk pimpinan parti peringkat pusat atas kekalahan Barisan Nasional.

    2. Terbaru ialah bekas Menteri Kewangan Ke-2 yang kalah di Titiwangsa. Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pembangkang Johor.

    3. Oleh kerana sekarang soal perebutan jawatan dalam parti maka jari bukan sahaja ditunding kepada Najib Razak tetapi juga kepada Ahmad Zahid dan Hishammudin Tun Hussien.

    4. Saya faham jika mereka yang di bawah – ahli biasa dan pemimpin-pemimpin peringkat Cawangan – marah. Mereka tiada di koridor kuasa untuk mempengaruhi polisi.

    5. Sebaliknya, kita tidak faham mereka yang dalam kepimpinan sekarang turut mengkritik. Ketika memegang jawatan mereka turut sama bersetuju, hari ini mereka mencuci tangan dan menyalahkan orang lain.

    6. Johari Ghani suatu ketika mengkritik Najjb Razak dan 1MDB. Lucunya apabila ditawar jawatan Timbalan Menteri Kewangan dengan pantas beliau menyambar. Kemudian dengan pantas juga beliau menyakin Najib Razak untuk dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua.

    7. Johari Ghani kata BN kalah sebab sombong dan gagal tangani isu GST serta kos sara hidup.

    8. Mari kita tanya apa Menteri Kewangan Kedua buat dalam isu GST dan kos sara hidup?

    9. Ada nampak beliau turun ke seluruh ceruk kawasan menerangkannya kepada rakyat? Ada nampak beliau memberi cadangan polisi yang boleh menggembirakan hati rakyat dalam kos sara hidup?

    10. Masalah dengan pemimpin UMNO seperti Johari Ghani ialah mereka melepaskan tanggungjawab berjumpa rakyat dan menerangkan isu kepada Najib Razak dan Ahmad Zahid.

    11. Mereka sendiri goyang kaki menjaga kawasan sendiri dan menguruskan hal-hal kroni. Mereka membuat program sambil lewa dan ala kadar bila bersama rakyat.

    12. Jika BN “arrogant” saya fikir Johari Ghani adalah salah seorangnya. Beliau bergaduh dengan Drs Sulaiman Mohamad (bekas Ketua UMNO bahagian) dan dengn sombongnya mengatakan tidak memerlukan sokongan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

    13. Ketika dalam pilihan raya kita perlukan sokongan semua pihak, Johari Ghani dan ramai lagi pemimpin peringkat bahagian dan negeri memilih untuk menjatuhkan “musuh peribadi”. Begitu sombongnya mereka kerana yakin orang Melayu akan sokong.

    14. Akhirnya ramai antara mereka terkorban. Malah Johari, Menteri Kewangan Kedua, kalah kepada Rina Harun, bekas Ketua Puteri UMNO Sepang, yang sangat naif dalam politik.

    15. UMNO masih belum sedar bahawa dalam keadaan mahu menang semula, cara terbaik ialah melemahkan kerajaan hari ini, bukannya menunding jari sesama sendiri.

    16. Parti lawan kalah pilihan raya berpuluh kali tidak pula bergaduh dan menunding jari kepada pemimpin mereka semata-mata.

    ReplyDelete
  32. KENAPA GST TIDAK DIMANSUHKAN HANYA DITURUNKAN ZERO RATED?
    rhg | May 30, 2018
    Kerajaan PH tidak hapuskan GST seperti janji mereka sebelum PRU-14 tapi hanya kekalkan GST dengan kadar penerunan 0%. Antara janji 100 hari Kerajaan PH ialah menghapuskan GST. GST dikhabarkan sebagai punca harga barang , perkhidmatan dan kos utiliti naik dan menyempitkan kehidupan rakyat. Kerajaan BN dulu di katakan zalim ambil duit rakyat contohnya , Rm100 melalui GST dan beri BRIM 10 sen pada rakyat.

    Kini setelah mereka memerintah GST tidak di hapuskan sepertimana janji mereka cuma di beri kadar sifar atau 0 rated GST . Perlu di ingatkan bahawa GST itu masih ada bukan di mansuhkan sama sekali . Kerajaan PH juga mencadangkan mewujudkan kembali SST sebanyak 10% . Mungkin selepas ini kita akan ada 2 cukai untuk di kemukan sebagai penyata cukai syarikat iaitu penyata cukai GST dan penyata cukai SST . Persoalannya, mengapa Kerajaan PH tidak menghapuskan terus GST itu ?

    Bagi sesetengah pihak mereka berpendapat bahawa tidak ada bezanya GST kadar sifar dengan GST di mansuhkan kerana Rakyat semua sudah tidak perlu bayar GST lagi . Namun, sebenarnya Kerajaan PH cuba untuk mengelirukan rakyat. Banyak perbezaan di antara GST kadar 0 dengan mansuhkan sama sekali GST.

    Peniaga yang menyokong GST di mansuhkan kini mula sedar bahawa mereka sebenarnya telah tertipu apabila GST tidak di mansuhkan . Oleh kerana bakal ada 2 penyata cukai GST dan SST , peniaga sudah tidak dapat lagi boleh memanipulasikan jualan yang di kenakan cukai. Misalnya dulu jualan Rm100 ribu boleh buat penyata jualan Rm30 ribu dan cukai SST 10% bayar Rm3 ribu saja dan Kerajaan rugi Rm7 ribu tetapi dengan adanya GST, peniaga kena bayar cukai Rm10 ribu sebab penyata jualan GST perlu sama dgn penyata jualan SST .

    Secara tak sedar sebenarnya Kerajaan PH telah menaikan cukai sebanyak 4% dari 6%(semasa GST BN ) menjadikan 10% . GST diberikan pengecualian kepada banyak barang keperluan dan kita kena tunggu bagaimana pengecualian SST bakal wujud atau tidak. Apabila kenaikan cukai sebanyak 4% ini sudah tentu perniaga akan menaikan lagi harga barang untuk mendapat ganti kekurangan keuntungan sebanyak 4% itu.

    Kerajaan PH berjanji akan menurunkan harga barang tetapi dasar dan polisi mereka sebenarnya akan menaikan lagi harga barang . Apabila GST tidak dimansuhkan oleh Kerajaan PH boleh memberi satu kadar katakan 3% GST dan mereka akan mengatakan 3% GST lebih rendah kepada Kerajaan BN 6% GST . Dahulu sibuk menyanyi lagu GST sampai dalam Parlimen kini dua cukai dipertaruhkan cukai GST kadar 0 dan SST kadar 10%.

    Kesimpulannya, walaupun GST 0%, digunakan sebagai tujuan dimana peraturan yang begitu telus yang tidak boleh dimanipulasi dalam GST. Tambahan, dapat membantu pelaksanaan SST 10% dengan lebih baik malah lebih banyak keuntungan kepada kerajaan PH secara tanpa disedari akan mengenakan kenaikan cukai lebih tinggi kpd pengguna dan peniaga. Pengundi PH yang impikan GST di mansuhkan menjadi lebur kerana Kerajaan PH ini bukan seperti Kerajaan BN yang janji ditepati. Kerajaan BN sebenarnya mempunyai rekod cemerlang selama 60 tahun memerintah. BN akan bangkit dengan lebih baik demi kesejahteraan Rakyat. Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete
  33. BILA TEMBOK SUDAH RUNTUH SEMUA BENDA HENDAK DICABAR
    Chah | May 30, 2018


    BARU-baru ini negara digemparkan dengan kenyataan Mahathir yang berkata kerajaan Pakatan Harapan(PH) akan meneliti dan mempertimbangkan 25 tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF 2.0) termasuk berkaitan tanah rancangan FELDA dan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

    Ramai pihak berpendapat Mahathir tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

    HINDRAF 2.0 mendesak supaya kerajaan PH menyediakan tanah seperti tanah rancangan FELDA kepada kaum India yang berpendapatan rendah, selain membuka kemasukan UiTM kepada semua kaum. Ketua Umum HINDRAF, P Uthayakumar, dilaporkan berkata mereka menuntut supaya UiTM yang diwujudkan khusus untuk Bumiputera dan Melayu dibuka untuk semua kaum terutama kaum India dari golongan B75.

    Memorandum mengandungi tuntutan itu diserahkan kepada kerajaan PH menerusi Majlis Penasihat Kerajaan.

    Tuntutan tersebut mendapat bantahan daripada Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) yang mewakili 700,000 alumni universiti berkenaan membantah tuntutan tersebut.

    Kita sedia maklum bahawa perkara tersebut amat sensitif kepada orang Melayu yang merupakan “tuan tanah” negara ini. Namun status “tuan tanah” tersebut bagaikan sudah hilang apabila tembok kekuatan orang Melayu iaitu Barisan Nasional sudah runtuh dalam Pilihan Raya Umum ke 14 baru-baru ini. Semua perkara dilihat mahu dicabar.

    Malah desas desus desakan menghapuskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang bertiup kencang. Untuk makluman, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam bagi Persekutuan.

    Peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan, Islam adalah agama Persekutuan dan penubuhan JAKIM tidak pernah menyekat hak orang bukan Islam mengamalkan agama mereka secara aman dan damai.

    Perkara 3(1) menjelaskan kedudukan Raja-Raja sebagai ketua agama di negeri, manakala Perkara 3(2) menggariskan Yang di-Pertuan Agong adalah adalah ketua agama Islam bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

    Perkara 3(5) menyatakan bahawa bagi Wilayah Persekutuan, Parlimen boleh membuat undang-undang berhubung hal ehwal Islam dan menubuhkan majlis bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong.

    Tindakan Kerajaan Persekutuan atau negeri memperuntukkan sebarang perbelanjaan untuk Islam adalah sah berdasarkan Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan.

    Namun semua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan ini bukan penghalang golongan yang tidak bertanggungjawab ini untuk merosakkan keharmonian negara dan menjaga hati “tuan tanah”.

    Apakah kita akan terus melihat legasi orang Melayu dicabar satu persatu dengan rakus? UiTM, FELDA dan JAKIM telah dicabar. Jangan terkejut beberapa legasi orang Melayu yang lain akan mengalami nasib yang sama. Kita perlu istiqamah dan mencari jalan bagi mengatasi perkara ini.

    Jadilah Aur dengan tebing. Jangan jadi gunting dalam lipatan.

    ReplyDelete
  34. HSR – A MISSED OPPORTUNITY
    rhg | May 29, 2018
    MEDIA STATEMENT

    The government is making a big mistake by cancelling the Kuala Lumpur – Singapore High-Speed Rail (HSR) project.

    The HSR is a strategic project between the Governments of Malaysia and Singapore that aims to improve their economies and elevate the quality of life of both countries through seamless travel between the two capital cities, enhance business linkages, and connect the peoples of both countries closer together. With terminus stations in Kuala Lumpur’s Bandar Malaysia and Singapore’s Jurong East, the HSR link is expected to cut the travel time between the two cities to 90 minutes.

    The Singapore-Kuala Lumpur air-route is the busiest international route in the world. There were 30,537 flights between both cities in 2017 putting Hong Kong-Taipei firmly into second place at 28,887 flights.

    With such large yearly passenger numbers, there would have been a strong case for the financial viability for the project.

    Beyond just passenger traffic numbers, the real benefit of a major infrastructure project such as this lies beyond providing the convenient of getting from A to B. This project has the potential to stimulate economic development along the rail corridors and urban development around the stations/rail terminus or better known as transit-oriented development (TOD).

    The many stations in between, namely Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, and Iskandar Puteri which are relatively less developed than Kuala Lumpur or Singapore would stand to gain from development.

    It is forecasted the result of HSR would be no less than the economic multipliers that happened to the Taiwan HSR between Taipei & Kaoshiung and the Tokaido Shinkansen between Tokyo & Osaka.

    At such, it is too simplistic for the Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to say that the project won’t be beneficial because it’s going to cost our country a huge sum of money and it will make no money at all from the operation as any potential returns from land value capture would pay for the railway project in the long run.

    On the macro point-of-view, it is estimated that Malaysia will lose an estimated RM209 billion in gross national income (GNI) contribution and lose the potential to create 70,000 jobs if the Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail is called off.

    ReplyDelete
    Replies
    1. After the HSR is in operation, a study by the research body Institute of Developing Economies, Japan External Trade Organisation (IDE-JETRO) found that the HSR would have delivered a US$1 billion (RM4 billion) economic gain to Malaysia every year.

      The abandonment of HSR would also mean that the value of 1MDB’s Bandar Malaysia project which was to be the terminus station of the HSR would be substantially decreased – diminishing the ability of 1MDB to repay its debt.

      The current PH government now says the RM110 billion cost of the HSR is the main reason why this project must be cancelled. How did the figure of RM110 billion cost of the HSR come about?

      This differs greatly from the range of RM50 billion to RM70 billion cost that the governments of Singapore and Malaysia had budgeted earlier this year.

      Did the PH Government take into the net economic benefits and spill-over effects beyond the cost of the HSR project when arriving at this hasty decision to cancel?

      With the cancellation of this mega-project it would have far-reaching consequences for Malaysia than just the lowering of our GDP growth potential. It will also disappoint foreign investors who see the project as a catalyst for more rapid pace of growth.

      The government should not be short-sighted in making an important decision such as this. It is obviously clear that the spill-over benefits are so huge that it will be a wasted opportunity if we don’t proceed with the project now. Should this project be re-started in future years, the cost would only increase and the debt burden will increase manifold which is totally against PH government’s plan to reduce the national debt.

      Abdul Rahman Dahlan
      Strategic Communications Unit
      UMNO Headquarters
      Kuala Lumpur
      29 May 2018.

      Delete
  35. RABU – HARAP BANYAKLAH RAHMAT YANG TURUN HARI INI
    Adamyan | May 30, 2018


    KETIKA Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah negara, Rabu adalah antara hari yang ditunggu-tunggu berikutan turun naik minyak ditentukan pada hari itu. Masa itu kita semua masih ingat, nak tahu rakyat nak kaya ke miskin ke ikut pengumuman harga pada Rabu itulah.

    (Harga) turun, rakyat kaya, (harga) naik, rakyat miskin, semudah itu saja fahaman masa itu.

    Bagaimanapun, Rabu sekarang lain dah. Rabu pertama setelah pentadbiran baru sempurna dengan barisan kabinetnya, negara disinari dengan berita gembira penutupan beberapa agensi kerajaan yang mungkin menyebabkan beribu orang hilang pekerjaan.

    Minggu yang sebelum itu, diberitakan beratus-ratus kakitangan awam di Putrajaya hilang pekerjaan serta merta atas alasan lantikan kontak, lantikan politik dan sebagainya. Ini pun sinar juga sebab ada yang terlibat tu siap bergambar gembira lagi dengan hashtag #jobless di Instagram masing-masing.

    Dalam persediaan nak menyambut raya ni, kena buang kerja pulak – memang menggembirakan semua mereka yang terlibat. Seronok hilang kerja tiba-tiba ni, boleh cari kerja baru. Dalam masa tu, anak bini (suami) susah peduli apa, janji negara dapat berjimat. Ulat dalam batu pun boleh hidup kan?

    Kini Rabu datang lagi.

    Rakyat, terutama kakitangan awam berharap Rabu yang kali ini biarlah lebih banyak berita gembira lagi. Mungkin harapan itu akan jadi nyata kerana katanya berita semalam, kakitangan awam akan dapat bonus sebelum Hari Raya.

    Baguslah.

    Negara dikatakan mempunyai hutang yang tersangat tinggi – cecah RM 1 trillion sekejap, RM 686 billion sekejap, RM 800 billion sekejap dan sebagainya sehingga orang dan pasaran saham pening tapi kakitangan awam seramai 1.6 juta orang (betul lagi ke angka tu?) akan dapat bonus.

    Tentang persoalan kenapa mesti pening-pening, ribut-ribut pasal hutang negara tinggi sehingga ada cadangan diwujudkan crowd fund untuk rakyat bantu kerajaan bayar hutang ni tadi, pedulikanlah tu, yang pentingnya, 1.6 juta ni tadi “masuk”.

    Hebat kan kita? Mana nak cari negara macam ini?

    ReplyDelete
  36. Pertikai Institusi Raja-Raja Melayu : PEMANTAU Buat Laporan Polis Terhadap Kadir Jasin
    29 May 2018 Berita Utama
    SUNGAI BULOH, 29 Mei – Pengerusi Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan, Datuk A. Kadir Jasin berhubung kenyataan beliau mahu mengkaji semula kedudukan institusi Raja-Raja yang dianggap berbaur hasutan untuk menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.

    Menurut Lokman, kenyataan seperti ini dianggap amat merbahaya kerana ia boleh mencetuskan kegelisahan dan rasa tidak selesa di kalangan rakyat khususnya orang-orang Melayu di negara ini.

    “Kenyataan beliau juga jelas mempersoalkan kedudukan institusi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sedangkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu ini dijamin oleh perlembagaan negara. Dan tindakan beliau mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu adalah seumpama beliau mempersoalkan perlembagaan negara.

    “Kenyataan beliau itu boleh dianggap sebagai satu hasutan dan juga penghinaan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan kita berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap beliau yang jelas telah melanggar akta undang-undang hasutan di negara ini,” ujarnya dalam satu sidang akhbar setelah selesai membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh di sini hari ini.

    Sehubungan itu, beliau meminta agar pihak PDRM menjalankan siasatan segera terhadap Datuk A. Kadir Jasin yang secara jelas telah melanggar undang-undang berdasarkan akta hasutan di negara ini.

    “Kenyataan beliau itu lebih kepada mahu mencemarkan dan merendah-rendahkan institusi dan kedudukan Raja-Raja Melayu di mata rakyat di mana saya yakin kenyataan beliau itu boleh mengganggu gugat institusi dan kedudukan Raja-Raja Melayu di negara ini.

    “Sehubungan itu, saya membuat laporan polis ini untuk meminta agar pihak PDRM dapat menjalankan siasatan terhadap beliau berhubung kenyataannya yang mahu mengkaji semula kedudukan majlis Raja-Raja Melayu,”tegasnya.

    Sementara itu, beliau turut melancarkan perasmian penubuhan NGO PEMANTAU Malaysia Baru yang dianggotai oleh beberapa NGO-NGO di restoran RZ Nasi Kukus di Bandar Puncak Alam, Selangor hari ini.

    Menurut beliau, di atas permintaan ramai, beliau selaku Presiden Suara Generasi Terbilang dan Datuk Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia telah sepakat untuk menubuhkan Pemantau Malaysia Baru yang terdiri daripada NGO-NGO atau individu yang secara sukarela ingin bersama dalam perjuangan ini.



    “Pemantau Malaysia Baru akan bertindak memantau Kerajaan Pakatan Harapan terutamanya dalam memastikan mereka menunaikan janji-janji yang telah mereka keluarkan sebelum PRU14.

    “Sehubungan dengan itu, mana-mana NGO atau individu yang berminat untuk bersama kami, sila whatapp Nama Penuh atau Nama Pertubuhan, No HP atau No Contact Person, No K/P, Alamat dan hantar ke 0135068893 Hamdan Mohd Salleh.

    “Saya berharap agar dengan penubuhan Pemantau Malaysia Baru ini kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi boleh bertindak sesuka hati dan sentiasa mentadbir dengan adil, saksama dan sentiasa mengutamakan rakyat, serta melaksanakan segala janji-janji mereka melalui manifesto yang dibentangkan sebelum ini,” jelasnya. –MediaUMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokman adam keciwa kena buang kerja...kalo kekal dgn anwar mungkin jadi menteri...bodoh lokman...

      Delete
  37. Brader Anwar Meddles In Perak, Still Cannot Say Anything Profound

    Wannabe PM Brader Anwar has been flying on his broomstick, scooting around the country, sticking his butt into places where he really should not.





    He was in Perak. Here is the Malay Mail of 29th May, 2018 :




    No more life threatening back pains, neck pains. Pain in the ass how?


    Anwar and Perak MB Faizal Azumu closed-door meeting, Ipoh May 29, 2018

    Anwar suggests Perak carry out audit of GLCs, think-tanks left by previous govt
    to determine how GLCs, research institutions functioning under previous govt

    (My comments : What the ... !)

    "Auditing is the tool to determine capacity and relevance of a particular GLC or department. I think it is a good exercise."

    (My comments : Again another "Wednesday comes after Tuesday" type of comment by the Brader. Nothing profound from the wannabe Prime Minister. Plus, his comment is not fully correct.

    An audit should tell you how monies have been spent, whether financial and business / project milestones have been achieved or not, procedures have been followed or not. That is about all.

    An audit does not determine the "capacity" of a GLC. The new Perak government should know that already. They do not need Auditors to tell them that.

    An audit certainly does not determine the "relevance" of any GLC. That again is a decision for the new State govt.

    Anwar told reporters important Perak govt give proper attention to companies
    “I don’t have any negative perceptions of GLCs and research institutions...
    whatever good from previous administration, we can accept."
    Don’t make any decision in haste or out of revenge.


    Perak has several GLCs
    MB Incorporated, State Agri Dvlpmnt Corp, SEDC
    Several quarters expressed that GLCs must be restructured, audited
    including Institut Darul Ridzuan, think tank brainchild of former MB Zambry


    My comments : Brader Anwar is scooting around the country acting like a Prime Minister already.

    May I advise Peja the new MB of Perak (Faizal Azumu) to get everything the Brader says in writing, in black and white.

    Because Peja, kalau hang ikut apa dia cakap, nanti esok kalau jadi apa-apa, Brader itu boleh "wash hands".

    Dia boleh kata 'I did not give you any written instructions. It was just my suggestion. I have no authority. I was not the Prime Minister."

    Dia ni expert main belakang. So better be careful. If he gives instructions, get it in writing. Check and see if he signs off as "Wannabe Future Prime Minister". Tak boleh bro. Tak laku.

    OK there is something else going on in Perak.
    Why did Brader Anwar make an emergency, flying visit to Perak?

    Why did he say :

    “I don’t have any negative perceptions of GLCs and research institutions...
    whatever good from previous administration, we can accept."
    Don’t make any decision in haste or out of revenge.

    Well because Nga Kor Ming and the Perak DAP want the entire Board of Directors of ALL the GLCs and think tanks set up by the previous State governemnt to resign and be gone or risk being sacked from their positions. Nga was very explicit. Here is The Star from 26th May, 2018 :

    ReplyDelete
    Replies
    1. IPOH: All board members of Perak Corp (PCB) resign immediately or be sacked
      Perak DAP chairman Nga said board failed miserably in managing finances
      made call following huge net loss under Perak State Development Corp (PKNP)

      Nga said PCB's current liabilities RM340.6m exceed current assets by RM158.5m and its market capitalisation at RM88mil
      amount of debts shocking
      shows how incapable board have been in managing

      board, former BN reps, should resign before they're sacked
      irregular for company to incur such losses that exceed asset, market value
      “'We call on MACC to investigate PCB for wrongdoing,” he added.


      My comments : Well said YB Nga. Obviously YB Nga understands the meaning of current assets, current liabilities, market capitalisation, asset value, market value and such.

      Brader Anwar Ibrahim the wannabe Prime Minister will not know much of these things.

      The Perak Corporation has stacked up huge losses.
      Nga does not need any auditors to tell him that.
      Nga wants the MACC to step in and look for the crooked things that have been going on.

      I think right now YB Nga is shocked at Brader Anwar's comment that :
      “I don’t have any negative perceptions of GLCs and research institutions...

      Huh ?? Come again ??

      No negative perceptions? After visiting Perak? They have been running at huge losses. That is not negative enough?

      Obviously there is something else going on here.

      The former MB of Perak, my good friend Zambry Kadir, was also an old Anwarista. The Brader's good friend. Itu kawan-kawan masih ada.

      Brader Anwar is also very, very extremely busy re-establishing his old networks. They might come in handy.

      He visited the Sultans, he visited Erdogan (??), Habibie (??), Yusuf Qardawi (??), he hosted UMNO fellows inside his kitchen, now he is soft pedalling over the issue of the loss making Perak GLCs.

      Folks, here is a GIF. This is the old coyote (ka-yo-tee) from the famous Road Runner Cartoons.

      The coyote is the perpetual bad guy. Always up to no good. And he always just misses his ultimate life's ambition - to catch the Road Runner.




      Do you not see any similarities here?

      Delete
    2. Salah satu 'coyote' tuu adalah peliharaan Najib & Rosmah, Tan Serigala Irwan Serigar, batak mandailing lebih bermirip kalingga.

      Delete
    3. Kenyataan DS Najib bahawa kita akan bangsat jika UMNO kalah benar-benar berlaku
      Posted onSunday, May 27, 2018 -05-27 07:00:40'


      Aduh, apa nak jadi dengan Malaysia hari ini.

      DS @najib_razak tinggalkan kerajaan dengan Rezab tertinggi dlm sejarah RM438 bilion dan lebihan akaun semasa RM15 bilion.

      Dapat kat Mahathir dan Guan Eng, bila taknak tunaikan janji-janji pilihanraya mereka, mereka buat cerita hutang negara lebih 1 trillion dan 1MDB muflis.

      Habis lari semua pelabur asing, index BSKL jatuh, Ringgit jatuh, sehingga akhirnya Guan Eng terpaksa mengakui hutang negara yang rasmi cuma RM686.8 billion sahaja. Padahal hutang 1MDB hanya 31b dan aset ada 43b.

      Hutang sebenar negara mengikut cara kiraan antarabangsa yang menepati piawaian IMF dan Bank Dunia cuma 686.8b. Tapi nak cover Gobernor BNM dan Tan Sri Zeti terlepas cakap Ekonomi Malaysia bagus dan Rezab Negara tertinggi dlm sejarah, Mahathir terpaksa menipu sebelum rakyat sedar dia menang pilihanraya dengan menipu dan memfitnah kerajaan pimpinan DS Najib.

      Apapun saya nak beritahu kat Mahathir dan DAP, DS Najib perintah negara ini dengan penuh bermaruah. Beliau tidak pernah mengemis mohon bantuan USD 1 billion kat Sultan Brunei.

      Bila matawang kita jatuh akibat kejatuhan harga minyak dan janji Presiden Trump untuk menaikkan interest rate Amerika, DS Najib tidak perlu menambat ringgit, namun beliau berjaya buat ringgit kembali kukuh dari RM4.49 = USD 1 kepada RM 3.85 sebelum 9 Mei, 2018. Apatah lagi meminta derma dari rakyat seperti ini.

      Sudahlah kamu tipu rakyat janji nak bagi macam-macam jika menang pilihanraya. Bila dah menang, kamu minta pula rakyat derma pada kamu.

      Apalah malang Rakyat Malaysia dapat kerajaan Bangsat macam ni.

      betul kata DS Najib, kita akan bangsat dibumi sendiri bila UMNO hilang kuasa.

      Ayuh bangkitlah ahli-ahli UMNO. Cukup sudah meratap kekalahan kita.

      Pakatan akan kita benamkan sepertimana DPJ dibenamkan oleh rakyat Jepun bila gagal tunai janji.

      UMNO akan kembali memerintah dengan lebih gagah sepertimana LDP dijepun bila rakyat mula sedar hanya kita mampu tunaikan janji dan tadbir negara ini dengan baik.

      Lokman Adam
      Pemantau Malaysia Baru

      Delete
    4. Kepada Geng Najib , juga LOckman .

      Benar sungguh bagai dikatakan . Kita akan menjadi bangsat jika UMNO kalah .
      KITA yang dimaksudkan itu ialah para walaunta kerana terputus sudah bekalan dedak untuk mereka .

      Najib pula ...terlebihlah bangsatnya . Selain duit , emas permata serta barang berharga ratusan juta ringgit dirampas , Sg. Buloh juga sedang menanti ketibaan dia .

      Delete
    5. Najib tinggalkan hutang menimbun yg nazakkan malaysia...bunge hutang 31 billion setahun...

      Hutang 1 mdb 38 billion yg dirompak oleh najib di tanggung oleh rakyat...

      Delete
  38. Najib Razak
    2 jam ·
    HSR: Kerajaan digesa bersikap telus dalam keputusan untuk membatalkan projek tersebut.

    1. Projek keretapi laju HSR Singapura – Kuala Lumpur bukan diilhamkan hanya berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh satu negara sahaja. Keputusan untuk projek ini dibuat berdasarkan kepada kajian terperinci terhadap manfaat dari kos yang dibuat oleh kedua-dua pihak bertahun lamanya yang turut membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi bagi kedua-dua negara.

    2. Projek ini mempunyai potensi untuk membentuk masa depan dan bagaimana kita dapat bekerjasama bagi faedah bersama. Kajian turut menunjukkan Malaysia adalah penerima manfaat utama bagi projek ini memandangkan majoriti landasan adalah di negara ini. Menggabungkan secara integrasi dua bandar utama dan ekonomi di Asia Tenggara akan menghasilkan manfaat yang besar yang melangkaui jualan tiket dan kos bagi infrastruktur itu.

    3. Ia adalah sebahagian daripada agenda transformasi dan visi kita untuk Malaysia baharu yang akan mewujudkan industri baharu, kaedah baharu untuk kerjasama antara dua negara, meningkatkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan gaya serta taraf hidup lebih baik untuk semua rakyat.

    Ia juga akan mewujudkan satu pusat pertumbuhan baharu dan memberi nafas baharu kepada bandar seperti Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Melaka dan Seremban di mana manfaat berganda daripada projek ini adalah sangat besar.

    4. Pada ketika kita memahami bahawa ia adalah prerogatif kerajaan baharu Pakatan untuk membatalkan projek ini, saya kecewa dengan keputusan terburu-buru untuk membatalkan projek ini dan menggesa kerajaan untuk bersikap lebih telus dan mengadakan rundingan sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan ekonomi, peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

    Saya turut merasakan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi pencerahan bagaimana keputusan dibuat kerajaan BN terdahulu bersama kerajaan Singapura bagi projek ini.

    5. Pertama, kerajaan baharu mendakwa kos projek ini adalah RM110 bilion. Jawatankuasa bersama Malaysia – Singapura, sehingga awal tahun ini telah mengunjurkan kos bagi projek ini adalah kira-kira RM72 bilion, termasuk pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia, berasaskan kepada penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum ini.

    6. Kos sebenar hanya diketahui apabila tender sepenuhnya bagi merekabentuk, membina, pembiayaan dan penyelenggaraan kesemua stok guling (rolling stock) dan aset keretapi HSR, yang dijangka ditutup sepenuhnya pada 28 Disember, 2018.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7. Sehubungan dengan itu, kerajaan seharusnya memberitahu kita bagaimana mereka memperolehi angka RM110 bilion? Adakah angka ini juga dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi ‘hutang negara?’

      8. Saya juga terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan bahawa Malaysia tidak mendapat pulangan sesen pun daripada projek HSR.

      9. Realitinya, projek infrastruktur seperti HSR ini, membawa pulangan dan manfaat dalam bentuk kenaikan nilai hartanah, kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang pekerjaan pendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara dari Singapura serta pelancongan.

      10. Saya mahu bertanya kepada Dr Mahathir apakah projek-projek Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Central Spine Road yang tiada tol, projek LRT, MRT dan monorel mendapat pulangan dari hasil tiket sahaja? Sudah tentu tidak.

      11. Projek-projek infrastruktur ini mendatangkan pulangan kepada negara dari segi kepesatan ekonomi. Kerajaan akan meraih pendapatan daripada cukai yang diperoleh daripada ekonomi yang lebih rancak. Manakala, rakyat pula mendapat kemudahan dan peluang pekerjaan kerana dapat berhubung dengan mudah.

      12. Rasional yang sama digunakan dalam pembinaan HSR ini. Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, laluan penerbangan Kuala Lumpur Malaysia adalah yang tersibuk di dunia. Terdapat permintaan yang luar biasa terhadap perjalanan Kuala Lumpur-Singapura ini. Kerana itulah HSR ini sebenarnya sangat menguntungkan negara.

      13. Saya juga ingin bertanya adakah agensi terlibat dengan projek ini sudah diberi ruang untuk membentangkan kes mereka kepada kabinet dan Majlis Penasihat Kerajaan? Adakah kajian impak ekonomi dan penilaian impak alam sekitar sudah dibentangkan dan dipertimbangkan? Bolehkah kajian ini kini didedahkan kepada umum?

      Unjuran yang terkandung dalam laporan berkenaan yang pernah saya lihat menunjukkan manfaat ekonomi sehingga RM650 bilion bagi GNI sehingga 2069. Manakala akan wujud 110,000 peluang pekerjaan dan ia diunjurkan akan meningkat sehingga 442,000 menjelang 2069. Untuk lebih telus, laporan ini seharusnya ditunjukkan kepada orang awam sebagaimana dilakukan kerajaan BN sebelum ini ketika laporan dipamerkan kepada orang ramai untuk maklum balas.

      14. Adakah pembatalan ini adalah keputusan seorang sahaja? Saya difahamkan Menteri Pengangkutan baharu telah membuat kenyataan bahawa projek HSR ini tidak pernah dibincangkan dalam kabinet manakala Menteri Kewangan baharu enggan memberi ulasan tentang pembatalan projek HSR ini.

      15. Projek HSR ini adalah projek jangka panjang dengan pelaburannya akan dapat diperolehi kembali pada dekad mendatang, dari pertumbuhan trafik selain kesan limpahan manfaat ekonomi berkaitan projek ini.

      16. Impak ekonomi dari projek HSR ini juga turut mengambil kira analisa kewangan dan laporan Bank Dunia bagi unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini dan beberapa tahun akan datang.

      17. Dengan pembatalan projek ini, prospek pertumbuhan KDNK Malaysia akan menyusut dan pertumbuhan peluang pekerjaan akan terencat? Kerajaan baharu perlu mengambil kira faktor ini dan mempunyai langkah pilihan bagi mengisi jurang kekurangan ini.

      18. Zaman kini sudah berubah dan ekonomi hari ini lebih sofistikated dari dulu dan adalah mengecewakan jika Perdana Menteri gagal melihat pulangan projek ini sebagai pemangkin ekonomi seperti HSR ini di luar skop hasil jualan tiket sahaja. Jangan membuat keputusan semata-mata kerana dendam kesumat terhadap individu ataupun Kerajaan Barisan Nasional. Keputusan yang dikaburi emosi hanya akan merugikan rakyat.

      Delete
    2. Hsr buat malaysia tambah beban hutang...hutang dah menimbun...hanye mampu bayar bunga hutang tiap tahun....lebih baik batal...berapa ramai rakyat malaysia mampu bayar tiket hsr setiap hari?...

      Delete
    3. Pertama ...angka2 yang diberi tentang 400 ribu peluang pekerjaan masih tidak jelas . Juga unjuran GNI sehingga 650 billion menjelang 2069 , iaitu 50 tahun kehadapan juga adalah samar2 serta tidak konkrit .

      Situasi yang sama juga pernah di war warkan olih manusia bernama Najib ini tentang 1MDB . Di khabarkan , ia satu bentuk pelaburan unik yang akan membawa menafa'at kepada rakyat Negara ini . Akan terdapat peluang pekerjaan puluhan ribu . Akhirnya , selepas 10 tahun , yang ada hanyalah hutang2 . Pekerjanya juga di sahkan hanya 1 orang saja . 1 orang sahaja ?? Kot saya tersilap pandang dan baca ???

      Unjuran pelaburan 72 billion adalah jumlah pokok . Apabila di tafsirkan pada kadar 3% setahun untuk jangka masa pembayaran 20 tahun , jumlah besar pelaburan menjadi didalam anggaran 110 billion .

      Laporan awal saperti apa yang Rahman Dahalan nyatakan , sumbangan GNI dari projek ini adalah 1 billion setahun . Jadi untuk tempoh 50 tahun , ia hanya menyumbang sekitar 50 billion sahaja . Ini dari peneraju EPU dibawah kerajaan BN .

      Saya pun hairan dan taksub dengan angka 650 billion yang di nyatakan olih Najib ...menteri kewangan kerajaan BN . Jadi siapa yang tak pandai mengira ??? atau pun memang kedua dua nya sama bangang dan bahlol ??

      Delete
    4. Saje jer tun m nk ckp 2billion pun boleh...sedap la sikit nak bahan macaiiii umno yg tak sedar2 lagi tu

      Hahahahaha...

      Delete
    5. GANGSTER NAJIB SUNGEI BULOH INN RINDU MENUNGGUMU.

      Delete
    6. PEMBERIAN BONUS AIDILFITRI UNTUK PENEROKA FELDA DAN PENJAWAT AWAM HARUS DITERUSKAN
      rhg | May 29, 2018
      1. Pertama, kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan PH atas janji pembayaran kedua BR1M yang sebelum ini memang telah dijadualkan untuk dibayar pada Jun 2018 sebelum hari raya di bawah Kerajaan BN.

      2. Pemberian ini akan memeriahkan Hari Raya Aidilfitri kepada berjuta-juta penerima, yang akan menyambutnya dalam dua minggu lagi.

      3. Bagaimanapun, kami memandang berat dengan kenyataan bahawa Kerajaan PH masih belum mengesahkan lagi akan membayar ataupun menyatakan jumlah bonus hari raya untuk penjawat awam.

      4. Di bawah Kerajaan BN sebelum ini, setiap individu dalam sektor perkhidmatan awam akan dibayar bonus hari raya sebanyak RM 500 setiap tahun sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan kerja keras mereka.

      5. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini mengatakan bahawa ekonomi kita kukuh dan kuat tetapi pada hari berikutnya apabila ditanya mengenai pembayaran bonus hari raya untuk penjawat awam, beliau memberikan alasan bahawa ekonomi kita lemah dan akan mempertimbangkan pembayaran bonus hari raya hanya untuk penjawat awam yang bergaji rendah. Tetapi, itu pun masih belum disahkan lagi.

      6. Tidak membayar bonus akan menjadi tamparan berganda kepada pekerja sektor perkhidmatan awam kerana Kerajaan PH juga telah mengumumkan bahawa mereka akan mengkaji semula kenaikan gaji mereka yang dirancang untuk tahun ini, memandangkan ini adalah janji BN dan bukan janji PH.

      7. Sepanjang sembilan tahun lalu, Kerajaan BN di bawah YB Dato’ Sri Najib Razak telah memberi perhatian khusus untuk memperbetulkan kedudukan tangga gaji untuk penjawat awam bergaji rendah, yang kami anggap sebagai suatu ketidakadilan untuk mereka. Sebagai contoh, gaji bulanan untuk pembantu pentadbiran adalah sebanyak RM 650 pada tahun 2007, dinaikkan secara berperingkat-peringkat kepada RM 1,400 menjelang tahun 2018.

      Kami berharap kerajaan PH mengiktiraf keadaan sektor perkhidmatan awam dan jurang gaji yang besar berbanding sektor swasta.

      8. Menyedari cabaran yang dihadapi oleh peneroka FELDA, Kerajaan BN sebelum ini juga telah membayar bonus hari raya kepada semua isi rumah peneroka FELDA. Jumlah ini juga sebanyak RM 500 pada tahun lepas.

      9. Namun, setakat ini Kerajaan PH belum lagi mengumumkan bahawa peneroka FELDA akan mendapat pembayaran sempena hari raya nanti.

      10. Kami berharap Kerajaan PH tidak menggunakan “hutang negara” yang diuar-uarkan angkanya RM 1 trilion sebagai alasan untuk tidak membayar para peneroka FELDA dan mengkhianati kepercayaan sesetengah peneroka ini yang telah mengundi PH pada PRU14 yang lalu.

      Unit Komunikasi Strategik
      Ibu Pejabat UMNO
      Kuala Lumpur
      29 Mei 2018

      Delete
  39. Masih ada lagi macai2 UMNO dan lebai2 taksub yg dok merayau2 cari tuan macam hantu polong? Korang tulislah panjang mana pun, takde orang nak baca post ko. Rakyat dah meluat dengan Umno dan PAS tp korang masih lagi nak sebar propa bangang. Tapi this is a free country so teruskanlah kerja2 bodoh tu. Masa BN masih lagi jadi gomen takde rakyat nak percaya dgn macai2, inikan pulak dah jadi penyamun dan penyangak. Korang tak nak ke ikut Jamal Jamban menyorok kat ladang sawit?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  40. sebab utma kenapa hadi nak bersama ph:
    PH Pegang media perdana apa akan jadi kes SR,Nik abduh dan 1mdb/sr link KANTOI..

    Jika bersama ph,boleh kawtem 'BLACOUT' media.

    ReplyDelete
  41. Dr M: RM100 bilion untuk cipta 100k kerja tak cekap
    30 Mei 2018, 10:51 malam (Dikemaskini 30 Mei 2018, 10:59 malam)

    A A
    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bahawa projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan menjadi pemangkin ekonomi bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

    "Anda mahu membelanjakan RM60 bilion hingga RM100 bilion supaya 100,000 orang boleh bekerja, itu tidak cekap," kata Mahathir ketika ditemui pemberita di Putrajaya malam ini.

    Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai HSR.

    Najib berkata HSR akan mewujudkan 110,000 pekerjaan pada permulaan projek itu dan akan berkembang kepada 442,000 peluang pekerjaan menjelang 2069.

    Baca: Najib: HSR boleh jana RM650 bilion, lebih 400k kerja

    Beliau berkata pada tahun itu, HSR juga boleh menjana pendapatan negara kasar sebanyak RM650 bilion.

    Mahathir membatalkan HSR sebagai sebahagian usaha penjimatan kos kerajaan.


    Bagaimanapun perdana menteri berkata kerajaan perlu membayar RM500 juta kepada Singapura sebagai pampasan untuk membatalkan projek itu.

    Sementara itu, mengulas mengenai perkara berasingan, Mahathir berkata kerajaan akan merundingkan semula konsesi tol.

    "Kami akan runding semula," katanya ringkas.

    Beliau menjawab soalan mengenai konsesi tol lebuh raya Plus, yang sepatutnya berakhir esok, 31 Mei.

    Bagaimanapun, kerajaan terdahulu pada 2011 melanjutkan konsesi tol sehingga 2038, berikutan penswastaannya ​​pada tahun yang sama.

    ReplyDelete
  42. Ingat sokong PH akan dapat banyak kemudahan & bantuan...tapi hampeh...
    Nak kena derma pula dekat kerajaan...
    Tabung Harapan Malaysia...bunyi seakan-akan tin milo...

    ReplyDelete
  43. CERITA HUTANG SAJA, PENDAPATAN YANG NAJIB JANA TAK KIRA?
    Adamyan | May 28, 2018


    BERDASARKAN perkembangan semasa. rakyat sudah boleh mula menjangka banyak janji dalam manifcsto ‘pembangkang’ sepanjang kempen PRU14 yang lepas tidak akan dilaksanakan, terutama 10 janji utama dalam 100 hari pertama – satu pun kita tak nampak lagi dilaksanakan setakat hari ini sekalipun masa kempen hari itu ada seorang di kalangan mereka yang kata, hari ini perintah, esok buat.

    Baru cerita yang 10 tu saja, yang lain dalam buku janji depa tu jangan cakaplah, macam hapus tol umpamanya, boleh berhenti berharap.

    Mula dengan salah seorang ahli majlis orang tua yang berkata tempoh 100 hari ini bodoh, ia juga berdasarkan pemerhatian penulis di media sosial, dimana ramai dari penyokong Pakatan ini sudah mula main cerita lain dari janji-janji yang nak dilaksanakan itu.

    Satu perkara yang kita kena faham tentang penyokong Pakatan di media sosial, bila semua orang main isu sama termasuk segi konteks dan gaya bahasa yang digunakan, itu maksud memang ada wave yang nak diwujudkan. Kalau tak cuba nak mengelirukan, nak bagi senang hati sesama diaorang.

    Rata-rata penulis lihat asyik bercakap tentang hutang negara yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu dan menjadikan itu sebagai alasan kenapa banyak daripada perkara dalam manifesto itu mungkin tidak akan dilaksanakan nanti. Sehinggalah ada cadangan di kalangan mereka untuk mengadakan crowd funding bagi menyelesaikan semua hutang yang ditinggalkan dan sebagainya.

    Kelakar.

    Seolah-olah faham penyokong Pakatan di media sosial ini, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya jana hutang sahaja, tidak langsung jana pendapatan untuk negara. Hutang mesti cerita dengan pendapatan. Buat hutang bukan masalah, tak bayar hutang tu yang masalah. Itu hairan kenapa cerita hutang saja, bab pendapatan tak pulak kira? Tapi dalam masa yang sama mengaku pulak ekonomi negara berada dalam kedudukan baik?

    Cerita Najib konon buat hutang banyak ni bukan cerita baru, cerita lama dah, sejak 2015 lagi.

    Betul tak betul tu belakang ceritalah tapi yang pentingnya disini, itu nampaknya tak menghalang pembangkang pada waktu itu menjadikannya sebagai isu untuk menghasut rakyat bagi tidak menyokong kerajaan, termasuk merangka pelbagai janji bulan dan bintang dalam manifesto PRU mereka – walaupun tahu “hutang banyak”. Kalau masa itu tak jadi masalah, kenapa sekarang pulak isu hutang ni nak jadi masalah?

    Sangkaan ini (janji tidak akan dilaksanakan) bertambah kuat bila ada stesen radio yang mula (diarah?) mendapatkan pandangan pendengar mereka tentang beberapa janji manifesto Pakatan, sepertinya caruman KWSP untuk suri rumah. Baru nak buat kajian? Dah jadi kerajaan dah, laksanakan sajalah.

    Tapi nak kata apa, orang tua dah cakap, “we have so many uneducated person in this country”. Masa dia cakap tu pulak, Pakatan baru menang dan bentuk kerajaan. Jadi faham-faham sajalah siapa yang dimaksudkan.

    ReplyDelete
  44. MAY 30, 2018
    18
    Magika Majlis Penasihat Kerajaan PH
    image: https://1.bp.blogspot.com/-jfiax8A4ZbE/Ww6pvmgFr5I/AAAAAAABQ3c/uKPsSjj880Yi7k9tnmoGTtvZgNAcnBjjgCLcBGAs/s640/IMG_20180530_213733.jpg



    Council of Eminent Person:
    - Bekas Gabenor Bank Negara,
    - Bekas Menteri Kewangan
    - Billioanaire
    - Professor Ekonomi
    - Bekas Pengerusi Petronas

    Hasil penyelesaian:
    - Wujudkan tabung bayar hutang negara.

    Cadangan saya:
    - Baik ambik AJK surau jadi ahli council....Ingatkan bila kerajaan PH naik, bijak pandai dalamnya boleh selesaikan isu hutang negaar, rupa2 rakyat yang kena tolong depa selesaikan hutang tu...bijak2 sungguhlah orang2 yang ada dalam paktaoon ni kan !!!!!! tak abih2 nak nyusahkan rakyat marhaein aje depa ni semua...

    ReplyDelete
  45. MAY 30, 2018
    69
    Berapa Kos Penyiaran Yang Perlu Ditanggung Rakyat Malaysia Untuk Penyiaran Piala Dunia 2018 Di RTM?
    Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau berkata, cadangan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan. Baca di sini.

    Semalam Gobind memaklumkan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.

    Ironinya, Perdana Menteri dalam Sidang Media selepas Mesyuarat Kabinet kedua di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini, antara lain telah mengumumkan perkara-perkara berikut:
    Bonus Hari Raya Penjawat awam untuk gred 41 ke bawah sahaja yang lebih kecil daripada Kerajaan Barisan Nasional terdahulu iaitu RM400.
    Projek Landasan Keretapi Laju (HSR) dibatalkan dan akan dibincangkan dengan Singapura.
    Projek Mass Rapid Tren (MRT) 3 dibatalkan.

    Ketiga-tiga projek berkenaan dibatalkan kerana Kerajaan tidak mahu berbelanja besar, mungkin. Ini ditambah pula dengan tindakan Kerajaan PH akan buka akaun 'Tabung Harapan' untuk kutip derma dari Rakyat untuk bayar hutang negara. Satu lawak antarabangsa dari Menteri Kewangan atau Menteri Kewayangan.

    image: https://1.bp.blogspot.com/-PV1wdGQVn_0/Ww5YXRK3EvI/AAAAAAABQ3E/Xz5b1Wkpk0QZjkibh2LiafPrzSORHUU7ACLcBGAs/s640/33943480_10156253130553592_7578240979409305600_n.jpg



    Ironinya Kerajaan PH. Walaupun kononnya tiada duit buat HSR dan MRT3, bonus Raya untuk kakitangan awam (golongan tertentu sahaja) kecil saja, tidak mampu naikkan gaji kakitangan kerajaan, Bursa saham jatuh menjunam, harga barangan mencanak naik, tapi Kerajaan PH cukup duit untuk siaran langsung Piala Dunia dalam RTM1.

    Rakyat Malaysia pastinya mahu tahu berapakah hak penyiaran yang perlu dibayar untuk penyiaran siaran langsung Piala Dunia di RTM daripada Pak Menteri. Bukan semua Rakyat minat bola. Apa signifikan terhadap usaha penjimatan yg digembar-gemburkan? Lagipun dengan harga barangan makanan meningkat, kita makan bola sajalah.

    Kemaskini 4:10 PM - RM40 juta sahaja sebenarnya. RM40 juta bukankah lebih baik bayar hutang negara? Jangan marah. Saya tanya aje beb !!!!!....kalau guna 40 juta tu untuk penuhi tuntutan ceupacs agar penjawat2 awam tetap dan kontrak yang bakal ditamatkan perkkhidmatan mulai 1 jun ni di'extendkan' perkhidmatan mereka 6 bulan lagi kan lebih berfaedah, khususnya Aidil fitri semakin hampir ni...takde perasaan dan hati perut ke kerajaan PH ni, bagilah masa sikit untuk mereka mencari kerja lain..ini tak , hanya kerana dendam terbuku dalam hati tu, sifat kemanusiaan telah luput dari jiwa mereka !!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah lagi la mana mana kerajaan minta derma duit utk selesaikan hutang negara. Ni semua kerja mengarut dan bodoi.... Ini saja ke idea yg ada drpd majlis penasihat negara. Budak darjah satu pun tahu kalau selesaikan masalah guna cara ni. Apa kata Tun Daim, Robert Kuok yang memang terkenal dengan harta kekayaan yang bertimbun2 tu 'menderma' dulu untuk tabung ni...takkanlah setakat 1-2 billion akan memufliskan mereka..kalau tak cukup lagi..mintak lah pulak dari anak2 Tun M yang jadi billionaire sekelip mata tu..inilah baru berkorban untuk Msia dalam erti kata yang sebenar2nya...walk the talk, not only talk the talk...ada bran ke haah????

      Delete
    2. Zaman NAJIB - janji 5 hari tol free musim Raya ni
      Era Tun M - janji 2 hari tol diskaun 50% je musim Raya ni

      Tapi puak2 Pakaton suka janji Tun M lagi. Samaada puak2 tu gagal matematik atau rabun angka. Kesian bila mikirkan mentaliti lembab pengundi2 dari puak Pakaton ni... keh keh keh.

      Betul le, bagi dia orang yg bengap tu, 6 adalah lebih besar dari 10.. keh keh keh ...Hak Tuiiiii !!!!!!

      Delete
    3. Orang Malaysia ni kan pemurah dan baik hati mesti derma TABUNG HARAPAN banyak masyuk... lagi2 kalau tengok Tun M nangis2 macam drama melayu...lagi la kesian gila..memang betullah cakap DSNR dulu tu, dia ni patut dapat rangkul best actor award kat Msia..

      Kesian negaraku Malaysia yang gagah perkasa ... lepas 9 hb mei tak sampai sebulan bibit2 awal negara nak lingkup dah semakin jelas...projek mega2 semua batal.. yang tanam anggur tak berbuah lg ramai...


      Ingatkan boleh tolong rakyat..ni rakyat pulak kena tolng depa... nasib la kau labu...ghairah sangat nak tukar kerajaan, kan dah kena kincing kaw2 punya beb, tak payah nak tunggu 100 hari bhai..keh...keh..keh...haaak tuiiii!!!!!

      Delete
    4. WAYANG CINA PEKJEE KERAJAAN PH DAH BERMULA...TAK PAYAH BERSELINDUNG SEBALIK TABUNG RAKYAT..KAN BAGUS KALAU TUN DAN KERAJAAN PAKATAN MENGAKU SEBENARNYA MEREKA DAH MULA PANIK BILA INCOME NEGARA HILANG BILION RINGGIT DENGAN MENGHAPUSKAN GST.JADI SEBAGAI LANGKAH TERDESAK, TABUNG HARAPAN DIWUJUDKAN DENGAN ALASAN RAKYAT PERLU MEMBANTU UNTUKK MELANGSAIKAN HUTANG NEGARA.SEKALI LAGI RAKYAT TERTIPU.KESAN PEMANSUHAN GST AMAT BESAR PADA PENDAPATAN NEGARA.RAKYAT DIPAKSA SECARA HALUS UNTUK ISI KANTUNG PENDAPATAN NEGARA YG MULA LOMPONG KERANA TIADA INCOME MASUK MELALUI PENGHAPUSAN GST. YANG TERSENYUM SIMPUL SEKARANG IALAH PIZI...DIA TAK SANGKA KUTIPAN UNTUK TABUNGNYA MEMBAYAR SAMAN NFC dulu..KINI DITIRU BULAT2 OLEH TUN M DAN KERAJAAN PAKATOON ..TAK ABIS2 KERAJAAN BARU NI NAK NYUSAHKAN RAKYAT..MESTI MENYESAL BERGULING2 SAPA YANG MENGUNDI DEPA NI HARI TU BEB !!!!!!

      Delete
    5. Atok kutty kerala janji nak hapus tol terus hari tu.. Tapi yang dia bagi 2 hari sebelum raya je.. Itu pun 50% je.. Atok kutty berani u turn sebab dia tau pengundi2 pakarturn haprak semua uneducated.. Dia orang mesti suka punya , bertempik sorak satu negara bila tol turun 50%... Kahkahkah...

      Basah kena kencing dengan atok kutty..

      Lagi 1.. Tabung derma kononnye untuk bayar hutang negara tu elok la letak kat semua pondok tol.. Senang si bengap2 macai PH uneducated nak derma.. Kahkahkahkahkah...Haaak tuiiiiii !!!!!!!!!

      Delete
    6. Nak tanya sikit ja pada cai2 PH haprak kat sini...
      Gst jadi zero 1 jun
      Sst September baru pungut
      Jadi dari june sampai September gomen takder income dari gst atau sst
      Kalau takder income, gomen dpt duit dari mana? Tak kan dari tabung kot...ooooo, patutlah beria2 sangat nak lancarkan tabung tu, rupa2nya nak isi kantung kerajaan untuk teruskan segala projek2 mereka ....jangan mare kerana tanya yeer, marah..nanti kena jual 25%..keh..keh..keh..Haaak Tuiii!!!!

      Delete
    7. Semakin lama semakin pelik kerajaan PH ni....
      nak tubuh tabung harapan untuk apa ??
      Tun cakap ekonomi negara teruk ada rakyat yg sukarela nak derma
      Ok la tu niat baik tapi siapa yg nak derma tu ??
      Budak2 kpop ?? PTPTN pun liat nak bayar, lebih rela diblacklist dari menjelaskannya..tak dpt BRIM maki hamun orang...keje malas ..memilih..lepas tu gaduh takde keje
      orang kaya ?? minyak naik 1 sen pun riuh sekampung...holiday oversea boleh pulak ..kena gst kat sana tak kisah pun, bila kena GST kat negara sendiri melalak macam nak keluar anak tekak..orang cam ni ke yang kita harap nak derma kerrrr???
      Zaman Tun ni...siapa pandai putar alam ..kaya raya, jadi jutawan instant macam kroni2 dan anak beranaknya.............tapi.....
      siapa lurus bendul..jadi bendul pintu la sepanjang hayatnya...keh...keh..keh...Haak Tuiii !!!!!!!

      Delete
    8. Kengakawan semua...kau orang perasan tak, menteri2 dalam PH ni, mereka ni suka2 hati ckp itu ini...sebab nak biar rakyat yang uneducated yang pangkah PH ni..kata...ohh betul lah..negara nak bangkrap dikerjakan si Najib..
      Tengok apa jadi..dalam diam2 majlis orang tua2 yang tak ingat nak mampus songlap duit...rezab negara...jgn main2 ok...now Allah bayar cash pada depa semua..
      Lagi satu, sapalah agak2nya yang nak derma kt tabung harapan tu...
      Mukriz... mokhzani...mirzan..robert kuok...ananda krisnan..lg dan lagi ..daim.. kan orang kuat atok..minta jerlah kt diorang...kata..nak selamatkan Malaysia..kata nak bantu rakyat..ni rakyat pula nak kena bantu Kera..ja..an Al munafiq...kirim salam jerlah
      ..lagi elok sedeqah kat rumah anak2 yatim...bnyak gak pahala..sampai akhirat....so..biar Cina Dap dgn mereka2 yng pangkah PH derma..ahli Umno dan yang 6 juta tak mengundi tu. kita bolayan....kata Malaysia nak bangkrap kan..biar bangkrap...baru padan muka..yng sokong PH laknatullah...nak sangat..memerintah..sekarang fitnah tu terpalit kt muka sekor2 kaki fitnah...Allah akan dngar doa..pemimpin yng dizalimi..so..kita saksikanlah sambil makan pop corn...keh..keh...keh...Haaak Tuiiii !!!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...