Thursday 24 May 2018

PECAT SAJA SHAHIDAN, SELESAI MASALAH!!


Politik Perlis bergolak lagi. Apa yang berlaku hari ini boleh dikata merupakan ulangan kepada pergolakan tahun 2008 dahulu.

Pada tahun 2008 dahulu, isu perlantikan Menteri Besar Perlis juga menimbulkan masalah, tetapi ia akhirnya selesai apabila Mohd Isa Sabu dipilih dan Shahidan Kassim diketepikan.

Kali ini, watak Shahidan sekali lagi yang menjadi masalah dan puncanya. Sejak awal lagi, beliau sudah menamakan adiknya, Ismail Kassim sebagai bakal Menteri Besar Perlis, walaupun UMNO belum berkata apa-apa.

Ketika itu, UMNO Pusat tidak berkata apa-apa kerana semua pihak bagaikan terkejut berikutan kekalahan BN kepada Pakatan Harapan yang diterajui oleh Tun Mahathir Mohamad.

Namun, khabarnya pemilihan Ismail itu tidak dipersetujui oleh pihak istana dan setelah dua minggu berlarutan, dua peneraju baru UMNO, Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein dua hari lalu mengadap pihak istana untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Difahamkan, dalam perbincangan tersebut, nama yang dipersetujui untuk dijadikan Menteri Besar Perlis ialah Azlan Man yang akan meneruskan khidmatnya bagi penggal kedua.

Seharusnya, setelah Zahid Hamidi dan Hishammuddin mengadakan perbincangan dengan istana, perkara itu sudah selesai dan diterima oleh semua pihak, terutamanya Shahidan.

Bagaimanapun, dalam majlis angkat sumpah hari ini, di sebalik Azlan Man menerima watikah perlantikannya, sembilan Adun BN memboikot majlis itu di mana kesemua mereka akhirnya didapati ada bersama dengan Shahidan mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Jelas di sini Shahidan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang permintaan beliau agar adiknya dijadikan Menteri Besar adalah dalang kepada pemboikotan itu.

Shahidan dan sembilan Adun berkenaan bukan saja tidak menghomati calon Menteri Besar yang dipersetujui dalam perbincangan antara Zahid Hamidi dan Hishammuddin dengan istana, tetapi memboikot majlis angkat sumpah itu juga merupakan perbuatan biadap serta suatu bentuk penderhakaan kepada Raja Perlis.

Lebih-lebih lagi apabila Shahidan juga mempersoalkan maksud murka yang ditujukan oleh Raja Perlis kepada sembilan Adun berkenaan. Dalam hal ini, mustahil Shahidan tidak memahami maksudnya, melainkan beliau sengaja mahu menunjukkan penderhakaannya.

Dengan UMNO hanya tinggal menguasai dua negeri - Pahang dan Perlis - kemelut yang ditimbulkan oleh Shahidan ini hanya menambah-burukkan lagi imej parti itu di mata masyarakat.

Memang dengan pemboikotan itu, Azlan tidak dapat membentuk barisan exconya kerana BN hanya menang 10 daripada 15 kerusi DUN di negeri itu.

Tetapi,  UMNO Pusat yang baru dipimpin oleh Zahid Hamidi dan dibantu oleh Hishammuddin perlu berani bertindak tegas dalam menangani hal ini.

Shahidan wajar diambil tindakan pantas sama ada digantung keahlian atau dipecat terus daripada UMNO berikutan tindakannya itu, manakala lapan Adun yang memboikot itu, kecuali adik Shahidan iaitu Ismail Kasim yang mungkin akan terus menyebelahi abangnya, mesti diarahkan kembali menyokong Azlan.

Inilah adalah soal disiplin dalam berparti yang mana sesiapa yang melanggarnya, harus berdepan tindakan tegas. Jika tiada tindakan tegas, di masa depan, entah apa-apa karenah lagi yang bakal ditimbulkannya.

Tindakan Shahidan mengumumkan Azlan Man sebagai Menteri Besar bebas dan mencadangkan pemecatannya secara serta-merta adalah melambangkan keangkuhan kerana kuasa memecat seseorang ahli UMNO terletak di tangan MT UMNO, bukan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.

Dalam waktu terdekat, kalau tiada tindakan diambil, Azlan Man juga mungkin berdepan dengan undi tidak percaya di DUN Perlis yang digerakkan oleh Shahidan dan jika itu berlaku ia pasti memburukkan lagi keadaan politik negeri itu.

Dengan tindakan segera diambil terhadap Shahidan, manakala lain-lain Adun diminta kembali menyokong Azlan, pentadbiran negeri Perlis boleh dikembalikan seperti sediakala.

Masalah akan selesai jika kedudukan Shahidan "diselesaikan" terlebih dahulu, kecuali Zahid Hamidi dan Hishammuddin takut untuk bertindak tegas dan menjadi berani.

Dalam waktu yang sama, tindakan Shahidan meminta bantuan Tun Mahathir untuk menyelesaikan kemelut politik di Perlis juga ternampak kelakar kerana ini adalah masalah dalaman UMNO dan tiada kaitan sama sekali dengan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan juga, sama ada setelah Shahidan diambil tindakan nanti atau tidak oleh UMNO, tidak harus menerimanya untuk bekerjasama atau menyertai mana-mana parti dalam gabungan itu.

Shahidan adalah liabiliti, bukan aset kepada Pakatan Harapan. (ShahbudinHusin 24/05/2018)

147 comments:


  1. Negeri besaq kelemboi pun payah.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majoriti (bukan semua) orang2 veteran UMNO ni memang UMNO totoK............sikap, cara, fikiran umnonya sudah sebati dalam darah daging dan tak boleh diubah lagi.

      Maka bagaimana dulu begitu jugaaakklah sekarang.......tiada perubahan.

      Tamakkan jawatan, pangkat, kuasa, wang....sombong dan bongkak........kalo bercakap atau berucap penoh dengan keangkuhan.

      Itu sebabnya berlaku Tsunami Rakyat pada PRU14......kerana rakyat maukan perubahan dan dah jemu jelak dengan sikap burok mereka.

      Delete
    2. Sorry,



      Lat Talilat Tali Tam Plom




      Delete
    3. Sorry lagi,


      One Two Som. Siapa kalah kena ketuk!


      Delete
    4. Soal paling penting nya ia lah: Ada kah calon MB itu di sokong majoriti Ahli Dewan Negeri (ADUN)? Jika ada, Raja Perlis perlu lantik dia dan adakan acara angkat sumpah.

      Jika tidak pasti, Raja Perlis boleh memuaskan hati dengan menanya tiap ADUN, seperti di buat Sultan Perak, Raja Azlan Shah, dulu. (Yang menyebabkan calon PAS, Mohamad Nizar, menjadi Menteri Besar sekejap saja).

      Jika Raja Perlis ada di beri tahu bahawa ada beberapa ADUN BN yang tidak sokong calon MB itu hingga bermakna dia tidak ada sokongan majoriti di DUN, tidak boleh lantik calon dan adakan acara angkat sumpah calon itu.

      Raja Perlis bertanggung jawab meLantik dan melakukan acara adi DUNngkat sumpah calon yang ada majoriti di DUN.

      Tidak boleh ada soal calon MB "di diktat orang luar" dan sebagai nya. Itu hal politik. Raja ada lah "above politik".

      Jika selepas beberapa lama (tempoh nya mengikut peraturan SPR) tidak di dapati calon yang mempunyai sokongan majoriti ADUN2 Perlis, SPR perlu adakan PRU Negeri itu semula.

      Delete


    5. Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas.

      Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas.

      Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas.

      Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas.


      Delete
    6. Kata Shahbudin, "khabarnya pemilihan Ismail itu tidak dipersetujui oleh pihak istana dan setelah dua minggu berlarutan, dua peneraju baru UMNO, Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein dua hari lalu mengadap pihak istana untuk menyelesaikan perkara tersebut."

      Perlu di tentukan jika Ismail itu ada sokongan majoriti Ahli2 Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ifdak. Kalau ada, sudah salah lah jika lantikan nya di pendamkan.

      Cara sebaik nya untuk menentukan calon itu di sokong majoriti ADUN ia lah menemui tiap seorang dan menanya mereka. Tiada di sebut jika ini berlaku atau tidak.

      Delete


    7. PERMAINAN KERUSI MUZIK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI KAEDAH MEMILIH MENTERI BESAR PERLIS



      Jenis permainan yang satu ini, cukup mudah untuk diikuti, Bu.

      Ibu hanya perlu menyiapkan beberapa buah kursi (tergantung dari jumlah ADUN) ataupun bantal sebagai pengganti tempat duduk.

      Cara bermainnya , ketika musik dihentikan, ADUN harus duduk di bangku yang sudah disediakan.

      Bagi ADUN yang tidak mendapatkan kursi harus keluar, dan Ibu harus mengeluarkan satu bangku pula.

      Agar lebih menarik, Ibu bisa mengundang beberapa anggota ADUN pembangkang untuk ikut serta bermain kursi muzik ini lho, Bu.


      Yang terakhir tinggal, akan dipilih sebagai MB Perlis.


      Delete
    8. Selepas Zahid dan Hishammudin mengadap Raja Perlis, Azlan Man di persetujukan calon MB.

      Tapi dalam majlis angkat sumpah hari ini, 9 Adun BN memboikot majlis itu. Kesemua mereka akhirnya didapati ada bersama dengan Shahidan mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur.

      Maka nyatalah Shahidan dan 9 ADUN BN itu kurang ajar terhadap Istana Perlis.

      Juga nyata bahawa Zahid dan Hishamuddin tidak di hormati dan tidak di pedulikan Shahidan, Ketua Perhubungan Umno/BN Negeri Perlis itu.

      Jahat rupa nya Shahidan ini.

      Delete
    9. Tidak salah bagi Shahidan meminta Tun M sebagai PM negara ini coba menyelesaikan masalah Perlis.

      Ha nya atas Tun M mahu layan atau tidak. Betul kata Budin bahawa ini masalah politik Umno di peringkat negeri. Tapi ia juga ada kaitan dengan ketenteraman keadaan politik negara ini.

      Kot Tun M akan senyum sinis buat beberapa lama berkenaan keadaan itu. Biarkan Umno/Bn tunggang langgang, lintang pukang. Tapi, jika masih berlarutan, dia tentu akan coba leraikan pihak2 yang bergaduh, nasihatkan, sekel kepala mana yang sesuai.

      And move on.

      Banyak masalah lain yang jugak ketara.

      Delete
    10. Tuanku Raja Perlis sgt bijaksana. Cuma kebijaksanaan tuanku disabotaj oleh shahidan yg kemaruk kuasa. Dia mahukan adiknya menjadi mb spy dpt dikawal. Adik shahidan mana ada kebijaksanaan dlm apa juga perkara pun. Shahidan yg melakukan segalanya utk menaikkan adiknya dgn guna doktrin cash is king.
      Shahidan cuba melibatkan Tun dlm isu ini kerana nak lompat parti. Dia akan tawarkan pelompatan parti adun bn ke pakatan utk membolehkan pakatan mentadbir perlis. Jgn terperangkap dgn permainan shahidan.
      Shahidan tahu umno sdh tiada taring krn tiada ketua yg blh disegani lagi. Shahidan sdh terdesak krn politik wang telah ditolak.
      Shahidan blh dianggap pengkhianat negeri perlis. Rakyat perlis telah terbodoh memilih calon bn sbg adun.

      Delete
    11. malulah ... rakyat perlis bersama raja bukan bersama shahidan.

      Delete
  2. selamat berbuka puasa.

    lupuskn shahidan dpd politik perlis. umno hnya menang sekangkang kera perlis tp masih bongkak dan derhaka.

    melantik adik mnjadi mb adalah kronism yg jelas. hebat sgtkh adik shahidan?

    ReplyDelete
  3. MAY 24, 2018
    39
    Secara Tiba-Tiba Proton Menjadi Hak Individu Dan Bukan Kerajaan

    Mesyuarat pertama Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya semalam telah memutuskan 15 perkara. Salah satu daripadanya adalah (baca di sini),
    Tidak ada campurtangan politik di Proton, bergantung kepada apa yang Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary dan Geely mahu lakukan.
    Malah Kerajaan Baru PH tidak ada perancangan untuk mengambil alih kepentingan di dalam kereta nasional negara Proton daripada syarikat automobil dari China iaitu Zhejiang Geely Holdings Group. Perdana Menteri, ketika ditanya The Edge Markets (baca di sini), berkata,
    Proton does not belong to the government. It belongs to Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. It is up to him whether he wants to purchase [back the shares] … The government has no intention to buy back Proton.
    Sudah berubahkah pemilik Proton sekarang? Adakah secara tiba-tiba Proton menjadi syarikat swasta dan bukan milik Kerajaan Malaysia? Untuk rekod, Proton sebelum ini adalah syarikat milik penuh DRB-Hicom Berhad, sebelum 49.9% kepentingannya dijual kepada Geely pada tahun 2017.

    Persoalannya, kenapa sebelum ini ada usaha untuk menimbulkan kemarahan Rakyat apabila pemilik Proton, TS Syed Mokhtar Bukhary ingin menjual sebahagian kepentingan mereka kepada Geely, sebuah syarikat dari China? Kenapa sebelum ini usaha-usaha jahat digerakkan dengan menimbulkan isu-isu seperti menjual kepentingan negara kepada China, tidak patriotik dan sebagainya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiii samdol......

      "Persoalannya, kenapa sebelum ini ada usaha untuk menimbulkan kemarahan Rakyat apabila pemilik Proton, TS Syed Mokhtar Bukhary ingin menjual sebahagian kepentingan mereka kepada Geely, sebuah syarikat dari China?"

      Jawapan: Tun M tak ada nawaitu nak timbulkan kemarahan rakyat pada TS Syed Mokhtar pon.
      Apabila keadaan Proton sudah bertukar........dan telah pon dijual...........maka Tun M kata sumer terpulang pada Syed Mokhtar........kerajaan tak nak campor.

      Lainlah kalo masih belom dijual........keadaannya tentu lain..........tapi kalo dah terjual nak kata apa lagi dol....???

      "Kenapa sebelum ini usaha-usaha jahat digerakkan dengan menimbulkan isu-isu seperti menjual kepentingan negara kepada China, tidak patriotik dan sebagainya?"

      Yg jahat tu kepala bapaaakkk luuu........
      Sebelom Proton dijual pada China, Tun M cuba nasihat dan bagi pendapat jangan dijual.........tapi sebab sekarang dah pon dijual maka apa lagi yg perlu dibahaskan...??? Nasi dah jadi bubor.
      Lagi baik dipotong pendek dan diam ajerrr.....

      Delete
    2. Assalamualaikum saudara GENG NAJIB..

      Minta maaf, boleh tak kalau nak beri komen atau berbual bicara dalam perdebatan di ruang MAYA yang telah disediakan oleh Saudara Shahbiddin ini digunapakai secara berhemah dan beretika tanpa menyusahkan dan membuat rakan-rakan yang ingin berkongsi perdebatan secara ikhlas dan jujur dengan kenyataan mengikut fakta tidak terganggu.

      Untuk makluman saudara, saya bukanlah memihak kepada mana2 ahli politik secara total atau mengecam mana2 parti yang memegang amanah rakyat Malaysia untuk memerintah atau mentadbir bagi pihak rakyat agar negara Malaysia berada dilandasan kemajuan dasar dan kejayaan dalam ekonomi serta memberi pulangan kepada rakyat secara sopan dan beretika dari pihak kerajaan.

      Saya lebih utamakan kerajaan dan rakyat berkerjasama dalam mencapai matlamat secara bersama tanpa perasaan benci membenci.

      Terima kasih.

      Wassalam dan selamat berpuasa.

      Delete
    3. geng najib dah bengong macam najib jugak...

      Delete
    4. Hj Rostam...dah nak masuk puasa hari ke 9 ni, tapi takpelah selamat berpuasa dan semoga mendapat keberkatan Ramadhan Al Mubarak yang kita sama2 nanti2kan selama setahun. Hj ,,nak tanyalah, sapa yang berkomentar ni ruang maya ni dengan bahasa2 yang kesat, maki hamun lagi menjatuhkan maruah sedara2nya??? Rasanya HJ dapat baca sendiri komentar ataupun posting2 dari saya yang kebanyakannya adalah bersandarkan fakta dan data2 yang tepat lagi sahih dan majoritinya menggunakan bahasa yang sopan lagi berhemah..tapi HJ tengoklah sendiri jawapan2 kepada komentar2 atau posting2 saya tu, dijawab dengan bahasa2 kesat lagi mengaibkan..lagi HJ nak nasihatkan saya ke??? Adalah lebih bermenafaat Hj nasihatkan 'mereka2' yang telah dibutakan hati dan pemikiran dengan nafsu amarah tu...sampai sanggup menghamburkan kata2 yang tak mencerminkan diri mereka sebagai sorang mukmin, lebih2 lagi di bulan yang penuh barakah ini. Apa2 hal pun...saya angkat topi dan tabik pada Pak diny yang telah berjaya berkomentar dengan pemikiran yang waras tanpa sebarang prejudis , tak macam 'orang-orangan'yang lain tu..sapa orang-orangan tu...lu pikirlah sendiri ..kek..keh...keh...!!!!

      Delete
    5. Geng Naga.......apa ko dah lupa tak lama dulu John Doe pernah tegur ko kerana kata2 ko dalam blog ni............"Mahathir mati jadi babi".......

      Kalo John Doe terbaca komen ni.......dia boleh masok confirmkan hal ni.

      Woiiii samdol.......mulot ko yg mula kurang ajaarrr dulu.......

      Ko mungkin dah lupa atau buat2 lupa......tapi orang dalam blog ni masih ingat lagi.

      So u reap what u sow.......u derseve to be treated that way sebab ko pon bersikap begitu.

      Sekurang-kurangnya kami di sini tak pernah sekali sebut kepala bapaaak ko "mati jadi babi".........macam kata2 yg ko lemparkan pada Tun M.

      Ko yg sepatutnya berdiri depan cermin........selidik diri sendiri dulu sebelom menuding orang lain.

      Satu jari tuding pada orang........4 jari tuding pada diri ko.

      Memang berpura-pura ni ada dalam DNA ko........cakap macam baaaagusss tapi diri sendiri busok dan burok.

      Delete
    6. Phantom hantu raya tak bertuan..kau ni masih tak paham bahasa lagi ke..tu kan salah satu chant ynag dilaungkan di natara berpuluh2 lagi chant ketika era reformasi '98 dulu tu...salah ke aku membawa kembali era tersebut, aku adalah sorang dari pendokong tegar era tersebut.....tak caya..gi lah tanya otai2 reformis mas era tu beb !!!!

      Delete
    7. nak tanyalah..yang kau terasa sangat tu apasal lak..aku ada petik nama kau ke??? betullah orang cakap sapa yg makan cili dia yang terasa pedasnya...tul tak beb ????

      Delete
    8. Sudahlah GN. Semua org boleh komen kau yg dulu. Sbb tu kau mmg layak kena maki, mati esok jadi... Wait. Itu sumpah kau ekkkk... Bukan aku ckp. Renung2kanlah dan selamat beramal.
      Err... Pie Pedal (nama yg kau gelar) dah jadi Ketua Menteri. Kau takkan masih jd macai lg?

      Delete
    9. Geng Naga......kalo itu satu chant yg dah lama dulu.......pehal ko ulang semula di blog ni tak lama dulu....??

      Perlukah ko ulangkan chant....."Mahathir mati jadi babi" tu pada masa keadaan tuan punya badan reformasi DSAI dan keluargaya sendiri menyatakan sudah memaafkan Tun M dan bersedia bergabong dengan Tun M.....???

      Kalo ko laungkan chant tu masa 98 tu lain cerita..........tapi baru2 ni ko ulangkan semula chant '98 tu pada tahun 2018 ni........apa hal dol....???

      Weeeiiii samdol......tak payah bagi alasan itu ini lerrr.......ngaku ajerrrlah maksud ko sebenar.

      Kalo ko hanya bercerita kesah dolu2......tak mungkin John Doe nak tegur ko secara terang2.......tapi ko tulis chant tu pada akhir kalam komen ko di blog ni.

      Kalo romah kamu tak derrrr ceromen......bior teman tolong belikan yeoooppp....

      Petik nama ke tak.......tak jadi masalah pada aku yeoooppp......yg penting aku nak sedarkan ko.

      Jangan cakap macaaammm baaaguussss tapi ko sendiri berrrrkaraaattt...

      Delete
    10. Bolih saya tokok tambah sedikit ???

      haaa...haaa...haaaa ... saya mulakan dengan sedikit gelak ketawa .. di khuatiri terlalu stress nanti . Macam Najib yang kena grill lebih 6 jam hari ini .

      Geng Najib . Kamu kata berhujah guna fakta dan data ??? Kamulah yang membuat saya rasa sinis dan ketawa .

      Berapa kali saya perangkap kamu kerana merujuk fakta salah lagi ioata . Kamu , demi ingin menegakkan kebenaran (kelentong) sehingga tergamak menyatakan fakta dari individu yang sudah mati . Kamu langsung tiada etika ...pakai tangkap muat sahaja .

      Hari ini terbukti sudah , hutang Negara secara total ( total net debt ) adalah 1.087 trillion ringgit .Itu hanya sehingga 31/12/2017 . Di dua ke tiga posting Tn Budin yang lepas , saya ada menyatakan hutang Negara berada di sekitar 1.2 trillion ringgit .

      Delete
    11. Sdr Phantom,

      Saya sudah lama tidak lagi membaca kopipes GN, sejak sebelum Parlimen lepas dibubarkan lagi, disebabkan bagi saya segala kopipes dan komen-komennya yang bertaraf kangkung langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan. Sekiranya berkesan sudah tentu UmNo-BN tidak tumpas di dalam PRU lepas.

      Walaubagaimanapun saya melihat perbuatan-perbuatan GN termasuklah cercaanya 'madeymatijadibabi' adalah sebagai alasan untuk Allah melakukan sesuatu ke atas jenazahnya sehingga ahli keluarganya tidak mampu untuk menyalahkan sesiapa melainkan mereka akan akur bahawa apa yang menimpa jenazah GN adalah disebabkan ketelanjurannya sendiri dan sesungguhnya Allah tidak menganiayai jenazah GN sedikitpun sebaliknya GN yang menganiayai jenazahnya sendiri.

      Firasat saya mengatakan bahawa GN tidak akan sempat untuk melihat UMNO dilenyapkan pada bulan Zulhijjah kelak.

      Nak kenal GN? Senang saja, tunggulah warta berita menggemparkan di dalam negara tentang jenazah seorang tukang kebun yang bertukar menjadi haiwan, wal'ayazubillah.

      Innalillahi wainna ilaihi rajiu'n.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    12. Bro Phantom tok sah dilayan langsung budak yg kerjanya dok hisap rokok john tu.

      Lama2 dia belah sendiri lah sebab tak dak sapa yg dok ambil peduli kat dia lagi.

      Dia tu cari maka

      Delete
    13. This comment has been removed by the author.

      Delete
    14. Bro Diny, John Doe, Zack dan Bulat Ken.......terima kasih atas hujah2 diberi dan sokongan kome semua yeopppp...

      Salam persahabatan ikhlas dari teman....

      Delete
  4. TAPI KORANG SEDAR TAK, BERRATUS BILLION DUIT RAKYAT DIHABISKAN DI ZAMAN MADEY (22 tahun ++)UNTUK SEMUA SYARIKAT2 NI.

    MAMINCO - bangkrap
    MAKUWASA - bangkrap
    PERWAJA - bangkrap
    BMF - bangkrap

    BNM - rugi RM30 billion
    Forex - gagal
    Bank Bumi- rugi
    BAKUN - rugi

    MAS - rugi

    ERL - kerajaan terpaksa bayar kroni Tun

    PKFZ - rugi

    PUTRA LRT - bangkrap
    STAR LRT - bangkrap
    MONOREL - bangkrap

    BAS INTRAKOTA - bangkrap teruk

    SILTERRA - rugi

    JARING - gagal

    MEC ELECTRONIC GAMBANG - bankrap

    MIMOS - gagal
    HICOM - gagal
    EAGLE PLANE

    IPP - rugikan TNB berbilion tapi senyap.

    TNB - rugi

    PROTON - rugi

    FIMA Rantei - gagal

    SOGOSHOSHA - gagal

    JUDICIARY - dicemar berkali kali dan terbaru kes rasuah LGE

    UMNO 1.0 - diharamkan

    DAYABUMI - gagal

    TIME dotCom - rugi

    KONSORTIUM PERKAPALAN - rugi besar tapi dibisukan.

    MISC - dah melingkup

    IWK - rugi hingga kini

    DASAR PANDANG KE TIMUR- gagal malah tiada manfaat pada rakyat!

    PLAZA RAKYAT - terbengkalai

    JB WARWRFRONT CITY - terbengkalai

    KRONISME/MAHDERISME - berleluasa

    HARGA BARANG - naik

    ARAK- mirzan beli kilang arak san miguel

    RINGGIT - jahanam drpd RM2.20 kpd RM3.80 (vs USD)

    SUKAN KOMANWEL - masih ada yg tak dpt payment

    EKUITI BUMI - naik tak smpai 2% selama 22 tahun

    PIRATISATION - 200 syarikat awam difaraidh kpd kroni, dan anak2 tun

    PENAPIS MINYAK - 22 tahun xda penapis myk sendiri terpaksa import dr sgpore
    SURAT WAHYU - boleh menang tender, loan boleh approve, boleh lari dr penguatkuasa, syarikat RM2 boleh dpt projek juta2

    Ada lagi yg terlepas pandang?

    Sure ada kan..kalau ada sila tambah di bahagian komen.. tq

    SOALAN:
    SIAPA BAPAK LANUN SEBENAR??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Posa2 ni, tak baik fitnah!!!

      Delete
    2. Samdol.....ada aku kesaaah...???

      Pembangunan dan ekonomi berjalan dengan baik di zaman Tun M.

      Bukak bijik mata ko pandang sekeliling.......KLIA, Putrajaya, lebohraya2, hospital2 termasuk IJN, KL Tower, Petronas Tower, sekolah2, universiti2, Langkawi development.........krisis matawang dapat diatasi dgn jaya........semua ni diakui oleh pemimpin2 negara luar.

      Sekarang selain dari keretapi dan utc apa lagi yg ada.......ooooohhh......lupa pasal company yg paling berprestij di dunia.....1MDB yg berjaya membawa pelaboran besar yg kukoh dan menguntongkan.

      1MDB bukan saja syarikat yg berjaya dan mempunyai banyaaakkkk aset......tapi jugaaakk telah menaikkan imej negara di mata dunia.........satu donia segan dengan 1MDB woiiiii....

      Dengan 1MDB banyak peluang pekerjaan telah ditawarkan hingga menurunkan peratus pengangguran negara........dan banyak pembangunan2 pesat terhasil dari 1MDB.

      Negara kita akan menjadi negara yg berpendapatan tinggi dengan adanya 1MDB ni.....tak gitu badigol...??

      SOALAN: SIAPA BAPAAKKK LANUN SEBENAR..???

      Delete
    3. GN kalau tau crita nya cubala crita sebab ruginya. Di sebabkan pengurusan yg x cekap ke? Atau ada unsur rasuah ke jgn dok senarai jek kasi lanhujah skali. Stakat cedok info2 ntah mana2 tanpa fakta yg jelas itu mmg trademark cyber trooper umno.. Semua benda akan di spin walaupun x sahih. Janji anak bini dpt makan. Maruah tolak tepi. Yg penting kebatilan dan fitnah di sebarkan. Akhirat blkang kira sebab lambat lagi yg penting dunia ni dibutamakan. Syabass Geng Najib

      Delete
    4. Sdra Zainal , anda telah mendahului serba sedikit perkara yang ingin saya ajukan pada Geng Najib ini .

      List yang di paparkan olih dia ni telah pun dimainkan olih para walaunta berkali kali . Dari apa yang saya dapat rumuskan , walaunta ini hanya memainkan nama2 yang dinyatakan olih Geng Najib itu . Apa yang pasti , mereka ini termasuk Geng Najib , berani saya katakan kurang pemahaman menyeluruh keatas kegagalan (yang dikatakan) itu .

      They are either blanked or have little knowledge on what inspired and transpired . If they understand thing, Geng Najib will stop quoting Mirzan buying San Miguel liquor company .

      MISC yang dikatakan melingkup ...padahal MISC adalah salah satu syarikat perkapalan pengakutan gas asli yang terbesar di dunia .

      Delete
  5. pengikut dajjal 'suci' kat atas datang sini nak 'lecture' kita pasal 'kesucian dajjal' tua tu. Tolonglah macai.. semoga ko akan terima balasan atas kerosakan ini. Bukan Najib perompak.. tapi Mahadey lah perosak negara sepanjang 40 tahun. dia akan lakukan ulangan setiap 10 tahun melakukan kezaliman dan kejahatan fitnah2 jahat.

    Kepala perompak sebenar ialah Mahathir Mohamed! Budaya UMNO yang ada sekarang hasil dari UMNO zaman Mahathir. Mahathir yang tubuhkan UMNO baru. UMNO lama sudha terkubur. Yang mewarisi UMNO lama ialah DS Najib.

    Malang dalam UMNO banyak trojan horse Mahathir Laknatullah. Eloklah masalah timbul sekarang supaya UMNO asal dapat diwujukan semula.

    Shahidan ialah orang Mahathir. dia jadi MB di zaman siapa? DS Najib ambil dia di JPM supaya dia tak buat masalah di peringkat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkahkah......duduklah dalam denial sampai kojollllll......

      Dengan sumer duit yg mengeram dalam akaun peribody.
      Derma yg tak ada pengesahan hitam putih.
      Rampasan2 wang dan benda yg melebihi kemampuan.
      Penyalahgunaan kuasa.
      Perbicaraan money laundering di Mahkamah Singapore.
      Penutopan BSI dan Falcon Bank di Singapore.
      Bayaran kepada Aabar BVI ciplak.
      Siasatan dari Swiss, DOJ dan lain2 negara.
      Money trail.....
      Masiiiihhh nak nafikan lagiiii.....???

      Yesssss.......dream onnnnnnn dol......!!
      Kesssiaaannnnnn......

      Delete
    2. Adakah kamu sedang kepanasan wahai geng ?? Jikalau sudah tahu dan terbukti Shahidan orang Mahathir serta masih menyokong Mahathir , mengapa Kepala Bapak Kau yang bijak pandai bersama dungu2 dia tidak buang saja dia .

      Siapalah Shahidan .... hanya MT UMNO . Sedangkan Muhyiddin yang kamu gelar Din Pagoh , Shafei Afdal yang kamu gelar Pie Bedal serta Mukhriz yang kamu panggil boboi pun Najib kasi buang . Adakah didalam hal Shahidan , Najib kecut telor ???

      Sering kali kamu dan walaunta menyatakan Mahathir akan menaikkan Mukhriz kejawatan PM ?? Betul kah bagitu ??? Jika itulah pendapat serta pandangan kamu , bermakna penelitian kamu terlalu cetek !

      Acap kali saya katakan , untuk menjadi ketua , perlu ada aura dan karisma . Olih yang demikian ,jelas ternampak akan laluan yang di beri kepada Azmin Ali ....sama ada kamu suka atau sebaliknya . Bah kan Lim Kit Siang yang dikatakan akan menjadi PM pun sedang mempromosikan Syed Saddiq sebagai 'leadership material' .

      Kamu dan walaunta tak usahlah terpekik terlolong ... semuanya akan lebih jelas setibanya tempoh 5 tahun mendatang .

      Delete
    3. Bro Diny.....terrrbukti sekarang apa yg puak2 deme salakkan sumernya dusta belaka......

      Delete
  6. pengikut Dajjal tak habis2 berbangga dengan petrol tak naik.. bodoh bin bangang. (rosak puasa aku harni)

    Ko minum petrol ke macai? Ko amik wuduk pakai petrol ke macai? Ko goreng ikan ayam masak nasi pakai petro ke macai?

    Harga petrol skrg ialah harga akhir dr zaman Najib. Kalau naik turun beberapa sen adalah mekanisme yang dipersetuji iaitu apungan terkawal. Ade yg dah MAMPOS ke sebab petrol zaman najib naik??

    Ade yg kena buang kerja ke petrol zaman Najib naik?

    Sekarang petrol tak naik tapi dh puluh ribu org dah ditamatkan kerja..takpayah bodohkan kami dengan alasan lantikan itu inilah.. bodoh.. mereka manusia.. kerja cari rezeki halal bukan merompak macam anak2 madey kontrak bawah tanah petronas bagai


    Macai pengikut dajjal cuba alih isu. Madey cuba potretkan segala2 keburukan pada Najib/BN supaya isu utama kegagalan mereka menunaikan manipasto dan 'MENGUBAH' negara kepada sistem baru konon lebih bagus..


    Bersedialah kita semua menghadapi zaman GAWAT. Zaman matawang ditambat, (sekarang pun macam senyap2 ditambat @ 3.98/ USD?) sistem cukai penyamun, kroni penyangak semua kembali mainkan peranan.. hancur habis kemajuan dan landasan tepat yang DS Najibtelah bina sejak tahun 2009

    Ya Allah Selamatkan kami dari fitnah pengikut Dajjal, selamatkanlah DS Najib Razak dan rakan-rakannya yang selama ini mentadbir negara. Hancurkan lah musuh2 ini, pakatan harapan laknatullah.Amiin..Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen paling bodoh saya baca hari ini, adakah anda akan menjawab begini dihadapan Allah SWT ketika disoal nanti. bertaubatlah geng najib.
      #cicitmaulanaishak

      Delete
    2. Islam mengatakan.......lelaki yg jahat untuk perempuan yg jahat......ini kita dah nampak buktinya.

      Orang2 yg tolol dan bodoh untuk kumpulan yg bodoh jugaakkk....

      Delete
    3. Meroyan teruk mamat non-partisan ni. Payment dah tak masuk ke?

      Delete
    4. Saya dapatkan rasakan mandram sami hindu pujaan Mak Badak telah merasuk manusia sewel ini yang menggelarkan dirinya Geng Najib .

      Delete
  7. Permainan politik mcm catur..

    Bagi i rafizi tak kemana.. ada tugas baru.. lihat dgr baca fahami tiap kata kata atasan parti ni..

    Seolah mcm pizi merajuk.. konon.. pizi kata bila susah je i diperlukan.. tak mungkin? Tapi pd masa yg sama kata nak balik kg trengganu? Nak buat apa? Hahaha piji ada terkata nak meneruskan konon perjuangan di sana.. perjuangan belum selesai..

    Waktu lain pulak.. nuor beri kredit pujian... piji ni bdk baik walaupun saya kdg kdg marah kat dia. Hahahaha nak bagi hint kat org tauuuuu.... kejenya bagus.. yakin boleh bekerjasama ngan min... jd di mana dsrnya kata bila susah je org perlukan saya..

    Tak lama tu pulak.. org atasan parti bunga trengganu kata org trengganu dah berubah.. dah boleh terima parti tu.. semakin byk ahli.. dulu hanya pas atau umno..

    Mcm sebelum pru.. semua arah digasak dr muda ke tua.. penuh janji + fitnah..utk pru akan dtg gasak negeri belim ph.. jika masih percaya fitnah.. hancurlah

    Dulu org dah beri cth penang.. apa jd ngan org melayu kat sana? Org tak peduli asal gst takde... anak muda disogok citer hidup senang.. semua nak free..percaya fitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu yang mengata tentang Rafizi ni , adakah kamu kenal dia secara peribadi ??

      Otherwise , it is advisable you just shut your mouth off !

      Delete
  8. Maaf .... lari dari tajuk . Mengimbau kembali kenangan tahun 1998 . Hari di mana Anwar di pecat oleh Mahathir . Saya masih ingat , petang itu Anwar keliling KL naik motosikal , hasut rakyat supaya buat demonstrasi besar besaran di jalanan . Dia kata Mahathir itu Mahazalim , Mahafiraun dan macam macam maha lagi . Dia hasut sana sini . Emosi rakyat jadi kacau bilau masa itu .

    Bandingkan dengan Najib , bila BN kalah , Najib tenang saja . Tak pulak dia istiharkan darurat , tak pulak dia suruh penyokong nya buat demonstrasi , huru hara sana sini .

    Dimasa Anwar di pecat hanya saya sorang saja yang sokong Mahathir , rakan rakan saya lain kebanyakan nya sokong Anwar . Sekarang ni hanya saya sorang saja yang sokong Najib , ahli keluarga dan rakan rakan saya semua sokong Mahathir dan PKR . Takpe , BN kalah . Sekurang kurang nya saya boleh tidur lena . Saya sokong Najib pun , satu sen saya tak dapat . Saya sokong Najib semata mata saya kenangkan nasib anak cucu saya di masa akan datang . itu aje .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss.......teruuuuskaannn menyokong....

      Tak derrr sape peduli dol......

      Ada kita orang kesaaahhhh...??

      Delete
    2. Malam yang membuatkan saya tidak kering gusi ...haaa...haaaa

      Delete
  9. Program Permata Negara (PERMATA) akan diteruskan oleh Kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kata beliau kepada pemberita di pejabat beliau di Perdana Putra, Putrajaya, pagi tadi,
    PERMATA merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak. Ini kita teruskan untuk kanak-kanak tingkatkan kemahiran mereka kerana matlamatnya adalah suci murni. Kalau apa yang baik, kita teruskan.
    Wan Azizah berkata, beliau dan Dr Mahathir berpandangan bahawa PERMATA lebih relevan untuk berada di bawah kementerian itu memandangkan ia melibatkan usaha-usaha meningkatkan perkembangan kanak-kanak.

    Pengumuman tersebut sekaligus membidas kenyataan Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang kini merupakan ADUN Ketari, Young Syefura Othman yang mendakwa program Permata Negara merupakan satu pembaziran yang amat jelas dengan peruntukan RM40 juta sedangkan ia bukan keperluan yang sangat mendesak.

    Oleh itu, tindakan mengecam PERMATA yang diilhamkan oleh DS Rosmah Mansor adalah tindakan yang salah. PERMATA adalah kejayaan besar buat negara melahirkan bakat-bakat luar biasa yang dicungkil seawal usia kanak-kanak lagi. Terima Kasih DS Rosmah Mansor di atas kejayaan program tersebut sehingga diteruskan oleh Kerajaan PH.

    ReplyDelete
  10. GST hanya 6% Manakala SST 10%, Adakah Anda Telah Buat Pilihan Bijak Dengan Memilih SST 10%?? Baca Fakta Yang Menarik Diantara GST dan SST.
    Posted by Penang Kini on 16:37 in dalam negeri nasional Politik Terkini | Comments : 0


    Sekiranya, kita membaca versi panjang manifesto tersebut di bawah Janji 1, muka surat 16, mereka sebenarnya akan memansuhkan GST, tetapi akan mengembalikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang lapuk.

    Jadi, ini bermakna cukai kepenggunaan masih dikekalkan. Adakah ia langkah yang bijak? Apakah perbezaan antara GST dan SST? Bukankah dalam kedua-dua senario, kita perlu membayar cukai juga?

    Gerakan memansuhkan GST datangnya daripada persepsi ia menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Kita terpaksa membayar lebihan 6% daripada harga yang dibeli.

    Walau bagaimanapun, tanpa kita sedari, sebelum GST kita telah membayar cukai kepenggunaan di bawah rejim SST. SST ini tersembunyi, manakala GST tidak.

    Penukaran SST kepada GST pada 2015 sebenarnya hanyalah perubahan dari segi sistem percukaian, bukannya pengenalan cukai tambahan.

    Persoalannya kini, adakah rakyat masih perlu membayar cukai sekiranya kita memansuhkan GST? Jawapannya adalah ya. Malahan, harga barang mungkin meningkat lagi di bawah SST.

    Lihat contoh gambar di bawah..



    SST telah dikenakan ke atas RM yang pertama (iaitu bekalan koko). Kemudian, dalam rantaian bekalan, sistem SST mengenakan cukai ke atas kos kumulatif RM2 (semasa coklat dihasilkan di kilang).

    Ini bermakna, SST mengenakan cukai pada RM yang pertama (di peringkat bekalan koko) sebanyak 2 kali! Apabila coklat itu dijual di kedai, SST dikenakan ke atas RM pertama sebanyak 3 kali dan RM ke-2 (peringkat pengilang) sebanyak 2 kali!

    Inilah yang kita gelar “cascading effect” atau cukai bertindih, membuktikan SST ini bermasalah.

    Pada waktu sama, GST memastikan kita tidak dikenakan cukai berganda. Di bawah sistem GST, cukai 6% dikenakan di setiap aras pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Ianya sama rata sepanjang nilai tambah rantaian bekalan – kepada pembekal, pengilang dan peruncit.

    Perlukah kita kembali kepada SST?

    Langkah untuk kembali kepada sistem SST merupakan langkah keterbelakang, terutamanya ketika lebih 160 negara di seluruh dunia sudah beralih kepada sistem GST.

    Hal ini kerana, hasil daripada persetujuan antara pakar-pakar dan pertubuhan ekonomi antarabangsa merumuskan GST tiada cukai bertindih (cascading effect), lebih telus dan mempunyai sistem kawal selia menyeluruh bagi mengelakkan penyelewengan.

    Cadangan menggantikan GST kepada SST seperti berbalik kepada roda petak daripada roda bulat. Penguatkuasaan cukai sebanyak 6% akan dikenakan pada setiap peringkat pengilang, pengedaran sehinggalah ke peringkat pengguna.

    Di bawah sistem SST, harga produk sering diubah suai sesuka hati oleh orang tengah kerana mereka tidak perlu menyatakan jumlah cukai sebenar.

    Terdapat banyak kes di mana pengilang tidak mendedahkan kadar SST mereka dan menyimpan kutipan cukai ini yang dikenakan ke atas pengguna.

    Apabila kita melihatnya secara objektif, GST merupakan langkah ke depan. Sekarang, ramai menentang GST kerana ia muncul secara jelas di dalam bil mereka, mengingatkan mereka sedang membayar cukai. Manakala di bawah sistem SST pula, peniaga tidak perlu menyatakan cukai. Jadi, kita tidak terasa seperti membayar cukai kerana tidak sedar kewujudannya.

    Ada yang akan bertanya, jika SST menjadikan barangan lebih mahal, mengapa harga barangan lebih murah sebelum kedatangan GST, iaitu di bawah SST?

    Terdapat 2 jawapan bagi persoalan ini. Pertama sekali dan yang paling popular adalah kegiatan pencatutan. Orang tengah mengambil kesempatan menaikkan harga dan menuduh GST penyebabnya.

    Sebab ke-2 adalah GST lebih cekap dan menyeluruh dalam pengutipan cukai kerana ianya dikawal selia sistem kukuh, menyebabkan tiada sesiapa dapat lari daripada dikenakan GST.

    Isu pokoknya, tiada sesiapa yang suka membayar cukai. Namun, penghapusan GST tidak bermakna cukai akan dihapuskan. Sebaliknya, SST akan dikembalikan.


    ReplyDelete
    Replies

    1. Jika ada pihak ikhlas mahu menghapuskan cukai kepenggunaan, mereka akan menurunkan kadar GST ke sifar, bukannya memperdaya orang dengan menukarnya kepada SST.

      Jadi, pembangkang perlu bersikap jujur terhadap rakyat, sudah tentu mereka tahu kelemahan sistem SST ini kerana ramai di antara mereka terdiri daripada golongan yang arif dalam ilmu kewangan.

      Jadi, adakah mereka benar-benar percaya kepada sistem ini atau mereka hanya mahu memansuhkan GST (untuk digantikan dengan SST) semata-mata untuk memancing undi?

      Kesimpulannya, terdapat 2 perkara utama yang perlu difahami. Pertama, sekiranya GST dihapuskan, ia akan disusuli SST. Kedua, SST adalah sistem lapuk dan tindakan mengembalikannya adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

      Dasar yang diguna pakai untuk negara kita perlulah bersesuaian buat jangka panjang (#Forwardlooking), bukannya yang lapuk. Oleh itu, penting untuk kita menerapkan pemikiran #ForwardTogether demi merealisasikan masa depan cerah.

      Sufiyan Abas
      timbalan presiden Organisation for National Empowerment (ONE).

      Delete
  11. 1MDB: Arul Kanda Jawab Kenyataan Media Lim Guan Eng
    Posted onThursday, May 24, 2018 -05-24 17:26:36'


    Tanpa prejudis

    Kenyataan ini dikeluarkan dalam kapasiti peribadi saya dan bukan dalam kapasiti saya sebagai Presiden 1MDB atau berhubung dengan jawatan saya di 1MDB.

    Saya merujuk kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada 23 Mei 2018 oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng dan yang berikut adalah jawapan saya.

    Tidak boleh dipertikaikan bahawa saya menyertai 1MDB hanya pada bulan Januari 2015, iaitu, selepas tindakan pengurusan dan lembaga sebelumnya yang mengakibatkan 1MDB mengumpul beban hutangnya, dan selepas banyak projek 1MDB berada dalam keadaan bermasalah.

    Pendek kata, saya hanya menyertainya selepas berlakunya apa yang dikatakan sebagai salah laku yang disebut dalam Laporan PAC 1MDB, Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dan saman sivil DOJ.

    Beberapa pihak berkuasa domestik telah menjalankan dan masih menjalankan siasatan terhadap 1MDB. Isu-isu tertentu yang berkaitan dengan dana pelaburan 1MDB (termasuk yang bertanggungjawab untuk pelaburan asal dan pengurusannya yang berterusan) telah ditegaskan dari tahun 2015, dan kemudiannya dikemaskini, bukan hanya kepada pihak berkuasa yang menyiasat, tetapi juga kepada Lembaga dan Pemegang Saham. Fokus saya adalah sentiasa pada rasionalisasi perniagaan syarikat itu.

    Semasa mesyuarat yang disebut dalam kenyataan oleh YB Menteri Kewangan, saya ditanya banyak soalan, yang mana dari apa yang saya ingat, saya telah jawab dengan jujur dan dengan paling baik sekali, tetapi tanpa mempunyai dokumen sokongan dengan saya pada masa itu. Oleh itu, saya menjawab semua soalan sebaik mungkin, dengan benar dan pada pengetahuan saya yang terbaik, berdasarkan apa yang saya ingat dari rekod syarikat, pengetahuan peribadi saya (atau kekurangan pengetahuan tentangnya), dan apa yang saya ingat tentang maklumat yang diberikan oleh pegawai di syarikat.

    Pada pendapat saya, adalah tidak adil bagi Menteri untuk mengeluarkan kenyataan awam, yang tidak sepenuhnya dan dengan tepat mewakili bagaimana soalan-soalan itu telah ditanya dan dijawab. Keadaan saya dan konteks jawapan saya dengan mudah tidak dimasukkan sehinggakan ia menghasilkan gambaran yang tidak benar dan memberikan gambaran negatif tentang saya.

    Lebih penting lagi, saya menafikan sekeras-kerasnya serangan yang berpotensi memfitnah dan bersifat peribadi terhadap saya oleh Menteri Kewangan. Oleh itu, dalam kapasiti peribadi saya, dan tidak berkaitan dengan jawatan saya dan khususnya hanya berhubung dengan kenyataan beliau, saya telah mendapatkan nasihat undang-undang dari peguam saya untuk menasihati saya mengenai pilihan saya.

    Sementara itu, seperti yang telah saya lakukan pada masa lalu, saya komited untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan berdasarkan pengetahuan terbaik saya, kepada sebarang siasatan yang berterusan atau baru mengenai perkara berkaitan 1MDB.

    Arul Kanda

    Kenyataan akhbar oleh Arul Kanda
    24 Mei 2018
    Kuala Lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau si arul ni tak puas hati suruh dia jwb kat mahkamah.

      Delete
    2. Pelan rasionalisasi ????

      Macam mana dia buat pelan jika dia sendiri tidak dapat pastikan sama ada pelaburan didalam Brazen Sky dan 1MDB Global Investment benar2 wujud ???

      Tiga tahun dia di situ , apa yang di lihatnya ????

      Delete
  12. wey wak najib...........gi sinun boleh tak....semak laaa

    ReplyDelete
  13. Hutang negara RM1 trilion? Pala otak dia!
    Posted onThursday, May 24, 2018 -05-24 03:09:52'


    KEPADA Semua ahli Kementerian Kewangan (MOF) dan yang penting ORANG-ORANG PAKATAN HARAPAN yang ada dalam MOF. Diharapkan SILA TUNJUKKAN DIRI ANDA DAN KOMEN.

    Siapa ada tengok berita tv1 tv2 tv3 semalam. Video Mahathir bercakap tentang hutang negara sudah RM1 trilion dibuat oleh kerajaan sebelumnya.

    Betul ke hutang negara sampai RM1 trilion?

    Dalam penyata dari bank negara secara rasmi hanya rm6++ bilion sahaja. Dan hutang terkumpul tersebut bermula dari pemerintahan PM 1 , PM 2 , PM 3 , PM 4 , PM 5 , PM 6.. Dan Malaysia mempunyai rizab aset di Bank Negara lebih kurang RM4++ Billion. Bermaksud Malaysia hanya ada hutang tidak terjamin lebih kurang RM2++ Billion sahaja.

    Politik politik juga.

    Kenyataan kena lah betul, kenyataan macam ini boleh menganggu pasaran saham dan pelabur yang hendak melabur ke dalam Malaysia.
    Tolong lah Mahathir jangan keluar semua kenyataan berdasarkan politik.. Kacau bilau ekonomi dan pasaran saham nanti..

    Yang mana nak tahu hutang Negara Malaysia tak perlu tunggu Menteri bagi details. Kamu ada akses boleh lihat dokumen terbuka. Lihat lah.

    Links…
    http://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2017/Q4/4Q2017_fullbook_en.pdf

    Link berita.

    http://www.penmerahpress.com/2018/05/kewangan-negara-dicabul-hingga-hutang.html?m=1

    kalau ikut penyataan,

    1. Total Fed Govt Debt – RM686.8 Billion.

    Ini terbahagi pada 2:

    1A. Domestic debt – 484.1 Billion
    1B. External debt – 202.8 Billion

    1 = 1A + 1B.
    RM686.8 Billion = RM484.1 Billion + 202.8 Billion

    National Debt atau Hutang Negara yang termasuk hutang individu dan syarikat yang tanggungjawabnya bukan di bahu kerajaan. Ini national debt bukan Federal Government debt.

    Lihat ini termasuk:
    – interbank borrowings
    – intercompany loans
    – loans

    Adalah tidak benar hutang kerajaan mencecah RM1 TRILLION. Ini kerana mengikut laporan BNM, berakhir 31 Disember 2017 hutang kerajaan sekitar RM686 billion, hanya 50.8% daripada KDNK iaitu paras selamat statutori yg ditetapkan.

    Paling hampir RM1 TRILLION ialah hutang luar (external debt) iaitu sekitar RM893 billion, tu pun hutang termasuk bukan kerajaan seperti hutang offshore, pelaburan dalam hutang berdenominasi ringgit oleh bukan warganegara, deposit/simpanan, kredit perdagangan, tuntutan insurans belum bayar, dan faedah kena bayar; oleh pengurus dana, bank, insuran, insitusi kewangan; syarikat-syarikat dan individu warganegara Malaysia kepada pengurus dana, bank, insuran, insitusi kewangan; syarikat-syarikat dan individu BUKAN warganegara Malaysia.

    Maksudnya total keseluruhan hutang seluruh negara oleh warganegara Malaysia iaitu termasuk kerajaan dan swasta kepada pelabur/peminjam bukan warganegara.

    Takkanlah hendak salahkan kerajaan untuk urusan kewangan korporat pihak swasta, yang mereka sendiri mempunyai aliran pendapatan, aset, rizab tunai sendiri dan mampu untuk selesaikan pinjaman/tuntutan/bayaran kepada korporat/pelabur luar, masing-masing.

    Dan jika Mahathir nak bandingkan hutang zamannya iaitu RM300 billion adalah sangat tidak logik kerana saiz ekonomi zamannya juga kecil. KDNK 2003 hanyalah US$110.2 billion, dengan tukaran RM3.80, hanya sekitar RM418 billion.

    Jadi, kalau mengikut perbandingan walaupun hutang kerajaan RM686 billion, akan tetapi, KDNK kini sudah bersaiz RM1.3 TRILLION. Secara automatiknya mengkerdilkan KDNK zaman Mahathir yang hanya bernilai RM418 billion.



    Rujukan

    [1] Perbendaharaan Negara
    http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1718/bab4.pdf

    [2] Bank Negara Malaysia Q4 2017
    http://www.bnm.gov.my/files/publication/qb/2017/Q4/4Q2017_fullbook_en.pdf

    [3] Bank Negara Malaysia Latest 2018
    http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nnsd

    http://pakdin.my/tag/hutang-negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng Najib , apa itu hutang ???

      Kalau berhutang kena bayar balik ...betulkan ??

      Lainlah kalau entity tu NFC .. tak payah bayar balik !

      Hutang RASMI Negara Malaysia adalah 686 billion .

      Hutang badan berkanun milik MOF saperti Khazanah , prasarana yang tiada upaya membuat pembayaran balik hutang tetapi di tanggung olih kerajaan berjumlah 200+ billion .

      Hutang2 hasil dari kerjasama awam/swasta yang belum di jelaskan olih kerajaan berjumlah 199 billion .

      Itu telah menjadikan jumlah hutang yang di tanggung kerajaan adalah 1.87 trillion . Perlu dingat , jumlah itu adalah setakat 31/12/2017 .

      Geng Najib ...itu adalah data2 dan fakta2 yang telah di susun setakat ini .

      Delete
  14. THURSDAY, MAY 24, 2018
    Ini pendapat saya tentang sidang Media Mohd Shukri Abdul #kltu #jbtu


    Saya tidak berniat mahu mengganggu tumpuan rakyat terhadap perkembangan kes mega 1MDB yang sedang hangat diperkatakan kini, tapi saya suka ingin berkongsi satu sisi pandang yang mungkin kebanyakan rakyat terleka akibat terlalu marah dan kecewa dengan pendedahan demi pendedahan yang berlaku dalam 2-3 hari ini.
    .
    Sebagai permulaan, elok kiranya diketahui bahawa terbaru YB Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia telah mendedahkan bahawa 1MDB memang tidak mampu membayar faedah hutangnya kepada Kementerian Kewangan dan ia sebenarnya telah dimaklumkan melalui surat pada Mac 2018 kepada Kementerian Kewangan sebelum ini. Butiran kenyataan tersebut saya kepilkan sekali bersama tulisan ini. Boleh rujuk beberapa keratan berita antaranya https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/429372/1mdb-sahkan-tidak-mampu-bayar-hutang-lim-guan-eng dan https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/23/1mdb-unable-to-pay-debts-say-two-directors/.


    .
    Apa yang saya ingin utarakan dalam tulisan ini adalah beberapa berita susulan daripada pembongkaran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkenaan kes ini semalam. Anda boleh menonton rakaman sidang berkenaan di pautan https://www.youtube.com/watch?v=1EQ8KNLdWEo&pbjreload=10. Saya yakin sepanjang anda menonton sidang media ini, anda pasti terkejut dengan butiran kes yang diceritakan. Begitu mengerikan!
    .
    Perlu diketahui pada hari sidang media itu berlangsung, mantan Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak juga telah ke SPRM untuk memberikan kenyataan beliau. Susulan daripada sidang media oleh KP SPRM, seorang peguam PAS, saudara Wan Zainudin telah menulis di facebook mengecam tindakan Datuk Seri Mohd Shukri kerana mendedahkan terlalu banyak informasi kepada umum dan menyebut ia adalah suatu tindakan prejudis dan tidak adil kepada tertuduh sebelum perbicaraan bermula. Tindakan ini dikatakan akan memberi kesan kepada perjalanan di mahkamah kelak.
    .
    Kenyataan ini adalah senada dengan pandangan sebuah laman facebook yang berperanan memberikan pengetahuan berkenaan undang-undang kepada awam 'Jumpa Kat Mahkamah' yang menyebut bahawa peguam DS Najib berkemungkinan akan mengambil peluang di atas ketelanjuran KP SPRM berkenaan. Saya petik satu ayat daripada tulisan berkenaan yang saya rasakan penting iaitu ".. pihak pembelaan akan menggunakan hujah ‘mala fide’ atau berniat jahat, bermotif politik kerana KP SPRM telah mendahului mahkamah dengan memberi bayangan bahawa DS Najib bersalah sebelum beliau sempat dibicarakan lagi."
    .
    Walaubagaimanapun, kecaman awal peguam Wan Zainudin telah diserang media antaranya Malaysiakini yang telah memberikan persepsi bahawa peguam berkenaan menyebelahi DS Najib. Akibat daripada itu, netizen telah mengecam peguam berkenaan tanpa memahami isi di sebalik tulisan facebook beliau berkenaan. Anda boleh baca berita tersebut di sini https://www.malaysiakini.com/news/426218 atau https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/22/pas-lawyer-slams-macc-chiefs-tell-all-press-conference-as-prejudicial/. Saya percaya gaya bahasa yang digunakan dalam kedua-dua berita tersebut cukup memberikan persepsi yang negatif kepada PAS walaupun ia bukanlah kenyataan rasmi PAS.
    .
    Suasana ini diambil peluang oleh YB Lim Kit Siang yang telah menghukum PAS dengan mengatakan bahawa PAS telah menyebelahi DS Najib walaupun setelah Malaysia didedahkan dengan kebobrokan pengurusan 1MDB. Dakwaan ini dibuat tanpa sebarang bukti. Pastinya netizen yang terpengaruh terus berpesta menghentam PAS tanpa langsung mengetahui punca asal kepada kenyataan tersebut. Anda boleh baca di sini: https://www.msn.com/en-my/news/national/kit-siang-why-are-pas-hadi-still-defending-najib/ar-AAxFpT1
    .

























    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang mungkin menarik adalah YB Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor yang juga seorang peguam mempunyai pandangan yang sama seperti Peguam Wan Zainudin tetapi apa yang pasti beliau tidak pula dikecam dan dituduh menyebelahi DS Najib. Beliau berpandangan bahawa kenyataan KP SPRM dilihat boleh mengganggu perbicaraan kes tersebut. Antara sedutan kenyataan beliau di https://www.nst.com.my/news/nation/2018/05/372293/shukris-outburst-could-jeopardise-current-1mdb-probe-says-ramkarpal.
      .
      Terbaru, pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB sendiri, Tan Sri Abu Talib Osman telah mengeluarkan kenyataan menegur agar Datuk Seri Mohd Shukri diam daripada berkata tentang 1MDB dengan alasan yang sama kerana ia akan mengganggu siasatan kes berkenaan. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/429185/shukri-diminta-diam-elak-ganggu-siasatan-1mdb.
      .
      Ada beberapa prinsip penting yang sebenarnya rakyat perlu faham agar skandal sebesar ini boleh diselesaikan dan diadili di mahkamah. Antaranya adalah seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah di luar mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan oleh orang berotoriti iaitu hakim. Butiran yang didedahkan di luar mahkamah apatah lagi dalam satu sidang media boleh digunakan oleh peguambela tertuduh untuk menggagalkan butiran tuduhan yang dibawa. Betulkan jika salah kefahaman saya.
      .
      Tatkala rakyat sedang marah, sedih, kecewa dan semestinya mahu yang bersalah akhirnya dihukum melalui saluran undang-undang yang sah, boleh jadi apa yang kita harapkan itu tidak menjadi kenyataan dek kerana emosi kita yang tidak dapat dikawal. Maka dengan itu, dalam menanggapi berita-berita di media sosial terutamanya, kita wajib menyelidiki dengan tekun agar kita tidak tersasar daripada apa yang sebenarnya.
      .
      Malaysia wajar terus bertenang menghadapi hari-hari mendatang. Moga Allah rahmati Malaysia.
      .
      Nota tambahan: Setiausaha Agung PAS, YB Dato' Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan pendirian PAS tentang isu ini. Beliau menekankan bahawa PAS menerima baik pembentukan Jawatankuasa Siasatan 1MDB dan menerangkan bahawa status facebook peguam Wan Zainuddin adalah tidak mewakili suara rasmi PAS. Boleh rujuk di http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6782-jawatankuasa-siasatan-isu-1mdb
      .
      Dr Fairuz Azmi
      Hulu Kelang
      23 Mei 2018

      Delete
  15. Tan Seng Giaw Says It Again: Probe 1MDB Management, Not Najib
    By MT Webmaster On May 24, 2018
    Share




    (FMT) – Former Kepong MP Dr Tan Seng Giaw, who had defended Najib Razak over the 1MDB issue before the general election, today maintained his stand that investigators should be probing the state fund’s management team for alleged mismanagement.

    “That is my stance, and it will always be my stand,” he said, adding that he could not say Najib was guilty, based on the Auditor-General’s Report presented to the Public Accounts Committee (PAC).

    “In PAC, we found that the management was not transparent and should be investigated further,” he said when asked about the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) probe into alleged wrongdoing at 1MDB.

    He said Prime Minister Dr Mahathir Mohamad had always said the rule of law would be upheld.

    “Follow the legal process and charge the management if there is enough evidence,” he added.



    Tan, who was formerly a member of PAC, said Najib should not be held accountable for the sovereign fund’s dealings as he was not involved in them.

    Before the May 9 election, Najib claimed DAP had dropped Tan from its candidate line-up because he was speaking “the truth” about 1MDB. Tan, a senior politician, had held the Kepong parliamentary seat for eight terms.

    The 1MDB audit report was declassified after Pakatan Harapan won the general election. According to the report, senior 1MDB officials had withheld information from the board and made some decisions without the board’s approval.

    ReplyDelete
  16. PAS PERTIKAI KEKAYAAN TUN MAHATHIR???
    POSTED BY SEMUT HITAM ON KHAMIS, MEI 24, 2018 WITH NO COMMENTS SO FAR

    Sejak dari dulu lagi Integriti SPRM ini menjadi persoalan. Banyak tindakan yang dilakukan agensi itu hanya menimbulkan tanda tanya dikalangan rakyat. Tapi tidak ada yang ambil peduli pun.


    Sekarang SPRM dah dapat seorang Ketua Pengarah yang dipandang Suci diatas ketelusannya menjalankan tugas sehingga berjujuran air mata sewaktu mengadakan sidang media.


    Maka tidak salah sekiranya pihak SPRM mendedahkan hasil siasatan mereka terhadap aduan yang dibuat oleh ahli - ahli PAS ini. Setidak - tidaknya, rakyat juga perlu tahu perkara sebenar.


    Malah, hubungan akrab beberapa orang Taikun Besar di Malaysia dengan Tun Mahathir juga turut menjadi salah satu persoalan. Adakah mereka memang berkawan baik semenjak dari kecil?


    Adakah taikun - taikun itu sering bertandang ke rumah Tun dan bermain guli semasa mereka bersekolah di Tadika? Atau, adakah mereka hanya mengenali Tun sewaktu dia menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini???

    ReplyDelete
  17. TIBA - TIBA MEROSAKKINI JADI PIHAK BERTANGGUNGJAWAB???
    POSTED BY SEMUT HITAM ON KHAMIS, MEI 24, 2018 WITH NO COMMENTS SO FAR


    Kalau nak jadi penyokong pun, jangan sampai jadi golongan MUNAFIK. Tapi sifat itu yang ditonjolkan oleh penyokong Rejim Pakatan hari ini. Kebanyakkannya lebih suka nak tegakkan benang yang basah.


    Jik sebelum ini, berdegar - degar laman portal Merosakkini menjadi tempat meluahkan rasa kurang puas hati penyokong Pakatan terhadap polisi yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional.


    Boleh dikatakan siang malam laman portal itu memutarkan tuntutan serta desakan yang dibangkitkan oleh puak Pakatan secara terbuka, termasuk pemansuhan hutang PTPTN.


    Tapi hari ini, selepas Rejim Pakatan dibentuk, laman portal itu tiba - tiba berubah menjadi sebuah laman media yang bertanggungjawab menuntut agar peminjam PTPTN itu membayar semula hutang mereka.


    Bukan ke sepatutnya laman portal itu terus mendesak agar Rejim Pakatan menunaikan janji mereka untuk menghapuskan hutang tersebut seperti yang pernah mereka lakukan selama ini?


    Itu baru isu yang berkaitan dengan hutang PTPTN. Belum lagi dengan tuntutan dan janji lain dalam manifesto yang sehingga ke hari ini masih GAGAL ditunaikan oleh Rejim Pakatan kepada pengikut - pengikut yang mengundi mereka sebelum ini!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini? Baru 14 hari PH memerintah, dah ada org menyalak menuntut janji. Rasionallah sikit. Kalau ye pun tgh kering dedak tak masyuk, jgnlah tunjuk kat org. Malu yeop.

      Delete
    2. Yg di suruh bayar peminjam mewah...termasuk anak orang kaye...

      Delete
  18. ADAKAH SPAD JADI MANGSA POLITIK DENDAM REJIM PAKATAN???
    POSTED BY SEMUT HITAM ON KHAMIS, MEI 24, 2018 WITH NO COMMENTS SO FAR


    Kalau dilihat semula agenda 100 Hari Pakatan, tidak ada disebut pun soal nak memansuhkan agensi - agensi ini. Apatah lagi nak menyebabkan kakitangan agensi itu hilang pekerjaan.


    Jika dilihat dari satu sudut, kewujudan agensi - agensi yang terlibat sebelum ini pun bukan dibina hanya semata - mata untuk menjaga kepentingan Politik pihak yang memerintah sahaja.


    Sebaliknya, banyak lagi peranan lain yang lebih penting dimainkan melalui agensi - agensi tersebut dan ianya memberi kesan secara lansung kepada rakyat. Sebagai contoh, kewujudan SPAD.


    SPAD ditubuhkan bukan sebab nak menjaga kepentingan Barisan Nasional. Tetapi kewujudan agensi itu adalah untuk memastikan sistem pengangkutan awam darat berada pada tahap yang memuaskan.


    Kalau sebelum ini, tidak ada agensi yang ditubuhkan bagi tujuan tersebut. Tapi semenjak adanya SPAD, sistem pengangkutan awam darat di Malaysia mengalami banyak perubahan drastik.


    Dan apa yang lebih penting, kewujudan SPAD membuatkan pengusaha - pengusaha pengangkutan awam ini mengikut garis panduang yang ditetapkan. Tidak seperti sebelum ini.


    Malangnya, peranan agensi itu tidak diambil peduli oleh Rejim Pakatan yang baru. Sebaliknya, agensi itu dimansuhkan tanpa sebarang usul periksa. Adakah kakitangan agensi itu turut menjadi mangsa Politik Dendam pihak Rejim Pakatan???

    ReplyDelete
  19. KP SPRM sepatutnya membuat laporan polis cubaan merasuah dirinya
    Posted onThursday, May 24, 2018 -05-24 15:12:46'


    Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull sepatutnya membuat laporan ke pihak berkuasa selepas ada individu yang cuba menyogok dirinya untuk menutup kes 1MDB.

    Beliau berkata, perkara itu dijelaskan selepas Shukri mendakwa pernah ditawarkan rasuah oleh seorang ahli parlimen bagi menghentikan siasatan terhadap 1MDB itu.

    “Berdasarkan kenyataan itu, ia membuktikan Shukri gagal melaporkan cubaan merasuah dirinya. Kegagalan beliau melaporkan perkara ini merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009.

    “Jika disabitkan bersalah, Shukri boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

    Justeru beliau yang juga bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan membuat laporan polis hari ini di Balai Polis Kelana Jaya berhubung perkara itu memandangkan kejadian itu berlaku semasa Shukri masih penjawat awam.

    Katanya, tiada timbul istilah takut kerana terdapat akta perlindungan saksi dan beliau boleh memohon diletakkan dibawah skim perlindungan saksi.

    “Cukup-cukuplah dengan politik dendam diamalkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak semua rakyat boleh terima cerita dongeng Shukri ini. Malah kenyataan beliau semalam membuktikan ada subjudis dan beliau telah menimbulkan prejudis terhadap Datuk Seri Najib Razak.

    “Jika apa yang Shukri katakan adalah benar, ini jelas membuktikan bahawa pelantikan beliau sebagai Ketua Perusuhjaya SPRM adalah dengan tujuan khusus untuk membalas dendam dan memastikan Najib dipenjarakan.

    “Ini jelas menunjukkan bahawa Rule Of Law hanya untuk mereka yang menentang Pakatan Harapan sahaja dan bukan pemimpin rejim Mahathir (dan) DAP,” katanya.

    http://pakdin.my/tag/sprm

    #RuleOfLawRimba

    ReplyDelete
  20. UMNO Dukacita Polis Rampas Dana Parti
    24 May 2018 Berita Utama
    Wan Hafiz Hamzah
    KUALA LUMPUR, 24 Mei – Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO menyatakan rasa kesal dan dukacita dengan rampasan wang dana politik parti itu oleh pihak polis baru-baru ini, di mana dana tersebut diperolehi melalui sumbangan untuk digunakan dalam kempen pilihanraya umum ke 14 dan bagi pengurusan parti.

    Menurut Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO, adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apabila baki sumbangan dana kempen dan parti telah dirampas oleh pihak polis semasa ia dalam proses dipindahkan kepada kepimpinan baru UMNO, selepas peletakan jawatan Dato Sri’ Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan BN.

    “Secara umumnya, Presiden UMNO bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber dan menguruskan dana untuk UMNO termasuk dana bagi Pilihan Raya Umum. Hal ini termaktub di dalam Perlembagaan parti.

    “Dana sumbangan kepada parti politik ini diterima oleh semua parti-parti politik d negara ini dan hal ini tidak ada bezanya dengan UMNO di mana mantan Presiden kita iaitu Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mendapatkan sumbangan dana untuk kempen sebelum PRU ke-14 dan juga dana untuk menguruskan parti.

    “Untuk makluman, semasa mantan Presiden Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden kita, beliau juga telah menyerahkan RM 1.2 billion kepada parti dan 3 juta ahli,” demikian jelas Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Menurut Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO , pembiayaan politik adalah satu perkara yang dibenarkan di bawah undang-undang negara.

    “Oleh itu, UMNO berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana tersebut dan mengembalikannya kepada parti setelah selesai proses siasatan oleh pihak berkuasa yang terbabit.

    “UMNO kini sedang dalam proses membina semula parti dan pulangan dana parti ini akan membantu parti untuk mengukuhkan proses pembinaan semula parti yang sedang dijalankan hari ini,” kata Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO .-MediaUMNO

    ReplyDelete

  21. PUTRAJAYA, May 24 — Around 50 Jaringan Melayu Malaysia (JMM) members delivered a memorandum alleging power abuse by the prime minister to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today.

    Led by former Finance Ministry Strategic Communications director Datuk Lokman Noor Adam and JMM president Datuk Azwanddin Hamzah, they asked the MACC to investigate Tun Dr Mahathir Mohamad over incidents from his previous term as PM.

    “Today, we handed over a memorandum to the MACC, to uphold their motto of being free, honest and professional, and investigate these 13 complaints lodged by current and former leaders,” said Lokman.

    Lokman claimed among the complainants were Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and Lim Guan Eng, who had previously lodged reports of abuse of power against Dr Mahathir.

    Among the cases were the Perwaja Steel scandal, Bank Negara’s forex currency speculations, the source of Dr Mahathir’s family wealth and the acquisition of Malaysia Airlines Berhad.

    Lokman added that he lodged a police report at the Kelana Jaya police station yesterday against MACC chief commissioner Datuk Seri Mohd Shukri Abdull over his allegations that a member of parliament had tried to bribe him, during a tell-all press conference on Tuesday.

    ReplyDelete
  22. 24 Mei 2018
    Bubar beberapa agensi hukuman kepada rakyat - UMNO | Astro Awani
    Komen Panglima :

    Rakyat yang memilih dan rakyat juga menerima kesan pilihan mereka hari ini...

    Semoga mereka akan nampak antara BN dan PH yang mana satu intan atau kaca di dalam membela nasib mereka.

    Suarakan rasa hati anda di media sosial agar rakan kita juga akan mengetahui apa sebenar yang terjadi .


    http://www.astroawani.com/berita-politik/bubar-beberapa-agensi-hukuman-kepada-rakyat-umno-176336

    Bubar beberapa agensi 'hukuman' kepada rakyat - UMNO
    Bubar beberapa agensi 'hukuman' kepada rakyat - UMNO
    UMNO berkata, SPAD ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi JPJ. - Gambar hiasan
    KUALA LUMPUR: UMNO menyifatkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membubarkan beberapa agensi lebih berupa satu bentuk 'hukuman' kepada rakyat.

    UMNO melalui kenyataan daripada Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabatnya berkata dakwaan kononnya agensi terbabit digunakan sebagai alat politik adalah tidak benar sama sekali kerana ia adalah agensi pemudah urus kerajaan bagi memastikan pentadbiran setiap ceruk negara dipantau.

    "Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) misalnya ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," kata kenyataan itu. Katanya, mungkin ada kebenaran bahawa kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM500 juta setahun dengan pemberhentian semua petugas agensi terbabit tetapi pada waktu yang sama merancang pembubaran tol yang menurut Moody's akan membabitkan pampasan yang terlalu tinggi.

    "Kita kesal kerana di saat pekerja di agensi-agensi terbabit akan menyambut Aidilfitri, mereka 'dihadiahkan' dengan keputusan yang sama sekali menutup periuk nasi mereka.

    "Kami merasakan adalah wajar pekerja terbabit diserapkan ke jabatan dan agensi lain kerajaan, dan tidak sekadar membiarkan mereka hilang sumber pendapatan dalam sekelip mata," katanya.

    Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama kerajaan baharu mengumumkan beberapa agensi dibubarkan iaitu SPAD, Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).

    -- BERNAMA

    ReplyDelete

  23. UNIT Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO tidak bersetuju tindakan kerajaan memansuhkan Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

    Mereka mendakwa pembubaran empat agensi berkenaan adalah tidak wajar sama sekali.

    Menerusi satu kenyataan, unit itu berkata keputusan dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu umpama hukuman kepada rakyat.

    “Keputusan itu tidak wajar sama sekali. Keputusan diambil pada mesyuarat pertama Kabinet PH pada 23 Mei itu lebih berupa satu bentuk ‘hukuman’ kepada rakyat, khasnya JKKKP yang selama ini memayungi mereka sebagai institusi menguruskan segala masalah setempat.

    “Dakwaan kononnya agensi terbabit digunakan sebagai alat politik adalah tidak benar sama sekali kerana ia adalah agensi pemudah urus kerajaan bagi memastikan pentadbiran setiap ceruk negara dipantau.

    “SPAD, misalnya, ditubuhkan khas bagi memantau sistem pengangkutan awam darat dan tidak timbul sebarang pertindihan dengan fungsi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

    Menurutnya, mungkin ada kebenaran bahawa kerajaan dapat menjimatkan RM500 juta setahun dengan pemberhentian semua kakitangan agensi terbabit, tetapi pada waktu sama merancang pembubaran tol yang menurut Moody’s (sebuah agensi perkhidmatan pelaburan dan ekonomi)akan membabitkan pampasan terlalu tinggi.

    “JKKKP yang sudah wujud di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada era 1980-an banyak menabur bakti kepada masyarakat.

    “Begitu juga dengan JASA. Kenapa baru sekarang Dr Mahathir menyedari ‘kesilapan dan kelemahannya’, jika ada?,” soalnya.

    Menurutnya, pihaknya kesal kerana ia berlaku di saat pekerja di agensi terbabit akan menyambut Aidilfitri dan mereka ‘dihadiahkan’ dengan keputusan yang sama sekali menutup periuk nasi mereka.

    “Kami merasakan wajar pekerja terbabit diserapkan ke jabatan dan agensi lain dalam kerajaan dan tidak sekadar membiarkan mereka hilang sumber pendapatan dalam sekelip mata.

    “Ingatlah, kita berkhidmat untuk rakyat. Rakyat sudah memilih PH sebagai wakil kepada suara mereka. Jika inilah balasannya, tidak salah untuk mengatakan kerajaan yang ada ditegakkan kerana dendam dan bukannya sebagai pelindung mereka.

    “Kerajaan PH sepatutnya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan seluruh rakyat, bukannya menayangkan kuasa secara membuat keputusan tidak rasional,” ulasnya. – Metro Online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa pula tidak bolih di bubarkan ??

      Di dalamnya penuh dengan virus zika (meminjam kata2 Sultan Johor).

      Delete
    2. haha... macam ada udang di sebalik batu.

      Delete
  24. World Bank rep: Abolishing GST will affect economy
    BY PEWARIS MELAYU | PUBLISHED 24.5.18
    (The Star) KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) will need to explain how it will make up for the shortfall in the country’s source of income if it goes ahead in abolishing the Goods and Services Tax (GST).
    World Bank Malaysia Country Manager Faris Hadad-Zervos said Malaysia’s economy would likely face long-term negative effects if the GST was abolished, as the move involved a huge loss of income to the country’s coffers.
    Last year, Malaysia’s coffers saw RM45 billion being remitted from the GST collection.
    In relation to this, Hadad-Zervos, through a video posted on a portal, posed questions to PH leaders in the event the GST is abolished.

    World Bank Malaysia Country Manager Faris Hadad-Zervos
    The questions included:
    What other income sources will be required for the country after the GST is abolished?
    Do you want to reduce the country’s source of income?
    Do you want to rely on commodities when their price are uncertain in the world market?
    He posted these questions at https://www.nx.digital/archives/world-bank-gst-abolition-to-bring-negati... -msia-economy- Hadad-Zervos asked whether abolishing the GST would also reduce the country’s source of income portfolio.
    “What do you want to give to the people when the GST is abolished?
    “What services, benefits or expenses will you dispose of?”
    PH’s pledge in abolishing the GST and restoring the Sales and Service Tax (SST) is considered a populist measure, as there was never an explanation on how the revenue shortfall of about RM20 billion would be replaced following its abolition.

    Hadad-Zervos said the implementation of the GST had helped the government provide cash assistance to target groups through the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) while reducing the cost of living.
    However, he said BR1M should be further improved according to the location and number of family members of recipients.
    “As of now, families in Kelantan who receive BR1M get the same payment as families in Kuala Lumpur.
    “Families with five children also receive the same amount as a family with one child. So, it needs to be more detailed and carefully crafted.”
    Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had stated that Malaysia would end up being a deficit country like Greece or Italy if the GST was replaced by the SST as pledged by PH in its manifesto for the 14th General Election.
    To date, 164 countries had implemented the GST with the latest being India.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ade negara yg tidak kenakan gdt...

      Nalaysia negara yg banyak hasil..income tac veratus billion..sudah memadai debgan sst yg ditambah baik...

      Najib buat gst untuk bayar utang 1 mdb yg berjumlah 38 bilkion..wang 1 mdb najib rompak..

      Delete
  25. KHAMIS, 24 MEI 2018
    Rafidah: Tempoh 100 hari HARAPAN bodoh
    malaysiakini




    Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan tempoh seratus hari Pakatan Harapan (HARAPAN) memenuhi sepuluh janjinya itu sebagai tidak masuk akal.

    "Kenapa seratus hari? Kenapa tidak setahun?" tanya beliau ketika wawancara dengan stesen radio perniagaan BFM.

    "Jika kita buang tempoh seratus hari yang bodoh itu, maka kamu akan mendapat perspektif yang lebih baik. Kamu tidak boleh melakukan perkara (pelaksanaan janji) dalam masa seratus hari.

    "Tiada negara di dunia boleh menyelesaikan semua masalah dalam seratus hari," katanya.

    Rafidah berkata walaupun langkah-langkah pembaharuan tertentu boleh dilakukan dalam jangka pendek, namun perlu ada matlamat jangka sederhana dan jangka panjang.

    Bekas menteri itu mendedahkan beliau akan memberi input (nasihat) kepada pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad apabila diperlukan. Walau bagaimanapun, beliau berkata tidak semua cadangannya akan diterima.




    Mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Mahathir, Rafidah berkata jika ketua umum PKR itu dapat membuktikan beliau mempunyai motivasi yang sama dengan perdana menteri sekarang untuk menjadikan Malaysia lebih baik maka tiada sebab untuk khuatir.

    Mengambil maklum hal itu, beliau mengingatkan rakyat Malaysia bahawa memimpin negara merupakan kerja berpasukan.

    Rafidah juga menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan HARAPAN tetapi mahu melihat pemimpin berwawasan jauh yang boleh melaksanakan apa yang dikatakan dan membuktikan diri mereka sebagai eksekutif yang berwibawa.

    "Sesetengah orang kelihatan sangat bertenaga dan boleh bercakap dengan baik.

    "Tapi itu tidak bermaksud mereka boleh bekerja dengan baik. Saya lebih mengutamakan pemimpin yang boleh membuat kerja. Lagi kurang bercakap lagi bagus," katanya.

    #######################################################

    Apa cer???? Iron lady yang jadi penyokong kuat Tun M pun dah tegaskan janji2 100 hari PH tu adalah bodoh dan tak masuk akal untuk dicapai kesemuanya. Lagi mau sembang tahap bangang lagi ka haaah???? Bukaklah mata dan kalau nak berjanji tu patut2lah..bukan setakat jadi gula2 PRU aje beb, takke nyanya kalau tak dapat dipenuhi, haru biru lah jadinya !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Janji tak kedarah dan samun duit rakyat macam 42 juta yg mengeram dalam akaun peribody tapi tak tau dari mana datang duit tu.....

      Janji tak derrr tanah yg lesap......tak der ikan sturgeon invisible ditawarkan pada rakyat.

      Delete
    4. 100 hari untuk tindakan awal...lepas 100 hari tindakan yg lebih kemas...seperti gst sifar mulai 1 jun...selepas 100 hari sst yg ditambah baik akan dilaksanakan...

      Delete
  26. Daripada kejadian ini, apa yang dapat dirumuskan ialah:
    1. Zahid & Hisham tidak dihormati oleh pemimpin UMNO di akar umbi
    2. Zahid & Hisham membuat keputusan eksekutif tanpa berbincang dengan pemimpin UMNO Perlis tapi backfired kerana (1)
    3. Pemimpin UMNO Perlis lebih percaya kepada Tun M untuk selesaikan kemelut mereka dari kepimpinan UMNO Pusat

    Oleh itu, seperti dicadangkan oleh Saudara Shahbudin, Zahid & Hisham perlu bertindak tegas ke atas Shahidan bagi memantapkan kepimpinan mereka. Tiada pilihan lain bagi Zahid & Hisham untuk mengelakkan disrespect yang lain dimasa akan datang.

    ReplyDelete
  27. najib dah nyawa2 ikan.....geng najib dah jadi ikan busuk...

    modus operandi umporno sekarang..

    1. accept
    2. deny
    3. act as nothing happened
    4. deny
    5. cucuk jarum

    sekarang tengah hebat geng2 najib termasukla geng najib sesat sekor kat sini. cucuk jarum selagi boleh, selagi najib belum masuk dalam. ada beberapa ekor geng ni dah paling tadah dengan muka tak malu, menghadap tun...nak tunjuk muka saja.

    bangsat2 ni elok di tanam hidup2. itu yg paling layak.

    ingat ni....bangsat2 ni...

    4/7/2015 najib - "saya menafikan ada menerima duit ke dalam akaun saya"

    30/7/2015 mat maslan - "tidak betul. tidak ada pengaliran wang ke akaun peribadi perdana menteri"

    4/8/2015 kj - "wang rm2.6b yang diterima perdana menteri adalh sumbangan penyokong umno"

    11/8/2015 nazri - "wang derma diterima dari sebuah negara sahabt untuk membantu umno memenangi pru 13 lalu"

    15/8/2015 wan denan mamt - "derma rm2.6b adalah sebagi penghargaan kepada malaysia yg memperjuangkan agama islam dan mengamalkan pegangan ahli sunnah wal jamaah"

    22/8/2015 wak jawa - "rm2.6b di terima bukan dari seorg penderma, tapi dari beberapa org penderma"

    22/8/2015 aziz kaprawi - "derma adalah bertujuan untuk membantu umno melawan dap yg dibantu yahudi"

    9/12/2015 nong chik - "duit rm2.6b tu telah habis dibelanjakan untuk umno"

    16/5/2016 puad shit - "derma rm2.6b diterima dari raja arab saudi untuk digunakan bagi tujuan memeranagi isis"

    25/1/2016 najib - "betul memang ada duit rm42juta masuk ke akaun saya, tapi saya tidak tau siap yang masukan"

    dari sekor ke sekor lagi, kalau dah membohong tu dah tak ingat dosa pahala....semua ni islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeooopp......segala macam cara geng naga buat untuk tutop pekong kepala bapaaaknya.

      Delete
    2. betul yeop....

      yg lawan raja sampai murka depan2....yang nak mintak duit balik....dah tak tahu malu....

      dalam kepala mereka ni duit je yg ada....

      apa lagi yg nak diharap.....mereka ni khianat sumpah melayu tahun 1946 dulu.....

      Delete
    3. Sokong bebenor komen kamu yeoooppp....!!!

      Delete
  28. KUALA LUMPUR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail diminta untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri, kata Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

    Kenyataan itu dikeluarkan Shahidan susulan Datuk Seri Azlan Man yang baharu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis biarpun tanpa mendapat sokongan tanpa kehadiran sembilan Adun BN.

    “Saya merayu tuanku raja supaya menghormati perlembagaan sebagai raja berperlembagaan.

    “Tuanku tak perlu campur tangan tentang pentadbiran sebab pentadbiran akan uruskan. Tidak perlu risau Perlis tiada bajet dan sebagainya, itu adalah urusan menteri besar,” katanya di ibu pejabat Umno, di sini semalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shahidan penderhaka...nak lantik proksi jadi mb...dah tua masih nak merompak..

      Delete
  29. PUTRAJAYA – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula 13 kes laporan rasuah yang dibuat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

    Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, antara laporan kes tersebut pernah dibuat oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang kini Timbalan Perdana Menteri, Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, SPRM di bawah ketua pengarah baharu perlu melakukan siasatan secara telus tanpa mengira apa sahaja jawatan dan pangkat.
    “Jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang disiasat, SPRM perlu melakukan tindakan yang sama ke atas Mahathir kerana laporan pernah dibuat sebelum ini.
    “Jadi JMM mahukan SPRM lebih bebas daripada sebarang pengaruh politik dan tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya selepas selesai menyerahkan dokumen kes salah laku itu di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
    Sementara itu, dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, Azwanddin menyenaraikan sebanyak 13 perkara yang harus disiasat SPRM antaranya pemilikan hampir 100 keping wang kertas RM500 dan RM1,000, skandal Perwaja Steel dan kekayaan luar biasa anak Mahathir.
    Laporan Mahathir menggunakan Danamodal untuk menutup kerugian syarikat kroni, aset hiliran Esso Malaysia dan salah guna kuasa sebagai Penasihat Petronas.
    Turut tersenarai, skandal Bumiputra Finance, spekulator forex terbesar oleh Bank Negara, kegunaan wang kerajaan untuk melobi, pembelian MAS dengan harga luar jangkaan, siasatan RCI terhadap kerugian RM31.5 bilion Bank Negara serta bailout syarikat perkapalan Konsortium Perkapalan Berhad.
    Azwanddin hadir ditemani bekas Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam. – MalaysiaGazette

    ReplyDelete
  30. Salam buat tuan blog dan sahabat2 semu.

    Kita sekarang berada di hujung zaman fitnah. Zaman fitnah benar-benar menuju ke klimaks. Seperti yang telah beberapa kali saya sebut di sini pada bacaan saya hari klimaks zaman fitnah akan berlaku pada bulan Zulhijjah tahun ini. Oleh yang demikian setiap kejadian yang berlaku seharusnyalah kita cuba mencari jawapannya melalui pandangan hikmah. Pasti ada hikmah kepada setiap perkara yang sedang berlaku.

    Saya melihat kemelut di Perlis ini sebagai satu cara Allah mendedahkan hipokrasi UmNo hari ini yang berdegar-degar mengatakan mereka adalah tonggak dan pembela kepada sistem beraja di negara ini.

    Lihatlah, hanya kerana tidak bersetuju dengan pemilihan pihak istana yang tiada cacat dan celanya mereka sanggup menentang pilihan Raja secara terbuka, keras dan tidak beradab. Azlan Man telah menjadi MB Perlis pada penggal yang lepas, dan sepanjang tempoh itu kita tidak mendengar apa-apa skandal yang sabit dengannya.

    Maka penentangan UmNo Perlis kepada pemilihan Istana bukanlah bertitik-tolak daripada apa-apa kepentingan awam melainkan hanya disebabkan nafsu peribadi.

    Sungguh Allah sedang mendedahkan satu demi satu hipokrasi UmNo supaya kelak apabila UmNo benar-benar dibinasakan semua manusia akan berkata "sesungguhnya Allah tidak menganiayai manusia sedikitpun, sebaliknya manusialah yang menganiayai diri mereka sendiri".

    Tunggu saja sedikit masa lagi untuk kita melihat pula kenapa Allah benarkan UmNo menang di Pahang dan PAS menang di Terengganu dan Kelantan. Pasti ada hikmahnya.

    In shaa Allah tidak lama mana untuk semua melihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr John Doe, DSAI pula mcm mana? Saja nak tanya...sdr dah U-turn juga kah?

      Delete
    2. "Saya melihat kemelut di Perlis ini sebagai satu cara Allah mendedahkan hipokrasi UmNo hari ini yang berdegar-degar mengatakan mereka adalah tonggak dan pembela kepada sistem beraja di negara ini."

      Setuju dengan Bro John Doe.......satu hipokrasi.

      Delete
  31. Thursday, May 24, 2018
    “Apa Itu Murka? You Tell Me Apa Itu Murka? Soal Shahidan Bila Raja Perlis Dilaporkan Murka


    Menggunung lagi ego si Shahidan ni meskipun UMNO/BN dah kalah teruk PRU14 lalu.. “Apa itu murka? You tell me (kamu beritahu saya) apa itu murka?”

    Begitu reaksi Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditanya pemberita berkaitan kemurkaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang memulaukan istiadat angkat sumpah menteri besar.

    Mengulangi beberapa kali soalan sama, Shahidan berkata murka itu cuma “bahasa yang diperindahkan” lapor MalaysiaKini di SINI

    ReplyDelete
  32. MAY 24, 2018
    4
    Bila Kerajaan PH Ambil Alih, Tiba-Tiba NFC Jadi Suci Murni
    image: https://1.bp.blogspot.com/-bdoV47qEfM4/Wwa3HHUy5-I/AAAAAAABQuM/MdsQz_wc0pgV4Xc08Hy-qc1xDxmsfa_CQCLcBGAs/s640/FB_IMG_1527155928776.jpg





    Masih ingat lagikah National Feedlot Corporation atau NFC. Masih ingatkah lagi bagaimana Pakatan Harapan (PH) memburukkan NFC sehingga industri berkenaan lingkup dan syatikat berkenaan ditutup?

    Sehingga sekarang fitnah jahat masih bermain di media massa. Panggilan Sharizat Lembu, lembu tinggal dalam kondo, Menteri UMNO tidak bayar hutang sentiasa dipermainkan saban hari sehingga fitnah yang diulang-ulang ini menjadi satu sebab kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional.

    Umum terlupa di sebalik industri penternakan berkenaan yang telah dihapuskan, segala hutang piutang NFC kepada pihak Kerajaan telahpun dilangsaikan sepenuhnya. Malah, syarikat berkenaan dan Pengerusi NFC telah memenangi kes saman malu ke atas pemimpin pembangkang, Rafizi Ramli. Baca di sini.

    Kini, setelah PH mengambil alih Kerajaan Pusat, secara tiba-tiba NFC menjadi suci murni. Menteri Pertanian dan Asas Tani dalam temu bual Astro Awani di atas mengumumkan akan meneruskan projek berkenaan. Kalau semalam program PERMATA yang dikritik hebat sebelum ini diteruskan, hari ini giliran NFC pula. Nampak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi gaji banyak, elaun banyak dilantik jadi menteri, generate lah idea baru, ini asyik2 ciplak idea pemimpin terdahulu, kesian aku tengok menteri2 PASOLA PH ni! Bukan apa2..takut Msia ni jadi macam negara pasir berdengung tu beb !!!!!

      Delete
    2. Lagi elok menteri pasola daripada menteri kayu..pakat angguk kepala walau ditipu si bugis dunguuuu

      Kaahhh kahhhh kaaaahhhhhhhh kaahhhh

      Delete
    3. Woiiii bodoh.......bukan tiru samdol......tapi apa yg boleh direcycle tu eloklah digunakan semula dari dibuang gitu ajerrr.....

      Contoh tempat ladang ternak NFC tu memang dah wujud tapi sekarang ditinggal gitu tak berjaga......kan ke membazir namanya.

      Jadi apa salah diambik semula tempat tu dan dijalankan dan diusahakan dengan baik tanpa sebarang penyelwengan.

      Tambah pulaaakkk berrrjuta-juta wang dah lesaappp tapi tempat yg ada dibiarkan gitu ajerrr.......tak ke rugi...???

      Badigol......sekarang ni kiitarkan semula apa yg ada untuk elakkan pembaziran.......bukan mengikut jejak pekong lama.......ko reti bahasa ke idaaakkk....??

      Dol.....yg puak2 ko tiru TAWAS sistem dari Kerajaan Pakatan Selangor untuk anak-anak baru lahir tu apa macaammmm....??

      ADAM50 kan mirip TAWAS dol....???

      Terrrnyata majoriti rakyat Msia dah tolak menteri2 Pasola kabinet kasut ko.

      Sebelom Msia ni jadi negara pasir berdenguuunggg..........ko siang2 hari udaaah berdenguuunggg biol.

      Delete
  33. Lagi Gesaan Hapuskan Institusi Agama Islam Di Malaysia
    Posted by Penang Kini on 21:50 in dalam negeri nasional Politik Terkini | Comments : 0


    KUALA LUMPUR – Seorang wanita menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan institusi agama Islam di negara ini seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan sebagainya.

    Kavitha Aruljothi melalui laman Twitter sebentr tadi berkata isu berkaitan agama adalah merupakan hak perbadi dan adalah tidak wajar kerajaan mengunakan dana awam untuk membiayai institusi berkenaan.

    “Kepada @chedetofficial (Tun Mahathir) dan rakan-rakan, langkah membubarkan SPAD & JASA merupakan satu pembaharuan yang baik. Mohon pertimbangkan untuk turut mengambil langkah sama terhadap Jakim, Jais dan lain-lain.

    “Agama adalah merupakan hak peribadi. Membelanjakan berbilion-bilion dana awam ke atas penguatkuasaan agama dalam masyarakat sekular adalah tidak wajar,” tegasnya.

    Kavitha kemudianya menjelaskan pihaknya bukan berniat untuk mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan hanya mempersoalkan tindakan mengunakan dana awam hanya untuk membiayai penguatkuasa agama.

    “Saya tidak mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi. (Namun) hanya merujuk kepada penguatkuasaan agama yang boleh dilakukan tanpa mengunakan dana awam,” jelasnya ketika dibidas berhubung kenyataan tersebut.

    Tun Dr Mahathir Mohamad awal tahun lalu pernah menyatakan, PH bersedia untuk mengkaji semula kedudukan Jakim, sama ada perlu dikekalkan ataupun dihapuskan.

    Ia ekoran daripada desakan yang dibuat oleh segelintir pihak yang mempersoalkan kewujudan Jakim. – SuaraTV

    ####################################################### Bahaya betul cadangan2 seperti ni yang semkin berani disuarakan sejak PH berkuasa. Maruah dan kedaulatan Islam serta badan2 yang telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan kesyumulan Islam telah mula dipertikaikan oleh bukan Islam. Janagn terperanjat jiia lebih banyak lagi posting2 serta permintaan2 seperti ini akan bertambah dari hari ke hari. Naauzubillah..jika Islam akan terus diperkotak katikkan sedemikian rupa di negara tercinta ini !!!!

    ReplyDelete



  34. Aku tertanya-tanya apa yang ditawarkan oleh Mahathir kepada Azmin sehingga Timbalan Presiden PKR itu sanggup lepas jawatan MB Selangor semata-mata nak pegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi?

    Kalau nak dikira jawatan menteri itu bukanlah kanan sepertimana dipegang oleh Muhyiddin, Mat Sabu dan Lim Guan Eng. Tetapi kenapa Azmin sedia lepaskan kerusi MB yang dianggap empuk apatah lagi memegang sebuah negeri yang kaya, besar dan stabil.

    Kenapa Azmin sanggup pecah kepala naki fikir soal ekonomi negara sedangkan dia sepatutnya lebih selesa jadi MB, menguruskan negeri yang telah 10 tahun dipegang. Apa sangat nak dibanding jadi menteri?

    Lalu aku risik-risiklah dengan beberapa pihak yang berkenaan. Lalu keluarlah teori konspirasi bahawa ada kemungkinan Mahathir menawarkan sesuatu yang lebih besar selain sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi... emmm kerusi Perdana Menteri misalnya? Siapa tahu...

    Sebab aku cukup masak dan faham dengan Mahathir yang sering kali melakukan sesuatu yang kadang kala diluar otak fikiran manusia biasa. Benar dia bebaskan Anwar Ibrahim dan menjanjikan kerusi PM kepada bekas TPM yang dipenjarakannya itu, tetapi harus dilihat juga kelicikan Mahathir.

    Ramai yang berpendapat Mahathir tidak akan melepaskan kerusi PM kepada Anwar. Buktinya walaupun dia berjanji untuk pegang selama dua tahun (sehingga 2020 kut) tapi Mahathir juga tahu pergerakan Anwar untuk "merampas" kerusi PM lebih awal. Gerakannya sudah kelihatan... Lagipun dia tentu faham benar dengan fiil Anwar dalam banyak segi. Justeru, tidak mudah untuk Mahathir menyerahkan jawatan PM kepada pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan pihak-pihak Barat itu.

    Lalu, kalau bukan Anwar jadi pilihan sebagai PM, siapakah yang akan dipilih oleh Mahathir untuk menggantikannya? Jawapannya... Azmin. Ya, Azmin seorang pelajar yang hebat yang ditemui oleh Mahathir semasa melawat Amerika ketika dia menjadi PM-4 dahulu, lalu selepas Azmin pulang ditempatkan Azmin di pejabatnya sebelum kemudiannya Anwar 'berkenan' dan meminjam Azmin untuk dibawa ke pejabatnya. Lalu Azmin kekal menjadi orang kanan Anwar sehingga kini.

    Namun Azmin sudah tentu tidak akan melupakan jasa Mahathir yang mengambilnya sebagai 'anak angkat', diberikan didikan selok-belok pentadbiran negara dan juga dalam soal politik. Walaupun Azmin pernah menentang Mahathir disebabkan tindakan PM-4 memenjarakan Anwar, namun sudah tentu Azmin tidak menolak jika Mahathir tawarkan tempatnya kepada Azmin sebagai PM-8.

    Ya, Azmin yang akan menggantikan Mahathir sebagai PM-8 dan bukannya Anwar. Dan tawaran itu terlalu besar yang tidak boleh ditolak oleh Azmin sehingga dia sanggup melepaskan kerusi MB Selangor. Meletakkan Azmin juga bertujuan untuk meredam pengaruh Anwar kerana Mahathir amat faham 'kehebatan' Azmin, anak angkatnya itu.

    Itulah cakap-cakap yang berlegar dalam alam maya sekarang dan aku percaya Mahathir sengaja meletakkan Azmin di kementerian ekonomi untuk membolehkan Azmin faham tentang selok belok ekonomi negara yang nantinya akan memudahkan dia jika ditabal menjadi PM-8.

    Mahathir... Seorang pemimpin licik, berwawasan dan seringkali lakukan kejutan. Semuanya tidak mustahil berlaku... Kalau betullah Azmin jadi PM-8, apa tindakan Anwar selepas itu?

    Kita tunggu dan lihat.... (sambil makan popcorn)








    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalannya yang besar kat sini ialah berbaloi ke pengorbanan Azmin untuk melepaskan jawatan MB Selangor, negeri yang terkaya di Msia ni. Dah tentu ada sesalan dalam dirinya bila menerima jawatan baru dalam kabinet ni. Fungsinya pun masih samar2 lagi...ada cakap2 akan berlaku pertindihan kuasa dengan MOF. Kini ikut LGE, Azmin jaga EPU aje..satu unit kecil dalam MOF dulu. Takkan lah dah didowngradekan jaga unit EPU aje...kuasa pun terbatas, tak macam ketika dia jadi MB Selangor. Bukan apa2..takut2 Azmin ni jadi bidak dalam percaturan politik Tun M yang lebih besar dan penuh muslihat tu...kesian kan kalau AZmin terlupa perpatah melayu dulu2 tu...yang dikejar tak dapat...yang dikendong berciciran...nasib kau lah Labu oooi!!!!!

      Delete
    2. Hahaha...nak samakan azmin dgn puak umno. Klu dia nak wang ringgit lagi baik dia masuk umno.dapat kaut juta2 rm pastu simpan kt umah.

      Hahahaha

      Delete
    3. Dimana silapnya ..

      Pada Zaman Kepala Bapak Kau , EPU di galas olih Rahman Doeramon . EPU di letak bawah JPM ..maknanya bawah Najib .
      MOF pula di terajui olih Najib . Habis semua di goring olih Najib .

      PH berjanji untuk meletakkan portfolio ni secara berasingan . Satu MOF di galas olih Lim Guan Eng , akauntan bertauliah . Manakala EPU menjadi Kementerian Ekonomi , digalas olih Azmin , graduan Bachelor in Applied Mathematics serta Masters in Economic .

      Najib ...setakat GCE '0' level je .

      Delete
    4. Bro Diny.....Geng Naga ada MBA....married but available....
      Kihkihkihkih

      Delete
    5. Lim Guan Eng........graduated from Monash University, Australia with a Bachelor's in Economics and was a qualified Professional Accountant by 1983.

      Azmin Ali.....received his BSc in Economics & Mathematics and Master's Degree from the University of Minnesota, USA.

      Wooiiii Geng Naga.......ko jangan pandang orang tak derrr mata dol....

      Silap oranglah kalo ko ada hati nak perlekehkan menteri2 PH.

      Errrrrrr......aku nak tanya ko.....ko ingat tak sape yg dapat title Asia's Worst Finance Minister pada 2016 dulu...???

      Delete
  35. PAS masih kuat menentang Dr Mahathir selepas 22 tahun
    24 MEI : Meskipun dilihat Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai kuasa untuk ‘melibas’ pemimpin tertinggi termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga jatuh dari pentadbiran, PAS pula mendakwa mempunyai senjata bagi menjatuhkan Perdana Menteri itu.

    Veteran PAS Subky Latif, menegaskan senjata itu sebenarnya boleh digunakan sewaktu UMNO dan BN memerintah dulu tetapi hukuman tidak dikenakan terhadap Tun Mahathir kerana pemimpin tersebut juga ahli parti tersebut.

    Senjata yang dimaksudkan Subky adalah skandal BMF dan Forex yang melibatkan Dr Mahathir dan pada ketika itu juga Anwar merupakan Timbalan Menteri Kewangan.

    “Bagaimanpun semua pihak menganggap Tun Mahathir adalah pemimpin paling suci apabila sudah mencuci tangan daripada pukulan yang dikenakan terhadap Anwar sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

    Ia kemudian dipalitkan pula terhadap Najib, dikatakan terlibat dalam skandal SRC International Sdn Bhd dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Menurut Subky strategi yang digunakan Tun Mahathir tetap sama, namun masih tidak boleh menumbangkan PAS sehingga hari ini.

    “PAS sudah berpengalaman berhadapan dengan Tun, perlawanan kali ini adalah pusingan kedua, pusingan pertama berlangsung selama 22 tahun, Tun telah gunakan seluruh kekuatan yang ada namun gagal memberikan pukulan kepada PAS, PAS tetap meneruskan perlawanannya meskipun Tun diganti oleh pemain lain yang lebih segar.

    “PRU 14 menyaksikan Tun sekali lagi beraksi tetapi mewakili PH atau BN 2.0, bukan lagi UMNO tulin, libasan Tun masih berbisa namun bukan PAS yang terkena libasannya tapi UMNO. PAS masih seperti dulu dan sehingga kini terus menyambung perlawan dengan Tun dipusingan kedua ini.

    “PAS kenal siapa Tun dan tau gerak geri serta pukulan maut untuk dia rebahkan lawannya termasuk Anwar.

    “Tun juga berjaya melahirkan legasinya Najib Razak untuk meneruskan pukulannya terhadap Anwar sehingga akhirnya sekali lagi Anwar dipenjarakan atas tuduhan yang sama tetapi melibatkan orang lain pula lalu meringkuklah Anwar dalam penjara Sungi Buloh atas tuduhan yang memalukan ini, ini hebatnya libasan Tun.

    Tun bukan tak ada kelemahan, bukan tak ada skandal tapi banyak..skandal BMF, Forex, Perwaja dan lain-lain, termasuklah isu yang meletakkan nama Tun sebagai pemimpin yang mahazalim iaitu isu Memali, tapi Tun dapat tutup semua itu kerana Najib Razak tak buat kepada dia sewaktu jadi PM sebagaimana Tun buat kepada Najib Razak ketika Tun diangkat menjadi PM.


    Subky Latif

    Yang menarik kata Subky, kali ini adalah gabungan PAN, PKR dan DAP, Maka Tun dianggap tidak lagi bersalah kerana menuduh Anwar meliwat dan ia telah dianggap luka kecil sahaja,” katanya.

    Skandal-skandal yang melibatkan Tun Mahathir itu akhirnya terpaksa didiamkan termasuklah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim yang kini akhirnya terpaku di buku lali Perdana Menteri baharu itu.

    Namun dalam hal ini katanya PAS juga yang masih kuat menentang Tun Mahathir malah sehingga ke hari ini.

    “Satu-satunya parti yang paling lama menentang Tun ialah PAS, dendam Tun pada PAS sampai tua, mudah-mudahan tidaklah sampai kemati.

    “Tun marah sangat dekat PAS sebab PAS satu-satunya parti yang tak pernah tunduk padanya,” tulis Subky menerusi Facebook beliau.

    #######################################################

    Rakyat marhaein angkat topi setinggi2nya pada PAS kerana terus beristiqamah dengan perjuangannya sejak dari ditubuhkan dulu hingga sekarang. Dalam keadaan dihentam kiri kana depan belakang , masih mampu untuk mewnjadi kerajaan di Kelantan dan Terengganu. Tiada siapa menyangka perkara ini aakn berlaku..mereka meramalkan Amanah akan menguasai Kelantan..tapi malangnya, semua kerusi parlimen dan DUN ynag dipertandingkan tewas belaka. InyaAllah..dalam PRU15 nanti, banyak lagi negeri2 akan ditawan oleh PAS..dan tak mustahil, ia mampu membentuk kerajaan tanpa bergabung dengan mana2 parti pun..Takbirrr !!!!!!

    ReplyDelete
  36. Ada sekor beruk kat blog ni, memang sial laaa. Dah laa tak tahu dek untung, post komen plak macam kepala sial. Menteri umno dh pun mengaku salah, beruk sekor ni otak tak tahu letak dimana. Budin, aku dah lama prati blog kau, aku nasehatkan kau jgn siarkan lg komen2 geng beruk sekor ni, atau blog kau ni yg aku pakat cincang. Jgn kau bodohkan diri kau budin semata nk tunjuk blog kau bebas diskusi. Naik menyampah aku. Geng beruk tu tak layak dipanggil geng naga. Macam haramjadah je aku tengok. Batu api, dan bodoh! Negara dh diperintah PH, so stop siarkan komen dr manusia takde otak! Harap budin ambik pot isu ni walaupun komen aku ni tak kau siarkan budin. Sekian

    ReplyDelete
  37. Kie King...sabar geng, bawak mengucap banyak2..jangan marah, kita bincang ..k. Sekarang kan era baru..media bebas di bawah PH. Setiap rakyat bebas mengutarakan pendapat dan komentarnya..ini kan yang diperjuangkan oleh Nurul Izzzah, Syed Sadiq dan pimpinan2 PH selama ni. Kira Blog Budin ni adalah platform terbaik untuk kita mencaknakan apa yang selama ini tersurat dan tersirat dalam hati kita. bukan kah sebagai kerajaan yang baru dilantik atas kehendak rakyat, amat2 memerlukan check dan balance yang kuat agar mereka tidak tergelincir dari landasn untuk menunaikan segala2 janji2 mereka..khususnya 10 janji dalam 100 hari tu??? Kita tentunya tak mahu kerajaan yang hanya syok sendiri dengan menteri2nya hanya sebagai pak angguk dan pasu bunga saja dalam kabinet. kalau bunga mawar takpe jugaklah, ada juga bau wanginya..ini kalau bunga taik ayam..nak buat apa. Dah tentu rakyat menagih segala janji2 mereka yang dijaja sebelum PRU 14 tu. Kiranya kita di sini bolehlah diibaratkan sebagi OMBUDMANS yang sentiasa cega untuk memantau segala gerak geri kerajaan baru ni. Kalau ada yang tak betul, kita tibai dan hentam lah...macam yang dibuat oleh PH dulu sebelum jadi kerajaan. Inilah yang patut dilakukan oleh setiap rakyat yang cintakan negara..kita pastikan segala janji2 mereka ditunaikan..ingat..tanda2 orang yang munafiq ialah bila berjanji dia mungkir.!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kamu nak tibai2 orang ni ??

      Lagikan Nur Jazlan pun kena tibai Syed Hamid Albar ..terus terduduk .

      Delete
  38. negeri perlis hanya ada 150k voters,ramai lagi voters kat parlimen damansara 170k,negeri sekecik ni pun umno nak berebut, aku syorkan raja perlis,kalau susah sangat bubarkan shj semua dun negeri buat pilihanraya baru,bagi rakyat perlis DECIDE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok cadangan tu...geng najib elok bertanding sekali.tgok rajin bebenor berhujah memuji umno.


      Kikikiki...

      Delete
    2. Jamesdean 1...Ntah berapa puluh kali dah aku tegaskan kat sini bahawa aku masih lagi dengan pendirian yang non partisan..tidak memihak kepada man2 parti politik di negara ini. Aku hanyalah seorang pekebun yang sedang belajar2 untuk menjadi ombudmans yang memantau perjalanan kerajan baru PH ni. Aku sebagai rakyat yang setia kepada negara tercinta tetap menjunjung tinggi prinsip..di mana bumi dipijak , di situ langit dijunjug. Diharapkan ini akan menjawab segala permasalahan berkaitan dengan prinsip aku !!!!!

      Delete
    3. Pekebon bongok non partisan konon..blm pru hentam PH sokong umno..lepas pru pon hentam PH..

      Non partisan kepala bapak ko ..buduuh nak mampooos...macai umno memang kaki temberang..

      Delete
    4. Non partisan bapaaaakkk luuuuu......

      Delete

  39. Mahathir vs Anwar: Siapa paling berkuasa?
    5/22/2018 06:30:00 AM - Anwar Ibrahim, Malaysia Baru, Politik, Tun Mahathir


    Semalam Kabinet baharu sudah dibentuk secara rasmi. Mahathir sebagai PM dan Wan Azizah sebagai TPM. Di bawahnya ialah Muhyiddin, Guan Eng dan Mat Sabu sebagai menteri kanan. Turut berada dalam Kabinet ialah Azmin Ali.

    Ramai yang bertanya kenapa Azmin dipilih sedangkan dia sudah ditabal sebagai MB Selangor. Jawapan aku mudah saja, ia atas kemahuan Anwar. Ya, Anwar yang kini berada dalam Majlis Presiden PH selepas dibebaskan daripada penjara setelah mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong.

    Tapi kebanyakan orang muda atau tepatnya pengundi kali pertama pada PRU-14 lalu pastinya akan persoal jawapan aku. Ah, tidak mungkin Anwar yang tentukan barisan Kabinet baru. Ini adalah keputusan bersama antara Majlis Presiden.

    Ya, itu yang Mahathir maklumkan kepada media. Dalam bilik itu tiada siapa yang tahu apa berlaku melainkan mereka yang berkenaan.

    Seperti aku tulis dalam entri sebelum ini bahawa Anwar tidak mungkin menunggu selama dua tahun untuk menjadi PM menggantikan Mahathir. Nah, ternyata dugaan aku semakin jelas kebenarannya.

    Buktinya apabila Anwar 'menegur' Mahathir kerana bertindak menggeledah rumah Najib di awal pagi ketika umat Islam membuat persiapan untuk bersahur dan berpuasa. Teguran Anwar itu bukan sebarang teguran, sebaliknya ia adalah amaran kepada Mahathir bahawa dia bukanlah pemimpin paling berkuasa di Malaysia sekarang, walaupun dia menjawat jawatan PM.

    Semua nampak kecenderungan Mahathir ialah untuk mengambil tindakan terhadap Najib berhubung isu 1MDB dan soal "salah guna kuasa". Sebab itu tindakan pertama Mahathir selepas dilantik sebagai PM ialah mengambil tindakan terhadap Najib. Balas dendam? Mungkin...

    Berbeza dengan Anwar, selepas dibebaskan dia turun padang bertemu penyokong dan pengikutnya. Katanya selepas ini ada road-show ke seluruh negara. Pada masa yang sama Anwar mula bergerak bertemu rakan-rakan lamanya termasuk BJ Habibie di Indonesia dan memberikan kenyataan kepada media-media asing. Maka keluarlah kenyataan-kenyataan beliau mengenai gerakan dan masa depan negara di bawah Pakatan Harapan.

    Mahathir? Bertemu musuh-musuh Najib dan segala sumber berkaitan 1MDB, bertujuan untuk menghukum Najib atas penyelewengan dana 1MDB. Manakala usaha lain tidaklah begitu kelihatan.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Dan apabila Anwar bercakap tentang masa depan orang Melayu selepas ini di bawah pakatan, aku tertanya-tanya siapa yang mentadbir negara pada masa kini. Mahathir atau Anwar? Anwar tiada jawatan dalam Kabinet tetapi dia mempunyai sekurang-kurangnya dua orang kanan beliau iaitu isterinya, Wan Azizah sebagai TPM dan Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, yang ramai melihat jawatan yang cuba mengimbangi kuasa Menteri Kewangan yang dipegang oleh Guan Eng.

      Anwar menggunakan jawatan sebagai Ketua Umum Pakatan untuk bergerak ke seluruh dunia dan menyampaikan gagasan-gagasannya, ketika Mahathir masih lagi Perdana Menteri. Ini membuktikan bahawa Anwar sebetulnya sudah menyusun langkah untuk menjadi PM tanpa perlu menunggu Mahathir melepaskan jawatannya sebagai PM kepada Anwar seperti yang dijanjikan sebelum ini.

      Malah aku sudah nampak wujud dua kem dalam barisan Kabinet iaitu kem Mahathir terdiri daripada Muhyiddin dan Dr. Mazslee manakala kem Anwar pula (seperti yang aku sebutkan di atas) ialah Wan Azizah dan Azmin. Tidak mustahil baki jawatan Kabinet yang belum dilantik akan dibarisi beberapa nama dari kem Anwar, antaranya Kamarudin Jaafar. Dan Mahathir juga, bagi mengimbangi pengaruh Anwar akan meletakkan beberapa nama yang berpihak kepadanya.

      Malahan bantahan pelantikan Majlis Penasihat Negara oleh Rafizi juga aku yakin datang dari Anwar sendiri. Dia menggunakan Rafizi untuk menghentam Mahathir kerana bertindak macam buldozer melantik majlis tersebut yang diketuai oleh Daim Zainuddin -- bekas 'musuh' Anwar dan dilabel sebagai perompak oleh Anwar sendiri.

      Kesimpulannya, melihat tindak-tanduk Anwar aku yakin dia meletakkan dirinya lebih berkuasa berbanding Mahathir selaku Perdana Menteri walaupun Anwar tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Kabinet. Tetapi dia menggunakan proksinya untuk mengawal pentadbiran negara, khususnya Mahathir.

      Perbezaan pendapat dan tindakan antara kedua-duanya sudah kelihatan walaupun baru dua minggu kerajaan Pakatan Harapan dibentuk dan baru seminggu Anwar dibebaskan. Bayangkan dalam tempoh dua tahun akan datang apa akan berlaku? Harus diingat Anwar dan Mahathir pernah berseteru dan aku yakin perasaan saling tidak percaya antara satu sama lain masih wujud.

      Pesan aku kepada rakyat, satu saja. Jangan percaya cakap-cakap orang politik. Daripada 10 satu pun belum tentu boleh pakai.

      Delete
    2. BN dulu lagi terok ... Dari 10 , sebelas tak bolih pakai ..

      Yang extra satu tu adalah Mak Badak .

      Delete
    3. Tu Geng Najib ,

      dari kau tonggeng menonggeng kat sini , lebih baik pergi tolong settlekan haru biru kat Perlis tu .

      Delete
    4. Ade lagi yg bongok mempersoalkan gabongan tun dan anwar yg tumbangkan umno...

      Delete
    5. Bro Diny at 01.49......win punya komen bro....

      Keep it up !!
      Hehehehehehe

      Delete
  40. Perhimpunan Merdeka Rakyat... Untuk apa lagi?
    5/17/2018 09:00:00 AM - Anwar Ibrahim, Malaysia Baru, Politik


    Ramai yang tertanya-tanya tujuan kerajaan PH mengadakan perhimpunan di Padang MPPJ hadapan Amcorp Mall malam tadi atau dinamakan Perhimpunan Merdeka Rakyat yang dikatakan menarik puluhan ribu penyokong kerajaan. Malah ia turut disiarkan secara langsung oleh RTM dan di-pick-up oleh rangkaian TV Media Prima - TV3, TV7 dan TV9. Untuk apa???

    Mereka tak faham kenapa perlu lagi perhimpunan seperti itu sedangkan Anwar sudah dibebaskan, PH sudah menjadi kerajaan dan Najib serta BN/UMNO sudah berjaya ditumbangkan. Perlukah lagi Anwar berkempen?

    Bagi aku perhimpunan tersebut tidak lain tujuannya ialah:

    1. Mengembalikan aura Anwar yang kita semua maklum sudah ditenggelami oleh aura Mahathir sepanjang sebelum dan semasa kempen PRU-14 lalu. Semua maklum kemenangan PH dalam pilihan raya tersebut adalah hasil gerakan Mahathir dan bukannya Anwar atau Wan Azizah atau Mat Sabu.

    2. Menunjukkan bahawa Anwar seorang pemimpin yang bersih dan hukuman yang dihadapi adalah kerana politik dan bukan jenayah liwat yang dilakukannya. Dia juga menggunakan platform itu untuk menunjukkan bahawa dia seorang yang baik, jujur dan sayangkan rakyat serta tidak bercita-cita besar untuk mengejar jawatan dalam kerajaan.

    3. Memberi amaran kepada Mahathir bahawa Anwar masih mempunyai pengaruh yang kuat terutama sokongan daripada rakyat. Buktinya ribuan orang membanjiri padang tersebut semata-mata nak mendengar pidatonya.

    4. Melepaskan gian selepas tidak dapat berkempen dalam PRU-14 sebelum ini. Malah dia sendiri mengakui dia gian untuk berpidato selepas tiga tahun tidak dapat berbuat demikian.



    Tapi bagi generasi berusia 40 tahun dan ke atas macam aku, pidato Anwar hanyalah mengulangi skrip lama - menunjukkan hubungannya baiknya dengan PM Turki dan ulama terkenal, Yusoff Al-Qaradawi. Malah skrip "anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya" masih lagi dijaja.

    Jelas perhimpunan tersebut tidak memberi kesan apa-apa kepada rakyat, kerajaan yang kini dikuasai PH dan parti lawannya yang kita sudah "hilang kuasa". Lalu perlukah Anwar mengorbankan masa rehatnya semata-mata untuk menghadiri perhimpunan yang tidak perlu dan tidak mustahak?

    Bukankah lebih baik Anwar berehat bersama keluarga seperti mana yang dinyatakan oleh isterinya sendiri sebelum ini yang Anwar akan berehat beberapa seketika sebelum kembali dalam politik. Nyata, ucapan Wan Azizah hanya bertahan beberapa jam kerana sejak dia keluar dari penjara (melalui Pusat Rehabilitasi Cheras) petang tadi sehingga malam ini, Anwar terus "berkempen" seolah-olah mereka masih lagi pembangkang dan seolah-olah BN masih berkuasa.

    Nasihat aku... cukup-cukuplah berkempen dan berpolitik. Tiba masa bekerja, tadbir negara dan bantu kerajaan agar dapat melangsaikan 10 janji dalam masa 100 hari seperti diwar-warkan dalam manifesto dan kempen PH sebelum ini.

    Move on Anwar... move on!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu PH punya pasal lah ...

      Walaunta bila pula nak buat untuk Kepala Bapak Kau ??

      Kasihan kat dia , kena grill 7 jam .

      Delete
    2. Yg bongok sampai bila pon takkan paham..

      Delete
  41. Apa muslihat Mahathir lantik Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan?
    5/12/2018 11:07:00 PM - Malaysia Baru, Mat Sabu, Parti Amanah Negara, Politik, Tun Mahathir


    Mat Sabu Menteri Pertahanan? #WTF

    Itulah kata-kata yang aku dengar selepas PM-7 Mahathir Mohamad mengumumkan sebahagian barisan Kabinetnya hari ini. Mat Sabu yang pernah mengangkat pejuang komunis, Mat Indera yang mengetuai serangan Bukit Kepong semasa zaman darurat dahulu sebagai pejuang negara, kini menguruskan hal ehwal ketenteraan termasuk kalangan veteran tentera ATM.

    Apa muslihat Mahathir meletakkan Presiden PAN ini sebagai Menteri Pertahanan tidaklah aku ketahui tetapi aku memang faham benar kelicikan Mahathir, bukan semasa dia menjadi PM-7 kali ini malah nun ketika dia menjadi PM-4 selama 22 tahun sebelum ini lagi.

    Ada dua kemungkinan kenapa Mat Sabu, seorang pemimpin mulut celupar dan longkang ini dipilih oleh Mahathir untuk menguruskan pertahanan negara, iaitu pertama supaya para tentera terutama bekas perajurit dan askar Melayu yang selama ini bencikan Mat Sabu kerana seolah-oleh menyokong perjuangan komunis hilang kebenciannya terhadap pemimpin ini?



    Atau ada kemungkinan Mahathir mahu Mat Sabu memahami soal ketenteraan negara agar dia faham yang mana pejuang sebenar negara dan yang mana pejuang komunis, sekali gus memperbetulkan persepsi dalam kepala otak Mat Sabu tentang komunis.

    Atau Mat Sabu hanyalah proksi kepada tangan-tangan ghaib lain yang akan menguruskan hal ehwal pertahanan negara ini? Kalau benar, aku harap ia datang dari Perdana Menteri sendiri dan bukannya pihak-pihak lain yang mempunyai agenda tertentu. Bukan menuduh, prejudis tapi bimbang....

    Atau apakah Mahathir tidak ada pilihan memandangkan Mat Sabu sebagai Presiden PAN seharusnya diberi jawatan kanan dalam Kabinet, maka lebih sesuai menjaga tentera daripada menjaga polis (Kementerian Dalam Negeri) yang boleh mencetuskan hubungan tidak baik dengan pihak PDRM khususnya veteran polis?

    Apa pun alasan Mahathir, ramai melihat pemilihan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan amat tidak kena memandangkan tugas Menteri Pertahanan bukannya berceramah keliling kampung, iaitu kemahiran yang dimiliki oleh Mat Sabu sebagai "ayam sabung" baik ketika dalam Pas atau semasa mengetuai PAN.

    Sebaliknya tugas Menteri Pertahanan adalah sentiasa berhubung dengan para menteri pertahanan dari seluruh negara, terutama sering mengadakan mesyuarat dan pertemuan dengan para menteri dan jeneral perang dari negara-negara asing. Sehubungan itu, ramai yang mempersoal kemampuan Mat Sabu, yang mempunyai pendidikan tertinggi Diploma Kulinari dari ITM ini.

    Malah ada juga yang mula membandingkan Mat Sabu dengan kemampuan Hishammuddin, walaupun lebih dikenali sebagai "menteri amaran" tetapi Hisham dikatakan telah menyerlahkan kemampuannya dalam mengendalikan keselamatan negara, kebajikan para tentera dan para veteran

    Selain Mat Sabu yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Mahathir turut mengumumkan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan manakala Muhyiddin Yassin pula bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri.

    Bagi aku, inilah Malaysia Baru yang diidamkan oleh rakyat Malaysia terutama golongan muda. Negara Malaysia yang bebas, sama-rata dan tidak ada mana-mana kaum mendapat keistimewaan. Apa salah kalau Guan Eng menjadi Menteri Kewangan? Malah mereka tidak peduli kalau Setiausaha Agung DAP itu menjadi PM sekali pun.

    Bagi mereka, lebih baik serahkan urusan kewangan negara kepada wakil kaum Cina daripada bagi kepada menteri Melayu yang rasuah, makan duit rakyat dan songlap duit negara. Tak gitu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saperti ada satu walaunta kerap lolong2 kan dulu ....

      Kalau tak suka tinggal di sini , bolih belah .

      Delete
    2. Makin lama makin banyak teori buduuh dari orang buduuh..

      Delete
  42. Sanggupkah Anwar tunggu 2 tahun lagi?
    5/14/2018 08:13:00 AM - Anwar Ibrahim, Malaysia Baru, Politik, Tun Mahathir


    Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas dua tahun menerajui negara. Itulah yang diwarwarkan beliau semasa kempen PRU-14 tempoh hari di hadapan penyokong-penyokong PKR. Maka bertempik terlolong keseronokanlah puak-puak PKR kegembiraan.

    Kini Mahathir sudah ditabal menjadi PM. Usaha untuk membebaskan Anwar sedang dilakukan. Agong pun khabarnya sedia memberi pengampunan penuh. Gambar-gambar Anwar yang kini dirawat di Hospital Rehabilitasi nampak tersenyum tersengih menunggu hari pembebasan.

    Namun persoalan yang menghantui aku ialah... sanggupkah Anwar menunggu dua tahun lagi untuk menduduki jawatan yang diidam-idamkan sedangkan dia sendiri sudah menunggu lebih 20 tahun untuk mengejar impiannya itu. 20 tahun termasuk sebahagian besar waktunya di dalam penjara.

    Dua tahun mungkin tidak lama bagi Mahathir tetapi bagi Anwar waktu itu cukup lama malah saban hari dia merenung jam seolah-olah begitu lama jarum jam di dinding itu bergerak.

    Tidak, Anwar tidak sanggup lagi menunggu malah dua tahun cukup lama baginya. Apatah lagi Mahathir sendiri buat pusingan U menyatakan dia memerlukan masa lebih lama dari dua tahun untuk "pulihkan negara" daripada (konon) kemusnahan yang dibuat oleh Najib.

    Maka aku percaya selepas Anwar dibebaskan dia akan menggerakkan usaha agar Mahathir melepaskan jawatan PM lebih cepat, secepat yang bolah. Anwar ini orangnya licik. Sebagaimana dia menggerakkan usaha untuk menjadi PM semasa dalam UMNO dahulu sehingga dia hampir-hampir berjaya sebelum dihumban oleh Mahathir ke dalam penjara, aku percaya dia juga akan menjalankan misi serupa, kali ini lebih pantas dan dengan gerakan berbeza.

    Hal ini dipermudahkan lagi apabila kumpulan pemikirnya semasa menggerakkan misi dahulu seperti Kamaruddin Jaafar dan Azmin Ali masih berada di pihaknya. Tambah mudah apabila Kamaruddin kini Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Azmin pula sebagai MB Selangor, selain isterinya Wan Azizah yang diangkat sebagai TPM serta anaknya, Nurul Izzah.

    Dan aku percaya situasi ini amat diketahui oleh Mahathir kerana kedua-duanya pernah berkawan dan bermusuh sebelum ini. Jadi masing-masing amat tahu dan faham kelebihan dan kekurangan mereka. Justeru, aku percaya tidak mustahil Mahathir akan berubah fikiran dan tidak akan membenarkan Anwar menaiki takhta sebagai PM sebaliknya menyerahkan kepada Muhyiddin atau anaknya sendiri, Mukhriz.

    Usaha Mahathir menarik lebih ramai orang UMNO masuk PPBM merupakan antara langkah beliau untuk mengekang pengaruh Anwar selain DAP dalam PH memandangkan jumlah wakil PPBM di dalam pakatan itu jauh lebih kecil berbanding PKR. Apabila suara PPBM di dalam PH lebih besar, sudah tentu ia dapat membenam suara Anwar dan PKR.

    Ingat, Mahathirlah yang menjadi punca kejatuhan Pak Lah sebagai PM (meletakkan jawatan) dan juga menumbangkan Najib. Adalah tidak mustahil Mahathir juga boleh membenam Anwar walaupun dia sendiri yang membebaskannya.

    Anwar juga sudah tentu bersedia untuk "merampas" jawatan PM daripada Mahathir jika PM-7 itu enggan melepaskan kedudukannya selepas dua tahun, dengan apa cara sekalipun, termasuk melancarkan gerakan Reformasi alaf baru.

    Jadi, pembebasan Anwar nanti sebetulnya bukan memudahkan Mahathir menguruskan PH yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN yang masing-masing mempunyai matlamat perjuangan berbeza, sebaliknya ia lebih merumitkan. Bayangan kemelut dalam PH sepertinya sudah kelihatan.

    Betul, Anwar sekarang boleh saja menjerit kepada seluruh dunia bahawa beliau (PKR) menyokong penuh kepimpinan Mahathir, tetapi jauh di lubuk hati dia mengharapkan Mahathir cepat-cepat "pergi" agar dia boleh menduduki kerusi PM dengan segera.

    Aku? Cari popcorn sambil menanti drama bermula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...makcik felda pun dah xnk umno

      Delete
    2. Yang kamu asyik menyibuk pasal PH ni kenapa ??

      Ini zaman Mahathir !!

      Delete
    3. PH Sebenarnya Tidak Sedia Bentuk Kerajaan, Kelam Kabut, Gopoh-Gapah.




      PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya belum bersedia untuk membentuk kerajaan selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

      Menurut pengarahnya, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki, kerajaan baharu itu kelihatan kelam-kabut dan tergopoh-gapah lebih-lebih lagi dalam tindakan menyiasat dakwaan kesalahan dan menghentikan projek kerajaan terdahulu.
      Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata kerajaan PH diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya tidak menjangka mereka akan diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara dalam PRU14.

      Perkara ini jelas dilihat apabila PH langsung tidak bersedia untuk membentuk kabinet dengan segera selepas kemenangan mereka malahan ia masih lagi belum lengkap sehingga kini.
      “Pembentukan kabinet jelas kelam-kabut, sehingga hari ini mereka masih belum menamakan dengan lengkap kementerian yang perlu ada.
      “Lebih malang, seorang yang telah pun mengangkat sumpah menteri besar tiba-tiba dinamakan sebagai menteri di peringkat pusat,” katanya kepada portal berkenaan.
      Mohd. Zuhdi berkata demikian merujuk kepada isu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.
      Sekadar imbas kembali, Mahathir mengangkat sumpah pada 10 Mei yang lalu dan kemudiannya menamakan tiga orang menteri kanan pada 12 Mei dan sepuluh lagi menteri pada 18 Mei.
      Beliau kemudiannya mengumumkan bahawa jemaah kabinet akan terdiri daripada 25 hingga 30 menteri namun senarai penuh akan dimaklumkan kemudian.
      Dalam pada itu, Mohd. Zuhdi menyifatkan tindakan kerajaan yang tergopoh-gapah menyiasat pemimpin kerajaan terdahulu dianggapnya bersifat populis dan hanya dilakukan untuk menaikkan populariti dalan kalangan rakyat.

      Delete
    4. Ini menyebabkan keyakinan umum terhadap profesionalisme jentera kerajaan boleh terhakis,” ujarnya.
      Beliau mengulas mengenai siasatan yang dilakukan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1MDB, yang menjadi antara fokus utama kerajaan PH.

      Selain itu, Mohd. Zuhdi turut mengkritik tindakan kerajaan PH yang mahu serta-merta menghentikan pembangunan terdahulu termasuk projek yang melibatkan pelaburan asing.
      Ujarnya, tindakan itu boleh menyebabkan pelabur antarabangsa dan domestik hilang keyakinan terhadap hala tuju ekonomi negara.
      Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya memfokuskan tujuan mereka kepada pembentukan kabinet lengkap yang mantap dan diyakini oleh rakyat.
      Beliau juga menasihatkan kerajaan PH supaya meninggalkan gaya politik sebagaimana yang dilakukan sewaktu menjadi pembangkang sehingga mengabaikan kepentingan negara.
      “Keutamaan PH menyegerakan tindakan populis ini, di masa yang sama lambat membentuk kerajaan akan merugikan negara,” tuturnya. (IH)

      Delete
    5. Sbg strategis, alangkah elok Zuhdi patut postmortem 2 benda penting selain dari masuk campur hal luar PAS:

      1. Silap x berguru dgn sifu2 pejuang rakyat spt Mahfuz, Dr. Zul, Salehudin dan brp lagi mangsa lain.. bagaimana nak menang PRU. Mungkin yg pertama, jangan amalkan suka berbohong, berfitnah dan berdoa Munajat makan diri sendiri.
      2. Bagaimana nak uruskan 2 negeri2 besar tanpa rakan taawun yg kecundang. Tak kan nak uturn menghadap kpd org yg hanya layak jadi doktor diklinik 1Malaysia pulak, takda maruah pulak telan air lior yg bersembur lajua dulu?

      Delete
    6. Xuhdi kopiah aras kepala tapi cakap pon menipu jugak..

      Delete
  43. Susah-susah sangat... kita suruh Polis 'hidupkan-balik' kes pembunuhan Norita Shamsuddin pada 1993 (kalau tak silap). Lagi pun, motif & siapa yang membunuhnya, tidak diketahui sampai hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh silap... 2003 sebenarnya.

      Delete
    2. Tersangat setuju dengan cadangan bernas tu...dicadangkan Pak diny dilantik sebagai ketua untuk menyiasat kes tersebut..tentunya kita akan dapat keputusannya tak sampai pun 10 hari...

      Delete
    3. Geng Naga..........lantik diri ko sendiri lerrrr......bukan ke ko bijak pandir......ehhhh sori bijak pandai...

      Delete
  44. Perasaan teruja diatas kemenangan PH masih lagi belum reda dan tahun ini raya akan jadi cukup meriah! Dlm pada itu, terasa simpati kepada segelintir yg blum dpt menerima kekalahan, terutama kepada yg menghidapi penyakit "post partum" syndrome yg tidak henti2 meluahkan kekecewaan beliau diruangan ini utk ditatapi oleh kita semua!

    Nampaknya doa pejuang rakyat supaya tiada siapa yg menghidapi penyakit gila babi akibat kekalahan dlm pru14 tidak dimakbulkan! Sama2lah kita berdoa agar beliau sembuh dri penyakit yg dihidapinya!

    Apapun tahniah dan terimakasih kpd rakyat malaysia yg bersama sama bersatu hati dan tenaga, bergabung utk menyelamatkan malaysia dri terus terjerumus ke lubang kemusnahan yg lebih dlm!

    Dgn bebanan hutang melebihi 1 trillion, dan janji2 manifesto yg memerlukan kedudukan keewangan yg kukuh, tugas pasukan pentadbir pakatan harapan sangatlah mencabar dan memerlukan masa utk mengaturkannya! Dan mereka memerlukan kita semua berdiri teguh dibelakang mereka sepertimana teguhnya kita bersama2 mereka menumbangkan kerajaan klepto terdahulu, agar malaysia boleh bangkit dan maju kedepan utk diwarisi oleh generasi akan datang!!

    Selamat bersahur!

    ReplyDelete
  45. Tuan Budin,

    Semlm hl diStar, rampasan wang tunai RM120 juta dan barang2 lain RM200 juta. Menarik juga Umno nak tuntut wang tunai itu kononnya dlm proses pulang balik dari bekas Presiden baki guna utk PRU. Panjang akal jugak lawyer Umno, Hafarizam. Cuma brp ulasan bodoh:

    1. Yg bag2 Birkin, barang2 kemas dan jongkong2 Emas pakai jugake utk PRU? Tak Tuntut sama?
    2. Dulu RM2.6 bilion derma kpd Umno ada baki lebih 80% pulang balik kpd penderma lepas PRU 13. Umno tak sibuk tuntut masa tu.
    3. Barang2 dah siap dibungkus dlm bag2 travel. Jangan marah kalau ramai mengagak destinasi ke Sky Park dari ke PWTC kerana terimbau scenario byk bag diangkut naik jet kerajaan dulu.
    4. Panjang akal tapi tak bijak kalau nak bagi alibi bekas Presiden. Tak semena2 UMNO pun disiasati gubahan wang pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Zul.....wang money laundering yg dibekukan oleh pihak Swiss dan US tu deme tak derrr bising nak claim balik......padahal berrrrbillion-billion banyaknya.

      Duit money laundering tu deme buat donno, buat bodoh jerrr......macam kan tak derrrr kaitan apa2......

      Tapi beg birkin, rantai , gelang, cincin dan jongkong emas deme titik beratkan pulaaakkk.

      Rakyat Msia......sila bukak mata yeoooppp....

      Delete
  46. Berapa lane lagi zahid nak biarkan shahidan derhaka kpd Raja?..

    Umno tak relevan lagi...wakil2 bn yg dah nyatakan setuju lantikan mb patut kluar dari bn...kasi ajar sikit sama shahidan anak pak kassim yg masih gilakan kuasa...

    ReplyDelete
  47. Periuk nasi dah jadi kes
    Pesanan dulu tak ambil habis
    Logo parti diminta lukis
    Nama dia letak secebis!

    Orang ini sebagai pemimpin
    Order barang, bayar tak yakin
    "Betul,betul,betul",kata si Ipin
    Patutlah AmeNo rakyat dah talkin!

    Sekarang jadi ketua perancang
    Ameno Perlis dia dah goncang
    Saudara sendiri mahu dipancang
    Orang yg sah dia nak cincang!

    Atasan arah dia tak kira
    Sudah jumpa pihak istana
    Masih mahu lantik saudara
    Majlis istana dia kemana...

    Kini Raja dia pertikai
    Bukankah AmeNo Raja dibelai?
    Hang mana dah taruk akai
    Tunjuk belang sehelai helai!

    Bro John Doe dah kata betul
    Allah nak tunjuk jenis si Kitul
    Dah tunjuk belang seketul ketul
    Tergelak tengok lawak Mat Sentol!











    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeoooppp......ini win punya pantun ni yeop.

      Delete
    2. Terbaik bro fan tun..

      Sudah terang lagi bersuluh
      Perangai pemimpin umngok memanglah hodoh
      Tengoklah sekarang diperlis sebagai contoh
      Kepentingan rakyat tak dihirau, diaorang buat bodoh..

      Itu pun ada lagi segelintir yang masih sokong
      Dah nyata dirumah pemimpinnya ada gold bar dan duit berkarung karung
      Mungkin otak tersumbat dedak terlalu bengong
      Salah dan betul dah tak reti nak hitung..

      Rakyat sudah membuat pilihan
      Pakatan harapan menjadi kerajaan
      Sekarang negara dalam proses hendak dipulihkan
      Umngok tak habis habis dengan politik nak rebut jawatan..

      Parti pak lebai ada yang bangga
      Kononnya perjuangan menentang tun m istiqamah katanya
      Apa agaknya terjadi kalau benar duit 90m diterima pemimpinnya seperti diduga
      Masa tu kita lihat belit ular atau belit serban, mana lebih bahaya,kita nak tanya..



      Delete
  48. Mahu tak mahu, rakyat perlis yg majoritinya menyokong UMNO/BN pada PRU14 yg baru lalu sewajarnya dipersalahkan.Padan muka mereka...!

    ReplyDelete
  49. Adakah anda memerlukan pinjaman pinjaman kelulusan yang cepat? Adakah anda secara kewangan turun? Adakah anda memerlukan pembiayaan perniagaan? kemudian cari lagi .. Dana Daniel adalah jawapan kepada semua masalah kewangan anda, kami menawarkan pinjaman pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dan pasukan kewangan kami sentiasa bersedia untuk menghadapi masalah anda, kami pakar dalam pemberian pinjaman dan pelaburan. hubungi kami melalui e-mel: kelvinsmithfunds@yahoo.com

    ReplyDelete
  50. Aku indriaty manirjo, saya ingin bersaksi pekerjaan yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari untuk pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata, karena ekonomi yang buruk di beberapa negara. Apakah mereka orang yang mencari pinjaman di antara kamu? Maka Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih asli sekali di perusahaan pinjaman palsu. Saya telah menjadi korban dari suatu 6-kredit pemberi pinjaman penipuan, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri, sebelum aku rilis dari penjara dan teman yang saya saya menjelaskan situasi saya kemudian memperkenalkan saya ke perusahaan pinjaman reliabl yang MAGRETSPENCERLOANCOMPANY. Saya mendapat pinjaman saya Rp850,000,000 dari MAGRETSPENCERLOANCOMPANY sangat mudah dalam 24 jam yang saya diterapkan, Jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan yang baik dari Allah melalui MAGRETSPENCERLOANCOMPANY dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda lebih baik kontak MAGRETSPENCERLOANCOMPANY. menghubungi mereka melalui email:. (magretspencerloancompany@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (indriatymanirjo010@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.

    ReplyDelete
  51. Hari yang baik untuk semua warganegara Indonesia, nama saya Nurul Yudianto, saya ingin berkongsi kesaksian hidup saya di sini di platform ini supaya semua warganegara Indonesia berhati-hati dengan pinjaman pemberi pinjaman di internet dari NIGERIA dan lain-lain sebahagian daripada AFRICA,

    Setelah beberapa lama cuba mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk memohon pinjaman online tetapi saya menipu dan kehilangan Rp18.7 juta, kepada seorang wanita di Saudi Arabia dan Nigeria.

    Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya mengadakan perbincangan dengan kawan saya, Puan Rika Nadia (rikanadia6@gmail.com) yang kemudiannya memperkenalkan saya kepada Lady Esther, Pengurus Cawangan Firma Akses Pinjaman, jadi kawan saya meminta saya memohon LADY ESTHER, jadi saya Screams dituangkan dan dihubungi LADY ESTHER. melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com)

    Saya memohon pinjaman sebanyak Rp200 juta dengan kadar faedah sebanyak 2%, supaya pinjaman itu diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk transfer pinjaman, saya telah diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari satu setengah jam wang yang dipinjam telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah sebanyak Rp200 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Allah telah menjawab doa saya dengan buku pinjaman dengan pinjaman asal saya, yang telah memberikan saya keinginan hatiku.

    Semoga Tuhan memberkati LADY ESTHER untuk mewujudkan kehidupan yang adil bagi saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan LADY ESTHER dengan baik melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) atas pinjaman anda

    Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk meluangkan masa untuk membaca kesaksian hidup saya yang benar tentang kejayaan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui e-mel saya: (nurulyudianto2@gmail.com) Salam

    ReplyDelete
  52. Ini luar biasa saat saya mengira semua telah selesai dengan saya Ibu Iskandar datang untuk menyelamatkan saya. Saya sangat berhutang sejauh orang-orang yang saya pinjam uang dari geng melawan saya dan kemudian membuat saya ditangkap sebagai akibat dari hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan maka masa rahmat diberikan kepada saya saat saya dipulangkan dan dibebaskan untuk pergi dan mencari uang untuk membayar semua hutang yang saya terima sehingga saya diberitahu bahwa ada beberapa kreditur sah online sehingga saya harus mencari Karena melalui blog saya berualang kali tertipu tapi ketika saya menemukan Ibu Iskandar CEO ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM, Tuhan mengarahkAan saya ke iklannya melalui blog karena daya tarik saya terhadapnya adalah benar-benar mukjizat mungkin karena Tuhan telah melihat bahwa saya memiliki banyak menderita karena itulah dia mengarahkan saya kepadanya. Jadi saya menerapkannya dengan antusias setelah beberapa jam pinjaman saya disetujui oleh Dewan dan dalam dua hari saya dikreditkan dengana jumlah pasti yang saya berikaan untuk semua ini tanpa jaminan tambahan Kredit Tanpa Agunan (KTA) sama seperti saya berbicara dengan Anda sekarang saya telah dapat menghapus semua hutang saya dan sekarang saya memiliki supermarket sendiri, saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi makan atau mengambil keuangan apa pun keputusan saya tidak punya urusan dengan Polisi lagi saya sekarang adalah wanita merdeka. Anda ingin mengalami kemandirian finansial seperti saya silahkan hubungi Ibu melalui BBM-nya: {D8980E0B} atau melalui email perusahaan: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com) Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahwa di dunia kesulitan ini Anda memerlukan seseorang untuk membantu Anda mengatasi gejolak keuangan dalam hidup Anda dengan satu atau lain cara, jadi saya memberi Anda mandat untuk mencoba dan menghubungi Ibu Iskandar di alamat di atas sehingga bisa mengatasi kemerosotan keuangan dalam hidup Anda. Anda bisa menghubungi saya melalui email berikut: (anggaannisa1979@gmail.com)) selalu bersikap positif dengan Ibu Iskandar dia akan melihat Anda melalui semua tantangan finansial Anda dan kemudian memberi Anda sebuah tampilan baru finansial.

    Detail Kontak Penuh:

    Perusahaan: ISKANDAR LESTARI LOAN FIRM (ISKANDAR LENDERS)
    Email: {iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
    BBM INVITES: {D8980E0B}
    : {4424AA}
    Alamat Facebook: {www.facebook.com/iskandar.lesteri.7}
    Website: {iskandarlestari.wordpress.com}

    TESTIMONI OLEH
    Penerima Manfaat: Angga Annisa
    Email: {anggaannisa1979@gmail.com}

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...